Ketik

Friday, December 30, 2011

Doctor Maya in the making..InsyaAllah

Aiseh, 2 kali dapat email mintak jadi session speaker dan section chair kat CMCB 2012 neh..terasa macam dah terer sangat dah pulak (*walhal kemungkinan besar pegawai2 lain pun dapat email sama?).

mmm...mungkin jemputan ni akan valid dalam 2-3 taun lagi, bukan sekarang...sekarang ai belum doctor :)

Dan kalau nak cakap pun, harus topik fisiology sebab molecular akak dah banyak lupa, lama sangat tinggal lebih 10 tahun..ilmu pun tak updated dah

Citer tu beh sangat

Adoi...dah lama tak tengok citer melayu beh berkualiti..ni baru abis tengok episod akhir, terlambat sari dari orang kat Mesia, ye..sebab dpt tgok kat youtube jer..boleh plak nak nanges tengok ending dia..:,(

Patut lah, semalam kat fb dan twitter ramai yang tensi..

Semalam kat twitter Tentang Dhia trending WW 5th place...amboi fenomena lah tu kan....Bagus2, tahniah, jgan hadap sinetron yang ntahapa2 lagi..hiks2x

Paling suka watak Melly, gila best lakonan mek ntot tu...time jadi jahat, gila2.. sngt ri-el. Second watak Dhia, kalo nangis sedih sampai akak ikut sedey dan nanges sama hihi..

Hmmm...drama kehidupan..begitulah adanye...



Tuesday, December 27, 2011

Boxing Day special 2011

Assalamualaikum...

Wah, hari ni dah masuk kerja..tapi tengok sekolah sunyi sepi cuaca pun suram. Plan nak buat trial hari ni. Tapi badan tak berapa sihat dan minda masih mood xmas dan boxing sale..yippiie!!

Bisul besar berdenyut2 kat atas bahu rasa cam demam nih...apakata kita postpone trial ke esok hari..dan sebelum memulakan kerja akak nak bercerita pasal xmas dan boxing day sale :)))

Wah...punya la senyum sampai ghebeh pipi kann...Semalam akak, mak dan Asri adik undergrad berboxing sakan kat CBD. Memandangkan ujung bulan depan dah nak shipping barang2 balik Malaysia, so sekarang tak berminat dah shopping pakaian. Aim sekarang cuma barang2 dapur branded small kitchen appliances. Harga sini sangat berbaloi2 untuk dibeli bukan sebab value dia dlm dolar maka nilainya jadi kecik..akak tetap guna RM gak...hehehe..mana nak cukup kalau guna elaun tu untuk mende2 di luar skop nih :p. Dolar elaun tu wajib simpan untuk belanja sewa rumah, bayar org proof-read thesis etc.

Dan...walaupun guna RM, nilai dia tetap kecik kalau banding ngan price kat Malaysia dan paling penting senang nak cari kat mana2 outlet utama pun ada macam Kmart, Target, Myer dan Harvey Norman. Cer pergi tgok price kat Harvey Norman Ikano tu..kat situ akak selalunya dulu2 mampu tengok jer..hehe..dan kos shipping pun 1 unit (1 m x 1 m x 1 m) cuma ~$ 130 skang nih. Nah....berbaloi kan? Tapi akak tak lah shopping TV plasma flat screen 50' atau BBQ 6 burner mcm kawan2 lain, sbab barang2 tu besar tak mampu nak angkut dan tranfers sendiri..huhu..ni yang sedey nih :,(

Takper kat Ikano tu ada jer BBQ burner sekitar RM900-6K. Hahhaa...takmo kalah nak jugak tu. Dasar materialistik betul. Rumah pun kecik jer :P.

Dan sempena Xmas dan boxing sale sepanjang minggu ni akak dapat deal price yang sangat best giler best!! Slow cooker Sunbeam dari $90 dapat $40, pressure cooker Breville dari $200 dapat $140, Kambrook rice cooker dari $50 dapat $30...nah, total tak sampai pun RM1000. Sangat puashati..alhamdulillah..dasar pempuan dapur nih. Bagi akak Tefal ke bukan Tefal bukan ukuran, yang penting quality barang. Cuma memasing citarasa yer dak?


Ni sikit je tayang..padahal penuh tu satu bilik barang2 untuk shipping :)
(wah...macam tak percaya dah nak balik)


Oppss...tak lupa parfume CK, FCUK dll...tapi beli CK dan FCUK jer pun, harga sekitar $16-48 jerk..satu hadiah untuk mak ai, dah banyak gaji dia jaga budak hangus sepanjang sebulan yang lepas...hihi...So kengkawan nanti kalau nak melancong sambil membeli hingga terbelah, jemput lah datang Oz yer..dekat jer, 8 jam jer terbang ngan AirAsia. Mas pun kenkadang ada promotion gak. Tapi akak nasihatkan baiklah korang shopping kat Malaysia, tolong tingkatkan ekonomi negara, dengarnya skim gaji baru sangat masyuk..baru negara kita aman makmur dan maju..hahahha so sarcastic!! Jangan dengki plak..ekekekek...

Okay dah..nak buat kerja pula

Chow!

Thursday, December 22, 2011

Nota tercatat di mimpi


Semalam mimpi ku berlabuh mencarimu
Namun jasadmu tiada di situ..
ku mencari dan mencari bayanganmu di mana2
Getir, tetap kabur tanpa tanda..
Tidak sanggup bertanya pada sesiapa
Mereka sepertinya sekumpulan rakan yang akbrab dan mesra
Ku disambut penuh riang dan tertib

Ku mencari dan terus mencari lagi..
Bahkan bayangmu tetap kabur biarpun dalam mimpi
Sedetik aku terjaga...
Maafkan aku terpaksa harus melupakan kelibatmu
Segenap alam, detik masa dan setiap nafas pun tau
Betapa aku menyintaimu tiada galang ganti..

Andai aku mampu mengubah takdir...
Tapi aku hanya pengikut qada dan qadar
Aku arif dengan ketentuanNya..
Aku tidak mau terus tertipu
Oleh perasaan yang tidak abadi...
Oleh momokan harapan nan punah
Walau hanya sedetik saja...

Biar yang ku dakap..
Cuma kenangan yang terindah
Sekadar manisnya secebis cinta..
Yang pernah kita garap bersama
Ku hapusi peritnya sengsara dan pahitnya nestapa
Demi kembara hidup yang menyusul..

Hari ini dan esok pasti bertandang
Tanpa kita rancang..
Tiada peduli terus meninggalkan kita tak terkejar
Dengan berjuta kisah...
Yang bakal dilakar di kanvas masa
Harus dipatri tanpa persoalan..
Jawapan yang pasti
Ku nantikan di penghujung hari...

Mytch Amora; 22 Dec 2011

Tuesday, December 20, 2011

Yeayy..akhirnya

Assalamualaikum sobat2...

Pertama tamanya...YEAYYY!!

Happy sikit rasa hari ni, coz abstract akak untuk present di International Physiology Symposium telah diterima. Baru terima abstract jer pon...hehe belum decide oral ke poster ke lagi. Mintak2 la oral...aminnn. Dan...kat KL jer pon...huhu..Tak kesahlah belum berkesempatan nak gi oversea pown..KL pun destinasi top gak. Sebab akak kat Oz, maka kiranya oversea lah jugak kan. Allocation dia pun value untuk oversea, lebih besar dr value untuk present di Oz or NZ sendiri. Kita jer tak hargai tempat kita sendiri. Ooo...bukan akak tak hargai, sebab KL kan tempat akak makan minum berak kencing jer, dah 12 tahun pemaustatin tetap KL sebelum hijrah ke sini.

Tapi takpa, pasni bila dah balik KL masih ada peluang nak gi present conferences kat oversea. Terdekat bulan Ogos nanti di Brazil, insyaAllah LGM pun sentiasa beri peluang kita mengembangkan kerjaya dan professionalism. Alhamdulillah.

Dan hakikatnya, dari pengalaman2 sebelum ni, sebenarnya conference di Malaysia lebih besar expectation orang dan nampak lebih "gah"..haha apa taknya, semua nak kena berkot formal smart attire belaka. Speaking kurang betul kena hentam bagai nak rak, tak leh jawab soklan pun kena bambu bagai nak lemari. Hahaaa...perasan sungguh kita ni kan? Hahaa..cer pikir, suhu Malaysia yang 30-32 darjah tu pakai kot ber'tie..paling sejuk kat dalam dewan conference pun cuma 15 darjah.

Pasni akak nak gi conference kat KL tu pakai kemeja + blazer + jeans jer...tadak sapa nak marah pon, kan akak mewakili UQ, Australia. Hihiiii...Alangkah indahnya kalau gi kerja nanti pun macam sekarang jer pakai dia. Jeans n T-shirt. Harus kah akak dapat surat tunjuk sebab nanti.

Kat negara luar, dorang gi conference pakai T-shirt ngan jeans jer or khakis jer. Ada yang cuma bercelana pendek ngan kemeja lengan pendek jer. Presenter taraf profesor pun baca script jer, bila sesi soal jawab mengelabah berpeluh jantan pasal tak paham dan tak boleh nak speaking..huhuhu..ini kisah benar. Terutamanya presenter dari China or Jepun. So, KL pun KL lah..tetap gah di mata dunia heheh. Symposium tu pun taraf A kelas dia....

Monday, December 19, 2011

Aku hanya ingin cinta yang halal



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Friday, December 16, 2011

Hudud lagi

Hehe...filem pendek by vloger matlutfi yang buat video Kpop 1malaysia yang lawak bermakna tu..


Wednesday, December 14, 2011

Jangan persendakan hukum Allah

Aiseh man....zaman sangat "advance" sangat kot negara dan masyarakat kita sampai sanggup permainkan dan fitnah2 liar demi kuasa, kedudukan dan harta dunia. Gunakan apa saja channel untuk menghalalkan yang batil.

Bukan nak puji tapi kat Australia ni, sorang menteri tersebut "F" words masa pidato pun kena sack. Silap manage peruntukan pemasangan sistem penebat haba yang mengakibatkan kebakaran SEBUAH rumah sahaja digugurkan jawatan sbg menteri, naik kan tax mining pun PM dipecat/berundur secara terhormat..ini orang kafir..

Biarpun sangat simple dan masih konventional dalam banyak perkara, tetapi pendatang tidak buat onar dan tidak "BERKUASA" di sini. Berbeza sungguh, macam barah yang makin bernanah dan membusuk, jelak nak hadap...

Macamana cara supaya kita kembali tulus, jujur, berjiwa murni? Tak sanggup melihat resaksa makin berkembang biak bagaikan sel kanser. Ultraman takder kat negara kita nak tolong bantai dan lawan :p

Renung2kanlah jika kita seorang insan yang bijak dan berhati mulia...






Rasulullah s.a.w bersabda: Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya. (H.R. Abu Daud:4167)

Adik2 Comel

Hmmm...sudah lebih seminggu tak update blog...sebuk sesangat nih :)...ni saja nak share suara2 emas adik2 comel cantik manis ni.

Tak salah kot sekadar nyanyi dalam kelas atau aktiviti sekolah, besar nanti jangan jadi penyanyi yer...bakat2 camni penting untuk perkembangan kendiri anak2, didik mereka jadi lebih outstanding, lebih trampil dan lebih yakin diri..jangan kita negative thinking dulu :). Anugerah Allah ini kalau disalurkan ke arah yang benar insyaAllah tak mendatangkan mudhorat..

Adik2 ni nampak sangat innocent kan....





Till then,

Adios

Tuesday, December 06, 2011

The sickening schoolist

Peristiwa setaun lepas berulang kembali..tak lepas bernafas rasanya. Baru satni balik rumah sebab polis datang nak ambik report.

Malam kemaren dulu, around 12.45pm akak ada terdengar bunyi benda berat langgar dinding. kebetulan tidur di bilik sisi lawn. Pastu bunyi grill pintu depan dihempas kuat. Sebenarnya grill tu mmg kuat bunyi dia kalau ditutup dari luar. Terkejut juga, sebab baru nak tertidur selepas dapat BBM di phone then lepas tu bangun ke toilet. Kebetulan grill tak berkunci rupanya, coz my housemate keluar Jumaat lepas, balik Mexico withdrawn dia nyer PhD :(. Kunci ditinggal kat dalam dan akak selalu keluar ikut garage. Saish! Menyesal gak check pintu jer, tak check grill lepas Jumaat lepas. Tapi alhamdulillah, at least pintu berkunci. Kalau tak, tak tau apa jadi lah malam semalam...

Memula rasa hairan juga, then pikir maybe rumah sebelah penghuninya balik?...Then, pepagi kemaren waktu keluar ke uni nampak 3 bins kat depan unit 3 dan grill jiran unit 5 tertutup. Petang semalam waktu ambik serai yang ditanam di garden bed baru perasan yang my wheely has gone! So ari ni tak payah tolak wheely ke depan untuk kutipan. This morning akak check grill unit sebelah yang dah tertutup tapi tak kunci!...so, sah lah bukan penghuni sebelah yang balik pepagi buta dah dekat nak subuh. Subuh sekarang kul 3.15am. So, skang tak sure samada unit sebelah masih berpenghuni atau tak, coz selalunya lelaki2 oz tu datang bermusim jer. Maybe time ada kerja area sini agaknya.

So, skang dah called agent dah report polis...harap kejadian kecurian laptop setaun lepas ..klick sini dejavu tak berulang lagi..haru lah kalau hilang mac pro baru beli bulan Jun lepas..mak pun takut dok umah sengsorang siang hari...nak ikut ke opis juga..huuu kesian gak, tapi kalau dia dok opis pun nanti muncung dia akan jadi sedepa...kebosanan.

Harap2 musibah2 seumpama tak berulang lagi...budak2 nakal ni, aku sumpah juga kau jadi kodok baru tau nak sembunyi dalam singki jer...tak pandai nak sopek dan curi rumah orang...grrrrrrr


Monday, November 28, 2011

Art vs Science

Assalamualaikum sobat,

Hehe...dah lama tak melukis, tetiba kemaren sebab rajin sangat so akak sketch potret2 ni..sebenarnya dah malas, baca thesis orang and paper, so akak melakar-lakarlah kat muka surat belakang paper2 tuh.

Then, tarra! inilah hasil dia..memula ufcos lah my potret hii...pastu kesian tengok my mum jeles je dia akak asek display muka sendiri kat screen Mac..tuk cari2 gambar paling cun untuk dipotretkan.



So, coret2 la potret dia pulek...hehe..amacam? Memang ni la hobby akak sekali sekala kalau takder mood. Kalau dulu, time exam kertas genetik masa 2nd year 1st degree, suka buang masa dengan tidur dan lukis2 kat kertas kosong untuk tulis jawapan! Haha...sebab subjek tu sangat boring dan memeningkan kepala dengan kromosom segala..maka, tersengih2 la lab assistant yang jaga exam tu tgok "jawapan" exam akak :)


Ni budak angau ni pun menyibuk nak juga potret dia...tapi malangnye sebab badan dah sangat lelah dan sengal2 maka hasilnya tak berapa menjadi..hehe..

Edisi terhad....lukis balik



Till then...

Adios!

Friday, November 18, 2011

Takan Melayu Hilang di dunia

Mesyuarat menteri2 kebudayaan ASEAN semalam menetapkan bahawa bahasa Indonesia-Melayu akan menjadi bahasa perantara ASEAN.

Tahniah! Berjaya melangkah setapak lagi....peribadi, saya sangat suka dan bangga. Faktanya, Asia Tenggara ini majoriti adalah rumpun melayu.. Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, sebahagian Siam adalah dari rumpun melayu. Bahasa melayu bahasa dialog penduduk-penduduk di kepulauan ini. Alhamdulillah..semoga dengan permulaan ini kita dapat memperkasakan lagi ekonomi, budaya dan pertahanan kita.

Dasar kapitalis yang berpaksikan barat dan benua eropah menjadi semakin tidak relevan. Sedarlah kita, dalam sejarah Melaka lah pusat dagangan dunia antara negara-negara Timur Tengah dan benua eropah. Kedudukan kita di garis khatulistiwa, keterhadan benua lain oleh 4 musim menjadi kelebihan kepada kita untuk menjana ekonomi berasaskan sumber kekayaan alam sepanjang tahun. Dahulu matlamat mereka rempah dan timah. Kini kita tetap kaya minyak, emas, dan berbagai dana alam yang lain. Kita tidak ikut ketinggalan dalam teknologi kerana nyata, teknologi dan elektronik membangun pesat di benua Asia lain yakni China, Korea dan Jepun. Jadi tidak perlu goyah.

Hakikatnya China sedang menuju untuk menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia. Kebanyakan aktiviti ekonomi berpusat di sana. Kelebihan mereka terletak pada jumlah populasi yang sangat tinggi mencecah 1, 337, 798, 957 orang . Dan sedarlah statistic menunjukkan dari sekian besar populasi ini, 22 million adalah muslim (rujuk statistic di bawah). Dan Indonesia menerajui populasi muslim terbesar dunia dengan 203 million!.



Setiap tahun 10, 000 American menjadi muslim. Di sebalik setiap fabrikasi teori tentang terrorism, Osama, pembunuhan Gaddaffi, Saddam dan lain-lain oleh kapitalis barat ini cuma menyuntik lagi rasa ingin tahu di benak masyarakat awamnya nya tentang apa sebenarnya ada pada Islam ini? Bukankah ini suatu permulaan yang cemerlang. Ya, memang bahasa itu cuma identiti..bukan dosa untuk berbahasa Inggeris. Namun, kenyataannya dari bahasalah segalanya bermula. Menjadi nilai tambah kalau penguasaan bahasa Inggeris kita mantap. Itu bukan isunya di sini. Kita berbicara dari satu wahana pemantapan ekonomi, ummah dan kekuatan spiritual. Mudah-mudahan dengan itu, kita menjadi tuan pada diri sendiri.

Sekiranya dinar emas menjadi tukaran, kita seganding dengan Timur Tengah lantas ketergantungan terhadap dolar lenyap. Sekaligus amalan penguasaan ekonomi kapitalis lumpuh. Hasilnya aras harga petrol yang menjadi nadi ekonomi dunia hari ini, yang sering jadi penentu turun naik harga-harga barangan makanan dan perkhidmatan lain tidak lagi dipengaruhi faktor-faktor kapitalis ini. Bukankah minyak itu dicarigali di perairan kita. Jadi logikkah pengeluar dan pengeksport ini bergantung pada turun naik harga pasaran pemproses? Begitu juga dengan getah. Getah satu-satunya komoditi dengan daya guna sejagat, pusatnya di Asia tenggara yakni Indonesia, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan lain-lain. Sudah masanya kita ubah pandang dengar kita. Dan kita bermula dengan pemartabatan bahasa Melayu.


Tuesday, November 15, 2011

TAKDIR BUKAN PAKSAAN


Pilihan hidup yang telah, sedang dan bakal kita jalani telah tercatat di Luh-Mahfuz. Catatan yang tidak pernah meleset. Bukan ramalan para numerologist, bukan kajian Fadhilah Kamsah, bukan kesan pesanan berantai, bahkan bukan tergaris di telapak tangan maupun terbentur dari raut wajah, anggota badan atau letaknya tahi lalat. TAKDIR adalah keinginan Allah S.W.T. Keinginan yang tidak terjadi adalah keinginan penguasa bumi dan langit. Meskipun terjadi belum tentu Allah redho. TAKDIR hanya disedari manusia setelah sesuatu itu terlaksana. Sesuatu yang dinamai dzat dan haq yang Maha Arif.

Lalu, di ketika dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita rehatkan hati..Zikrullah bukan sekadar pada tutur namun berpaksi pada falsafah dan maknawi...Terhayati oleh resapan langsung ke hati. Dasarnya harus ilmu dan amal..Pupuk rasa kehambaan yakni miskin, jahil, lemah, bersalah dan hina...kerana tidaklah kamu diuji selain tertanggung oleh upayamu sendiri...Justeru, mengembalikan rasa bertuhan di benakmu dan kasihnya terasa mendekat...lalu kamu dan aku tenang...damai dalam diam, menjadi yakin bahawa sebuah takdir itu qada dan qadar Dia...demi hikmah teragung buat dirimu jua....


Wallahuaklam...

Monday, November 14, 2011

Subhanallah its amazing life

Salam...

You know what? This morning I just realised something very true about myself. Hmmm...actually Ahad semalam akak kerja dari jam 9 pg sampai 3 ptg. Akak bawak mak ke opis, dia layan citer P Ramlee akak pulun buat modelling.

Payah tak payah lah modelling nih. Basic dia, ada data, tau guna excell tau guna Minitab dah cukup. SAS pun harus tau sebab terlebih dahulu kena analyse data untuk dapatkan overall figure mana variable yang significant mana tak. Then, kena tau juga guna Sigmaplot untuk generate graf dan lain2 statistical analysis.

Sebelum buat PhD ni, akak cuma reti basic excell dan SAS guna pun statistician yang pandu arah. Belajar stat, masuk kelas stat tak paham2 juga. Finally, kini akak reti guna dan paham output semua software stat tersebut...Alhamdulillah.

So, what's the point? Yeaa...I've just realised how "stupid" I was masa zaman2 SPM dan 1st degree dulu. Ini R.A.H.S.I.A hahaha rahsia pekebendanya kan kalau dah blog sini.

Dulu zaman sekolah, subjects yang paling akak tak minat, benci, nak muntah, jadi ubat tidur dan segala potion negative lagi tak lain tak bukan. English, Add Math dan Fizik. Akak hanya mampu dapat C5, C6 dan C6 masing2...hahahhaha...ha nko gelak lah kuat2. Dalam kelas semua subjek ni, akak akak akan senang hati membaringkan kepala di meja sambil berdengkur dan buat liur basi, waimo meja akak depan sekali hadap papan hijau kat tengah2 kelas! Dan cikgu menyandar di meja akak jer..tapi redho membiarkan akak lena diulit mimpi..hahahha..ini kisah B.E.N.A.R. Matematik dan English akak masa matrikulasi pun selalu telur ayam. English kalau tak D mesti E! Hahahhaa again...

T.E.T.A.P.I...akak sangat bagus dalam subject BM, Sejarah dan Biology. Akak dapat A1 or A+ untuk semua subject tersebut...nah, jangan pandang serong dulu..Essay BM akak selalu jadi contoh dan dibaca depan kelas masa UPSR dan menengah. Akak selalu jadi editor majalah kat sekolah dan kat kamsis universiti. Tulisan akak jadi lidah pengarang majalah kamsis Aminuddin Baki, UKM. Akak pernah menang peraduan alang2 berdakwat juga. Pembentangan projek Biologi di sekolah akak menang 1st place dapat hadiah parker pen emas sadur bertatah permata lagi. Pernah wakil sekolah pertandingan puisi sains dan bercerita. Akak tukang tulis script cerita untuk pertandingan MSK adik akak. Akak tulis script dan arah drama dan menang tempat ke-3 masa orientasi pelajar tingkatan 6 rendah (masuk 2 bulan jer sambil tunggu tawaran universiti).

Dan S.E.K.A.R.A.N.G...ya sekarang, akak sedang buat PhD di oversea dan medium utamanya ialah English dan Math!!!! Di samping yang lebih utama Biology atau lebih fokus lagi fisiology. See...I just realised how amazing it is. Maknanya dulu2 akak hanya guna otak sebelah kanan jerk, tapi sekarang sedang guna otak sebelah kiri dengan aktifnya! Mungkinkah otak sebelah kanan tu sangat minima penggunaanya dah sebab kreativiti dalam bersastera pun dah tumpul, sangat2 tumpul sekarang nih.

Subhanallah...how balance our life is..kalau tak paham juga cuba sobat renungkan hidup para sobat pula.


Wallahuaklam

Sunday, November 13, 2011

2012 on the list

Salam,

Ewahh...setengah tahun lagi nak balik dah memacam plan dalam kepala nih. Panjang to do listnya, yang pasti bukan pasal kerja ya, tapi live life to the fullest! Muahaha.. Yeah..

Mari berkongsi impian denganku. Maklumlah kan merantau pastu peluang balik pun sekali setaun jerk. Terima kasih Air Asia, kerna khidmat tambang murahmu daku mampu terbang ke sana sini :). Time balik pu mana dan nak entertain jiwa dan perut dengan segala kan?

Haaa...ni lah dia antara benda yang sangat mengujakan taste buds kata omputehnya, nafsu melantak kata bahasa pasarayanya. You all jangan perli myall, memang myall sangat carving for makanan2 sesedap dan halal..sini kan payah nak cari halal, pilihan tak banyak, nak masak sendiri sedap2 selalu takdak masa plus malas..ehehe


Selain mamam2, Groupon ada gak offer2 lain...nak tau lebih lanjut subscribe la seniri. Malas nak tulis banyak2...sebuk hehehe

Pastu my all rasa nak melancong pasni. Nak gi Korea, nak gi semualah destinasi pelancongan yang terindah di maya pada ini. Sebabnya 3 taun lebih bertapa di Gatton ni dalam opis ni dalam lab2 tu...sangaaaaattttt lah membosankan.

Haaa...tungguuu...



Kat sini BNE pun ada gak, Team Spreets nama dia. Tapi......tak cukup best, sebab takdak gu nak wat sesama plus fulus pun kureng :(

Wokey, adios wassalam

Thursday, November 10, 2011

Hooyeeaahhh!!!

Assalamualaikum sobat...

BTW, today just nak menceceh perihal my study live..hahhaa, katanya nak resign from personal issues..kononnya :p

Anyway, just finished Kh works today. 5 sets of experiments and getting ready for the final one leaves Kh. Well, dalam masa sama sibuk buat modelling, sibuk manage candidature...mana nak isi form UQI scholarship, mana nak tulis manuskrip..manuskrip yang sudah2 belum dapat balik sampai lani..cish!, mana nak screen cari conferences..haa...sekarang pakcik dah izinkan akak gi conference hoyeaahh... Ada beberapa yang menarik di lokasi2 menarik cam Venice, Zurich, Chiang Mai, Pattaya, Barcelona, Amsterdam, Rome, Copenhagen, Stockholm, Istanbul, Tokyo, dan Dubai EU ya DUBAI!! dan Paris ya PARIS!!! dan banyak lagi!!! serta tak lupa KL and Penang. Sparkling3x dah biji mata akak....

Oooyyeaeehh!!....Very the excited omak, tapi hmmmm...entahlah pakcik kasi ke tak kan? Melainkan KL dan Penang sah lah dia kasi :(..Tapi huh! omak tak pedulik, omak nak apply jugak, dapat tak dapat belakang kira :)

Oh BTW, apabila orang sudah merajuk jangan cuba2 nak pujuk2 balik..you ignored me, I ignored you...you condemned me, I push you...you say Ok I say Ok...you say No, I say NoNoNo..hemph..edrenalin sangat pantas dan deras menjajah urut nadi..tats why lah hyperactive rini..muahaha. Gara2 tiap pagi minum Old Town white Coffee Hazelnuts buatan mama ai. Walhal akak ni haram nak suka kopi. Walaubagaimana pun, dua bulan lagi dah nak hantar dia balik Mesia..uhuks!

Oky doky....mau balik sudah, capek banget ini hari....

Wassalam


Tuesday, November 08, 2011

Reti Bahasa Juga

Salam sobat...ermmm..tetiba hari ni rasa macam pejuang bahasa yang terpinggir. Gara2 pekeliling kempen cinta bahasa gagasan 1Malaysia. Oh, bukannya mau berpolitik di sini, waimo akak kekadang dicop sebagai rebeler oleh kengkawan. Kenkadang diaorang nak kutuk Anwar pun pandang2 jeling2 akak..hahaha. FYI, I no more pengemar Anwar macam zaman sekolah menengah dulu. Yang lain2 memang tak pernah gemar langsung. Tapi TGNA akak hormat.

Rasa best pun ada bila akhirnya kita sendiri sudi nak martabatkan bahasa kita. Tapi, kesianlah juga para penjuang sebenar yang bermati2 mempertahankan bahasa ni sejak dulu2 macam Usman Awang, A. Samad Said, A. samad Ismail dll..mereka tak gemari. Tetiba, bila kerabat keluar dengan agenda, kerabat menobat hero sendiri. Oppss! Am not a rebeler..again.

Apapun, peribadinya akak suka perkembangan terbaru ni. Matematik dan Sains kembali diajar dalam BM pun akak sangat bersukacita sekali. Wah! Tak sedar selama ni akak tergolong kalangan pejuang bahasa rupanya :p






Selamat Berbahasa

Thursday, November 03, 2011

Why, What and How?

Assalamualaikum sobat,

Well, today cik kak terasa nak menulis santai tapi topik berat sesangat. Sarat minda untuk menerima antara kenyataan dan mimpi yang terpampang di depan mata.

Ya, kita di ambang kiamat dan mudah2an kita tergolong dari kalangan yang dipayungi arasyi Allah..amin...

Macam biasa, masuk ofis pepagi baca isu2 semasa di internet dulu. Kebetulan hari ni jam 6-30an dah turun ke field harvest sample. Sebab semalam dah prepare semua solutions dan keperluan untuk eksperiment hari ni, so jam 8am dah siap pulsed. Ini 2nd set of ethephon effects on stem hydraulic. Jam 11am nanti will be ready untuk collecting hydraulic figure untuk STS effects in 1st set eksperiment. Jawabnya these 2 weeks will be a very hectic weeks, since akak harus bertapa in the lab every day . Beraya haji nanti dalam lab juga..:) Alhamdulillah, di sini saja berpeluang beraya di lab dan di ofis.

Berbalik kepada tajuk kita tadi..tentu kita semua sudah sedia sedar dan maklum bahawa banyak sungguh hal2 songsang dan mudharat bermaharajalela dewasa ini. Dari kisah pemerintah yang zalim, ahli2 politik yang jahil dan bejat, pegawai yang rasuah, anggota masyarakat yang semakin terdesak dan papa nilai2 murni insani, ibu-bapa tidak bertanggungjawab, anak2 muda liar dan segala macam lagi. Yang paling "gah" dewasa ini, isu homoseksuals yang kelihatannya semakin menjarah norma2 hidup masyarakat yang terbawa oleh arus modenisasi.




Bukankah, dalam Islam setiap manusia itu sama tarafnya. Biarpun kita dibezakan oleh kerusi tempat kita duduk, tilam tempat kita tidur, mahligai tempat kita diam maupun hidangan yang kita jamah. Apabila waktunya kita mengadap dan bertemu Dia, kita ini duduknya sama rendah, berdirinya sama tinggi. Tapi berbeza dengan hakikat "kita" dalam penghidupan yang sebenar. Sekiranya dia raja haruslah sejadahnya kuning. Sekiranya dia pemimpin haruslah ada carpet dan carpetnya wajiblah merah. Bahkan artis pun bercarpet merah.

Golongan di bawah pula sangat tegas mengatakan. "Saya dilahirkan begini, dengan kecenderungan yang begini, apa salah kah saya menikmati kehidupan saya selayaknya?, Kenapa kalau saya Islam, saya sangat dihukum apabila orientasi seksualiti saya begini?, Allah yang jadikan saya begini...". saudaraku...Kerana itulah Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir, nafsu untuk dipandu, dan kehendak untuk dipenuhi. Apa yang membezakan kita dengan makhluk yang satu lagi yang turut bersama kita mendiami dunia ini ialah "AKAL". Malangnya akal kita itu yang membawa kita memacu dunia termaju seperti jurutera, doktor dll itu terhad sekadar kita gunakan untuk menuruti nafsu dan memenuhi kehendak semata-mata.

http://www.seksualitimerdeka.org/2011/01/moraliti-seorang-manusia-bukan-terletak.html#more

Akak tidak bijak untuk menulis dan mengupas lebih dalam. Sekadar disini sahaja yang termampu. Batasan waktu juga begitu menghambat.

Adios!

Wednesday, November 02, 2011

OHS

Assalamualaikum sobat2 tercinta :)

Hari ini nak perkenalkan suatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian pekerjaan para scientist dan pelajar post-grad. Program ni dinamai Chemwatch atau nama barunya CHEMGOLD II. Nama baru ni didatangkan dengan rupa baru dan berbagai features baru yang ternyata lebih mesra pengguna dan lebih advance.

Dengan menggunakan program ini, kita dapat cari MSDS atau data sheet kepada apa saja bahan kimia yang kita gunakan. Selain itu, ia disertai dengan nama-nama vendor, grade kimia, label, kepekatan dsb. Nah...Sangat berguna kan?

Bercakap tentang label. berbagai saiz label ada untuk disesuaikan dengan saiz botol stok atau diluted solution kita. Siap dengan kepekatan sediaan, melainkan ada beberapa kimia yang tidak disertai kepekatan kena lah tulis manual..termasuk nama kita dan tarikh. Itu perkara wajib ya.

Ayuh, mari kita jelajah CHEMGOLD II ni dengan gambar2 yang dah akak print screen kat bawah....

Label bersaiz cocok botol 100-500 mL

Label bersaiz super kecik

MSDS

Kawan2, bila anda mula enrol master maupun PhD, perkara pertama anda akan diberi penerangan dan latihan berkait OHS ni. Mendapa OHS ni? Occupational Health & Safety nama penuh dia. Tamat training anda wajib sign sebagai bukti dah ikut training tu.

Kemudian, bila nak start buat lab work haruslah sediakan pre-schedule dulu. Haa..apa tu pre-schedule? Yakni dokumen lengkap siap intro, Lit. Rev dan M&M untuk topik kerja kita tu. Bila supervisors dah endorsed barulah boleh start kerja. Nanti dah dapat results boleh lah tambah berserta dengan diskusi kendian hari. Nah...dah siap satu chapter :). Dah boleh submit ke journal dan dah boleh masukkan dalam thesis. Sebelum tu kenalah finalised dengan supervisors dulu..hehe

Ooopppss! Tunggu dulu...sebelum tu, kita kena settle kan Risk Assessment dulu. Mendapa pulak ni? Risk Assessment ada dua jenis ya kengkawan. Satunya untuk chemicals dan satu lagi untuk procedure kerja yang melibatkan potensi2 bahaya seperti: angkat2 beban yang berat, manjat-memanjat tangga ke bangunan ke apa2 lah, kendalian mesin2 kecik besar dsb. Dah siap buat ni kat software khusus juga...supervisor dah approved baru lah boleh berseronok dan bermatian buat kerja :)

Benda ni semua penting ya, sangat2 penting. Kalau tak comply, akan dicatat dalam laporan confirmation kita..effect candidature tu... Mid-term pun boleh effect. Boleh apply system ni kat lembaga kita, insyaAllah. Australia ni antara yang terbaik applikasi OHS dia.

Kita juga tak boleh dan tak dibenarkan simpan kimia dalam makmal. Segala kimia dijaga dan dipertanggungjawab oleh technician yang dilantik. Kita perlu berinteraksi dengan mereka awal2, maklumla kan...kalau tak plan betul2 kerja kita terbantut. Kalau masa2 satu2 technician tu cuti lah. Autoclave pun kita tak dibenarkan buat sendiri. Pelupusan sisa kimia pun ada prosedur khusus yang maha ketat. Tak boleh main curah2 sesuka hati dalam singki. Kena ikut arahan kerja dan pelupusan yang termaktub dalam MSDS.

Jadi, inilah dulu segmen berilmu dan berinformasi untuk kali ini :)..Lepas ni akak cerita menda lain pula..

Adios!

Monday, October 31, 2011

Aspiration 2012

Ahlan wasahlam...

Akak rasa la kan, nak start blog something yg berfaedah lah untuk masa2 mendatang ni. Tengok, bahasa diri pun dah jadi "akak" kannn....selesa la pulak..maknanya terakuilah dah sangat matang ni hehehe...

Rasa macam nak serius menulis topik ilmiah, berinformasi, menarik dan membina. Macam nak menulis buku pun ada rasanya. Nak kurangkan menulis isu2 peribadi dah pasni.

InsyaAllah, bila paradigm dah berubah nanti tak perlu "menyorok" blog lagi. Mudah2an tercapai aspirasi akak nih :)

Friday, October 28, 2011

No stress2

Syukur Alhamdulillah..there are always a solution to every single misery. Now dah dapat pengganti baru.

See, bila kita ada ikhtiar semuanya pasti jaya..biarpun akak terpaksa beralah dengan situasi untuk cuma berapa bulan akan datang. InsyaAllah everything gonna be fine.

Dan mari sama2 belajar dengan akak cemana nak operate pressure bomb nih..nanti nak guna untuk trial leaf water relation..eksperiment terakhir akak :)

Layann....



Adios

Thursday, October 27, 2011

Everybody are restricted to their own capacity

Well, actually am going to confess my thought bout life….Phd student's life. Yess..wonder why not everybody can made it? So many anasir which may interrupt the process. We are an adult. We got other responsibilities to deal with. Yang mana ianya tak sama dengan the process when we were kids. Ke sekolah, kemudian ke universiti…

We should have unusual extremely highly spirited dedication (??) and enormous efforts to do so. So many things happened around us that might distract. The common issue is, we need an inspiration. It could serve by our family, love ones and the rest whoever involves. If am not strong enough, I may not do it. And I’ve already sacrifice so many things before I came here, and now am nearly finish.

Beside that, the core issues here are the management of money, living accommodation, advisors supporting and back home…the company. Now, am facing the similar interruption again and again. To be single, to be alone so many things we have to do by our self. It’s annoying and stressful but I have to face it. At this age, we may thinking of spending our time with our kids, helping them solving their homework..yea at least, in the mind of most normal people.

Glad that am now at the end of the route. Already gather the story to be a thesis and InsyaAllah will go home after submitting everything. But, within 2 months time I have to move again! I hate just to move around again and again. It wastes of time, energy and so on…. I feel upset for my friend that she can’t make it. She has to withdraw her Phd as the entire unsuspected problem due to her health condition. She is the best housemate I ever had..Indeed.

I wish, there are somebody who can continue the contract of my current house since it will end by early Jan. And I can stay with she/them just a few more months before I finish :(. I love that unit so much…But, yea I just keep dreaming and dreaming. To find an outstanding person to share with is not an easy business. Since, am kind of quiet and independent lady. No so berkira and mengamalkan give and take, easy peasy live.

At this age, I don’t really into huha, partying, lepaking, or even gossiping. Well, they may feel that I am about the same age with them and should join them socialised etc.. but no no… as am already tired with my work, at home I just need a rest and sleep…that’s all.

Well, I hope there will be a solution to this matter..I have 2 more months to solve it…and I better ready to ship all my stuffs and send my ma home by end of Dec. Ohh..then, I’ll be alone again..am STRONG!!

and...yea my English is still bad owh?

Wednesday, October 26, 2011

Episod terharu

Selamat pagi wahai sahabat..

Just to express my feeling for today. Pagi tadi sebaik akak melangkahkan kaki di pintu belakang bangunan ni..yang terletak betul2 di sisi lab bawah tu, akak terserempak pakcik technician ...memula heran juge naper pepagi dia dah tolak2 troli basah kat bawah tu. Ingatkan dia shifting apa2 mesin.

You know what? Akak rasa guilty and sesangat uncomfortable, sebab bila akak tanya you buat apa sini pepagi ngan troli basah ni? Rupanya dia baru finished loaded akak nyer de-aerated water!! Waaaa....susah2 jer kan...so akak cakap you shouldn't do that, I can do it by my self and just plan to do so in this morning..uhuks! Terharu sungguhti.

Dah la dia dah tua...hishi. Actually, sejak kejadian menangis air mata darah tempohari, nampaknya semua orang sanggup lakukan apa saja demi akak :p. Victor, pantang minta something terus beli..tak pakai duit allocation akak pulak tu..Heidi pun cakap jer nak apa, sudi buat dan2 tu jugak.

Hmmm...so moralnya, mungkin kita ni kena tingkatkan komunikasi dengan mereka. Sebab mereka sebenarnya tak tau keperluan kita? Agaknya..tapi dalam kes transfer air yang sikit tadi, actually akak pun boleh buat sendiri...lain la kalau air dalam tong besar 25 L tu, nak angkat 3 tong sehari..itu mmg cari nahas.

So, sebaik tengok situasi yang mengharukan tadi, sepantas kilat dalam kepala akak ni muncul, nak kasi apa la kak Ross ni? Selalu Brett yang tolong kat field akak kasi nasik sebungkus sebagai upah setiap kali dia tolong something.

Well..maybe before I go back for good I should give them a special token from Malaysia sorang satu :))

Monday, October 24, 2011

The reason why I love GOOGLE

Sejak Netscape selalu buat hal pepagi bila nak launch internet connection, akak telah beralih selera ke Google Crome. Bukan ketinggalan zaman tapi kan komputer opis so tak berapa rajin or ada masa nak meng-install memacam.

Tapi semenjak install Google Crome, akak tak akan berpaling lagi hahhaha...best gile menda ni..features and application dia sangat2 user friendly, widgets products pun cute belaka. Ni sebahagian appliacation yang sempat install pagi ni..Background pun tak jemu nak mandang dah..comey jer


Ha, sesapa yang ada anak yang kecik2 kenit umur tak sampai 3 taun dah pandai godek komputer dan internet, macam anak2 buah akak tu..silalah install mendalah ni. Banyak untuk education pun ada..akak selaku student pun install lah google books, weather, thesaurus, pdf converter dan serba makneko lagi.

Ni, kalau tak termampu nak kawal site apa yang anak2 kita dok skodeng bolehlah kita pakukan application ni kat dekstop internet launcher home PC kita tu. Ni akak pun baru tengok ni, camana proses ovulation terjadi. Ohh...gitu rupa telur yang kita hasilkan tiap2 bulan tu yer..sebelum ni, kata sejak kita lahir lagi telur tu dah terhasil, akan masak dan terbebas keluar apabila peningkatan hormon oestrogen berlaku setiap bulan. So kalau umur menopous 45 tahun, rata2 kita cuma ada stok telur 540 biji lah. Kalau tak tersenyawa, maka akan terbazirlah telur2 itu..haish ada ka idea gini..Dalam video ni dia cakap telur hanya terhasil dan matang setiap bulan.



So, takde alasan lagi tak tau camana nak beri pendidikan seks ke anak2 kecik dan remaja kan? Cikgu cikgi boleh jer tayang video2 education ni kat sekolah.


Ni weather channel, bukan lagi icon cenonek un-attractive kat menu bar tu. Akak boleh tengok forecast kat Gatton, kat KL, ha...kalo2 nak gi melancong mana2 negara pun boleh jer tgok forecast direct kat sini. Boleh lah sediakan payung sebelum hujan. Kat BB toksah citer arr...weather forecast application saja ada 2, dictionary, thesaurus bla2...sama jer memacam application install. Zaman gadget ni zaman mudah segala2nya.



Kalau dah penat ngadap kerja jer seharian, ptg2 malam2 boleh main angry birds nih..Haa..sapa tak suka angry birds?? Tak pun call Eisya, sembang ngan dia..orang bagi salam "assalamualaikummm" Dia jawab "Ayyaaammm..." hihi..comel sungguh Eisya..sampai opis pagi pun masih tergiang2 "ayyammmm" dia hihi...

Friday, October 21, 2011

The sickening world

Bush, Saddam, Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi, Benazir Bhuto, Osama Laden, Radovan Karadzic, Shimon Peres, Obama, Najib, Anwar, Mahadhir..you name them!! All I hate about the politics and the world..these kind of person, these kind of rebellious, these kind of live. These kind of war. Stupid people that shouldn't born in this peace and beautiful planet. Including their people who though they are god, easily put other people to their death. And they are muslim. SHIIITTTT!! for all these un-civilized human being.

Killed people, let peoples live in poverty, starvation, deforestation, painting the world's stream to the mud colours, dumping the rubbish everywhere..

What should we do to cure from these disgusting diseases????

Latest, Muammar Gaddafi: The death of another dictator

http://www.guardian.co.uk/world/2011/oct/20/muammar-gaddafi-dies-city-birth?






Tuesday, October 18, 2011

Life is extreem..indeed

Hola! Como estas...

Adik2 abang2 kakak2, mari ku bawa mengembara ke alam astabaleste sekijap.

Ada kerja tapi bosan? Ada kerja tapi tak puas? Ada kerja tapi asek mengular? Ada kerja tapi asek cilok barang2 opis wat balik pakai kat umah? Ehe...jangan tak ngaku, ramai yang buat ni kan?

Tadak kerja tapi malas? Tadak kerja tentunya tadak motivasi? Tadak kerja tapi melepak? Macam2 lah.

Ni buka sini tengok apa pekerjaan mamat ni. Mencabar kan? But still interesting. Ai pandai ghukah dinding jerk. Tu pun takleh sampai puncak..ekhe khe




Dah!! Pi wat kerja nu..jangan asek membelog jerk :p

Friday, October 14, 2011

Hidup adalah safari

What we have now is what we planned a very long time ago. I'm talking base on my own experiences. When I was a kid and still in primary school, I was always thinking of being somebody in the community, I want to pursue my study to the highest level in overseas, I will be married to a good and wealthy man and have a happy family, live in a beautiful mansion bla-bla....Lets the intro be in English, but I would like to keep my good skill of BM as my major language.

Hidup ini adalah sebuah safari. safari atau kembara yang terkadang meriah, terkadang sepi. Acapkali berlari tapi tidak pernah lepas dari tersadung akar dan terpaut duri. Rebah, berdarah lalu sembuh dengan masa dan terus berkelana lagi. Walau kita dikelilingi senyum tawa, tangis nyanyi para pendamping semasa, namun kita tetap seorang individu. Individu yang lahirnya sendiri dan matinya kelak juga sendiri. Kita insan yang memikul amanah dan beban sendiri. Sebagai hamba dan khalifah pada yang Esa.

Walau mungkin kedudukan kita sekarang dicemburui rakan-rakan. Walau orang banyak mungkin melihat kita sebagai individu berjaya dalam hidup. Kita punya karier berprestig dan mantap. Kita punya pendapatan stabil, kita punya rumah sempurna untuk diam, kita mampu menyantap makanan yang enak-enak. Di zaman kecil, kita cuma menjamah nasi berlauk ikan kering berulam pucuk ubi cecah budu. Sekali sekala kita mencicipi enak ikan kembung atau selar. Jarang-jarang kita hirup nyamannya laici kaleng.


Sepanjang safari hidup, kita disapa bahagia derita, bertemu dan berpisah, bertandang lalu dijemput pulang. Semua itu mendewasakan kita. Menjadi sebuah pelajaran di medan maya bekalan kita di masa mendatang. Bentuk pelajaran yang tidak akan pernah kita dapatkan dari mana-mana sekolah atau pusat pengajian tinggi. Semua insan itu lahirnya baik, tetapi tidak semua insan itu berkembangnya sentiasa baik, bahkan tidak semua insan itu berakhirnya jahat. Begitulah perjalanan hidup kita.

Semakin banyak belajar semakin kurang berilmu kita. Kerana dari situ kita tahu sebenarnya sangat banyak yang kita tidak tahu. Banyak benda baru yang terhampar buat kita bila kita rajin safari. Antara sengaja atau tidak, antara terpaksa maupun tidak. Pandangan dan prinsip kita itu tidak selamanya benar. Ia berubah dan berkembang sejajar dengan semakin meluasnya kembara hidup kita. Kita kutip segala kerikil tajam. Kita gilap segala batu kabur. Kita tampal cermin yang retak. Kita sambung dahan yang sekah. Biar berparut dan tempang, namun itulah harga sebuah kehidupan.

Cukup dahulu buat kali ini....

Salam safari :)


Thursday, October 13, 2011

Back to the future

Salam, pertama sekali, perasan ke tak? Tajuk entry selalu dalam english dan isinya caca marba campur2 english + melayu + bahasa ntahapa2. Takpa la...namanya "new media"..hahaha. Perasan entah bila, blog ku ini bertaraf media alaf baru. Penuh dengan cerita peribadi, jiwang crome dan sekali sekala gossips itu benar lah :).

Ni, belum dapat inspirasi tuk mulakan pembikinan slide tuk kuliah jemputan esok petang. Co-ordinator dah minta by 8.30am esok. Haish! Malas betul, rasa nak touch-up slide mid-term review tempohari jer la.. compress kan ia dari 15 slides ke 5 slides. Lagi pun presentation mid-term tu dah cover 80% of my PhD projects. Sat lagi la kecutkan dia. Hehe...compress makna nya "kecut" kan? kan?

Berbicara tentang "kecut". Satni baca Bajet 2012. Antara hal yang sangat menarik ni, umur pencen dah naik jadi 60 tahun. So total umur akak berkhidmat dengan badan berkanun jadi 36 tahun. Tolak 3 1/2 tahun berkelana ke Australia so jadi 32 1/2 tahun. Dan hakikatnya, sampai la ni, akak tetap berstatus budak sekolah. Tapi sekolah tinggi la yer..hehe. Cuma 8 tahun dalam perkhidmatan hingga kini. Tu pun rasa macam masih junior, belum banyak ilmu, belum banyak kemahiran, dan belum banyak pengalaman. Nak dinobatkan sebagai scientist pun macam sejauh sawah dari pantai.

Umur sekarang setaun lebih tua dari umur penghuni syurga yang dikatakan muda itu. Tetapi sudah terasa jasad ini semakin mereput. Segala engin2 dalam badan menuju kemerosotan. Makan kambing sikit kolestrol naik dan sakit kepala berhari2. Makan durian terlebih sikit sudah demam. Makan udang sikit sendi2 jadi sengal. Kurang minum air sikit kidney menyucuk2 urin pun dah macam apa :(. Kerja kuat sikit lenguh2 dan bisa2 seluruh jasmani....bayangkan macamana bila dah 60 tahun nanti?

Bila mikirkan diri sendiri, uniplet dan tak berzuriat...ya, baguslah dapat kerja sampai umur 3 dekad (umur kebanyakan orang dulu2 jadi arwah). Tak perlu bimbang tidak berpendapatan dan tiada waris untuk menyokong dan menjaga kebajikan diri sebelum menutup mata..huuu syahdu pula tulis perenggan ni. Tapi, cuba pula fikirkan sudut yang satu lagi. Kalau sekarang, produktiviti jasmani sudah mula menyusut, akan kah masih tegap gagah perkasa menjelang 60? Produktiviti minda juga semestinya makin menyusut. Mampukah mencurahkan jasa kepada organisasi.



Rupa pun dah ganyut tak cantik lagi.....


Dalam dok fikir arah ke situ, bisikan kalbu pun ada tergiang2. Nak mulakan bisnes. Banyak segala macam bisnes boleh dibuat. Tak perlu bisnes silicon macam Steve Jobs, Mark Sukamamamburger atau berterbangan macam Tony Fernades. Tak mampu diri ini. Cukup sekadar bisnes yang menawarkan sesuatu yang menjadi keperluan hidup seharian para manusia. Services atau bahan pangan yang menjana tenaga dan menggerakkan jasad manusia. Tengok lah nanti macamana. Matlamatnya untuk menjadi boss kepada diri sendiri, yang merasa puas dan selesa dengan keupayaan diri sendiri bukan kuli yang selalu dibuli, dicemuh, dimarahi dan dipandang rendah.

Mudah2an cita2 itu tercapai sebelum menjelangnya 60 dan sebelum menutup mata sebagai uniplet...aminnn

Wednesday, October 12, 2011

Let's Have a Real Good Time

Baru jerk selesai eksperiment..yeaayyyy! Selepas mendemamkan diri malam tadi. Can't wait to submit ke SV then cecepat run for daun pula sebelum bulan Dec. Nak kejar masa sebelum dia bercuti panjang xmas sampai ke Jan. Kalau tak sapa nak ajar makcik operate pressure bomb tu kan. Cam biasa, sini Dec-Jan sekolah ibarat tutup, tinggal beberapa kerat staff yg terlebih rajin jer.

Eh! belum habis experiments? Yer...sebab system my SV ni lain dari system org lain. Kami di bawah supervision beliau semua very organise. Sebelum kita mulakan kerja2 lab, kita wajib tulis pre-schedule dalam past tense dulu lengkap intro dan M&M. Dah lepas 2-3 kali saringan, dia dah lulus baru leh mula kerja. Dah mula kerja, setiap experiment at least kena ulang 2 kali. Untuk pastikan ianya re-producible. Dah siap kerja analysis semua data, generate segala grafs dan tambah dalam pre-schedule as results dan juga discussion, then jadilah sebuah chapter thesis atau manuscript journal paper. Sedia dikritik oleh peer dan para SVs. Habis satu topik, siap dan lupakan, mulakan topik baru..gitu caranya kerja kat group makcik ni...and now makcik tgh berhempas pulas completekan final topik. InsyaAllah bulan April kalau tak de aral dan diizinkan Allah makcik balik. Toksah komen2 jeles atau sarcasm. Sampai turn you alls rasalah sendiri okay....

And now, harus prepare slide tuk lecture ke student master pula. Waaahhh...kelasss kan? Tetiba dah jadi lecturer jemputan :). Sib baik dah biasa bagi lecture ye dop? Dolu2 kat MRB pernah gaklah bg lecture ke pegawai2 FELCRA, RISDA & FELDA..dah lama benar tinggalkan dunia tu. Tercakap banyak pula tapi slide belum pun buat lagi, nak lecture lusa...hiks
Kena rehat dulu ujung minggu ni, kembalikan energy badan yg selalu sengal2 ni. Cadang nak jogging ujung minggu nanti.

Till then mari dengar lagu ni and ....adios!



Friday, October 07, 2011

Retro Maya

Gini lah ghupa akanq time mendedahkan aurat...cantik kannnn....agaggaa. Terpedaya dengan Mr. Superman lah ni..hehe

Thursday, October 06, 2011

Beban hampir akhir

Freaking exhausted...currently am carrying 2 experiments in one time. Macam tak pernah pulak..Masa 1st year dulu lagi la 3 experiments sekaligus satu2 masa. But this final topic totally kill me, coz it involve huge amount of water consumption. I need to transfer 70 L water each time plus another 70 L autoclave batches. Autoclave bukan nak steril tapi nak de-aerated kan ia. That is the only way, atawa I need to boiled it pakai kendi lektrik bawak dari rumah.

I need to speed up every thing since now is October and by end of this month I'll finish this bloody task and will never never never do it in my future and the rest of my life ever after. Sangat gagah perkasa kan? My best skarang tak berapa best friend, told me that I'm kind of person who manage to do whatever and complete my work to my best! Tahan banting. Demikian juga menurut my SV, hardworking and dedicated katanya...indeed, I'm killing my self..hmmmm. Kalau nampak sorang wanita comel dok tolak and tarik troly kat belakang bangunan ni, aku lah tu...

After completing this task, I'll move to the leaves pula. More simple as I need to use pressure bomb and collect the sap within 1 minit only. Unlike this one, collecting out-flow within 1 hr. Then I'll finish everything and can focus on writting. Then I can go home....hooyeehhh! And got extra title in front of my name...ngee..amiinnn

Start kerja jam 7.30am sekarang jam 2.30pm, I wanna go home and take a nap. Badan tua tak larat kerja berat...


Monday, October 03, 2011

Salah aku

Assalamualaikum

Argggghhh...kan, bagi salam dulu sbelum nak tunjuk frust..

Frust sungguh krn tersilap manage

Frust sungguh krn tidak mempergunakan masa lapang jadi masa emas

Frust sungguh krn tak pandai ambik peluang

Frust sungguh krn.....

Ahh..pasti ada jalannya nanti

Semoga dipermudahkan Allah segalanya

Friday, September 30, 2011

Mrs. Bean

Suatu hari kak cik sangat mereng memikirkan situasi keewangan kak cik yang meruncing. Tengahari itu kak cik harus membayar sewa rumahnya. Kalau tak, nanti kena bayar extra kata agent rumah sewa. Tak pun agen akan sms reminder "please be advised that your rent is currently 4 days in arrears. Please pay ASAP or contact me. Thank you"- Polan bin Polan, Agen XXX. Kak cik pun mula rasa berASAP kat kepala, kat pungguk dll sebagainya.

Lepas sehari ke sehari kak cik tunggu, duit stipent tak masuk2 jugak...sampailah seminggu lebey. Terpaksa kak cik banjirkan water face tanam hutang ngan member (tak pernah seumur hayat kak cik amalkan budaya ni).

Satu ketika kak cik dah macam cicak kuben, at least cicak buleh putuskan ekor dan lari sembunyikan diri. Tak pun, kak cik mungkin leh jadi tortise buleh khelonq masukkan kepala, kaki ekor dan tangan. Ataupun bergulung2 macam tenggiling, tak pun kamoflag macam agama or pok ko angguk (sesumpah)...taraaa halimunan! Cesh!! Kalaulah kan...tapi tidak. Kak cik meroyan nak gi tangkap ayam la cenggini, petik sayur ke, kais taik ayam ke...buley jugak seratus dua sari...ngee...

Satu petang, kak cik msg sorang teman fb, mintak tolong follow up walhal kak cik tak sure betoi ke member tu ada bau2 pekasam ngan unit yang bertanggungjawab. Kak cik pun msg..."Dear member, wei nko skang kat unit sekian2 kan..buleh tak nko tolong tengok2kan pasaipa stipent aq tak masuk2 lagi nih. Aq da jatuh miskin papa kedana ni wei..tapi kalo nko bukan di sitew takper ahh...nko abaikan jerk la..bubai".

Pastu kak cik call2 la segala mak lampir dan pak lampir yang berkenaan. Call2 tak de sapa pun angkat. Engej je manjang....pedup ah! Selepas dekat 10 kali mendail akhir nya kak cik dapat cakap ngan kuli tukang proses. Kata dia "cek Cik kak stuck kat meja boss, tak kuar2 lagi nih..esok ai pi bank depositkan cek Cik kak". I C....kak cik pun dgn nada clown cakap "Ye ke? Haa tak per ahh...kalo gitu". Padahal dalam hati berASAP.

Semak2 carta organisasi unit pitis memitis tu..aiseh kak cik nampak nama member fb kak cik tadi kat carta teratas. Ooooo...humang belangkas ketam obor2...pekasam cek aq nko yer member!

p.s: Rasa macam Mrs. Bean


Intermission:

Can't believe that am now is compiling results for final chapter!!! Alhamdulillah :)

Wednesday, September 28, 2011

Apa yang ku pikirkan

Tulisan ni dipetik dari DrMAZA. Sangat kena dengan diri dan prinsip sendiri :)......

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Pergi wahai diri, mencari dan meneliti segala rahsia ilahi di alam ini..luaskan pandanganmu supaya engkau dapat lihat sesuatu dari sudut yang beribu.. kembaralah nescaya engkau akan bertemu dengan sesuatu yang baru.. tentang manusia, dunia dan segala berita..bawalah ia sebagai obor peringatan buat diri dan teman.. berjalanlah mendapatkan catatan untuk masa hadapan.. mungkin ia akan lebih aman dari diari semalam.. himpunkan segala kenangan yang indah dan gundah..bawalah sebagai bekalan dalam merempuh suatu perjalanan yang mungkin sunyi dan kembara yang mungkin sepi..kutiplah segala madu dan penawar untuk luka dan calar..temuilah apa yang kau idamkan... mungkin ia bekalan baru buat suatu permusafiran yang engkau pun tidak tahu..


Betul lah kata orang banyak pengalaman, banyak pengetahuannya, banyak ranjau banyak pelajarannya, banyak cubaan banyak pengertiannya...tapi untuk menyimpulkan ke sebuah susunan kata2 yang tak mampu untuk diri sendiri ungkapkan, tercuit hati pula dengan lakaran pengalaman dan bait2 kata orang lain yang lebih matang dan berilmu.

Untuk merungkai rasa hati yang segitu, ku lalui pengalaman dan merungkai erti sebuah kembara hidup selama lebih 10 tahun. Namun, benar juga kata para ilmuan.."Jangan menanti atau berharap seseorang yang baik, kerana tiada seorang manusia pun yang tiak pernah berbuat silap dalam kehidupan ini. Kebaikan itu datang dari sebuah kesilapan lalu, yang mana setiap manusia yang waras itu mengambil pengajaran dan pelajaran darinya". Buah hasilnya sangat manis dan indah" :).

Barangkali juga, seseorang itu tidak berubah...tetapi mungkin kita yang tidak sebenar2 mengenali siapakah dia. Siapa seseorang itu pada hari ini, adalah apa yang dilaluinya sepanjang hidupnya, jadi tidaklah layak untuk kita menilai seseorang itu berdasarkan pandangan mata kasar kita pada kelibatnya hari ini sahaja.

Bijaknya kata2 seseorang itu terpaksi pada tingginya ilmu di dadanya dia. Akan tetapi terdapat juga sebilangan kita yang bijak berkata2 akan tetapi hanya saja menonjolkan bodoh sendiri. Kerana apa? Kerana dari sudut ini, kita juga tidak terlepas dari menjadi manusia yang sombong dan iri terhadap orang lain dan diri sendiri. Kita menolak bahkan membidas atau menjeleki orang lain yang lebih berilmu itu lambang ceteknya akal sendiri. Wallahuaklam....

Semoga diri ini, sahabat2 yang setia berkunjung dan sudi membaca bahkan mengikuti perkembangan diri ini sama2 lah kita memantapkan peribadi dan mematangkan personaliti...amiinnn

Elaun lambat masuk lagi

Assalamualaikum...

Hishi, tengah sasau ni sebenarnya....dok pikir mana nak cekau duit nak bayar sewa, nak renew roadtax, nak bayar segala bil, nak makan dan macam2 lagi. Kesnye elaun tak masuk2 lagi. Dah 5 hari lewat. Bukan kali pertama ya, ni dah kali ke-3 kalau tak silap sepanjang pengajian ni. Haru biru jadinyer..so mula la otak kreatif memikirkan untuk buat part time job. Mana nak fokus study lagi...kann...

Dah dapat "warning" arrears sewa pun...arrggghhh!Menciiiiii.....humm gayanye ni kena jolok RM lah dulu :(..konon kalau tak hantar report or lewat hantar report elaun ditangguhkan. Ini report zasssss! dapat email jer terus hantar, pun lewat juge..Apa nak buat????? Di awang2an terasa diri ini.....

Marah sebab tempohari ada antara SV tak benarkan apply tutor, marah juga bila ada SV sesukati jer suh extend you ada gaji katanya...manyak mana sgt gaji kita bila convert dolar tu. Menyesal tak apply tutor subjek kimia tempohari. Arrggggghhh!!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Karut marut

Assalamualaikum...


Sihat ari ni? Akak tak berapa sihat...badan lenguh2 coz kemaren dulu angkat 70 L air lagi plus angkat lain2 barang tuk set-up experiment baru..Sempat jugak "maki" Victor coz dah menyusahkan hidup ku...uhuks!


Dan ari ni dorang akan tolong akak transfer lagi 50 L ke lab bawah nun..tocey2..


Ni halia nama dia...akak amik dari pantry room satni. Ntah sape yg budiman letak kat sitew. Selalu ada benda2 free orang letak kat situ macam lemon, buah markisa, mangga etc..barang pree amik laa...nak beli mau $4 seketul si jahe ni...Apa ada kena mengena ngan tajuk entry daaa...hiks!


BTW, ni nak mintak perhatian belas ehsan kasih sayang..uols akan rasa stress tak kalo tetiba orang yang memangnya ada masalah psikologi tetiba mintak izin nak story mory ngan uols pasal masalah dier? Sebab katanya dia terdengar akak nangis kat tepon malam tadi. Haa...akak baru bangun tito gosok gigi belum, taik mata pun bertempek lagi. Hmm..akak okeng jer kan...maka dengarlah story mory tersobut dan bagi sepatah ribu patah kata nasihat dan motibasi (sebab mulut tengah masam). Pintu bilik akak ditutupnya tinggal kami berdua... dah tentu tingkap segala belum buka. Cadar selimut pun akak belum sempat kemas. Kesahnyer, manada akak nangis malam tadi? Adik akak tepon coz akak suh dia kecek ngan mak akak yang dah macam Rapunzel tu haa...Dia dok pikir akak nangis sebab dia dah gi gossip pasal akak kat member dia. Kecek2 akak ni terlalu independent, akak patut kawin ngan laki OZ, akak tak perlukan lelaki, dia perlukan lelaki.. Hahaha...totally craps. Akak tak tau menau pun kisah tu, dan tak heran pun orang nak cakap apa kat belakang. Takan la akak nak gitau sumer orang kenapa akak tak kawen lagi, cemana akak leh jadi so strong and tough macam sekarang ni?....Bila orang tetiba rasa bersalah dan datang confess rasa lucu pun nan ado. Habis citer, akak gi mandi pastu chow ke Flower festival kat TWB ngan mak. Kalo ikut malas dah nak pegi, sebab tiap2 taun pergi menda sama jerk dok fest2 kan pownn..Memandangkan akak ni anak mithali, takmo mak akak tu buhsan dan termenung dan mencuka jer balik2 tengok akak berbikini lam bilik..tu jer hiburan dia kannn...hahahha. Caish! Opppss...korang caye ke? Huhs jangan kepikir yang bukan2 key..


Kami dok tengok flower parade...



Kami dok picnic makan2 epal dan orange kat Queens Park, TWB...



Daaa...letih lesu membunga, ajak si adik Asri sekali sb boring katanya kalo gi berdua jerk..Okey selesai citer membunga. Soknya akak gi potoketik ngan mak kat field, ladang canola. Puas bergaya konon ala model minah melayu terakhir ngan mak, akak bertapa kat opis siapkan revise summary result coz SV akak mintak cepat, nak menelaah tika off for conference di Perth 2 minggu katanya..menci tul aku tak apply conference ni dulu. Sambil tu, biarkan mak akak layan citer2 and drama2 melayu yang ntahapa2 kat youtube tu kan..ada tahajjud cinta la, kitab cinta la...bla2.. sumer nak islamic kaedahnyer...Ntah ler..



Pastu akak balik dekat maghrib, tetiba member semalam tanya akak, ada ker akak story mory percakapan semalam coz dia gi market dia terdengar orang dok cakap pasal tu katenyew...haish! Akak mula rasa tak sedapati dan unsecure okey..bukan unsecure sebab akak gi gossipkan dier, sebab akak takmo peduli dah hal2 remeh temeh ciptaan minda terganggu tu. Tapi unsecure dengan erti kata "takut"! Sebelum ni dia dok story orang gossip dia, dia distance kan diri, dia tak pergi lagi kedai orang tu, dia balik nangis2 akak okey lagi (sedangkan semua perkara tu tak wujud). Bila kini akak yang diwatakkan dalam momentum gangguan psikologi dia akak rasa macam posisi akak sgt merbahaya. Apalagi meninggalkan mak akak sengsorang kat umah. Akak tanya saper orang2 tu? Dia tak kenal, then akak pun tak kenal.."mungkin ada orang curi dengar percakapan kita semalam kot"..kata dia...mak aih. BP akak mula naik mendadak, muka memerah, tangan menggeletar. Mula la akak cakap macam bertih jagung non stop tanpa noktah. Sah2 la dalam english kan...huhu. Sapa laa gigih sangat nak datang hendap kat umah kita yang tertutup bagai nih..


Mak ai pose remaja kat ladang canola...hiks



I yang memang remaja sokmo....ekhe khe..



Akak kata, there are no such a things like that, its ridiculous, I just spent my time wit my mum, I wanna live happily, I wanna enjoy my life to the fullest, we are socializing creatures, please don't create problems, people have thy own bisnes, this is un-necessary stress, please stop bother what people outside is talking about, it's not nessecarily about you, we can't control what others behaviour, if you keep continuing your negative thinking towards others its totally wrong! I feel save in this house since what was happened to me last year was very hard, now my mum is here, you are here, we don't have problem with renting payment anymore, we can tolerate better. Even you are Kristian, but I feel better coz I think you are mature and yes you are much more mature then me in term of age. Your situation is improve, you are more happier and my situation also improve. I can now focus on my study bla bla bla......dan panjang lebar lagi. Pastu dia cakap dia rasa akak jauh lebih matang dari dia dari segi dapat overcome stress, more strong...bla bla blah. Terlanjur pulak akak "bergossip" jugek kat sini kannnn... Tau kan betapa depressed nye akak sebelum ni, hinga terpaksa memaksa mak akak datang dok sini sesame. Then she promised not to story mory her physicological problem lagi.. mmmm...watever. Maybe akak terlebih response, bila dia cuma nak pastikan penyakit dia, dan akak pula tetiba rasa berdebar semacam sebab dah mula diwatakkan dalam kisah2 siri goss-ip whispering tu. Haish! Akak kasian jugek kat dia, tapi akak takmo lagi depresi2 dekat2 nak habis ni..Semoga Allah melindungi dan merahmati akak.



Then semalam ada pula member LGM sesedap lidah jer kata "amboi senang sangat you skang, asek jalan sana jalan sini, dah habis kerja ke? dah habis tulis ker?...Mak aihhh...tulung la kengkawan, jangan maen fitnah2 camtew lagi. Mana bukti akak asek jejalan?, perlu ke akak jelaskan kegiatan kerja akak hari2? Perlu ke akak jelaskan pesta membunga tu yg cuma 45km dr rumah yang akak gi hari Sabtu. Perlu ke akak jelaskan sesi potoketik akak di ladang canola tu cuma kat ladang kampus ni? Perlu ke akak jelaskan pastu akak bertapakur kat opis ari Sabtu, Ahad bawak mak sekali?Haish malasla layan korang ni sumer dah..pastu akak kena serang ngan boss sampai bertali2 air mata cam dulu..Pikir logik sket kengkawan..akak ni manusia bukan robot. Kalau yer pun akak datang ngan duit jabatan, akak tau tanggungjawab akak, amanah yang akak pikul ni..takan akak nak releasekan minda keluar dari opis dan lab kejap picnic kat tasik or taman2 tu pun jadik masalah? Kalau tadak modal jangan maen hentam, fitnah dan bawa2 cerita tak matang remeh temeh. Dah penat melayan semua tu....tak usah lah korang nak C.A.R.E (cari alasan rasuk emosi) akak sampai tahap tu.....uhuks! Kang aku sumpah jugak jadi sang kelembai...




Ah...okeng la...da abis menagih kasih dah..Akak nak sambung kelija plak. Bukan selalu ada masa nak menulis pepanjang kisah2 semasa ni kan?? Hehehe



Cau cin cau....

Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah syukur

Alhamdulillah...

Baru sahaja selesai meeting dengan supervisor. Beliau sangat happy dengan summary results terkini dan menyuruh mula menulis untuk Chapter yang last ni..:), so terasa sangat2 lega dan happy sekarang. Cuma ada lagi beberapa set eksperiment untuk melengkapkan data set dan mengukuhkan argumentasi.

Chapter 4 sudah dimanuskripkan dan dihantar untuk penilaian. Chapter 3 harus cuma untuk revise dan perkemaskan lagi. Dan ini Chapter 5 sudah boleh tulis...hooyyeehhh!

Kalau tiada aral, dalam 2-3 bulan lagi siap semua eksperiment then boleh concentrate on penulisan sahaja. Alhamdulillah juga thesis ku dalam bentuk journal paper. So, lebih mudah dan cuma sekali tulis sahaja untuk journal sekalian thesisnya.

InsyaAllah dengan izinNya, sekiranya bulan April ini siap...PhD ku cuma 3 tahun 1 bulan sahaja...amiinnnn Semoga dipermudahkan segalanya.

ISA...Mimpikah ini?

Wau...statement awal yang keluar dari mulut bila aku mula baca teks penuh perutusan PM sempena Hari Malaysia

Jujur, aku sangat terpesona dengan ketinggian bahasa, kebijaksinian wacana dan wahana dan berdoa penuh harap semoga ianya benar, ikhlas dan jujur demi kesejahteraan bangsa kita yang berdaulat. Err..siapa yang tulis tu? hahaha..ada lagi curiga hati nih.

Dan...4 perkara di bawah yang paling memukau. Alhamdulillah, kiranya kita tidak sombong, zalim, tidak berasa superior, merendah diri dan mengakui buruk baik sesuatu amalan atau perlaksanaan maka inilah yang dirasa oleh rakyat2 marhaen seperti hamba. Rakyat marhaen yang memberi amanah kepada kalian merasa senang hati..

Ni sebahagian petikannya...

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Semoga segalanya semakin membaik dan telus..

Wednesday, September 14, 2011

MERDEKA lah yang sebenar-benarnya!

I like this article too much!

http://tukartiub.blogspot.com/2011/09/fakta-sejarah-hingga-hari-kiamat.html?zx=dcb096545f766417

SPM dulu, satu2nya subjek yang aku dapat A1 adalah sejarah..LOL. Aku hapal dan khatam buku sejarah tingkatan 5 berkulit cekelat tu. Dan satu2 nya classmate yang aku minat-tak paham lagi istilah ni time tu- tiap2 hari pinjam nota sejarah aku. Jiran kat kampung yang mengulang di ZABA ntah ke berapa kali pun pinjam nota2 kecik sejarah aku gak. Kawan sekelas yang dok sebelah meja masa exam SPM pun tiru jawapan aku...hahaha..sungguh tak aci tau cikgu yang jadi pengawas exam masa tu asek2 gi tengok kertas jawapan aku, pastu asek2 pegi gitau kawan tu..essei kertas sejarah aku pasti lah 100% apa yang tertulis dalam buku teks. Tapi takpe lah, aku sedekahkan ajer.. lagi tak acinya Add math dia dapat A1 aku tak tiru pulak yer, hasilnya aku dapat tonggeng C6 jerk! haish...

Moralnya di sini, this is what will always happen in reality..dulu, kini dan selamanya. Di sekeliling pun hidup kita selalu dimeriahkan dengan kehadiran manusia2 begini dan begitu. Yang berjuang dengan khudrat, darah dan nyawa akan sentiasa dilabel pengkhianat, pelampau, terrorist dan sebagainya. Yang "bijak", "panjang akal", petah bicara akan sentiasa naik dan diherokan..tak kiralah di zaman mana pun di bidang mana pun. Asal saja alasan itu sedap dan berselera bagi mereka.

Pernah tak korang pikirkan kenapa kisah2 Tok Janggut, Mat kilau, Dato Bahaman dll tidak ditonjolkan sangat dalam buku sejarah? Kisah2 mereka cuma diceriterakan sebagai penderhaka dan tergantung di mana2. Pernahkah korang terpikir macam yang aku dulu selalu pikirkan. Istilah DARURAT itu apa pengertiannya?

Pengalaman pernah masuk kawasan bekas komunis Malaya di Daerah Ketari, Pahang masa mula2 kerja dulu tetiba berlegar di fikiran. Masuk bagi ceramah dan demo teknologi upstream industri getah. Mereka semuanya berbangsa Cina dan kebun2 luas berpuluh hektar jauh ke dalam hutan sana. Bila diberitau bekas komunis, rasa gerun pun ada tengok wajah2 mereka yang tipikal tanpa senyuman mendekati bengis....

Siapa pula sebenarnya Panglima Salleh di Muar, Johor di era Onn Jaafar? Era kebangkitan pejuang2 melayu sebenar yang rata2 mendapat pendidikan di Timur Tengah..Ibrahim Yaacob dll.....renung2kan

Alif min nun wau = UNTA

Wordless Wednesday



Tuesday, September 06, 2011

Raya di rantauan

Assalamualaikum wr.wb...

Seperti yang dijanjikan, ini entry raya untuk tahun 1432 H..sebok tak sempat nak citer panjang, so layan video kat bawah yer...oky doky...





Amacam? Hebat tak kitowang? hehe..

Wassalam!

Friday, August 26, 2011

I'm a fighter

I've just had meeting with my supervisors....and yeaa....

"We not gonna go against the university's rule or policies, otherwise we all will getting upset. You can complain it to the PGA, not to a technician or who ever else. Our need is similar to your need, but in order to get things happen we not gonna fight for something which has not gonna come out with a better output. We won't fight or winning over something that we know we've already lose. Rather than wasting time on it, we better do what we can with the existing facilities or systems".

Hmmmm....am I stubborn enough? Actually, yes I am......huhu, but as I know myself better than others..I will only satisfied after I was convinced with the logical reason. OMG! That's the critical side of me. But I think its good, because I can express my feeling and my though/principles/believe.....or anything you like

If there is no personel like me who got a ball (mmg aku tadek ball pun sb aku bkn lelaki..hahah) to say...than who else? Siapa kata pengurusan or rule takleh diubah bilamana ada suara2 menuntut hak?? Hmmm...whatever, I just got few experimental sets only, after that I'm done!!!

Now, I'm on Raya mood...don't wanna talk bout it anymore..


Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah



Sangat penat mental dan fizikal aku kala ini...tadi ingat takmo datang opis nak tido je kat umah. Sempat la buat kue2 raya tak comel sikit sebanyak. Terapi minda kononnya. Malas nak datang opis sebab malas nak pikir pasal masalah semalam. Takmo bukak email dan nak lupa sekejap...


Tup2 dapat email feedback proof read manuscript paper...terpaksa la gagahkan diri datang juga opis tengahari ni. Sangat efision makcik Carolyn tu, rasa tak kena plak kalu aku tak reply cecepat kannn....


Dah bukak email terpaksa lah juga baca email2 pasal air tu kan...nah...tengok atas tu, berjela komunikasi dgn pelbagai pihak yang terlibat. Semua supervisor dan semua technician...hambek ngko....dan sekarang, Alhamdulillah dah settle masalah dan aku boleh senyum dan bergumbira di hari raya yang bakal menjelang..hiks!


Hari raya nanti yang kononya will be my last raya kat sini akan disambut dengan meriahnya..dah plan dah open haus kat taman, sesi videografi, panggil semua kawan2 dan orang2 uni yang berkenaan..InsyaAllah liputan besar2an bakal menyusul :)


Till then, SELAMAT HARI RAYA, MAAF DZAHIR DAN BATIN kepada semua!!!


Eh lupa! Tu ada ucapan raya from my boss di LGM juga...Massihhh!......