Ketik

Tuesday, February 15, 2011

V-Day vs Maulid Nabi, Simbol Kasih Sayang & Hari Kekasih

Semua sudah maklum kan? Bahawa Valentine's Day sudah difatwakan haram dan haram untuk disambut oleh umat islam.

Dan....semalam, saya dapat CLICK . Sebelum membukanya saya bertanya "ini apa?"

Katanya "Buka aja"..selepas beberapa minit imej didownload di screen kecil BB.

Lalu saya bertanya "untuk aku ya?"

Dia bertanya kembali "yang menerimanya siapa?"

"Iya..aku ;>" balas saya tersipu...pantas dia memintas "iya bererti untuk mu"

Kemudian saya ucapkan terima kasih, sambil saya bermonolog kepadanya "tapi kan, aku bukan kekasih mu". Saya juga menambah "dan lagi kita umat Islam tidak boleh menyambut V-day, haram.. :)"

Lalu dia membalas "ambil momentum saja, kita harus menebarkan kasih sayang sesama hamba"

Saya pun tersenyum dan membalas "Iyalah, terima kasih kerana menyayangi ku".....hiks!

Iya, barangkali tidak apa2 yer..kita ambil auranya tapi bukan amalannya? Semoga mana yang baik itu, walau bukan dari kalangan kita...kita boleh manfaatkan :)

Wallahuaklam...

Namun jangan dilupakan pula, dalam orang lain menyambut hari kekasih...kita juga perlu mengingati kekasih kita..berselawat untuk baginda, begitu susah payah baginda menebarkan cahaya Ilahi bersama kasih sayang-Nya untuk kita.

Dari itu kita tidak berada dalam zaman kegelapan lagi...

Mari berselawat bersama2...:)

No comments: