Ketik

Thursday, September 27, 2012

Mulakan hidup baru

Hola! Sudah hampir seminggu saya balik...tp sgt bz coz banyak urusan nak kena buat untuk memulakan kembali kehidupan baru setelah 4 tahun berhijrah ke luar negara. Jejak je kaki kat KLIA Ahad lepas terus dibawa ke rumah parents 'driver' kat Puncak Alam..hoho driver tu kawan abang saye lar sb abangde saye sgt bz sepanjang minggu ni, dekat jer ngan rumah saya di Subang Bestari tapi tak balik rumah pun sb kunci takder kat tangan. Petang baru sampai Pulapol N. 9. Lepak kat situ dan uruskan perihal settlement kereta kenek. Kena settlekan semua baki then baru saya layak apply loan kereta baru..haish! Urusan bank tak lancar dan cekap as expected...baru rasa hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri...baik lagi negeri orang..... seriously, I told you seharian berurusan dgn bank pun tetap tak settle juga. Ada ker patut, just untuk re-activate ATM card dia suh saya cari branch lain or datang esok, semata2 sebab customer tgh ramai. Wadahek! Org dah datang dari jauh berpuloh km drive sejam lebih. Sib baik saya sopan dan sabar orgnya, kalo tak pasti mamat kaunter tu kena ceramah panjang.

Nak settlekan baki installment kat ambank pulak kata loan tu ada legal, branch dia xleh check so takleh terima bayaran. Maka esoknya kakak ipar bawa ke Seremban, sian dia kena drive, slow2 60km/j jah coz saya dah tak mahir manual sb 4 taun pakai auto kat oz..hahaha..aisheh! Padahal dulu sangat remp it bawa manual. So kami gi 3 braches ambank sebab 2 branches awal xleh check legal dan xleh terima bayaran. Kat branch ke-3 check punya check rupanya xder legal fee. Time nak bayar, adeker kaunter tanya kita, sapa yg check legal, melayu ke, nama apa, macamana rupa dia...padahal 1 tinggkat kat atas office yg sama jerk...dahla cakap bisik2 dan tangan tutup mulut..wadahek lagi. Dah bayar RM7K++ release letter pulak takleh keluarkan sebab loan application dulu kat HQ KL. Kalo geran takleh release logik lah, ini release letter pun tak boleh??? Tempoh menunggu nombor dipanggil di setiap branch tu tok sah cakaplar....

Sangat kuciwa dengan mutu service bank ni, kemudahan perbankan online ada, zaman ni semua online pasaipa dorang tendang me sana sini cam bola?? Humm...bukan nak puji or lupa daratan, tapi kat OZ, pejabat PBT setempat cuma rumah kayu, staff cuma 1-2 org tapi semua urusan macam bayar REGO (roadtax), registration kereta, claim bond etc boleh dibuat di post office dan selesai cuma dlm bb minit saja.. Kalo org boleh kenapa kita tak boleh? I don't have any answer melainkan PBT kita sibuk rebut/kekalkan kuasa, aimed for profit but ignoring qlty service and customer need.

Then kami ke showroom kereta...continue urusan yang tergendala bulan sudah. Since, no more issues with that mini pencen even my name still under bad record * sangat frust yer...bad record bukan sebab diri sendiri tapi org2 lain. Tapi...iyalah rezeki kita bukan untuk kita seorang, dalam rezeki kita ada bahagian org lain yang puncanya melalui kita, so I can't express my frustration but redho...mungkin ini ujian untuk menjadi orang yang ikhlas dan mensucikan hati...

Sekarang saya di Temerloh...sampai malam tadi dihantar abang n family..kami bertolak dr Pulapol jam 10.30pm sampai jam 12.30am, tidur sat coz my abang sgt penat balik latihan menembak terus ke sini dan terlelap bb kali while drove. Kul 4am dorang balik...So saya di sini untuk ambik/pinjam kereta kancil nazak kakak untuk balik KL ptg ni, coz esok kena gi office ambik slips gaji dan surat NCB dari Takaful Malaysia untuk urusan beli kereta baru. Hopefully by next week loan lulus dan another week I can get my new car and by 8th dah mula kerja. Haiya!...tak sempat nak gi liburlar...nak gi spa, nak gi check weight loss programs, nak laser my gallstone bla3...huhu..pendekata nak groom dulu lah...tapi nampaknya masa sangat singkat, 2 minggu tak cukup. Should I postpone my report duty to another week? Heheh..ontahlah, if everything gonna be fine, its not a problem for me to get all things done when already start work..hermmm..Sudah bersediakan untuk saya kembali berkerja??

Saya tak nak sebut kembali ke kehidupan lama, saya sebut mulakan hidup baru..coz am strongly believe in positive aura to get a happy and better life. There are lotsa joy lights ahead that ready to be explored. Yang penting kita tetap down to earth..ibarat kata "Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tunduk or "Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya"...jadi somebody yang berpersonaliti dalam masa sama jadi org yang disenangi dan disayangi semua lapisan sosial.

Friday, September 21, 2012

Allah tabahkan dia...

Saya sekarang masih lepak di BNE rumah Ursula, tak sabar nak tunggu esok malam take off. Malam ni nak gi tengok light show di pinggiran Sungai Brisbane yang ikonik tu.

Satni saya baru balik jumpa dengan Kak Tikah housemate pertama saya masa sampai sini penghujung tahun 2008 lalu dan luch sesama tepi tasik UQ. Duduk di garden bench yg sama waktu pertama kali kami ke sini pada jamuan raya beberapa tahun lalu. Waktu memula sampai saya menumpang di rumah kenalan kawan 2 minggu, tidur di sofa bed kat living room jer sebelum berpindah ke rumah Kak Tikah di tepi sungai Brisbane. Dia datang lebih awal beberapa bulan dan iklankan cari housemate dan kenalan kawan tadi passed no phone ke saya. Then kami jumpa di bus stop, tengok rumah pastu malamnya pindah. Sempat pindah 2 rumah dengan beliau sebelum pindah ke Gatton, rumah ke-2 kami duduk tenggelam banjir besar 2 tahun sudah semua harta benda, kereta dan termasuk mesin basuh yg kami gi beli sesama gone. Bukan itu saja dugaan dan kesulitan beliau...satni, saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan....

Waktu saya pindah dari rumahnya ke Gatton, Daryl datang jemput. Masa tu husband dia ada kat sini..maknanya saya sempat jumpa husband dia 2 kali, masa pindah rumah dan beliau ada tolong angkat barang..lepas tu saya ada datang sekali sempat kami lunch bersama di rumah mereka. 2 tahun lepas saya dikejutkan berita husband dia kena leukimia akut dan warded di sini, masa datang untuk beraya bersama anak isteri. Setahun yang lalu saya bertanya keadaan kesihatan beliau dan katanya sudah sihat. Satni....saya tergerak hati untuk tanya, saya diberitahu beliau sudah meninggal genap setahun yang lalu syawal yang lepas...Al-Fatihah. Antara terkejut dan rasa tak percaya saya terus memeluk lengan Kak Tikah dan air mata hampir bergenang. Hummmm...itulah bukan jauh sangat Gatton-Brisbane cuma 1 jam perjalanan tapi kerana kesibukan, saya cuma menjenguk beliau antara 2-3 kali setahun.

Beliau cuma 2 tahun lebih tua dr saya dan husbandnya juga masih muda...melihat beliau dulu seiras dengan abang sulong saya. Kak Tikah sangat kuat dan tabah. Masa memula ke sini, beliau datang sendiri bersama baby Ammar yang masih merah kerana husbandnya sayang untuk berhenti kerja. Saya masa tu kagum melihat beliau sangat berdikari dan menguruskan segala2 sendiri dari hal kereta, angkat peti atau TV yang orang let go dari tepi2 jalan...situasi ni biasa di sini..bila orang nak let go barang mereka akan buat garage sale atau letak luar pagar dan label "take me".

Kalau saya menghadapi dugaan kecurian rumah dan dianiaya kawan...itu bukan apa2 kalau dibanding dengan dugaan yang dialami beliau. Rumah ditenggelami banjir dan pemergian suami tercinta...sangat menginsafkan saya..usia perkahwinan mereka pula masih sangat muda..Kak Tikah kawen kalau tak silap saya masa umur 32, sekitar 2 tahun sebelum ke sini...sekarang tahun ke-4 di sini, mereka berjauhan, kemudian tahun lepas meninggal..bererti perkahwinan mereka cuma sekitar 4 tahun, bersama cuma seketika dan Ammar baru berusia 3 tahun....sangat sedihh.....Ya Allah Kau teruskan tabahkan beliau dan saya juga doakan beliau cepat selesai PhDnya...aminnn..

Wednesday, September 19, 2012

Thesis submitted

Sekarang dah submit...now what?? Aiseh! Boring la fuleks dah takder apa nak dibuat :/..gi bank transfer duit baki ke Malaya? esok pagi lah, terminate postpaid? lusalah...balik pack barang? ermm...pagi esok jerk lar...

Now sesambil copy semua files dr office dekstop ke external HD, demam pulak tu...tidur dulu best gak ni :)

BTW, proses submit thesis kat sini sangat lain dngn waktu saya buat master kat UKM 10 tahun yang lalu. Entah2 local uni sekarang pun semua dah pakai sistem berkomputer ni.

Sini, thesis kita tu kena convert ke pdf file, upload online kat http://espace.library.uq.edu.au/rhdsubmission bersama dengan submission form yang wajib di-endorsed oleh main advisor, PGC dan kita author serta pdf abstract sahaja. Pastu generated email reply akan kita terima mengatakan submission complete dan akan di-check format tepati standard UQ oleh graduate school editor untuk approval mengatakan thesis kita tu sedia dihantar ke pemeriksa.

Sebelum tu sekitar 3 bulan sebelum submission kita kena nominate at least 4-6 potential examiners berserta kepakaran dan contact details. Almost all my nominated examiner adalah aussies cuma sorang professor dari US. Finalised examiner graduate school akan pilih dan kita tak tahu sapa yang terpilih. Syarat nominated examiner tak boleh ada collaboration works or shared authorships mana2 papers dgn advisors kita dalam tempoh 10 tahun terkebelakang. See...no bias kat situ. Ni untuk menjamin kualiti thesis dan research UQ, Ate...katanya berada di tangga 46 universiti terbaik dunia, 5+ star QS :)....nko hado? hahaha *gelak riak..top 4 dan top 6 pun tak der bintang QS...hahaha jangan marah kawan2 ku yang budiman....ermm anarsis demi kebahagiaan diri sendiri itu suatu kewajipan dan rawatan untuk segala kesengsaraan :p. Kalau saya genius MIT barangkali saya tak berada di LGM keh keh


Pastu, tunggulah outcome dari examiner dalam tempoh 6 minggu ke 2 bulan. Tergantung kualiti thesis kita kalau minor correction..alhamdulillah, kalau major correction..huuu nauzubillahimzalik! Na mungkin! Puyau! Nehi! hehe...insyaAllah, semuanya akan baik nanti, sebab at least 5 kali setiap chapters direview oleh Daryl atau Dr. Donald...lebih 15 kali oleh author ni, dan sekadar misspelling dan simple grammar sekali atau 2 kali oleh Madan dan Dough hahhaa...

Banyak kemudahan menulis thesis kat sini, tak macam masa master dulu. Semua references automatic insert masa menulis guna program endnote, boleh pilih antara beratus2 format di dunia penerbitan scientifik...huuu payah la nanti balik Msia xder Endnote :(. Pastu formatting pakai words punya option jah. Bayangkan 10 tahun dulu, beribu references kena taip, susun dan format manual, table of contents, table of figures, list of tables, preleminary pages termasuk cover, acknowledgements etc semua manual. Mana tak setahun menulis thesis saja kan... sampai hilang ingatan segala....Skang semua sudah terformat tinggal masukkan jer :) Terima kasih kepada teknologi. Dan buat PhD ni alhamdulillah tak mengalami masalah short term memory lost macam dulu.

Pastu masa upload thesis dia siap suh pilih nak kaler apa untuk kulit thesis..so pilih maroon ah..sama dgn kulit thesis master dulu..nanti nak display kat lemari kat umah hehe..takyah susah2 nak print bebanyak, hantar kedai potostat dan jilid hard cover macam zaman master dulu. Siap dijilid dan dihantar ke alamat provided nanti. Cuma Daryl mintak copies untuk dirinya sendiri dan lain2 advisors serta offer acount number untuk cost printing dan penjilidan.

So total pages is 244, total words 70k++ , skit lagi nak exceed limit 80k..thesis kat sini 100 pages pun dah cukup sebenarnya. Tapi my works punya banyak nak kena evaluate dan nak kena persembahkan so makan 200++. InsyaAllah 1 chapter dah final stage manuscript dan chapters yang lain nanti edjas jer ke format papers dari Malaysia untuk publication...ahhhhhhhhhhhhhhh...sekarang dah boleh menarik nafas lega..Alhamdulillah :)




Tuesday, September 18, 2012

Selesai

Alhamdulillah hampir selesai...sepatutnya submit thesis hari ni dan balik esok, tapi sebab terlambat confirm teket dah terbatal online uhuks. Takper leh postpone submit thesis hiks!...Tapi sebenarnya memang belum ready nak balik lagi....sebab nak shopping dan lepak2 dulu hihi..so mintak org pentadbiran tempah tiket hari Khamis, tapi takder kapal yang terbang plak hari khamis..uhuks lagi..Jumaat plak fully book daa...so terpaksa I balik Sabtu..yeeehooo! boleh lepak kat Brisbane dan shopping2 dan jalan2 dulu.

Jadinya muktamat upload thesis kat espace esok la jawabnya. Daryl pun nak jumpa lagi hari Khamis ni..huhu..sayang jugak dia kat I kannn...hemmm proses nak finalise thesis manyak ngek jugak. Dah convert ke PDF pastu check ada cacat lagi, convert lagi cacat lagi nge nge nge...walhasil hari ni sejak kul 3.45pm sampai 6.30pm satni dah berpuluh kali convert delete, baiki convert delete...akhirnya semua dah cantik hopefully dan takmo tengok lagi dah..dah jelak.

So tinggal esok proses meng-upload kat espace pulak harap tak ngek lah. Then kena tunggu seminggu graduate school bagi jawaban thesis ready untuk dihantar ke examiner dan tunggulah ~ 6 minggu untuk dapat correction. Malas tunggu I balik jerk buat dari rumah..so bila correction selesai, semua selesai InsyaAllah bulan doblas konvokesyen. Harap konvokesyen yang terakhir ni menjadi yang termanis dalam hidup :) sebab pengalaman yang sudah2 tak best dan menyedihkan...

Monday, September 17, 2012

Farewell Party

Yeahaa...Sebenarnya Khamis lepas juga kami ada seminar dan sy menyampaikan seminar terakhir saya di sini. Waktu tengahari kami ada party...farewell party yang di-organised oleh advisor saya Daryl Joyce khusus untuk diri ku hihi...terasa diri ku begitu berharga muahahahaa.



Ehem! Nilah boyfriend saya Andrew...Andrew yang kacak dan gagah perkasa itu. Sedang memotong pizza yang dimasaknya sendiri. Yes! Dia sangat hensem, baik, bijak dan lemah lembut (sopan! bukan lembut auww tu). Ya! Saya sangat suka lelaki yang lelaki tetapi punya ciri2 mithali yang bukan saja romantik tapi pandai masak, rajin tolong isteri basuh baju, pandai urus anak sama naik ngan isteri etc2..... aih sukati lah cita2 katanya, amiiiiiinnn....hahaha... X-student Daryl, dulu dia lecturer kat Arizona, pastu balik OZ tanah tumpah darahnya..eh saya pernah cerita pasal Andrew sedikit masa dulu.


Neway...ni cuma sebahagian dari ahli group kami..ramai yang baru2, yang lain2 kebanyakkanya sudah graduated.

Sunday, September 16, 2012

Syukur Alhamdulillah

Hi...sudah seminggu lebih tak update, rindu saya tak ehehe..

Anyway, ini adalah hari2 terakhir saya di UQ Gatton sbg Research High Degree student. Whatever it is you have to praise me coz I manage to finish my PhD within 3 1/2 years hihi. Not many could do this since most commonly it took 4 years to complete PhD overseas..sometimes people goes to 5 years.

I challenge my self that the extra time given to me to get better band for IELTS was paid off when I got 7 overall. I prove to many people in organisation who don't believed I can do my PhD abroad. Well, even my english isn't well competence.

Then, at the beginning my advisor said am quiet layback and pretty slow compare to others coz am leaving school long enough (7 years) before I start my PhD, whereas others continue straight away after their master degree. Where I actually work at home for my lit. review and just submitted when I finished the whole bunch. Again am prove him wrong. During our final meeting last Thursday Daryl and Madan praised me high and compared me with their other student who actually start earlier than me but doesn't progress well and not finish yet. They said I worked very hard, I was very dedicated, bla-bla-bla....I actually don't get it at first and asked them "who are you talking about, me?" they said "yes!" hehe...then I said "Thank you".

I told them, may be because I don't have any other responsibility..and expressed my understanding on their circumstances and compare to my condition when my mum was here for 8 months in the last year. They said "but you still progress well and manage to complete your responsibility"...hehehe...deep in my heart I feel so good...I don't care anymore what people said about me before..What I know is.... I be a better person, I do my work, I complete my tasks. Once my friend asked me what is my formula...I just told them, be hardworking and never missed solat hajat pray to Allah to makes everything easier. Plus, I never took 1 month full holiday even we are entitle for it. The longest was just 3 weeks in the 1st year. Then only 2 weeks in the 2nd year and only weekend escaped to Japan and Sydney. This year I just took 1 week after symposium and 1 week during my sister's weeding. Thats all my holiday in this last 3 1/2 years. Wonder why I never go to other part of Australia or NZ? Maybe being single is the major cause why am in the office 10-15 hours a day and 7 days a week :).. indeed few incidents happened and once my friends don't like me much and gossiping me just because I'm not really into party. Well, how can I explained more...when most of the time I was exhausted and what I need just a rest after work and I don't really like to postpone/left my work 1/2 way just because want to join them party? My condition, even everyone's condition is different.

In my case, I can't stop my works 1/2 way because to get back on track after pause is very hard for me. I need time at least 3 days or a week to get it back. Yea yea...coz am not like I am when I was 10 years ago...am older lady now :p. And I am not type of individu who loves to be surrounded by many people, talks and laugh when they stress or tired. I just love to be alone, chat to my sisters, hangout with my best friend or just get a quality sleep.

So!...I'm finish..whats next? Well...as usual, since am become an adult, I never have specific plan in my head. I just hope for the best in my life. What ever comes around I'll grab it and give all my best to get it. If they are not mine I will just let them go...no regrets. Allah knows best and what we get actually is our destiny...they are always the best for us :)



Saturday, September 08, 2012

Apa tu Gangnam?

Kecoh ya isu Gangnam (video kat bawah) yang kononnya fenomenal skang ni...sebalik fenomenal tu ada kontroversi dari sudut pandangan bijak pandai. Personally I have to admit that I am freaking salute to those rappers for their intelligence and talent to deliver social satire in such kind a way easy to catch attention yet entertaining...termasuk rappers dlm video entry sebelum.


Apa sebenarnya Gangnam ni?? Video ni capai hit nearly 200 juta di youtube (waktu entry ni ditulis) dan widespread across US and the world macam lalat muncul selepas winter.punyalah nak bayangkan sakin banyak dan pantasnya ia tersebar dan jadi popular.

Sekali tengok takder apa yang special ttg video ni, penuh dgn tarian bodoh tak berakhlak dan erotik oleh penyanyi Korea yang tak hensem dan montel tak macam rata2 penyanyi Kpop lain yg berwajah feminin dan menjadi idola banyak anak gadis. Dengarnya Psy ni graduate Boston University. Lirik simple, video acting nampak lucu atau comel di mana penyanyinya seperti menayang kebodohan sendiri ni rupa2nya ada mesej yang sgt bermakna. Dunia yang tak tahu makna lirik terus terikut2 dan banyak vidoe parody muncul di youtube. 

Hakikatnya Oppa Gangnam Style adalah subversive song and dance untuk menterjemahkan gaya hidup jelek dan penuh kepura-puraan komuniti elit di satu tempat bernama Gangnam di Korea Selatan secara lembut, berhumor dan penuh menyampah. Simple song, simple dance yang menggundang forum intelek di internet, dan di mana2 medium rankaian berita dunia. Tentang budaya, jatidiri, cara hidup dan bahasa Korea itu sendiri. Sebalik Korean sendiri tak tahu apa yang specialnya ttg video ni, tapi ia dah jadi superhits worldwide .
Kabarnya ada ustaz yang dah menegur dan melarang Gangnam dance ditiru2 oleh masyarakat muslim.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini: Gangnam Style


Friday, September 07, 2012

Bangkit



Okay saya sangat suka lagu ni..selain sesuai sebagai lagu kemerdekaan alaf baru (* saya tak bercakap tentang lagu janji dicapati), lagu ni jugak bagus sebagai lagu motivasi selepas lagu Fikirkan Boleh..lirik dalam jawi lagi. Well done! Ada makna yang jelas...bangkit dibawah panji bulan sabit yang bererti dibawah naungan agama islam..tak sujud pd sesiapa di bawah langit bermaksud cuma takut dan tunduk pada kuasa Allah bukan selainnya..patut diaplikasikan pada semua bidang kehidupan.

Jika kita dgr ada yang berdiskusi menolak pemerintah yang rasuah, salah urus, seleweng dana awam atau menjajah minda rakyat bukan bermakna dia tidak cintakan negara..bahkan dialah yang cintakan negara kerana tdk sanggup membiarkan negaranya musnah ditangan ahli politik yang tdk layak. Bukan bermakna juga dia menyokong pembangkang kerana dia tahu pembangkang juga ahli politik. Rata2 ahli politik bak menanam tebu dibirai bibir..rata2 ahli politik zaman ini masuk politik untuk jadi kaya poket sendiri. Jarang yang benar2 berfungsi sebagai wakil rakyat. Sulit untuk ada pemimpin seperti Amirul mukminin di zaman Rasulullah dulu. Waimo PAS tdk lah maksum kerana pun ada jg unsur2 kroni dan poket sendiri, tapi sekurang2nya berusaha ke arah yang dituntut al-Haq.

Pun tidak bermakna saya PAS, kerana saya tidak pernah mengundi seumur hidup. Golongan berkecuali atau sinonimnya "atas pagar" bukannya lalang tetapi golongan pemerhati yang cenderung ke arah yang lebih layak. Kerana itu kalau mengundi, saya tidak akan pilih parti tapi pilih individu (calon). Tidak bererti bertukar kerajaan, negara runtuh atau rakyat berpecah. Tidak bererti juga dgn muncul kerajaan baru negara lebih stabil, kerana manusia cumalah manusia yang mentadbir..betapa sulit untuk memenuhi keperluan sendiri, sulit lagi memenuhi keperluan ramai. Cuma alangkah bagus sekali jika wujudnya "kuasa rakyat" kerana rakyat yang memilih pemimpin so rakyat lah yang layak menentu dan mencetus keputusan pemerintah. Rata2 negara maju kuasa rakyat adalah kuncinya. Hairan kenapa sesetengahnya melenting bila ada yang bersuara, tidak faham hak mungkin?

Isu LGBT juga bukan isu politik tapi isu kembalinya manusia ke cara hidup zaman jahiliah. Tidak bermakna pula saya menyokong PKR, pun juga parti keluarga sama mcm umno.

Tidak kira arah mana kecenderungan politik anda, anda tidak berhak memaki hamun, mengherdik dan melabel pihak yang lain. Malaysia tertubuh oleh 13 negeri  bukan cuma Selangor, Kedah, Perak atau Kelantan. Malah syurga atau neraka seorang hamba cuma al-Haq yang menentu.


Monday, September 03, 2012

PhD oh PhD

Ih ah..ih ah...saya sdg berhempas pulas untuk finalise chapters thesis dan compile dan convert to pdf dan antar ke advisors rini..tapi table stats saya masih pincang sana sini..dan saya pening. F-test probability dia significant tapi LSD dia tak significant...dan Allan hanya free kul 4 karang...tapi dia sempat berbalas email dan explain cemana nak kira LSD manual kat email tapi saya still tak paham Oooooo...blur sungguh!

Otak saya sedang berselirat..sejak 2 menjak ni, semua urusan hidup macam tidur, makan, drive termasuk solat opss ya solat semua express tak sempat nak menghayati..makan apa yg sempat capai saja dan tadi nyaris2 nak eksiden...fuh sib baik sempat break kalo tak entah la apa jadi coz kereta tu sebenarya dah jual..$900 jer huhu..padahal aimed $1K. Silap sendiri patut letak $1.2K prepair u org nego. Haish! Tak pandai berurus niaga :(. So miggu depan dia dah pindah tangan. Ermm...okay lah jugak dr menjadi besi buruk tak dapat apa2 macam kereta kawan2 yg lain.

Baiklah saya sekarang tak tau nak buat apa sebab table2 xleh proceed maka skang saya nak check content plak kot2 ada ejaan tertinggal or apa..huh! Sgt lelah jiwa dan raga ku saat ini.

Opss...eh ya! saya tak jadi submit 31hb sebab balik org kawen punya fasal so saya postpone ke khamis ni..hemmm, tiket pun belum tempah lagi ngan UPD..nanti sat lagi dah submit baru nak contact suh tempah tiket...adoiyai ...cepatlar...hati dan sanubari saya sudah bukan di sini lagi..tak tau entah di mana?