Ketik

Friday, February 25, 2011

Mengenal Kelantan dari Sudut Sejarah

Ini antara topik2 sejarah kesukaan hamba...

Pernah baca kisah Panglima Salleh Selempang Merah, tulisan Zaharah Nawawi? Panglima Salleh adalah pejuang melayu Muar, Johor ketika era penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1942.





Alur ceritanya sangat menarik dan mampu membakar semangat juang bila membacanya. Kita seakan2 dibawa bersama meneroka dan menyertai perjuangan mereka menentang kezaliman penjajah. Dalam kisah ini, kehebatan seni persilatan melayu diangkat..sehingga berjaya mengalahkan penjajah yang bersenjatakan senapang dan pedang..Sangat suka novel ini..

Intro tentang topik "Melayu, Islam dan Kelantan" pula....



Kemudian, mari mengenali beberapa tokoh agama dan sejarah Kelantan.

Kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Serambi Mekah sangat sinonim dengan cerita perjuangan para ulama dahulu kala. Dalam sejarah yang diputar belit oleh Inggeris, mereka digambarkan sebagai penderhaka kerana tidak mau membayar cukai etc..tapi hakikatnya kebangkitan mereka adalah kerana memperjuangkan al-Haq yang waktu itu bertepatan dengan kejatuhan empayar Uthmaniah di Timur Tengah.

Kenapa saya tertarik dengan kisah Tok janggut (Pasir Putih) maupun Tok Kenali? Saya tak tahu, tapi seolah2 ada kisah yang bersangkutan dengan sejarah mereka dalam persekitaran kehidupan zaman kecil saya.

Dulu saya sering berkunjung ke Kampung Tok Kenali, Kubang Kerian kerana mengunjungi keluarga bapa angkat saya di sana. Kampung ini bersebelahan Hospital USM, Kubang Kerian. Menelusuri perkampungan tersebut seolah2 kembali ke zaman perjuangan Tok Kenali. Ingat Sejarah tingkatan lima tentang Majalah Pengasuh? Ha.. nama2 besar inilah yang menyumbang kepada kebangkitan melayu menentang penjajah dulu2.

Sistem pembelajaran melayu lama seperti sekolah pondok, belajar agama hingga ke Pattani, ilmu2 ghaib dan perubatan tradisional melayu lama juga turut mewarnai sebahagian zaman kecil saya. Arwah tok ayah menuntut ilmu hingga ke Pattani (Wau! Tok ayah saya pun study kat overiver :p), perjalanan membelah hutan rimba berbulan2 berbekalkan nasi kepal dibungkus dalam upih pinang. Selain mengajar budak2 ngaji Quran, Tok ayah sangat mengagumi raja2 melayu, pandai mengubati sawan, sakit kepala, luka melecur, bisul, tersampuk, santau etc..tok ayah juga pandai memagar rumah, membaca kehadiran tetamu melalui firasat (dulu manada telefon etc)... itu sahaja yang saya tahu.

Kemudian di Kelantan ada sekolah Za'ba. Satu2nya sekolah yang menawarkan kelas dan peperiksaan ulangan untuk calon SPM dan STPM di tanahair dan hanya ada di Pasir Mas. Ewah! satu lagi kebanggaan Pasir Mas selain digelar "Kilang" jelitawan. Sekolah ini masih wujud hingga sekarang. Siapa tak kenal Za'ba? Walaupun Za'ba bukan tokoh Kelantan, namun sekolah tersebut diberi nama sesuai dengan ketokohan beliau dalam ilmu persuratan melayu lama

Di Kelantan juga masih ada sekolah pondok untuk orang dewasa. Orang2 tua yang berumur 60 tahun ke atas tidak ke rumah2 orang tua tetapi mereka ke pondok pengajian al-Quran. Setiap orang didirikan pondok kecil lengkap dapur dan tandas di satu kawasan perkampungan yang di dalamnya ada surau, ada rumah tok guru dan pondok2 rakan2 lain di samping rumah2 penduduk kampung yang lain. Saya pernah melawat perkampungan pondok di Kedondong, Pasir Mas suatu ketika dahulu. Di samping mengaji dan mendengar ceramah keagamaan dari tok guru pemilik pondok, penghuni juga bersosial dengan rakan2 pondok lain seperti berkebun dan berternak ayam itik. Rumah sorang satu beb..bukan asrama dengan puluh2 katil...

Damai sekali kehidupan begitu bukan?

3 comments:

Hanis Azla said...

mcm baca buku sejarah kelanta pula hari ni.. tp baguslah.. klu tak ada org ambil inisiatif utk menulis ttg ini takde siapa pula mahu ambil tahu kan.. dekat dengkil pun ada perkampungan mengaji pondok utk org tua macam tu.. mak akak teringin juga nak belajar dan tinggal di situ..

Hanis Azla said...

mcm baca buku sejarah kelanta pula hari ni.. tp baguslah.. klu tak ada org ambil inisiatif utk menulis ttg ini takde siapa pula mahu ambil tahu kan.. dekat dengkil pun ada perkampungan mengaji pondok utk org tua macam tu.. mak akak teringin juga nak belajar dan tinggal di situ..

Maya said...

owh..kat Dengkil ada ya kak..elok tuh untuk para pesara spend time, mendekatkan diri pada agama dan pencipta...so takder lah pikir tak tau nak wat apa kan..