Ketik

Wednesday, September 29, 2010

Belajar Menyintai...

PELUANG
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat dan dalam situasi yang tepat,
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuat kita tertarik,
Bertemu dalam suatu peristiwa, dalam suatu suasana

PILIHAN
Bila kita memutuskan untuk mencintai dia,
Dari pertemuan sengaja atau tidak disangka kan
Bahkan dengan segala kekurangan dan kelebihannya,
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walau apapun yang terjadi,
Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih banyak yang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya dan lebih trampil
Kita tetap memilih dia untuk dicintai,
Perasaan cinta, simpati, empati, tertarik dan kagum,
Datang bagai kesempatan
Namun cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan
Terbit ikhlas dari jiwa yang tulus

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Pasangan jiwa mungkin benar-benar wujud.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang tercipta hanya untukku.
Tetapi tetap terserah kita

Untuk melakukan pilihan
Apakah kita ingin berbuat sesuatu untuk mendapatkannya,
Berkorban sesuatu untuk mempertahankannya
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, mencintai dan bersama pasangan jiwa Itulah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna
NAMUN andai segala perasaan cinta, tulus jiwa, redha menerima
tetap tidak berpihak pada kita
Apakah kita mampu menentukan pilihan yang lain?
Sesuatu yang payah bagi yang menghadapi
Sulit dimegerti bagi yang memandang
Sukar diterjemah bagi yang mendengar...

Acapkali yang datang cuma peluang
Pilihan? Mungkin sekali seumur hidup
Walaupun beberapa kali juga mungkin
Kita tetap sabar dan tabah
Sehinggalah "aku perlu memutuskan"....

Sunday, September 19, 2010

Flower Fest 2010

Ni aku pertontonkan parade sempena Flower Fest di OZ, Huru-hara sungguh parade mereka. Kawan superman pun ada! Ohooo...


Whuupss! gelek jangan tak gelek..bumper bonus lagik tu..sayang dalam gambar ni yang pakai kostum hijau nampak sket jer..kalau tak lagi huru hara :p


Aku pun tak tau tema dia apa? Taklah bunga sangat parade nih..banyak pula karekter2 movie. Kapten chook, pirates, Austin powers, Shrek etc..munga2nya kat kereta cuma plastik "ngonrat" (belek kamus Kelate).
Selebihnya mereka cuma ingin bergumbira. Banyak juga peserta dari petani2 dan org2 yang tak profesional langsung..





Tapi satu yang aku respect dorang..imej sekadar low bajet, tapi service mesti mau 1st class..kalau berlebih2 rakyat akan bantah kerana pembaziran..Kita? sebaliknya kan? haaa...fikir2 kan dan selamat beramal....heheh


Mari kita layan gambar munga yang sebenar pula. Nak tengok banyak lagi silalah tatap kat fb saye..hiks






Friday, September 17, 2010

Raya di Perantauan: Part 3


Dan bermulalah cerita....raya tahun ni juga agak bermakna bagi kami di Gatton. Nak tau kenapa? Sebab...MSD a.k.a attache pendidikan yang berpejabat di Sydney telah menjejakkan kaki mereka di kampung kami nan permai ini.

Kunjungan istimewa khusus buat kami komuniti kecil Malaysian Gatton. Hihi..sampai orang di main campus pun jeles nih :p. Komuniti besar di uni2 sekitar pun belum mendapat kunjungan special cenggini..Semuanya bertitik tolak dari peristiwa kerasukan (click sini)
student dari UK yang muncul sini pada bulan June yang lepas.

Memang ada hikmahnya dari kejadian itu. Kalau tak kerana itu, tiada sesiapa mengetahui kewujudan kami di daerah pertanian yang tak masuk dalam senarai weather forecast dalam siaran berita kat TV sekalipun (kecuali satu channel tu..tak ingat). Menurut fakta sejarah, student Malaysia terakhir di sini adalah pada tahun 70an. Setelah itu UQ tidak pernah menerima student dari Malaysia lagi sehinggalah kami semua muncul sejak 3 tahun yang lepas.

Walaupun tak semua dapat hadir sebab mereka turun hari Rabu (aku terpaksa excuse meeting mingguan, ohoo..tapi balik meeting lagi petangnya), ada yang hadir kelas dll...kami telah mendapat banyak info berguna. Di samping merasa diperhatikan :). Terima kasih En. Zahari et al...

Monday, September 13, 2010

Raya di Perantauan: Part 2

Ummm...sebenarnya raya di perantauan tak lah syahdu sangat...mungkin dah tahun ke-2 ni, "kedewasaan" makin terserlah. So tak sedey2 cam tahun 1st dulu :p. Bukti kemeriahan raya tahun di-alibi kan dengan acara makan2 yang special nih..tengok lah adik2 kawan2...kita golek kambing sekor lagik hehe.

Pastu tuan rumah tempat berkumpul pakai set BBQ 4 bunner nih..mak aihhhh smua dah beli BBQ set..I pun pasang cita2 nak beli gak lah, wat kelik M'sia kenduri ke party ke senang. Tapi umah kondo I bertingkat2 susah lar..takder space..hihi nampak gayanya jadik la booking rumah baru taun depan nih, semata2 nak punggah barang2 dari OZ :p. Murah wooo barang2 kat sini, Corelle, pun sekotak baru AUD 43 vs RM 500 kat M'sia. Tu BBQ set tu baru AUD 400 vz RM20K ++ kat M'sia....

Pssttt! nak maklum nih...nasik minyak tu akak yang masak...1st time cuba, rupanya senang jer masak nasi minyak. So bolehlah nanti masak nasik minyak seniri huhuh..adik jantan bongsu & combi nak tempah pun leh sajer.


Ni goodies tuk anak2 buah kat sini...fake dolar muahahaha..punya kejam aunty Maya neh. Takder la..sebenarnya dalam beg tu ada lagi dolar tulen. Murahati kan aunty Maya xoxoxo...

Ohooo...semua pun sedondon, kepik2 romantis2 belake-lake...so I pun cari2 lah sesapa yang agak2 sama kaler, nak sedondon gakkkk...nahh nampak tak yang comel kat tengah tu?? Ouchh!!! Bisa lebah mana plak sengat nih :p

Ni ada satu cerita (gossip hari raya), cerita ala2 "diskriminasi" status. Sebelum raya dah terjadi perselisihan kecil gara2 kos kambing orang famili dan bujang yang tidak sama rata. Bujang vs family = $50 vs $30 menjadi isu hangat sedetik jua. Sebabnya ada family yang cuma berdua dan spouse (+ kids) pun ada elaun bulanan. Maksudnya yang bujang $30 sekepala, yang family dah jadi $25 sekepala. Elaun bujang cuma kira2 separuh elaun family. So adalah yang terkucil hati sedikit sebanyak...tapi akhirnya sefahaman dicapai, so jadi la $30 sekepala semua orang (anak2 terkecuali)..huhu kelakar kan mende kecik cenggitu pun jadi isu hihi..

Biasa la kan...kalau kat umah pun ada gak sekali sekala "diskriminasi" cenggitu. Selalu lah yang bujang disuruh menaja yang family..waimo yang family berpangkat kakak atau abang. Tajaan pulak merangkumi...deposit beli umah, top up belanja kawen, modal sara hidup etc...kalau sendiri nak beli umah jadi salah, nak beli kete pun jadi salah...adoiyaaa apa kah salah kalau masih bujang? Skang ni takde istilah "cuci kaki" dah...cuci karpet jew :p..kalau berdua nanti pun, umah kecik tu jadikan umah sewa, umah tuk diam beli lah lain yang lebih besauuu.

Apa kah salah kami kerana terlebih bijak sedikit so terlebih maju dan terlebih mampu sedikit...huhu! Sungguh tidak adil kehidupan ini (walaupun meriah). Poyo ah kalau ada yang pikir cenggitu...Apa pun mama ku yang sporting kan selalu memujuk dan saudara2 ku yang faham juga kan selalu menyokong..yeaa I love them.

Apa pun kalau dah bersaudara terutamanya yang berpangkat adik, murahati jer kasik kan..ribu riban pun tak kisah. Rezeki kita pun bukan milik kita sorang. Aku pernah cakap kan, rezeki dan kejayaan kalau tak dikongsikan tak berapa nak bermakna..lagi pun kalau kita ada kemampuan yang lebih, 25% tu adalah rezeki para fakir dan anak2 yatim piatu :))

Ni time godek2 blog pagi tadi, ada ka kat feedjit ada makhluk masuk blog ku atas carian "merogol kak maya".....ayooooo sungguh tak sopan. Kalau cenggini nak pakai nama manja I balik larr..."Tiey"...sedap gak sebenarnya nama manje neh..ala2x manje manju kan? Maya cam takder aura kasih dah...sebab semua orang pun panggil Maya, dah jadi official name pulak. Sampai nama penuh pun orang tatau...haru


Bukak mata leluas..nampak tak searching tu??? Sungguh tidak indah...

Note:

Sangat simpati dengan kejadian yang menimpa Dato' Sosilawati Lawiya...kaya pun susah, miskin lagi susah...

Owh...dalam tahun 2008 sudah I juga pernah melawat dan meninjau beberapa ladang sawit sekitar tempat kejadian untuk tujuan pembelian tanah untuk projek ladang transgenik. Diakui proses tersebut mmg rumit, berdepan dengan dalih2 si tuan tanah, si orang tengah serta prosedure2 guaman etc.

Sunday, September 05, 2010

Raya di Perantauan: Part 1

Tetiba hari ni rindukan bunyi mercun. Aiseh! Padahal kan kalau kat tanahair dulu, aku paling tak suka bunyi2 bising menggegarkan kampung tu. Bukan takat budak2 yang main. Orang2 tua yang berlebihan. Nak2 pulak yang main meriam buluh. Hadoi mak nak pecah kepala aku tention.

Kalau ada baby tidur..kesian kat baby takleh tidur. Pastu berasap satu rumah sebab anak2 buah main bunga api.

Tapi sekarang rasa cam sunyi plak..huhu. Saat ini dan detik ini cuma bunyi kecip3x..ark2x..burung jer. Plus bunyi air hujan yang mencurah sepoi2 enak di tadahan air kat bumbung. Saish!

Tapi kan raya kat kampung sebenarnya jadi meriah sebab mercun je...dapat solat sunat raya ramai2 dan dapat bersalaman dengan ma dan adik beradik. Pastu rindu kat ketupat lemak ma jugak...

Selebihnya sayu pun ada. Boring pun ada. Pasalnya kalau kat kampung aku tak suka nak berjalan2, lebih suka tidur dan merehatkan diri sambil melayan anak2 buah yang sudah seramai 18 orang. Dapat hulur duit raya dalam sampul hijau. sekarang dapat transfer dan hulur melalui wakil tak berlesen jer yaktu
http://izahusni.blogspot.com .

Pastu bila semua yang berkeluarga beransur ke rumah mentua dan ipar duai, tinggal lah kami 3 org yang masih solo molo berceratuk kat beranda rumah berbicara soal masa lalu yang pahit, kelat atau manis. Then, kalau aku rajin, aku akan menjengah keluarga ayah angkat kat Kubang Kerian. That's it.

Tapi at least perasaan seronok berkumpul sekeluarga dan ber-jam di jalanan sangat terasa ketiadaannya sekarang. Kalau balik raya, sempatlah 3-4 kali singgah tidur tepi jalan, sebab penat. Bukan penat jauh tapi penat jam. Patut perjalanan amik masa 6 jam leh cecah 12 jam.

So, tetiba pulak rasa melankolik nih huhuhhuu...

Saturday, September 04, 2010

Along a.k.a Haziq



Cuba korang baca dan hayati msg kat atas tu...hahaha..sepagi ni aku pening kepala layan along nak bukak akaun fb dia. Asyek tak dapat login..padahal aku dah login akaun dia 2 kali dapat aja :p. Walhasil along mintak aku post kamen rider kat wall. Muahahaha! Adehhh.....



Dan.....hasilnya!!!!!! wahahhahaa...


Dah lah makcik ni sebenarnya dah penat pagi2 basuh baju, berkebun, dan pangkas segala pokok bunga yang dah jadi hutan rimba kat keliling rumah. Rumput pun dah lama makcik tak mesin sebab mesin rumput makcik rosak, patah tayar huhu..



Ni lah along dan adiknya Syahmi kusyuk dan tawwaduk main facebook dan game online...budak2 zaman sekarang ni advance belaka :).



Along nak tau tak apa yang makcik main zaman kecik2 makcik dulu? Ni hah....



"godzila terbang"...ni kumbang rumah atau nama english dia carpenter bee. Benda alah ni suka tebuk lubang kat alang rumah. makcik tadah botol kat lubang dia pastu makcik ketuk2 kayu alang tu sampai kumbang ni keluar dan plup! jatuh dalam botol.

Pastu makcik ikat leher dia dgn benang biar longgar jangan sampai mati. Pastu makcik suruh dia terbang sambil makcik pegang hujung benang tu. Kejam sungguh makcik yang sorang ni :)

Ada banyak lagi permainan zaman kecil makcik..main coh, main gelek keretapi dengan biji getah, main lompat tali, main de'cok (ting-ting), main buah ghuroh (guli). Semuanya permainan kasta rendah bunyinya eheh..

Kalau permainan IQ tinggi sikit, makcik main teka nama2 orang, nama negara dll yang bermula dari huruf A-Z. Sapa yang paling penuh mengisi ruangan dia menang..penat pikir tu...negara apa yang bermula dengan Q atau O??

Banyak lagilah permainan zaman purbakala tuh..err dah layak disebut purba agaknya kalau compare ngan permainan anak2 zaman sekarang.

Thursday, September 02, 2010

Isu Indonesia lagi...

Saya tak tahu kenapa saya banyak membaca Kompas.com sejak dua menjak ni. Saya eager nak tahu kisah tentang dalam dan luar negara. Bahkan saudara di Malaysia juga banyak tahu berita dalam negara dari saya. Bayangkan kes tembak mati depan rumah pun dia tidak tahu? Dasar mati hidup tak sedar diri.

Paper kita macam biasa, tidak akan pernah mendedahkan sesuatu berita yang boleh “mengugat” kerajaan semasa. Samada untuk menjaga kepentingan individu atau menjaga keamanan dalam negara. Atau kita sekadar tidak mempedulikan perasaan orang lain.
Selaku insan biasa, saya jarang bias dalam hal politik dan peri kemanusiaan. Saya juga tidak memihak mana2 parti politik tetapi saya cenderung memilih sesuatu yang pada perkiraan saya adalah benar dan berhak dibela. Saya kurang arif permainan politik, tetapi saya suka ambil tahu hal2 semasa yang berlaku. Saya cuma pemerhati dan penaakul. Saya juga punya nasionalisme dan cintakan tanahair saya. Ada idealisme berbunyi “politik adalah selangkah kearah kejahatan”.

Tetapi dalam kes sengketa Indo-Malaysia ni rupanya sudah lama. Sejak saya belum lahir lagi. Kemuncaknya pada Confrontation Indonesia-Malaysia pada 1963-1966. http://www.awm.gov.au/atwar/confrontation.asp . Indonesia dimaklumi sentiasa berada di pihak yang defensive bagi mempertahankan apa yang menurut mereka adalah hak mereka. Pembentukan Malaysia pada September 1963 menurut sejarah menjadi wadah British Colonial untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas bekas2 tanah jajahan.

Usaha Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno pada ketika itu dilihat menafikan tujuan tersebut. Hingga ke hari ini rakyat Indonesia tetap men-agungkan Sukarno berbanding SBY yang kurang popular dan didakwa lamban kerana kurang tegas. Rakyat Indonesia juga bangga kerana mereka memperoleh kemerdekaan dari Belanda atas pertaruhan otot dengan hanya bersenjatakan buluh runcing. Baru saya faham kenapa buluh runcing..mereka masih berpegang pada sejarah!

Membelek komen2 di Kompas.com ternyata kebanyakan mereka tetap waras dan bijak akal. Ramai yang mengajak introspeksi diri, mengajak memperkukuhkan ekonomi dan kemajuan dalam negara dari berbalah dengan Malaysia. Mereka melihat sikap bangsa Malaysia yang meng-adopt teknologi2 dan bijaksana dari luar untuk membangunkan negara adalah sikap bangsa yang ingin maju. Itu tidak saya nafikan..rangkaian landasan keretapi moden kita dibangunkan jurutera dari India, KLCC pula direka oleh jurubina Cesar Pelli dari Argentina. Sekilas contoh sahaja.

Mereka sedar kita punya dana tetapi tidak sumber daya manusia. Sebaliknya mereka punya sumber daya manusia dan kaya raya dengan sumber alam tetapi kurang dana. Kekurangan dana diakibatkan rasuah yang mendarah daging dalam jiwa aparat pejabat mereka. Rasuah juga berlaku disebabkan tekanan hidup yang kritikal. Saya tidak menafikan rasuah juga ada di negara kita. Bahkan melibatkan projek2 bernilai jutaan! Konkongan hidup di Indonesia juga bertitik tolak dari hutang yang berjumlah besar dengan bank dunia tetapi tidak mampu dibayar.

Jadi tidak hairan kalau mereka sangat “rugged” dalam mencari pendapatan. Sangat survival dalam bertarung nasib dan sangat ekstrim dalam mempertahankan hak mereka. Bukan salah mereka, kerana mereka berada di pihak yang tertekan. Jadi apakah salah kita kerana sudah selesa maka kita memandang enteng tentangan dan tuntutan mereka? Bukan tanggungjawab kita atas sedikit terkebelakangnya mereka. Tetapi ya, saya tetap kasihan pada mereka.
Bilangan doctorate mereka jauh lebih tinggi, bilangan balai2 penelitian mereka lebih banyak dan progresif. Saya punya sahabat terakrab orang sana. Ketua sebuah balai penelitian. Sahabat ini banyak menyokong saya dalam banyak hal. Beliau juga banyak membimbing saya secara spiritual. Sehingga saya menjadi seorang yang “easy going” dalam banyak perkara.

Saya pernah bertanya kemana perginya kebijakan mereka? Kenapa tidak membangun kekayaan negara? Jawabnya insentif mereka terlalu rendah! Gaji pokok peneliti (pegawai penyelidik) pangkat ketua balai (stesen penyelidikan) cuma sekitar IDR 6 juta (RM3K). RM3K cuma setaraf gaji pokok pegawai penyelidik gred Q41 di Malaysia! Bukan materi yang dipertaruhkan tetapi mereka juga insan yang perlu meneruskan kehidupan, memberi penghidupan pada keluarga.

Mereka juga menjana pendapatan balai penelitian dengan aktiviti huluan dan hiliran mereka sendiri! Tiada dana dari kerajaan seperti kita. Pendapatan yang dijana sendiri itu juga digunakan untuk membayar gaji peneliti dan staff2 lainnya. Pendapatan itu juga untuk mengerakkan aktiviti research. Sungguh saya simpati dan kasihan pada mereka. Saya Cuma mampu berkata “tidak apalah, yang penting niat kita untuk berbakti...jadikan itu ibadat”. Jadi beliau juga cuma mampu membalas “Iyalah....”. Saya turut merasa simpati apabila ada antara junior di sana yang bertanya “bagaimana caranya supaya dapat belajar ke Australia seperti saya?”.

Lebihnya kita membuka mata hati saya, supaya bersyukur dengan rezeki yang ada. Bila terjadi sengketa antara kedua negara, sahabat baik saya tadi yang akan saya tanyakan dahulu. Bukan berpihak kepada mereka. Tetapi rasa simpati dan kesedaran sebagai saudara seislam yang memacu saya untuk bertanya khabar.

Nota:

Sebenarnya demo ganyang Malaysia masih berlangsung di sana!

Wednesday, September 01, 2010

Ramdhan dah nak habis, raya dah dekat....

Taun ni masuk taun ke-2 aku bakal beraya di down under. Jauh dari keluarga dan sahabat handai. Sedih tak? Mau tak sedih, tapi aku kan macho. Dah besar bagat a.k.a tua bangka mana boleh nangis dop? Malu lar..nangis sorang2 dalam hati sudah.

Dan hati aku kini dah kurang taman agaknya. Dah takde sp bunga2 cinta kelayuan lagi. Alah bisa tegal biasa kata orang. Yezzzaa...tat's me now.

http://cmuofficer.blogspot.com buat permintaan special untuk hari raya. Pun masih tak sempat aku nak layan. Soklan2 nko banyak sangat, macam nak masuk peksa. Kad raya bergambar segala. Sekarang aku pun kurang masa untuk edit dan touch up gambar hehe. Apalagi nak menjawab soklan2 nko yang sampai 10 tu.

Sangat bz nya aku, sampai bila bos cakap "thank you for your report, I belum baca...tapi I dok kata..work hard Maya!!, semoga bulan Ramadhan melipat gandakan lagi output dan ibadat". Boleh aku rasa terkecil hati sedikit. Dalam hati aku pun dok kata "boss tak sincere...belum baca dah judge dulu. I kat sini kerja kuat sampai sengal segala tulang tau...SV I pun happy ngan pencapaian I..." Padahal boleh aja aku ambik positif dan berterima kasih atas nasihat dan tanda ingatan dia :p. Mungkin musim bertelur agaknya (eh! ye tak ya..puasa aku masih penuh ngeee)..* peringatan keras kepada http://darisisigelapku.blogspot.com (gelap tang mana?): Jangan nak mereport ke boss pasal ni tau...hehehe.

Menurut akal waras ku juga, aku pun turut berbisik.."Abaikan dan buktikan saja dengan ijazah PhD nanti"..hihi InsyaAllah...semoga dipermudahkan segalanya.

Humm kad raya yer...kalau taun lepas aku kasi gambar daun maple, taun ni aku nak kasi apa yer? Musim salju baru berakhir, musim bunga baru muncul. Kaki tangan pun dah tak membeku lagi dah. Panjang sungguh musim salju taun ni. Baru semalam hidung aku berdarah serius, bila spring mula berlabuh. Semalam jugak aku challenge diri tuk minum susu. Akibatnya semalaman aku cirit..dush!

Ni cerita pasal kad raya. Dalam banyak2 kad raya, satu yang paling aku ingat. Kad raya dari ex-dia. Kad raya terbesar, terwangi yang pernah aku dapat. Aku agak dia sembur minyak wangi Enchanter. Siap ada musik..musik apa aku lupa dah. Bau minyak wangi tu pun aku dah lupa. Kalau awak baca ni, mesti awak dok sengih bangga..takpe saya dah lupa pun kat awak. Awak yang mintak sangat saya lupa. Telepati minda pun dah takde sejak tu. Okey ni cerita lama, cerita tahun 2000. Mana kad raya tu skrang pun aku tak tau.

So, hari ni kalau sebut pasal kad raya mestilah kad raya digital kat facebook. Tapi rasanya taun ni aku malas nak layan semua tu. Satu sifat mutlak aku bila sesuatu tu buat aku bersedih, bermuram durja atau lemah semangat..aku akan abaikan dari minda fikir. Macam otomatik jer punat off diaktifkan. Lebih enak lagi aku nikmati kehidupan ni sepenuhnya. Macamana nak nikmati kehidupan sepenuhnya? joli katak sana sini? tidaklah sampai tahap tu..

Jadi, apa aktiviti joli katak yang bakal kami lalui menjelang aidifitri nanti? Haa...tentunya aktiviti makan2! Aku sangat suka ini...Abg. Sham nak panggang kambing sekor dengar kata. Apa pun tungguuuu....