Ketik

Sunday, December 28, 2008

Aza's & K. Ya's Befday Party

Birthday party Aza & Kak Ya (kak ke? aku pun tak tau...:p) di rumah Huda last night. Pandainyer Huda masak roasted chicken, cheese potato wedges and m&m cheese cake. Leen pula masak 2 jenis pizza, ayam & daging..hu hu wajib belajar nih! menu tambahan brownie. Pizza tu doh dia agak keras and liat, but who cares? Tetap sedap coz intinya banyak. Hummm... sesudah tamat 3 taun nanti aku tidak boleh tidak kena pandai masak ni sumer :)


Dan pagi ni Kak Tikah (my housemate) dah balik.... Maknanya aku tak tgl sorang lagi :). Tapi muka dia toyo jer, coz tak puas balik Msia 3 minggu n rindu ke Amar (si kenik yang suka tenung muka aku tak berkelip2 dgn matanya yang bulat)

Friday, December 26, 2008

Rice please.........

This is what I called “acara mengosongkan peti”. When stay alone it automatically killed my eating desire. I’ll suffering laziness syndrome with acceptable creativity. But I missed rice too much!! Bad thing is I am not really good at cooking modern recipe of rice rather than typical Malay cuisine. Well I missed petai, jering and other ulams too…..and don’t forget budu! Oh mama…help me!!!

Xmas & Boxing Day

Seronaknyer...shopping time ni..sale gila babas, baru aku paham kenapa masa kat Msia time ujung taun je mereka (x-student oversea laa) sibuk dgn xmas shopping..waktu tu lah nak abiskan bajet dgn membeli segala macam mesin dan bahan kimia..haw haw...jakunnye rasa :,p. Pastu hari ni pula Boxing day lagi maut sale kat sini...potongan hinga 100%??? nasib baik tadak umah sendiri kat sini. Untuk sama2 memeriahkan raya kami pun tak ketinggalan jugak.
mini party at Shadia's apartment, w/pun dgn hanya 6 tetamu kira oraitlah makan sesama rakan taulan waktu2 cengkerik berbunyi :(. Look...Turki becomes naughty without his aunty.
A presents that I got for xmas :), a card from Shadia and a box of chocholate from chinese girl that looking for our house (she'll become the next tenant in Jan)


Wednesday, December 24, 2008

Kehidupan:- Aku dan tuhan

Bila kita hajatkan sesuatu dan kita sudah hampir mencapainya, tinggal kebarangkalian 0.05% di paras kejayaan kita tetap akan merasa kegagalan. Kekecewaan sukar diluahkan. Kepasrahan, akur dan menerima rezeki dan keupayaan kita seadanya adalah resepi terbaik. Bilamana kita merasa ingin berkongsi kisah dengan seseorang, tetapi dia tiada, tidak wujud atau tiba-tiba hilang dari situasi. Bagaimana? Kita akan merasa sangat kecil dan bersendiri dalam dunia ini. Kita tidak mahu lagi bercerita. Kita menyimpannya sendiri dan berbicara dengan tuhan. Tuhan...Kaulah pelindungku, Kaulah yang maha mengetahui segala sesuatu. Kita merintih padaNya sahaja. Semoga Dia memberikan kita kekuatan dan ketabahan. Kita merasa tidak bersendiri lagi. Ada tuhan sedang mendengarkan kita. Membelai dan merahmati kita dengan sifat kasihNya. Kita jadi sedar apa matlamat kita di sini. Lalu kita harus bangkit lagi. Teruskan perjuangan tanpa henti. Lupakan masalah, lupakan simpati orang lain, lupakan ranjau duri yang menanti. Kita membelah arus yang kadang deras kadang beralun kadang tenang. Kita adalah kita sendiri. Kejayaan atau kegagalan kita adalah kita yang menentukan. Bukan sesiapa. Persinggahan2 di pertengahan jalan kehidupan kita adalah ujian, adalah bonus untuk kita menjadi lebih kental. Setiap kesusahan, kesakitan, kekecewaan, kesenangan, kegembiraan dan kebahagian akan menjadi rencah yang memeriahkan lagi kehidupan. Kita tetap kita. Urusan kita dengan tuhan adalah urusan yang paling bermakna, dan kita akan merasa dekat padaNYa.

Tuesday, December 23, 2008

Kecilnya dunia

Tgh2 ralit aku mengemail maklumat akuan ke UPSM untuk urusan pemasukan elaun di bawah teduhan pokok berhampiran Student Union, tetiba seorang wanita mendekati aku, wanita malaysia. Dia tersenyum dan menghulur salam..Ooo datang melancong rupanya...tanya dan berkenalan sana sini, rupa2nya la...anak sedara Pn. Haliza. Eh husband dia yang anak sedaranya..terus dia "mengamit" husbandnya yang tgh tunggu kat dalam kereta. Nak cari survenir katanya...tshirt ka, key chain ka whatever..Eh eh kecilnya dunia ni kan?

Pastu last week Aireen email gitau dia akan datang sambung PhD kat OZ gak...dia nanti kat Griffith dan hubbynya kat QUT...laa..reunion lagi. Sebelum tu dah jumpa K. Ina x-student microb UKM n hubby yg wat PhD kat sini gak...so aku jer yang solo...hu hu hu :)

Monday, December 22, 2008

Buyology

Pernah dengar tak istilah Buyology? haha aku pun baru dgr ari ni. Menurut satu sumber BNET Australia nih, Buyology ni ialah science di sebalik daya beli a.k.a lebih tepat menurut Author Martin Lindstrom whose conducted the world's largest neuromarketing study, dia discovered about the subconscious forces of branding. Jadi sedar tak kita kekadang menjadi mangsa kepada pengaruh di bawah/luar sedar bila kita membeli sesuatu kerana prinsip jenama? Berbelit kah bahasa ni? hehe kekadang org yg menulis ni jugak tergoda dgn adab membeli yang begini. Atau bolehkah kita namakan dia nafsu or self satisfaction or whatever yang patut diterjemah. Bila dah mampu tiada siapa yang melarang. Hakikatnya barang berjenama lebih tahan lama dan boleh pakai lama. Setuju atau tidak? Barang murah selalunya tidak tahan lama tetapi memberikan peluang kepada org yg menyukainya bertukar fashion atau brg berulang kali dalam jangkamasa singkat..so kosnya dah berapa? Mana yang untung, pikir sendiri. Dan branded stuffs tak semuanya mahal bukan? Oh aku sebenarnya tgh tunggu masa nak ke city nih..nak beli perfume yang tgh sale gila amat sempena musim xmas skang. Aku nak cari Estee Lauder yang lama ku impikan serta tak lupa Versace yg aku tengok kemarin. Cuma 15-50 dolar (ikut volume) berbanding harga asal ratusan dolar. Murah bukan? Dan pastinya branded dan harummm...entah apa aku merepek :)

Sunday, December 21, 2008

My 1st Gold Coast Trip

Pepagi sedari jam 7 kemarin aku jalan kaki ke Toowong Train station (15 min). Bas mana ada lagi pepagi buta ni. Berpeluh juga tapi takper angin kuat. Tunggu Shadia dan ank sedara dia dekat 15 minit. Jam 8 lebih kami bertolak, so kami beli tiket daily AUD17.30, so tiket itu akan digunakan untuk segala transport translink sepanjang hari ini hingga habis perkhidmatan. Ni lah bagusnya OZ..kalo pakai kad student dapat konsesi 50%.. berapa kali nak turun naik bas, train or city cat terpulanglah selagi tak penat dan sebelum hari esok menjelang.



Perjalanan selama krg lbh 1 jam setelah tukar train di Roma St, kendian ke Robina tukar bas pula sampai GC. Sesampai perut dah lapar coz blum breakfast. Hi..masalah lagi, kenapa dorang makan kat restoran yg serve BB? tekak rasa loya semacam. Nasib baik tghari makan kat rest Itali yang tak serve BB...lega rasa. Order Ausie's plater 1/2 price menu dapat sekeping besar Barramundi + beberapa ketul calamari + 2 ekor udang + 2 ekor tiram + bb keping honey dew + salad. Kenyang beb sampai terpaksa tapau. Dapat buat makan untuk lunch hari esok pulak. Tapi bila aku minta chili sos aku dikasi sambal lada jeruk :(. Bersantai kat pantai jadi dugong macam mat salleh gak lah, cuma full covered jer..he he..macam alien pulak rasa kat situ. Tengahri Ahmad kawan Shadia datang join kitorang..so stay sampai malam. Sini semayang leh jamak qasar coz jarak GC dari Brisbane ~85km. Sesudah penat lepak tengok org berdansa pula. Jam 9 lebih bergerak ke stesen bas then tukar train lagi...so sampai rumah jam 10.30pm penat nak giler. Takut gak nak tunggu bas sengsorang coz time tu dah kira larut malam kat sini. Nasib baik Shadia n Turki temankan hehehh..Alhamdulillah dapat kawan baik cenggitu, sesudah aku sampai rumah pun dia call tanya samada aku dah sampai blum :). Rupanya si Shadia ada akar umbi Malaysia. Ayah dia hijrah ke Malaysia dan jumpa mak dia yang sheikh asal Penang. Mereka ada sedara mara di M'sia dan selalu melancong ke Msia. Bahasa Melayu pun tau serba sedikit. Dia berenti kerja sebagai director nurse kat Arab Saudi untuk sambung PhD di UQ. InsyaAllah nanti ke Mekah boleh cari dia, krn katanya sedaranya ramai kat Mekah....

Thursday, December 18, 2008

Kasut

Isu kasut...kat OZ pun depa asyik ulang tayang rakaman tu berpuluh kali sambil presenternya terkekek kecil...ayoh mari kita pakat baling pula:-

http://www.kroma.no/2008/bushgame/

BBQ with ICTE's friends

Kelmarin aku gi Indooroopily umah Yazeed coz dia arranged BBQ party for frenzs in ICTE's. Dia dah perap halal meat yang dibeli di Valley tu berapa jam aku pun tak taulah. Katanya Arab's style. Well asal daging halal kira orait semualah. So untuk menambah menu aku bawa setapwer spagetty..sumer kata sedap, sedaplah gamatnyer :). So satu lagi port ditambah dalam senarai. Taderlah aku asyik ke Toowong, Hawken Dr or Brisbane City jer...Si arab Yazeed dan Naseer pulak buat aku terkojut, depa minum beer????? katanya its normal for arab's guy. Nadi awek si Yazeed dari Palestin pun terkebil2 terkojut. Dia bisik ke aku katanya dia juga heran, apasal demo ngaku islam kalo minum beer? Humm...sukatilah, apa nak dikata. Aku pulak oleh kerana tidak berapa sedap hati untuk makan daging yang dipanggang atas BBQ set kepunyaan apartment (kongsi sumer penghuni), makanya aku bungkus daging dan sosej aku dengan kertas aluminium..ha ha..Deigo (Collumbian guy) yang jd tukang bakar ari tu pelik terkulat2 kenapa aku wat lagu tu. Aku kata kat dia aku tak suka daging aku kotor kena arang pembakar tu...charcoal tak baik untuk kesihatan aku, penyebab kanser...hu hu..Aya (Japanese girl) kemudian tanya perkara yang sama, maka terpaksalah aku menjawab seadanya, coz aku suspicious BBQ tu bekas BB...Makanya daging ku yang suci itu dikongsi bersama Nadi..heheh. Kata orang, kalau kita tak nampak benda tu depan mata jangan persoalkan...makan ajer, seperti yang diberitahu Dato' Aziz kat Vietnam dulu. Apapun terserah individulah. Aku pun tak berani cakap. Si Nadi pula w/pun dah citizen OZ dan tak bertudung tapi dia masih berpegang pada norma2 islam seperti mengharamkan alkohol serta menolak budaya tinggal bersama lain jantina satu rumah sebagaimana Yazeed yang tinggal serumah dengan minah jepun. Sekitar jam 4 aku, Sophea (China), Amy (Jepun) dan Song (Korea) beransur balik..then kami ronda2 window shopping kat Indooroopily shopping complex sampai jam 5.30pm.

Pagi ni pulak aku gi balik ke Toowong untuk setup internet wireless kat Telstar. Aku dah bayar AUD 299 untuk device ni, tapi dia kasi standard plan pulak dah..kelmarin kat Indooroopily katanya harga device cuma 100++ saja, so aku amik plan 200MB dengan harga AUD 29.95 per month. Kalo nak half price plan kena jadi existed customer untuk Telstra selama 30 hari katanya, akan dapat balik rebate 299 tu..so aku bayar harga tu untuk apa sebenarnya??? kenapa kawan2 yang lain kata murah saja internet? bulan lepas aku beli 500Mb kat uni cuma bayar AUD 7 saja..jauh lebih murah! Ahhh...aku masih tak paham..apa pun satisfy ke idak aku dah bayar pun harga tu..cit!

Kendian Shadia, kawan dari Arab Saudi call ajak ke Gold Coast Sabtu ni! Muahaahha...seronoknya aku.. Makanya Sabtu ni aku akan ke Gold Coast pula....

Friday, December 12, 2008

Session Break

Ni masa jalan2 ke Museum...sama Yati, Tikah dan Ila (Canberra). Possing dulu dengan segala objek kat dalam tut

Session break going to start tommorow. Many students going back to home country. Me? Ohh..I'm wanna go back to, but the ticket price seem too expensive right know. I wanna travel too..Gold Coast? Sydney? Morroton Island or either Bali? Humm..I'm thinking about it. I'm too worried about tommorow...haaahh...leaving at home alone for 3 weeks also makes me just like I'm in Kota Damansara 5 to six years ago..tense, disaster..

Monday, December 08, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hu hu..sedihnya..ni 1st time aku beraya sengsorang kat negeri orang..kat tanahair mereka raya ari ni...tapi kat OZ katanya esok. Tak taulah, malam kelmarin dulu aku bleh menangis masa my housemate nak balik M'sia..mungkin aku memikirkan aku akan beraya sengsorang??? nasib baik ada yang menenteramkan jiwa yang "parah". Esok katanya ada acara solat raya di student union & pastu katanya ada makan2 kat Gwyet Park..dekat umah aku..sebilangan kecil student arab dah beraya ari ni. Semalam ada beberapa sms wish raya, terubat sedikit rasa keterasingan yang amat ini..hu hu..macamana nak buat?? Aku windu daging korban, & sate & ketupat ma & tapai ma & dll...mengada2 pulak nih..cengeng pun ada. Makcik yg tgh garu telinga tu macam ma pula...





Beberapa minggu sblm ada BBQ PPMQ..join jugak, pasal nak jumpa dan kenal dgn kerabat melayu Queensland..kalo tak pandai bergaul nanti jd kera sumbang...