Ketik

Monday, February 27, 2012

Alhamdulillah....

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai revising 2 chapter untuk hari ini..Chapter 5 and 6 masing2 berkenaan stem/xylem hydraulic conductance dan leaf hydraulic conductance both ada 37 pages each..phewww! Memang tak bergerak ke mana sejak jam 7.30 am hingga sekarang 5.40pm..kecuali ke toilet dan bangun solat2 fardhu..hehe, takmau extend lelama punya pasal. So, those 2 chaps dah submit to Daryl for next Friday meeting, kot2 nak tambah tokok mana2 experiment dan analysis data. If all the contents are sufficiently appropriate dah boleh hantar proof-read ke professional proof reader. Then InsyaAllah will finalise very soon since Daryl dah selesai baca thesis Kamani, another PhD student yang nearly submitting.

So, then I can concentrate on revising another chaps especially chapt 4, 2, 1 and will start writing chapter 7 ASAP. Hope there will no excuses by them for not reviewing and make a comment or suggestion on my thesis. I will pushed them. Hahhaa...esok nak chase main advisor pasal support letter for this coming IPS at PWTC..tak sabar nak balik doe!...then will chase him for support letter for another few months extension..nak produce journal paper sebelum balik for good katanya...Then, I think am ready for final theisi review about 1 month from now...

Syukur Allah memberi kekuatan tumpuan pada hari ini, tak ngantuk tak lapar, tak bosan, tak down dan terus kerja non-stop. Besaq pungok den aih hehehe..

Wokeiy...mau pulang buat grill kepak ayam madu for dinner..

Cau cin cau....

Bertuan Nongkrong yang tolol

Bangsa Bugis mmg cukup terkenal sebagai lanun yang cukup digeruni...maka itu lah sampai sekarang pun terus melanun.

Tanahair tergadaikan dasar kapitalis bawah tempurung. Kata orang diri yang lebih...itu politik kita

Lapangan hijau satu2nya Buloh Perindu tergadai, giliran Gebeng mendatang. Malang sungguh bertuan tolol tidak cintakan watan.


Sedih dan menyedihkan...jadi tolonglah bukakan mata, telinga dan minda aduh marhean jelata. Kuasa sebenar di tangan kita dengan izin Dia.


Sunday, February 26, 2012

Chaiyok!

Okay! Mulakan dengan semangat baru...jangan lemah di pertengahan jalan. Sikit lagi....Teruslah tabah, kuat dan bermotivasi

Friday, February 24, 2012

Gebang2

Dan kembali ke udara lagi..dah sudah gebang2 dgn telinga kawan yang sudi mendengar hiks! Basah sebentar birai mata ini..ngee

Lega sekejap, banyak sungguh yg kami bicarakan..tentang PhD, tentang rumah, tentang kawan2, tentang travel, tentang duit allocation RHD etc...yang paling penting tentang hidup, jodoh, kawen dan keluarga :)

JODOH? iya jodoh...tentang sulit sungguh ai mau mendapatkan jodoh di kegetiran waktu ini, umur ini dan zaman ini. Sudah tua2 gini masihkan berpeluang dapat jodoh? Hmmm...wallahuaklam. Setiap kali org tanya dah jumpa pakwe? Ai akan jawab tak mau cari pakwe..semak, nak cari suami. Iya, suami!

Kalau pakwe, scandals, peminat segala macam sudah terlalu bosan menghadapi. Cakap betul ni, bukan tipu bukan sombong diri...:). Buat apalah nak sombong diri yer dak? Kita hidup kat dunia ni bukan lama. Buatlah sesuatu itu yang terbaik seupaya mungkin. Kalau boleh carilah keberkatan hidup. InsyaAllah bahagia dunia akhirat. Nak joli ke nak settle down ke..itu pilihan kita sendiri. Iya pilihan kita. Dan tiada sesiapa nak single seumur hidup. Lebih2 lagi perempuan, jam waktunya sentiasa bergerak. Sampai satu detik ia akan...hmmmph malas nak cakap. Tapi segalanya ketentuan Ilahi. Rezeki, ajal dan maut Dia yang tentukan.

Dan kalau banyak orang bercakap fenomena perempuan kawen lewat. Sebenarnya silapnya bukan pada sebelah pihak saja. Jangan lupa...pihak yang satu lagi pun menyumbang. Kita nak kawen, tapi pihak satu lagi tidak..perlukah kita tunggu? Nak main sambar yang dok datang pun bukan semudah makan ABC. Kita serius tapi pihak sana memain saja manjang...kadang cuma nak berkawan main2 perasaan. Berbaloi kah? Mungkin org kata kita kena bijak. Tapi sebijak mana pun kita, soal jodoh tetap sulit untuk diputuskan oleh saya..mungkin orang lain juga.

Bila org tanya, kat sana takan tak jumpa? Hakikatnya kita buat postgrad kita sgt bz, kita byk bersembunyi dalam lab, ofis dan rumah. Mana nak jumpa? Lagi pun banyak mana sangat potential bachelor yang dok ada? Nak2 pula campus Gatton yang sangat kampung ni. Lain la kalau fakulti kejuruteraan ke kan...yang mana jadi bidang tumpuan kaum lelaki. Yer ke?? Hakikatnya fakulti sana juga dipenuhi perempuan..Jadi bagaimana?

Tak pernah bercinta zaman muda dulu? Bohong...pernah lah, tapi mungkin bukan jodoh. Seberat mana rasa bersedih, sejauh mana hati terpisah, berbenua mana jasad merantau...ingatan dan memori tetap singgah sekali sekala di perhentian yang telah ditinggalkan. Tetapi apa pun jua yang telah berlaku dan bakal berlaku kelangsungan hidup harus diteruskan.

Banyak pengalaman dan pengajaran yang kita terima, supaya tidak terjatuh di lubang sama berkali. Kalau jatuh lagi dan kembali bangun lagi dan tidak ada salahnya sekiranya kita ada kesungguhan untuk mencari keberkatan hidup. Membersihkan hati dan jiwa yang kotor. Dari itu kita akan muncul sebagai insan yang lebih kental dan tabah di kemudian hari.

JODOH...biarlah Allah saja yang tentukan..usaha selalu ada, cuma mungkin Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Jangan lupa..bukan saja lelaki yang akan mendapatkan bidadari di syurga..perempuan juga akan mendapatkan bidadaranya kelak...bagi yng tidak berkahwen

Wallahuaklam

Jujur...kalau suka saya boleh minang saya, tapi saya tak layan org yang nak scandals, nak tambah bini, nak feeling2 awak mimpi saya-saya mimpi awak yer, nak ambil kesempatan (tader apa nak disempatkan, saya tader harta), nak buli or apa2 saja yang membuang masa..hiihiii..iklan percuma dibawakan oleh safarihati hahahha! Sukatiku blogku..ngeee


Not Good

Not in a good mood lately...mind is messy with so many things. Advisors suruh extend lagi 6 bulan+pindah rumah tak berapa best+IPS di KL this coming june+writing yg masih kacau bilau :,(

If need to stay longer than where should I get money to pay rent, to eat, fuel etc?? They said its good for me coz it will give me more time to groom my scientific writing skills, ada masa untuk tulis beberapa paper sebelum balik, ada lebih masa untuk mempersembahkan thesis yg lebih berkuality, perlu masa untuk revise statistical analysis etc...but when thinking of money and so much boredom to stay longer I feel a bit depressed.

Belum masuk bab kena smash ngan boss..lagi. Kali ini ingat kalo kena smash buat bodoh jer la, tebalkan telinga, bisukan mulut. Orang lain pun dapat sampai 4-5 tahun pun. I baru 3 1/2 tahun jew..yang 1/2 tu dah extension, orang lain siap2 dapat 3 1/2 buta2 jer non penalty uhuks.

So, skang plan extension for another few months jew..lepas balik symposium kat KL june, submit in July then blah.

Ni satu hal lagi..my main advisor banyak cengkadak juga..tak macam Daryl baikkkk jer. Ada ka patut Daryl suh bayar early birds registration fee yg lebih murah dia plak nak tgok school approve dulu la hapa la..hmmm. Support letter tangguh2, next week dah kena submit application grant. Support letter extension pun tangguh juga, ingat kalo aku tadak duit nak tanggung ke hidup aku...writing pun selalu tangguh berbulan..bila cc ke Daryl baru nak layan..waaaaa aku tak suka sv cenggini..naper la transfer ke dia tempohari?? dan dia India bukan OZ...hmmm. I beli paper printing allocation RHD tempohari pun dia mintak untuk dia 2 rim hahaha...kang aku dah ngumpat supervisor. Actually dia muncul dlm team ujung taun lepas jer sb time tu Daryl bz and ada masalah so kena kerja kat private body bukan lagi UQ.

See..this extended duration not because of me, but the advisors yang lembab macam siput babs..asek demand nak sama version ngan Daryl, nak simpan2 duit allocation RHD..caish! aku bayar yuran mahal...haa mula lah ni...ok ok stop dulu...

Nak gi cari telinga sesiapa yang sudi mendengar lah dulu...

Chow!

Thursday, February 23, 2012

Ugly Truth

I was there to tell you that I am in live with you
But you constantly give me a vocabulary lesson
Its my fault to fell in live with a psycho...

and you keep stalking and haunting me
day by day with your green face and red eyes

Entah apa aku merapek...hmmm...hati tak senang actually

Tuesday, February 21, 2012

Rehat sekejap

Assalamualaikum

Wah dah seminggu tak update..sebenarnya sebuk kembali menyiapkan chapter 6 thesis..hari ni dah nampak cam final draft so luangkan masa sket sebab dah bosan sesangat :)..tapi final draft kat sendiri ler, ke advisors belum submit. So sekarang tinggal tulis chapter 7 general discussion plus revise chapter2 lepas2..InsyaAllah, agak2 dapat ker siapkan bulan April ni??? Mudah2an semua lancar nanti. Esok meeting ngan advisors pasal final review, tengok apa kata mereka nanti.


Wednesday, February 15, 2012

Lega sudah

Okay dah rasa lega sket rini sebab ma dah mula senyum..risau siot kot2 la sebab dok sini terganggu emosi dia. Sebab sejak 2 menjak ni dia asek lupa2, asek cakap menda sama, asek solat yang sama berkali, bangun malam gi toilet nak balik bilik pun dia leh sesat dalam rumah, asek kencing setiap 5 minit sekali dll..sedey seih mikirkan keadaan dia. Mungkin juga faktor umur sb sebelum dtg sini dia dah ada tanda2 blur tu..bila tgl dia sensorang risau kot2 ada marabaya menimpa..Pernah satu pagi dia mandi awal pagi sebab katanya akak kata nak gi surau. Hishi akak tanya balik buat apa gi surau? Ada program apa kat surau? Dia kata entah..selang 10 min kemudian ulang tanya lagi kata nak gi surau...humm jawab akak rini kita takgi mana2 rehat kat umah jerk..

So skang dia dah happy dapat beli semua benda baru hasil mengasuh Sufi sepanjang kat sini. Actually 2 bulan jer dia betul2 keseorangan di rumah sebab awal taun ni Sufi dah start sekolah. So dah suh adik bawak gi soping cermin mata baru sebab cermin mata dia yang dlm gambar akak lukis tempohari senget kata dia..huhu. Dan ma kita tak main dah spek tader brand wokay..Elle lagi, kalah jauh lebey mahal dari spek akak GA nih :)

Pastu beli handphone baru dan buat gigi baru plus adik bawak shopping jubah2 ariani..lapang jer dada rasa, BP pun tak naik lagi bila mikirkan dia :). Maklum lah kat sini nak soping barang2 sesuai ngan dia tader choice kedai2 pun jauh berpuluh km, berejam drive baru sampai.

Hopefully everything will be fine nanti. Penangan dia dok sini, skang dia nak gi jejalan KL pun nak bawak botol, untuk isi air basuh kencing katanya..hahaha! Itu kebiasaan kami kat sini. Berjalan je wajib bawak botol sampai ma terbawa2 ke Malaysia :p.. Pasni kalo travel pandai la dah dia nak survive, camana nak solat semasa bermusafir etc..guna toilet mesti kering tak boleh basah..itu latihan selama dia kat sini. Sebab itu budaya dan cara hidup mat salleh so dah terbawa2 juga ...hehe

Nampaknya dah banyak entry tentang ma, so okey skang jangan sedey2 lagi dan boleh mula senyum jugak..Sakit kepala wei 2, 3 ari ni..makan nasi pun tak sebab tak selera hehehe.

Kembali fokus

Assalamualaikum cinta...

Still missing my mum so much and still crying when thinking of her, still feeling her around in the house and in the office :,(

However, I'll keep on track very soon..dan hari ni dapat feedback dari kawan di China Dr. Jiping yang happy dengan akak nye manuscript paper. Beliau second author selepas akak..dia ni lah yang bersengkang tenaga buat kerja sesama akak 2 taun sudah dari jam 6am-11pm kat postharvest lab. Teringat dia nangis2 waktu berkongsi kisah cinta dia dulu huhu..muda lagi baru 27 tahun so skang dia 29 tahun.. kannn dah Dr, akak yang belum lagi masih berhempas pulas di sini. InsyaAllah, skang dah boleh publish paper pertama. Paper2 seterusnya bakal menyusul tak lama lagi.

Kjap lagi nak uruskan application for travel grant pula..untuk conference bulan Jun nanti...so Jun wajib dah di KL :)

Jadi, harus kuat semangat dan tabah.."nangis puas2 kemudian kerja tekun2 tinggal beberapa bulan jer lagi, pasni boleh balik jumpa mak"...itu kata Kak Gem.

Okay, takmo buang masa lagi...kembali ke komputer dan kertas2...doakan akak maju jaya kengkawan...aminnn

Adios!

Tuesday, February 14, 2012

Harus semangat

Wahhh...masih terasa kemasygulan akibat kepulangan bonda tercinta ke tanahair..bersedih sepanjang hari. Tengok My Kitchen Rule kegemaran dia malam tadi pun boleh menangis kerinduan haha...beli rock melon murah $1.75 sebijik teringat dia, roti tak mau beli dah, sebab cuma akan berkulat tak habis dimakan bila takder dia, kluar shopping barang dapur beli skit2 dan simple2 jerk sebab takan ada org makan dah, nak makan nasi tak selera...baru paham kenapa ma selalu cakap tak lalu makan bila dia tinggal sengsorang kat umah akak sebuk di ofis.

Tengok handset samsung yg dia guna buat alarm waktu solat, eh tak payah set alarm lagi..hishi payah jugak cenggini..bila ada, selalu gaduh dengan ma..huhu

Sebelum ni time mula2 nak datang sini or time mula2 kerja sensorang kat tempat asing memacam cubaan dan kesulitan dialami tak pernah pulak terasa gini..mungkin benarlah, waktu kecik kita manja2 ngan mak, waktu remaja kita tak dengar cakap mak, waktu dewasa kita mula nak mak balik...huhu..itulah hakikat kehidupan.

Sekarang akak paham, betapa besarnya pengorbanan org2 yang bawa ahli keluarga bersama waktu cuti belajar di oversea. Ada perasaan dan kebajikan yang perlu dijaga. Kalau kerja or sekolah tak mengapa, kalau duduk jer kat umah...hummm penderaan emosi namanya, hilang senyuman di wajah, hilang ceria di hati, kita pulak yang tentunya bz, penat dan stress balik rumah dengan muka grumpy, silap sket tinggi suara..nauzubillah!

Teringat lecture my advisor dlm mini workshop 2 minggu sudah...Itulah sebabnya juga kenapa orang selalu list panjang2 ucapan penghargaan kat thesis mereka..penghargaan kepada ibu, suami/isteri, anak2 etc..humm baru terasa betapa besarnya harga sebuah pengorbanan orang2 tersayang. Penghargaan, rai kan kejayaan hasilnya nanti bukan setakat habis kat kita individually jer..segalanya memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tak terhingga dari orang2 sekeliling kita.

Tapi memikirkan lebih banyak kebaikan dari keburukan apabila ma balik Malaysia..semoga dia lebih ceria dan happy di tanahair bersama kaum keluarga lain yang lebih ramai dan meriah. Nak makan minum solat senang, nak jalan2 ke mana2 tak terasa bagai berada di dunia serba asing, at least permintaan akak zaman kecik nak ke oversea dan pergi "Disneyland" tercapai...hahaha..ada ka bertuahnye anak, mintak yang bukan2 padahal mak kita cuma penoreh getah jerk..walaupun belum sampai Disneyland at least ma dah sampai Movie World, Surfers Paradise, Harbour Town dan Brisbane..hihi..InsyaAllah ada rezeki balik nanti bawa ma gi umrah ke Mekkah, pastu kalu gi cuti2 oversea ke inersea ke akan bawa ma sekali..inersea tu pulau2 pantai2 la...gi Mabul ke Phi Phi ke watever..

Semoga dengan ini, akak boleh lebih concentrate kat kerja, dulu pun concentrate jugak...cuma bila mikirkan dia sendirian kat umah, akak kerja 7 hari seminggu, 10-11 jam sehari...terbiar jerk ma kita sampai kurus kering, kulit makin berkedut, susah nak senyum etc...huaaa tak sanggup lagi, so starting from today, akak mau tumpu sepenuh perhatian pada penulisan then beberapa bulan lagi boleh balik Malaysia juga!

Till then adios!


Monday, February 13, 2012

Sendiri lagi di rantauan

Okay, akhirnya bonda sudah balik..selepas 8 bulan menemani di sini. So skrg tgl solo kembali uhuks, sedeynyer..ngantuk sesangat sebab tadi pagi bangun 2.30am, 3.00am bertolak dr Gatton-Coolangatta airport dekat 150km, 2 jam drive. Tapi takmo balik tidur dan stay sengsorang kat umah :'( makanya lepak kat opis la..mood nak mula kerja pun tader lagi. Tunggu lusa la, esok plak kena bersih rumah untuk inspection lusa. Nak kluar haruslah kena inspect by agent dulu.

So spanjang seminggu sudah, sgt banyak berjalan, drive dan shopping. Hari2 drive sejauh ~400 km return. Rasa nak pitam tapi biarlah masa2 emas tu terisi ngan puashatinya. Berabis sket tidak mengapa, hidup dah lama, kerja duit menumpuk kalau tak guna takder makna nya kan? Hehe..macam balik nanti tader plan kan? Padahal kereta kena beli, rumah kena siap, perabut rumah kena beli etc...hummm urusan hidup tak pernah selesai. Tapi, apa yang bakal terjadi di masa depan tu tak usah dipikirkan lagi, langsaikan yng sekarang dulu kemudian kita pikir :)

Huh..bermula malam ni dan seminggu ini tidur sengsorang umah besar 4 bilik tu, best mmg best tapi tak best jugak lah ma dah tader...tadi pun balik dr airport dok terbayang2 dia kat dlm umah...haish! Sabar lah hati..tinggal beberapa bulan lagi sendiri pun mau pulang for good jugak.

Pasni kalau nak stay ofis lelama pun tak risau dia sendiri kat umah, dah makan belum, tgh buat apa etc..tak perlu kasian tengok muka dia masam jatuh jerk hihi...

Then 18 @ 20 hb baru pindah menumpang dok ngan kawan sampai habis PhD. Nak terus dok umah skang pun boley..tapi budak2 yang take over nyer lelaki, so...lupakan saja..walaupun sgt selesa dan sayang ngan rumah ni :(

Apa pun semoga hati dan perasaan terus tabah dan cekal, semoga semuanya berjalan lancar takder aral..aminn InsyaAllah, masa untuk prepare final review pula...

Adios

Saturday, February 04, 2012

Hidup adalah kembara dan tentang keputusan

Assalamualaikum pembuka kalam,

Semalam akak sakit so tak dapat datang berkerja...tapi diganti dengan hari ni Sabtu. Sebabnya terlampau khusyuk wat kerja tak bergerak dari kerusi meja dan komputer semata2 nak siapkan kerja tu. Sudah menjadi kebiasaan, sebab kalau tangguh2 sok lusa dah lupa. Maklumlah dah tua..hiiii. Hasilnya jatuh sakit, bersidai di katil je sepanjang hari..maklumlah dah tua...sekali lagi :p

Dah tua pun takper, masih boleh layan situs di bawah ni, kenapa tak boleh kan? Sedang mencari katanya..hihihi

http://www.uptomu.net/2012/01/berani-mencintai-berani-menikah.html

Al-kisah, 17 hb ni patutnya final review thesis...tapi nampaknya terpaksa postpone barang 2 minggu. Belum ready writing belum sempurna. Plus adik kakak mau datang seminggu bermula senin ni, nak kena entertain juga. Menjemput ibu tercinta misinya...

Hmmm...sebenarnya belum sihat betul nih, tapi perjuangan harus diteruskan..

Till then

Wassalam..