Ketik

Monday, February 25, 2013

Jalan menuju ibadah

Akhirnya tahu jawapannya....terus hati dan perasaan terasa lega yang amat :)

Kalau perut terasa lapar, kaki akan berjalan ke dapur lantas tangan akan buka pintu peti ais dan lihat2 apa yang boleh dimasak...lalu barang2 dikeluarkan dan mula membuat persiapan, masak terus makan maka perut pun kenyang...

Begitu juga rahsia hati dan rasa...apabila jiwa bergelandangan ingin tahu, kalau tidak berusaha cari tahu tidak akan pernah bertemu titik pencerah dan teka teki terus menerus merobek. Jadi ralat, galau, dan serba serbi tak kena.

Tahu tidak seberani mana, sebelumnya perlu bersedia mental dan fizikal. Persediaan mental yang paling besar...buat solat malam, singgah zuhur dan solat sunat di masjid beberapa detik sebelum, lalu dengan lafaz bismillah dan nafas ditarik sedalamnya kemudian dihembus perlahan...lalu aku memandu menuju ke sana. Dengan niat ini jalan menuju ibadah. Kita hidup di dunia cuma sementara...pangkat, darjat dan harta cuma perhiasan..perhiasan yang menjadi ujian. Basic nya tetap ada dan cukup sekadarnya...lalu aku merasa cukup dan mahu mula mendidik hati menjadi redho...Kemudian serahkan padaNya...Insya Allah kedamaian dan bahagia yang dijanjikan Allah itu pasti..

Wednesday, February 20, 2013

Malam ini aku bertanya

Kenapa masih resah

Kenapa masih keliru

Kenapa masih mahu merungkai misteri

Kenapa masih tertanya-tanya

Persoalan2 yang tergantung tidak terjawab

Terus tinggal misteri

Yang tak bisa ditebak

Itu lah aku malam ini....

Dihukum demikian serupa

Tindakan tanpa sengaja

Tertimpa sendiri pula

Nyata memang sengaja

Hendak ditunggu sampai bila

Hendak dibiar menolak kudrat

Aku pun mau beradu

Mendakap granat melupa misteri

Walau tak yakin ku mampu lagi....




Monday, February 18, 2013

Turn off Q

Korang tau tak apa antara cabaran hidup masa kini? Saya contohkan 3 kat bawah:-

1. Gadjet
2. Duit dan
3. Makan

Gadjet

Terima kenyataan bahawa dunia telah sangat maju ke depan. Dulu kita tengok touch2 udara sebagai ganti screen kat hollywood movie jah...sekarang anak2 2-3 taun jer pun pandai sreehh3x pakai jari telunjuk jer...semua main touch2 jer, macam HP ENVY 20 saya hehe...tak payah nak terkebil2 bila anak atau anak buah yang masih pelat bergigi susu asek main dan mintak tablet. Bahasa pulak wifi, down load etc...eg. anak buah saya umur 5 tahun tetiba tanya kenapa SOUND makcik sama dengan makdek? Sib baik dia tak cakap kenapa "AUDIO"...pencuri pun asek curi gadjet jer takder dah nak curi buah pelam or jambu moksu Timah macam zaman saya kecik2 dulu...hahahha

Duit

Semua pakai duit, kejar duit, mati duit hidup duit...org masuk politik ibarat masuk lubuk duit, org nak menang PRU tabur duit, nak mati pun kena labur duit (insurance)...Apatah lagi nak cari bini...nak berkenalan pun kena duit tau tak? Bukan sebab nanti nak belanja prosperiti mekdi. Merisik sekarang ni takyah bagi beras bercampur antah untuk diasingkan, tapi lelaki..lelaki ya..ya lelaki bertanyakan jumlah gaji dan bonus perempuan. Hairan? Toksah hairan...saya dah berkali2 kena...huhu nak saya kaya dulu ke baru nak saya? Habis saya time sekolah dulu2 pakai kasut buruk koyak, baju lusuh dan selalu ikat perut tak makan tengahari dan menangis di surau menahan lapar setiap rehat...macamana gerihnya untuk dapat rezeki yang sekarang, tetiba merisik ditanya gaji, bonus, rumah dan kereta...terus turn off walaupun muka dan body u macam Salman Khan or Bradley Cooper hahaha...siapa dapat fahamkan saya ttg kekeliruan ini? Oh..sebab nak share belanja kawen yang maha tinggi..yer ke?? Len kali saya nak jawab "Gaji saya sikit jer tak banyak mana..sama ngan gaji CEO u, kenapa? Nak honeymoon atas cruise ke? Muahaha..

Makan

Perut tau nak makan jer kan, makan pulak nak yg sedap2 jerk, alang2 nak belanja takmo dibelanja mekdi, nak nandos dan seoul garden jerk...pastu perut kembang dan gendut, pakai losyen mustajab10 botol tak kempis2 juga hahahha....setiap kali makan musti mau snap gambar, dah snap post kat fb heh? Lalalala...kita semua buat tu. Eh! I sorang jer ke yang buat? Kita kena tau adat berjiran kalau masak dan bau makanan tu terhidu keluar kita kena share dgn 40 jiran..ha, kalau friend fb kita 1k, kita kenalah share ngan 1k "jiran" kita tu...bukan harus tapi wajib hantar sepinggan kat saya hahhaha






Saturday, February 16, 2013

La Seine

Apabila Aku Jatuh Cinta

APABILA AKU MERASA TELAH JATUH CINTA LAGI

Aku melupakan semua yang lain

Aku sering sebut dia dalam bicaraku

Aku sakit kepala mikiri dia

Bulu mataku pun berguguran di pipi

Tanda rindu berbalas dongengnya

Aku asyik jeling handset di sisi

Menunggu mesej atau panggilannya

Walau tau bagai menunggu ikan jantan beranak

Kerana suatu saat ikan jantan boleh menjadi betina *berharap

Aku istikharoh minta jauhkan kalau tidak benar

Tapi aku tetap fokus nampak cuma muka dia saja

Sepertinya aku telah tersampuk sihir asmara

Aku senyum2 sendiri

Aku terkenang senyuman manisnya dengan barisan gigi yang putih bersih

Di telinga ku tergiang2 nada lembut bicaranya

Aku teringat renungan sekilas matanya yang berbintang

Namun..tak kala  hati ku kata mau laju saja mulutku kata tanak

Semakin mulutku kata tidak, selagi itu hatiku kata iya

Aku mula membuang segala rekod

Berharap agar ke-tak-keruan hati tidak bolos

Dan dadaku pun terasa membahang

Jantungku tiba2 bolong

Kreatif dan inovatif aku memikirkan cara...

Bagaimana supaya boleh bertemu

Aghhh!!....mungkinkah aku telah jatuh cinta lagi



Hehehe...camni ke angaunya org jatuh cinta?? Macam tak re'el jerk kan.....
Tetiba je mood nak bersyair konon jatuh cinta memalam sendiri gini hihihi, layan!....





Thursday, February 14, 2013

Lan Pet2 tumpang kereta

Dah lama tak tengok/terserempak org shooting filem, tadi berkampung produksi Kabir Bhatia kat LGM, Sg. Buloh. Pepagi buta kita baru masuk kawasan dan petang rewang kita balik dorang masih kerja...Okay alang2 dah sebut pasal shooting dorang tu, ni nak share sket..kesahnya...

Time kitorang nak keluar beli lunch kul 11.30am tadi, tetiba ada orang tahan kereta saya, sebab tak pakai spek tadi saya tak nampak jelas mukanya sapa org tu..Dari jauh nampak lelaki berbaju batik kuning depa tangan panjang2..rupanya Lan Pet2. Wah pandai dia, pilih kereta best, kereta kecik dan kereta kancil yang sebelum dan selepas tanak tahan. Ingat kan nak tumpang gi keluar ke apa? Wajib la saya caj RM50 hahha..

Terpaksa berenti dia bukak pintu belakang...jenuh dia suruh kawan saya gerak ke tepi sebab dia nak naik sama dan kawan saya takmo berganjak..hahaha lawak tul la Lan tu.. akhirnya kawan saya terpaksa berganjak dan biarkan dia masuk. Bisinglah kami dalam kereta tak bagi dia masuk dan cakap nak kena caj RM50. Saya sempat tanya citer apa? "Gila Baby" katanya...entah betul entah tidak..Tapi, alahai bukan nak tumpang keluar pun, depan sket jah dalam 50 m dia buat lawak ngan Beto Khusairi kat medan letak kereta lalu keluar dari kereta saya sambil cakap ni bini no 1, ni bini no.2 dan tu bini no.3 kat kami bertiga kat Beto...hahahhaha...bodoh betul. Si Kabir Bhatia cuma sengih2.  Selepas beberapa minit baru kami boleh berlalu.

Yang menyampahnya cuma 1, time nak balik dorang suka suki hadang jalan ngan kon polis dan divert ke jalan lain yg lebih jauh, banyak bumper dan lecak..haish! Muncung la saya sambil drive sambil kru2 kat khemah tu nampak yang kita tak suka "gangguan" komersil tu...harap esok dorang dah habis shooting.

Wednesday, February 06, 2013

Urusan TH saya...


Bulan lepas saya ke Pejabat TH SA sebab nak buat buku akaun baru menggantikan buku akaun yang hilang dalam rompakan pecah kereta awal bulan. Sebelum tu saya ke Imigresen, disebabkan nombor giliran yang saya dapat adalah besar i.e. ada 60 orang sebelum saya, maka saya memutuskan untuk ke TH. Masih awal pagi..tentu dapat selesai cepat telah saya.

Di TH saya diberi borang buku hilang oleh polis bantuan kat kauter nombor. Nombor saya tak lama, ada kira2 5-6 orang sebelum giliran saya. Leceh juga nak mengisi borang yang panjang lebar tu, hati saya sedikit risau kalau2 nombor saya di Imigresen di aras 2 PKNS SA terlepas. Setelah menunggu sekitar 20-30 minit nombor saya pun dipanggil.

Lama bangat seh berurusan di kaunter TH ni..saya cuma nak buat buku baru dan check status daftar haji yang saya buat online seminggu sebelum. Banyak saya baca komen urusan kaunter TH macam ciput khinzir. Tapi entah mengapa urusan saya yang agak lama tu terasa sangat “mengujakan”. Kenapa? Sebab pegawai kaunter tu sempat tanya boleh propose saya apa tidak? Dan beliau siap ajak keluar minum hujung minggu nanti.. Separuh terkejut saya pun, aaa??? Sambil tersengih2 “malu” lalu bertanya “Siapa? Ada calon ke?” Sebab org tu nampak agak matang waimo dia agak smart..muahaha. Maka berlangsunglah acara taaruf, peribadi dan latar belakang saya termasuk bilangan adik beradik, anak ke berapa etc..ditanya dengan bijaksananya oleh beliau. Nombor telefon disalin dan status diri dicatat pada sehelai borang ringkas yang saya tak pasti untuk apa? Hermmm…terlebih peramah kah saya? Agak comel ke saya (Cak! saya tau saya mmg comel walaupun dah tua…kehkehkeh).

Dalam pada ditaaruf itu tetiba saya terasa ada seseorang di belakang hingga buat saya berpaling, lalu ternampak sorang makcik tersengih2 intai muka saya dari belakang. Pelik sungguh rasa hati ini dikala itu. Setelah selesai urusan, saya mengucapkan terima kasih dan beliau berkali2 ajak jumpa di hujung minggu yang free. Waktu saya berlalu saya perasan sungguh ramai orang sedang menunggu di kerusi2 yang tersedia. Hoho…jangan salahkan saya mengapa urusan kaunter TH cam ciput khinzir, kerana pegawai kaunternya sempat berborak, mengorat dan ajak pelanggan comel dating…hihihi..kembali ke Imigresen nombor saya dah lepas! Alamaknya saya terpaksa ambil nombor baru dan menunggu lagi. Nasib baik tempoh menunggu Imigresen dan urusan saya di kaunter Imigresen hari tu cepat. Seminggu kemudian saya dapat call dan sms ajak dating!...beberapa minggu kemudian saya tolak ajakannya dengan sopannya kerana saya takut saya tersalah langkah lagi. Tapi saya izinkan beliau berhubung dan selebihnya saya serahkan pada Allah.

Selari dengan pertambahan usia dan kematangan, pandangan saya tentang cinta dan kawen telah berubah 360 darjah. Ini bukan zaman saya keluar bersosial dating tanpa hala tuju. Ini bukan lagi zaman saya dimanja2 dan diperhatikan god father yang berpoket ketat, Eh?!…saya mencari imam yang boleh membimbing dan menemani saya ke jalan yang benar dan halal. Setiap orang punya hak untuk berbahagia, saya juga….wallahuaklam.