Ketik

Friday, July 30, 2010

Chapter 1


Layannn....



Adat perkenalan yang menyampah

1. Bila you say “Hi”, tapi you put “no name”…hello I tak kawan ngan halimunan keh

2. Bila you call I pepagi, tapi you report MJ mati la…hello I bukan adik MJ keh

3. Bila you ring kul 12pm ke atas, dan beat jantung I mendadak naik terkejut sb baru nak mula mimpi…hello I bukan zombie keh

4. Bila you mintak gambar penuh I, tapi you kasi gambar lubang idung….hello I tak cakap ngan lubang idung ya

5. Bila you mengayat “kalau kita tinggal sekali kan jimat duit, kita leh kongsi kereta gi kerja”…hello sejak bila kita sekedudukan neh?

6. Bila you bujang tak bujang, tapi you cakap “I tak hensem”….hello ada aku kesah ko hensem tak hensem? Ko jaga bini ko elok2 keh, Sinchan lagi hensem

7. Bila you lagi sekali bujang tak bujang, tapi you sms I, snap gambar I..then bini you sms I bertalu2, siasat siapa I, where am I and why I suddently pop up in her laki's life coz ada nombor I dalam phone you…hello dah lah you ganggu ketenteraman I, mak lampir you pun join sekali? Wadahek

8. Lagi sekali you bujang tak bujang, you ngorat I, you dating I, you say “I stay bujang ngan kawan2 bujang kat taman xxx”, then tetiba bini you text “kalo rasa org camtu berbaloi wat laki, amik lar..” …..siot kepala lutut hang! Lagi sekali you damn stupid moron

9. Bila you konon nasihat “berubahlah”, tapi you seniri asek ulang benda sama…sukatilah labu

10. Bila you say “awak bukan taste saya”, tapi dulu you jugak yang puja I konon puteri intan payung…. humm cermin tak retak, periuk tak hangit, nasik tak basi

11. Bila you say “nanti kita leh balik kampung same2, I drivekan you, pakai kete you”, tapi you tak pandai drive & takde lesen…hello apakah harta I harta you jua? dan I tak perlu handicap driver tanpa lesen key, polis saman bukan you yg bayar

12. Bila you jumpa I kat kursus, you tanya I “dah berpunya belum?, I nak offer diri..”, then you mintak nombor “nak bincang perhubungan” kata you…Wah, senangnye you nak nikah cowboy ke? Upps! I bukan cowgerl

13. Bila you sms, tapi blank screen…I pun ikut blank derr

14. Bila you say “awak dalam poket saya jer”, then you mintak I respect you…Bleh blah daa…

15. Bila you terkinja2 sembang ngan awek lain, tapi you nak tumbuk orang yang ngorat I…you ingat you sorang ke yang lawa?

16. Bila you say “laki you besok tua, botak, gendut”, tapi you sendiri suka awek tua yang body pear…apa you ingat I tak laku ker?

17. Bila you say “kita takder pape, awak jer yang lebey2”, tapi you asek gayut kat nombor I sampai 2-3 jam…hampeh! You gi lah cari maknyah kat Chow Kit sana, sure dia layan keh

18. Bila you say “lupakanlah, cari hidupmu”, bila you marah you say "selamat tinggal, pergi2!”…..I'll say "pesal emo terlebey ni...kite takder paper pun?"

19. Bila I pergi, you mari2..bila I dok ada, you pergi2….Ewah awak, saya bukan gergaji sorong ya

20. Bila I blah, you text "diam jer?"…bila I text, you say “tak tanya pun?”…so I’ll say “stupid, dumb gigolo! Muahaha..

21. Bila you skype I, you tak video chat, tapi you mute & on ½ hr bagi I dengar ketap-ketup keyboard…agaknya I ni angel jaga kebajikan org

22. Bila you ngorat I you ask "what type of car I drove, how much is my salary, do I own a house?.....hey, you sounds gold digger okey

Thursday, July 29, 2010

Snowy Mountain & Sydney 2010

Kami bertolak sesudah maghrib Rabu lepas, selepas meeting mingguan selesai dengan jayanya.


Ini antara destinasi2 yang dilewati sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 19 jam. Kebas punggung, badan dan segala urat sendi mak eiy...


Singgah breakfast kat atas bukit, suhu time tu below 0 darjah. Tong sampah pun lekat frost, air dah jadi batu..kakak fatini pun dah berbalut hehe



Pemandangan sepanjang perjalanan sangat unik dan menarik. Banyak pokok2 hutan, bongkah2 batu dan haiwan ternakan kiri dan kanan jalan. Faktanya Australia adalah antara 10 negara dengan bilangan lembu yang terbanyak di dunia. Belum kira Kam-biri2 (kambing & biri2) lagi..Pak Tam abang ipar aku pun import kambing dari sini. Untuk tempahan daging korban blehlah kontak beliau di Jengka, Pahang. Iklan kambing korban & aqiqah beliau ada jer di tepi2 jalan sepanjang lebuh raya area Jengka dan Temerloh :)







Perjalanan dari motel Bunkhouse (Coma)-Perisher (Snowy Mountai) sekitar 1 jam. Motel/hotel yang dekat mestilah mahal. So kami menginap di 3 buah bilik; 2 family suite dan 1 double..selesa sausana pun nyaman dengan suhu sepoi2 sejuk.
Di sepanjang jalan dalam park tu ada banyak papan tanda alert kanggaru melintas..malam 1st waktu survey Perisher dah nampak berlambak kanggaru beratur kat tepi nak lintas jalan. Cik Garu tu takder gear reverse so kalo nampak dia tgh lintas pandai2 break emergency yer...
Dah sampai...tarra!

Pandanglah lihatlah wajah2 keriangan bermain seleji..susah nak sampai sini nih..balik Pasir Mas pun 10 jam jer paling koman..kami decided travel by road sebab nak tengok pemandangan. Len kali kena naik flight la fulak, takder beza mana pun suasana kat OZ ni.





Aku dengan signature possingku yang glames bersama En SnowJin (tetiba dia muncul kat situ, kami cuma rawat kecederaan2 yang ada serta decorate dia serba sedikit)..akak tak erti posing daa..kena belajar ngan Zanna gayanya

Kami tak main ski pun, tak pandai...silap kang patah lutut haru kena jawab ngan SV.

Yeehaa! main gelongsor ler apa lagi..zaman kecik2 dulu kurang bahagia, dapat main upih jer :p





Ni mak Fatini & Fatini, tak ubah macam main upih jugak....yang bapak Fatini pula, bersidai trus, kesian dia drive sengsorang pegi balik..800 km woo

Dalam perjalanan pulang sesudah memuaskan diri bermandi seleji dan berjemur panas, kami singgah sejenak makan tengahari dan solat kat tepi tasik yang indah ni...Nampak tak bekal pengisi perut dan pembalut jasad kami sekeluarga yang overload kat belakang tarago tuh? Haa..tu la pasai, tarago 8 seater org pun 8..ketat wa cakap lu..



Acara wajib kami tu hah, melompat di tepi tasik. Tak sah kalo tak lompat nih..



Anak2 yang riang ceria pun main lah apa yang ada..bunga lalang jew. Tapi harus kagum ya dengan teknik fotografi ku itew...



Lepas solat kami gerak ke Sydney pula, ada lah dalam 2-3 jam, check in hotel bilik apartment 2 bilik. 1 bilik katil king untuk kaum ibu dan anak2, 1 bilik 2 single bed untuk kaum ibu yang memang ada hajat nak jadi ibu pun...cuma nasib belum menyebelahi hehe..kaum bapa pula tidur di living hall, selesa juga tuh..atas sofa empuk lagi, dengan heater lagi. Bilik air dua, dengan dapur segala..apalagi kami memasak sakan lah 2 hari itu. So kami stay di Sydney 2 malam..patutnya apartment hotel tu untuk 5 orang jer, tapi kami bantai sumbat 8 org..tak der paperpun..janji hati senang, jiwa gumbira.

Hari esoknya ke Paddy's Market..aku ingat Sydney leh nampak banyak ausies rupanya majority cina pulak..dari org2 yang berserabut di kota sampailah pekerja2 awam, kedai, public transport dll. Paddy Market ni pulak, manager dia melayu. Boleh dikatakan 99.9% peniaga kat situ asian (China, Korea, Vietnam etc). Barang cenderamata kat sini agak lebih murah berbanding di Brisbane. So akak punggah sheep skin and topi cowboy pesanan Pak Tam. Selebihnya keychain etc leh dapat $5 untuk 3, murah sangat2 tuh. Budak2 LGM, akak janji tak kasi magnetik freez & keychain lagi okey? dah cukup dah bagi ari tu..hahaha haus!
Tengah termangu2 nak naik trem ke bus ke untuk ke Darling Harbour, tetiba sorang pemuda salleh tegur "pakcik2x...pakcik mau pergi mana?" Dia dengan fasihnya bagi instruction kat kami camane nak gi "Sirkilaki" a.k.a Circular Quay. So, kawan2 jangan mengumpat mat salleh kat oz ni ya..dorang pandai bahasa melayu. Ingat lagi tak aku pernah cerita cikgu kat ICTE speaking budu ngan aku? hehee sangat kagum
Puas melepakkan diri di Paddy Market kami gerak ke Fish Market. Ala2 Inala kat BNE tapi dia dekat harbour dan leh makan seafood segar..sungguh enak tetapi sangat terharu kami waktu itu..pasalnya ada satu hidangan tu, oyster tapi ditabur daging bab..hoho..sib baik aku alert dorang cakap daging menatang apa tew? Dorang test2 kata beancurt. cehs! aku pun tertipu, apa nak buat kan? sib baik belum makan? wallahuaklam..


Then esoknya kami jumpa kawan Zai yang study di Sydney..paginya tarago kami kena pancit tayar daa...2 tayar belakang leper habis! Siapa la khianat ...agak2 ler nak "bergurau" pun. Seatle semua kami pakat bergaya kat Laperouse nih..lokasi shooting MI2 katanya..akak tak perasan pula :P. Tengahari kami makan masakan padang di Sydney..kayolah makcik indo tuh meniaga kat sini..komuniti Malaysia, Indonesia dan segala asia lain memang congested kat Sydney nih. Sib baik aku pilih Queensland..aman damai untuk study. Sesuai amatlah..less living cost, less polution, less human trafic and congestion, less vehicle bla3x.

So, sesudah mengisi perut dengan masakan padang kami shopping kicap kipas udang pula. Kat BNE takder kicap tu..tunggu Mc Kak pos..nanti habis barang kena sita dgn kastam. Buang duit dan tenaga jer. Apa lagi, peluang sudah di depan mata, aku beli 2 botol kicap masin & 2 botol kicap manis..botol besar lagi tu..heheh stok setaun agaknya?

Wokey! banyak sudah aku menulis ...ingat tadi nak caption kat gambar jer..:p

Wednesday, July 28, 2010

Stresssss.......

Aku dah macam kambing brown kat tengah2 tu...nak panjat naik lagi, duri bertimbun2, nak stay karang jatuh pulak.


Ahh..I'm little bit stress now. I'm desparately need to move to the next stage, and there are still lompong everywhere. I need to speed up my lompong task as soon as possible. Otherwise its not good for my mid-term candidature in the next March. If only I can drift my brain and physical capability to the maximum capacity. Ooohhh...I need to calm down, take a deep breath and plan everythings nicely.


Now I have to groom my all results perfectly, make it more beautiful, more presentable, and more appropriate for papers and thesis. InsyaAllah! Lets do the best and Allah will do the rest...


Mari hayati lagu dari abang botak ku yang handsome :)

Tuesday, July 27, 2010

Update PhD


After almost a year and a half working with this project, today I'll present my update progress to my SV. Am tired of Acacia and so do him :p..we need to move to another stage which I should playing with another spp. for the molecular study..jeng3x. I nearly completely forget about the molecular work, but I do love it much! It can be either speeding or delaying my PhD. But I believe I can do it as smart as I can. Like what I've done with my masters degree. I pray for Allah to bless me with His merciful..aminnn..

Most of the topics in grey, marron and purple colour was either done or partly done. So, now am heading to the light blue milestone which is will be another 50% of my thesis. Chaiyok!

Monday, July 19, 2010

Turkey treat & my befday



Resipi didatangkan khas di Foodaholics.

Alhamdulillah, genap sudah usia aku yang ke 17 tahun :p..bermakna campur tolak darab bahagi equal to the double of current number, so dah cukup dah budget umur yang diberikan untuk hidup di dunia yang fana ini. Kebanyakan kitar hidup selayaknya manusia biasa dah hampir cukup..kecuali 2 perkara..kawin dan rumah semi D or banglo (:..sebelum tu kena renungkan amal ibadah juga, buat bekalan ke akhirat sana..bila nak gi naik haji etc.



Aku takderlah menyambut befday2 nih. Kalau dulu di Biotek, LGM selalu ada party anjuran puan setia dan usaha Siti shuhada et al. Kalau di CMU tentu ada kawan2 pakat beli cederahati dan potong2 kek. Tak pun terbitan segment khas di CMU. Humm windu la kat korang..sampaihati korang tak calling2 akak uhuks! Mega ngan Lihin jer yg ingat huhu..



Kemarin kami di kampung gatton ada jamu makan2 sket..dalam entry lepas aku dah citer intro pasal nak marinate turkey kan..haa ni dia resepi hasil experimentasi aku. Kalau sudi nak mencuba silalah jangan segan2. Kalau sedap report ke aku, kalau tak sedap diam2 saja :p



Saturday, July 17, 2010

Tat's Interesting

Sekarang aku masih mengadap mesin GC lagi..bacaan data hari ke-5. Sengsorang jer kat postharvest lab ni. Jauh dari campus, tepi sungai kecik yang bersambung dengan sungai Brisbane tapi dah kering. Kalau ada manusia lain pun, cuma kat rumah K. Jamaliah yang berjiran dengan lab ni. Kira2 500 meter.

Nak story something yang agak interesting sket (pada aku). Tadi sebelum mai lab, aku menonong laju menuju The Big Orange. Pi beli barang tuk marinate turkey sekor yang Abg. Sham & K. Jam nak kendurikan. Kebetulan sok befday aku, hehe...dapat kumpul reramai best lah takder sunyi sepi jer befday aku. So tadi aku dah beli rosemarry, lettuce dan tomato. Lain2 bahan aku capai jer apa yang ada dalam pantryku kat umah. Dah berlambak macam2 rempah aku ada. Serai tadi aku cabut 4 batang kat umah Budi. Kesian tak sempat hidup serai tu :p

Sesampai di Big Orange, aku nampak ada sebuah lori kecil ala2 lori buka tepi cam kedai kopi bergerak kat expo2 tuh. Ada sepasang pakcik makcik salleh sedang menjual makanan "Malaysian Food". Kat tepi pagar dia gantung board berbunyi "Malaysian and Indian Food, Try it, You will Like IT". Ramai gak org beratur. Aku tak pakai spek hari ni, so tak nampak menu dia dari jauh..yang nampak cuma perkataan "panggang" dan "lamb"..Aku tadi nak amik gambar sebenarnya, jenuh aku cari port yang sesuai tapi tak berjaya. Kang aku tala straight ke lori tu, apa pulak dorang kata? Aku "segan" nak jadi mamarazi tadi. Nanti next week aku amik gambar dan buh kat sini. Katanya every Sabtu dorang bukak kat situ.

Humm...mmg tak dinafikan mat salleh org2 oz ni sangat suka Asian food walaupun mereka cakap Asia dirty and terrible. Macam dorang bersih sangat kan? Ngunk2x tak basuh...hiash! Tak gatal ke punggung? wahahaha..nasi goreng dgn nama asalnya, satay dgn kuah kacangnya dll mmg kegilaan lah kat sini. Dalam program realiti TV Master Cheff tu rata2 peserta dia asian. dah dua musim ada peserta dari Malaysia, Poh dan Alvin. Time makan2 kat school, aku masak meehon goreng jew pun licin mangkuk..dorang siap mintak resepi lagi. Camane aku nak kasi recepi yang ditulis teratur dgn exact qtty, kalo sumer bahan aku main campak2 jer. Nak pakai sukatan haru lah makcik.

Huummm, aku ada plan nih..tadi dah usha2 A. Abu...ajak dia bukak gerai camtu jugak..ni kalo jual goreng pisang ke goreng keledek ke mau laris nih. Apa lagi satay ke jagung bakar ker...nanti kami nak test market dulu sikit masa lagi, kalau sambutan menggalakkan leh wat side income heheheh..nak jadi "makcik" warung plak aku kat sini :)...ala Sabtu Ahad jew..tak ganggu study pun....

Friday, July 16, 2010

Hari yang tak best

Sistem ordering di office skang mmg buat aku bengang. Sejak Joe dah berenti, ganti org baru manyak cekadak pulak sistem bertukar2 ikut suka hati kepala perang dia jerk. Memula student kena order chemical, & segala instrument alat radas sendiri. Semua orang dah ada akaun staff. Pastu konon nak centralize so, kita kasi list jer apa nak, then staff yang bertanggungjawab akan uruskan order. Then, tukar balik kita kena bagi dia full spec termasuk, nama penuh barang, code, price dan vendor. Cit! Apa kehal..bukan ke dah ada dalam record list supplier, price dan segala???? Aku marah lah nih. So skang kita kena cari kat catalog, kat online, kat store uni dan macam2 lagi..tak ke membuang masa dan tenaga namanya. Pagi ni saja 4 jam aku spent time cari mak nenek lampir tuh. Sejak bulan Jun lagi mengorder segala2 nih, tapi baru dapat satu. Kalau cenggini camana kerja aku nak jalan????

Pastu chemical bukan leh suka suki simpan kat lab, kena ada store khusus yang dijaga berkunci rapat oleh technician. Kalau sorang technician cuti, semua ketiga3 technician akan cuti. Sebabnya tanak tanggung kerja sorang2. Tu tak kira cuti xmas membawa ke tahun baru lagi..sebulan sekolah tutup terus..haaa terkontang kanting ler sengsorang nak cari barang tadak. Kerja seberat2 jentolak nko urusler sendiri.

Sapa kata kat oversea senang nak order barang? Kat oz ni semua barang2 dia made in China. Pastu gloves ke, PC ke, perabut ker, chemicals ke made in Malaysia. Menyesal plak rasa..sungguh indah khabar dari rupa. Astagfirullahalazimmm..

Aku mengamuk lah ni..staff tu dibayar gaji khusus untuk tolong student postgrad, so pesal tunggu suap jer ni? Ingat kita banyak masa ker nak buat extra job tuk dia???? huh! baek sedekah gaji kat aku jer...dah lah kerja aku asyik tertangguh.

Skang, mesin GC plak meragam..aku dah inject 1 sample tapi bacaan zero..kena incubate balik tunggu sejam lagi..sample sumer ada 54..waaarrghhh..Nak tunggu mesin ni cool down lagi mau sejam neh..skang dah 2.30pm..sat lagi jam 5 dah malam...Ya Allah..sabar2kan lah hatiku ini.

@ 2 jam aku godek2 mesin rupanya ada org tukar attenuation..Ya naper lah tak tukar balik ke asal, sungguh tak berperi2 kemanusian manusia iteew..saper la tuh yg main GC mesin selain aku??

Wednesday, July 14, 2010

Aku budak kampung di Down Under

Assalamualaikum & salam semua!

Wah...sungguh bersemangat hari ni nak bercerita. Sambil tunggu hormon reranting acacia di-incubate, dah seatle key in data kemarin so skang aku nak bercerita. Bosan tunggu kalau tak wat apa2. Sejam lagi baru hormon tu dapat di-injet.

Ini kisah orang kampung Gatton Jaya permai nan indah.

Sarapan pagi aku tadi ni ha...stik turkey bersama hirisan timun dan tempura keledek. ni lah dia menu org diet. Makan protein banyak2 makan carbohydrate (nasi) seminggu sekali jer. Carbohydrate dalam sweet potato tu takpa dimaafkan. Tengahari dah tak makan. Malam nanti makan salad dan buah..Sat lagi lepas habis lab leh singgah Big Orange beli sayur mayur segar cam timun continental rangup ni yg cuma $1 sebag (ada dalam 10 batang timun)..cicah budu pun sodap :D.


Turkey ni Kak Jam yang kasi semalam. Rezeki A. Sham yang sedang MBA (menjaga bini anak)..A. Sham ni org kuat Lembaga Nenas tapi kerja dia kat sini selain mendalami "ijazah MBA" gaul taik ayam buat baja, buang ayam2 mati kat ladang ayam, dan membantu research ayam2an kat UQ....hehe...Abang & akak baca ni jangan marah no..Silap hari bulan balik 3 taun lagi dah jadi jutawan. Cam Anton ..setaun saja bawa balik AUD 50 K ..convertlah 7500 rupiah. Hah buleh wat banglo 3 tingkat kat Indo sana. Leh lah nanti join venture bisnes ayam ngan ayah Anjas & A. Abu..jangan lupa supply ayam ke saya yer, saya nanti bukak restoran makanan "Everything is Chook"!

Tu dia kerja para suami MBA kat sini, selain dapat melancong dapat buat duit kan? Apalah sangat RM dengan kerja penat perah otak dan tenaga kat Malaysia sana..sungguh tak bersyukur huhhu..Bagi yang kerja shallot leh makan shallot percuma. Aku pun tanak kalah wesh..walaupun aku tadak Mr. MBA untuk mencari nafkah tambahan, tapi aku pun ada supply makanan free gak...hehe

Tu kat sebelah tu..tulah dia castard apple a.k.a. buah nona. Kat kedai mahal nih, dekat $ 3 sejibik..kat sini aku leh petik free jer. Musim skang nona lah..nanti ada musim mangga, limau, dan macam2..pecan nuts segala baru habis...boleh lah berbagi2 sesama masyarakat teman2ku tercinta..:p. Ni baru petik nih. Fresh from the orchard. Sesambil aku tunggu treatment, aku petik..sok lusa dah masak ranum, sedap, manis dan harum.


Tadi sebelum start eksperiment aku dah berkebun dulu. Pangkas segala dahan2 acacia ku yang diserang serangga perosak. Pasni nak sembur pestisid dan taruk baja biar subur dan sihat. Tu Brad tengah tolong aku memangkas acacia di ladang..Dia ni banyak tolong aku. Aku ni kederat tak berapa kuat, energy kurang so nak putar regulator ke, nak tanam pokok tu ke, apatah lagi sekadar nak asah secateurs. Brad ni lah yang banyak tolong ngan kerja2 ala2 hero tuh.

Okey, skang masa untuk collect picagari di pokok, then nak inject kat GC. Oh sejam dah berlalu. Sungguh masaku ini bagai emas berkepuk2.

Sunday, July 11, 2010

Matured awal?

Image from : schizoid-personality.110mb.com/tag/introvert


Hari ni nak tulis cerita membina sket. Sementara ada masa terluang sebelum aku bergelumang dengan radas2, chemical2 dan ranting2 acacia sikit masa lagi.

Mungkinkah dunia sudah hampir ke penghujung zaman? Situasi sekarang tidak gawat dengan masalah2 ekonomi, pengangguran atau isu2 sewaktunya. Apa ya isu yang gawat sekarang ni? Hermm..isu buang bayi tentunya. Tak dinafikan anak2 zaman sekarang mencapai kematangan lebih awal. Seawal usia 5 tahun mereka dah pandai apa itu boyfriend/girlfriend. Anak buahku sendiri semasa di kelas tadika pernah mengejutkan minda sedar aku. Si kakak ni perwatakan dia jauh lebih matang dari usia sebenarnya. gaya bercakap dan butir bicaranya juga seperti orang dewasa. Dia mempunyai buah fikiran yang setaraf dengan kita.

Pada suatu tengahari, dia melepak2 bersamaku di dalam bilik sambil asyik melihat aku berbalas sms. Seperti biasa aku mengusik anak buahku. "kakak ada gewe kakak?". "Gewe2" kata dia dengan nada membebel spt org dewasa..Tanpa ku sangka lancar saja dia memberitahu "kakak ada gewe, nama dia (aku lupa)". Budak lelaki itu sering memberinya hadiah berupa pensil warna, dan sebagainya. Pengakuannya buat aku tersenyum bersalah. Aku kemudian dengan nada bergurau memberitahu ayahnya.. "kakak ada gewe.." Pelepak! penampar tangan kecil singgah kat paha aku..hahaha! "bakpo makcik oyat ke ayahnya?"! Marah dia. "Oh..ayah tak tau ker?" tanya aku balik. Dengan memuncung masam dia pandang aku. Mungkin dia terkilan sebab aku telah menjadi "orang yang tak dapat dipercayai".

Itu secebis kisah saja. Kemudian waktu balik bercuti tempohari. Si adik lelakinya pula. Sekarang 7 tahun. Setelah pulang dari sekolah, sambil makan2, dia tiba2 memberitahuku "bodo la budok tino, dok ngintai budok jate tukar baju masa kelas jasmani, pastu dok suko kokik2". Cuba memancing perbualan lanjut, aku bertanya "budok jate?".."Ngintai jugok, itai budok tino tukar baju kat tandas", kata dia. "Adam ngintai jugak ker?" tanya aku lagi. "Adam dok..budok darjah 1 ngan darjah 2" sambung dia lagi. Hermm...mmg tak dapat dinafikan lagi. Budak2 sekarang mmg advanced!

Maka tak hairan bila gejala zina, seks luar nikah di awal usia, buang bayi, seks bebas dan segala macam yang spertinya berleluasa di kala ini. Usahkan cakap budak2, generasi tua pun turut "meraikan". Cuba tengok saja iklan2 di TV. Ada iklan kopi jantan, POWER, etc..tak terkecuali poster2 "hangat" di kedai2 kopi, tiang2 lektrik, perhentian bas etc. Video seks dirakam dan disebarkan sendiri ke khalayak ramai..Tak perlu difikir dalam2 dengan kepala yang berotak, fikir secara lintas langsung dengan kelapa yang bersantan pun kita tau perbuatan itu bodoh dan tak bertamadun..inilah namanya apabila tamadun tidak dapat digunakan untuk membangun ketamadunan. Salah siapakah ini berlaku? Apakah manusia hari ini cuma berfikir tentang seks? Sekolah kemana, pelajaran entah kemana.

Mungkinkah dunia sedang berbalik kepada zaman dahulu kala? Apabila manusia mencapai tempoh matangnya seawal usia 5 bagi kanak2 perempuan, dan seawal 9 tahun bagi kanak2 lelaki? Sudah terdapat pernikahan di bawah umur seperti zaman datuk moyang kita dulu, seks bebas, transeksual, gay bermaharajalela. Sangat menakutkan apabila sudah terdapat kumpulan gay yang berjumlah ribuan orang di KL sahaja. Hari2 berita di DailyChili.com memaparkan kisah gay, hari2 berita di The Star mengisahkan salahlaku seks pelajar sekolah. Tidak dijenguk lagi berita2 yang lain. Sungguh menakutkan!

Sesungguhnya tanda2 kiamat itu telah ada apabila:

1. Lahirnya ramai anak2 luar nikah
2. Dunia dikuasai oleh Luka bin Luka (orang yang bodoh dan hina)
3. Banyaknya saksi dan sumpah palsu
4. Homoseksual
5. Alim ulamak di "ban"...yang tak di "ban" pula memberi ceramah tetapi menetapkan bayaran
6. Google sendiri...tak pun rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat


Nota kaki:

Kalau ramai lelaki dewasa yang "nampak baik dan berkualiti" di luar sana semuanya gay, akanq nak kawin siapa ya? Hahaha...Dush!

Friday, July 09, 2010

Dah agak dah...

Huhu..ingat tak aku pernah masukkan entry dgn tajuk "Ajal" beberapa bulan sudah..tentang seorang remaja lelaki nama SAFWAN HUSAINI. Hahah..ramai yang tertipu dgn budak tu termasuklah aku nih. Patutlah pelik jer entry2 budak tuh kat blog and facebook dia. Dari mula lagi aku suspicious ttg budak tu. Kalau betul2 sakit nak mati, boleh ker dia rekod rintihan2 sayu then upload kat blog. Aku cakap2 ngan kawan aku, dia kata entahlah...terpulang pada dialah nak tipu ke nak betul2 ker, itu urusan dia dgn Allah. Aku follow blog dia beberapa hari jer, facebook pun aku hidekan selepas seminggu asyik posting dia berderet, sebab dia selalu post kata2 lucah kat situ. Rasa jelik dan hanyir pun ada, budak2 belasan taun cakap pasal benda dalam kain...haish! Katanya sedang buat medic, tapi "insomnia" jadi "insomia" yang mmg takder dalam kamus pun. Entah dia tau ke tidak menamorima "catheter". Aku pernah tegur ttg tu di facebook sb suspicious..kalo aku cakap wujud penipuan time tu pasti ramai yang menyumpah huhu..maklum saja kawan dia di fb sampai ribu riban. Semua dok menghiburkan dia yang konon sakit cancer kronik tunggu ajal. So minggu sudah aku tetiba teringat, eh dah mati ker dia? sebab dah lebih 100 hari? So aku jenguk blog Jhaz...hahaha mmg sah tipu. Patut le fb dan blog dia dah tak wujud lagi dah.

Mula2 terbaca kisah dia, aku jadi teringat kisah sorang senior budak tingkatan enam masa kat sekolah menengah dulu. Waktu tu aku dalam ting. 2. Species psycopath...ade ke patut dia call ke sekolah dalam jam ~7 am cakap dia dah meninggal dunia. Satu sekolah terkejut. Dia exco pengawas, geng berkot dan bertie segala dengan kasut hitam kilat. Fofular lah sumer org kenal. Cikgu dah baca Al-Fatihah kat healer dengan suara esak2 sedey, kawan2 sekelas dia pun dah menangis sakan. Ada antara cikgu yang juga menangis..maklumlah kan budak top. Tetiba jam ~8 am dia muncul kat sekolah..haru betul. Rupa2nya dia buat drama sebab makwe mintak clash! hahaha..gila psiko. Tak lama kendian aku terjumpa cerpen dia dalam himpunan cerpen kanak2 kat library. Sah! Safwan Husaini ni spesies yang sama. Kesian mereka dan keluarga mereka...anak sapa la tuh, tak cukup kasih sayang..

Hemm...macam2 pun ada dalam dunia nih.

moral of the story:

1. Sungguh mudah manusia menipu dan tertipu...
2. Masih ramai manusia budiman yang mulia hati di bumi ku nan damai

Mungkinkah ini wajah sebenar "adik comel" kesayangan ribuan rakyat Malaysia itu (menurut netizen yang terlibat)...harhar...aku tadak keja pi risik penipuan siber nih..ampun kalau salah.

http://1penipuan.blogspot.com/2009/12/mohd-izani-bin-m-bakri-penipu.html

http://teruskanberjalan.blogspot.com/2010/06/siapa-kenal-safwan-husaini.html

Monday, July 05, 2010

Riwayat teman terakrab-ku

Kami direkacipta oleh syarikat multinasional pembekal telefon mudah alih dan produk2 domestik yang tersohor berjenama Samsung. Nama aku SGH-E720c, dibeli oleh tuan aku pada tahun 2004 dengan harga RM1450. Waktu itu aku adalah antara model dari rangkaian telefon samsung tercanggih, kerana ada capaian teknologi pintar 3G dan khidmat MMS. Dengan LED screen dan lampu biru yang terang aku tergolong antara yang menjadi kegilaan ramai. Tuan aku sangat gembira mendapatkan telefon flipnya yang terbaru. Di screen ku terpapar imej kanak2 lelaki dan perempuan yang comel sedang menari2 sambil memeluk bantal love. Sungguh comel screensaver yang didownload secara percuma dari Samsung webpage itu. Beberapa tahun kemudian, tuan aku berhijrah ke negara down under. Bagaimanapun tiba2 chargerku yang menjadi talian nyawaku tidak dapat berfungsi lagi. Puas tuanku mencari di segenap kedai tetapi sudah tiada dalam pasaran. Bererti aku sudah menjadi model lama yang tidak dikeluarkan lagi berikutan kelahiran model2 generasi baru yang jauh lebih hebat, cantik menawan dan bergaya dari aku. Tuan aku bagai hilang nyawa. Akhirnya beliau membeli model baru SGH-J750 berwarna hitam segak dengan harga AUD 90. Aku merasa sangat sedih, ku fikir tuanku tidak akan menggunakan ku lagi dan bakal disimpan dalam kotak yang lama kelamaan akan menjadi usang dan tidak berguna. Pada suatu hari, aku mendapat nyawaku kembali dan dapat terus berkhidmat. Rupa2nya tuanku telah mendapatkan charger baru buatku. Hasil biddingnya di ebay dengan harga AUD 7. Aku merasa riang kembali dan menjadi sangat akrab dengan kawan baru ku SGH-J750.


Namun nasib kami tiba2 berubah. Kami tiba2 mengalami masalah kesihatan yang kronik. Kawanku tiba2 "coma". Screennya menjadi putih tanpa imej. Keypad beliau tidak boleh berfungsi langsung. Beberapa minggu kemudian kesihatan ku juga mula merosot. Imej di screenku terpecah dua. Tidak cantik lagi. Tulisan yang terpapar juga tunggang terbalik atas ke bawah dan kanan ke kiri. Tuanku sangat bermuram durja. Kami hanya berdoa dan tawakal tu alallah...semoga kesihatan kami kembali pulih dan dapat berkhidmat kepada tuan kami yang tercinta sampai akhir hayat kami. Setelah itu kami bersedia kalau pun tuan kami mahu membuang kami jauh2....huhuh

Keadaan kami berdua yang sedang kritikal...

Wajah asalku yang comel...




Tuanku sangat sedih kerana terdapat 14 sms yang tidak dapat dibuka dan dibaca gara2 kawan aku "coma"...






















wajah muramku yang terpecah menjadi dua dan tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang lagi...


P/S: Cikgu, sila bagi markah 100% kepada karangan saya ini...