Ketik

Saturday, February 26, 2011

Nikah @ Kawin

Bismillahirrahmanirrahim....

Tajuk macam keren jerk..err, bukan nak khabarkan walimah sendiri..urrmm

Sebenarnya nak komen sket tentang bab walimah or walimatulurus ni. Akanq memang tak tau banyak tentang ni, cuma nak share pemikiran 20 sen ni jer =p

Apa masalah yang sering timbul bila sebut pasal nak walimah? Pertama kena ada calon suami atau isteri; ke-2 beragama islam; ke-3 waras; ke-4 baligh; ke-5 wali; ke-6 ijab & kabul....(ada lagi tak? lupa dah)..kalau tak cukup syarat ni, tak sah nikah.

Selain syarat sah nikah di atas, ada isu lain yang tak lain tak bukan tentunya duit kan...nak belanja kenduri kendara kena pakai duit, nak sewa pelamin pakai duit, nak buat hantaran pakai duit, mahar pun pakai duit..serba serbi duit lah panjang kata.

Pernah dengar orang berhutang bergadai sebab nak kawin? Biasa....Pernah dengar pengantin perempuan sanggup berkongsi wang hantaran (bukan mas kawin)? Biasa...pernah dengar reception pernikahan ditaja? Artis top saja...pernah dengar hantaran puluhan ribu? Orang kaya saja...dll

Sebenarnya kawin tak perlu nak gah..nak persalinan 5-7 pasang makan sewa puluhan ribu, tak perlu tu pelamin lip lap2x ribu riban, tak perlu jugak lah kaum keluarga pun nak juga persalinan sama kaler hingga sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak tu. Jadi riak atau "menunjuk2" pula nanti, bukan lagi mengambil yang afdalnya. Kalau ada duit lebih tak tau nak buang kemana tak mengapa...layannn. Tapi bila kena berhutang ini akanq kurang setuju

Kalau pihak pengantin perempuan sudi nak bantu menampung beban calon suami..itu elok. Memang benar jumlah hantaran yang tinggi tu berlebihan. Tapi kalau sekadar bawah RM 10 K..itu masih boleh diterima (menurut saya). Kalau cuma senaskah al-Quran lagi bagus. Zaman sekarang pula hidup ada kos..so kalau ada kes yang begini, pihak lelaki takyah sombong menolak, mendakwa negatif niat pihak perempuan..yang nak kawen kita juga, yang nak hidup susah senang bersama kita juga..ringan sama dijinjing berat sama dipikul..itulah namanya cinta sejati :).

Janganlah ada pihak lelaki mendakwa, pihak perempuan sengaja nak letak nilai tertentu kemudian sanggup pula nak kongsi sebab mementingkan nilai tadi..hummm maruah bakal isteri kita kena jaga juga kan? Nak2 pula kalau ada cakap2 belakang yang tak elok pasal jumlah hantaran etc. Orang kan..kepala sama hitam, hati lain2. Bila bakal isteri sudi berkongsi sejak awal2 lagi, tu maknanya dia dah sanggup dan bersedia nak berkongsi segala susah senang mendatang...jangan tersilap perhitungan menyesal di kemudian hari...dek kerana ego kita tadi. Lain lah kalau sengaja letak tinggi2 sampai tak mampu dek lelaki tu..melainkan hanya merosakkan keindahan matlamat pernikahan itu sendiri.

Mustahil juga kalau RM 5-6 K tu nak berkira sesangat kan. Kat dunia ni memacam kerja yang boleh mendatangkan duit boleh kita buat. Antara nak dengan tidak jer. Yang penting halal. Kalau tau nak kawen kenalah tau dan pandai mencari nafkah untuk keluarga. Yer dak?

Eh! zaman sekarang ada banyak juga lelaki yang cari perempuan berkedudukan untuk dijadikan isteri. Jangan tak tau atau buat2 tak tau. Wahai lelaki...jadilah lelaki sejati. Nikahilah dia kerana agamanya bukan hartanya. Sanggupkah kamu kemudian menjadi sura-rumah, menjaga anak dan membuat perkerjaan rumah lainnya, sedangkan isteri keluar membanting minda dan tenaga? Bila keadaan sudah menjadi terbalik begini, rumah tangga jadi porak peranda, anak2 terabai, cinta sayang hilang lesap entah kemana yang tinggal hanya kepala dan telinga yang berasap! (Teringat pula pengalaman menemuduga calon budak despatch beberapa tahun sudah. Datang interview selebet jer, badan lemah tak bertenaga kurus melidi, mata merah, pipi cengkung...cuma ada SPM yang tak seberapa. Kerja sambil2 jer baiki motor orang kat flat upah RM20. Belek2 fail dia, alamak! Bini dia electrical engineer kat MBSA la!...tapi hidup dia bahagia, saya yakin tuh!!)

Tapi...ada tapinya kat sini, mewakili pihak perempuan di luar sana..kita suka, eh.. amat suka kalau suami juga tidak keberatan membantu kerja rumah tangga seperti tukar lampin anak, masak atau membasuh. Dalam agama kita..tanggungjawab isteri adalah untuk melayan suami, melahir, mendidik dan membesarkan anak2. Tugas suami selain mencari dan memberi nafkah lahir batin..beliau juga perlu menyediakan pembantu rumah tangga bila mampu. Eh! jangan ambil minah muda bergetah dari seberang, nanti lain ceritanya..hihi. Orang perempuan zaman sekarang pula kena juga keluar kerja. Kalau tak kerja dok rumah saja boring! Yang penting perlu ada timbal balik dan kewarasan kat sini. Ingat 'waras' adalah salah satu syarat sah. Jadi tak salah perempuan kerja MEMBANTU mencari nafkah. Kalau kerja kat umah jer kan best.

Akhir kata..duit bukanlah segalanya, yang penting DUIT i.e Doa, Usaha, Inisiatif dan Tawakal...

Setiap pekerjaan kita perlu ada milestone. Bila ada milestone kita akan berusaha untuk mencapainya. Bila ada usaha kita akan ada inisiatif untuk memula, menjalani dan mencipta kejayaan di penghujungnya. Namun jika kita gagal bukanlah bermakna segalanya sudah berakhir. Kita haruslah bangkit lagi, merangkak bertatih dan terus berlari tanpa pernah menyerah kalah...akhirnya kita tawakal. Sebab setiap urusan harus kita percaya, yakin dan berserah padaNya. Dunia dan kehidupan ini adalah sebenar2nya universiti buat kita belajar. Kita terdidik dari pengalaman, kegagalan, kepayahan dan segalanya di sini.

Justeru jadilah orang yang bertanggungjawab di atas segala tindakan sendiri, supaya tidak menjadi orang yang rugi di kemudian hari.

Wallahuaklam..

No comments: