Ketik

Friday, December 31, 2010

Esok Tahun 2011

Hari ni dah penghujung 2010 yer kengkawan..uh, kejap jer masa berlalu kan..Neway di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru lah. Aku juga nak mintak maaf kalau2 entry2 aku selama ini macam tak berapa semenggah hehe. Kalau ada yang baik tu alhamdulillah..eh macam sayu pulak nak meninggalkan tahun 2010..eceh :p

Aku jugak nak mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yang selama ini sudi mengikuti dan membaca blog yang tak glamer nih :p. Ada komen2, ada teguran2 dan ada pesanan penaja yang berguna aku hambek semua..hihi, Tocey2x

Okey sini aku nak share skit pencapai yang tak seberapa yang tak layak digelar pencapaian untuk 2010 dan resolusi a.k.a doa untuk 2011.

Pencapaian suka duka 2010

1. Aku dah 2 tahun kat Australia
2. Aku dah tak kena karen lagi di musim summer
3. Aku tak berdarah hidung dan pecah2 jari lagi di musim Winter
4. Aku berjaya mensemakkan bumi UQ dengan species Acacia
5. Tahun ni aku cuma servis kereta sekali jerk..pasal aku nak tunggu cukup millage tapi tak cukup2
6. Aku dah paham dan enjoy tengok movie/news etc tanpa subtitle
7. Aku hilang laptop kesayangan aku
8. Aku ahli ebay separa aktif
9. Aku jadi pengumpul jeans Esprit
10. Aku dah jatuh cinta dengan Peter Lee Jonhson
11. Lagu kegemaran aku “Just The Way You Are”- Bruno Mars
12. Aku sempat blog walking dan kenal beberapa blogger glamer macam Hidney Mr. Superman, KembarTolo yang gojes, Pija yang cantik jelita, pemilik nama cumel Kak HanisAzla, Mamakembar dgn 3 heronya d'cutes, dan termasuk kawan sejak zaman gadis sunti aku Ah si masam manis :) ..yang lain2 tak tersebut sorry banyak2
13. Aku dah lupa antara nama2 manja officemate kat MRB (pencapaian la sangat)..ehehe..sorry dowh
14. Byk lagi

Resolusi 2011

1. Aku nak habis kan study dan publish at least 3 paper di journal terbaik..amminnn
2. Mak dan adik aku nak datang bulan May..yeaaaa..semoga adik aku tu semakin berjaya dan berhahagia dalam pencarian masa depannya juga...
3. Aku nak balik Malaysia dan kalau berpeluang aku nak gi Korea jumpa Yong Jun
4. Aku bercita2 nak gi conference kat US or Canada..ammiiinn
5. Aku akan berhenti 100% mengutuk/perli orang kat sini..tegur2 aku kalau tersasul :p
5. Biarlah Allah yang menentukan yang selebihnya…:)


dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur cukup dewasa, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)

Thursday, December 30, 2010

Bola Bola Bola

So, Malaysia menang Piala Suzuki!! TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya. MANTAP.....Upin Ipin sila kembali ke tanahair dan tukar persalinan merah putih biru kuning,
dan laser...huhu ntahapa2x.









Kekal kan prestasi, mansuhkan kontroversi :)

Wednesday, December 29, 2010

Blackberry Package with Optus

Assalamualaikum adikakak sekelian..jarang benar nak bagi salam dalam entry2 sebelum ni..;P

Ini nak promote sket..especially K. J yg dah lama tak jenguk sini :). Hari ini aku sgat sukacita lagi sekali. Pasalnya baru dapat bil pertama nih...punya la manyak BB downloads yang dicajnya sampai $114.76. Tetapi..ha akan tetapi...di sebabkan plan ni akanq transfer dari prepaid yang berbaki $ 90 (kumpul 3 bulan punya value). Maka nilai $ 90 itu sudah diselamatkan yakni tidak hangus begitu sahaja berbanding prepaid yg kalo tak di top up at least sehari sebelum due. Takper lah walaupun bonus $180 sebulan tu tak ditransfer pun. Ada baik jugak prepaid tu.. selalu guna bonus $ 180, bonus sms $ 48 dan bonus2 lain lagi tu * tak ingat pun tak pernah habis guna (kecuali risiko hangus kalo terlupa top up..ngee)

Dengan plan BB purchased atas talian nih kita juga menikmati free delivery fee, dan 2months free excess fee yang mana akan dideduct dalam bil bulan ke-2 dan ke-3 nanti..means, selama 3 bulan ni, akanq akan terima bil dengan total amount $ 0.00 seperti di bawah..yeeaaa! Mmg berbaloi2 :). So apalagi Kak Gem oi..cepatlah bertukar ke plan postpaid Blackberry nih..cost phone cuma $ 2.73 jer sebulan (excluding GST..dah plus GST jadi $ 3 jew)




Cost unlock phone yang $ 100 ++ plak leh mintak wave sebab kita dah guna service ni lama :)

Aku sangat suka ini....Hihi

Kisah Rumah

Akhirnya hari ini aku merasa tersangat lega...lega kenapa? Hihi...sebab tadi aku gi LJ Hooker realestate hapdek kesah rumah tu. Aku sebenarnya dah tak sabar2 nak pindah. Aku ni agak penakut sebenarnya (kontrol macho jer..eh macho enh bukan ayu? conpius)...Segala pintu dan tingkap aku kunci, sampai batang kunci aku patah. Bila dah patah aku takleh kunci pintu bilik lagi..tidur memalam aku sendal ngan 3 bijik bagasi + rak besi aku tuh..aku dah pack barang segala siap untuk pindah hahaha.... Aku jugak kadang letak pisau tepi katil. Jangan nko anggap remeh yer...nyawa aku, kesucian aku adalah aset terpenting..Yuhu!.

Kemaren aku perasan pagar belakang robek dowh, anjing orang belakang masuk dan kencing merata (tanda daerah lah tu konon)..sampai tempat mesin basuh aku pun nko kencing tolol gila :p. Then bila dia menyalak dan tenung aku, aku tenung dia balik sampai "ingyui3x"...pusing belakang dan blah..muahaaha..haish! mmg tak selamat lagi stay kat umah tu.

Semalam bila aku masak nasik impit jamu kengkawan, satu rumah diselubungi fog a.k.a kabus a.k.a tetesan2 micro jasad H2O..haha aku kan scientist..korang kena lah dgr dan percaya teori aku :p. Entah kenapa kitchen fan tu tak optimum function (mmg lah namanya umah lama..ceh)Pastu segala cermin dalam rumah blur dek zarah2 micro tadi, frame gambar kat dapur ter-condensation sekali. Hamek kau! Pasalnya semua lubang dah tutup. Pastu aku ghisau gak, aku telek2 gak lah frame tu, takut gugur kulit2 siput yang ditampal kat frame tu karang, naya bond tak dapat..kui kui..

Setelah 3 minggu kesah pecah rumah tu, dan setelah aku submit form break lease umah tu tak diiklan kan sampai la ni. Seminggu lepas dia cakap "today"..pagi ni pun dia cakap "today"..haish! Pasal xmas break katanya..So malas nak berkecek kiro lagi dia untuk kali ke-2 nya tanya aku bila nak kuar? Yezzaa! Aku cakap 17hb Jan, sbab bakal housemate baru aku datang 10hb Jan. Aku juga dah ada candidet umah baru yg santek..fully furnished, lawn maintained, ada TV plasma flat screen, ada dishwasher, peti, couch, meja makan, mesin basuh, katil segala..hummh! pasni aku takyah lah susa2 lagi built muscle mowe halaman kann..sgt sukacita lah :)

Berita baik lagi, katanya maybe owner will allow me to break lease..aku ada police report kannn..pastu kalau owner tak benarkan, dan kalau couple yang nak datang inspect nanti tak berkenan nak move in..leh mintak QCAT form kat court, cost dia $ 20-30 jer, la....kalo camtu susah2 jer lah aku dok fening kepala selama ni...hahaha

So next year I'll in my 7th house in Australia! Terbaek lah..baru namanya hidup merantau...

Ya aunw-aunw:

Alangkah baiknya kalo kat Malaysia kita ada sistem sewa menyewa rumah yg dilindungi undang2 gini kan...takder lah penyewa tak bayar sewa sesuka hati, lari tinggalkan umah tanpa lunaskan sewa, paku, tebuk dinding sesuka hati...sini dua2 penyewa dan owner dilindungi undang2..contract sewa ada la sampai 10 ms. Nak menyewa plak kena ada bukti keewangan yang kukuh, tadak sejarah hitam sewa menyewa dll

Monday, December 27, 2010

Warkah Buat Suami

Assalamualaikum suamiku,

Pertama sekali terima kasih kerana mengangkat martabatku sebagai isterimu. Memuliakan aku sebagai suri menemani setiap hayat mu. Sekalung terima kasih juga aku pamitkan, atas kesudian mu mengiringi perjalanan hidup ku. Bahagia dan derita yang kita lalui bersama... Kau menyempurnakan aku.

Di warkah ini, aku cuma ingin berbicara pada mu suamiku. Aku ingin katakan padamu, belaian sayang mu di ubun-ubun ku itu, menghapus segala resah ku. Renungan kasih di mata mu meniupkan bayu damai di hati sayang ku. Sentuhan jemari mu yang hangat pada telapak tangan ku itu, menggugurkan separuh kebimbanganku. Bisikan suaramu mengulit mimpiku..Aku ingin menghela nafas damai dalam pelukan mu.

Tetapi suamiku, andai aku tidak sempurna. Andai kasih ku tidak terlihat. Andai aku terlupa memperhatikan mu di saat-saat kau memerlukan aku duhai suamiku. Maafkan aku, aku khilaf.

Bilamana aku tidak mampu menyajikan makanan terlazat buat santapan mu, andai aku tidak selalu bersedia melayani mu. Kerana kemahiran memasak ku hampir sifar, kerana fizikal dan mental ku kadang-kala keletihan. Ampunkan aku suamiku. Aku kan berusaha membahagiakan mu. Aku kadang-kadang mengabaikan keperluan ku sendiri, demi memenuhi keperluan mu khalifah hatiku...namun aku juga, kadang-kala mengabaikan keperluan mu kerana terleka dengan urusan harianku.

Demi sayang, aku serahkan sekeping hati ini. Untuk kau miliki dan kau pupuki dengan belas kasih. Aku serahkan jiwa ini untuk mengabdi diri pada mu. Akan ku selalu mendampingimu, saat sukar maupun saat kemenangan mu. Dengan satu harapan, agar kau jaga ia, agar kau belai ia dengan cinta mu yang luhur. Aku perjudikan nasib ku di pundak mu. Agar kau tidak duakan aku dengan apa-apa pun, dengan siapa-siapa pun. Aku berdoa agar senyuman ini akan sentiasa terukir buat mu. Aku mahu memayungi mu di setiap perjalanan hidupmu.

Aku masih ingat saat itu sayang. Saat cincin disarungkan ke jari manis ku. Saat lafaz itu terucap..Debaran ku menggelodak. Jemari kaki dan tangan ku membeku. Perasaan ku bergelora. Sesungguhnya, aku kini milik mu dan kau kini milik ku. Tiada penghalang lagi dan tiada persoalan lagi antara kita.

Suamiku. Ku ingin kau tahu…jauh di sanubari, aku panjatkan syukur pada-Nya. Mengurniakan aku seorang nakhoda hati. Menghadiahkan ku seorang teman untuk meneruskan perjalanan yang singkat ini. Kini aku punya diri mu, yang akan selalu berada di sisi ku kemana jua ku melangkah. Ku punya diri mu yang duduk makan bersama ku. Ku punya diri mu yang berjalan beriringan di sampingku. Ku punya diri mu untuk memberiku bahu tempat bersandar. Ku punya diri mu yang membawaku menjelajah buana. Ku punya diri mu untuk ku kongsikan cita dan harapan. Ku punya diri mu untuk ku diskusikan perancangan hidup dan masa depan. Dan yang paling utama, ku punya dirimu untuk ku berbicara. Ku punya diri mu untuk ku kisahkan peristiwa. Aku juga punya dirimu untuk ketawa bersama…..

Terima kasih suamiku…hadirnya diri mu menyempurnakan aku….

Salam Sayang..

Bakal Isterimu

Nor Mayati Binti Che Husin


Ironi nya:

Tetiba birai mata aku bergenang, lalu menitis dan hidung aku tersumbat...hahaha saish!

The meaning of beautiful...

Monday, December 20, 2010

Ayark!!! Peminat lama?

Ayark!!!!....aku nak gak decleare sesuatu...

Sesuatu yang tak pernah terpikir, sebenarnya berlaku...antara nak percaya? tak mo percaya?

Tetiba member sekolah menengah aku dulu hari ni gitau dia pernah suka kat aku dolu2...
Waktu tu kitorang sekelas dalam tingkatan 4 dan 5. Dia budak baru pindah dari sekolah lain masuk kelas kami. Ni gara2 fb lah ni..huahuahua. Jumpa semua kawan2 lama.

Pernah ternampak aku beberapa kali selepas habis SPM, tapi aku tak perasan dia..Kata dia, dia frust masa tau aku konon dah "bekwoh" dulu2...huhu. Pertama kali waktu masuk ke sekolah kami, dia terpandang aku..pastu rupa2nya sekelas. Dia declare cakap dia "cair" dengan senyuman aku?? Yang menurut dia Ya Rabbi, manis!! (dia kata bukan aku kata..ngeh3x). Toing!..wey, dulu budak ni tak pernah pun tunjuk yang dia suka kat aku. Cakap sikit2 jer. Then setelah 16 tahun, dia declare dia menyesal tak pernah berani nak tegur aku, bengong katanya sebab pemalu sangat. Aku cakap kat dia..tak bengonglah, tuhan dah atur dah semua tu, awak pun dah bahagia pun skang ni kan....ya, dia skang dah kawen dan ada anak satu.

Errr...sepengetahuan aku, waktu sekolah dulu takder member sekelas suka kat aku. Kecuali sorang budak hensem yang pandai nama Anuar..hehe aku ingat dia ni sebab dia sorang jer layan aku baik. Panggil Tiey jer, tiap2 hari pinjam nota Sejarah aku. Hummm... mana Anuar sekarang? Budak2 lain tak pandang aku pun, buli lagi adalah..tarik kerusi, letak kucing atas meja segala.

Nota:

Beza budak2 zaman dulu dgn budak2 zaman sekarang...dulu, malu punya pasal sanggup pendam perasaan berpuluh tahun...skang? Lepas jawi terus ehem2...

Kalau bercinta..Terima dia seadanya.....

Nah, aku bawakan lirik lagu Bruno nih untuk tatapan semua..kalo2 sudi nak menatap :p. Hari tu cuma tampal video jerk..kalo2 ada yang "tak paham" maglish lah kannnn

Buat sesaper yang DAP (di alam percintaan di luar sana..or yang dah hampir nak basi sb dah lama sgt bersama waimo belum kawin or dah kawin)..mari re-charge chenta kita, dan mari renung2kan bersama..kalau takder dia di sisi, apa kita rasa? Biarpun dialah yang paling meluat, yang paling mengemaskan, yang selalu kita dok gaduh tumbuk2 dada (eceh cam citer nustan fulaks..haks!), yang kita sepak (buat2 sepak la..jgn betul2..kang kena terajang gangsa baru naya)..bila dia tadek, kita mulalah nak windu2, meleleh2 air mata hidung segala..oopppss!. Menyesal pun dah tak guna.

So sementara dia dok ada, dan belum mendelete anda dari kotak jiwa minda dan perasaannya, dek kerana terlampau bosan dan berputus harap dgn sikap anda yang keras kepala batu, hati besi waja (padahal sayang tapi tanak ngaku--> sebab ego ke hapa, tatau lah). Hargailah dia, terimalah dia seadanya, kalau dia tak sempurna pada mata jiwa anda, ingat anda pun bukan manusia maksum pun..kita kan dijadikan untuk saling melengkapi. Pasangan kita ibarat pakaian kita. Dialah pelindung, punca kenyamanan jiwa raga dan segalanya.

Biarpun kita terpisah jauh berjuta tahun sekalipun..dia tetap seseorang yang pernah kita sayang2, munsyuk2 suatu ketika dulu..ingatlah hadirnya seseorang dalam kehidupan kita sedikit sebanyak mengajar kita sesuatu..menjadikan kita lebih penyabar, lebih "slow down", lebih cool, lebih bertoleransi dll...pendekata kita lebih kenali kemampuan diri, lebih atau kurang

Dan lagi...kalau berchenta, jgn buat dia macam barang kepunyaan mutlak kita. Semua kita nak atur, dia takleh kuar "bersosial" ngan kengkawan dia tanpa kita, dia cakap ngan laki lain (padahal cuma kawan atau sedara), kita nak jeles sampai tarik2 muka, siap tanya "tu siapa" etc..nak tumbuk laki tu dll (tak ke bodo tolo namanya tu?)..Haish tak logik dan tak matured langsung. Pastu, dia dah sayang gila kat kita..tak pandang laki lain dah, biarpun kita tu bukan hensem mana kalau banding ngan laki lain tadi..kita tergamak pulak tinggalkan dia terkapai2, siap dengan caci maki lagi tu...tak cukup dengan tu, main herdik2 keji..lain waktu pulak cakap "saya sayang awak nih"..tak paham sungguh bab nih..kenapa ada orang cenggitu enkk?? Kalau dah camtu, elok abaikan saja. Dia cuma nak main2 dan memperkotak katik kan kita jerk..toksah membuang masa lagi nak percaya dgn kata2 dia tadi. Tak layak dicintai tuh..perlulah tau, yang diri kita begitu berharga dan tak berbaloi lah untuk itu semua..(selagi dia tak sedarlah kannn)..hahaha membebel jerk...

Huummm...macam bercakap dari pengalaman seniri plak..huhu





[Intro - Lupe Fiasco]
First rule, never let em change you
Rule two, do you to the fullest
And never be ashamed to
Your just good at what they can't do
And they hate that, they wanna paint you
In they color, put you on another
But what they don't accept, and what they don't see
The best thing is what you already be
[Bruno Mars]
Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they’re not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She’s so beautiful
And I tell her every day
Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don’t see what I see
But every time she asks me do I look okay
I say
When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for a while
Cause girl you’re amazing
Just the way you are
Her lips, her lips
I could kiss them all day if she’d let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy
She’s so beautiful
And I tell her every day
Oh you know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfect is what you’re searching for
Then just stay the same
So don’t even bother asking
If you look okay
You know I'll say
When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are
[Lupe Fiasco]
Uh yeah
The definition of real is
If you don't feel then you don't you feel it
Don't conceal it, don't be fair
You look great only silicon will bill it
A botox to kill it
You just killin off spirit
And you the one that you gotta live with
So don't get caught up in appearance
And see the inner beauty
When you look off in the mirrors
[Bruno Mars]
The way you are
The way you are
Girl you’re amazing
Just the way you are
When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazingJust the way you are
......................................

Saturday, December 18, 2010

Auuww..are you feeling sick for the sicko?

Aku plagiat video ni dr blog Mazidul...speechless, rasa pasembor? rasa rojak? Up to you to think about...what is happenning in my world, my community nowadays? It's nearly back to zaman Nabi Luth...eerr..honestly I don't know what to say...

Friday, December 17, 2010

Mari berkebun sayur

Ni kempen mari menghijaukan bumi...eheh..ada ke sesapa nak bagi Greening Award lagi yer :p.. Tapi kan, anehnya pokok2 kacang buncis dan kacang sepat ni tak tumbuh tinggi dan menjalar seperti kebiasaannya?..Ia cuma separas betis jerk dan dah berbuah! Summer suppost to be growth season?

Desperate for Work?

Pakcik ni receive million hits on the net, his story became the head lines in Australian news and he parade along the motorway with sandwich job advert :)))).......travel from Melbourne to GC just to advertise himself in local radio station. Had been rejected from 426 job application a day and he got over 30 years experiences as a Senior Marketing Exec from multinational level co. He is 50 yr old and only got $50 in the wallet. What a joke??


Hey dude...pada umur sekian, dgn pengalaman yang sekian2...awak patut available to create and offer a job. Bukan merayu untuk menjadi kuli..ngeh2x. Simpanan tu bek buat modal menjadi petani jaya di Australia outback, dari dibelanjakan untuk iklan kat radio, then develop bisnis sendiri, sediakan peluang pekerjaan kpd masyarakat setempat, usahakan local produce dan jual. Hishi..sinis pulak akanq :p



Ni sama tak dgn situasi pesara yang menyambung service kontrak setaun- 2 taun kat tempat kita? Hooo...tak sensitip lah :p. Alasan, sebab anak masih belajar, atau tak tau nak buat apa...umur 56 bersara wajib perlu disambung lagi beberapa tahun. Then kat jabatan you dari orang terhormat ketua pengarah segala, kini jadi pegawai pencen a.k.a mentor yang senyap di bilik opis, yang dulu besar dan luas saujana mata menjeling dgn perabut kayu jati dan karpet tenggelam keting, kini sempit dan berhapak di penjuru blok...Haish! Tak sanggup den....

So pengajarannya, sementara masih muda belia, khidmat masih diperlukan, timba ilmu sebanyak mungkin, simpan duit sebanyak mungkin. Bekalan hari tua. Ya lah tua2 nanti kalo takder backup dan umur masih panjang, apa nak buat kalo anak2 pun tak sanggup jaga, apalagi kalo sendiri cam I..huhu..at least duit simpanan leh wat modal run bisnes tanam sayur ke, bela arnab ke, cicak geko ke wateva.

Anak2 pulak, dah besar2 pandai2 lah cari modal penghidupan seniri..takan dah berkeluarga beranak pinak pun masih nak harap harta parents yang seciput dua? Duit KWSP mak bapak asek dok kikis. Tat's why I amik skim pencen bukan KWSP yer...hihi, duit KWSP 4 tahun awal kerja dah leh pakai buat down payment umah. Umah seniri biarpun kecik beleh. Banyak kes anak2 bolot duit KWSP mak bapak kan..atas nama pembahagian harta katanya..dasar anak Tanggang tul..muahahaaha.

Thursday, December 16, 2010

Persoalan putus cinta dan jodoh....

......‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya......

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/putus-cinta-persoalan-jodoh.html#more

uuummmm...asek copy paste entry orang jer kan? hehehe...bukan apa, kadang2 rasa macam sama apa yg dipikir dan dirasakan..tapi malas nak tulis panjang lebar..tulisan orang yang berilmu macam ni pulak selalunya lebih mantap..terima kasih kepada ustaz zaharuddin (^!^)

Wednesday, December 15, 2010

Lagi2 OHS

Sekali lagi isu OHS...penat2 aku cari idea camane nak modify apparatus untuk experiment Kh tu. Dah dapat sepasang rak comel separas ketinggian aku :p..dan2 pulak technition tak kasi aku pakai. Sedey la weyyy...aku dah transfer apparatus dari PH lab yang jauh di ujung dunia sana ke CNF lab selangkah saja dgn opis aku neh. dah pasang siap2 nak mula experiment kemaren, ada ke patut dorang punggah balik ke PH lab sana. Frust gila babas makcik :(...reasonnya apparatus tu tak pass sebab top level aku pakai batu bata untuk support para letak reservoir yg hanya 2L...tak selamat katanya. Caish! Lepas sejam barulah diganti dengan rak yang setinggi 2 M..see langsung tak logik. Mau pengsan lagi aku macam last week sebab panjat2 punggah2 menatang alah air tu...huhu.

Sebenarnya si technition ada email my SV, mention ketidakselamatan apparatus yang aku nak guna tu. Dia tanya takder ke solution lain yang lebih selamat untuk aku? Aku pun tatau yang SV ada forward ke email LGM. Tempohari dia kata si technition email nasty kat dia. Bila aku baca, tak nasty pun..bunyinya macam nak tolong aku tapi mengomen kat SV hahaha...mmg nasty lah pada dia, tapi tidak pada aku..huhu. Aku ingat selps kisah audit ari tu, aku takan dilayan baik lagi, tapi sebaliknya yang berlaku..hehe. SV nasihat aku, aku ni scientist, pegawai tinggi, kedudukan tinggi dalam masyarakat, orang dengar cakap aku...si technition pula tahap tu je level dia, dia mungkin merasa dia besar tapi kita kena pandai deal dgn mereka spy urusan lancar..tapi dalam forward email SV "tuding" jari kat batang idung aku yang itu salah aku sekiranya aku tak ikut prosedur penggunaan tangga..Saish!

Aku pun email la kat technition "thank you for your concern...bla3x...". So skang aku pun dah jelas, samada aku sekarang ni sedang ditolong atau disusahkan oleh para technition dan pegawai OHSC tadi..huhu. Pasalnya mereka sedaya upaya memenuhi keperluan aku, siap menyediakan services terbaik untuk aku..ceewahh! Aku tak larat angkat air, ada orang tolong angkat air, aku main panjat2...dan2 tu jugak dorang belikan tangga baru sesuai ketinggian aku spy memudahkan aku refill air untuk eksperiment itu..sesudah tak dapat cari solution terbaik untuk pam air ke botol reservoir tadi..ngeee.

Aku pun suspicius pandangan pertama yang "negative" terhadap mereka akibat "nasihat" tadi..Aiihhh! Takper lah apa pun..yang penting aku tak pengsan lagi semata2 nak completekan experiment Kh nih!

Moral:

Don't judge a person by thier perut...hahaha

Monday, December 13, 2010

Apa aku buat?..tak tau nak tulis apa daaa...




Petang ni lps prepared barang tuk exp esok dan sesudah submitted report 4th Quarter aku asek la dok dengar lagu dari album Siti nih..sedap pulak :P..sampai 8 lagu sekaligus dok berkumandang berderet. Tapi nak download tak leh la pulak...



Ujung minggu kemaren pulak? Hohoho...gi tengok citer ni ha. Sambil layan Ursula yang tengah stress tuh. Citer bebudak, msg ringan2 jer..imaginasi jer belaka tapi aku suka sebab takyah pikir..hihi. Cukuplah hadkan minda untuk pikir study dll tuh...nak jugak komen sket. Lucy dah besar, dah sama tinggi dgn Edmund. Caspian pulak makin hensem. Lebih putih berseri2. Hishi Peter ngan kakaknya si Lucy takder dah..maybe sb dah dewasa. Tak sesuai lagi dgn watak Narnia? Aku pun dewasa tapi aku suka citer2 cenggini. Si Eustace Scrubb cousin Edmund tu pulak very the annoying memula tuh. menci tul aku dgr dialog sarcastic dia ..hahhaa * terlebih emosi sudah..lepas jadi naga barulah berubah :)

Pastu lps tgok movie, balik umah sempat lagi wey aku bakar segala love handle ni dgn mesin rumput keliling rumah. Habis lah peluh jantan betina masin tawar merembas2 kuar semua. Dan setakat ni aku masih stay umah tu sengsorang, tak pi tumpang kasih menidurkan diri kat umah orang pun..huhu. Setakat ni very strong, bold, brave and indi lah..heheh. Orang besar musti mau kuat! hari ni jugak dorang iklankan umah tu...alhamdulillah harap2 cepat2 lah dapat pengganti. Tak sabar dowh aku nak mindah kan diri ke umah lebih santek, lebih secure, lebih nyaman, lebih modern lebih semualah.

Kata orang sementara dok obersi ni, cuba cari pengalaman dok umah atau tempat beza2 supaya tau camana rasa nya tempat orang. Lagi pun rumah Queenslander tu sama jerk ngan umah2 kayu kat kampung kita nun. Setakat 2 tahun dok sini..dah 6 rumah aku tinggal..hihii. maknanya dah menjalani xtvt pindah randah sebanyak 6 kali! di Brisbane 3 rumah..di Gatton 3 rumah.

Apa pun semoga apa yang terkedepan tu lebih baik dari yang semalam....wallahuaklam

Weh Sarana baru tegur aku kat chat fb lah...dia kat Thailand skang...so aku nak layan dia kejap sambil layan Annuar staff aku yang tersadai kat Penawar akibat hari hujan tak dapat buat kerja katanya tu..hihi. I rindu penawar weh..

Cau cin cau....

Friday, December 10, 2010

Xmas party 2010

So it Xmas!!!...ho-ho-ho!..ni lah group kami Centre for Native Floriculture (CNF) under the School of Land Crop & Food Science having xmas party satni kat nursery. Last year tak dapat join coz hari sama ngan celebration Raya Haji. Tahun ni dorang buat lewat sket, so dapat lah join.

Tak sangka plak dapat award..hehe. Greening Australian Award lagi, pasal menanam pokok Acacia holosericea kat ladang sana..muahaha, berbaloi2.

Pastu dapat hadiah secret santa ni..torch light! huhu..Marg awal2 lagi dah kasi aku nombor cabutan hadiah tu, yang lain2 sumer kena cabut dari mangkuk besar..ingat apalah..rupa2nya lampu besar ni, siap dgn 2 bateri. Ni musti suh aku suluh keliling rumah kalau2 ada bunyi2 misteri..heheh. Sangat bagus hadiah ni :p..tak pun leh aku suluh jalan ke kereta kalau kena stay PH lab lewat2 malam sengsorang..ho-ho-ho mmg berbaloi2 secret santa nih.

Aktiviti semalam....

Wah! Polis Gatton asyik call je selalu..bagi suggestion macamana nak increase security kat umah, letak kunci umah tempat beza, tutup tingkap dan pintu, pasang sendal kayu kat selak tingkap supaya orang takleh buka dari luar, cuba cari security alert gadjet etc...fuh! terasa lah kebajikan di negara orang terjaga sket..am not alone...huhu..at least dorang keep showing their concern walaupun kita bukan citizen. Kecurian di rumah Budi tak pulak, maybe sebab umah dorang berlaku di luar rumah (stor) tapi umah aku kejadian berlaku dalam rumah. Skang pun okey lagi coz Dr. Puan yang datang bergraduasi and sis nya menumpang sementara sampai sabtu ni, so malam ada teman tak takut...ngeh2x





Semalam jugak jadi supir bawak dorang ronda2 Surfers Paradise and shopping till drop kat Harbour Town. Sampai kedai tutup jam 7 pm lah dorang jalan, aku pulak terpaksa duduk tunggu kat bangku jerk pasal kaki dah sakit dan sengal2. Neway dapatlah aku refresh minda kejap, pasal dah lama tak outing jejauh ni..sambil menghanguskan dolar barang $ 100 kurang lebih..hoho. tapi berbaloi shopping kat Harbour Town, branded stuff harga bawah $50, selai tees cuma $2.50, 4 helai $ 10...maxi dress pun cuma $9.95 (nanti nak jadi ayu mayu dengan pakai dress pulak :p)


Sesapa nak melancong sambil bershopping ke Queensland dicadangkan jangan miss Harbour Town dan DFO..jam Fossil yang RM 200 -300 kat KL sini leh dapat dalam AUD 39 - 50 jerk...darab 3 baru RM 150. Esprit jeans yang RM300 sini leh dapat AUD 30 jerk. Kesukaan kaum ibu Malaysia yaktu Corelle dan Pyrex pun murah sini, satu set baru AUD 49, kat KL RM500 kurang lebih. Banyak lagilah brand2 kesukaan kaum XY macam Timberland dan segala2nya tuh (hamba tak reti). Tapi orang2 US dan UK takyah lah compare ngan tempat korang..Danial n Mega sure tak heran benda ni pasal tempat you all lagi heaven! Hahaha..saya tahu korang selalu baca blog ni...ngeee...

Wednesday, December 08, 2010

Year end everythings...

So its December again..selamat tahun baru Maalhijrah juga kepada semua. Banyak juga cerita akhir tahun ni, cuma tak tau valid ke idak nak diceriterakan kat sini..hoho

Huummm..tahun 2010 bakal berlalu dalam kurang lebih 3 minggu lagi, then muncul tahun 2011 pula. Pejam celik dah 2 tahun 2 bulan aku kat bumi down under ni..bulan March nanti genap lah 2 tahun pengajianku. So tinggal setaun lagi! Banyak lagi kerja ni woit! SV pulak asek dok tukar dan divert kerja dari milestone asal ke entah ..aku pun tak reti nak describe. Semuanya bersepah sana sini tak organize. Katanya PhD ni eksperiment & data2 tak berapa penting, tapi interpretation data dan sari pati ilmu tu yang kena mastered. Ummm well...tesis kat sini pun max words cuma 8000, muka surat ~ 100 jer. Semua results dan finding kena condense.

School pun agak sunyi, ramai orang cuti panjang. Summer break pun 3 bulan, joli sakan budak undergrad nih. Tenang sket tak yah berebut parking space :)

Itu perihal study..then ni perihal kehidupan pulak. Humm dalam masa 2 tahun ni belum jumpa lagi calon sehati sejiwa..huhu. Mana nak cari agaknya? Penat ah. Sebelum datang dulu dah cari sehabis usaha, satu pun tak lekat..wahaha..entah lah. Perkara rahsia Allah yang satu ni, sulit untuk hamba jelaskan :p..dulu pernah cinta separuh mati kat seseorang tu, buruk baik terima belaka, akrab pun memang akrab...tapi dia tak hendak kita, takper lah..bek cari lain jer...masalahnya ada yang lain muncul kita pulak yang tak hendak...huhu..susah tul hidup nih. Biological clock pun dok tik tok tik tok dekat nak padam..:p..andai juga ditakdirkan begini terus, kan ku terima jua..huhu..saish! syahdu juga kan?

Ni pulak perihal kehidupan seharian pula..umm semalam dah submit form termination contract rumah yang ada 4 bulan baki lagi tu. Harap2 akan ada tenant baru yang akan masuk secepat mungkin dan rent $220 seminggu yang dah terbayar sampai Jan tu cepat2 dapat balik beserta dengan bondnya sekali. So now standby untuk pindah bila2 masa saja. Selama sebulan dok sorang nih, takut seh tidur sorang sejak kejadian pecah rumah tu. Terpikir nak simpan pisau dalam bilik..tahap extreem bidaah nih. Arakian aku akan berkelana ke rumah satu keluarga Indonesia ni bila malam bulan muncul :p. Duit pun nak kena jimat cermat tahap taik idung masin..lupakan boxing day, lupakan xmas sale segala..nanti nak kena sewa rumah sendiri beberapa minggu sebelum student baru yang plan nak tinggal sama tu datang.

Tulah..Kak Gem kata hidup orang bujang ni senang? Oh tidak kak..hahaha..jangan marah no. Selain masalah fulus, masalah keselamatan diri juga nak kena prioritaskan. Hari tu masa gi balai polis Gatton, 90% kes kat board wanted adalah kes bunuh. 10% lagi kes orang hilang. Siapa sangka pekan kecil cenggini banyak kejadian bunuh? Akaq pun terkezut!

Tinggal ngan non muslim masalah lain pulak nanti muncul..share dapur dengan segala product bb and tandas basah kering..memacam hal. Kita kata guna air tu bersih, dia kata guna tisu tu bersih..basah2 ni kotor dan geli katanya. Camana orang kawin ngan mat salleh yer? Hai..masalah domestik ni kalau tak kena gaya handle, mau perang dingin ke perang dunia kan meletus!

Wallahuaklam...

Tuesday, December 07, 2010

Untuk apa berblog?

Saya menulis blog sejak 2006..dan kebelakangan ni kemunculan penulis2 blog baru ribuan dalam masa sehari. Anak kecil pun sudah pandai berblog, apalagi kemunculan blog2 "sampah" yang menakutkan jiwa raga seperti blog2 gay melayu etc.

Beberapa tahun lalu, orang menulis blog kerana mahu mengumpul USD dari adsense, sekarang orang menulis (atau sekadar cipta blog tanpa bahan penulisan) untuk mengejar nufnang. Saya terbaca beberapa blog seumpama, yang hanya mempromosikan blog2 lain untuk sekadar menaikkan hits. Huumm maaf, saya secara peribadi tidak berminat dengan aliran sebegitu. Apa maknanya hits tinggi jika sekadar pop up then tinggal msg di chat box tanpa membaca tulisan yang terpampang? Cukup lah dengan beberapa pengunjung setia di kalangan rakan2. Yang kenal di reality maupun cuma di sini...kawan yang sebenarnya :). Umpamanya "Harimau datang dgn mengaum, sahabat hadir tinggalkan ukhuwah" hehe..kata bidalan baru..

Jujur saya memilih hanya untuk follow blog yang ada kisah, ada cerita, ada catatan pengajaran dan ada ilmu di situ..saya juga tidak suka follow atau baca blog yang menggunakan bahasa kasar bagi menyumpah individu yang tidak disukai dalam kehidupan mereka. Kalau ada catatan seolah2 ke situ di blog ini sekali sekala, saya sekadar melampiaskan rasa hati, setiap patah perkataan dan ayat akan saya jaga sesopan yang mungkin dan akan saya kalihkan muhasabah diri sendiri dan kemudian saya delete. Mungkin sempat terlepas ke umum, kerana tdk sempat saya delete..untuk itu maaf sahaja mampu saya kepilkan.

Saya juga tidak suka penulisan yang "lemah semangat"..umpamanya yang bercerita perihal dirinya yang malang etc...huhu..sorry kalau ada yang terasa :p

Monday, December 06, 2010

Tragedi Cinta Isteri...apabila cinta kita benar2 ikhlas dan suci

Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita....

Baca selanjutnya di Genta Rasa...

Nota:

Semoga suatu hari kau mengerti rasa dan niat ku.....

7 "UP" untuk berjaya....

1. WAKE UP (bangun)

Tidak peduli berapa kali kita gagal, tapi jika kita sentiasa berdaya untuk bangun dan memulai lagi, kita akan berjaya

2. DRESS UP (berhias)

Tampilkan kecantikan dalaman (inner beauty), ia jauh lebih bermakna daripada sekadar hiasan luaran yang yang fatamorgana dan bersifat semetara. Miliki hiasan mentalitas yang berlimpah ruah, hasil dari suatu harga diri dan rasa aman yang mendalam. Ia akan menghasilkan kesediaan untuk berkongsi penghormatan, keberuntungan dan kebertanggungjawaban

3. SHUT UP (berhenti berbicara/bermegah)

Berhenti bicara tentang kejayaan masa lalu, kini saatnya untuk menumpukan matlamat untuk kejayaan masa hadapan

4. STAND UP (berdiri)

Berdiri teguh lah pada keyakinan awal bahawa kita pasti berhasil

5. LOOK UP (pandanglah)

Saat merangka sesuatu matlamat, lihatlah ia sebagai telah terlaksana sebelum kita memulainya. Lihatlah semua impian dalam imaginasi seolah2 ia telah pun terjadi. Semoga ia menjadi doa dan keberhasilan di belakang hari.

6. REACH UP (capailah)

Capailah sesuatu yang lebih tinggi dari prestasi lalu, itu tanda kita semakin matang dan maju dalam kehidupan

7. LIFT UP (naik kan)

Naik kan semua impian kita dalam bentuk doa ucapan syukur seolah2 semuanya telah termakbul.

Friday, December 03, 2010

Rumahku dirompak!....Tired of all this craps

Kemaren rumah kitorang dipecah masuk pencuri. Laptop kesayangan aku hp dv1000 dah kena rembat, bersama2 dgn handphone samsung baru yang sudah hang itu. Sib baik samsung flip yang masih function tu aku bawa ke opis bersama2 dgn blackberry baru nih..Kemaren dulu bb tu tinggal jer kat umah cos belum caj. Sib baik jugak nikon dslr berserta segala eksesorinya dalam beg tak dirembat sekali..jam tangan 3 biji atas meja pun tak diusik..kalau tak mau pengsan aku semua barang2 peribadi kesayangan hilang..sobs2x. Aku tak pasti apa lagi yang hilang, cincin emas aku tak tau letak kat mana..sib baik jugak tak rembat kad kredit Maybank dan IC aku dalam laci meja. Sib baik jugak jarang pakai cash. Kotak kecik terbuka, ada thumb drive dalam, tapi aku tak pasti samada ada barang lain hilang. Polis mintak contact balik kalau dapat track benda2 lain yang hilang...

Time aku balik kerja kemaren jam 6 lebih, aku terkejut masuk jer rumah berantakan, pintu bilik terbangkang, tingkap juga terselak luas, pintu dapur terbuka..aku check2 punya check tengok2 tingkap dapur pun terbuka luas, mosquito net koyak dan framenya senget jatuh. Sigh! Sah dia panjat ikut tingkap dapur, mesti panjat pokok peach dekat tingkap tu...longgar seluruh sendi lutut aku, jantung macam berhenti berdenyut kejap. Sampai malam aku dok rasa tak sedap perasaan. Nak tidur pun tak berapa lena. Dok terbayang someone peeping through my window dan observe sekitar dalam bilik!

Tak tau jam berapa kejadian tu berlaku, cos hari Jumaat, senin, selasa aku balik rumah tengahari, aku rasa housemate aku balik tengahri Rabu..tup2 siang hari khamis kena pecah orang. Kebetulan kemaren hujan renyai2 so, jiran2 semestinya berkurung dalam rumah. Kalau tak tentu makcik sebelah sedar something wrong was happened. Sebab makcik tu selalu berlegar2 kat kebun bunga dan sayur dia tepi rumah, tepi pagar kami. Makcik tu pun pernah tolong mesin rumput kami sekitar pagar minggu lepas.

So petang kitorang report polis, pagi ni baru datang..ambik report, detail segala. Sok polis akan datang ambik cap jari. Konstabel tu cakap dia akan cuba "cakap" dengan beberapa orang yang dia kenal (yang biasa mencuri and drug addict) di sekitar Gatton.

Dah ke LJ Hoocker real estet jugak, report pasal ni dan mintak tuan rumah potong pokok peach dan fix segala pintu dan tingkap apa yang patut. Sangat menakutkan okey...nanti aku kena stay sorang selama sebulan lagi tu..ouch! So tadi ada gak tanya real estet kalau nak tamatkan kontrak awal, cos aku nak pindah! Dah tak berani tinggal umah tu lagi..huhu. Nak cari umah yang lebih secure dan tak payah maintain lawn.

Sepanjang pagi ni jugak aku dah contact dalam 6 cash shop terdekat, mintak tolong dorang gitau aku kalau2 ada orang datang jual barang aku tadi..heemmm, sangat letih okey. Balik umah ingat nak makan dan rehatkan badan yang sangat penat nih..skang dah tak lalu nak makan beb, cuma makan nasi beberapa sudu maghrib semalam.

Laptop tu aku set password, tapi kata polis pencuri boleh reset jer dan segala fail akan hilang..sigh! banyak dokumen peribadi aku kat dalam tu..sedih sesangat. Sib baik data2 semua simpan kat pc opis dan external hard disc..alhamdulillah, sekurang2nya tak kelam kabut aku. Dah tu polis janji akan keep track dan call kedai2 cash setempat. Katanya its not uncommon..maksudnya common la kan? Kata dia sometimes laptop yang dah hilang 3 tahun sudah pun tetiba dapat ditrack balik...tak taulah, dia nak tenangkan hati aku ke hapa :(

Sedih jer mengenangkan apa yang aku buat kemaren sebaik sedar laptop hilang..aku cari celah2 bean bag, bawah katil, dalam almari..berharap ada orang nak buat lawak bodoh (ada ker?) main sembunyi2 barang aku...hummm..tapi oh laptop ku..akhirnya tinggal kenangan..laptop pertama ku..dah 6 taun pakai tapi masih baru..aku suka software fireworks dalam tu..rekod belanjawan dan simpanan aku selama 6 tahun juga hancus! Rekod tu untuk memudahkan aku bayar hasil..huhu

Sunday, November 28, 2010

Sayonara Dr. Faizah, Abg Abu & Kakak (Alia Fatini)

Nah kemaren sorang lagi ahli keluarga Gatton berangkat for good...dah selesai dah master Dr. Faizah selama setaun kat sini..Dr. tu sb dia doktor hewan hehe..maka bermakna berkurang lah satu lagi keluarga melayu di Gatton. Takpe patah tumbuh hilang berganti, nanti katanya ada segerombolan student baru next sem.

Sedih jer rasa time sembang2 ngan Fatini a.k.a kakak beberapa minit sebelum mereka berangkat. Fatini (pakai gaun pink) masa mula2 datang dulu selalu kena marah dan bebel ngan aku sebab budak ni hyper active dan suka panjat2 dan sepahkan barang (sukati aku je marah anak orang hahaha).

Lepas setaun kat sini, perubahan dia sangat ketara. Dia pun dah besar, cerdik dan well behave..budak2 kan. Sebak jer hati time peluk dia semalam..humm aunty pulak yang terlebih melankolik..huhu.


Penat menjojol mata (macam takleh click besarkan gambar pulak :p) tengok gambar atas tu? ni ha gambar zoom nya, kredit to "tabib haiwan" yang jadi fotographer.

Dan...dah beberapa hari realme sunyi kan? bukan apa...extra bz ngan experiment baru, hari 1st start kerja tu 12 jam non-stop akanq kerja kat lab..angkat air 40 kg bagai nak patah tulang belakang, panjat para experiment apparatus n equipment turun naik berpuluh kali..sampai sengal dan cramped satu badan. Soknya cuma mampu terbaring kat tilam kat umah..huuhu, akibatnya bila sudah tua, energi kurang, stamina pun menyusut (mula nak menyesal tak sambung time muda2 dulu hehe..)..dah 3 hari tapi segala ototku masih cramp, hummm

Tinggal setaun setengah lagi...harap2 dapat selesai on-time..doakan2 tuan punya blog juga yer kengkawan :)..

Wednesday, November 24, 2010

Orang Malaysia Gila Title?

Benarkah? Iya kot...kat negara kita jugalah paling banyak title2, Datuk, Dato', Datin, Dr, Ir...dll.
Ada sebilangan orang dapatkan title untuk disanjung tinggi dalam masyarakat, ada orang untuk tiket mendapatkan tender2 multi-trillion, ada orang nak mendapat pangkat atau kedudukan tertinggi dalam organisasi, ahli tidur pun tidak mengapa, ada syarikat bukan kepunyaan bumiputera melantik ahli2 lembaga pengarah di kalangan Datuk, Dr, Hj dari kalangan bumiputera (melayu) bagi memudahkan urusan bisnis dengan projek2 kerajaan dan macam2.

Baca keratan akhbar di bawah:-



Memang tak nafi, banyak orang dapatkan title Dr (tak berijazah) untuk memajukan perniagaan. Sanggup bayar title ribuan ringgit, title Datuk pun juga :)...Bahkan title Hj juga! Humm..whatever.

Lucunya, Dr (berijazah) pula sebaliknya tidak menggunakan title di pangkal nama mereka, mungkin merendah diri, tidak mahu dilayan "extra", tidak mahu berbangga dan bermegah diri....Hj kebanyakan orang zaman sekarang tak pakai. Kalau zaman dulu lain ceritanya. Zaman sekarang ada orang sanggup pakai title Hj untuk kepentingan perniagaan etc? Entahlah...

Tengok filem Setem? Ingat dialog mat salleh tu cakap? Dia jual setem palsu dan dia gunakan title Duke hapa ntah..bila dengar dia ada title Duke orang melayu percaya dan hormat tahap cium kaki..walhal dia sebenarnya penipu wanted..dalam filem tu Aflin "memperli" sikap orang kita yang mengagungkan title dalam dialog mat salleh tersebut..

Pandangan saya sudah dilontarkan, apa kata anda pula ?

Moral:

Di dalam masjid juga kita ada sejadah kuning untuk raja? ada karpet merah untuk YB? Bukan sekadar dr tangga kapal terbang ke terminal? Artis pun nak kan karpet merah? Kereta mewah berserta driver untuk lembaga pengarah jabatan2?

Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara...

Sunday, November 21, 2010

Realme Stat


Eh, pageview all time 14 ribu lebih? Terkezut anak aku..purata 3,649.5 setaun..tapi apsal stat kat neowork aku tak jalan? humm ni musti sebab dah expired dok pakai free version aje so dia tak service betul2.

Aku ingat lah kan, nak freez blog ni kjap pasal kadang2 aku termelalut kat sini..segan pulak bila orang baca..pastu ada insiden orang siasat background aku kat sini..hadoi mak, aku pun heran camana leh berlaku? Aku bukan pakai nama penuh pun kan kan kan? Humm kadang2 isi tulisan mengundang spekulasi orang pun ada juga..atau patutkah aku cuma menulis isu2 di luar hal personal?, isu semasa ke hapa.. Cam bosan ..

Aku bukan sesiapa ...

Sekarang sedang mencarigali susurgalur kengkawan sekolah rendah dan menengah dulu..hih tak suka sebenarnya..tapi nak jugak carik kengkawan kamceng dolu2..hapa citer demo semua, kerja apa, jadi apa, tinggal kat mana, dah kawen belum, anak dah berapa bla3x...

Humm..memacam perasaan berbaur bagi (suka suki aku jerk buat kata ganda sendiri ;P). So terjumpa lah balik bebudak Pasir Mas. Masuk je friend list ketua darjah kami dulu, berderet senarai kawan lama..huhu..tak sangka aku mereka masih ingat mengigati. Aku cuma ingat beberapa kerat jew. Ada yang namanya pun ingat2 lupa :p....

Few years ago, masa aku jadi panel interview kerja besar2an kat MAHA..aku teringat staff sumber manusia gitau aku, ada sorang calon yang tanya dia, kalau aku ni bernama sekian sekian dan dia gitau aku adalah kawan sekolah dia dulu. Tapi haram si empunya diri tak terjah aku, mana lah aku perasan dalam ratus2 orang yang datang tu? Or maybe dia segan sebab aku adalah panel yang berkot segala? Jenuh lah pastu aku belek setiap kotak borang dan tanya kan panel2 yang lain, cari siapakah si empunya diri? Sampai sudah tak tau..

Then ada satu event tu aku gi workshop kat sebuah hotel, time dinner aku di-serve seorang mamat yang sama kelas ngan aku sejak tingkatan 1-5! Punya la aku sengih2 nak tegur dia, dia sampai terus buat tak kenal! Saish...mungkin dia malu or mungkin dia tak boleh cakap ngan tetamu? which is aku rasa tak masuk akal langsung..cos di event2 lain, okey jer pelayan sembang2 ringan.

Dan kat atas tu aku cakap tak suka pasal, aku pun segan kalu demo tau di mana kah aku sekarang..Entahlah....tapi wa tatak gumbira la lagu niii..uhuks!

Tapi aku suka bila masa aku tgh study di UKM ada kawan yang sekolah rendah boncengkan aku naik motor dari pekan Meranti ke kampung ku..dulu mamat tu handsome masa sekolah rendah, masa boncengkan aku, dia nampak dah terlalu tua, gigi rongak, badan kurus dan baju lusuh (ini baru lah kurang bernasib baik banding aku...hehe Ah, jangan marah yer). Dia sangat mesra dan tak kekok pun boncengkan aku kat atas motor dia. Then waktu aku tgah tunggu nak naik ketapi di Pasir Mas, dia tanya aku dah ehem2 lum, aku tunjuk cincin di jari manis dia senyum sangat ikhlas dan minta diri kembali ke tempat kerjanya sebuah bangsal menjual barangan plastik..humm aku suka dia layan aku gitu..nama dia ni ha aku ingatlah...Syafie.

Hummm...dulu aku sangat takut akan bersendirian di puncak...hamak hai aku belum di puncak pun kengkawan aku dah segan??? Huhu..sedih la aku :,(

Friday, November 19, 2010

Apabila Dia Curang

Ianya biasa apabila:-

Kita merasa sedih, marah, benci, memberontak dan membentak, mendesak minta putus/cerai, bermuram durja, dan berbalungsangkawa (menamorima?)...

Kendian kita menangis atau membalas dendam dengan berbuat yang sama...cari "spare part" lain, start melaram pasang body semula, dengan harapan nak buat dia jeles....huhu..

Kita kadang2 out of mind sampai sanggup berbuat yang tak patut..hummm


Ianya luarbiasa apabila:-

Kita mulanya merasa sedih, marah, jelek, benci, memberontak dan membentak, merajuk, get out of him dari radar kita sejenak, bergumbira dengan "personal space" yang tiba2 datang semula, berbuat apa yang sebelumnya tak dapat dibuat....

Kendian kita merasa lucu dan naughty, kasihan, bahkan sayang!

Kenapa???????

Kita sedih dan marah sebab dia betray
Kita jelek dan benci sebab dia mengediks ngan orang lain
Kita memberontak dan membentak sebab kita "merajuk" tiba2 dah tak diperhatikan lagi
Kita enjoy our personal space yang macam bulan jatuh ke riba sebab kita sayang dan tau menghargai diri sendiri...

Then kita merasa lucu dan naughty sebab kita pun sama naughty...nggeee
Kita kasihan sebab dia mungkin "gersang" setelah tak dipedulikan kita terlebih dahulu
Bahkan kita kendian sayang sebab dengan segala huru hara yang terjadi, dia terlihat makin comel sebab dia lah lelaki paling normal! dan kita tetap di hati...

Saihs! Gila dan menggilakan...

Sapa setuju angkat tangan......

Mahar Cinta Kuntum Cempaka

Mahar Cinta Kuntum Cempaka
(Untung nasib seorang suri)

Cempaka mekar di jambangan
Menebar wangi serata buana
Dipagar rimbunan jua belantara
Namun harumnya sampai jua ke hujung desa….
Indah berkembang si bunga cempaka
Disapa lalu diusik jangan….
Cempaka beradu menanti suntingan,
ke manakah madu akan ditumpahkan

Cempaka disunting si kumbang jati
Untungnya cempaka mendakap wangi
Dia kental menabur bakti
Cempaka gerih setia sehidup semati
Wanginya bersemi buat kumbang jati
Indahnya terpaku di sangul sang puteri
Kelopaknya berkembang buat sang putera
Hari-hari pun berlalu….

Kelopak cempaka akhirnya layu jua
Dan wanginya beransur pudar…
Mengisi nuansa deria kumbang dan kudup
Apakah asbab dan musabab alam
Kumbang pun menyisih berkelana lagi
Menebar pesona, mencari indah,
Menghirup wangi kudup bunga nan baru
Bunga tanjung di hujung daerah itu..
Gemalai melambai menggelodak kalbu…
Kumbang menari merayu lunak bermadu,

Cempaka sepi tinggal berteka teki
Tersiksa jiwanya apakan daya…
Biarpun kumbang kembali lagi
Harum cempaka harus tetap bersemi..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Mubarak

Salam Eid Mubarak to all...my siblings, my friends and whoever muslim brothers and sisters..especially those yang selalu berhijrah ke Realme.
Maaf zahir dan batin andai ada tersilap tulis bicara kata di sini..tersentuh hati dan sensitiviti antara sengaja atau tak sengaja..
I love all of you who always by my side, in reality or virtually..those you gave me supports, gave me strenght and joy..those who makes me laugh and smile..those who makes me appreciates what I have..I love you! May Allah the merciful bless you, your families and friends......may all the sacrifies we made been accepted..InsyaAllah
Wallahuaklam....

Monday, November 15, 2010

Oh! Adik Bongsu Ku Dah Nak Kawen

Tak semena2 plak aku nak tulis citer adik jantanku yang kacak ini (menurut aweks2 lar..)..Sedar tak sedar adik manja ku ini dah umur 27 tahun, dah nak jadi laki orang pun :P

Lama nih adik jantan & chumbinya berchenta, ada lah dekat 5 taun agaknya. Adik jantan ni rasional pemikiran dia walaupun poyo kaki vespa lambreta busuk haish! Konon kelak persandingan dalam taman, si gediks ni yang jadik wedding planner..yo iyo ko.

What's the name of that widget?











Anda suka berblogging?
Anda suka berfacebook?
Anda suka beryoutube?
Anda suka bertwitt?

4 widget ni comel2 belaka kan....
Ni lah cara hidup zaman sekarang...
Ada orang buat duit dengannya

Ada orang mengisi masa dengannya
Ada orang membuang masa dengannya
Muahahaa!....

Ada orang kata "Saya tak paham kenapa dan macamana orang leh tulis blog"
Tapi ada orang ada juga masa baca blog walaupun tak tulis blog....
Ada orang asyik ler hapdek profile fb..setiap 5 min sekali.."sedang tunggu bini kuar kerja kat bangunan X"; "nak kuar amik anak sekolah"; "having dinner di resto kopitiam"; "breakfast at Kluang Station"...bla3x

Ada orang suka upload dan download video kat youtube..video fotosintesis dan segala macam saintifik animation akanq suka dan sering guna dalam presentation as "alat bantu mengajar"..sometimes tgok movie n dengar lagu..akanq pun ada akaun U-tiub gak :)..tapi sakit mata bila sometimes terjumpa video porno, porno anak melayu..haish!

Ada orang dah macam artis, asyik twitt bersama murai tonggek kaler biru, "Aku rasa macam nak mati dah, malaikat maut datang menjemput"; "having lunch with gelfren at Saloma Bistro"; "I've instint...my boss say to me "am a stupid moron and he drives me crazy"...bla3x

Hahaha...yang sebenarnya merasa diri fofular segala macam status nak hapdek, nak twitt..ngee..ada satu lawak kat radio bunyi macam ni..wadahek you wanna hapdek ur going to have a lunch in the bistro next door, while you just wasting other people's time to read ur twitt..neway sapa suh follow kan? Muahaha..

Kacau sungguh apabila semuanya nak dihapdek belake..kacau lagi bila nak amik tau or teramik tau sumer...am not mention anybody specifically, coz am also blogging, facebooking..I've twitter but am not twitt :p...

Hakikatnya inilah kita semua hari ini...oh..maybe most of us sebab baby boomers pasti agak ketinggalan (jangan marah...), apa generasi setelah Gen Y? Gen Z agaknya? coz anak buah akanq umur 6 taun Syahmi pun pandai main youtube, asek haplod ultramen kat profail fb akanq n ibu dia..yang umur 2 taun Arief Pareira dah pandai main game online, yang umur setaun Eisya suka tengok Upin Ipin kat Youtube...bla3x

Apa agaknya jadi pada tahun 2020 kelak? Kalau masih hidup sempat lah tengok dan merasa..:)

Saturday, November 13, 2010

Miracle Love


This is a miracle love from my sample! Photomicrograph yang aku observe hari ni...petiole Acacia holosericea.,to me it's really amazing :)...see, the love in my work and everywhere..huummmm

Wednesday, November 10, 2010

Nice Uh?

Hahaha...aku curi gambar ni dari fb adik Kacang Afizi...hope you don't mind it..:)

Tuesday, November 09, 2010

Happy Mood




2 days ago I was happy coz I finally planted my 128 seedlings in the field..Instead of 140 that planned before..but it still make me feeling gooooddd. And today I am extreamly happy coz my SV have a look and email me his gratitude, he mentioned his impressive feeling! Taddaa! So in future I hope there will be no fighting for samples anymore. I wish there will be no more upsetting, no more hassle etc....:)

It should be enough for all of us and it will last until more than 10 years! Hambek ngkau, susah2 sangat nak wat kerja kan...berebut sesama sendiri..kui3x

And the most gratitute should goes to Brett cos he help me a lot..help me in preparing the land, planting, fixing the fertigation systems and many more. Because of this I also known about the watering systems in UQ. He did show me all the facilities they have, all the modern systems they implement etc..It might be usefull for my future in case I wanna set up my own plantation and agriculture practice after retirement :)

And he also showed me all the fruit trees in the orchard! I can just go and pluck them during ripening season...uuhhh I love it. Ada persimon, mandarin, manga bagai2 variety, plum, nectarin, castard apple (nona) etc...

I also harvested this onion for myself!

Sunday, November 07, 2010

Khalifah Hati

Di manakah khalifah hatiku
Yang bersujud pada Ilahi
Yang teguh dan kental jiwa menongkah kehidupan
Lalu berserah padaNya andai telah lelah
Dia yang mahu mengorak langkah bersama
Mengiringi kembara hayat, di maya fana
Lantas memimpinku ke sana
Atas azam dan iktikad
Yang lemah sama diperbaiki
Yang tajam turut disyukuri

Di manakah rahsia yang tersembunyi itu
Di balik lipatan hari
Di celah bingar nya dunia
Dia tidak ku temui
Tidak jua hadir di penjuru ilusi
Maha agung dzat Ilahi
Berterusan aku dakap ke jasad nan kaku
Berlanjutan aku persembah di sejadah malam
Suara-suara nan indah mengalun dzikrullah
Aku rindu padanya……

Gerl's outing

Semalam buat pertama kali setelah setaun yang lalu, aku outing ngan member non-Malaysian..dulu masa kat shared house dan kat ICTE selalu gak outing and BBQ ngan member2 bagai2 negara. Ngee sekadar refreshing...

So, semalam gerl's outing pun bermula, sekadar gi soping kecil2 kat DFO. Tersambar la dalam 3 barang, jam fossil (lagi?), blouse and beg. Beg tu beg Guess! Hahah..satu2nya beg guess tidak ber-buckle yang aku temui. Coz aku kurang suka buckle2 kat beg Guess, so payah no nak kenan ngan jenama neh..walaupun aku maklum cap ni sangatlah fofular di kalangan gerls2 di luar sana :p..

Fossil pulak, sebenornya aku nak gi tukar bateri jam lama yang aku beli masa kat KL dulu..sayang weii, jam termahal pernah aku miliki walaupun harga takler cecah ribu riban cam Rolex etc tu. Harap maklum, sangat lah leceh nak tukar bateri jam kat sini. Walaupun yang kita gi tu dah outlet terbesar kat BNE. Dia kena hantar jam tu ke HQ di Sydney dan akan ambil tempoh 4 minggu untuk dapat balik, kosnyer pulak AUD 27! What!? Attoooiii! sekadar nak tukar bateri jam yang harganya kurang lebih 12 hengget kalo kat KL...So guy yang jaga counter cakap "it's worth to buy a new one" sambil tersenyum..

So alang2 dah kat situ, makanya aku pun rembat satu jam yang design mukanya agak2 70% sama ngan jam mati bateri tadi. Yang ketara beza dia kat rantai yang macam gelang comey cute gitu. Harga pun murah...AUD 39.95 jerk, tolak AUD 27 = AUD 12.95..mmg betul kata dia, tak worth langsung nak tukar bateri. Sekadar nak menambah kat sini, Fossil sini murah giler ye beb. Outlet kat DFO BNE airport pulak besar dan ada display macam2 rangkaian produk Fossil i.e. wallet, purse, belt, jam, handbag, lain2 eksesori etc...kulit ori..akanq suka :). Nanti nak cari handbeg Fossil plak..hihi...

Habis soping kitowang gi tengok movie facebook yang Mark Zu"kenberger" tu. Me don't like it so much, coz citer dia berkisar kesah programer, hackers, bisness2 million dolar yang payah akanq nak paham..hoho...keweq mungkinlah suka citer ni sb sp2 script ni sama sp ngan dia :p. Yang jadi penambah rasa cuma mungkin party2 dan suasana Harvard tu sendiri..cantek Harvard tu. Budak2 tu pulak memang sangat genius, bisness minded sejak mula lagi, dan fb bukan idea asal dia. Dia gather idea2 yang sedia ada dari myspace dan sosial network yang lain, serta "curi" idea asal kawan2 yang lain, kumpul idea dari basic need kawan2 sekolej macam camane nak tau samada awek yang kawan dia suka dah berpunya tidak, revenge stlh awek dia dump dia etc..Moto Harvard "You are not coming to Harvard to find a job, but you are here to create a job" sangatlah best :)

Thursday, November 04, 2010

The Seafood Story

Seafood is the most delicious creatures in the world...

And now I understand why western people said seafood from Asian is terrible! This afternoon we have an un-formal conversation during lunch time. There were staffs and postgrad students (we are considering as staff as well) and we had had a very impressive chit chat.

They said basa (patin) is terrible because in Vietnam, they are caged together in a congested, shallow and muddy area; they being feed and produce offspring in the same place. So, they won’t eat basa and imported seafood from the 3rd world countries! And actually it’s true!..hummm
What else? A freshwater prawn…they eat debris from crocodiles feeding and it’s really smell yurky! Tat’s why I don’t like to eat prawn without removed intestine..Can you imagine the whole tom yam or char kue tiow smell “tut” when they add prawn with intestine.

The most popular one, cat fish is also proved to be the dirtiest fish, cos they eat almost everything! Tat’s why I feel “erkk” when people catch fish using the cacing! Yurk3x! Me also not comfortable to eat a squid with tiny or even big fish half digested in them..but I don’t know how to deal with the ketam? Where are the intestine and the part that should be removed? Hummm

Tuesday, November 02, 2010

Pagi yang Kepoh

Pepagi aku turun dr rumah kul 6.30 am, dengan semangat waja nak hantar seedlings dr nursery ke field section untuk ditanam..schedule tanam last 2 weeks tapi sb asek hujan so asek posponed lah..sampai di nursey aku dgn macho dan gagah perkasa tolak troli yang maha besar dan maha berat tuh tuk hantar seedlings ke kete..tiba2...aish! pokok2 aku hilang derr..dari 5 tray tinggal 1 tray. 1 tray ada 80 seedlings, so skang aku cuma ada kurang lebey 70 pokok! Huwaaaa...!! sangat frustnya aku. Maka melilau-lilaulah aku cari mana pokok2 aku? mana pokok2 aku????

Kat shade sana ada byk seedlings yang dah ditransfer dalam pot..seedlings aku masih dalam tube. Aku tanya kawan ku, dia claimed tu dia punya..aku heran jugek 1st sb pokok dia tak sebanyak tu..mana datang pokok2 yang banyak tu? dan mana pokok2 aku dalam tube???

Sangat frust dan kebengongannya aku, aku tanya sumer org, Christ, Nimal..pastu aku hantar lah baki 1 tray tu. Sib baek ada lagi 1 tray kat glass house yg aku reserved tuk Victor, dia tak pakai so aku hambek balik..huhu.

Pastu aku mengadu ngan Brett kata pokok aku hilang, aku dah takder planting material dah..tak cukup. Sedangkan plot tuk 140 pokok dah siap! Balik2 opis aku terjah opis SV aku, mengadu domba plak..huhu..salah aku pun ada gak. Coz aku cuma tgok pokok2 tu sebulan sekali jerk :p..selain segala fuss yang aku buat, aku pun rasa guilty..sigh!

Then, tetiba kawan aku cakap pokok2 yang banyak dlm pot tu bukan dia punya..so aku pegi lagi nursery double check..Sah!! itu pokok aku..huhu..aku agak Briggette dah "tolong" transfer tuk aku sebelum dia pegi bercuti untuk 3 bulan, dia maybe kesian tgok pokok tu dah stress gila kena panas dan aku pun tak pernah cakap yg aku tanak strees benda tu 2 kali..

Haish! dan aku pun tambah rasa guilty nie..aku pun dengan serba poyo dan naifnya email la SV mention yang aku dah track pokok2 aku...huhu..aku tanak terjah dah..segan haih, sapa suh tak peduli pokok? pastu anything happened panic giler..hahahhaa pengajaran buat aku :p

Monday, November 01, 2010

Chaiyok!!!!

Atttooiii! Kaplaku semak....mataku berbinar..
Baru submit 1 pre-schedule, ada lagi 3 pre-schedule
1 pre-schedule paling cepat siapkan dlm tempoh 2 minggu
paling lambat 3 minggu...

Attooii! Kalaulah ada orang buleh tulung aku baca, summarise, olah then tulis...
Tulis blog boleh sambil pejam mata
Tulis pre-schedule pesal tak buleh? huhu...
kadang2 paper yang baca kita...haish!
Kebijakkan sangat teruji..tak senang nak senang weeiii...

Chaiyok10X!!!!.....................

Sunday, October 31, 2010

Romantis kah?

Ehe he..tengok kat tajuk macam keren kan...

Penat ah asyik tulis menda serius dan falsafah2 selalu...er falsafah erk? bukan falsampah :P

Mood hari ni nak tulis pasal R.O.M.A.N.T.I.S

Definisi romatis berbeza mengikut orang, jantina atau latar belakang seseorang (pandangan dr orang yang belum kawen jer nih :)..

Ada orang kata romantis:

Bila kita selalu bertempek2, manja manju, merengek2 kat pasangan ..panggil ayang, laling, darling, musyuk2 aaa haaa...I liokkee it..

Ada pulak yang mendefinisi kan romantis tu dengan berpergi-pergian ke tempat2 yang juga romantis..eerr romantis nak kena ada tempat khusus ya? agaknya lah kan...sekali sekala nak re-charge kasih sayang..boleh lah!

Ada juga yang kata," Biarlah..tak mengapa tak romantis pun...psstt! tapi kat atas katil saya pasti romantis!"...UUppss! Ini sudah ke lain..aaarrrr...apa yang ada dalam minda tu saya tau nih..wahai abang2, kekanda2 dan musyuk2 di luar sana, jangan sempitkan romantis pada perkara yang itu sahaja laahh..tak aci tul..

Haaa..ni saya suka..bila ada para suami yang sudi menolong membuat kerja rumah seperti tolong basuh baju, tolong sidai kain, tolong buat susu anak, tolong masak juga...hi hi..ini definisi romantis yang paling saya suka..aaacaakk! dan jangan lupa pegang tangan waktu jalan ya..

Kalau bagi perempuan atau isteri pulak bagaimana? uuurrrmmmm..eceh panjang umm tu kan? Tak tau lah yer, apa yang lelaki nak spy dapat dicap sebagai pasangan romantis..ppssst! tolong lah kasi tau saya boleh? Musyuk2 suka apa? dipicit2 belakang kah? disuap2 eskreem kah? Oooo..silalah bagi petua persediaan berumah tangga untuk orang2 yang takder pacar dan belum kawen macam saya nih..:P

Cau cin cau...

Saturday, October 30, 2010

The Memoirs of Mc Cheq...full version

Atas komen Kak Gem, entry ini ditranslate...konon cuma untuk koleksi peribadi dan tak ingin orang merasa jengkel, pada awalnya saya menulis dalam loghat Kelantan..pssstt! akak kena baca sampai habis tau...penat saya tulis dan translate nih..hehe

Ini bukan cerpen, Ini adalah sebuah kisah….Edisi yang di perkemas dari karya asal bertajuk “Ibu Mithali” yang ditulis 19 tahun yang lalu.

Tersebutlah sebuah kisah..Arakian di sebuah kampung terdapat lapan adik beradik yatim kematian bapa. Dalam keluarga yang telah kehilangan kepala rumahtangga tersebut, ada seorang anak perempuan digelar Mc Cheq. Anak kecil ini “sterile” orangnya ala2 dalam drama The Monk, asal pegang apa saja objek akan segera membasuh tangannya. Tidak boleh “kotor” barang sedetik. Mewarisi sifat moyangnya yang bernama Mek Kechek. Anak perempuan ini bermata bulat bundar, berkulit agak cerah, susuknya agak kurus (red. Dulu), berambut panjang lurus mengurai dan sentiasa diikat tocang.

Anak ini sifatnya agak matang lebih awal dari usianya. Dia tidak gemar bercampur gaul dengan anak2 lain yang bermain melompat sana sini. Sifatnya pendiam dan jalannya sentiasa menunduk memandang kaki (red.dulu). Kegemaran anak ini mengelek buku ke sana ke mari. Sambil berbuai, sambil menolong ibu berkebun ubi, jagung atau tebu. Pulang dari sekolah setelah makan dan solat, dia menyarung T-shirt dan berkain batek sarung serta bertudung lalu berjalan ke rumah guru mengaji Quran, bernama Wan. Selain itu, anak ini kegemarannya mengayuh basikal dan menyanyi dengan suara yang kuat sambil melepaskan tangan dari “handle”. Kadang2 suka berseluar pendek atau ber-skirt tanpa baju.

Apabila berumur 7 tahun, anak ini pun mula bersekolah. Hari pertama dihantar abahnya. Malam pertama persekolahan diajar abahnya mengenal abjad dan huruf. Perhatian berbaur kasih dari abah yang pertama dan terakhir buatnya. Abah mereka berkerja kontrak pembinaan di luar negara dan pulang setahun cuma beberapa kali. Hidup mereka jauh dari kemesraan dan perhatian sang abah. Minggu2 pertama bersekolah sangat indah. Dapat berjumpa dan mengenali ramai kawan baru. Kawan pertamanya bernama Khalifah. Walaupun tidak pernah belajar di tadika, anak ini cepat dan pintar mengeja. Sesiapa yang berjaya mengeja objek dalam gambar yang ditunjukkan guru,dibenarkan rehat lebih awal. Waktu rehat sudah hampir separuh, bahkan anak ini sampai sudah tidak mengangkat tangan, gara2 malu. Puas kakaknya yang menunggu di luar kelas berbisik C.H.I.L.I. sambil muka berubah berang.

Apabila anak ini di dalam darjah 2 berusia 8 tahun, abahnya meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tinggallah sang ibu muda 40 tahun bersama anak2nya yang seramai 8 orang. Yang sulong berumur 17 tahun dan yang bongsu baru berusia 2 bulan, belum pandai merangkak. Ibu yang sebelum ini suri rumah sepenuh masa, mula keluar berkerja membanting tulang. Menanam padi sebidang, menoreh getah kebun orang. Badannya setiap hari dibaluti “seragam” menoreh yang busuk bertampal getah tebal merata. Masuk hutan keluar hutan mencari seberkas mengkuang. Menjunjungnya di kepala, mukanya merah padam dan peluh membasahi seluruh badan, menggeletar kepenatan. Lencun baju dan seluar kusamnya.

Ibunya memproses sendiri daun2 mengkuang lalu dianyam menjadi berbidang2 tikar. Si ibu akan mengayam hingga jauh pagi. Bersengkang mata demi sesuap nasi untuk anak2. Tikar dijual RM70–RM80 sebidang. Dengan duit sebanyak itu, sangat bermakna buat mereka sekeluarga. Terasa sangat mewah. Hasil dari jualan tikar atau menoreh, ibu mereka akan membeli sekotak biskut tawar kecil cap ping pong yang keras, ikan kering selar kuning setengah kilo, serta beras ½ kati untuk mengalas perut sekeluarga.

Anak perempuan tadi begitu rajin dan tekun belajar. Bersekolah sesi petang memberi kelebihan padanya. Pagi2 dia akan menyusul ibunya ke kebun getah orang sejauh kira2 4 km. Meninggalkan adik2 yang masih nyenyak tidur. Hari masih samar2 seawal 6 pagi, dia seorang diri menyusuri denai hutan rumbia, melintasi sungai melalui jambatan kayu nan sebatang. Pandang belakang, pandang kiri dan kanan...gelap. Cuma bayang2 pokok besar yang kelihatan, seperti lembaga hitam yang besar dan menakutkan. Rerumput yang dipijak masih basah. Dari kejauhan ternampak sebuah bangsal sekeluarga yang mengerjakan tanaman tembakau. Perasaannya lega dan keberanian mula menyusup perlahan-lahan. “Oh, ada orang”..bisik anak berusia 9 tahun itu sendirian.

Setiba di kebun getah yang seluas 4 ha yang dikerjakan ibu bersama ibu saudaranya, dia akan memanggil2 ibunya yang terlindung di celah2 pokok getah sebesar lebih dari dua pemeluknya. Panggilan bersahut dan dia berlari mendapatkan sang ibu. Sambil mengekori ibu menoreh dari pohon ke pohon dia bernyanyi riang lagu kegemarannya “Oh mama, aku mau kawen”. Lagu Raja Ema. Suaranya dijerit sekuat hati membelah pagi yang damai. Kerbau2 Jabatan Haiwan yang hitam, besar lagi garang dengan tanduk keweh di ladang berhampiran masing2 tegak kepalanya, terkejut.

Hari makin cerah dan matahari mula menampakkan sinarnya. Menunggu hingga ke jam kira2 11 pagi, berbekalkan sebuah baldi besi dia membantu ibunya mengutip susu dari pokok ke pokok. Habis mengutip dia berlari pulang bersiap untuk ke sekolah serta memasak nasi dengan dapur kayu untuk adik2. Sebentar lagi jam 1 tengahari ibu akan pulang. Ibu juga tentu kepenatan dan lapar. Tepat jam 12 dia menyusun langkah ke sekolah yang sejauh kira2 5 km. Duit bekalnya setiap hari sebanyak 20 sen, kalau hari hujan ibu tidak menoreh. Ibu akan sediakan sarapan pulut atau ubi kayu rebus bersama kelapa muda parut dan ikan masin. Sarapan bersama minuman kegemaran ibu, kopi hitam pekat yang manis.

Kadang2 pulang sekolah terpaksa mengatur langkah 5 km setiap hari membuatkan anak2 ini termengah2 keletihan. Kaki yang tidak mampu melangkah cuma diseret. Air mata kadang2 tumpah juga. Sambil memetik buah2 dari semak2 yang tumbuh meliar di kiri kanan jalan tanah merah, mereka merehatkan kaki barang sebentar. Hinggalah si ibu mengumpul duit dan membelikan dua buah basikal untuk mereka. Basikal terpakai orang2 kampung. BMX berwarna kuning berharga RM40 sangat “sporty” dan cantik. Mereka berkongsi jadikan kenderaan ke sekolah setiap hari.

Di sekolah anak ini agak aktif. Menyertai pasukan pengakap dan menjadi ketua petrol dan ketua pengawas perpustakaan. Menjadi ahli pengakap, guru mewajibkan setiap pelajar memiliki buku log berkulit tebal. Bersama adik yang menjadi penolong ketua petrol, anak ini akan hanya berdiam diri. Suatu hari, pasukan pengakap mengadakan perkhemahan sehari semalam di padang sekolah. Dua beradik tidak menyertai dan hanya berdiam diri apabila teman2 yang lain riang gembira untuk berkhemah dan mengikuti pesta unggun api pada malamnya. Yuran RM5 tidak mampu mereka sediakan. Buku log berharga RM2 juga tidak mampu mereka miliki. Kadang2 guru menganjurkan lawatan sambil belajar. Apabila guru mengambil nama, anak ini akan sentiasa berdiam diri, sehingga dipaksa untuk menyertai. Yuran RM4 tidak mampu dihulurnya tetapi dia tidak pernah menyatakan hal tersebut pada guru.

Pulang dari sekolah, bercerita pada ibu. Ibunya hanya diam tanpa kata. Anak ini tahu ibunya tidak punya duit untuk hal2 yang bukan keperluan. Keperluan utama mereka sekeluarga adalah makan, yuran sekolah dan simpanan duit untuk membeli buku2. Pendapatan penoreh di waktu itu tidak seberapa. Setiap jualan hasil cuma sekitar RM400 dibahagi dua dengan tuan kebun, kemudian dibahagi dua lagi dengan ibu saudara mereka. Bil elektrik juga perlu dibayar, walaupun tiada peralatan elektrik asas seperti TV, peti dan lain2 nya. Yang ada cuma bekalan elektrik untuk menerangi malam mereka. Kasihan melihat anak yang pintar tetapi tidak pernah menyertai banyak aktiviti di sekolah, lantas ibunya mengizinkan. Dibekalkan si anak beehon goreng dan beberapa biji telur rebus. Si anak mahu ke zoo, melawat kilang “sawmill” dan melihat air terjun Lata Rek. *Tinggalan kilang sawmill yang sudah tidak beroperasi di selekoh jalan ke Kuala Krai itu masih kelihatan hingga sekarang

Belajar malam2 anak ini hanya berbekalkan nyalaan pelita minyak tanah. Suatu malam, dia tertidur tanpa memadamkan api pelita. Tanpa disedari pelita terbalik lalu membakar sebuah bantal dan sebahagian bukunya. Mereka bernasib baik kerana peristiwa disedari sebelum terbakarnya sebuah rumah. Ke sekolah esoknya, anak tersebut ditanyai gurunya. “Kenapa buku kamu ni?”. “Semalam saya membaca dengan pelita cikgu”. Jawab anak tersebut diiringi gelak kecil rakan2 sekelas dan guru berkenaan terus terdiam. Barangkali guru bahasa Inggeris berbangsa cina itu merasa kagum atau apa, tidaklah diketahui.

Anak ini kadang2 merasa malu dengan rakan2 sekolahnya kerana hari sukan tidak dapat memakai seluar “trek” serta baju pasukan berwarna hijau. Setiap bulan guru menjual susu kocak di kelas, anak ini tidak pernah membelinya. Harga susu sekotak 30 sen, bekalannya ke sekolah cuma 20 sen sehari. Dia cuma menundukkan kepala setiap kali nama2 yang membeli dipanggil ke depan kelas mengambil susu pesanan mereka. Ada yang membeli 3 kotak, 6, bahkan sedozen. Apabila rakan2 lain enak menyedut susu, dia cuma akan menyibukkan diri dengan buku2.

Di hadapan rumah mereka ada beberapa pokok mangga. Tiba musim mangga anak ini dan adik2 akan menjual mangga kepada rakan2 di kelas. Harganya mengikut saiz, yang sedan 20 sen sebiji, yang agak besar 30 sen (paling mahal). Musim itek bertelur mereka akan bangun pagi2 berebutkan telur di reban berdekatan air takungan kumbahan. Telur akan dijual kepada jiran2 dengan harga RM1 untuk tiga biji. Dapat duit lebih untuk belanja sekolah, alang kepalang gembiranya. Baju sekolah anak ini dan adik2 kadang2 koyak dan ditampal sendiri dengan jahitan tangan. Kadang2 bila ibu mereka punya masa, ibu akan tampalkan. Kasut sekolah juga koyak sana sini, bocor tumit. Apabila hari hujan, air akan masuk dan membasahi stoking bergetah longgar yang diikat menggunakan gelang getah. Stoking selalu melurut jatuh hingga ke buku lali. Kasut hanya berganti apabila telah rosak teruk. Pakaian seragam sekolah mereka, baju kurung putih sudah tidak putih lagi dan bertukar kekuningan. Di bahagian ketiak mengeras dan berbau hamis. Pakaian seragam juga sama, hanya berganti apabila tidak lagi muat dipakai lalu diperturunkan kepada adik2.

Musim banjir, jalan kampung bertanah merah berbatu kerikil dan berdebu merah akan bertukar becak dan lecah. Lompang2 kecil besar merata dan digenangi air. Kalau bernasib baik anak2 tersebut akan menunggu jentolak sawah Che Draman yang keluar berkerja setiap pagi. Mereka bersama beberapa kawan sekampung akan duduk bertenggek di atas pelapik tayar, menyelit di belakang pemandu, di atas enjin bahagian hadapan bahkan di dalam penyodok saiz gega di bahagian belakang jentolak. Tiba di sekolah pakaian terpalit selut merah sana sini.

Mc Cheq suka menyanyi dan si sekolah dia dilantik menyertai pasukan genderam (pancaragam sekolah). Pertandingan di Majlis Sukan Sekolah2 Kebangsaan akan berlangsung dalam masa seminggu. Setiap ahli perempuan diberi seragam putih dan kain biru corak petak2 bersama tudung hitam bersulam manik dan labuci. Lip lap-lip lap bergermerlapan indah. Para ahli juga diwajibkan memakai kasut kulit hitam. Tidak mampu untuk membeli kasut yang berharga belasan ringgit, si anak selongkar guni2 serta kotak2 buruk yang berlambak di bawah rumah. Dengan harapan akan menemui kasut2 kakak yang tidak dipakai lagi. Tiba2 dia ternampak sepasang kasut yang sangat comel bentuknya, berwarna hitam, padan dengan kakinya. Dibelek2 kasut tersebut dan bibir munggilnya mengukit senyum. Dahinya berkerut tiba2. Kasut itu tertanggal 90% tumitnya dan tidak boleh dipakai lagi. Sejenak dia tersenyum kembali dan berlari ke atas rumah. Dicarinya jarum dan benang hitam. Kasut dijahit rapi dan kemas dengan beberapa lapisan jahitan, supaya tidak tertanggal dan yang paling penting jahitannya mesti sangat halus supaya tiada sesiapa dapat melihatnya dengan sekali imbas. Dia kemudian mencapai penggilat kasut jenama kiwi kepunyaan abang lalu disapu pada kasut yang comel. Digilapnya sampai berkilat dan nampak seperti baru. Dia membelek-belek kasut beberapa kali dan tersenyum puas. Kemudian diletakkan atas pangkin dengan elok. Bimbang berhabut, hilang kilatnya.

Tiba hari yang dinanti, meraka berkumpul di sekolah dan disolek guru perempuan. Ahli lelaki juga turut digincu bibir mereka supaya tidak nampak pucat kata Cikgu Jamilah, guru muzik sekolah. Tiba gilirannya, dia disolek oleh Cikgu Nik Sabariah. “Bibir awak kering dan merekah” tiba2 Cikgu Nik Sabariah bersuara. Simptom tidak cukup vitamin dan zat. Kesan pengambilan gizi yang tidak sempurna. Anak itu hanya mendiamkan diri. Siap disolek dan ditata rapi oleh guru2 perempuan, Cikgu Amir pun muncul. “Kereta dah siap” beritahu Cikgu Amir. Mereka kemudian bertolak ke Sekolah Keb. Tendong di jajahan sama. Bertanding antara zon A dan zon B. Malangnya kerana seragam mereka kurang menonjol mereka cuma mampu meraih tempat ke-2. Pasukan lawan mentertawakan seragam mereka. “Macam baju misi” kata mereka. Kalau dibanding dengan seragam mereka yang berwarna merah pekat dengan vest dan tie memang umpama perbezaan antara dua darjat. Seminggu kemudian guru menjual foto kumpulan. Harganya 60 sen sekeping, tak mampu untuk dimiliki anak itu. Dia hanya mampu melihat kelibatnya dalam foto yang dibeli rakan.

Kecemerlangannya dalam peperiksaan UPSR dengan 5A, melayakkannya bersekolah di sekolah menengah terbaik di bandar Pasir Mas. Dia suka mengarang dan karangan Bahasa Melayunya sering menjadi contoh dan sering dibaca di depan kelas oleh guru dan rakan2. Dari UPSR hinggalah peringkat SPM. Anak ini sangat suka membaca karya2 Awang Sarian, Usman Awang, Ahadiat Akashah dan Othman Kelantan. Panglima Salleh Selempang Merah, Budak Setan dan Bujang antara buku2 kegemarannya.

Bersekolah peringkat menengah di bandar, ibu membekalkannya duit belanja RM2 sehari. RM1 untuk makan dan lebihnya kos kereta penambang. Kalau ada rezeki lebih ibunya akan memberikan duit untuk membeli pas bulanan bas RM30. Keadaan hidup mereka mula bertambah baik. Kak long di universiti sering menghantar duit setiap bulan. Separuhnya membayar hutang kepada tuan kebun getah. Hutang untuk membolehkan kak longnya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Di sekolah menengah dia berada dalam kelas khas perdagangan bersama2 para pelajar saluran terus di kelas terpandai.

Dalam tingkatan 2, si anak dipanggil temuduga biasiswa kecil persekutuan. Kerana sangat bimbang dan gemuruh, telapak tangannya pucat lesi dihiris tidak berdarah. Alhamdulillah, berkat rezeki dikurniakan Allah, dia dianugerahkan biasiswa bernilai RM25 per bulan. Dia merasa sangat bersyukur kerana tidak lagi membebankan ibu untuk belanja sekolah, seragam dan buku2. Tiga bulan sekali duit biasiswanya dikeluarkan sebanyak RM30-RM50 untuk tujuan membeli buku dan soalan2 skor peperiksaan. Tanpa menghiraukan sindiran rakan2 yang tidak pernah menggunakan duit biasiswa mereka, yang disimpan rapi tidak berusik.

Asal beban si ibu dapat dikurangkan, dia sudah merasa sangat bahagia. Setiap bulan sang ibu akan ke bandar. Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil duit bantuan anak2 yatim sebanyak RM100. Ibu memakai kain batek sarung, berbaju kurung dan selendang bunga2 kecil. Pakaian ibu yang paling anggun. Selepas mengambil duit bantuan, ibu akan pulang dengan dua paket mee kuning, sekilo ikan mata besar dan 2 kilo ikan kering. Ibu membeli sepaket 6 bungkus indomee mee goreng. Ibu rebus dan tos, tambah perencah dan mereka makan bersama2 dengan gembira. Sangat bahagia perasaan mereka. Sangat sedap, tak pernah mereka rasa sebelum ini. Ikan sekilo ibu rebus sampai kering airnya supaya tahan lama dan dapat dimakan selama berhari-hari. Sangat sedap ikan itu apabila digoreng. Minyak gorengan ikan sangat disukai anak ini untuk dijadikan kuah bersama nasi. Lebih sedap lagi kalau gorengan ikan ditambah cili api dan bawang putih yang telah ditumbuk halus dengan lesung batu.

Keputusan SPM tingal beberapa minggu. Hampir setiap malam dia mimpikan keputusan. Hari yang dinanti akhirnya tiba jua. Alhamdulillah dia mendapat keputusan cemerlang dan layak melanjutkan pengajian dalam bidang sains di universiti. Kerana sangat minat dengan biologi dan bercita-cita menjadi seorang doktor kelak (red. tak tercapai), Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi pilihannya. Dia akhirnya diterima mengikuti matrikulasi di Kota Bharu. “Apa kelas, universiti kat Kota Bharu”, sindir orang kampung. Selepas setahun di matrikulasi, dia terpaksa berjauhan dengan ibu dan adik2. Kali pertama dia keluar dari kampung halaman. Berhijrah ke bandar besar menimba ilmu mencapai cita2 mengubah nasib keluarga dengan berbekalkan duit jualan kereta kesayangan abangnya. “Dah tak ada jalan lain” kata abang yang cuma berkerja kilang sambil tersenyum. Duit pinjaman pengajian berjumlah sekitar RM3000 setiap semester dikirimkan sebahagiannya ke kampung untuk membantu adik2 yang masih kecil dan bersekolah.

Selepas tiga tahun bertungkus lumus di universiti, sekeping ijazah kini digengaman. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep.) Genetik Molekul. Berbekalkan sekeping ijazah itu dia mencuba nasib berkerja di universiti sama. Rezeki menyebelahinya apabila dia berjaya mendapatkan pekerjaan bergaji RM35 per hari. Si anak akan berkerja di Kuala Lumpur, memaksa sang ibu mengadaikan rantai emas kesayangan. Satu2nya rantai emas kepunyaan ibu. RM600 menjadi bekalan memulakan hidup baru di kota metropolitan. Tiba hari berangkat, si ibu sempat menghulurkan duit RM5. “Ini saja duit yang ibu ada”..katanya dengan mata yang berbinar dan wajah serba tak kena. Tak sampai hati, anak itu menolak. Tetapi si ibu tetap mahukan anaknya menerima RM5 pemberiannya.

Sepanjang perjalanan malam dengan menaiki keretapi Wau Express dia cuma termenung sendiri. Di telinganya tergiang-giang kata2 ibu sewaktu kecilnya. “Kita ini umpama dedaun kering, berterbangan ditiup angin, singgah di mana saja ia jatuh, tersepak lalu melata lagi”... “Kita juga tidak punya saudara mara yang sudi membantu”. Air matanya menitis teringatkan sang ibu, dengan jerih perihnya membanting tulang empat kerat menyara anak yang seramai lapan orang. Tanpa suami, tanpa bantuan sesiapa melainkan bantuan RM100 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Gaji pertama, si anak menebus kembali rantai emas ibu. Setiap bulan akan dikirimnya antara RM300-RM400 untuk ibu dan adik2 di kampung. Dengan gaji itu juga dia terus bangkit dan mara mengejar sebuah erti kesinambungan hidup dan membalas nilai pengorbanan seorang ibu. Sambil berkerja dia mendaftar sebagai pelajar sarjana. Berkat ketabahan dan doa yang tidak putus ke hadrat Ilahi dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang singkat. 16 tahun berlalu… si anak sudah pun mendapat pekerjaan yang bagus di salah sebuah institusi berprestig negara. Berbekalkan Ijazah Sarjana Sains dari university sama dia dilamar jawatan pegawai bergaji lumayan.

Menyenangkan hidup ibu dan membahagiakan hati sang ibu menjadi matlamatnya. Sang Ibu sudah berhenti kerja. Ibu pencen macam orang kerja makan gaji. Di usia 56 sang ibu berhenti kerja sepenuhnya. Anak2 sudah besar dan sudah berkerja. Rumah yang robek dan tak pernah siap setelah kematian abah mereka dulu mula disiapkan sedikit demi sedikit. Mereka sekeluarga kini digelar OKB.

Si anak mula memanjakan ibunya dengan apa saja. Hadiah pertama membawa ibunya menaiki kapal terbang buat pertama kali. Menemani sang ibu melihat anak dan cucu2nya yang jauh di Kota Kinabalu. Yang cuma berjumpa beberapa kali dalam berbelas2 tahun. Setiap bulan dilaburkan sejumlah duit ke akaun Tabung Haji sang ibu. Untuk melihat ibu mencapai cita2nya menjejakkan kaki ke Mekah. Kalau dulu duit Tabung Haji ibu sering menjadi mangsa dikeluarkan ibu untuk membantu anak2 kini anak2 sepanjang masa menambah simpanan ibu. Akhirnya impian sang ibu tercapai. Menjejakkan kaki di tanah haram.

Ibu yang dulunya sering menangis bertemankan air mata kini sentiasa tersenyum manis. Kemahuan ibu sedaya upaya dipenuhi. Ibu mau makan apa saja si anak berusaha menyediakannya. Asal sebut Pizza Hut, McDonald, KFC, Old Town Coffee, The Chicken Rice Shop, Johnny’s, Nando’s, Warong Penyet, Kenny Rogers apa saja. Ibu pandai makan steak, pandai makan chicken chop. Ibu jalan2 window shopping atau shopping ke IKEA, the Curve, OU, KLCC, Sogo. Dulu ibu bimbit beg sampai senget bahu daki tangga keretapi, kini si ibu melenggang daki tangga kapal terbang. Sang ibu pandai banding mana hebat antara Emirate, Mas, Air Asia dan Firefly. Tetapi si ibu tidak pernah berbangga2 dengan tetangga. Ibu cuma berbahagia diam2. Dulu kopi hitam pekat dan manis jadi kegemaran, sekarang Old Town White Coffee hazelnut jadi santapan harian. Dan InsyaAllah ibu mau ke Mekah sekali lagi. Si anak juga sudah mencapai impiannya untuk belajar ke luar Negara…. :)

“Kejerihan mengenalkan kita erti tabah, kekurangan mengenalkan kita maksud khudrat, kemiskinan mengenalkan kita makna anugerah…Harus kuat dan tabah seperti waktu2 dulu…”

Karya ini didedikasi kepada ibu, Hajah Yam Binti Haji Awang. Semoga ia menjadi teladan dan pedoman kepada generasi penyambung wasilah keluarga..