Ketik

Tuesday, January 31, 2012

Bukakan Hati

Assalamualaikum

Ku mulakan dengan Bismillah
Telah terlihat jalan itu
Membujur sukma dan membisik cahaya
Yang ku cari sekian langkah

Tak akan ku alpa sekali ini
Ku izinkan dia menyentuh sanubari
Semoga berjalan di irama yang sama
Rentak ku atur biar seiring

Gemersik rindu yang membisik
Ku dirikan di sejadah malam
Memohon segaris harap padaNya
Moga kembali bernyayi lagu indah.....
Aku bersedia untuk sekali lagi memberi dan menerima

Monday, January 30, 2012

Pengorbanan Ibunda

Assalamualaikum sobat2 :)

Dalam masa 2 minggu lagi ibunda tercinta akan kembali ke Malaysia..uhuks! Sedey la, pasni takder org nak temankan akak kat opis n lab ujung2 minggu lagi, takder assistant untuk isi tips lagi, takder orang boleh gaduh2 sayang lagi, takder org nak teman tidur lagi, takder orang nak kuarkan dan isi balik laptop dalam beg lagi, takder orang nak lipat baju lagi, takder kawan nak makan sesama lagi, takder orang nak berjemaah terawih lagi, takder orang nak teman belanja barang dapur kat Inala lagi, takder orang boleh perabis roti lagi, takder org nak gi termenung tengok burung kat tasik sesama lagi...uhuks2x!

Untuk pengetahuan, dia suka sgt makan roti, dah makan nasi kenyang2 pun ada roti wajib tak tolak harus makan jugak :). Pastu dia rajin sangat keluarkan dan masuk kan balik Mac Book akak dalam beg. Kalau kami keluar sesama wajib terasa beg berat, bila dia tinggal kat umah eh, beg ku ringan saja? Hahaha...kecurian laptop hari tu buat dia sangat prihatin ngan laptop itew.

Arrggghh...kalau takder dia nanti, takder orang lagi nak tutup pintu berkali2, flush jamban berkali2 dan bukak tutup grill tengah memalam buta berkali2 sebab nak make sure dah kunci belum, semayang subuh berkali2..kejut kan subuh berkali2 sangat "annoying" hehe...homaigad...pasni akan sunyi sepi dah...huwaaaa! Nak nangis la rasa.. :,(

Betapa besar pengorbanan beliau sepanjang 8 bulan terkebelakang nih. Menemankan akak kat sini, dalam segala keboringan dan kebosanan...wah aku dah nangis! Huhu...stop dulu lah, takmo nangis sebab nak buat kerja..



Thursday, January 26, 2012

Blurry Oz day

Live isn't always about fun..nak2 kalau tengah sibuk nak kejar time, kerja masih berlambak, badan sakit2 dan lenguh2 selalu, mood tak berapa nak ceria, hati pulak tak berapa keruan...

Yang berlegar di minda, perjuangan harus diteruskan hingga ke garis penamat, selepas perjuangan ini perjuangan apa lagi yang nak dikejar? Entahlah....

Tuesday, January 24, 2012

Law Kaana Bainana

Semalam ada kawan post kat statusnya "Law Kaana Bainana"..ermmm sebab tak paham, so akak ter-bercanda "buah kana ke buah banana?" Haish! macam jahil benar pulak rasa :p..tapi maafkan lah saya, saya tak tengok TV al-Hijrah..takder chanel tu kat Australia. So, skang dah tahu dengan bantuan Cik Utube :).

Kalau tak bercanda tu langsung tak dpt pencerah...

Monday, January 23, 2012

Nothing so special

Semua sudah balik kerja selepas bercuti CNY ya? Meriah sungguh sebenarnya Malaysia kita, pelbagai perayaan kaum diraikan bersama, bercuti bersama.

Kat sini walaupun takder cuti raya sangat, tapi cuti xmas membawa ke tahun baru belum berakhir. Ramai staffs uni masih bercuti, baru start bercuti dan belum habis cuti. Dah nak masuk feb tapi sekolah masih sunyi sepi. Students undergrad pun masih summer break, 3 bulan. Student Postgrad sahaja yang tidak pernah kenal erti cuti. 7 hari seminggu, 18 jam sehari kerja3x...

Cuma, semalam akak ambik peluang rehat kat umah layan movie melayu/indo dan tv sepanjang hari sampai bengkak biji mata tengok screen. Maklum kalau weekdays manada kesempatan nak memanjakan diri. Tapi bila dah tak buat kerja rasa bosan pula. Balik nanti mesti bosan sb dah takder date line nak kejar, kembali ke rutin yang membosankan..iye kah?

Oky doky kembali ke desktop!

caui cin caiu

Thursday, January 19, 2012

Hunh?

Adoii...macam2....tapi comellll!!!....hihiihi..


No offences :)

Wednesday, January 18, 2012

kwang kwang kwang....

ATOI!! aku gelak bagai nak lemari tengok video ni...kalo uols tak gelak tak tau lar, geli bulu2 kepala den :D



Saturday, January 07, 2012

Bundle Story

Assalamualaikum....

Okay, apa nak citer ya? Sekadar nak share detik2 akhir di bumi Australia ni...ewah, thesis pun tak siap lagi yo2an jer :)

Lupakan ke'eager'an tu jap, mari dengarkan akak nak story mory sket. Sepanjang seminggu lepas sebuk shopping dan packing stuffs tuk hantar balik Mesia. Now, it comes to a big business hehe..konon ingat 1 unit jer, dah sudah packed semua jadi 16 kotak kecik besar. Dah macam hampir 2 unit dah. Untuk penghantaran ni akak ambik door-to-door service sebab non mampo untuk menguruskan sendiri penghantaran ke port, sewa van dan drive van hantar ke warehouse, sewa lori kat Mesia pun dah hampir RM300. Senang citer bayar jer commercial service waimo dolar tak berapa nak banyak :(




Mari dengarkan kisah ke-2 pula :)...

Ni beberapa minggu sudah sangat puashati dapat beli dan makan tembikai seberat ~10-15 kg dengan harga cuma $2-3. Lama...dalam 2 minggu tak jumpa tembikai tepi jalan lagi, tup2 satni masa gi isi petrol nampak gerai ni tepi padang dkt Caltex Warrego Hwy..apalagi cekau lah 2 bijik. Adalah dekat 6 kg sebijik. Kalau kat kedai paling murah 65 sen per kg, 6 kg = dekat $4 dah..tu pun kalau manis.
Adat membeli tepi jalan pulak, takder tuan kedai jaga..pilihlah seniri nak besar mana? Pastu bayar jer dgn masukkan duit kat honest box berkunci..tengok kat gambar. Kalau kat Mesai, mau tinggal kotak kayu jer, mau pecah tabung tu...hehe..apa nak buat?

Akhir sekali ni dengarkan kisah ke-3 :)...

Ni citer orang nak kawen, tader angin tader tsunami tetiba nak kawen. Siap order barangan hantaran beberapa minit lepas bertunang!! ekhehe..jangan lupa langsaikan hutang2 ambe beribu riban tu yer...ai pun ada kehidupan ai jugak. Masih banyak nak dicapai huhuh..

Pendekata, memang berbaloi beli parfume kat sini time sale parfumes..mmg harga dia murah tila babang...semua kat atas tu baru RM800...baru??!! Aih...murah tu..cer gi tengok kat SOGO sana, satu botol designer parfume 50 ml dah RM 400++. So sudilah order ngan akak..leh akak tambah pendapatan ehehe..tapi musim sale dah lepas daa...hiks!

Okeng la..till then wo chaoi!..

Wassalam :)

Wednesday, January 04, 2012

2012: resolusi?

Assalamualaikum sobat..

Hari yang cerah matahari bersinar gemilang..ini catatan pertama di hari ke-4 tahun 2012. Sekejap jer masa berlalu pejam celik dah 3 dekad lebih hidup di maya pada ini.

Masuk je tahun baru banyak orang wish kan..tapi kurang org wish kalau tahun baru Islam, entah mengapa? Bila tahun baru saja pasti banyak yang bercakap tentang resolusi. Apa resolusi untuk tahun ini tanpa lupa merenung balik apakah hidup kita setahun yang lepas dan tahun2 sebelumnya sudah berkat dan banyak menyumbang?

Akak seperti biasa, takder resolusi. Apa yang datang akak hadap jer. Yang penting prinsip akak adalah lakukan yang terbaik untuk apa saja yang datang dan selebihnya berserah pada Dia untuk menentukan apakah outcomenya. InsyaAllah kalau kita sudah melakukan yang terbaik semampu khudrat dan irhodat kita, penamatnya pasti yang terbaik juga buat kita. Mungkin pada mulanya kita tidak faham/tahu/kurang sedar akan hikmahnya. Tetapi dengan masa dan ketika selaras dengan kematangan kita tentang sesuatu qadak dan qadar lambat laung kita akan merasakannya, lantas dapat merasakan juga betapa manisnya keimanan yang telah tergilap.

Fikir punya fikir rasanya akak nak capai 1 resolusi ni..mau jauhkan diri dari skandal...hehe. Macam buruk benar bunyinya kan? Tak taulah nak panggil apa, skandal ka? godfather ka? butterfly ka? kawan2 ka? Watsoever. Sebab jauh di sudut hati ini, akak sangat benci orang yang umpama butterfly..playing and charming around without the senses of responsibility.

Di luaran sangat baik budi, gentleman/women, tapi di sebaliknya ada "kehidupan" lain yang nakal dan gediks. Berkawan dan berbual mesra lebih dari sekadar kawan, tapi cuma bermain perasaan. Tidak ada intention untuk settle down, hidup normal dan bertanggungjawab. Sangat jelik.....selebihnya membuang masa, duit dan tenaga. Hidup biarlah berbuat sesuatu yang ada hasilnya. Tapi, siapakah kita untuk menentukannya? Kadang2 kita dah buat yang terbaik, ikhlaskan hati sebaik mungkin, mencuba dengan bermatlamatkan sebuah penamat yang baik...tapi penghujungnya hampa belaka. Apa silapnya, di mana kurangnya?....tiada jawaban...

Apabila ini yang terjadi, kita cuma mampu DIAM. Sambil bercerita pada tuhan. Ya Allah..ampuni aku andainya aku silap dan berdosa padamu. Berikan aku sinar pencerah. Kuatkan semangatku dan tabahkan hatiku...aku tidak tahu lagi apakah dan di manakah silapnya. Sesungguhnya yang terjadi padaku bukan pinta ku. Barangkali Kau menyanyangi ku lantas Kau uji aku begini? Ku pohon padamu ya Allah...jadikan aku hamba yang redho..

Yang penting dada kita lapang, hati kita damai. Dan kita jadi makin insaf dengan rasa kehambaan yang sesangat...

Semoga, tahun ini dan tahun2 mendatang bakal lebih menceriakan dan membahagiakan. Suatu pencapaian di dunia ini hendaknya mampu memandu kita ke arah landasan yang benar dan sejahtera nanti di akhirat sana...aminnnn


Wassalam