Ketik

Thursday, February 10, 2011

Wasilah Jodoh dan Rahsia di Sebalik Jodoh

Wahhh! Sangat suka dengan tulisan Ustaz Paharol yang ini..sangat mendalam maksudnya, sangat relevan dan sangat menyejukkan hati...:)

Beberapa petikan saya copykan kat sini:


“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,”

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”


Selanjutnya? Bacalah sendiri kat sini....

http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/#more-1292

2 comments:

Hanis Azla said...

terima seadanya jodoh yg tertulis buat kita.. itulah yg sebaiknya kan..

Maya said...

yup! absolutely correct....tapi kalo belum punya jodoh canner? =P