Ketik

Friday, June 29, 2012

Aku terpaku di sini

Woohoo...now m keudara di kenny rogers roaster sunway the mall. International Postharvest Symposium dah selesai siang tadi..now m stranded kat legend hotel. Nak cancel malam ni nyer booking dah tak buleh coz dah bayar. Caish! Kalo ada seseorang ambik ronda2 or teman makan2 kan seronok..Daryl pulak keluar ngan Dr. Hafsah malam ni.

line tenet putus2 tak seronok takleh nak hapdek bebanyak...neway esok check out, balik rumah...


Saturday, June 23, 2012

Saya balik....

Halo3x...saya ke-sesawang maya di BNE international departure airport now! Fuh..penat travel dr Gatton dgn Greyhound bus jam 5.55pm-8.30pm td..pening2 nak muntah atas bus pun ada sebab penat emosi bb hari ni.

Bawak 2 beg timbang kat umah exit baggage satu2 ca.22kg...tup2 timbang kat counter check-in cuma 11.5 kg satu caish! Konon tanak declair satu beg lagi sb takut kna denda, dah kurang kg konon nak tambah barang masuk..dah timbang beg pack computer n dslr dulu. Tapi org tu tak bagi daa...dia kata takleh bawak 2 beg kat atas (padahal ada jer org bawak) so sy terpaksa dgn muka kelat timbang dua2 beg tu dah jadi lebih 5 kg daa...so reluctant kalo kena membayar bukannya murah kalo kat counter...sekali dia kata "no2x you don't have to pay, you can bring your laptop beg" Yeaayyy!!!! kus semangat..dlm situasi serba ekonomi ni tak sudi nak membelanja paksa lagi..

Padahal bag laptop pun berat amat hadui sengal belakang gua pikul..Eh BTW tadi nampak Daryl tgh check-in..mana dia ni? Cari2 nampak pulak kat mana2? Huu...propesor pun naik kelas ekonomi jerk tau, insaf saya sebentar :P

Emosi saya sgt tidak enak, sedih, bersalah, merelakan dll sebab sy telah membuat seseorang upset...hmm sebelum ni saya sering dikenakan org, kali ni saya yang mengenakan. Alangkah perit perasaan ini. Beberapa kali saya termenangis..haish kalo dipikirkan buat apa nak nangis saya bukan bersalah pun, cuma mis-communication. Agaknya sb tgh PMS maka berganda2x kesyahduan saya itew..huhu..

Apapun saya nak balik KL nak concentrate on conference dan nak rehatkan mental, fizikal, rohani sekejap. Saya perlukan sedikit rehat setelah teralu fokus pada kerja sejak ca. 2 tahun ni..re-freshing and recharge supaya esok kerja lebih bermutu unggul dan terbilang..hehe.

1 jam lagi mau boarding..take off kul 11.45pm...kepala saya agak sakit sejak kebelakangan ni..sebab spek skng dah tak sesuai. Dah ca. 5 tahun tak bertukar..cadangnya nak pakai contact lense la pulak sebab mata saya yang bundar dan cantik ini * hahaha...sudah agak juling sebelah yang sebelah kirinya dan menjadi agak sepet tidak cantik lagi :P...plus saya kurang selesa border (bingkai) yang menyekat pandangan saya untuk menikmati keindahan alamjadi yang indah ini. Kalau boleh saya nak spek baru bingkai putih yang sebesar alam macam Betty La Fea tu..baru tak annoying dgn bingkainya..tapi makin pelik saya di mata anda dan rakan2 nanti..kan??

Wokey..saya nak menikmati sekitar pula dengan melihat orang2 banyak kat dewan berlepas ni..maklum saya kat Gatton tak jumpa ramai org bosan gila..kesian saya..haish!

Cau cin cau!..doakan penerbangan saya selamat pergi dan kembali. Riang ceria bertemu keluarga tercinta melepas lelah barang sebentar...Semoga anda juga begitu..aminn

Thursday, June 21, 2012

Alhamdulillah....

Eiiy..beruntungnya kawan2 ku kat LGM yang nak gi sambung belajar oversea skang....LGM dah support untuk buat english course kat uni diapply memasing..hmmm, anyway Alhamdulillah tumpang senang. Zaman ai dulu berabis RM3k ++ kat Malaysia. Dah amik kat sini org perli2 dan mengungkit pule...hmmm. Examiner pulak jahat, bila nampak muka kita ulang dia kata "oh you"..tup2 kuar result sama jer band ngan yg lepas waimo dah buat jauh habis baik..uh! Dewan exam pulak besar luas hingga hampir 100 org satu2 dewan..pastu bising kasut penjaga exam pulak keletup-keletap2 time org tgh exam, mutu audio tahap D..Dah la mahal, tiap tahun naik price..

Emm jauh beza waktu amik kat sini, sb examiner mat salleh tader la dia expect kita speaking prang2 macam native speaker, pastu sgt helpful. Bilik exam cuma muat 10 org setiap bilik dan mutu audio tip-top kelas A+. Boleh book exam lebih dr 1 kali tapi boleh claim balik kalo exam 1st dah lepas..maklum la sini pun ramai gak..dr segenap uni di negeri QLD berpusat di situ selain satu lg di city...so sistem booking exam harus bersuku kata advance. Bukti berkesan nya ha time kat Malasyia ai cuma mampu dapat 6.5, dapat jugak...tapi writing yang tak lepas..kat sini berjaya dapat 7.5 hihi..cukupla bg org yang kurang pandai macam ai ni..dr keseluruhan band 9. Tapi toksah besar hati dan pandang rendah org yg dpt band rendah kalo dapat band tinggi2..sebab bukan menjamin kita dapat tulis thesis dgn lancarnya. Scientifik writing dengan academic writing bak stratosphera dgn litosphera hihhii...lagipun IELTS tu memerlukan SKILL sebenarnya bukan KNOWLEDGE..muktamad! 

Skang pula dah ramai mai OZ..baguslah, nanti dlm rekod tader la ai sorang berkelulusan Australia hihik..terasing jerk rasa bila semua yg lain UK, US, Canada bla3x..

Wednesday, June 20, 2012

Its bother me like hell

Youn..sudah Rabu..3 hari lagi mau terbang pulang. But seriously my head quite messy of thinking what kind of attire should I practise for this coming meeting. This shouldn't bother me like hell. Padahal banyak jer baju2 kurung n kemeja+pants kat rumah nun..4 years of not having such a formal event makes me feel awkward and totally have no ideas of formal attire lalala..kat sini formal tak formal sentiasa berjeans dan T-shirt+jumper+snickers :p. Daryl pun selalu berseluar pendek+ sneakers jerk..wonder how our people make face when an overseas especially mat salleh professor datang bagi lecture..macam kat kursus genomik kat UIAM dulu lols!

Am thinking of having baju kurung during my presentation day and the rest just pants and blouses..and jeans for technical tour. Unfortunately am also didn't have such a suitable blouses at al! Satni beli satu kat Target $18.11..ritu beli wedges and ankle boots...haioyooo excess baggage sudah! Plus nak pakai boots kat KL teramatlah tak sesuai, sebab cuaca kita yang panas. Well...I plan to shop new collection of baju kurung + tudung, apa eh fashion terkini??? Hana Tajima?? No no no way...am not into that kind of serebeh sana sini, takes time untuk pasang plus acaner nak pasang tanggal bila nak solat? Buang masa hiks! Kalau boleh main sauk jah but make sure comang laa..huhu.

Kata Kak Gem, jangan pakai baju kurung pakai dress n cardigan jer mcm yang I selalu pakai kalo berjangok sket time jejalan hihi..Tapi eh! Nak cari calon kan? Ermmm pakai ayu mayu lah skit..kata dia..sigh! Belum campur dia suruh aku pi suntik2 dan masuk weight management program muahahaha..indeed I plan to join gym when I go back later..insyaAllah, bukan nak pancing laki tapi demi kesihatan hehehe..

BTW...Err untuk dapat laki outlook kena tip top eh? Rupalistik betul la mereka neh! :p...kalau sendiri boroi, botak, merokok, pakai jeans sebulan tak basuh, undies rini pakai elok esok terbalikkan acaner?! Hahaa..semak. Lagi pun kan kat conference tu majority org2 education aka scientist yang muka pun ala2 nerd je belaka, dan sy tak suka lelaki nerd (bukan mcm dolu2..muahahaa). Biasanya golongan ni, dah masuk 40-50 baru nak pandai jadi gila2..kalau 30 kebawah kebanyakkan pemalu...*termasuk saya..tapi saya belum kategori 40, lambat lagi ...heeee

Hmm..watever lah..pakai jer la apa pun nanti. Majority participant pun foreigner apa dorang kisah Melayu ke tak melayu ke janji menutup aurat sudah..yer dak? Anyway seluar merah dah ada... kih kih kih

Saturday, June 16, 2012

Saya jadi mekanik


Assalamualaikum chenta!

Rini telah mencapai sesuatu..apa tu? Tadi sekitar kul 10am nak mai opis kete tetiba takleh start...humm bateri kong lagi lah ni, ritu dah charge pastu lampu belakang masih nyala2 so gi check kat RACQ bateri 100% good..gi check ultratune bateri 100% good juga dan dorang suruh gi auto electrical..gangguan electric connection katanya, tetiba pomen ganti regulator habis sekitar $80..pastu masih nyala2 jua..lepas kira2 3 minggu takleh start, sib baik kat umah kan...kalo kat mana2 haru gua nak cari sapa? RACQ dah tak sambung pasai nak balik dah, kalo panggil dorang harus terbang ratusan dolar.

So, pinjamlah kete hosmet gi beli bateri baru la senang citer...sib baik kedai bukak rini...biarlah berabis sikit asal tak menyusahkan kendian hari. Mula2 call2 kawan tak berangkat2, call kat phone bini dia pun tak berangkat konon nak pinjam spanar...jiran lelaki pun haram nak datang jenguk. Dah gi kedai tak tau pulak nak beli bateri mana? Balik lagi konon nak bukak dan bawa bateri tapi spanar pula tak fix..so capture product code ngan BB dan bawa ke kedai..sambil beli spanar baru saiz 8..balik rumah spanar tak fix lagi! Gi lagi kedai...kali ni jalan kaki jer sebab payah nak dapat parking, kang bazir minyak kete orang kalo pinjam lagi..nak kena pusing2 cari parking. Sib baik sekitar 1 km jah :)

So pulangkan balik spanar tadi, ganti spanar baru saiz 10, dapat balik 90 sen! hihi...haram sungguh bateri tu kata warranty 3 taun tapi baru nak masuk 2 tahun dah kojol. So skang beli bateri yg warranty 2 taun jer lebih murah lagi pun kete tu nak dipakai untuk kurang lebih 3 bulan jer lagi.

Makanya saya telah membuat pencapaian baru harini...berjaya menjadi mekanik tanpa bantuan sesiapa..biarpun cuma mengganti bateri hihi...banyak mana pempuan sanggup kotorkan tangan ngan minyak hitam buat benda2 tu? Saya lah antaranya..:), remember I said before that the most issues I hate to deal with ialah maintenance kereta.

Begitulah nang adonya..hidup merantau sorang diri begini lah...independent segala segi dan multitasking segala perkara..Kat Malaysia tak pernah buat menda2 camni...Alhamdulillah, I manage to do it.



Wednesday, June 13, 2012

Tak cukup masa

Assalamualaikum...

Weeee! Anda yang rindukan saya??

Ermmm, kalau menulis blog atau update status fb atau twitter musti kena tampilkan imej ceria..walaupun banyak kadang "bergossip" juga sengsorang kat twitter :p

Neway, tersangatlah bz la ni...tak cukup kaki tangan kepala dan otak untuk dikerah menyelesaikan semua tasks semasa. Slide conference dah cantik practise 2 kali, tup2 disuruh tukar topik/cerita..hmmm, paper semestinya sudah bertukar cerita juga. As usual am not happy to put the other 2 names and he said people already expected, but its up to you..grrrr... Belum termasuk para chapters yang juga bertukar sana sini.

Well, slowly and smartly I will manage and settle all these things. InsyaAllah..

Sambil tak sabar nak jejak bumi Malaysia tak lama lagi :)..I already missed everybody..my nephews and nieces, my family...hurmm, ada kah yang merindui saya? Takder....

Wokeh! Saya mahu sambung perjuangan....wassalam..

Wednesday, June 06, 2012

Aku tensi

Well agak lama tak update blog kan? Sebenarnya tengah tensi nih, Chapter 5 dah datang balik hasil komen Daryl. Yang paling memeningkan dulu time kita discuss result dia suh A, skang bila dah diterjemahkan dalam thesis dia mintak B pulak! Aghhhhh...nak kena re-analyse data tu yang bengang. SAS software new version belum pandai guna..time2 ni la dia nak upgrade version pown. Bila nak guna server tak recognise la memacam haish!

Dulu dia kata graph kalo tak significant combine treatment jadi 1 line, tak kira la banyak mana trtmt kita ada..skang dia cakap what are you talking about?? This only have 1 line, you should present your details data so that the reader can understand. Hmmmm...

Bila kita argue dia akan cakap "its your thesis..you can listen to ur advisor but doesn't need to follow them"..humangai..time lain pulak bila kita tak ikut/dgr cakap dia akan kata "I'm more experienced than you, can you please stop talking to much and just accept/listen to me?"....arggghhhhhh!!!

Dengan suhu sejuk musim salju yang buat tulang sengal segala nih, buat saya makin tensi..3 bulan lagi, sempat ke idok nih?????

I'm freaking worried :(

Saturday, June 02, 2012

Masterchef Gatton

Wii!....Assalamualaikum chenta2ku sekelian..rini saya tak ke mana2 rehat di ujung minggu katanya, sebab minggu lepas dah shopping yehaaa! Beli Levi's satu dapat free satu katanya muahaha + jeans esprit..esprit lagi..yer la sekali sekala menghiburkan hati sendiri apa salahnye..murah plak tu..Jean levi's tu $59 dapat 2, Esprit, berapa yer? lupa dah tapi sekitar $20+ je lah..ermm kat KL jeans levi's @ esprit sekitar RM100-300 kan...haaaa...tak lupa leather boots nak pakai untuk International meeting nanti..takder baju dan kasut dah, 4 tahun berkelana ke sini sumer tu dah tak dipakai lama, asek pakai T-shirt and jeans lusuh ngan hiking shoes jerk..hiiii. Nampaknya 1 unit kontena bakal menyusul sekali lagi sebelum balik hehehe..

Wokey, semalam ptg rancak bebenor dok sembang ngan Mummysayang kamu kat twitter..topik makan! hahhahaha..so setelah mengembara ke website2 restoran fofular*katanya sekitar KL, dapatlah saya cedok idea untuk masak dinner kemaren..plus campur ilmu dr Masterchef Australia yg dok hadap tiap2 malam jam 7 kat TV ten..maka inilah hasilnya..:)


Ni brokoli dan fennel masak belacan..wii...sedap rupanya brokoli bila distir fry ngan belacan n smash garlic ni...smash jer garlic tu takyah susah2 nak tumbuk ke blend ke hapa..saya anti tumbuk menumbuk lesung ni, penattttt...haha, kalau kat kg, bila bab tumbuk menumbuk ni serah ke dak halusmanis ni..sebab dia tak reti masak tugas dia lah jadinya tu..huh! Malu jadi bini org tak reti masak hoho..


Okeng, ni pula itek panggang, main course..sedap woo itek ni rupanya, sepanjang hidup ni rasanya kurang dr 5 kali makan itek..tak suka sebab hanyir. Tak sangka itek Australia tak hanyir! Tapi mahal sket lah dari ayam. Kalo ayam ~$6/kg, itek ni ~$10/kg..so sekor sekitar $20. Ni pun pengaruh Masterchef, sebab dorang selalu masak itek..sib baik ada itek halal kat Coles hiii...Alhamdulillah. Itek ni bahagian dada, jangan buang kulit dia pasal tang kulit tu lah sedap dia. Marinated ngan fennel + cumin seed+garam+kunyit+serbuk paprika+black paper pastu goreng minyak skit dgn olive oil sampai kulit dia ranggup, isi jgn overcook nanti tak sedap..angkat time isi dia ala2 pink gituh, slurrpp! Hahaha..mentang2 belajar kat Masterchef :p. Dah sudah masak potong nipis2 pastu siram ngan gravy dia. Gravy tu saya guna hoisin sauce+smash garlic+chili/tomato paste+cili besar hijau. Masak sampai cili tu ala2 layu jer..prinsip dia sini fresh food..gituu hehe. Tak lupa hiasannya..ehh..hiasan haruslah bila indah di mata baru indah dirasa kan? Macam nak pilih jodoh/kekasih gak la, pertama sekali mesti tertarik ngan rupa yer dok? wiiiii bohong kalo kata tak..so, hias dia ngan hirisan apple dan shallot.


Baiklah, dinner kita tak lengkap kalo tadak entrĂ©e (ontre-sebut dia)..eh! pehal pulak entree last ni? heheh..ermm takper, kita perut melayu tibai je sekaligus, bukan reti nak sabar makan satu2 hihihi..So entree ni salad sebenarnya, kalo kat kg senor saya panggil kerabu, tapi sebab kat Oz saya panggil saallaaaddd...muahahaa! So salad ni terdiri daripada carrot+fennel stalk+chili ijau tadi+epal hiris nipis memanjang..hurmm..bahan basic dinner kemaren sebenarnya sama jerk, cuma cara masak lain2..jimattt...keh keh keh..so semua hirisan tadi ditambah olive oil, sos ikan (nampla), sesame seeds, dried shrimp dan gorengan kacang tanah left over dalam pantry (gobok)..nak masam sket taruk juice lemon/limau nipis..beli jer yng dlm botol kat Coles. Ni sebenarnya ganti kerabu mangga, sebab mangga takder, so salad ni jadi invention test :)

Haa..membuka selera ke tak? Jemput makan yer...

Adios!