Ketik

Tuesday, April 15, 2014

Good stuffs to share with

Bulan lepas tercatatlah dalam sejarah misi Jepun re-visit . Percutian selama 5 hari yang sangat productive. Antara tempat yg sempat dilawati termasuklah Roppongi, Asakusa, Tokyo Skytree, pergunungan Fuji, Tokyo Disneyland dan banyak lagi. Hari2 berjalan dan menjelajah kawasan sampai betis, kaki semua sengal berdenyut2. Tercepat 2 minggu dari spring, masih berkesempatan main salji di penghujung winter. Sakura pula baru keluar kudup. So tiada aksi2 berbunga2an di sini..akibat merujuk takwim musim yang ketinggalan zaman di internet :'(

Kalau ke Jepun antara tarikannya haruslah makanannya...ini antara hasilnya.


Half boiled or 1/4 boiled eggs a.k.a "telur gediks" yang sedia dimakan. Sudah masak dan berkupas disertakan ketchup manis. Ini namanya breakfast on the go!


Bowl sashimi! I love it with slightly burned salmon. See the gold caviar at the top? Hermmmm...yummylicious. Interestingly the ginger pickle have no added colour. 


This is Soba mee....ermmm sedap jugak dgn rasa shitake dan seaweed nya..come together with capsicum and large prawn tempura and hot lemon tea..slurrp it in winter at 10 C...what can I say?


Keledek bakar! Selalu kan cartoon/drama Jepun makan ni? Dibakar dengan batu2an hitam macam buah berangan tu menghasilkan rasa yang sangat sedap dan manis tulen.


Ini open tiket shinkansen train..bullet train yang terlaju in da world tu lah...


Shasimi again! Kali ni makan raw pula..ada shrimp, scallop, red snapper, squid, tuna, salmon dan edible flower plus wasabe.. mmg sedap lah kecuali red snapper tu yang keras liat dan hanyir..tapi licin juga piring tu heheh..

 Ni tempura udang king saiz, bersama sayur2 macam pumpkin dan eggplants. Sedap, gebu dan ranggup.


Apalagi...posing ler, dekat Tokyo Disneyland dan pengunungan Fuji. Rupanya bukan sepanjang masa gunung ni diliputi salji. Ada musim2 yang saljinya dibuat. Entah macamana buatnya untuk open area camtu, pembenihan salji la kot. Satu lagi fakta, kat sini perempuan adalah dilarang dari bermain ski. Fuji princess akan cemburu, menyebabkan malang dan tiada bunga masa spring katanya. No wonder bila datang sini sunyi jer...tak macam Perisher kat Australia. Orang Jepun memang gila kerja dan kurang bersuka ria outdoor. Mereka juga suka judi vending machine. 

Orang dia suka berjalan, menggunakan public transport (train terutamanya) dan basikal. Rasanya bukan sebab gaya hidup sihat. Ini kerana menurut tourist guide ke Fuji kami, untuk ambil lesen memandu saja kena hadir kelas selama 3 bulan, fees sangat mahal. Untuk miliki kereta mereka perlu mempunya garage sendiri, otherwise kena bayar sewa parking bulanan semahal USD 3000 per month. Itu polisi sengaja kerajaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan bermotor di jalanan terutamanya kawasan2 bandar metropolitan. Parking basikal turut berbayar. Kalau salah maklumat ni, saya tak bertanggungjawab hihi, pasalnya kat luar bandar banyak jer kereta nya. Kesian, pengeluar kereta terbesar tapi rakyatnya sendiri tak mampu nak berkereta. Kita mampu nak ikut trend ni??

Lagi fakta, org Jepun semaju mana pun mereka, kartun tetap di hati. Tua muda lelaki perempuan. Ada ke pakwe or laki korang sanggup beli, bawa dan pakai anak2 patung, topi kartun, riben rambut macam mamat dengan awek kat gambar atas tu? Haha..you will be so sweet to do that.


Kami, rombongan mak limah...hari last kami sempat ke masjid dan bersolat di sana. Selainnya solat kami merata2 di atas tomb di kawasan shrine, di taman2 dan kerusi menunggu di station2 train etc.