Ketik

Tuesday, February 01, 2011

Hijabkan status demi kebaikan diri?

Sejak zaman berganti dari lembar kertas bersampul belang2 tepi ke lembar maya bagai2 eksesori widget....

Sejak musim bertukar dari buku diari kulit tebal ke laman blog di hujung jari, merentas sempadan masa, dunia dan privasi...

Sejak hari2 berubah dari telefon tin kopi ke land line ke alcatel sebesar tapak tangan.....hingga akhirnya ke twitter, BBM, fb dan segala macam lagi...

Fuh! Sebenarnya aku kat sini nak cakap nih...bahawa, sejak segala ni muncul di samping banyak kelebihan yang aku dan kamu2 semua nikmati..ada juga keburukan2 yang aku mungkin kamu2 semua alami..Betul tak?

Dari semua ni lah segala status aku (heeppp! bukan 100% ye), dari segala hijab yang terbuka antara sengaja dan tak sengaja nilah banyak juga kesusahan dan kepelikan yang telah aku hadapi. Antara nak akui ke tidak..banyak individu telah salah faham aktiviti aku (boss kata aku asek berjoli holiday sana-sini), kawan kata aku mengutuk mengata, calon kawan menyiasat background dan termasuklah ex yang masih follow...errmmm.

Kalau dengan membaca ini semua dapat membuatkan kalian mengenal aku lebih dalam, yang sebenar2nya aku, prinsip aku, idea aku, kecenderungan aku terhadap sesuatu isu atau perkara...heemmm aku sukalah kalau maksud itu tercapai.. Tapi hidup aku jadi huru hara, jiwa kacau emosi terganggu bila kesemua itu mengundang prasangka, penilaian negative atau kebencian individu sebab tak sama prinsip, salah faham aktiviti etc.

Hummm...aku pun tatau nak buat apa skang? Aku pun takmo kehilangan segala networking yang terbina..sebab aku senang bila dapat kawan baik, kawan baru, kawan semasa or kawan2 lama masih mengikuti perkembangan aku..huhu, tapi tak aci cos aku seniri tak tau perkembangan korang..haish!

Ahh ya! aku pun nak mencelah ucap tahniah ke mek belenh sebab impian dia nak kerja gomen dah tercapai, fairy tales dia pun mungkin akan tercapai, semoga terus berjaya dan mandiri, taklah gayut2 kat aku lagi muahaha...kamu sudah dewasa dan semakin dewasa..best of luck!! Aku tumpang gumbira :))

2 comments:

Hanis Azla said...

suka sangat ayat2 dalam first 3 para tu.. very nice..
apa yg maya tulis tu ada juga betulnya.. mungkin atas sebab itulah akak masih malu2 untuk menunjukkan diri dan masih tidak mahu orang yg akak kenali tahu yang akak sudah mempunyai blog sendiri, kdg2 lebih mudah bercerita pada org yg tidak mengenali kita dari bercerita kepada org yg tidak mengenali siapa kita.. sebab lain yang ingin kita sampaikan, lain pula penerimaannya.. that's life kot..

Maya said...

kan kak....huhu, takpe saya pun nak kenal jugak akak life nih..nanti saya balik maybe kita leh jumpa gather2. Saya arif benar PKNS bangi area taman tasik tu...6 taun saya kat sana :)