Ketik

Thursday, August 28, 2008

Mutiara Kata Hari ini


NASIHAT….berupa kalimah yang dapat membangun jiwa setiap insan. Kalau sahaja nasihat itu tepat dan kena. Samada tepat masa maupun situasi. Kena pada orang yang menerima dan memberi. Andaikata nasihat tersasar matlamat atau cara, ia tidak hanya menambah lara pada duka bahkan mencetus jelek dan salaherti yang membingungkan. Umpama api disimbah minyak, marak akan bertambah, kemusnahan pula muncul. Bukan hanya pada situasinya saja malah hubungan sesama insani.

Berkisah perihal nasihat, ia bervariasi cara, tempat, masa, sasaran dan tomakninah. Nasihat adakala secara lisan bahkan tauladan. Verbal secara kata lebih menjurus kepada komunikasi dua hala antara dua atau lebih pelaku. Manakala nasihat maya boleh saja secara penulisan, lukisan, puisi, sajak juga penceritaan sketsa atau filem. Justeru tauladan pula lebih membias dari pewarkahan lagenda, dongengan dan pintasan akal sedar terhadap kreadibiliti da’i atau individu-individu yang gemilang semusim hayatnya.

Nasihat adalah perlambangan peduli. Peduli kita pada orang yang kita ambil berat, yang kita akrab, yang kita sayang. Peduli orang yang sayang dan bererti dalam penghidupan kita. Bila sahaja nasihat tidak lagi menjengah tirai hidup, barangkali boleh diertikan tamatlah persaudaraan, tamatlah kasih sayang, berakhirlah cinta.

Nasihat haruslah datang dari kewibawaan peribadi, kewarasan ta’akul, kekayaan pengalaman serta bersandar pada hukum dan kepercayaan terhadap agama. Manakala nasihat dibutuhi pula oleh para pencari arah hidup, golongan yang punya masalah dan kebuntuan tentang pelbagai persoalan hidup, keliru terhadap sesuatu kerumitan serta kalangan yang tersasar selusuri jalan berliku. Alangkah manisnya andai kita lahir dalam kalangan para penasihat dan pembimbing yang beramanah.

Tuesday, August 26, 2008

DNA

Today we completed our mission with 100+ DNA extractions for the antibody transgenes. In the afternoon the PCR will reveal the answer. I hope by next week (timeframe given by boss) we will screen for the entire trees before transplant in the field. The schedule for planting supposedly in July but it exceeds until maybe in November...InsyaAllah. Since the time is my billabong moment, but I hope I'll give maximum efforts to make it happen.
Uhh… Its really tired dude! I’m not event settle my visa as well. Next week Ramadhan akan melabuhkan fajarnya...aura kian terasa...

Terlanjur bercakap tentang DNA, if today DNA could "talk" for the prove, could you imagine how our body parts can talk in akhirat?

New Hope for Malaysia?

Well, today seems to be the most critical voting day for Malaysia (they said). P44 seat is now beat by the PKR de facto leader and 2 others. They talk politics and I won't be left behind. Should I expressed my mind rather than read their mind?? Yup!! The government is not BN/UMNO but us the rakyat. So anybody have their right to think, to say, to debate or to deal. Lately, Malaysians were confusing by the statements and judgments by anybody. Politicians, ulamak, bloggers, press etc. We do not know who to believe.

Again people of know whom was freely given a statements of other people’s sins. In 1998 as I remember, a dalil/ fatwa came out from anybody. Many politician turns to be the ulamak with the real ulamaks were totally banned by given any though. Alhamdulillah, today the ulamak, the politician and event the rakyat are free to express their mind. We saw darkness behind, but with a light in every-soul insyaAllah the truth will be enlighten.

We, Malaysian are hoping for the best. May Allah choose the right person between the best. They are not supposedly play God in an attempt to won a tremendous victory (for seat and power). Please do not simply used holly Quran to swear on fitna. I’m afraid the laknat will shower all without exception. And today, history may repeat. Raining here and raining in PP. May Allah bless us all Malaysian fellers… I LOVE MALAYSIA

Tuesday, August 19, 2008

Dewan yang Bersidang

Sidang Dewan Rakyat hari ke-2 bermula jam 10pg namun seawal jam 8pg saya sudah berada di Lobi Parlimen kerana kecepatan akibat jalan yang lengang sempena musim cuti sekolah. Setelah diberi fail oleh En. Hisham (Pegawai kementerian), saya membontoti beliau melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah hampir dipenuhi oleh para menteri, ahli dewan, pegawai bertugas serta press. Seketika loceng dibunyikan nyaring selama kira-kira 3 minit menandakan sidang akan bermula. Di sebelah sini semua para menteri, wakil rakyat dan ahli speaker kerajaan, sementara di bahagian berhadapan, dipenuhi para wakil rakyat dari PKR, DAP dan PAS. Satu persatu pertanyaan untuk dijawab lisan dibahas, dicadang dan dipersoal sana sini. Saya merasakan inilah pertama kalinya saya bertugas ke Dewan Rakyat dalam suasana yang sangat “ceria”, berbanding tahun-tahun kebelakangan yang sering mengundang bosan dan ngantuk pegawai yang tidak berapa arif tentang teknikal undang-undang seperti saya.

Sesi pagi dimulai dengan jawaban-jawaban lisan berkenaan beberapa perkara yang dibangkitkan ahli dewan. Antara yang sempat saya turuti pagi ini ialah berkenaan campur tangan kuasa asing dalam perundangan Malaysia. Penglibatan Condoleeza Rice berkenaan pertuduhan jenayah ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim dibentangkan oleh Menteri Luar Negeri. Beliau maklum bahawa Malaysia tidak mengalu-alukan peranan US untuk menjadi mata-mata bagi mengadili sistem perundangan Malaysia. Disahut meriah oleh YB Kinabatangan tetapi dilaung “malu” oleh pakatan rakyat. Suasana mula menjadi hangat macam pasar borong apabila ada bahasa-bahasa yang tidak indah di pendengaran bergema dalam dewan. Kemudian isu mendaulatkan Georgetown dan bangunan-bangunan bernilai sejarah di Melaka sebagai Tapak Warisan Sedunia setelah diiktiraf oleh UNESCO. Bagaimanapun, isu ini tidak menarik dibincangkan.

Selanjutnya perihal tindakan kerajaan dalam membela nasib ibu tunggal, kapasiti/kelayakan Dato Saberi Chik vs DSAI dalam forum, penurunan nilai minyak ke USD113 dan beberapa lagi yang agak mendinginkan dewan seketika. Namun begitu, dewan kembali hangat, panas dan mula berasapkan telinga saya dan lain-lain yang mendengar apabila Menteri Dalam Negeri menyebut “betul juga dakwaan pihak yang mendakwa”. Sesi tergendala selama hampir sejam akibat perbalahan adik beradik tiri dalam Dewan Rakyat. YB Azmin (Gombak), Subang, Ampang dan Seberang Perai masing-masing bangun meminta menteri menarik balik pertuduhan. Azmin bertegas seolah-olah Menteri yang menguasai polis dan sistem perundangan telah menjatuhkan pertuduhan sebelum siasatan, sedangkan siasatan masih kabur dan terus kabur. Disahut bersumpah oleh ahli-ahli BN yang lain. Kesudian untuk menarik balik kenyataan tidak berlaku sampai sudah. Gawat juga saya rasakan. Dewan gamat dengan serangan demi serangan terhadap peribadi individu bukan lagi perihal kemakmuran rakyat dan negara. Kalau begini bila sidang boleh damai? Bagaimanapun insiden tersebut sedikit sebanyak mendedahkan kewarasan akal manusia. Kalau boleh gelak kita gelak, kalau merah muka kita tumpang merah muka. Anak-anak sekolah di atas sana tersengih-sengih menyaksikan bapak-bapak pemimpin bertikam lidah tentang isu yang tidak senonoh.

Nurul Izah (Lembah Pantai) bangun mengutarakan soal tindakan kerajaan berhubung video Linggam, kerana menurutnya nyata dan jelas terdapat penglibatan tokoh BN dalam kes tersebut. Beliau disahut sinis oleh abang-abang dan ayah-ayah dari BN..kata mereka ini budak main sagu masuk parlimen. Saya turut haru mendengar “usikan” pemimpin-pemimpin senior, kata mereka keluar tajuk. Kemudian, apa yang agak menarik juga ialah berkenaan wang bantuan orang miskin oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Wah..saya jadi kagum dengan jumlah yang diberi hari ini. RM720 (S’jung), RM830 (S’wak) dan RM960 (Sabah). Zaman saya dahulu, bantuan anak yatim yang kami dapat cuma RM100 sebulan. Menjadi tugas rutin ibu saya ke JKM di bandar Pasir Mas setiap bulan untuk mengambil bantuan cuma RM100 yang pastinya jauh dari cukup untuk membeli segantang beras untuk 8 beradik. Mujur waktu tu ibu juga rajin mengerjakan sawah sekangkang kera atas tanah pawah kakaknya. Itu pun berkongsi dengan mek (kakak ibu yang paling mithali). Selainnya ibu saya banyak buat kerja-kerja tulang 4 kerat yang lain seperti motong getah (penoreh dahulu tidak sekaya penoreh sekarang), tanam jagung/keledek/ubi kayu dan anyam tikar mengkuang. Untung anak yatim, ada juga bantuan dari orang yang tidak dikenali sebanyak RM70 sebulan.

Mengenangkan kepayahan zaman kecil-kecil dulu, saya balik bercerita kepada ibu di rumah. Kata ibu saya, sekarang orang banci penerima bantuan semua ada peti ais, TV, motor dan sebagainya. Zaman kami dulu jenuh sorok kapcai tinggalan abah merata. Disebabkan saya bersekolah sesi petang masa darjah 2 maka saya juga pernah “bertugas” sebagai penyorok peti TV (sementara ibu motong getah)..di celahan batas ubi, dalam semak, dan perdu pokok kopi. Itu pun setelah dibungkus dalam guni buruk yang dah tak lalu nak disentuh, fikir saya ia tidak akan menimbulkan kecurigaan kerana orang mungkin akan menyangka itu adalah guni baja taik lembu! (begitulah kreatifnya saya waktu itu selaku budak berusia 8 tahun). Untuk tujuan apa saya disuruh sorok pun saya tak pernah tahu pada masa tu. Malah saya sempat berfantasi orang banci akan pakai alat serupa pengesan bom/gauger counter (thats why I chose a very "strategic" points). Walhal, bukan TV cantik pun, cuma TV gambar hitam putih bersaiz kurang 12 inci yang dijana pakai bateri kereta. Hujung bulan bila ibu saya dapat gaji hasil jualan getah yang dibahagi 2 dengan mek selepas dibahagi 2 dengan tokey, ibu saya akan “shopping” biskut tawar kecil dan muruku kerut tiap sekotak. Barulah anak-anak marhain ini dapat merasa “mewah”. Alhamdulillah kami tak terpaksa makan siput babi. Memikirkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia sekarang, sehingga semua peluang pekerjaan dibolot pendatang asing ada sedikit kesal di hati saya. Kenapa dasar kerajaan tidak cukup untuk memancing rakyat tempatan merebut rezeki di tanahair sendiri? Ayuh berbalik kepada topik asal, cerita ini InsyaAllah saya akan titipkan di medium lain.

Sebelum tamat sesi pagi, Rang undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 dibahas. Dato Peter Chin membentangkan rasional pengubalan rang undang-undang yang berkenaan. Sebelum saya meninggalkan Persidangan Dewan Rakyat pagi ini, pada pendapat peribadi saya, rang undang-undang ini masih longgar dan tidak komited. Kenaf hendak dijadikan sebagai alternatif kepada tembakau untuk menjana ekonomi petani tembakau yang tidak berdaya saing. Namun dalam masa sama masih menggunapakai term “menggalakkan penghasilan daun tembakau berkualiti tinggi” untuk meningkatkan pendapatan. Sedangkan matlamat utama kenaf diperkenalkan adalah untuk memperkecilkan industri tembakau sekaligus membasmi industri rokok bilamana 90% “end product” daun tembakau adalah rokok. Melainkan kita punya visi untuk menjadikan daun tembakau sebagai medium transgenik untuk memproses bahan-bahan plastik mesra alam atau untuk tujuan farmaseutikal atau sebagainya maka wajar ia diketengahkan dan dikomersilkan. Bagaimanapun Beberapa YB dari kawasan-kawasan terlibat seorang demi seorang menyampaikan hujah kelonggaran rang undang-undang penubuhan lembaga tersebut. Sehingga bersurai perbahasan terus disambung ke sesi petang. Oleh kerana tanggungjawab telah selesai saya kemudiannya meninggalkan perkarangan Parlimen tepat jam 1 tengahari.

Monday, August 18, 2008

What Cause Infidelity?


Adultery has been around forever, and has always given us something to talk about. But we are far from cracking the big mystery: Why do some men cheat in relationships? All men know, at some level, that cheating is wrong.

Blame it on the genes
In troubled relationships, cheating can be an easy alternative to the burden of a breakup or the agony of divorce. It's a quick fix for the sake of the couple's or the family's integrity. Some of us have even gone so far as to enact the long-distance code: If you cheat in another zip code, it doesn't count.

And with evolutionary psychologists telling us that we are wired to lay our seeds in as many women as possible to ensure our genetic survival, adultery is slowly becoming a defensible misdeed, which may explain why women are catching up to men in the game of infidelity.

Because of our insatiable appetite for sex, we men can sometimes only be as faithful as our options. Here are the 10 main reasons why some men will opt to shed their devotion and cheat on their partners.

Number 10
Your lady doesn't put out. Every man has heard that the best way to get a woman to stop having sex with him is by marrying her. Apparently, long-term relationships seem to suck the sex drive out of many women, leaving men gasping for fulfillment. With the need for more sex, some men will start "working late" more often.

Or it could just be that the sex has become boring. She doesn't want to try new things in bed, or won't perform fellatio. Some men may cheat because they don't want their girlfriends or wives to perform certain sex acts that would ruin their "good girl" image, so they get a mistress to take care of it. Like Robert de Niro said in Analyze This , "That's the mouth she kisses my kids good night with!"

In light of this, I call on lawmakers around the world to create an International BJ Day, where men and women get the day off from work and get all the oral satisfaction they need from their partners. I'll bet that this alone would cut infidelity by at least 75%.

Number 9
She cheated on you.
So you found out your lady was being unfaithful, and the only way you can relieve your anger is by doing the same. For many men, this is the only way to get back at their cheating girlfriends and even the score. Some men might even cheat to get back at all the cheating women they've had the misfortune of dating throughout their lives; now that's efficiency.

Number 8
It's challenging and exciting
If you consider the women you sleep with "sexual trophies," chances are you have already cheated at least once in your life. Some men simply cannot leave behind the thrill of the hunt, the chase and the conquest. For other men, the excitement is in the variety, like changing ice cream flavors for one day after years of sticking to just one.

Number 7
You can get away with it.
"What eyes don't see, the heart doesn't feel," goes the old adage, and it still holds true, as long as there are no cameras around. The knowledge that no one will find out and no one will get hurt is reason enough for some men to grab a different helping. But be careful; as men get craftier with avoiding detection, women get more sophisticated with detecting, not to mention boosting their network of spies.

Number 6
It boosts your ego.
Nothing lifts the old self-esteem like discovering that other women still desire you sexually. When in long-term relationships, men may begin to question their sexual marketability, which will lead some of them to sow their clandestine wild oats. Once a man knows he can get back in the game, he'll return to his mate; or not.

What's a guy to do when his girlfriend's-a-naggin' and opportunity comes-a-knockin'?

Number 5
The opportunity was there.
It's an uncontested fact that most men can't say "no" to sex. Although guys aren't constantly bombarded with sexual offers, sometimes an irresistible prospect presents itself. Maybe it's a frisky ex-girlfriend, maybe it's a horny hottie on the dance floor. A guy may see it as once-in-a-lifetime occasion that might never be available again. Carpe diem , as they say.

Number 4
Your women is a nag.
Most men have experienced at least one woman who thrives on making him feel like crap. Constant nagging, fighting and squabbling in the right ratios is the best recipe for a headache. Cheating with another woman is a common escape from this domestic hell, and works better than aspirin.

Number 3
Women let us.
Truth be told, women are quick to forgive men for their unfaithful behavior. Maybe it's their fear of being alone, or that women are simply the more merciful ones of the human species. Some women might even blame themselves for their men's infidelities, and take steps to improve their relationships. The fact that many women let their men get away with murder might compel them to double deal repeatedly. Just ask Bill Clinton.

Number 2
She doesn't turn you on anymore.
Long-term relationships have the annoying habit of making people lazy. No longer concerned with staying fit and attractive, a committed woman might lose the allure she once had. Her man may simply not find her beautiful anymore, and making love to her is not as stirring as it once was. This is why most mistresses are gorgeous, young women.

Number 1
You don't love her anymore.
Alas, after a long time together, you have lost the feelings you once had for her. But the relationship has remained too much a part of you. Separating seems so painful, so radical that it's almost inconceivable. So instead of separating, you go elsewhere to get your physical gratification. Most times this does not help matters, but only prolongs the inevitable breakup.

YOUR CHEATING HEART
In the end, cheating is no joking matter. If you are cheating on your girlfriend or wife, it might be that you are unhappy in the relationship, or that you have issues that you should address. Look at the big picture and see your unfaithfulness as a symptom of a bigger problem.

Cheating might feel good as a quick escape from your problems, but it's only an anesthetic -- not a long-term solution.

Capek

Adus aku capek yang amat..selepas 9 jam drive akhirnya tiba di Subang Bestari kul 10pm, dekat2 nak beradu buat senaman paha dulu. Bukan sekadar nak kecikkan saiz paha tapi sebenarnya pam tilam angin untuk ma tidur. Sok kena jaga pameran MAHA 2008 plak kat Serdang..walhasil aku turun agak lambat sket coz restkan segala sendi dulu. Sesampai ya ampun...panas terik mentari hampir 34 celcius 90 darjah atas kepala..ramai gilernya orang. Panas2 ginian pun sanggup datang, Ooo..ada jentera and bas yang semacam lokomotif angkut para pelawat dari kawasan parking ke hall rupanya. Beratur panjang plak tu. Aku masuk parking pelawat, haram jauh dari hall, nak kena menapak naik turun bukit tengah2 panas terik ni??? Pedulikan!..aku masuk masuk terus sampai ke area park depan hall, he he..aku cakap kat bebudak jaga yang aku datang bertugas, dorang berkira2 itu ini, aku tetap control cool..henh henh..akhirnya aku terus dibenarkan masuk walaupun aku tadak pas or sticker..hi hi..selamatlah sket..park pun free jer..heran kenapa aku tak kena bayar RM2??? Humm..setelah menapak kira2 5 minit, sesampai saja aku terus cari air buat penawar dahaga..hu hu... Andaikata kepanasan ini telah membakar kematu kulit ari juga telapak kaki..bagaimana pula kepanasan di hari perhitungan di padang masyar kelak? Sesungguhnya beruntunglah hamba yang beriman dinaungi payung... Di sana matahari sejengkal di atas ubun2, banjir peluh manusia hingga ke paras hidung...tercungap2 kelemasanlah bagi golongan yang dusta.. (dipetik dari huraian kitab yang dicerita lisan arwah atuk aku masa aku kecik2 dulu). Nah...baru jer dok nak minum tetiba Lani (Director chemigro) nampak aku terus dia datang sembang..sok sek2 sembang sana sini pasal bisness MORTEX yang dia set-up tu. Rupanya dia dah berenti dari jadi manager Gula Padang Terap, coz serabut kepala kata dia. Huumm..seronok aku dengar citer orang wat bisness juta2 nih..dia set-up company dengan modal RM2 juta based kat Alor Star coz katanya dia puas dapat sediakan peluang kerja ke budak2 kampungnya. Aku sempat korek2 camaner dia design machinery, dapatkan suply CPO (order 30 days in advance), etc. Huk-aloh modal mesin saja RM200K++, upah consultant RM20K, lantik chemist yang dah 40 tahun experience, pekerja dah ada kurang lebih 10 orang. Sempat lagi promote rakan kongsi yang provided modal RM2 juta, hensem muda belum kawin kata dia..ceh! aku hanya mampu tersengih :)..Tengok2, laa...dah kul 2..aku ni datang bertugas ke hapa? Hamak hai..pastu sembang plak pasal bisness G-Flex ngan Hj. Jelani (Hateg). Dorang run bisness plastik tu sampai Vietnam, Kemboja, Indo dan Filiphines..Hermm, bila aku nak kaya getek? Maka ditambah makan2, jalan2, sembang2, tengok2 habislah aktiviti "bertugas" di hari Ahad itu...

Wednesday, August 06, 2008

Derhakakah Wanita?

Benarkah wanita yang lebih tinggi tahap pendidikan dan kerjayanya dikatakan tidak mampu patuh pada lelaki yang bergelar suami? Benarkah sifat ini dipunyai oleh kesemua golongan tersebut? Andaian atau tuduhan ini kalau dilihat dari satu sudut sahaja memang agak tidak adil. Tidak adil bagi pihak wanita dan tidak adil juga bagi pihak lelaki. Bukankah Allah jadikan setiap makhluknya berpasang pasang supaya darinya kita dapat melihat kebenaran kekuasaan-Nya.

Sungguh pun begitu, manusia ini dijadikan berbeza-beza bukan saja rohaninya bahkan zahirnya juga. Dari sudut pandangan sains, genom manusia bersifat/membawa homologi spesis yang serupa namun kandungan trait yang dibawa oleh bahan gennya tetap bervariasi. Meski bersifat totipotensi yakni menyalin sebahagian besar sifat kedua induknya, namun generasi baru yang lahir akan mengalami evolusi. Dengan kata layman ia telah bercampur dan kemudian membahagi pula untuk membawa hanya 46 kromosom jasad manusia mandiri. Sebahagiannya ada yang mengalami proses penyisihan, penyelitan, penyusunan semula bahkan ada yang mungkin mengalami mutasi yakni kecacatan akibat elemen-elemen yang tidak akan dibincangkan di sini.

Lantaran itu, apakah daya fikir atau intelektualiti seseorang juga dipengaruhi oleh sifat genetik di atas? Ya pada sebahagian, dan tidak pada sebahagian yang lain. Hakikatnya proses kemandirian manusia dilihat dari perspektif yang jauh lebih luas. Sepanjang hayat manusia, ia mengalami beberapa fasa kehidupan yang sangat cantik dan tersusun. Manusia berhadapan dengan pelbagai karenah persekitaran, pemakanan, pergaulan sosial serta proses pendidikan sepanjang masa. Dari situlah ujudnya variasi sifat manusia itu sendiri.

Begitu juga dengan jantina, hakikatnya ia hanya memberi perbezaan yang sangat ketara cuma dari bentuk fisiknya. Sedang dari sudut perasaan, kehendak, kemahuan, misi, visi dan aspirasi mereka tetap sama. Pengaruh persekitaran, didikan dan semua yang di atas telah mempengaruhi sikap dan pandangan manusia dengan kapasiti maksima. Jadi, jelas tidak adil sekiranya menyamaratakan semua wanita yang tinggi tahap akademik, tinggi kerjaya akan menjadi isteri yang tidak patuh, atau derhaka.

Banyak kaum wanita sebenarnya bukan berpaksi pada kebendaan material. Tetapi rasa selamat, damai dan bahagia jasmani dan rohani. Wanita zaman ini telah berpuluh langkah lebih mandiri. Telah mencapai tahap pemikiran yang sangat kritis dan rasional. Mereka lebih bijak menilai baik buruk sesuatu perkara. Lebih berani bergerak ke depan. Lalu, akan terhakiskah peran suami/lelaki dalam organisasi keluarga? Sama sekali tidak. Islam menggariskan lelaki sebagai khalifah dan wanita sebagai pendampingnya. Pincang suami pincanglah isteri, pincang isteri maka pincanglah suami. Kenapa tidak? Kerana manusia itu dijadikan berpasang-pasang supaya ia dapat mengambil iktibar darinya. Sebagai pakaian sebahagian yang lain.

Corak kehidupan yang terkeluar dari norma-norma asasi manusia tidak jarang yang membenihkan kecelakaan pada manusia. Patuh. Apakah bermaksud menurut segala arahan dan hukuman tanpa bicara? Dalam undang-undang yang dirangka manusia sendiri pun tetap menetapkan bicara bila dituduh pesalah. Untuk mencari bukti bersama-sama alibi. Lalu, derhakakah sang wanita sekiranya tidak menurut perintah tanpa takwil? Takwil bukan bererti tidak taat. Wanita yang telah dianugerahkan akal yang cerah pasti kadang-kadang mahu mendapat penjelasan lanjut peri pentingnya sesuatu tindakan. Meminta kefahaman yang lebih menurut logik akalnya. Maka, dengan itu lah adanya musyawarrah. Berbincang dan melontarkan pendapat sendiri bagi sesetengah perkara yang tidak jelas padanya. Melaksana setelah jelas jauh lebih baik dari membuta tuli.

Tahap pendidikan yang lebih tinggi pada kebanyakan wanita bukan mau dijadikan ukuran nilai diri. Sebaliknya adalah nilai kendiri. Di mana, dengan ilmu yang ada mampu memimpin wanita ke jalan lebih nyata. Berfikiran lebih bijak dan bertindak lebih bermaruah. Kelebihan ini seharusnya dinilai sebagai bonus untuk memudahkan kehidupan wanita dan lelaki. Isteri boleh membimbing suami bila suami tersilap langkah. Isteri mampu meringan beban suami mendidik zuriat. Malah isteri mampu menjuruskan hala tuju keluarga yang ingin dibina bersama-sama suami. Ibarat bidalan, Sesatlah nakhoda tanpa layar, kakulah lagu tanpa irama.

Patuh juga harus dilihat pada wajarnya sesuatu arahan. Bilamana arahan itu bercanggah dengan hukum agama, wajibkah lagi dipatuhi? Sekiranya suami menyuruh si isteri menanggalkan jilbab kepala, itu tidak wajar. Dalam satu situasi, kereta wanita itu tidak hidup enjinnya. Wanita bertanya masalah kepada lelaki dan lelaki mengatakan ia disebabkan masalah plug. Wanita menjadi bingung dan was-was lalu untuk menguatkan asbab dia berkata “betulkah masalah plug?”. Wajarkah wanita itu dianggap tidak patuh? Tentu tidak. Kemudian wanita tadi ke workshop dan menukar plug keretanya, tanpa memberitahu si lelaki. Dia menjadi lega dan bertambah rasa kepercayaan dan yakinnya pada si lelaki. Wajarkah wanita tadi dikatakan tidak mendengar kata? Tidak wajar bukan. Sedangkan rasa percaya tadi yang bercambah telah diolok-olokan dengan perasaan tidak wajarnya dia dihukum tidak patuh.

Kerjaya yang lebih tinggi juga, bukan bererti wanita sewenang-wenangnya memperbudakkan lelaki. Wanita sangat mengagumi dan hormat pada lelaki yang kuat berusaha. Berusaha mencapai tahap ekonomi diri yang stabil bukan sahaja tergantung pada tinggi mana tahap kerjaya kita. Di zaman ini, sudah terlihat jelas, graduan-graduan universiti menjadi tidak laku di pasaran kerja. Bukankah ini salah satu fenomena pendidikan tinggi sebenarnya tidak menjanjikan masa depan pekerjaan yang lebih berkolar? (selain faktor dasar jabatan). Rezeki yang dilimpahkan Ar-Rahman itu sangat sudi dikongsikan oleh para wanita untuk kelangsungan hidup suami, anak-anak dan keluarganya. Jauh di sudut hati, wanita sayu sekiranya gajinya tidak dikongsikan dengan yang berhak. Wanita perit bila kejayaannya tidak dapat dikongsi dengan orang kesayangannya. Namun mampukan lelaki menilai kesayuan dan keperitan tadi dengan mata hati yang insaf? Bolehkah lelaki berhenti mencerca wanita yang tinggi kerjayanya tetapi tetap mendambakannya di sisi? Tentu tidak adil situasi begini terjadi pada segelintir manusia yang marhaen jiwanya.

Akhir kalam, masyarakat yang terbina dari pelbagai lapisan status, tahap pendidikan, kerjaya yang tinggi rendah dan golongan tua muda harus memandang sesuatu perkara dari sudut positifnya. Jangan kita terlalu menghukum satu pihak bila pihak yang satu lagi tidak mampu mengejar. Adat kehidupan, membutuhkan kita saling menyokong, saling bantu menbantu serta saling insaf menginsafi. Amalan syumul hanya dapat dirasa manis nikmatnya bila kita sudah bersedia menerima satu sama lain seadanya saja. Yang lebih itu bonus, dan yang kurang itu bakal menghadiahkan pahala kesabaran dan kehambaan. Tidak akan ada musabab tanpa asbab, tidak ada pantai tanpa ombak, tidak indah bicara tanpa bijaksana.

Monday, August 04, 2008

Free already

Hissh....bosannya aku..bayaran dah buat last week, skang belum ada paper berita dari sana. Apa yang aku kena buat skang? Tak siap apa pun lagi. Baki cuti banyak lagi ada dalam 26 hari...apa nak buat??? tunggu sini kije dah tak banyak. Projek tanah 5 ekar belum bertanam, DNA takleh test coz kit terkandas ordernya kat Pengarah, projek netted house baru kuar plan dari engineer..hopefully 3-4 taun pasni aku masuk opis baru..hi hi..mudah2an taun 2011 nanti dah siap bina and aku balik manage je nanti. Keter aku belum ada yang nak beli. Woit! ader ke sesapa kat luar sana nak beli? heheh,..keta satria 1.3cc taun 2002, plat WKC and RM18K jer..masih keadaan baik, tak pernah meragam..women 1st car toh...Aku nak balik kg, tiket firefly mahai plak..sampai RM109/way...tapi kalo dihitung dgn rega minyak skang rasanya masih berbaloi. Nak isi minyak keta pun nyaris RM100 baru penuh..tu pun sampai Tanah Merah dah nak kena refill lagi..silap hb tak sempat pun sampai TM tapi sempat kat Kuala Krai jer kot?? Balik pun nak wat per nhe?? kat kg la ni ma kata buah salak tengah gugur, berlambak kat perdu tadak sapa nak makan..hinsh!! nak kena kelik nih. Jumpa ma dan tunaikan hajat dia nak wat kenduri doa selamat. Makan durian...tapi kat sini pun melambak lambak duriannya..kat pasar malam tersepak macam bola jer..bersepah RM5-RM10 selonggok adala lam 6-8 biji. Hermm...

Friday, August 01, 2008

Earn Money for Blogs?

Dulu aku pernah join google adsense, tapi hingga saat ini income yang aku jana darinya cuma USD27.48 sepanjang 2 taun blog ni dion-line kan. Pasalnya setaun yang lepas aku jadi bosan kerana pitis yang mengalir masyuk sangatlah perlahan. Akhirnya aku buangkan semua adsense, kenapa? sebab aku pikir ia hanya menyemakkan blog dengan ad yang ntah hapa2..sulit memancing pelawat mengetipnya. Baru2 ni aku dapat notis pembayaran check ke alamat rumah baru, tapi belum sampai nih?? Jadi bagaimana nak menjana duit lagi? aku try jugak join program affiliates lainnya macam neowoxs dan bravenet tapi tak serius..aku rasa dah tiba masanya aku jadi serius dan berkongsi dengan rakan2 online yang sekali sekala menjengah blog ni..sama2 buat duit..amacam, bunyinya menarik kan? Sekarang aku baru nak join satu lagi program janaduit melalui article finder..tak perlu modal cuma post artikel menggoda untuk pancing pelawat..bagaimana? Sambil cari ilmu dan kongsi cerita kita dapat pemasukan. Hah..nanti aku kongsikan di lain waktu yang lebih sesuai..