Ketik

Thursday, March 31, 2011

Cinta dah basi



Bila kita kata:

"Dulu you selalu suka sembang ngan I kan? Tapi sekarang tidak lagi..."

"Dulu you suka gaduh ngan I kan? Tapi sekarang tiada lagi..."

Dan dia pun kata:

"I selalu bz, dan I sudah malas kalau gaduh2 or bertengkar lagi" ....

Deessupp dalam minda kita akan timbul bermacam2 andaian.

Kita pun terpikir:

"a.k.a you dah tak sayang I kan?.." @

"baiklah...I takmo dah kacau2 you lagi, you bz takde masa" @

"Ok..tapi you mesti dah ada orang lain nih" @

"Huhu..you dah bosan dan jemu ngan I yer..."

dan memacam lagi.

Tapi sebenarnya kita sama2 sedar dan bermonolog sendiri tanpa mahu bicara dengan nya kerana takut dia kecil hati atau salah faham.

Kita bisik2 sendiri:

"Yang, sedar tak itulah yang buat kita dua dekat?"

"Yang, dulu itulah yang excitingnya tentang hubungan kita"

bla100x...

Ya! Pernah dengar tak kata pakar...cinta dan rasa kasih sayang hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.

Selebihnya hanya nafsu dan tanggungjawab...

Wah!! Takutnye kalo cenggini kan..so macamana nak suburkan dan bajai balik cinta dan kasih sayang tu?

Bergantung kepada daya kreativiti kita ya tuan2 dan puan2. Kita jangan cepat mengalah atau menyerah. Kita jangan cepat berundur selagi mampu, kita cuba apply kejutan2 baru buat dia..

Cewwaah demi cinta kan ku korbankan segala. Tapi yang nak kreatif itu yang sulit ya? Mari kita fikirkan.

Quote:

I would rather fight with you then make love to anyone else

Wednesday, March 30, 2011

Kerja siapa?

Semalam kecoh 2 kawan sms msg yang bunyi gini

"Assalamualaikum. tlg jgn delete, sms ini dari ibu said (juru kunci mekah) ia bmimpi btemu Muhammad Rasulullah s.a.w. Dlm mimpi itu baginda bpesan kuatkan akidah dalam ibadah krn dunia sudah goyah dan tua jgn tinggalkan solat setiap waktu. Tlg sebarkan sms ini ke 20 muslim, InsyaAllah Dlm masa 10 hari, anda akn dpt rezeki bsr dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada henti2nya. Demi Allah terbukti"

Banyak sangat yer email dan sms berantai yang seolah berbunyi islamik tapi hakikatnya menyekutukan Allah dan mempergunakan Rasul begini.
Kalau di pejabat2 akan ada yang dengan rasa "tanggungjawabnya" men-fotostat dan menyebarkannya merata2. Tak kira lagi surat layang yang berterbangan melayang ke mana2.

Kepada individu yang mereka rantaian sms/surat begini...apakah ini guruan? Berpada2 lah dalam bergurau yer..dan kita juga hendaklah jangan terpedaya dengan guruan tak bijak begini yer kengkawan.

Ingat dosa syirik itu, ibadah kita tidak diterima selama 40 hari. Tergolong ke dalam golongan menyekutukan Allah juga. Nauzubillahiminzalik.

Jelas penipuannya kerana siapa itu ibu Said? Kita tak kenal dan tak tau. Penjaga kunci Mekah? Kunci apa? kaabah? Masjidil haram? atau apa? Bukan wenang2 orang juga yang boleh mimpikan rasul. Kita juga memang tahu ibadah kita perlu tomakninah dan berakidah. Kita juga memang tahu dunia makin tua dan goyah...setua dan segoyahnya kita mengikut peredaran masa.

Jelas surat berantai, apabila disuruh sebar..ditakutkan pula nasib buruk baik dalam jangkamasa tertentu.

Ingat yer kengkawan...buruk baik nasib kita, rezeki kita dan semuanya atas usaha kita dan tawwakaltualallah...bukan dengan menyebarkan msg berantai berkenaan.

Wallahuaklam..semoga kita semua dilindungi-Nya dari permainan syaitan..amiiinnn

Tuesday, March 29, 2011

Misteri? Psiko? or Sesat??

Assalamualaikum...ada orang tak? haha..macam dah lama blog ni menyepi. Sejak tukar nama..hanya sahabat dekat dan para blogger yang ter-jejak jer yang tau.

Urmm bercakap pasal tukar url nih..dah lama, sangat lama sejak aku berhijrah ke oz ni aku dah tak pernah dapat sms2 misteri lagi. Sehinggalah pada pertengahan bulan March ni. Tetiba sms2 misteri kembali menyapa ke phone no. maxis aku. Hehe..makluman, no maxis aku tetap active yea sebab aku beli 365 hari tuh.

Neway, balik citer sms misteri. Aku dapat 9 sms misteri dan 3 call misteri dari sesapa ntah ajak "laki" aku maen takraw. Huhu..selama 11 hari dia dok cari "laki" aku kat no. aku...kesahnya. Logiknya, kalau dia kawan "laki" aku for sure dlm masa 11 hari tu dia jumpa live ngan "laki" aku kan? Takleh ajak mulut ker? Pesal sebuk cari kat no. bini kawan dia pula kan? Siap call2 lagi. Bila diangkat tak sempat hello2 dia putuskan talian. Psiko orang neh..

Aku siap suh adik aku siasat dr Kedah, dia tak layan pulak call adik aku..tapi call aku balik. Hentahlah..Aku dok suspect sorang jer, mana taukan bila dah tak dapat baca blog aku lagi dia mungkin menyamar lagi nak contact2 aku lagi. Tapi tak baek kan prasangka..mungkin bukan dia. Adik aku pun cakap suara bukan dia.

Ermmm Dulu masa kat tanahair aku selalu dapat sms misteri cenggini. Bukan 1 bukan 2, tapi puluh2 nombor entah dari sapa pun aku tak tau. Memalam miss call kejutkan aku dari tidur. Aku ni pulak jenis kuss semangat. Terkejut dering phone saja aku berdebar bagai nak tercabut jantung. Bila aku call/sms balik tanya siapa, boleh dia kata kawan dia main2 ngan nombor dia dan bukan dia punya kerja. Hummm boleh ya bagi kawan memain phone..kalau anak buah ke adik kecik ker, anak ke logik gak..Yuhu! Kantoi..

Antara banyak2 tu ada gaklah junior staf kat tempat kerja. Nak usik2 or nak memain agaknya? Maklumlah pegawai yang comel, cun lagi anggun ni single mingle haks3x..Camane aku tau staff kat tempat kerja? Sebabnya bila aku call balik dari public phone tanya "ni kat mana?" dia jawab tempat kerja kita..hahaha kantoi..

Ummm rajin jugak aku gi layan siasat psiko yer? Dulu2 lar..masa aku tak sebok..masa aku muda bergetah lagi..ngeee. Bila dah banyak sangat, aku pun malas dah layan. Memacam hal. Ada tu sms mintak tolong hantar gi spital sebab sakit sangat. Aku yang outstation mintak adik aku call balik si anu kalau boleh tolong ker apa yang patut...see baik hati sungguh aku walaupun tak tau sapa. Maklum orang dah sakit macam nak mati kan...kesahnyer..bila adik aku call/sms dia tak reply. Siot tol hantu psiko...harhar!

Dan smses/calls misteri tu berlanjutan hinggalah aku dah dekat nak mai sini. Bila dah mai sini aman hidup aku 2 tahun. Then tetiba bila aku tukar url blog muncul balik. Eh! Ada kaitan ker? Hiks..aku agak jer kalau betul hamba Allah itu pun terlibat. Sebab tanpa aku sedari dia follow blog aku dan post komen2 anon. Aku cuma beragak2 sendiri jer base on firasat kesamaan nahu dan ayat semasa kita kenal dulu2. Aku berterima kasih atas rasa keprihatinan dia dan wish2 good luck dia walaupun dia muncul sebagai anon jer. Hinggalah aku maklum dia adalah dia sebulan yang lepas. Kalau betul dia yang psiko kat no. maxis aku, aku kesian jugek..tapi apa nak ku kata lagi.

Tapi kalau bukan dia, mungkin ada yang antaranya memang panggilan sesat. Tapi anehnya orang kita bila buat panggilan sesat takut nak ngaku. Kat sini, kadang2 ada gak panggilan sesat, tapi mereka say sorry dan cakap salah nombor. Walau apa pun, kejadian sesat kat sini tak sehebat mana. Mungkin kah disebabkan no. phone di negara kita no. recyle makanya kejadian ni sangat "bermaharajalela"..kalau yang sopan okey. Bila tak sopan dan psiko ni yang tak bestnyer.

Tapi aku tukar url blog bukan kerana mau menghapus jejak diri dari dia. Ada sebab lain yang lebih kritikal yang membawa salah faham dan sengketa umat..ceeewah. Lebih baiklah blog aku tidak dibaca dan disalah erti lagi..yer kan?

Akhir kata..aku rasa cam tak cukup masa free untuk berblog sekarang..mungkin entry aku makin berkurang untuk masa terdekat ni :)

Adios!

Friday, March 25, 2011

Hitler versi melayu

Hahaha...memacam idea demo neh =P

Pengajaran jugak ni..supaya berhati2 berkawan. Hari ini dia mungkin kawan baik kita sebab ada matlamat disebaliknya. Esok hari dia menjadi musuh kita pula sebab matlamat tadi tidak tercapai. Bukan sekadar balas dendam bisness puluhan juta kemudian libatkan politik, keagamaan dan moral seperti yang disajikan kepada kita hari ini. Tetapi juga dalam kehidupan seharian kita.

Apabila hati sudah diresapi dendam dan benci, terjadilah sketsa jatuh menjatuhkan begini. Tidak dapat cara baik, cara "bijak" yang tak berapa bijak akan digunakan. Tidak kira individu berkenaan somebody or orang besar or doctorate degree holder sekalipun...sekali kita tersilap langkah, selamanya busuk terpalit merata..nauzubillahiminzalik.

Mohon dilindungi Allah dari tersilap langkah dan penyakit hati. Mohon diampuni-Nya dari segala ketelanjuran kata dan perbuatan..aminnnn



Curi masa

Ermm...nampaknya Maya sangat sibuk sampai tak sempat nak corat coret di safarihati ya...ehehe, rindu tak?

Sebenarnya tuan tanah sedang sangat pusing dengan Chapter 3 thesis nya. Baru konon berura2 nak submit Chapter 4. Semalam dapat balik Chapter 3 yang dah direview oleh advisors baru. Nak tau apa outcomenya?

Its totally different beb..cara tulis dan format dia. Sebelum ni aku dok ikut style main sv lama yang sangat detail intro, materials & methods dan jimatkan segala space yang ada sekedekut tangkai jeringnya =P

Tetiba advisories baru mau aku tulis cam format journal paper, intro cukup sekadar tak lebih dr 2 pages, graf sebesar2 1 page, dan treatment list dalam bentuk bullet!

Maksudnya aku sekarang harus berhempas pulas memendekkan intro yg setebal 6 pages tu jadi 2 pages jer..pastu treatment list kena buat dlm table bla3x....

Hawaya..kena export balik intro tu ke Lit. Review la ni.

Waduh!! makin gawat dan sulit jadinya nich....tapi takpa, jangan repot2 dulu, karena format terkini ni jauh lebih simple dan lebih mudah...horraayyy!

Okey...mau kembali ke desktop...

Adios!

Ironi:

1. Katakan TIDAK kepada politik lucah
2. Elaun tak masuk lagi...huwaaa!!

Tuesday, March 22, 2011

Mengidam vs Bernafsu


Kemaren sangat mengidam nak makan ayam penyet..apalagi maka seawal jam 5 balik menonong ke Coles beli halia. Barang2 lain semua dah ada dah. Biarpun dok oversea, tapi lemari dapur akanq penuh serbamakneko barang. dari budu, belacan, petai sampai lempok, hihi...


Ayam penyet ni hidangan ayam goreng rempah yang sangat lazat lagi merveles dari seberang..tak pernah rasa? Ehe ada jer melambak restoran ayam penyet kat KL tu..tapi dari dok bazir fulus baik buat seniri yer dak? Haa...ni akanq nak sharekan kelazatan hingga kecur liur ni..sesapa berminat nak cuba leh lah jenguk resepi kat Foodaholics sana.


Masih tergiang2 lagi kelazaatan dia, malam ni balik makan lagi hahah..iyalah kan sejak dah turun berat badan dari 65 ke 57 kg sekarang ni, rasa sangat terhutang lemak kalo makan nasi hari2..so akanq makan ayam penyet jerlah kemaren dan malam nanti. Nasi cukup sekali seminggu aje biar ada energi untuk kerja dan study..


Moh kita cuba resepi ayam penyet modified by Maya yer..

Friday, March 18, 2011

Duri dalam daging

Beghak paghok dola..coconh sano coconh sini pah khelonq. De'ngga2 pompam2 de'sut bate aghing sedighi. Pahgok hok anyea ghalik ke'koh. Mutar itek mung sobek sano cikit, demo sobek sini scopeng, pahgok so'yot ghabok nok tapong khelek guano doh?

Wednesday, March 16, 2011

Kuala Lumpur



Morning semua! Hehe..best pulak dengar dan tengok vidoe klip lagu ni.

Tetiba jadi rindu dan melankolik dengan KL dan segala kisah di sana dulu, kini dan selamanya..

Most of my time sebelum datang sini ialah di KL..jadi tak sabar nak balik bersatu dengan hiruk pikuk KL lagi.

Walaupun sini sangatlah aman, tadek jem, orang2 pun free and easy less stress hidup leisurely macam aku describe kat entry bawah tu :)

Benarlah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Owh! Tak sabarnya nak tunggu setahun lagi..

Monday, March 14, 2011

Only in OZ




Ayat kat atas berbunyi "No distinction shall be made based on nationality, race, sex or creed of the prizewinner. However, only living persons are eligible. Ini part of International Cosmos Prizesnya T&C

Hahhahaaa...it's only happen in Oz beb. BTW prize tu from Japan Foundation =P

Beberapa bulan sudah kawan aku isi online form untuk permission enter bangunan. Column last sekali dia minta declaration "prove yourself as a human, not computer generate program" hahahha! caner nak prove diri kita human bila isi borang online nyek?

Hawaya....tak tengok lagi TV commercial break diorang...full of stupid jokes but easy..I liiiookkkeee it! Aussies mmg terkenal dengan layback, easy going dan lawak2 bodoh. Datang lambat tak tepati masa perkara biasa..

Kalau kat tanahair kita dah kena kutuk "janji melayu" kan...huhu melayu jugak yang salah

Boleh tak kalau time nak kawen kita tambah syarat declaration kat borang nikah.."buktikan jantina anda sah atau anda bukan gay" huhu!

Sunday, March 13, 2011

Tsunami...sedap nama tu, tapi tak sedap akibatnya

Assalamaulaikum dan selamat pagi...hee

Bukan tertinggal kapal nak ulas pasal tsunami Jepun neh..saja sebab aku yakin you all dah well aware pasal ni. Banyak jer berita kat news dan kat mana2 url pun dalam dunia cyber kan.

Jepun mmg sangat cantik dan sangat membangun negaranya. Aku pernah jejak kaki ke Water Metropolis Osaka dan Kyoto 2 tahun lepas. Ramai kawan di sana. tapi alhamdulillah setakat ini semuanya selamat dari bencana tsunami dan gempa. Bahagian yang affected cuma area coast Tokyo dan Sendai tetapi merangkumi seluruh pantai menghadap Pasific Ocean.





Well, Tsunami paling ganas, triggered by 8.9 M earthquake, datang without warning..baru jer 2 minggu lepas tgok movie "The day after tommorrow" kat TV. Nah sekarang tengok peristiwa tu yg benar2 berlaku. Memang menakutkan ya, berdiri segala bulu..eh bulu roma jer time nengok air berkelajuan 800 km/h tu menyapu segala objek di perjalanannya.



Bulan lepas gegaran 6. di Cristchurch. Bulan sebelum inland tsunami di QLD. Dalam masa sama pertumpahan darah di Egypt dan Libya. Dunia sebenarnya sudah sangat menghampiri akhir harinya. Takutkah kita? Apa persediaan kita? Kita tidak perlu takut dengan kematian berakibat dari bencana itu sebenarnya. Yang kita harus takutkan adalah persediaan kita menghadapi Dia di hari penentuan. Bekalan kita ke sana masih jauh dari cukup.

BTW, semalam kelas renang kami diajar kaedah menyelamatkan orang dalam bencana air. Kami juga diajar camaner nak response bila diselamatkan. Then akanq juga dah pandai renang, floating, selam dan renang di dasar kolam, kicking jer belum...hoho..sok2 gi Sipadan etc leh sentuh sea urchin or sea cucumber dah ler..hiks. Lagi kalau2 lah berada dalam bencana alam cam banjir insyaAllah boleh selamatkan diri dan yakin boleh selamatkan orang..insyaAllah. Tapi tsunami tak bolehlah..Petang ni mudah2an pandai kicking..tinggal next week jer lagi final class.

Saturday, March 12, 2011

Pengantin Baru





Today is my lil' brother's big day!! Congratulations to them both :) and I'm proud of him to be my only adik manja yang sangat cool. Time dia sms malam sebelum nikah, terasa sayu jer..adik jantanku sudah dewasa =p

Malangnya aku tak dapat nak balik bersama2 meraikan hari bahagia mereka kerana le ni sangat bz ngan kerja. InsyaAllah beberapa bulan lagi selepas selesai Mid Term review boleh jumpa dan serahkan hadiah istimewa. Buat masa sekarang aku hanya mampu menumpangkan tempat untuk mereka memulakan hidup baru jew..

Selamat pengantin baru buat mereka berdua, semoga berbahagia hingga akhir hayat, selamat menempuh hidup baru dengan segala ketabahan dan keimanan..jangan lupa doakan kak cik jugek hihi...aminnn * sedey gaklah tak dapat berkumpul bersama keluarga time2 gini uhuks!


Biggest Family in The World?

Mr Chana dari Indian state of Mizoram dengan 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu.

mansion mereka dengan 100 bilik dan kesemua isteri tidur dalam satu dorm besar. Isteri paling muda berada paling dekat dengan biliknya, yang paling tua tidur paling jauh. Mereka bergilir2 mengunjungi bilik Mr. Chana.

Mereka hidup based on respect and love dan Mr. Chana dikelilingi ahli keluarganya kerana beliau individu terpenting dalam rumah dan keluarga... Amazing!

Mr. Chana ketua persatuan agama dan mengahwini para wanita miskin untuk membela nasib mereka :)

Blog. Blog. Blog...


Hermm...sejak join segment jelajah blog oleh BA ni tetiba banyak pula trafik kat sini heheh..memula rasa kurang selesa juga sebab akan bertambah pengunjung. Perasaan malu masih ada dalam diri..hihi


Sisi bagusnya, ada rasa seronok sebab peluang buat kawan bertambah tambah. Tapi bakal ada constraint sebab tak boleh nak tulis cacamarba, bahasa lintang pukang dan "mencarut" tak tentu huhu.


Sekarang orang cari kualiti pada blog. Cari idea, perkongsian ilmu, pendapat dll...tak macam dulu blog jadi tempat melepaskan segala rasa suka, benci, stress etc (aku pun tak terlepas dulu2).


Memandangkan life kat sini tidaklah semeriah kat tanahair, ada ramai kawan depan mata, keluarga di sisi. Makanya dengan berblog ni sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sunyi dan bosan.

Tapi sayangnya, kesibukan dan masa yang terhad tidak mengizinkan untuk berblog walking dan baca blog2 lain. Sekadar singgah2 kejap, tinggal msg atau tekan button follow rasanya dah memadai hihi...sorry dowh

BTW, thanks friends for being my personel buddy. Especially kawan2 lama dan baru yang sering bertandang ke sini. Without your "support" I may not as realistic as I am. I'm sorry for those I always relate my post to the event and issues around/between us. It doesn't mean that I hate those people, but because they are my guru who came into my life to teach me how to be myself now.

The best lesson triggered me to think and decide for the best solution. Bagaimana untuk bereaksi, untuk tidak terlalu berharap, untuk tidak merasa kecewa dan paling penting untuk menjadi matang dalam berfikir dan menilai.

The hardest things happen in our life are actually the best lessons ever.

Till then, I now believe that I'm not alone :)

Thursday, March 10, 2011

Tulisan-mudah disalah erti


Hoho...benarkah? ada benarnya ada tak benarnya. Sebenarnya banyak dipengaruhi oleh mood orang yang membaca saat dan detik tulisan itu dibacanya.

Kalau baik moodnya, baiklah interpretasinya...

Nak pulak time tu mood tengah tak baik, habislah...niat baik, disangka buruk. Niat bercanda gurau disangka perli/mengena. Niat memuji dikatakan cuba merendahkan. Haish! susah2...

Jadi bagaimana nak berbahasa ya? Zaman sekarang banyak komunikasi melalui medium tulisan pulak tu. Ada blog ni ha, ada sms, ada twitter, ada fb, ada BBM dan segala macam lagi.

Kaedah yang paling jimat ni lah yang memerlukan harga yang tinggi untuk dimengerti. Harga sebuah hubungan, harga sebuah persahabatan, harga sebuah kepercayaan etc...

Hummm..okeylah..cau cin cau...

Jelajah Blog Luar Negara



Aku dok pikir apaaaa lah si Ben ni dok buat ya? Every second update status fb dia pasal blog dia yang konon glamer tu..hahaha..

Pastu aku buat rumusan, oohh..dia cari makan kot blog citernya :), Cool mannn...glamer kah dia? Glamer jugak aku hihi..eceh aku bermadah bahasa jer cuma..Nah..so aku terjah blog dia pagi ni. Tetiba ada slot cumel nih hiks!

Haii...saya tuan rumah safarihati. Saya sekarang study kat Australia dah masuk 2 tahun kat sini as research higher degree (RHD) student dalam bidang plant physiology dan postharvest technology. InsyaAllah tahun depan tamat pengajian. Pengalaman manis? banyak....Pengalaman pahit? banyak....kena baca safarihati, kalau nak citer semua haus =p

Kata2 perangsang? Ya..pi lah jelajah buana, tak kira kemana pun. Lihat lah alam, lihat lah orang, lihat lah dunia...itu pelajaran dan pengalaman yang paling dan sangat bermakna buat hidup kita.

Adois! Salam perantau dari Safarihati

Wednesday, March 09, 2011

Tajuk ?

Yeezzaaa...

Pesal tajuk entry tu "Tajuk?" yer...hahha sebab kalau tulis thesis pun tajuk orang letak last sekali. Aku baru nak mula tulis entry ni so, tajuk kendian =p

Alhamdulillah hari ni dapat bereskan banyak menda. Correction chapter thesis, claim cukai terlebih bayar dan pastinya.............................................

HANTAR REPORT!!!

PA unit sumber manusia minta kul 10.23 am, kul 15.52 pm hari yang sama aku hantar..huhu * "tak hantar report elaun tak masuk, lambat hantar elaun lambat masuk" katanya. Haha..main ugut2 lagi..ada yang liat antar report lah agaknya?

Sangat cekap okey, kat opis dulu aku tidak secekap ini =p. Tu pun sebab aku baru bukak email, kalau aku bukak sejak pagi mau within second jer dorang dah terima. Dulu selalunya beberapa jam sebelum due baru hantar

Haiseh...claim cukai terlebih bayar taun ni ciput jer, tak cecah RM300. Taun lepas lupa nak claim bz punya pasal. Rugi2.... ada rebat baru kat e-filling tu, house installment dan bil langganan internet jalur lebar. Wah, ini sudah bagus..sangat suka suki

Bila pulak Kastam nak aktifkan permohonan dan renew passport online? Nampak dah ada page tu tapi belum boleh guna...cepatlah weh..agak susahati nih, passport expired 7 bulan lagi

Bab duit sapa tak suka kan? Kalo tak suka hulur kat sini meh cepat..hihi...semalam dapat duit bantuan banjir lagi...Alhamdulillah syukur ya Allah. Tengah2 pokai ni murahhh rezeki hamba :)

Eh! Pernah bayangkan tak betapa senangnya urusan hidup zaman sekarang neh. Semua pakai online jer. Ingat lagi dulu, time nak renew roadtax or declair cukai jer or apa saja urusan berkaitan jabatan lain, kita kena amik short leave or bank leave. Pastu kena drive ke pejabat lembaga hasil, or post office or JPJ..kena amik nombor. Silap haribulan dapat nombor ratus2...short leave 2 jam mana cukup kan? Pastu bersesak2 dalam ruang tunggu..phewww!! Sekarang ni tiada alasan lagi ehehe...

Dah nak habis dah tulis ni....

Dan tajuknya? Entah "Tajuk?" lah agaknya... toing!

Adios (sebab moralnya awak pikirlah seniri..hiks!)

* Sambil pikir camana aku nak menjadi salah sorang yang buat duit di sebalik kemudahan jalur lebar ni..hermm blog pun leh wat duit kan :)

Tuesday, March 08, 2011

Kamu tersentuh? Dah ternoda yo??

Hi..."kamu tersentuh" tu refleks to entry cikmek konon perasan comel. "Dah ternoda" tu pulak teringat peristiwa Abai ternoda dengan sentuhan kak Mary kat lengannya...haha! Apa kaitan. At least aku teringat bebudak tu huhu

Kamu tersentuh ya...wah kalau bab tengok orang makan nasi segunung, lauk cuma telur dadar tu perkara biasa bagi aku. Aku pun ada citer nak jadikan lebih lagi pelajaran kepada cikmek dan lain2. Tak perlu tunggu tengok orang lain, tengok kalangan kita pun dah cukup.

Sketsa 1:

Dulu ingat tak, time kita gi lunch kat Bandar Baru Bangi Seksyen 1? Masa tu aku di UKM, Semini di UPM and anda di Kolej mendapa ntah kat Kondo area KL sana tuh. Wah ingat tak time tu kamu adik2 busyuk sekalian mai umah aku reramai.

Aku amik nasi separuh + 1 lauk + 1 sayur + sirap limau;

Semini amik nasi separuh + 1 telur gulai lemak kuning + sirap limau dan

cekmek konon comel...nasi penuh + ayam seketul + lala berketul2 + sayur + fresh oren

Patutlah sejak kecik semini boleh bagi pinjam ma duit setiap putus beras. Walaupun duit belanja sekolah cuma 20 sen sehari dia masih boleh menabung!

Sketsa 2:

Masa aku tengah buat master kat UKM. Duit gaji GRA selalu lambat masuk sampai 2-3 minggu lewat. Selalu muka tebal gi jumpa kerani gaji kat bahagian keewangan UKM supaya proses gaji tepat waktu. Huhu...bila begitu aku selalu kelaparan. Bila dah lapar duit tadak mau beli makan, so aku tidur perut kosong kat surau sambil air mata menitis dan perut berkeroncong...huhu

Pernah aku dan Engku share sebungkus nasi makan tengahari dan pernah jugak kongsi motor sebab nak isi petrol tadak pitis..hihi

Dengan duit gaji RM45 sehari tu lah jugak aku buat bayar yuran master tiap2 semesta, bayar sewa rumah, kirim ke ma kat kampung setiap bulan RM300-400 untuk sekolah adik dan belanja dapur.

Sketsa 3:

Masa aku nak datang kerja RA kat UKM, baru grad 1st degree..manada pitis kan? Ma gadai rantai emasnya dapat RM600 dan ma hulurkan aku RM5 masa petang nak bertolak ke bandar PM bekal pi KL mulakan kerjaya. Dapat gaji pertama aku tebus balik rantai ma.

Sketsa 4:

Ini kisah orang lain pula, bukan kisah aku. Aku pernah ternampak sorang mamat ni kat Restoran Universiti (RU) dekat FST, UKM. Dia tersengih2 cam kerang busuk keluar masuk RU sambil belek2 something kat tangan. Rupanya dia belek2 dan kira2 syiling. Mungkin dia takut tak cukup untuk bayar makanan. Selepas 3-4 kali ulang alik dia akhirnya ambil sepinggan penuh nasi dan kuah sahaja!..dush..aku kesian tapi aku pun miskin time tu..hummm

Renung2kan dan selamat berbelanja dengan berhemah....

Kalau beli nasi ambik lauk satu jenis jer tau bukan berjenis-jenis..muahaha!
Dah ada ikan bakar sekor jangan amik daging kicap dan telur masin lagi, sangat besar nafsu tu...hahaha aduyai

Monday, March 07, 2011

Thesis terlampau

AArrrhhhhh!!!....

Aksi terlampau sudah mali....

Dalam masa 2 minggu aku kena siapkan chapter 3, 1 minggu kemudian Chapter 4 dan 1 minggu berikutnya chapter 5....bunyi macam sedap jer, macam makan kue akoq pasar malam.

Dush! Baru hari ke-4 memulunkan diri, aku sudah pusing2 macam gasing2. Terlalu banyak data dan results dari expetimental sets yang terlalu banyak. Buat aku hilang arah. Mana satu nak guna? Huargh...maximum sebuah thesis cuma ~ 100 pages.

Nampaknya usaha nak mengecilkan skop yang besar lebih sukar dari usaha nak membesarkan skop yang kecil jadi besar.

Apesal aku tader PA yer?? huhu...

Macam makan ikan terubuk bakar plak..banyak tulang, kena belek satu2 dengan penuh sabar. Tapi sedap punya pasal sanggup segala. Begitulah umpamanya kerja nak tulis thesis ni..hehe ada kaitan tak perumpamaan ni?

Okey tuttt....tamat commercial break

Adios!

Sunday, March 06, 2011

Kejong

Tau apa makna gambar kat atas? Bukan sesaja nak tayang tanpa cerita hehe

Hari ni dah masuk hari ke-4 kelas swimming di pool kat Gatton town. Cuma dengan 2 kali kelas aku dah pandai asas2 renang dan jurus2 sakti kaedah menyelamatkan diri di dalam air. 3 kali weekend lagi kompen dah boleh masuk olimpik kata instructor huhu..

Kelas renang wanita sahaja anjuran International Community Lockyer Valley ni diadakan selama 6 minggu. Yang paling bestnya free jer kelas dia, instructor pula professional dari Gold Coast sana dorang mai ajar kami, termasuklah lifeguard GC.

Kelas ni bukan sekadar belajar berenang. Kami turut diajar camana kaedah mengapungkan diri di paras air yang dalam, camana nak apungkan diri andai diserang shark *maklum kat OZ ni kejadian serangan shark sgt biasa berlaku ya adik2 kakak2 sekalian.

Selain tu kami juga diajar camana nak tahan nafas dalam air tanpa tertelan air ke mulut atawa hidung kita. Camner renang ala2 itik atau dolphin etc.

Pendekata, aku yang sebelum ni amat liat kalau kengkawan ajak berendam kat pool sana, sekarang sangat teruja tiap kali weekend datang..hihi. Sebabnya selain jadi pandai berenang aku juga dapat menimba banyak ilmu menyelamatkan diri dalam air.

Dengan itu juga segala otot leher, lengan dan paha aku dah jadi kejong hari ni..hiks

Kelas ni mungkin rentetan dari peristiwa banjir gadang tempohari. Dan lagi, kalau dah jadi OZ wajib pandai berenang ya kengkawan. Sebab aktiviti pantai adalah merupakan aktiviti paling popular kat sini.

Wah!! ini yang buat tak sabar nak menyambung aktiviti seperti di bawah lagi :))


Friday, March 04, 2011

Aku happy

Yeaayyy.....

No more big experimental sets..Setakat ini dah ada 6 chapters, alhamdulillah ya Allah

So within this final year research, aku cuma perlu lengkapkan dan mc-upkan semua chapter yang ada. Tinggal dalam 4-5 experiments lagi sebelum berakhirnya tahun 2011.

Now concentrate ngan persediaan Mid term review next May, siapkan collection data chapter 5 dan tulis chapter 3 & 4. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Doakan aku wahai adik2, wahai kawan2 reality & maya-ty hoho. Aku tahu nih korang selalu intai aku kat sini hahaha.

Apakata mulai sekarang korang yang jadi silent reader tu coret2kan kasi meriah sket blog nih? Kalau tidak sunyi jerk rasa...kesian kat blog aku kan-kan muahaha.

Nak tak aku sebut nama2 korang kasi glamer sket? Kalau nak kasi hint yo heheh

Till then wa chau!

Adios

D' Real Challenge

He came to me and asked me about the vessel's job..

Huhu...yes, it is challenging task that he want me to do it. Kata dia

Then aku kata, I had a bad dreams because of this..ngeee

Dia cakap, I always had a bad dreams during my PhD time

But this is an important data we have to show to the people, and it will be a complete chapter and the most important chapter of my thesis..hummmm

So, kena gi jumpa statistition la fuleks bincang caner nak sort out kepayahan tersebut..huhu

Alangkah bagusnya kalau dapat massage satu badan nih :)

Till then gue mau present part of this so call chapter 4 sat lagi. My new advisory team akan datang tengok jugeks..

yuhu! I can make it...I can complete this bloody task...dan yes! As a PhD student we have to find a way how to overcome and foster the challenge. It's not about doing easy peasy things...grrrrr

And I'll go home ...semestinya :)

Thursday, March 03, 2011

Bau mayat

Korang tau camana bau mayat? Aku pun tatau...hihi

Tapi semalam aku mimpi, bad dream again! Humm penat dah badan aku tak cukup tidur sejak dua menjak neh.

Dalam mimpi aku tu, somebody closed to me meninggal..sebenarnya arwah dah meninggal lama dah kira2 15 tahun yang lalu. Wajahnya cerah bercahaya. Malangnya mayat tak dikebumikan cepat coz konon tunggu anak2 jauh dekat datang terlebih dahulu.

Entah apa sebab, 2 orang yang agak nakal dan suka menyakat arwah semasa hidupnya tak tahan so mereka cuba mengeluarkan mayat dari rumah. Nak kebumikan lah ceritanya. Tapi kat area rumah jer...haish! Misteri sungguh.

Then krn tak dapat dikebumikan mereka mau bakar mayat arwah..astaqfirullahalazim..aku menangis2 merayu supaya jangan buat lagu tu. Aku tatap wajah arwah lagi..tenang walaupun jelas kerut2 di mukanya.

Tetiba bau busuk mayat maha pahit menyumbat rongga nasal aku (aku yakin bukan bau berak dari toilet sebelah bilik), hahaha... saihs! Opps

Dalam aku dok tahan bau busuk hapak pahit hingga membantutkan daya telanan liquid dalam rongga2 nasal dan tekak. Tekak aku kering jadinya.

Tetiba aku tersedar..tengok jam, pukul 3.27am dowh

Huumm aku tatau ler pejadi ngan aku minggu neh. Asyik mimpi buruk. Apa makna mimpi tu pun aku tatau

Badan mmg penat mengira diameter dan luas area vessels, tak cukup tidor plaks uhuks! Sok mau buat presentation lagi :(

Wednesday, March 02, 2011

Seram sey...

Malam tadi selepas program My Kitchen Rule aku masuk ke kamar untuk rest sebab badan, mata dan kepala sakit semua. Hajat hati cuma nak restkan diri sebelum solat Isyak, solat2 sunat taubat dan hajat yang menjadi rutin aku setiap malam.

Sedar tak sedar jam 11 lebih, aku terasa tempurung lutut kedua2 kakiku ngilu, lalu aku cuba meluruskan kaki seberapa daya yang boleh sambil menahan sakit. Mungkin waktu tertidur tadi kakiku dalam posisi membengkok. Hampir 30 minit kemudian baru ngilu di lutut beransur reda. Aku gagahkan diri bangun dari pembaringan, duduk sebentar di katil untuk mendapatkan keseimbangan badan.

Aku ke bilik air mengambil wuduk dan menyempurnakan kewajipan solat yang belum aku selesaikan. Mataku terasa sangat sakit. Kelopak dalam mata sebelah kanan sedikit bengkak. Sepertinya aku mendapat ketumbit. Ada bonjolan kecil di bawah kelopak atas. Aku capai Refresh Plus Carmellose sodium eye drops lalu menitikkan beberapa titis ke kedua2 mataku. Ahh..terasa sedikit segar. Sebelum itu ku sapu balm tiger ke lutut biar lega ngilunya yang masih berbaki.

Ku pandang radio digital alarm clock di atas meja study sebelah katilku. Nombor digital bercahaya merah terlindung di sebalik naskah tebal tafsir al-Quran. Ke alihkan kitab tafsir kesayangan. Sudah jam 12.45am rupanya. Ku "off" punat lampu study. Cuba pejamkan mata, namun sukar sekali untuk lelap. Tiba2 terdengar detik jam tangan Timex dari dalam laci, menandakan waktu sudah merangkak ke 1 pagi. Telingaku menangkap bunyi semburan air freshner, wangian rose menebar ke segenap ruang kamar dan menusuk harum ke rongga nasalku. Tenang.

Tiba2 waktu aku kalihkan badan ke kiri, aku diserang sesuatu. Gelap berbalam2. Aku tidak pasti apakah itu. Lembaga itu terus merentap2 qiult tebalku. Ku tarik kembali namun ia tetap beradu tenaga denganku yang sudah agak lemah dan tidak mampu bergerak. Berbekalkan tenaga yang masih berbaki, aku cuba "on" kan lampu study di sebelahku. Punatnya entah di mana. Aku tarik kabelnya dekat ke badan dan cuba "on" kan lagi. Berkali-kali namun lampu tidak menyala.

Aku gapai BB ku di atas tafsir Quran. Ku tekan2 keypad. Tapi BB tetap tidak aktif. Apa yang dah berlaku. Aku jadi panik. Aku gapai pula naskah tafsir quran sambil mulutku kumat-kamit baca ayatul Qursi tanpa henti. Aku peluk tafsir Quran erat2 ke dada. Aku baca ayat 4 kul. Seingat aku, sebelum tidur tadi aku sudah baca zikir, doa tidur dan ayat 4 kul. Tapi kenapa gangguan ini tetap berlaku? Aku tarik quilt menutupi seluruh badan dan kepala ku. Namun lembaga hitam merentap kuat dari hujung kaki. Sigh! Celaka kamu...bentak aku sendiri. Sambil aku terus-terusan memeluk tafsir Quran dan membaca ayatul Qursi tidak putus2.

Tiba2 badan ku terasa ringan. Aku mengiring lagi ke kiri mengadap meja study. Aku gapai kabel lampu dan tekan punat "on". Eh! Lampu menyala. Aku capai BB ku di atas tafsir Quran. Ku tekan2 password..Eh! BB ku aktif. Aku lihat tafsir Quran terletak elok di atas meja dekat kepalaku.

Laaaa......Rupanya aku mimpi! Hahaha...Haish!!!...penat sungguh beradu tenaga dengan makhluk tadi. Quilt ku juga elok jer menyelimuti badan. Aku belek2 lagi BB tengok jam. Sudah jam 1.30am. Aku baru tertidur kurang lebih setengah jam sahaja.

Kemudian aku terus bermonolog sendirian...apalah kejadahnya mimpi tadi? Sebelum ni aku tak pernah mimpi seram kat rumah baru ni. hampir seminggu tinggal sendirian juga tiada apa2 gangguan. Saihs! Aku biarkan lampu terpasang hinggalah kemudian azan subuh mendayu-dayu kedengaran dari BB comel ku... Haiyo...makanya hari ini sangat letey tak cukup tidur huhu...

Tuesday, March 01, 2011

Am goin CRAZY!!!

How can I manage to count the area and the diameter for that small vessels (dots) in this whole section for total of ~200 sections?????????????

We don't have so called advance software....

I have to count it manually......

This is a crazy job and my SV want me to do this...

AAARRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Am going crazy, am going mad, I wanna scream, and I wanna cry....sob3x!

Now I feel stupid to be "very expert" in hand sectioning :(

Gosh, I wanna do something challenging for my IQ not for something like this...uhuks!

Sesapa mau offer service untuk job ni boleh lah hantar tender...tender dibuka sekarang grrrr =p