Ketik

Wednesday, August 16, 2006

Lagi-lagi Politik

Dalam dunia ni tak terhitung betapa ramai yang tak satisfy dengan kerja masing2. Dari ihklas jadi tak ikhlas, dari optimistic jadi pessimistic, pendek kata banyak yang dari positif menjadi negatif. Apa puncanya? persekitaran? peluang kenaikan pangkat? gaji yang kecil? atau malas? Apa yang paling menarik ialah apabila kita terpaksa berada di track yang entah salah entah benar, bahana dari sikap si pessimistic. Pessimistic bukan sahaja di peringkat bawah malah paling menakutkan apabila mereka berada di atas.

Terkadang kita tidak sedar siapa diri kita sendiri dalam hiruk pikuk masing2 cuba menayangkan diri sendiri ternyata lebih hebat dari yang lain. Kita lupa akan kemampuan kita di tahap mana. Mungkin orang menilai kita kerana future direction kita yang kabur, tapi kita pula masih berkeras mau membuktikan kita boleh, ya Malayu BOLEH!!...lantas kita alpa untuk mengasah kelebihan kita yang tersorot, tetapi sibuk menjadi enau dalam belukar. Justeru, banyak cara ke arah itu. Ada yang tanpa sedar bercanang "lihatlah dunia aku hebat" waimo sumbangan belum pun menampakkan bayang. Mana punca? tidak lain tidak bukan kerana si polan-si polan maka aku menjadi pungut tumpang hinggap.

Ada juga sudah lapuk dalam sistem, sudah dinilai begitu begini, semuanya melemahkan semangat yang hanya tinggal setitis. Tapi masih belum tersedar dari tidur yang lena, kerana bertilam empuk, duit pula berkepuk2. Mau pula memberi kata semangat pada teman seperjawat, "kita kena usaha!" "kita kena buktikan!" "kita memang hebat, cuma mereka yang buta menilai!"??? Tanya siapa kalau bukan tanya diri? begitukah kita yang sebenarnya? Adakah mungkin penilaian kita terhadap diri sendiri itu adil? atau sekadar mengubat hati yang terluka sahaja...atau...barang mungkin kerana sistem itu yang tidak peka bahawa mereka sebenarnya sudah lapuk di telan zaman? Bukankah era nano ini sudah berlabuh, dan era pisau jebong juga sudah menyingsing? Bukalah mata, bukalah minda..lalu pada generasi manakah pesanan ini bermakna?

Bagaimana ingin majukan bangsa? Bagaimana ingin majukan nusa? Bila kita sesama kita sudah hanya bijak menilai sesama sendiri? Tidakkah bererti kalau kita bersama berganding bahu, berganding tenaga untuk sama2 berbakti? Kalau bukan pada pertiwi biarlah pada diri. Renunglah kaki langit, renunglah gigi air maupun pesisir pantai...kalau tidak saling membantu, bagaimana lagi mau menikmati keindahan itu. Tidak rugi bersedekah, malah sia-sia saja kalau mahu menguji dengan "peluang" yang kononnya "peluang" itu. Tidak wujud kah lagi prestasi yang muncul sebelum "peluang" itu???