Ketik

Tuesday, November 05, 2013

Maal Hijrah

Tahun baru 1435 hijrah dialu2kan, semoga tahun ini lebih baik dari tahun kemarin. Semoga tidak jemu dan berputus asa dalam segala usaha yang belum tertunai. Setiap kejayaan yang telah dicapai dirai dengan penuh kesyukuran. Seluruh jiwa yang berserah dapat terus bertahan. Semua harapan yang digarap tidak malap dan terus mekar...

Monday, September 16, 2013

Hiking di Broga Hill

Ahad 15hb Sept kami ber-2 bertolak dari SUBES tepat jam 3am, ke Taman Bt. Belimbing fetch ornunie dan Eisya yang hari ni genap 4 tahun dan sekitar jam 4am kami gerak ke Broga Hill. Nak hiking and jungle tracking katanya. Gigih bawak beg sandang berisi dslr bersama 2 lense yang berat dan bawak budak cenonek yang mulut banyak tu..tiket masuk RM2, parked kereta kat dalam kebun sawit. Perjalanan mendaki sejauh 1.7km ke puncak bukit setinggi 300m dari paras laut kena melalui hutan bertemankan suluhan lampu handsets. Dalam gelap malam kami redah denai lecak sana sini dan lubang, batu serta akar kayu bersimpang siur. 3-4 kali berhenti melepaskan lelah. Separuh perjalanan dada sesak dan terasa nak muntah. Eisya yang gagah perkasa dengan tenaga kecilnya tak sudah2 minta jangan berhenti rehat lagi dan tak sabar nak mengejar kumpulan abang2 yang menolong memegang tangannya dlm gelap tadi. 

Sesudah hampir di puncak, fajar pun menyingsing dan masuklah waktu solat subuh bagi kawasan Semenyih dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Kami terus ambil wudhuk anggota2 wajib lalu solat beralaskan kertas surat khabar lama diatas tanah yang lembab di depan kaki ahsoi sekeluarga yang turut berhenti melepaskan lelah. Tidak larat lagi untuk meneruskan pendakian yang lebih curam dengan kecerunan 75 darjah, kami meningggal Eisya dan mamanya di check point tersebut dan menyertai barisan pendaki2 lain yang berderet dan jam untuk ke atas. Cuma 3 min jer lagi untuk sampai puncak.



Hasilnya....inilah dia, sambil berbaring di hamparan batu beralaskan helain surat khabar lama dan berbumbungkan langit fajar sambil disapa hembusan bayu dingin yang nyaman. Malangnya tak nampak bintang atau bulan maupun fajar saddiq kerana pagi agak mendung dan dingin. Embun2 jantan betina sudah mula naik ke atas meninggalkan permukaan dedaun dan bumi. Malangnya port tempat kami bersidai ni tak kelihatan sunrise nya. 


Lalang dan rerumput serta semak yang menjulang udara masih basah diselaputi embun.




Puncak Broga yang popular di kalangan warga Malaysia itu...takder la nampak macam kat oversea pun, I love my country..


Eisya dan mamanya...sampai tertidur budak kenik ni menunggu auntynya turun.. ikutkan dia nak naik sampai atas nun. Bila hari sudah mula terang kami pun mula berjalan menuruni bukit dan meredah hutan lagi. Malangnya, sesudah kira 200m berjalan turun, saya tergelincir jatuh gedebuk macam orang jatuh lalu terseliuh lah kepala lutut. Oh mai...sakit sengal tak payah nak cerita. Beberapa minit kaki ini kehilangan rasa. Nasib baik ada 2 org hero sudi menolong, sorang tolong bawa bag dan sorang lagi tolong memimpin, memapah dan menyambut tuan hamba yang sudah hilang upaya ni untuk turun cerun2 curam kat situ hinggalah sampai ke kawasan agak landai di bawah. 

Betis dan lutut yang tadinya kehilangan rasa kini sedah perit dan sengal hingga ke pergelangan kaki sebab beban badan sudah terpaksa ditampung pergelangan kaki sahaja. Nasib baik kaki kiri so masih dapatlah drive membawa balik ahli2 rombongan cik kiah ke rumah masing2, di pekan Semenyih sempat singgah makan nasi lemak di gerai tepi jalan yang pelanggannya beratur tak putus2 untuk sepinggan nasi lemak wangi. 

Sesudah sampai Subang teruslah drive ke klinik tapi biasalah doktor poliklinik harmoni...kata doktor dia, lepas tiga hari kalau masih sakit datang lagi tapi jangan lagi pakai jeans sebab tak dapat nak selak tengok kepala lutut tu bengkak ke tidaknye...bayarlah ubat tahan sakit dan inflammatory cream tanpa apa2 sensasi RM29. Balik jer terus lumur 3 jenis bam pala sebab tak sure yang mana ada sensasi panas. So sehari dua ni, merasalah bersolat di atas kerusi atau di birai katil saja sebab lutut dan betis sakit tak boleh berdiri, bengkok atau jalan...mudahan2 tak melarat, dan kena cari tukang urut pro lah nampak gayanya.

Sudahnya hari ni macam2 rasa ada, kesakitan, kepenatan dek kerna badan yang sudah mula terasa sengal2, kena basuh anak2 kecil lagi, gigih pergi basuh kereta pula, pergi beli roti dan tomato kat kedai dengan kaki yang tempang, kena buat correction proposals, kena jawab email2 dan kena layan laki yang merengek minta dilayan lagi..eh! I ada laki ke? Huahua am not dreaming....

Serik dah...tak mahu naik Broga lagi..cukup2lah heh. Pasni pergi naik canopy walk kat FRIM la pula tapi katanya trek nya curam dan licin juga.

Sampai bertemu kembali...

Sunday, September 01, 2013

MSPPC 13 yang best

Assalamualaikum pembuka bicara...harapnya saya tidak berbicara sendiri. Sudah sebulan lebih tidak menulis, well am extremely busy weh. Cuti raya dua minggu balik kampung untuk berpuasa dan menguruskan ibu tercinta, kemudian outstation ke selatan selama beberapa hari kemudian berseminar ke Kuala Terengganu selama seminggu campur tolak traveling days. 

Kali ni nak share aktiviti seminar kat KT tempohari yang menurut kawan2 saya merupakan conference yang paling seronok dan enjoy selama hidup mereka sebagai Research Officer. Di sebabkan blog ni blog santai tiadalah saya menulis dari sudut akademik atau scientifiknya....Kata mereka seronok kerana suasana conference santai, field trip best dan yang paling penting sekretariat sporting dan best. Well....tengoklah siapa sekretariatnya hehe...ya, kalau MSPPC12 (stand for Malaysian Society for Plant Physiology Conference), saya cuma jadi madam chair untuk session yang mencabar kali ni saya jadi committee member untuk Social and Publicity. Haruslah meriah suasana :). Conference kali ni pula jointly organized bersama UNISZA. InsyaAllah next year conference akan lebih happening sebab saya dah dinaik kan pangkat jadi Executive Committee member untuk tahun 2014-2016...lokasi2 nya dah ada dalam kepala dah untuk dicadangkan dalam mesyuarat committee nanti. 

Pada saya pula, selain dapat membina tapak di platform yang berkenaan serta meluaskan social networking dan kenal rapat para scientist otai dalam bidang sains tumbuhan di Malaysia ni, saya juga dapat usha potential life partner...hahaha...sesiapa yang hensem dan berkarisma di mata saya wajib kena usha...am available what?...dan yang paling saya seronok bila tengok orang berkenaan "perasan" yang dia kena usha. Kawan2 committee juga sangat best dan sporting belaka termasuk seorang bekas pensyarah saya semasa di tahun 2 kat UKM dulu. See...dulu dia cikgu saya, kini dia dan saya dah sebaya...err siapa yang cepat menua ni? 

Okay, berbalik kepada cerita conference MSPPC13 yang ke 24 di KT minggu lepas, di hari terakhir, field trip kami adalah ke Tasik Kenyir. Kami lawat 2 pulau herba milik Ketengah dan milik MARDI. Memang best lah trip tu...dan banyak jumpa herba2 serta pokok yang belum pernah jumpa sebelum ni. Tak mau tulis banyak mari kita layan sebahagian gambar menarik yang sempat saya snap tempohari. Yang tak dapat lupa sampai bila2 ialah rasa buah markisa yang masam berubah jadi manis lemak dan wangi setelah dimakan selepas memakan buah ajaib (Synsepalum dulcificum)...sampai ke syurga lah masa nikmatinya...




Sebahagian peserta conference. * Dlm gambar kiri bawah ada org yang saya sempat usha :p



Otai2 MSPP yakni Dr. Zainudin, Assoc. Prof. Dr. Abd Jamil, dan Dr. Tsan

 Secretariat MSPPC 24 yang poyo tapi professional...



5 speed boat ditempah dan paling best member ditaja i.e. join trip for free otherwise kena bayar RM40


Pakcik Ketengah yang otai dalam bidang herba dan ubat2an sedan rebus kacip fatimah, tongkat ali dan mahkota dewa...


Para peserta lagi sedang dengar briefing "pakcik tukang kebun" dalam gambar paling kanan baris tengah yang tiba2 speaking english dan rupa2nya Dr. Rahman...nkelasss...nilah real scientist!


Pemandangan nature di Tasik Kenyir yang maha cantik


Sireh harimau, buah "kekuk", buah pulasan, buah "kekuk" lagi, sarang keluluk dan otai bersama durian kuning..beliaulah yang buka dan jadi konsultan bagi pulau herba ni...


Para secretariat yang sporting lagi...dari atas Assoc. Prof Dr. Normaniza, En. Fauzi, Dr. Puteri, sebelah saya Dr. Tsan, Assoc. Prof. Dr. Phebe, En. Naza dan Assoc. Prof. Dr. Roohaida (siap buat gyomi)

Thursday, July 25, 2013

The reason



I can smell rotten fish in a basket
I figure out a group of snails step on other snails,
Crawling out from the pail
Cos they heard a voice
Left behind their subordinates
Deep down the bottom.

I realise the denial in acts
I recall those sequels
What, where and how
So called outcomes
They named it
What I see is artefacts

I found foreword is no where
Those wearing black suit
Those wearing white collars
Those wearing shimmering charms
Those sitting in cozy chair

I bend my head down
Delighting the twist and tango
Hypocrisy shouting tribes
Suddenly, the tango touch me
I see the light
Guiding me forward
Could it be a stepping stones?

I realise it is a time
To grasp the stars
Strengthen connections
Building networks
The road to the horizon
Isn’t that far…

#the next replies to the above messages is hiden for privacy

Wednesday, July 24, 2013

Pelaburan emosi (Emotional Investment)




Pelaburan emosi biasanya terjadi dalam perhubungan, samada perhubungan cinta, kekeluargaan, serta persahabatan.  Antara pelajaran paling berguna yang sepatutnya kita dapat dari pengalaman2 yang lepas ialah jangan terlalu banyak membuat pelaburan emosi dalam sesebuah perhubungan. Kerana antara sedar atau tidak apabila kita tidak terlalu melabur emosi dengan mendalam, andai kita teraniaya atau terasing kelak kita tidak akan terlalu kecewa dan menderita. Ada batasnya setiap hubungan yang kita jalin itu, melainkan hubungan kecintaan terhadap Allah S.W.T pencipta cinta itu sendiri kerana cinta Dia tanpa syarat. Dalam cinta kita terhadap makhluk dengan 99 kebaikan kita, andai ada 1 keburukan seluruhnya reputasi kita dicemari. Sebaliknya demi cinta kita terhadap Allah S.W.T, biar 99 kali keburukan namun dengan satu taubat seluruhnya kita disucikan dan diampuniNya.

Sungguh, amat banyak pelajaran lain yang berkadaran dengan kekecewaan yang disebut.  Sisi positif nya kita akan secara semulajadi akan membangun. Membangun pembawaan diri, gaya hidup, prinsip hidup, sudut pandang terhadap sesuatu situasi dan sebagainya. Kita bertransformasi menjadi insan yang lebih utuh peribadi justeru kita sedar upaya kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang maha Penguasa yang lebih arif segala.

Setiap nasib yang kita rasakan buruk pada hari ini, rupanya hikmah yang paling berharga esok harinya. Kita tidak akan menjadi sekuntum dandelion lagi. Berterbangan ditiup angin, sendirian, lalu lerai jatuh di mana2. Bahkan kita menjadi sebatang kaktus yang teguh di tengah2 padang tandus. Punya duri perisai diri. Kita tidak menanti air jatuh dari langit mengairi tapi kita mencari air dengan akar yang luar biasa kental sifatnya lalu kita simpan dalam kepingan dedaun tebal kaya sap. Fizikalnya mungkin tidak indah di rupa namun itulah hebatnya daya kendiri sebatang kaktus.

Justeru dalam kehidupan kini, kita seharusnya lebih bersikap “bertenang” atau conserve. Tidak lagi melabur terlalu banyak emosi terhadap sesiapa atau sebarang apa jua. Jadi lah air jernih yang mengalir. Tidak terlarut lumpur dan terpalit noda namun memberi nafas pada setiap kehidupan di perjalanannya. Membawa kehijauan pada pepohon, memberi nadi pada setiap nyawa dan menghidupkan bumi tandus menjadi wadi yang segar.  


Di kala malam menjelma, saat kepala kita letakkan ke bantal, ukirlah senyum di bibir dan tarik lah nafas senang. Tanda kita merasa bahagia. Kita mungkin akan terbersin, barangkali di sebabkan udara yang kita sedut dengan dalam tadi turut mengandungi habuk2 mikro yang mampu merentas barisan pertahanan sistem penapisan nasal. Usah hairan kenapa kita tiba2 merasa bahagia, kerana pelaburan yang sedikit dan sikap penarikan diri itu rupanya akan mencetus pelaburan pihak lain yang kiranya semakin meningkat. Pujukan muncul tanpa rajuk, kasih hadir bilamana kita telus. 

Pujangga ada menyebut “Andai kita tidak mampu membuat kehadiran kita dihargai, maka dapatkanlah penghargaan itu dari kehilangan kita”. Permata hikmah yang sewajarnya kita dapatkan dari kegagalan masa lalu. Rupanya saat ini posisi kita mampu bertukar. Hasilnya kita tidak lagi menjadi pelabur tetapi menjadi asset yang dilabur. Mahal lah dalam cinta.

Monday, July 08, 2013

Selamat menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan 1434 H. Semoga Ramadhan tahun ini dapat diimarahkan dengan lebih istiqomah....InsyaAllah

Semoga Allah mengurniakan rahmat dan menyirami dengan kasih sayangNya yang tidak pernah putus

Semoga malam2 dapat dihiasi dengan amal ibadat yang berlipat kali ganda dari biasa

Semoga dapat cergas bangkit di 1/3 malam bersolat2 sunat dan bermunajat kepadaNya

Semoga balasan pahala untuk diri sendiri yang dikerjakan sepanjang Ramadhan ini dapat ditingkatkan lagi seumpama mengumpul harta bertumpuk2 hingga melimpah ruah.....

Semoga dikurniakan rezeki yang berkecukupan walaupun tanpa nilai wang ringgit yang banyak dan pangkat yang tinggi....

Semoga aku terus tunduk dan bersyukur dengan anugerah rezeki, anugerah sihat dan anugerah usia ini...

Amin ya Rabbalalaminn....

Tuesday, June 18, 2013

Cerita Umrah

Sudah hampir seminggu balik dari umrah dan saya masih demam serta batuk. Memang sangat meletihkan. Takder daya nak bercerita details kat sini saya sharekan kembara 2 minggu ke tanah suci Mekah dan Madinah. Katanya gambar mampu menceritakan segalanya...key mari kita jelajah random pic ni..



1. Kami lepak menunggu ahli kumpulan yang belum selesai umrah wajib
2.  Kami berihram di miqat (3)
4. Jalan balik ke hotel dari masjidil Haram
5. Jus segar yang sedap
6. Suasana masa di airport Jeddah waktu nak berangkat balik

* Tak pasal2 kastam Arab Saudi ajak saya kawen masa check out, bila kata tak nak panjang berjela dia memujuk...gediks! Makcik2 bujang lain pula tolong "I do" kan bahahaha



1. Di perkarangan masjidil Nabawi
2. Di halaman masjid Quba' (masjid pertama dalam sejarah Islam)
3. Di hadapan pintu King Abdul Aziz (pintu 1) Masjidil Haram Mekah
4. Di kawasan Kaabah sekepas tawaf sunat




Di ladang onta, saya tak berani nak minum susu onta tu sebab alergik susu...takut karang tercirit2 nak beribadah macamana pulak kan? Dan tak berapa excited dengan onta2 ni sb masa kat OZ dah pernah tengok lomba onta...bangsal pengembala onta pulak macam bangsal Arab Badwi yang nomad jer...hihi...main hantam info sajah :p


1 dan 2. Di tapak tinggalan Masjid Thur kalo tak silap...ingat2 lupa plak. Banyak yang tulis nama atas batu, saya pun tatau apa rasionalnya?
3. Bukit Nur yang terletaknya Gua Hira tempat Rasulullah s.a.w. berkhalwat beribadat jauh dari ancaman kafir Quraish, tempat di mana baginda mendapat wahyu pertama.
4. Pemandangan khemah2 tetap di Mina yang sesayup mata memandang dari atas bas jer
5 dan 6. Di Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa...tempat doa minta jodoh yang mustajab :)


Sudut2 menarik dan hebat Masjidil Haram di Mekah


Perkarangan Masjidil Nabawi di Madinah...nyaman sekali terasa seperti berjalan di taman2 syorga. Di sinilah letaknya masjid nabi dan makam baginda s.a.w. Di sisinya terdapat perkuburan Baqi (perempuan takleh masuk kecuali setelah mati). Boleh berdoa pada Allah minta meninggal di sini untuk menjadi jiran Rasulullah. Aman jer perasaan kala itu. Seronok seolah2 sudah di syurga (tentunya di syurga berlipat ganda lebih lazat lagi sebab kita hanya bersenang2 sahaja, tiada kerja atau ibadat lagi). Di sisi makam baginda s.a.w terdapat Raudah (taman2 syurga) tempat mustajab memanjatkan hajat pada Ilahi dan memohon syafaat baginda rasul.


Lagi sudut indah Masjidil Haram (1 dan 2) dan Masjidil Nabawi (3 dan 4).


Wajah2 paling kudus semasa di tanah suci...hehehe....kena pakai burqa sebab kat Mekah sangat berhabuk banyak pembinaan sana sini. Pecah batu sana sini...Cuaca pula panas dan perit..memang patutlah ganjaran ibadah di sana 100K kali ganda dan di Madinah pula 1K ganda berbading tempat2 lain di donia yang fana ini (menurut kata mutawif kita). Hakikatnya sangat susah nak dapat kusyuk di Masjidil Haram kerana perangai macam2 orang dari pelbagai ceruk donia...so untuk dapat lebih kami selalu berkqiamulail di masjid dari jam 2am membawa ke subuh sekitar jam 4.30am..time tu tak ramai manusia dapat lah buat solat2 sunat semua termasuk solat sunat hajat 12 rakaat dengan 6 salam untuk mintak jodoh, murah rejeki dan lain2 sebagainya...aminn...Semoga dipanggil lagi kesana sebab 2-3 hari lepas balik rasa rindu jer suasana beribadah kat sana. Indahnya solat berkiblatkan Kaabah di depan mata....

Monday, June 17, 2013

Entah apa dan bagaimana?

Minda dan jiwaku berperang hebat. Andai aku punya pilihan ingin sahaja aku memilih. Antara antah dan beras, antara permata dan kaca aku tak mampu meramal. Namun hakikatnya aku tidak punya pilihan. Masa lalu dan sejarah lalu yang ku kutip setiap hikmah dan pelajaran tidak mampu aku adun dan hadamkan menjadi mukjizat. Buat panduan untuk aku terus mena’akul asbab. Apakah ini sekali lagi ujian buat aku? Supaya aku benar-benar berserah dengan kuasa Nya sang pencipta.

Antara materi dan spiritual, sejujurnya mana pilihanku? Andai materi yang ku cari, aku sudah punya sekadarnya.  Bekalan cuma semasa hidup, tidak boleh aku bawa mati. Hidupku juga tidak boleh terus pincang, mengharap Rasullullah s.a.w ataukah khalifah hati menungguku di pintu syurga. Menanti hadiah amal zuriatku setelah aku tiada ataukah bekalan sendiri yang tidak seberapa. Melipat ganda pahala ibadah menyempurnakan iman ataukah pelosok khudrat yang aku harap? Meniti warna warni hari depan dengan senyuman ataukah kusam terperuk yang aku mahu? Mengapa gusar keliling? Tiada keliling pun yang sudi peduli. Satu persatu contoh melintas di minda, dan mereka berbahagia seadanya.

Apakah sanggup aku berkorban ego, matabenda dan nama demi sebuah rasa yang kudus yang tiba-tiba datang menyapa. Tapi kenapa ku izin ia terus mekar di sana, andai di hati sendiri tidak ku baja. Entah tidak ku baja, tidak ku peduli ataukah ku biarkan saja kuasa alam yang menentu, jua tidak ku pasti. Benar-benar ia datang serupa madahku. Seolah-olah tuhan sengaja ingin mengujiku, andai benar aku ini ikhlas. Namun ternyata hatiku masih sarat prejudis. Atau aku kah yang tidak percaya khudrat dan irodat? Sesungguhnya bahagia derita itu tidak tercipta tanpa daya kita. Sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui yang terbaik buat setiap hambaNya.


Aku masih tertanya-tanya, inikah takdirku duhai Malik? Andai ini titipan Mu buatku…aku pasrahkan segalanya di sisi Mu. Mungkin inilah peluang untuk aku menempahkan Firdaus Mu.

Monday, May 27, 2013

Aku datang menjadi tetamu MU

Setelah difikirkan masak2 sampai jadi kari...Saya decide nak counter balik apa yang saya tulis semalam.

Saya teringat prinsip hidup seorang sahabat baik saya kurang lebih berbunyi camni....

"Tebarkan kasih sayang sesama makhluk tidak kira siapa pun dia, InsyaAllah kita akan mendapat balasan kasih sayang yang berlipat ganda"..

"keluh kesah tiada guna, hiasi hidup dg senyuman optimis dan tebarkan manfaat kepada sesama sekalipun manfaat itu sebesar biji sawi"

Justeru saya putuskan tidak akan berhenti berkawan dengan hamba Allah yang saya tulis tentangnya semalam. Beliau tidak pinta dilahirkan ke dunia begitu dan bukan selayaknya bagi saya untuk menyombong dengan kesempurnaan dan kelebihan yang saya punya untuk diskriminasi manusia yang lain. Saya juga punya segala kekurangan. Lagi pun beliau sebenarnya normal. Penampilan fizikalnya normal dan nalurinya juga normal. Apa saja sejarah hidupnya jikapun seperti yang saya sangsikan, saya tidak mahu tahu dan tak berhak tahu. Yang penting siapa dia sekarang. Bagaimana kita tidak mahu orang mempertikaikan masa lampau dan kekurangan kita, pasti org lain juga tidak ingin dipersalahkan atas ketentuan Allah terhadapnya.

Malam tadi beliau kedengaran sangat sedih dan cemburu bila mendengar riuh rendah di rumah saya dengan kehadiran ahli keluarga yang lain. Saya bersimpati dengan kesedihan beliau yang keseorangan di dunia ini tanpa ahli keluarga dan sesiapa. Jadi apa lah salahnya saya kekal menjadi kawan beliau. Mungkin saya mampu memberi sedikit kebahagian dan kegembiraan pada nya. Kerana itu tidak bermakna saya perlu korbankan kebahagiaan sendiri. Mungkin dari situ Allah akan mengurniakan saya lebih banyak manfaat dan kasih sayang dari semua insan di sekeliling saya. Mungkin nanti Allah akan menemukan jodoh saya yang sebenar. InsyaAllah...

Saya ambil kesempatan ini untuk membuktikan segala corak pemikiran dan prinsip hidup saya selama ini bukan sekadar madah, ingin saya realisasikan keikhlasan saya dalam menerima segala ujian dan ketentuan Allah terhadap saya.

Malam ni saya akan berangkat ke KLIA dan awal pagi esok akan terbang ke Madinah dan Mekkah melalui Dhaka untuk menunaikan umrah. Sehingga pagi tadi, hati saya masih "kotor", so sekarang saya ingin ianya bersih sebersihnya sebelum saya datang menjadi tetamu Allah beberapa jam lagi....InsyaALLAH.




Sunday, May 26, 2013

Life is more than your underneath

I've met this guy, who I tot quite attractive, soft spoken and well groom. Who I tot can behave and think properly as his age.  I asked Allah for so long to give  me hint about this guy. Who actually he is? What's going on with his life? And why he was bumped into me?

Then, I finally had a conversation with him via sms, I refused to answer his call coz he makes me scared. My 1st tot was..who the hell he is? Why I felt like talking to a pathetic gigolo? Asked me to send him specific part of my body photos and asked me to hooked up with him in the hotel room or even at home! I decided to cut off that conversation and I still try to let him know that what he was talking about was rude and not fun at all. I was "astaghfirullalazim...ku sangkakan kamu orang baik2, nauzubillah kenapa begini?? and "Pathetic! Again saya salah menilai.." Then I switched off the phone, took a panadol coz my head felt like "boom"! due to hot weather last night and hot stupid smses. It end up I slept in a horror night, takut dia datang dan pecah masuk rumah and rogol...tetiba my lock door room terkuak "klick! krreennk.." (akibat angin) di jam 2 pagi....Aaarrgggg TIDAKKK! Ku imbas2 samada no polis ada save tak? Kawan2 yang baca ni sila beri perhatian SERIUS! I NEED YOU....

This morning while the surau near my house still delivering kuliah subuh and it still dark outside, before I even woke up...I heard a ring from my phone (I switched it on during fajr), don't want to answer coz I still mamai due to headache and late horror sleep last night. Then an sms screaming want to meet me today. I ignored it and busy inventing good reason to refuse. How come I hangout with someone who "joking" lured me into a hotel room? Are you a crazy haina or what? Before I even answer it, the 2nd and 3rd call coming. Don't want to be rude I try hard to answer, maybe his sms doesn't reflex his real mind? (pujuk diri).  But the voice that I heard was totally different from the voice I heard before. I felt like I was talking to XXY chromosome holder dengan segala "nods" nya ke "noks"? Aii... whaever lar susah payah plak aku nak sahihkan term sengal tu. I asked him either he is whom he supposed to be...repeatedly! not to believe my own ears and I asked him "kenapa saya macam bercakap dengan lelaki lembut?" Kurang ajar betul aku...direct jer cakap. Hancus segala attractive manly looking di prasa pertama kat atas. Ker...lelaki kalau nak pretend romantik mmg gitu ya??

Again he is talking nonsense like a pathetic gigolo again and again and again. In his every words! My fresh mind in a newly arise beautiful dawn was puff! and flew away like a puing-puing di samar senja yang menyayat hati. How I suppose to talk to a guy whose IQ is only in his pants?  How I suppose to let him understand that relationship and life is more than that? When I said I don't like your words, you are wrong and shouldn't talk dirty and nonsense, then he said that's a key indicator that he is NORMAL, a signs that he is healthy and he just make a joke and last night he was "stim". Gosh! Mau jer aku sumbat dalam stimmer! what you really want to prove guys? Besar kecil, burung mematuk, ....blablablah...AAK (ada aku kesah?) all sorts of alien languages that I never heard (in this manner) before! Sobs3x......not because I'm not NORMAL but I know the border line. Be realistic and be a mature adults.....I'm not your wife and I'm not even your lover! Guys may be not aware, by doing that they shows no respect towards girls... then how come you asked the girls to pay you respect?

Orang berhemah tidak berkata2 yang tiada bermanfaat dan biasanya bak kata UAI..."guys, you just talking big but you are actually not!" Am I wrong?? (owh! UAI kawen lagi...) UZAR pula cakap "a guy who talking bout SEX with you isn't a good guy" and Ustaz apatah cakap "lelaki yang bercakap tentang duit3x adalah lelaki tak baik"...Fabbiayyi aalaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban...berkumandang di telinga ku. He wanna come to my place and I said TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH..he invited me to his place and I said TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH..he asked me why? I said sebab kita bukan MUHRIM..sikit punya simple reason pun tak paham. How come this 20's something boy trapped in this 40's something body?

While he was talking nonsense I had a chance (imagine how hard to make this attempt) to ask where he live, where he is from actually (hometown la..), because his brain is underneath his belt, then I asked why he is not married yet? When he told me that he was alone since he was a kid. His parents was dead and his grandpa raised him, but only for a while before he dead. He doesn't have any siblings and family.. what he got only money to own a good life, living in Condo and wearing designer shirts. Then I realise...I wonder why the way of his tot is so narrow and he doesn't have good manner too (terlalu bias untuk tangkap muat). When I said money is nothing, but knowledge worth more (I remember what my bro in law's argument..I'll talk about this later)..then he refused and said money is everything, without money we can't go to school etc..then I kept silent.

Back to money matter I've reminded by my bro in law. Indeed! for people like me at this stage maybe money is not everything. But for people who are suffered money is EVERYTHING. They will do anything for money. I maybe see the MLM, the fb business, the so called FOREX (at ground level), and many more including ragut, rompak, pecah kereta, yang tolong orang tipu orang etc..are just ridiculous jobs to make an instant money and I hate them!. Why don't go to school, study hard like me and become somebody that can make HALAL money. Okay, now it comes to "setiap orang ada bahagian rezekinya memasing dan kadang2 rezeki mereka melalui kita"...insaf lah hamba dan sedekahlah walau sebiji kurma.

Back to this full of conflicts guy....I now surrender that I can't make up my mind to his level. I pity him, but I pity myself more. To be someone not me is just a dejavu. History will never be repeated and I am a stupid girl if I fall into the same hole again. First of all...I wonder why I always fall for those kind of guys. Maybe I have to start looking for "budak jahat" who actually will treat women better and understand the meaning of live better. Tapi betul ke ada lelaki perfect camtu? Most men I've met was about the same...even they are a PhD holder. Even they are 50's but they still behave like 20's...

Apa yang perlu saya pegang sekarang.....Percaya dengan kata hati yang pertama, dan yakin apa yang dihijabkan Allah itu sememangnya petanda Dia melindungi kita...Allah help me........




Tuesday, May 21, 2013

Otak kanan ku ingin berkerja

kebelakangan ini saya asyik berfikir untuk menggilap kembali kreativiti saya dalam menulis bahan-bahan ilmiah dan pemikiran kritis. Terasa otak kurang berkerja setelah tamat PhD. Bahkan blog juga semakin sunyi dari penulisan-penulisan berwacana.

Saya pernah titipkan di blog ini suatu waktu dahulu, bahawa selama menyambung Masters dan PhD saya banyak menggunakan otak kiri dalam menjana, menaakul, menganalisis dan menginterpretasi data dan idea. Sebelumnya pula saya banyak menggunakan otak kanan bagi menghasilkan karya-karya berunsur seni seperti melukis/mewarna, fotografi, menulis puisi, script bahan cerita dan drama.

Setelah keletihan membanting tulang dan memerah otak kiri, secara alami saya mahu kembali mengasah otak kanan pula. Saya bosan berehat terlalu lama. Kenalkah anda dengan Rohidzir Rais (38 tahun), DrMAZA (42 tahun), Habib Ali Zaenal (39 tahun) dll...mereka generasi saya dan mereka sangat aktif menulis, menerbitkan buku dan menyampai ilmu. Saya cemburu. Justeru, saya tidak ingin bercita-cita terlalu tinggi, tapi InsyaAllah saya sedang dalam usaha ke arah itu. Naskah sudah dimulakan.

Semoga aspirasi  saya ini tetap segar dan bernafas. Suatu hari saya mahu lihat buku tulisan saya berada sekurang-kurang di rak buku bercermin di ruang tamu saya. Doakan saya....

Wallahuaklam.

Monday, May 20, 2013

Di mata mereka aku lebih muda dari usia?

Sejak dua menjak ni sering aku mengalami situasi di bawah:

1. Di office kawan lelaki yang 9 tahun lebih muda dari ku sering menyebut "cik adik" kepadaku bila diriku terlebih aksi atau tersasul tingkah * rasa nak tampar pipi sendiri

2. Jiran ku yang kelihatan sebaya dengan ku bersama anak perempuannya yang kira2 4-5 tahun satu lif dengan ku, apabila ku menegur anak tersebut ibunya menyuruh anaknya "jawablah soalan kakak tu"...hati ku menjerit luluh "aku bukan kakak aku aunty....." * meleleh hingus

3. Sewaktu hadir kursus umrah bersama kakak sulong yang lebih tua 9 tahun, kawannya di sebelah bertanya "ni siapa, anak ke?".....* aku pun terus landing tanpa rasa

4. Sewaktu terserempak dengan jiran berlainan level di depan lif lalu beliau bertanya tentang adik bongsu ku yang lebih muda 6 tahun.. "abang awak tu kat mana sekarang?" Lalu aku terkebil2 abangku yang manakah pernah bermaustatin di rumah ku?

Apakah erti semua ini? Apakah kerana SK II? Ha ha...

Sebenarnya SK II macam tak berapa nak berkesan kat muka ku. Mungkin kulit lebih terik dan kurang kusam tapi bintik pigmentation akibat UV tinggi di OZ tetap tak hilang :( . Macamana nak hilangkan?

Tuesday, May 14, 2013

Panggilan Kaabah


Count down for another 2 weeks..can't wait to be His guest. Just found out that DrMAZA will also be there during that time..Interesting :)

Sunday, May 12, 2013

What to do


Seriously saya tak tau budak ni pakai seluar ke pakai apa? ke dia recycle seluar dia masa umur 8 tahun atau pinjam seluar adik dia tak? Dia tutup apa pun tak pasti...oh kecik lagi..no3x..cacat2 budak ni pun dia kaya raya dan budak2 perempuan seluruh dunia menjerit dan menangis histeria kerana dia, dari budak pra sekolah hinggalah budak baru baligh. Awek plak Selena Gomez yang comel. Nko ada? Aku pun takde. Muahaha...nak gi makan mekdi or window shopping pun takder sapa nak diajak...sadis sungguh! What to do.....

Wednesday, May 08, 2013

Lelaki Kelantan ternyata HENSEM

Tak habis lagi ye isu post-GE13? wall fb dan akbar tempatan masih panas terutamanya sindiran2 pedas dan berpuaka dari pihak yang menang..menang dengan tidak bergaya dan tidak bermaruah katanya, manakala pihak yang kurang menang keluar dengan pelbagai bukti...ada fakta ada auta.

Apapun tak nak lagi lah cakap pasal GE13, apa yang saya pasti dan perasan justeru nak highlight kat sini ialah: Calon2 MPs samada dari Pas atau BN di Kelantan (Kecuali Pok Him) semuanya hensem2...hi hi hi...kat Selangor tak hensem kat Pahang pun tak hensem...3 negeri tu jer la pun yang saya nampak di jalanan dalam pemaustatinan saya di Shah Alam dan balik Kelantan melalui Pahang, ke saya ni cuma nampak yang hensem saja? :)

Tak percaya? mari percayakan diri....



p.s:

Marilah senyum dan ketawa tak perlu kata apa2

Monday, May 06, 2013

GE13

Malas nak komen lebih2...ang follow la cerita2 di fb, paper2 dan semua cenel audio video. Saya bukan org yang pakar tentang politik plus kalo komen or tulis lebih2 silap gaya kena pelingkup hahahha...apa yang saya nak tulis cuma...

"MALAYSIANS BELUM MATANG"

Nota kaki saya berjari lima:

1. Dakwat di jari saya hilang lepas saya basuh pinggan mangkuk....hahaha
2. Saya mengundi buat kali pertama dalam hidup..tapi saya tidak berhingus huhu

Wednesday, May 01, 2013

Hari ni balik ngundi

Orang luar yang beranggapan Kelantan miskin dan tak maju itu org yang disempitkan mindanya oleh media perdana yang hanya menagih $$$$$$..


Monday, April 29, 2013

Mood Bosan

Apa mood bosan lani? Bila timeline sesak dengan fanpage sayang si polan tolak si polan....cerita politik la apa lagi....Apapun saya tolak yang jahil dan menjahilkan dan saya terima yang sedar dan ada usaha untuk menjadi yang terbaik...ada paham? Tak paham sudah.

SENDIRI


Apa perasaan sekiranya kita menemui seseorang yang kita rasa okay dan percaya bahawa dialah yang mungkin telah ditentukan Allah untuk kita tetapi dia sebenarnya bukan lah seperti yang kita jangkakan itu. Semua ciri2 idaman duniawi seperti rupa, harta, pangkat dan darjat telah kita tolak tepi demi mencari sebuah kehidupan dan bahagia yang hakiki. Walau kita tahu semua punya kita dan apa yang diberi pada kita di atas dunia ini semuanya pinjaman belaka. Pinjaman sebagai ujian atau sebagai platform untuk kita menjadi insan kamil yang redho dan berserah hanya pada Allah, serta kita mahu jadikan kehidupan itu sebagai talian dan hamparan untuk kita mencapai matlamat sebenar kita di akhirat sana. Kita telah berazam sebelumnya bahawa sekiranya siapa yang datang setelah ini, maka dialah jodoh kita. Kita berusaha mencari kebenaran kepada kehadirannya yang di luar jangka, malah di luar bayangan sempurna yang kita fikirkan sebelum ini. Kita akhirnya ingin mengaku bahawa kekuasaan Allah itu adalah segalanya. Namun kita terus2an diuji, apabila dia yang hadir itu bukanlah juga takdir kita yang sebenarnya. Haruskah kita kembali berputus asa dan terus berharap? Bagaimana lagi kita hendak munajat meminta2 terus pada sesuatu yang sepertinya tidak akan pernah menjadi kenyataan milik kita. Apakah Allah tidak mendengar permintaan kita, apakah Allah mahu kita lebih ikhlas lagi?

Mereka berkata, dekatkan diri pada tuhan…munajat dan minta pada Dia. Sedangkan kita tidak pernah putus bersujud dan meminta ikhsan Dia. Supaya mengasihani kita dan mengurniakan kita rezeki sesuai kehendak manusia normal lainnya. Kita tidak meminta lebih cuma untuk bersedia menjadi pemberi dan penerima. Akhirnya harapan kita itu tidak pernah berhasil dan kita semakin menjengah penghujungnya. Penghujung buntu yang mungkin sulit untuk difahami mereka2 yang tidak pernah mengalaminya maupun mereka2 yang degil ego tidak pernah mahu mengerti tentangnya. Lalu kita tidak pernah juga berhenti melangkah…melangkah sendiri dan menjadi semakin kental berdiri kukuh di sini….namun tetap sendiri.

Thursday, April 04, 2013

Awal dan akhir

My 1st appearance in the school newsletter when I just enrolled as RHD student in 2009..weee..not every student got the opportunity to be highlighted, cos it has been selected to be "glamour" ...said my beloved Daryl Joyce :p



And this is my 2nd appearance when I fulfill all the requirement and been awarded a PhD degree...Alhamdulillah...  


But, only UPSM doesn't want to recognize it until I pass them the copy of "said" (katanya) certificate, that will only post via mail within a month..membawa maksud I will not entitle for the final allowance yet :(     

As Dr. Yeang said "life is always unfair...and we have to live in those unfair situation and be strong" lebih kurang lah.....

Thursday, March 28, 2013

Mood

Mood------> malam jumaat:

1. Lari atas treadmill macam tikus gebu berwarna warni sambil pakai blouse batek sampai banjir peluh masin lalu mandi


2. Dengar bacaan surah Al-Kahfi di http://www.quranexplorer.com/quran/ sebab nak baca tak buleh


3. Biar TV dok tengok diri sendiri kat living...bosan ASTRO asek ulang tayang


4. Abaikan mesej bff....biarkan


5. Last but not least-----> skodeng fb potential bakal pak mertua, cuba merakam kembali ingatan yang telah hilang terhadap wajah dan kelibat yang pernah ku kenal 11 tahun yang lalu, yang katanya masih cukup mengenal aku..hasilnya....wii! terakam kembali siapa gerangan, hiks...engko ada? aku pun tak dek! 


Wallahuaklam...




"And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for people who give thought"



"And whosoever keep his duty to Allah He will appoint a way out. (2) And He provide for him from whence he reckon not upon. And whosoever put his trust in Allah He will suffice him. Verily Allah is sure to attain His purpose, and Allah had appointed Unto everything a measure" Al-Talaq 2-3

"Allah is Gentle Unto His bondmen: He provideth for whomsoever He will, and He is the Strong, the Mighty. (19) Whosoever seeketh the tillage of the Hereafter Unto him We shall give increase in his tillage; and whosoever seeketh the tillage of the world We shall give him somewhat thereof, and in the Hereafter his shall be no portion" Asy-Syura 18-19





Wednesday, March 27, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...

Hari ini, angan2 saya pada sekitar 20 tahun yang lalu sudah jadi kenyataan..mengimbau kembali detik suatu waktu dahulu saat saya kepenatan yang teramat dan hanya mampu menyeret kedua belah kaki yang sudah tidak berupaya melangkah ketika berjalan kaki pulang dari sekolah sejauh ~ 2 km ke bus stop dan sejauh ~ 4 km dari bus stop ke rumah. Dengan perut yang berkerongcong, seragam basah dan hamis dengan peluh, kelelahan itu menitiskan air jernih di birai mata, hati dan fikiran saya bermonolog sendiri sepanjang2 jalan dan saat itulah saya mula memasang cita2 untuk belajar setinggi mungkin, hendak jadi orang terpelajar, berkerjaya bagus dan seterusnya menebus nasib keluarga yang miskin. Hari ini saya telah menerima surat kelulusan dan tahniah dari Dekan The University of Queensland, Australia..memberitakan secara rasminya saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dan memberikan ucapan tahniah yang tak terhingga untuk pencapaian tersebut. Alhamdulillah. Majlis penganugerahan InsyaAllah tidak lama lagi.


Sunday, March 24, 2013

Today's mind therapy

Ermm...am so happy today, sebab dapat menghabiskan duit di hujung weekend yang indah hihi..malas nak menaip pepanjang mari I show off apa aktiviti hari ni.



Luch cajun chicken grill with mash potato dan garden salad kat Bubba Gump e-curve..besar giler portion salad dan main course dia. Drinks pulak free flow...anak2 below 12 makan for free. Untuk habiskan setiap meal terpaksa berenti beberapa kali barang 5 minit untuk ambik nafas dan beri laluan kepada sistem penghadaman untuk saling bertukar shif dengan mulut dan nafsu yang serakah. My friend order desert lagi jawabnya tersadai terkangkang lah sebelum boleh beransur meninggalkan Bubba Gump tu...hahahaha. 



Sudah makan kenyang2 haruslah sambung hunting barang asal tujuan kami shopping today..TREADMILL...iya treadmill, sebab sejak kejadian hari tu I dah tak gi jogging lagi. Fobia terus (apa la makcik pakcik dok nyanyi2 kat astro nun? buruk benar..dah tua2 bawak2 la gi sejid ngaji tambah ibadah..haish! *sayup2 dengar TV kat luar)..dalam dok survey treadmill dengan kesengajaan yang di luar jangkaan kami turut menyambar seat urut OGAWA ni sorang satu..hahaha. Tu free stuff alatan senam untuk kempiskan keboyokan perut tu adalah companion kepada treadmill. Sepatutnya penimbang tapi sebab I dah ada yang lagi canggih dapat measure body mass, bone mass, water mass, kalori uptake dll, so I tukar dengan 2 barang berguna tu. Treadmill next week sampai...yeayyyy!! Kini livingku bakal bertukar kepada gym :)


Then oleh kerana Metrojaya ada bagi voucher RM20 untuk setiap belian bernilai RM150, saya terpaksa dalam rela membeli wedges kaler biru comel ni..comel la kan sebab saiz I berangka 5 jah. Hermm...takder makna kalo kaki saiz 5, tapi baju saiz 12 (42)! Tujuan kumpul voucer sampai RM80 sebabnya nak beli bendalah kat bawah tu dengan harga murah hehe....



Ini....I nak try for the 1st time. Kata orang sangat berkesan. Sejauh mana kesannya tatau la kan..kita tengok nanti. So dapatlah set introduction ni dengan price below RM1K. ..yeayyy! lagi. Seronok habiskan duit ni..dah belajar jenuh2 kerja penat2 wajiblah menikmati ya dok? Rugi korang kalo asek dok simpan duit kumpul harta. Mati esok takleh nikmatinya jugek. So sementara masih muda, sihat, mampu, dan solo ni....nak makan apa makan, nak jalan ke mana jalan, nak pakai apa pakai, nak beli apa beli lah...yang penting kita enjoy dan bahagia :)



Okay, ni wajah2 ku pada rawatan sesi pertama. Pitera mask. Nampak tak aging sign kat wajah asli tanpa mekap tu? Herrmm kalo dah namanya rangtua gini lah uhuks! Mana tau kan lepas habis set SK II tu wajah ku transform jadi macam heroin kat bawah ni? Wajiblah peminat berpusu2 kembali seperti di zaman muda rumaja dulu kan hehehe.




Hokay lah, I nak gi ngadap drama melayu pulak...macam best jer lagu tema yang dok berkumandang nun. Key Bai....



Saturday, March 23, 2013

Dreams become reality

On my next birthday I will achieve the most ambitious and sincere dream I had set since I was a kid and I do also hope for the 1 more dream to comes true. I work sincerely hard and pray desperately hard for it.  May Allah give me what I ask for.....insyaAllah!

Tuesday, March 12, 2013

Kekalkan cuma yang indah


Apabila hati berbicara

Mulut terkunci seribu bahasa

Walau sepi yang menyelubungi

Namun hadirnya menyimbah rasa

Walau tidak tampil dengan seribu wajah

Namun dia datang dengan sejuta rajah

Seninya biar bukan sempurna

Tarinya biar tidak indah bertempo

Namun melodinya bergurindam asyik

dan maranya bisa menggegar jiwa

Hanya dengan selembar senyum

Bersulam sekilas pandang

Debarnya hebat meruntun qalbu

Lalu ku simpan rapi dalam lipatan kenangan.... 




* tak tau kenapa selalu berbunga sejak dua menjak ni? lalalala...

Monday, March 11, 2013

This is not good

Okay you got BR1M, KAR1SMA and what so ever...you can dream of stocking your groceries for the whole year for your whole family huh?

Now then, me and my friends in the middle class has to pay multiple huge amount of tax. Now this comes true. If you remember what I wrote before CLICK. The monthly cut so called PCB still can't cater those tax oh? My monthly cut for the last year was already achieved RM 1102 plus RM 382.25 CP 38 (what's the name of this haina?!)...and then when we declare the emolumen by filling the eBE form, then tarraaa....there still some huge amount they ask for. For few years back I wasalways got pay back from the cukai terlebih bayar, but what happen this year?

Homaigad...me and my friends in the scale Q44 just breath the fresh air of having extra money to make life. In KL RM3K is just enough, thus for us the extra K printed on our payslip seems been taken back! Every year the groceries price climb to the steep, the petrol price increase 3-4 times a year and the housing price never plummeted. Every increment doesn't entitle me to own even a terrace.

When I applied for a new IC that been stolen, suddenly I got email telling me that my information (address, phone no. etc) is updated in LHDN. When I got my driving licence replacement, I suddenly got email of updating my info from JPJ...you know what I mean? And these doesn't count desperate propaganda emails downgraded "you know who" that I constantly received before I set them as a spam....  as the GE is knocking hard. Now I wanna say "TERIMA KASIH MALAYSIA".



Wednesday, March 06, 2013

Mata yang sering menipu atau hati yang sering tertipu

Apabila mata bertentang, senyuman ikhlas terlempar lalu berbalas renungan tanpa kata. Namun tiada riak senyum di sana, cuma pandangan tepat yang sulit diekspresi minda. Kemunculan yang tak disangka barangkali sedikit menggugah, namun tiada terkejut. Bijak sembunyi rasa. Dua patah kata lalu terucap, menjemput mendekat. Sekali lagi senyuman terukir bersama lirih ketawa kecil tiada keruan. Keliru. Tangan pun sedikit terangkat melambai perlahan. Pipi memerah terasa hangat. Dari kedekatan balik pemisah cuma sehasta. Apakan daya punggung berlabuh bagai terpaku. Tidak berganjak. Berwajah tenang, sepasang mata terus-terusan melirik pandang. Sekali dua kali lalu berkali-kali. Panjang leher mencuri dengar, bangun berlegar tanpa bicara, tanpa ekspresi. Sedetik hilang fokus dan mula tersalah tingkah. Galau rasa membidik sanubari. Gerangan apa sudah terjadi? Apa maksudnya? Komunikasi sejelas cermin kaca yang membias ini, punya pelbagai andaiannya. Tiada mampu ditebak. Kacau, galau berganda-ganda. Ah! Masalah baru….Ingin menyapa ke matrix sana, namun imej yang membayang bahkan makin memudar. Lalu berteleku lagi cuba kembali ke fana, yang tiada pernah apa-apa….Bingung

Monday, February 25, 2013

Jalan menuju ibadah

Akhirnya tahu jawapannya....terus hati dan perasaan terasa lega yang amat :)

Kalau perut terasa lapar, kaki akan berjalan ke dapur lantas tangan akan buka pintu peti ais dan lihat2 apa yang boleh dimasak...lalu barang2 dikeluarkan dan mula membuat persiapan, masak terus makan maka perut pun kenyang...

Begitu juga rahsia hati dan rasa...apabila jiwa bergelandangan ingin tahu, kalau tidak berusaha cari tahu tidak akan pernah bertemu titik pencerah dan teka teki terus menerus merobek. Jadi ralat, galau, dan serba serbi tak kena.

Tahu tidak seberani mana, sebelumnya perlu bersedia mental dan fizikal. Persediaan mental yang paling besar...buat solat malam, singgah zuhur dan solat sunat di masjid beberapa detik sebelum, lalu dengan lafaz bismillah dan nafas ditarik sedalamnya kemudian dihembus perlahan...lalu aku memandu menuju ke sana. Dengan niat ini jalan menuju ibadah. Kita hidup di dunia cuma sementara...pangkat, darjat dan harta cuma perhiasan..perhiasan yang menjadi ujian. Basic nya tetap ada dan cukup sekadarnya...lalu aku merasa cukup dan mahu mula mendidik hati menjadi redho...Kemudian serahkan padaNya...Insya Allah kedamaian dan bahagia yang dijanjikan Allah itu pasti..

Wednesday, February 20, 2013

Malam ini aku bertanya

Kenapa masih resah

Kenapa masih keliru

Kenapa masih mahu merungkai misteri

Kenapa masih tertanya-tanya

Persoalan2 yang tergantung tidak terjawab

Terus tinggal misteri

Yang tak bisa ditebak

Itu lah aku malam ini....

Dihukum demikian serupa

Tindakan tanpa sengaja

Tertimpa sendiri pula

Nyata memang sengaja

Hendak ditunggu sampai bila

Hendak dibiar menolak kudrat

Aku pun mau beradu

Mendakap granat melupa misteri

Walau tak yakin ku mampu lagi....




Monday, February 18, 2013

Turn off Q

Korang tau tak apa antara cabaran hidup masa kini? Saya contohkan 3 kat bawah:-

1. Gadjet
2. Duit dan
3. Makan

Gadjet

Terima kenyataan bahawa dunia telah sangat maju ke depan. Dulu kita tengok touch2 udara sebagai ganti screen kat hollywood movie jah...sekarang anak2 2-3 taun jer pun pandai sreehh3x pakai jari telunjuk jer...semua main touch2 jer, macam HP ENVY 20 saya hehe...tak payah nak terkebil2 bila anak atau anak buah yang masih pelat bergigi susu asek main dan mintak tablet. Bahasa pulak wifi, down load etc...eg. anak buah saya umur 5 tahun tetiba tanya kenapa SOUND makcik sama dengan makdek? Sib baik dia tak cakap kenapa "AUDIO"...pencuri pun asek curi gadjet jer takder dah nak curi buah pelam or jambu moksu Timah macam zaman saya kecik2 dulu...hahahha

Duit

Semua pakai duit, kejar duit, mati duit hidup duit...org masuk politik ibarat masuk lubuk duit, org nak menang PRU tabur duit, nak mati pun kena labur duit (insurance)...Apatah lagi nak cari bini...nak berkenalan pun kena duit tau tak? Bukan sebab nanti nak belanja prosperiti mekdi. Merisik sekarang ni takyah bagi beras bercampur antah untuk diasingkan, tapi lelaki..lelaki ya..ya lelaki bertanyakan jumlah gaji dan bonus perempuan. Hairan? Toksah hairan...saya dah berkali2 kena...huhu nak saya kaya dulu ke baru nak saya? Habis saya time sekolah dulu2 pakai kasut buruk koyak, baju lusuh dan selalu ikat perut tak makan tengahari dan menangis di surau menahan lapar setiap rehat...macamana gerihnya untuk dapat rezeki yang sekarang, tetiba merisik ditanya gaji, bonus, rumah dan kereta...terus turn off walaupun muka dan body u macam Salman Khan or Bradley Cooper hahaha...siapa dapat fahamkan saya ttg kekeliruan ini? Oh..sebab nak share belanja kawen yang maha tinggi..yer ke?? Len kali saya nak jawab "Gaji saya sikit jer tak banyak mana..sama ngan gaji CEO u, kenapa? Nak honeymoon atas cruise ke? Muahaha..

Makan

Perut tau nak makan jer kan, makan pulak nak yg sedap2 jerk, alang2 nak belanja takmo dibelanja mekdi, nak nandos dan seoul garden jerk...pastu perut kembang dan gendut, pakai losyen mustajab10 botol tak kempis2 juga hahahha....setiap kali makan musti mau snap gambar, dah snap post kat fb heh? Lalalala...kita semua buat tu. Eh! I sorang jer ke yang buat? Kita kena tau adat berjiran kalau masak dan bau makanan tu terhidu keluar kita kena share dgn 40 jiran..ha, kalau friend fb kita 1k, kita kenalah share ngan 1k "jiran" kita tu...bukan harus tapi wajib hantar sepinggan kat saya hahhaha






Saturday, February 16, 2013

La Seine

Apabila Aku Jatuh Cinta

APABILA AKU MERASA TELAH JATUH CINTA LAGI

Aku melupakan semua yang lain

Aku sering sebut dia dalam bicaraku

Aku sakit kepala mikiri dia

Bulu mataku pun berguguran di pipi

Tanda rindu berbalas dongengnya

Aku asyik jeling handset di sisi

Menunggu mesej atau panggilannya

Walau tau bagai menunggu ikan jantan beranak

Kerana suatu saat ikan jantan boleh menjadi betina *berharap

Aku istikharoh minta jauhkan kalau tidak benar

Tapi aku tetap fokus nampak cuma muka dia saja

Sepertinya aku telah tersampuk sihir asmara

Aku senyum2 sendiri

Aku terkenang senyuman manisnya dengan barisan gigi yang putih bersih

Di telinga ku tergiang2 nada lembut bicaranya

Aku teringat renungan sekilas matanya yang berbintang

Namun..tak kala  hati ku kata mau laju saja mulutku kata tanak

Semakin mulutku kata tidak, selagi itu hatiku kata iya

Aku mula membuang segala rekod

Berharap agar ke-tak-keruan hati tidak bolos

Dan dadaku pun terasa membahang

Jantungku tiba2 bolong

Kreatif dan inovatif aku memikirkan cara...

Bagaimana supaya boleh bertemu

Aghhh!!....mungkinkah aku telah jatuh cinta lagi



Hehehe...camni ke angaunya org jatuh cinta?? Macam tak re'el jerk kan.....
Tetiba je mood nak bersyair konon jatuh cinta memalam sendiri gini hihihi, layan!....





Thursday, February 14, 2013

Lan Pet2 tumpang kereta

Dah lama tak tengok/terserempak org shooting filem, tadi berkampung produksi Kabir Bhatia kat LGM, Sg. Buloh. Pepagi buta kita baru masuk kawasan dan petang rewang kita balik dorang masih kerja...Okay alang2 dah sebut pasal shooting dorang tu, ni nak share sket..kesahnya...

Time kitorang nak keluar beli lunch kul 11.30am tadi, tetiba ada orang tahan kereta saya, sebab tak pakai spek tadi saya tak nampak jelas mukanya sapa org tu..Dari jauh nampak lelaki berbaju batik kuning depa tangan panjang2..rupanya Lan Pet2. Wah pandai dia, pilih kereta best, kereta kecik dan kereta kancil yang sebelum dan selepas tanak tahan. Ingat kan nak tumpang gi keluar ke apa? Wajib la saya caj RM50 hahha..

Terpaksa berenti dia bukak pintu belakang...jenuh dia suruh kawan saya gerak ke tepi sebab dia nak naik sama dan kawan saya takmo berganjak..hahaha lawak tul la Lan tu.. akhirnya kawan saya terpaksa berganjak dan biarkan dia masuk. Bisinglah kami dalam kereta tak bagi dia masuk dan cakap nak kena caj RM50. Saya sempat tanya citer apa? "Gila Baby" katanya...entah betul entah tidak..Tapi, alahai bukan nak tumpang keluar pun, depan sket jah dalam 50 m dia buat lawak ngan Beto Khusairi kat medan letak kereta lalu keluar dari kereta saya sambil cakap ni bini no 1, ni bini no.2 dan tu bini no.3 kat kami bertiga kat Beto...hahahhaha...bodoh betul. Si Kabir Bhatia cuma sengih2.  Selepas beberapa minit baru kami boleh berlalu.

Yang menyampahnya cuma 1, time nak balik dorang suka suki hadang jalan ngan kon polis dan divert ke jalan lain yg lebih jauh, banyak bumper dan lecak..haish! Muncung la saya sambil drive sambil kru2 kat khemah tu nampak yang kita tak suka "gangguan" komersil tu...harap esok dorang dah habis shooting.

Wednesday, February 06, 2013

Urusan TH saya...


Bulan lepas saya ke Pejabat TH SA sebab nak buat buku akaun baru menggantikan buku akaun yang hilang dalam rompakan pecah kereta awal bulan. Sebelum tu saya ke Imigresen, disebabkan nombor giliran yang saya dapat adalah besar i.e. ada 60 orang sebelum saya, maka saya memutuskan untuk ke TH. Masih awal pagi..tentu dapat selesai cepat telah saya.

Di TH saya diberi borang buku hilang oleh polis bantuan kat kauter nombor. Nombor saya tak lama, ada kira2 5-6 orang sebelum giliran saya. Leceh juga nak mengisi borang yang panjang lebar tu, hati saya sedikit risau kalau2 nombor saya di Imigresen di aras 2 PKNS SA terlepas. Setelah menunggu sekitar 20-30 minit nombor saya pun dipanggil.

Lama bangat seh berurusan di kaunter TH ni..saya cuma nak buat buku baru dan check status daftar haji yang saya buat online seminggu sebelum. Banyak saya baca komen urusan kaunter TH macam ciput khinzir. Tapi entah mengapa urusan saya yang agak lama tu terasa sangat “mengujakan”. Kenapa? Sebab pegawai kaunter tu sempat tanya boleh propose saya apa tidak? Dan beliau siap ajak keluar minum hujung minggu nanti.. Separuh terkejut saya pun, aaa??? Sambil tersengih2 “malu” lalu bertanya “Siapa? Ada calon ke?” Sebab org tu nampak agak matang waimo dia agak smart..muahaha. Maka berlangsunglah acara taaruf, peribadi dan latar belakang saya termasuk bilangan adik beradik, anak ke berapa etc..ditanya dengan bijaksananya oleh beliau. Nombor telefon disalin dan status diri dicatat pada sehelai borang ringkas yang saya tak pasti untuk apa? Hermmm…terlebih peramah kah saya? Agak comel ke saya (Cak! saya tau saya mmg comel walaupun dah tua…kehkehkeh).

Dalam pada ditaaruf itu tetiba saya terasa ada seseorang di belakang hingga buat saya berpaling, lalu ternampak sorang makcik tersengih2 intai muka saya dari belakang. Pelik sungguh rasa hati ini dikala itu. Setelah selesai urusan, saya mengucapkan terima kasih dan beliau berkali2 ajak jumpa di hujung minggu yang free. Waktu saya berlalu saya perasan sungguh ramai orang sedang menunggu di kerusi2 yang tersedia. Hoho…jangan salahkan saya mengapa urusan kaunter TH cam ciput khinzir, kerana pegawai kaunternya sempat berborak, mengorat dan ajak pelanggan comel dating…hihihi..kembali ke Imigresen nombor saya dah lepas! Alamaknya saya terpaksa ambil nombor baru dan menunggu lagi. Nasib baik tempoh menunggu Imigresen dan urusan saya di kaunter Imigresen hari tu cepat. Seminggu kemudian saya dapat call dan sms ajak dating!...beberapa minggu kemudian saya tolak ajakannya dengan sopannya kerana saya takut saya tersalah langkah lagi. Tapi saya izinkan beliau berhubung dan selebihnya saya serahkan pada Allah.

Selari dengan pertambahan usia dan kematangan, pandangan saya tentang cinta dan kawen telah berubah 360 darjah. Ini bukan zaman saya keluar bersosial dating tanpa hala tuju. Ini bukan lagi zaman saya dimanja2 dan diperhatikan god father yang berpoket ketat, Eh?!…saya mencari imam yang boleh membimbing dan menemani saya ke jalan yang benar dan halal. Setiap orang punya hak untuk berbahagia, saya juga….wallahuaklam.

Saturday, January 19, 2013

Saya kena rompak lagi

Sudah lebih 2 minggu dari detik saya menjadi Jane Doe. Pada 3/1/13 jam 6.30pm sewaktu saya pergi jogged kat taman tasik di Kota Damansara cermin kereta saya telah dipecah dan 2 buah bag i.e. bag komputer yang berisi macbook pro 15', 2 externl hard discs, 1 elektronik dictionary, LGM executive log dan pencil case bersama2 2 thumb drives juga hand bag Guess bersama purse yg terkandung semua identiti diri i.e. ic, student card, lesen memandu, kad2 ATM, kad kredit dll semua kena rompak. Dalam hand bag tu juga ada passport, buku akaun ASB dan LUTH. Sangat sial keling yang tak de sivik tu. Ya, saya dah nampak keling sial tu masa mula2 masuk parking. Saya nampak dia gelisah duduk bangun dan mundar mandir area parking. Hati saya sudah terdetik keling ni lain macam lalu saya sorok hand bag yang kaler putih belakang bag sandang berisi laptop yang kaler hitam. Dgn penuh kepercayaan cermin kereta yang agak gelap mampu melindungi imej bags. Tak terdetik pula dihati untuk turunkan seat dan simpan bags dalam bonet. Saya sebenarnya nak parking dekat dgn post guard tapi nampak mcm penuh so reverse balik. Masa reverse tu la perasan keling jahanam tu. Dah tu masa dah tekan lock kereta perasan keling jahanam tu dok perati, then saya nampak ada petak kosong dekat post guard,dah nak alihkan kereta tapi tak alih jugak. Bahana tak percaya gerak hati.

Sudah jogging hampir 1 jam, balik ke kereta tengok cermin belakang sebelah kiri dah hancur berkecai dan bag2 dalamnya dah takder! Kereta sedikit calar. Bayangkan yang tinggal pada saya cuma kereta dan kunci kereta. handphone dua2 tak tinggal dlm handbag sebab tak mau dikacau kala jogging kononnya. Blackberry dan samsung yang penuh kenangan lesap. Belum sebut lagi isi kandungan external hard disc...semua data2 kerja PhD, kerja masa kat LGM sejak taun2 awal join, segala file peribadi, gambar2, file kerja dan segalanya!!! Sekelip mata saya jadi warga tak beridentiti.

Terus saya terduduk dekat tayar kereta, nak call siapa pun takder nombor. Nasib baik ada Lina yang jogged bersama. Dia lah yang tolong call polis, call bank untuk blok kad2, call telco untuk blog nombor, sib baik ada kawan yang ada nombor adik saya yg kat kedah. Dari situ kawan saya msg abang di fb, dan bagi no Lina untuk berhubung dgn saya. Kunci rumah dan kunci ofis dalam hand bag juga turut hilang!. Saya suruh abang dari Serting datang bawa kunci spare dan tukar tombol serta mangga pintu malam tu jugak. Pegawai penyiasat datang amik gambar etc...dan saya ditemani Lina hingga jam 12am hingga abang sampai. Nasib baik ada kawan yang sangat prihatin. Kalau tak saya tak tau macamana keadaan saya waktu tu.

Abang beri pinjam saya RM500, Lina beri RM1200 dan Linda top up pnone RM50. Iya sehari selepas tu saya pergi dapatkan balik nombor2 phone tersebut. Tetiba saya dapat sms notify aktiviti redeem reward point di petronas kota damansara. Celaka sungguh! Sempat dia guna mymesra kad saya untuk redeem point. Aktiviti tu tepat jam 6.59.06 petang kejadian. Bermakna waktu saya sedar kereta dipecah dia baru beredar kerana jarak antara seksyen 9 dan 6 cuma sekitar 1.5km. Malangnya kerana saya dapat sms tu setelah 2 hari yaitu pada hari Sabtu dan kejadian berlaku hari Khamis. Saya terus ke kedua2 stesen petronas dan siasat resit2 dan imej CCTV. Tiada resit! dan 219 point = RM2.19...bermakna dia refill petrol motor. Oleh kerana sudah 2 hari dan sequence CCTV sudah panjang, budak petrol stesen tak dapat check untuk saya pada petang sabtu tersebut. Hasil siasatan saya maklum kan pada Inspektor Minder, pegawai penyiasat kes tu. Pada selasa lepas baru dia gi siasat setelah diperli. Ya, saya tanya dia balik ada ke pergi tengok CCTV kat petronas? Dia balas "No" dan saya balas balik "Oh ok...so police report just for stat but the police do nothing to stop the crime". Sampai hari ni tak tau apa hasilnya. Sebelum tu, sebab dah tau dia guna reward kad, kebetulan saya juga ada beberapa reward kad outlet lain i.e. watson dan tesco. So, saya pergi ke semua watson kota damansara dan mutiara damansara minta tolong mereka ambil detail sesiapa yang redeem point pakai akaun saya tadi. Saya juga ke pusat servis apple di e-curve mutiara damansara mintak mereka hold kan laptop macbook saya andainya si jahanam tersebut pergi untuk reset password atau tukarkan screen LCD yang pecah. Ya! screen macbook saya retak dan sudah berbulan2 saya survey untuk cari replacement. Sangat susah nak cari. Kata apple center kos dia makan RM2000, kat lowyat RM900, kat mudah my dan black market harga dia RM450 dan mana2 kedai komputer biasa tak pandai buat apple sebab susah kata mereka. Untuk reset password bukan macam laptop biasa yang ada button kat belakang. Programmer kena buka dan godek2 dalam. Cuma ada satu apple service yang boleh baiki kerosakan fizikal area ni. Kat Epi Centre e-curve dan OU tak buat. Selebihnya ada sekitar 6-8 apple service area KL. So, harapan saya jahanam tu tak dapat nak jual dgn harga tinggi..Biasanya kita akan berharap akan segala kemungkinan.

So, saya tak pasti samada si jahanam tu boleh apa2kan macbook saya. BB dan samsung juga saya set pin code. Katanya untuk reset pin code BB kedai2 akan caj RM50, so tak berbaloi untuk harga semasa yang RM100-200. Entahlah, saya ada harapan untuk dapatkan kembali harta2 bernilai saya tu. Memanglah komputer, phone semuanya kita boleh beli baru. Tapi isi dalam tu...terumatamanya external hadr disc tu...seluruh usaha hidup saya dalam tu. Nasib baik, sebulan yang sudah saya ada emailkan salinan thesis word dan pdf ke gmail akaun saya sendiri. Sudahlah sekarang sedang buat correction thesis. Nasib baik juga saya ada tinggalkan copy folder PhD dan beberapa berkaitan kerja di PC ofis di UQ. So, supervisor saya sedang berusaha untuk recover semua files tersebut. Deleted files juga katanya boleh direcover. Beliau minta tolong ITs kat sana untuk recover folder2 tersebut. InsyaAllah konvo bulan June nanti saya akan pergi ambil.

Sekelip mata hidup saya jadi sulit. File2 kerja yang saya dah sempurnakan selama 3 bulan masuk kerja semua gone. Ada beberapa file saya berjaya re-trace dari emails. Saya terpaksa memulakan semula banyak benda. Dugaan ini sangat berat. Saya baru saja settle down dan mulakan hidup dengan lengkapnya. Tetiba saya kembali zero dan perlahan2 recover. Alhamdulillah selepas 2 minggu, ic baru dah siap, lesen dan buku2 akaun saya dapat ganti pada hari yang sama berurusan. Bercutilah saya pada Jumaat dan Isnin untuk berurusan di setiap PBT terbabit. Hari Jumaat pergi selesaikan urusan di PBT yang ada sebelah Kota Damansara i.e. ambik sim kad baru, report polis, buat ic baru. Oleh kerana kereta saya dah hantar ke Mazda service, so Linda bermurah hati pinjamkan kancilnya untuk saya berurusan pada hari tersebut. Pada hari Isnin selesai urusan dgn PBT di sebelah Shah Alam i.e. imigresen, pesuruhjaya sumpah, JPJ, LUTH dan ASB. Passport dah lulus dan insyaAllah next week saya gi buat baru, sib baik tak kena denda dan ic juga tak kena denda sb kes jenayah. Passport yang hilang tamat 2016 sebab baru renew tahun 2011 lepas....tapi apakan daya saya....saya berdoa sungguh2 identiti saya tidak disalah guna penjahat keling jahanam tersebut.

Bila kita terkena musibah begini then kita sedar upaya kita sangat terhad. Memang seluruhnya saya serahkan pada Dia. Alhamdulillah kerana ada kawan2 yang bersama2 saya menghadapi kesusahan tersebut, beban saya terasa sangat ringan. Saya tidak sedih seperti mana pertama kali laptop saya dicuri semasa di Gatton dulu. Saya juga akan lebih mempercayai gerak hati. Waktu ni jugalah kita kenal siapa yang benar2 sahabat. Walaupun Daryl membebel, tidak bersimpati dan concern ttg data2 sahaja, tapi sekurang2 Donald Irving memberi kata2 semangat dan menenangkan. Sekurang2nya Madan tidak komen apa2 melainkan offer diri untuk tolong recover folders saya di sana. Kawan2 rapat bersimpati dan menghulur bantuan.