Ketik

Wednesday, April 27, 2011

Muci2 my Lady Boss

Masuk opis pagi ni, bukak email tetiba rasa senang sesangat hati. Dapat melepaskan nafas lega. Kenapa???

Sebabbbb....dapat email kata2 semangat dari boss. Sebenarnya reminder, tapi sebab diiringi doa dan semangat makanya rasa tersangatlah damaihati. Hmmm...cengginilah baru jiwa tenang hidup pun bahagia..hiks!

Terharu pun dok ada..sampai la ni bibir munggil (haks) aku dok sengih lagi..terima kasih boss!

Barulah rasa makin membara2 nak habiskan cecepat..hihi

Okey, mau sambung siapkan slide tuk mid term review 6hb nanti. Ni Chapter 3 & 4 dah siap..ngeee

Daaaa...

Tuesday, April 26, 2011

My not so latest craziest honny bonny

You know what? I think am too much into fashion lately...ouch! Pembaziran sedang berlaku. Neway aku sangat suka OZ's women fashion. Kontemporari, simple but nice, colour asas cam brown, black, white or red. Dan yang paling penting feminin, elegan tapi tetap sopan. Apesal aku cakap sopan? Coz aku suka apparel yang labuh2 tutup buntut tu, nanti my mama tak ngomel hahaha..
Oooppps....tapi bukan yang ni. Ini senipis lace ni pun rega ratus2 huhu...



Ni haa....elegan kan? McKak punya kedai pun takder design2 cenggini..agagaga. * Weh asal mung pakai quatation "man jadda wa jadda" kat fb mung hah? ciplak aku ajer keje...huuu


Yang paling aku suka winter and summer fashion. Kalo winter, jaket2 dia takler setebal mana..jangan tak caya koleksi baju winter aku penuh se-bag paling besar yang aku bawak masa memula datang dulu. Skang tunggu masa nak bukak balik..hihi





Cenggini santekkkk sangat :))....nak3x!



Kalo summer pula ni ha hottest fashion dia. Maxi dress..jgn tak caya aku ada 3 maxi dresses huhu..Balik sok nak pakai buat baju kerja agaknya kena gaya tak?






At my 30's

When I look back into my life, since I was still in my 1st degree, my master degree at UKM, started life as an adult, been appointed as Research Officer in 1 of the prestigous research institution, then came here to pursue doctorate degree and now am truly a mature and adult woman...Fuhhh! A long journey already.

And next year I'll go back as a wise mature lady, well trained scientist and be busy with all the hectic research and administrative works again. Thanks Allah am still here, breath the air and drink the pure water..etc.

I look around, all my beloved friends be and gonna be a parents. Time past, best memories remain. I recall my life experiences in everything. Be appreciated, be loved, be dumped, be a best friend, be somebody, be downgraded and so on. Am now in my mid age which I expected to success in my every life phase. And I thank Allah, that not everything are meant to be. There are a reason to everything.

My never ending search may be the best guru that make me so strong and calm. So many things we seek for. Happiness, hope and many more. Thanks Allah I still have my mother, the family and all the best friend who always by my side in my every sukka and dukka. I'll never loose hope and will finish what ever I initiate and invent for my destiny....May Allah swt will always bless us :)

Friday, April 22, 2011

Aku generasi lama?

Ada satu benda yang memoningkan kepala den saat ini. Dok serve PS2 kat ebay nih. Compare price yang auction, yang baru sebagainya. Sebenarnya bukan takat harga yang memeningkan aku. Ada lagi yang menambah extreem kan lagi tahap kepeningan nih. Dek kerana anak buah yang berumur 8 tahun tu dok mintak kat makciknya neh, makanya terpaksa aku study menatang alah apa PS2 neh????? Pantang online "makcik dah beli PS2?" huaaaaaa...

Hahahaha..poning2x. Ada banyak gak game lain yang advance kat pasaran cam Wii dan Xbox. Pun aku tak berapa nak reti. Kata kawan, Wii games dia sesuai tuk anak2, Xbox plak untuk orang dewasa. Huuuu...makcik tak tau ler. Berejam gak lah aku dok study benda tuh. Buang masa pun ada gaks.

Bayangkan aku gen X, tapi banyak advance teknology yang aku dah ketinggalan banyak. nasib lah oi...kalu aku ada anak seniri lagi jenuh agaknya aku nak melayan segala gadjet dan games2 nih. Tak kira games paknya lagi. Tak kering poket, kurang2nya mati akal aku nak kena study apa kebendalahnya semua tu...hahahhaa..

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah


Hoyeh...finally last night I can sleep well. Silent moodkan phone sampai azan subuh pun tak dengar.

Last 2 night I had a nightmare and the other night a loud ringtones for inviting BBM from no who at 3.30am..I can't sleep till sunrise uhh!

I can sleep well because I feel release..huhu, finally I will not let go the current house which I like the most since I was here. Phobia dude kes pecah rumah dan kecurian laptop tempohari..takmo susah2 pikir security, mowe lawn bagai. This is the most comfortable and convenient house..I love it sooooo much!!!

Cukup sekadar I said am happy and feel release...

And I can concentrate my study better....


Adios!!

Sunday, April 17, 2011

Misses Chef


Yaauunn... Sabtu kemaren kitorang berxtvt misses chef ni ha... Hihi..aku lah otai nya sapa lagik kannnn...padahal aku pun 1st time buat pulut panggang sendiri..hiks2x (kat mesia nko main tunjuk2 jerk, kat sini nak makan ha buatlah sendiri)


Mana aku dapat daun2 pisang tu? Kitorang rembat jer kat luar nursery kampus kitorang nih, adalah serumpun pokok pisang kat situ. Jangan heran kalo len kali aku gi rembat jantungnya pulak buat cicah budu..haha
Cu tengok misses Chile kawan aku nih..berhempas pulas dia menggentel pulut pastu wrap ngan daun pisang..mana nak cari pulut panggang versi Chile oiii...huhu..
Ni sapa lagi, otai la..haha, haruslah possing kan kalau tak, tak panggil misses chef =P
Ni ghupa pulut panggang kitorang sebelum dan sesudah dimasak, sebelum di-ngap!!


Weee....mana cukup mamam pulut panggang jer kan, ni ada main course dia. Ayam ginseng herba A1 roasted, cous cous (kejap lagi citer apa mendalah ni), lamb curry berulamkan putik lebanon cucumber nih (1 kg = $1). Dulu time kecik2 suka petas timun yang masih baby kat kebun sayur my ma..sedap rangup timunlet ni dimakan selalu hihi..




Mari possing dulu sebelum menyantap segala yang terhidang..Wah merah semua pulak kita, macam CNY plak, tak plan pun...So sesambil membedal kitorang layan movie marathon. Ada lam 7 movie kitorang sewa dari VideoEzy kemaren. Ghuponya VideoEzy yang kat sebelah Petronas Kota Damansara tu berasal dari OZ yer...ermmm sejak datang sini baru tau


Cous cous...




Ni lah cous cous nya..segenis grain dari wheat. Rasanya sejibik rasa nasi dan mengenyangkan. Cara masak dia cuma rendam dalam air panas selama 2 minit, siap!!


Selain beras basmati, nah inilah pilihan terbaik untuk sesapa yang nak mengawal berat badan. Sebabnya menda ni tak mengandungi kanji dan lemak pun < 2% jer. Tak caya ker? Buktinya, setelah setahun aku mengamalkan makan nasi beras basmati, berat aku skang dah turun sampai 57 kg!! hihi..cu anda bayang time memula aku maghi sini, 65 kg wooo....hiks


Dah tu sesambil layan movie, sampai separuh jer mata dah layu...ngantuk sebab makan pulut hahaha...

Friday, April 15, 2011

Waahhh!!!



Ini yang disuggestkan mamasayang Raisha...humm US 9 per page? Dush! Tak mampu makcik uhuu..

Tapi English Pak JUSA ni memang fantabulous!! Naskah Lit Rev. dulu aku bayar AUD 100 per 47 page ke cikgu Paul di ICTE. Carolyn pula charge 30 per 1 job..Prof. Alison pula katanya free..huummm...manyak choices tapi rasa cam nak hantar bila final nanti jerk...caner nih

Chapter 3 dah submit kemaren harap2 by mid year buleh publish kat journal..Chapter 4 pulak coming. Haiyak, beginilah hidup seorang student yer. Eh! kerja RO pun cenggini jugak. Sama jerk =P

Cuma bila kerja limit time dia panjang sket, hingga umur pencen...hehe

Okey, stop cicip2 pagi...masa untuk kerja!! Selamat siang dan selamat bekerja semuaaa...

Jadikan kerja kita hari ini salah satu ibadah. Semoga kita mendapat keberkatan darinya. Aminnn...

Psstt:

Malam tadi mimpi bunuh ular ler...ular hitam polka dot merah..cumel jerk. Haish! Ini mimpi ular pertama sejak hijrah ke down under 2 tahun lebih. Dulu kat mesia selalu mimpi gini, makcik kata itu "penjaga"..mistik belaka

Adios

Wednesday, April 13, 2011

Masalah Orang Kawen


Pertama2 sekali, aku nak cakap aku sedang frust nih..sebab takder orang leh proofread akunyer thesis (melainkan berbayar)..ahaha, manada kerja free kat dalam dunia ni makcik Maya oiii...toink!

Okey ni nak sentuh bab menarik ni sket.

Bukan apa aku cukup anti orang update masalah laki bini kat status fb yer..masalah rumahtangga simpan lek lok kemas3 di balik dinding, tiang dan tangga rumah yer adik2, kakak2. abang2..uhu..mentang2 aku belum berumah dan bertangga, senang lah cakap yer.

Kalau jadi kat aku, sendiri pun tak hengat kan..terbukti sudah bila aku pun asek ungkit kekuciwaan kisah senta dolu2..uhuks! Tapi aku dah insaf, aku dah tak sebut2 lagi. Allah jadikan semua perkara, semua peristiwa ada hikmahnya. Ada pelajarannya buat kita menghadapi hari2 muka..dengan penuh tawwaduk.

Okey, bila terbaca update status mengeluh pasal laki @ bini ni, sedar tak kita itu bakal mengundang bahana maha berat buat batang tubuh dan jiwa sukma kita sendiri. Orang yang membaca bebas dan lancang berbuat andaian, Ooowh..dia ada masalah kah? rumah tangganya sedang berantakan kah?

Tanpa kita sedari dalam senarai rakan fb kita tu ada pula musuh2 musang berbulu ayam..jadi cepatlah musuh ni masuk jarum. Melaga2kan atau cuba merekacipta suatu musabab yang akhirnya membawa keruntuhan rumah dan tangga kita. Ingat tuh..harap aku pun mendapat seseorang yang boleh membimbing aku, agar hidup aman damai bahagia derita sabar diredahi bersama..Wallahuaklam

Kalau kita tulis sesuatu kesusahan kebendaan kita, ia seolah2 mengambarkan suami kita tak mampu nak menyediakan keperluan kebendaan kita dan kita menwar2kan keseluruh maya fana..kesian suami tu kan.

Pernah satu ketika aku men'delete' seorang kawan masa kat U dari senarai rakan fb..sebabnya hari2 update dia mengeluh laki dia tak sayang dia, tak cinta dia, dia menderita dan sewaktu dengannya. Laki dia pun kawan aku juga, kawan sejak matrikulasi..so dua2 aku kenal dan kawan. Dulu sebelum kawen, dorang ni bercenta sakan..tetiba suatu hari aku jumpa dia kat KL dan katanya dah putus. Dia macam tak berapa stabil emosinya, aku jadi kasian tumpang bersedih sebab mereka lama bersama. Then tup2 aku jumpa kat fb (jumpa laki dia dulu), aku merasa sangat gembira dan tumpang bahagia untuk dia kerana akhirnya mereka bersatu jua.

Namun bergitu, apabila selalu update status meng'ekpresikan' ketakbahagiaan rumahtangganya aku pun mula jadi tak suka orang ni (astaqfirullahalzim)..bukan apa, aku rasa dia tak bersyukur dengan untung nasib jodoh dia. Sedangkan itulah suami a.k.a kekasih idamannya sejak awal, kemudian putus,kemudian kawen juga. Haruslah bersyukur dan terima pasangan kita seadanya. Bila kita mau dia menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima dia sebagaimana dirinya.

Kebahagiaan tidak datang sendiri, ia perlu diraih, dicipta, dipupuk, dibelai dan dipelihara setiap masa. Hummm..senang cakap bagi yang tidak merasa, sukar menghadapi bagi yang memikul..aku faham tuh. Tapi InsyaAllah, kita harus usaha dan sabar...tekad di hati semoga Allah memberkati..aminnn...

Semoga menjadi tauladan buat aku,kamu, dia dan semua..(haish seram lah pulak)

Wallahuaklam

Monday, April 11, 2011

Kisah Briyani, Budi Bahasa & Hati

Hujung minggu, Sabtu kemaren aku jejalan terapi minda ke Toowoomba bersama Eyra et.al (eceh dah tolong promote nih, nanti kena belanja nasi tomato berapi =P)...ekeke

Waktu lunch kami makan2 briyani kambing dekat Indian Essence ni, restaurannye dekat student village, USQ. Harga sepinggan $15. Wah sudah kenyang semua senyum lebar sampai telinga. Bukan senang yer nak dapat halal outlet area kami nih.

Di pendekkan cerita..........

Malamnya aku diserang gatal2 satu badan, sebenarnya sejak malam Jumaat lagi dah start gatal2..makanya sepanjang2 outing tu aku bergaru macam ungka penuh kutu haha..malu seh tapi teramatlah gatal, tak tahan. Hasilnya satu badan aku bengkak2 dan merah2...adush..tak pernah aku alami kegatalan extreem gini. Sib baiklah housemate aku doktor (haiwan)..so aku diberinya anti histamin..Alhamdulillah Ahadnya dah hilang semua gatal2..

Tak taulah yer, sebab apa? Tak mungkin sebab briyani, or fitting jaket kulit? Entah musababnya tinggal misteri sudahnya...

Tengahari Ahad aku ke ofis sesudah pulun basuh segala bed sheet, quilt cover segala..mungkin sebab spores dari fleece yang dibawa dr rumah lama agaknya? kering-lembab2 membiakkan spore mungkin..Wallahuaklam

Sambung citer briyani.........

Tetiba kat ofis, aku check online bank account...briyani yang aku santap kemaren bernilai $80.80!! Aduyai...sudah salah caj daa....so bersusah payah aku drive ke TWB lagi 90 km pergi balik sengsorang

Sampai kedai, dengan senyum manis aku tunjuk resit kat aci kedai tu (walaupun aku ni terpaksa datang balik jejauh yer)..cakap dia dah salah caj lunch aku..dia mintak maaf banyak2 kali. Aku cakap it's ok, doesn't matter. Then dia offer aku lunch free sebab dah rasa bersalah dan tak mau kehilangan pelanggan katanya

Berkali2 jugak aku tolak, sebab bagi aku dia dah tak banyak songel ngan resit tu dan bayar balik on the spot dah Alhamdulillah. Merayu2 aci tu suh aku duduk dan tunggu sementara dia layan pelanggan lain..cos you come along from Gatton and it's embarassing me, katanya..okeylah aku pun tak senang hati nak menolak hehe

So, tunggulah aku kat situ dalam 5 minit..then dah dikasi lunch free aku cakap thank you 2 kali kat dia sambil senyum lagi..sebelum berlalu.

Sempat dia kata "I the one who should say thank you, because you are too patient. It happened once before, it's not because of me, but this machine charge for some tips. I've got 1 customer from Malaysia, a man..he got mad at me..said you shouldn't do this, it's shoudn't happened bla3x"... where are you from? Tanya dia kat aku.."I'm from Malaysia" Ouch! Sib baik aku tak marah2 dan maki2 kan...Dan mungkin aku dah menghapuskan persepsi dia tentang orang Malaysia??? Adeyy...

Moralnyer citer semalam...

See, bila kita sabar dan tak marah2 orang (ada hikmahnya tak reti nak marah orang nih)..bayangkan kalau aku gi maki dia semalam, mesti dia termimpi2 2-3 malam, hidup dah stress berhari2...aku pun pasti turut rasa bersalah dan tak senang hati berhari2 kan??..

So, kalau kita nak happy, hati tenang, elakkan rasa amarah, be cool walaupun dah disusahkan. Jangan berdendam dan benci orang. Ada jer orang yang cerita buruk tentang kita kat belakang kita..degar2, tapi kat depan baik ya alam konon2nye..hummm..tapi kita jangan cepat melatah, dan jangan buat perkara yang sama..Sebabnya, kalau kita buat perkara yang sama kita pun sama taraf ngan dia..paham tuh?

Kita sendiri pun boleh nilai sikap orang sebegini, itu hanya self defensive. As a matured person and untuk menjadi insan yang lebih baik, perkara yang sudah lepas dan sudah bermaafan jangan dicerca kat belakang lagi, okeh. Baru lah hati kita damai, sinar bahagia terserlah di wajah dan menjadi cerminan hati di dalam..

Semoga kita tergolong dalam orang2 yang dilindungi Allah dari segala hasad dan penyakit hati...Wallahuaklam..

Wednesday, April 06, 2011

Dignity & Integrity vs Orang Kita

Salam pagi, salam seceria beburung yang berterbangan memulakan pencarian rezeki di permulaan hari yang damai...

Ni nak share sket cerita tentang dignity orang luar.

Semalam aku order gas untuk hot water system kat umah. Maklumlah autum dah ni sangat sejuk yer nak menjiruskan air ke badan setiap nak mandi, nak tut etc..

Order melalui phone. Balik umah semalam dah boleh mandi air suam..hihi..seronoknyer...Pagi ni jumpa invoice dalam sampul terselit kat pintu depan. Masuk opis pepagi terus bank in kan invoice tu.

Pakai dulu bayar kendian. Nah..inilah dia budaya yang sangat aku salut kat sini. Awak nak isi petrol, isi dulu bayar kendian. Nak berak kencing takder kena yuran seposen duaposen tapi toilet bersih sangat. Insurance kete, cover semua waimolah kalo nko tertinggal kunci kat dalam. Kalo takder insurance bayar $200, kalau ada insurance yg cuma $70 setahun tu, service free jer termasuk kerosakan minor yang lain.

Awak sewa kereta minyak full tank yer..tapi make sure hantar nanti mesti full tank jugak. Kereta baru moseh2 bukan reput terhenguk2 tangki kering kontang berkarat cam kat tempat kita.

Tol awak jalan dulu pastu bayar online or by phone kendian. Setaun lewat bayar pun tak apa..haha. Aku pernah buat nih.

Banyak lagilah service yang memang terbaiklah kat tempat orang nih. Aku sangat berharap service cemerlang ni diamalkan kat tempat kita. Tapi orang kita tinggi ke dignity dan integritynya??? Alamak kalo wat camni, rugi juta2 mak nak bisness. Pasainya orang kita ni jenis yang berkandak or berkehendak a.k.a suka curi peluang. Mana yang untung kat dia sapu licin, tak kira orang lain merana sengsara dalam kesusahan..Tak gitu? Tak setuju ker? Hummm toksah nak tuding jari kat rakyat marhain eh..para penguasa lagi godzila punya berkandak hahaha..ini hakikat!

Jepun kena tsunami pun buleh kita buat lawak, selar pembangunan negara orang tak lestari dan secara arogannya suh orang pulihkan ekonomi cecepat takut effect saham kita..Lahabau!

Adios...

Saturday, April 02, 2011

Online Ticket

It happened that..uh takmo cakap omputeh kat sini

Ceretanya aku booked tiket flight neh..online lah. Besengkang punggung, jari kaki, tangan segala aku nak confirmkan booking tuh. Berjela2 prosedur dia. Maklumlah dah lama tak beli tiket dah lupa, dan procedure pun dah berubah.

Memula aku nak bayar ngan kredit kad VISA maybank tapi dia mintak password. Mana kredit kad aku ada password??? Jenuh godek2..so aku preceed ngan kredit kad commonwealth Australia..tendang pulak cos baki dalam akaun tak cukup..huhu.

Then aku preceed lagi booking baru. Tapi harga promo dah tader..terpaksa aku anjakkan sehari sebelum..huh berkurang jumlah hari aku dah. Tapi Rupanya2 booking tu tetap ada dalam manage booking profile aku...cesh-cesh!

Pastu aku preceed payment via Paypal guna kredit kad maybank balik tapi dia reject daa..sebab beza currency..Caish! so terpaksa aku preceed guna direct debit pakai kad ATM maybank. Hooray berjaya!!

Tapi yang minah sengetnya, tetiba aku dapat invoice PayPal mengatakan payment via kredit kad maybank dah completed!! Waaaaaa...aku sangat menci IT!

Hari ni pulak Sabtu dan biasalah manada pejabat beroperasi kan...so sure senin nanti transaction to appear kat status kredit kad maybank aku. Maknanya aku dah buat double payment! Sangat baik hatinya aku yer...bukan sikit tuh..dekat RM2K.. Sangat menci 100 x..triple berasap2 kepala aku.

So terpaksalah aku email syarikat penerbangan tu mohon revise payment through PayPal tadi..harap2 aku leh dapat balik pitis aku tu...huhu..aku bukan kaya nak derma2 kat syarikat kapal terbang yang kaya raya tuh.

So aku harap sesangat dikembalikan semula duit aku..uhuks! Bukan semua urusan online memudahkan..yang ni agak menyusahkan..aaarrgghhh hidup aku takan tenang sari dua neh..hiks

Dan sat ni aku dah terima reply feedback neh..

Dear Nor Mayati Che Husin,

Thank you for your feedback. Please rest assured that we have looked into your case matter and are in the process of resolving it as soon as we possibly can. We will also contact you IF there is a need for further clarification. We thank you once again for your time and patience.

The airline that cares,
XXXXX