Ketik

Sunday, February 21, 2010

21st Feb 2010: Kata Aku dan Rasa Aku....

Lama tidak menulis...kerana sangat sibuk dgn study dan persediaan untuk confirmation seminar yang akan berlangsung hujung bulan depan.

Gatton skrg summer, di waktu summer ini Alhamdulillah cuaca tidak extreem dan banyak hujan. Sekali sekala banjir kilat. Di musim ini juga kehadiran lalat sangat banyak sekali. Di serata rumah ada lalat, kadang tidur malam berteman musik dari dengungan si lalat. Mula2 kesah, membanting tenaga menghalau keluar. Lama2 sukati kaulah lalat...tapi dia pandai, bila lampu off dia pun ikut tidur. Kalaulah lalat tu bertukar menjadi raksasa lalat macam dalam movie tu....ngeri. Lalat2 ni juga suka mengejar kita kalau berjalan di luar rumah dan berlegar2 di kepala dan telinga. Jangan tak percaya dia boleh main2 dalam rambut lagi. Di tong sampah kadang2 larva lalat ni sebesar batang mancis, membiak semalaman saja..so makanan haruslah ditutup dan dijauhkan dari serangan lalat ni, kalau tak nanti berak lalat haru. Mayat2 lalat bersepah di lantai dapur tiap hari kena bedal :)


Ni cerita lain pula. Semalam waktu telefon my mum di kg, saja nak berbual2 kosong dengan beliau. Tiba2 beliau menyebut "kalau masih ada umur". Kalimah itu buat aku terdiam kelu tidak terkata...Adush! Tak dapat bayangkan kalau ma dah tak ada lagi. Tiada sesiapa lagilah untuk mengadu nasib dan bersenda gurau..Aku terfikir, hidup akan lebih "keseorangan". Tiba2 aku marasa sayu dan pilu. Ma yang sangat mithali, kerja kuat menyara anak2 sendirian hingga besar berjaya belaka, ma yang sangat tabah dan sabar, ma yang celik modenisasi, ma yang waktu dulu2 sangat susah hidupnya setelah kematian abah 25 tahun yang lalu, ma yang lemah lembut, ma yang sporting dan ma yang segala-galanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita harus bersedia menerima segalanya dengan redha. Dan walaupun ma yang berkata demikian tidak bererti dia yang akan pergi dulu...aku yang masih muda juga tidak tahu rezeki, jodoh, ajal dan maut ku.

Wallahuaklam.