Ketik

Monday, February 14, 2011

Berjual beli di eBay


Yeazzaa! Sangat teruja akanq semalam dan hari ini :). Sebabnya dah berjaya menjadi seller di eBay Australia. Macam jakun ke bunyi tu? Ehehe..yer ler...barang yang terjual tu my 1st item published kat eBay, apa tak teruja tahap gaban.


Sebelum ni dah jaja backpack camera dslr tu kat facebook tapi tak laku. Beg tu pun dibeli di eBay gak dengan harga Aud 45.95 + 12.95 (posting) = Aud 62.90. Harga jual pulak Aud 65 (free postage).


Macam tak untung banyak kan? memang tak untung pun...cuma dapat balik modal jer..hiks2x. Mula2 nak publish bag tu risau gak, takut tak laku. So ni nak kongsi caranya bagi yang belum tau atau belum pernah berurusan dgn jual beli online ni.


Pertama kita kena research dulu. Compare dengan harga yang ditawarkan oleh orang lain bg brg yang sama. Haa..untuk menambahkan chances barang kita terjual, kita kenalah letak harga yang lebih rendah dari mereka. Harga bag yg sama ditawarkan seller yang lain ialah Aud 63.95 + 12.95 (posting)..untuk mengatasi mereka saya meletakkan harga "Buy Now" Aud 65 (Free Postage).


Perkataan "Free Postage" itu lah yg akan menarik minat pembeli. Untuk memastikan saya tidak mengalami kerugian, saya juga memilih option "no return back". Cubaan pertama saya berjaya apabila bag tersebut terjual hanya selepas 3 jam dipublish! Teruja bukan?


Sbg seorang yg ada pengalaman membeli di eBay, saya juga menggunakan kaedah yang sama yang menarik perhatian saya terhadap satu2 barang untuk menarik perhatian pembeli lain. Apabila membeli saya akan membeli barang yang "Buy Now" sahaja. Krn kalau "Auction" biasanya base on bidding...kadang2 seller menipu, taktik bidding tak mestinya anda akan menang. Itu cuma strategi untuk menaikkan harga barang. Sebabnya selepas setiap bidding dia akan cakap your are out bid, please bid pada harga sekian2 yang sah2 sudah naik dari harga asal yang kita bid tadi.


Jangan tertipu juga dengan positive feedback di rekod seller. Sebab saya pernah terkena sekali. Beli casing blackberry calour hitam dia kasi putih. So, krn tak puas hati...sudahlah posting lebih dari sebulan (janji 4-6 hari). Saya telah meninggalkan negative feedback. Si seller meminta saya revive negative feedback tersebut dan memberi jaminan memulangkan bayaran saya. Ya, saya dapat balik duit saya sekali dengan barang yang dah jadi free..heheh. Bijak kan saya? Bertambah2 lagi kebijakan saya, saya meletakkan syarat tak akan revive sebelum bayaran balik dibuat. So, bila dapat bayaran barulah saya revive dengan rasa bakawali yang sekelat kelatnya krn ternyata seller tersebut tak sincere..apalagi black listed kan dia =P.


Oh, sebelum terlupa...untuk membeli belah online...untuk mengurangkan risiko tipah tertipu atau menjadi mangsa penggelapan kad kredit..kita leh registered kat PayPal. Menurut saya kaedah PayPal ini adalah paling selamat setakat ini. Kerana nombor dan maklumat akaun kita dilindungi. Selain kita leh accept payment, kita juga leh bayar, transfer duit etc. Cubalah.


Walaubagaimanapun...nak berjual beli di eBay ada fee nya jugak dek non. Tapi tak banyak pun..cuma Aud satu dolar lebih jer. Bila barang terjual kita bagi eBay 5.2%. Fee PayPal pun cuma kurang lebih 3 dolar jerk.


Nah, inilah saja entry yang agak "berilmu" untuk kali ini..


Adios

1 comment:

shuhada said...

thanks maya, sy pun ade benda nak jual, tp xsempat nak open akaun ebay