Ketik

Saturday, August 28, 2010

Po Oghe Kelate doh...

Bendera Oh Bendera


Agak sensitif isu ni kalau nak ditulis...Lempar najis? Bakar bendera? Kelakuan dan sifat tak bertamadun jelas terpamer.

Lumur tangan ngan najis sendiri kemudian baling...tahi tak kemana, tangan terpalit busuk, tanah dipijak turut bernajis. Tangan dia juga. Baru namanya merendahkan martabat diri.

Pemerintah yang berunding secara damai dan bijak digelarnya "minda tempe". Tempe yang diagung2kan sebagai budaya yang telah dicuri pun direndahkan sebegitu rupa. Siapa yang merendahkan martabat siapa? Untuk pengetahuan tempe tu pun sampai di pasaran sini, anda? entah bumi Malaysia pun tidak pernah jejak. Jadi tidak tahu situasi sebenar. Di Malaysia pun ada orang Jawa ada orang minang. Di seberang pun ada orang Melayu.

Bila kita angkat batik kita ke arena global, mereka marah2 maki2 malon, malingsial etc. Sendiri tidak melestarikan kebudayaan sendiri orang lain yang diperanginya. Kita dah pakai batik setiap Sabtu sejak beberapa tahun, dia baru mewajibkan pemakaian batek oleh para pejabat sejak setaun lepas sahaja. Saya nak juga tanya, kenapa tak gi perang dengan Afrika ker, Nigeria ke? Pakcik Mandela pun pakai batik apa? Aboriginal kat Australia pun ada batik mereka sendiri. So, milik mutlak anda kah batik itu? Dah jelas batik masing2 berbeza, dengan Malaysia juga dia nak perang.

Bibik2 yang datang tu pun bukan baik semua. Pernah se-flight dengan bibik (baya makcik) masa perjalanan dari Medan-KL beberapa tahun sudah. Sosek2 dari mereka bersembang sesama sendiri "mbak kerja sama Datuk mana?" " Datuk itu, Datuk ini"...wau! bisik adik saya, mereka aim kelas datuk2 wey. Saya hanya mampu tersengih.

Sudah kerja, bawa lari harta, bawa lari baby, bergayut dengan pacar2 (pacar-pacar yer bukan pacar). Maksudnya lebih dari satu! Minda ihsan kita pun bertimbang tara.."yer lah, kesian..mereka juga manusia biasa. Hal2 perasaan dan batiniah tu wajarlah terpenuhi. Jauh2 dari keluarga mencari rezeki". Ada juga kes yang dah kawin pun tetiba kawin lari ngan pacar baru. Eh! boleh yer perempuan berpoligami? Toing!

Yang kes2 kena dera tu, kebanyakkan nya by non-muslim. Ertinya kejadian tu bukan atas dasar kenegaraan. Tapi hakikatnya AGAMA. Dipaksa makan babi, jilat kencing etc...itu perbuatan kafir yang berniat menghina Islam. Biasanya, majikan (kuat) menekan bibik (lemah) itu sifat kebanyakan manusia yang tidak sihat mental. Jadi jangan menyama ratakan orang2 Malaysia yang majoriti muslim ke arah hambatan dendam kesumat dan irihati mu wahai saudaraku.

Yang lelaki, buat jenayah sana jenayah sini. Rogol, bunuh sesama sendiri, gaduh antara puak, bawa lari anak dara orang segala. Aduh! Bapak2 ibu2 siapakah yang merendahkan martabat diri sendiri? Tak kesian ke dengan nasib jutaan TKI lainnya yang jujur dan mencari rezeki halal di Malaysia?

Nak tawan Petronas Twin Tower? Nak kibarkan merah putih di Kuala Lumpur? Nak sweeping pakai CUMA buluh runcing? Kalau semua TKI balik ekonomi Malaysia lumpuh? Mat Jenin lah doi2 semua. Baru sebut travel advisory (belum buat betul2) dah kalut minta ihsan, takut ekonomi hasil dari tourism terancam. Kita buat atas alasan keselamatan, tapi dikatanya kita arogan dan bertindak mulu..susah la kalau perasaan jaki meraja di hati. Bawa balik semua 2 juta TKI then bagi kerja di ladang sawit dan Panasonic? Berapa buah kilang Panasonic yang ada? Ladang sawit tu milik siapa? Globalisasi la donk! Kalau usir 20% pelaburan Malaysia tu, jamin ke pelabur2 asing lain tidak turut terkesima? Fenomena globalisasi juga yang membawa TKI ke Malaysia..di mana ada peluang di situ lah manusia tuju.

Kekhilafan sesama...tak perlu nak perang! Mau perang bagaimana doi? GPS pun mati, sempadan wilayah tinggal persoalan. Ini bukan "minda tempe"..tapi minda cipan a.k.a tenuk. Tenuk pun lebih bijak. Sangat kecewa dengan sikap dan tindakan segelintir orang sana yang terlebih emosi dan sengaja berbuat onar.

Note:

Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya sendiri. Tidak ada kena mengena dengan pandangan dan pendapat seluruh orang Malaysia atau Indonesia.

Friday, August 27, 2010

Quarterly Report!!

Aduyai...camana nak sihir kasi report ni kuar POP! sekelip mata spy aku bleh antar ke unit sumber manusia on the spot????

Haiya...manyak susah wo..kalo tak antar by 25 August elaun tak masuk. Dush! Masalahnya bukan aku pemalas nak buat n antar report..selalu aku the 1st antar report..email pejabat dah kurang lebih 2 minggu takleh access...suka suki dia jer, ari ni baru buleh bukak email. Ari ni dah 27 hb yer puan PA. Ambo kasi email uni awak tak antar ke email uni saish!

Yer...report tu dah draft dari quarter lepas lagi, tapi at least nak kena edit sikit sebanyak biar berQ nampak. Kasi cantik grammar etc, takde lah boss2 "bagus" nak kutuk BI ambo..huhuu. Err boss2 masih kutuk junior tak? Hihi terasa lama benar aku kat sini tak berkomunikasi ngan sesapa yang kat atas nun..biarlah orang nak kata sombong pun. I extra bz apa kat sini :p

Report...report...report...hummm hari minggu sok lah aku buat pastu terus email. Takpe lah elaun lambat masuk pun. Sib baik elaun quarter lepas masih ada, Alhamdulillah..

Tuesday, August 24, 2010

Salah siapa yer....??

Astaqfirullahalazim...kesian kan kat mamat jual burger tu :p

Abang ngah I pun jual burger gak, kat pasar2 pagi dan pasar malam sekitar Pasir Mas & Kota Bharu. Dulu time dia nak kawen ngan kak ipar aku skang, family mentua dia cakap lagu tu jugak. Tanak kasi anak dia coz abang ku cuma si penjual burger.

Then, kak ipar nak jugak..dah putuskan hubungan tapi masih dok call abang..so lelama family dia "terpaksa" terima. Skang dah anak 4 dah dorang huhu..

Dan skang jugak bapak mentua dia kalo naik kete wira speciall edition abang siap pakai sun glasses lagi, kepala mendongak ke atas tak nampak tanah hiks3x.. (waimo dia sendiri bini yang bela..upps!).

Abang juga dah buat rumah batu hasil meniaga burger. Tapi dia tak pakai lori...dia pakai van kaler purple jerk..yang semua org kat area PM kenal :). Gaji kuli dia pun Rm 20 per trip. Kat kg gaji banyak tu untuk 1 trip lumayan beb...

Moral story nih, walaupun kesian kat mamat Samat tu, tapi kita tatau salah siapa sebenarnya. Memang duit pendapatan tu penting untuk kesinambungan hidup. Tapi tak elok cakap org lagu tu..keji bahasa tuh. Dan lagi...carilah yang sekufu, kalau jual burger cari yang jual bawang..kalau yang kerja lab & ladang cam I ni? Nak cari yang sama gak lah ngeee...ada kew?

Tapi kan kalau orang dah tak suka tu, macam2 alasan tak masuk akal dia kasi sebenarnya. Takyah tunggu jadi mamat jual burger yg tak hensem..I yang comel lote bijak pandai pun dapat alasan keji yang tak dapat diterima akal waras jugek huhuu...untung I tak jadi kawen dulu. So kepada mamat tu dan sesiapa jugak yang menerima pengajaran awal tu, untung Allah dah tunjuk awal2, kalau dah terlajak perahu kan camaner? nak kona balik bukan ada air sungai pun...air bah pun jarang dah skang heheh..

note:

Hari ni I jumpa & sembang ngan pujaan mata lagik..mintak dia sign form petty cash..yezza! I liiiikkkkeee it

Sunday, August 22, 2010

UQ Open Day 2010

So it's open day again...my 2nd time open day means dah taun ke-2 lah akak kat sini..yuhu!


Cam biasa, format pun sama..cuma taun ni ada advertised kat TV dan ada siaran langsung River 94.9 mHz..So taun ni jugak cam taun lepas aku bertugas di booth LCAFs..kali ni juga dapat sembang in person ngan pujaan mata yang handsome...walala siapakah itew? Selama ni dok senyum dari jauh dan hi3x kat foyer....wii! (buang tebiat)

Selepas 30 min on duty..ramai kaki dan tangan kat sini, tak perlu bertugas lelama. So dah habis kerja, kita pulak yang kerjakan open day. Aku cuba main rock climbing nih. Punggunt besau tapi ada hati nak manjat hehe. Wesh jisim dah turun lagi 2 kg ma posa 9 aghi :p

Memula cam gabra dan tak yakin nak panjat, pernah sekali jer pengalaman absailing..kuat semangat hush2x....


Sampai panel ke ke-3, aduiya...tangan dah lenguh bergayut lelama pasal cari batu tak tercapai dek kaki, pulak tu yang biru tu ada bonjol besar dan dalam pulak tu...ada satu panel jerk lagi untuk sampai puncak..tak aci Linda dapat yang hijau. Jadi kasi chance kat dia menang lar aghi ni..dah turun terketaq2 tangan den :p

Ha..ni rodeo, tak mampu den nak naik nih, tengok orang jew..

Friday, August 20, 2010

Err khe khe....

Moral:

Jangan la ada yang cenggini.......

Lagi:

Aku nak kongsi sesuatu yang mmg ada di kalangan kawan2 yang suka sangat nak jadi OKB dengan join skim cepat kaya..insaflah hihi

http://www.mlmscam.net/site/

Thursday, August 19, 2010

Hajat hati...

Wah!...aku minat giler kete ni, hajat nak beli la satu wat balik Malaysia. ....uummm masalah steering??

Wednesday, August 18, 2010

LIVE vs LOVE

Selama ni aku selalu fikir, alangkah baik kalau sambung belajar bila dah seatle down. At least ada somebody yang kita leh share with. Share apa saja lah..share xtvt seharian kita, share susah senang kita..kalau ada anak, bila stress tengok muka anak pasti stress hilang..yer kan?

Kalau stay kerja sampai lewat malam ada orang leh temankan, kalau nak meliburkan diri sekali sekala ada teman sehati tak sejiwa...

Tapi rupanya tidak semuanya indah...my friend just confide in me. Telling me that semuanya ilusi belaka. Betulkah? Dia baru 2 + 1, tapi masa bercerita berlinangan air mata..huhu. Ikut logik akal kalau sekadar anak sorang umur baru 2 tahun apalah sangat kan? Ada pro and cons nya hidup ini. Terutamanya bila kita sedang sambung belajar, pelajar dewasa yang punya kehidupan yang established, ada perkerjaan tetap, ada keluarga etc.

Kata dia, semoga pengalaman dia mengubah persepsi aku..:p. Bila single katanya kita punya lebih banyak masa untuk study sahaja. Kita tidak ada tanggungjawab lain yang menghambat. Bayangkan kalau anak sakit, terpaksa bercuti selama seminggu atau lebih. Ambil hantar anak sekolah segala. Huumm, kan ada suami? Suami tak berperan kah? Tanya aku. Ya, kebanyakan para suami di sini berkerja (kalau tak kerja lagi susah...Silap hari bulan masalah rumahtangga yang lain pula muncul). Pikir banyak2 kali betui gak nih.

Camana pula kisahnya dengan mereka yang datang sambung belajar dengan anak2 yang ramai? Hai..seronok sebenarnya dengan hiruk pikuk keluarga. Takder lah bosan sangat kan? Tapi tentu ada pro and consnya seperti yang aku dah sebutkan tadi.

Ada kawan yang lain pulak cakap, bila dah ada suami hampir separuh tenaga kita dihabiskan untuk dia saja..kita kepenatan melayan kerenah dia, study lagi...hummm benar gak tuh. Tapi aku paham ni bab separuh tenaga spend untuk dia, pengalaman dah ada dah ..Kalo suami yang sah berbaloi-baloi lah jugak kan? Jadi tanggungjawab dan mendapat pahala. Ni sekadar boypren or tunang yang belum tentu jadi...wujudnya time senang jer, time susah "good bye".

Pernah nampak kawan masuk opis mata bengkak. Tak tau lah kan, kalau ujian hidup berdua tu lebih berat. Pokok pangkalnya toleransi dan muafakat..insyaAllah membawa berkat.

Sapa kata hidup sorang lebih senang? Income satu jer (no3x...bukan niat nak pau gaji org tau...tapi nak banding ngan org berdua hiks2x), living cost skrang takat gaji RM 3K lekat celah gigi jer..ni urusan kereta, bil2 segala, shopping groceries semua kena buat juga. Mana nak study lagi. Jangan tak percaya, Buat PhD ni nak gi beli groceries pun tak sempat. Paling aku malas nak urus kereta, servis segala. Tapi ada pulak kawan lain yang dah kawen jugak cakap..tak tentu kak Maya, kereta pun kadang2 kita kena urus sendiri...humm, habis camane yer? Cakap tentang kawen takan nak membujang sampai tua kan? (walaupun mmg dah tua haks2x)..

Memang la kan, duit makan sorang, belanja sorang..nak pakai apa pun boleh nak makan apa pun boleh. Tapi takde nikmatnya kalau rezeki itu tak dapat dikongsikan dengan sesiapa. Kejayaan juga tak berapa nak bermakna kalau tak dikongsi dengan org2 tersayang...

Apa pun..berbalik pada qadak dan qadar lah. Semua yang Allah dah bagi tu dah adil dah. Semua orang dah ditentukan rezeki memasing. Walaupun aku nak sangat hidup dan kerja aku berjalan seiring, tapi kadang2 kena ambil sedikit tempias, belajar dan bermuhasabah dari pengalaman orang lain. Buka cabang pemikiran kita luas2. Sesuatu yang datang kepada kita, mana yang dulu, mana yang kemudian atau datang seiring sekalipun semua ada tuntutan pengorbanan, dedikasi dan kebijaksinian kita sendiri.

Bahagia derita, berjaya gagalnya hidup kita, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. "Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi, Dia menguji kita menurut kemampuan kita".. fizikal dan mental. Ingat juga bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tak ada yang menolak takdir kecuali doa"....Istiqamah dalam hidup :)

Moralnya, membazir masa jer kan aku dok postpone sambung belajar dulu...alasannya takut lah, belum kuat semangat lah..ntah hapa2 musabab lagi :p. Tapi aku percaya, semua yang terjadi hari ini sudah termaktub dah dalam loh mahfuz sana..sudah tertulis di lipatan takdir and I'm proud of MY SELF NOW..bersyukur atas segala rezeki setakat ini. Alhamdulillah & Wallahuklam.

Tuesday, August 17, 2010

Bukan Doktor Sakit Puan

Tahun ni salah sorang dari kami dah grad (yahooo!). Dah jadi Dr. Puan dah beliau..bukan Doktor sakit puan ye tuan2 dan puan2..tapi Dr. Puan Chong Leong :) Selamat sudah...3 tahun sebulan jer beliau finish PhD.

Pasni beliau akan balik berkhidmat kepada anak bangsa kat tanahair. Jadi tenaga pengajar kat UPM bidang wild life..Wau! so beliau adalah doktor haiwan2 liar, tepat lagi doktor burung hantu. Tak tahulah balik UPM nanti agaknya beliau akan buat research tentang burung hantu lagi :p





Kepulangan Dr. Puan bermakna takde dah la orang aku nak ajak gi tengok wayang, takde dah orang nak gi shopping sesama, takder dah jugak orang leh teman aku kat PH lab memalam sampai kul 10...huhu sedey lar :,

Pasni sah aku nak pinjam anak K. Jam teman aku heheh

Aku pun nak habis cepat, bulan depan dah masuk 2 tahun dah aku kat sini. PhD officially 1 tahun 5 bulan. Tanak extend2..kalau boleh dapat balik tepat 3 tahun. InsyaAllah...doakan aku wahai saudaraku yang sudi berkunjung ke villa Maya nih :)...amiiinnn


Sunday, August 15, 2010

Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti.....Episod II


27 April tahun 2000, tiga malam berturut-turut Siti mimpi. Siti mimpi gigi-giginya tanggal. Tanggal semua…aduh sangat sakit. Kenapa gigi Siti tanggal? Siti belum tua, Siti masih muda belia. Perasaan Siti berdebar-debar. Kata orang kalau mimpi tercabut gigi, akan ada kematian orang terdekat. Siti tak keruan, siapa yang nak meninggal? Malam ketiga Siti mendapat panggilan dari kakak Siti di Melaka. Kakak mengkhabarkan tok ayah dah meninggal semalam. Jantung Siti tersentap, air muka Siti berubah dan perasaan Siti berkecamuk.

Baru sebulan lepas Siti pulang bercuti di kampung. Tok ayah tak berapa sihat, tok ayah asyik baring. Tok ayah juga seperti dah nyayuk, tok ayah dah tak kenal Siti. Tok ayah minta air dari siti tapi tok ayah tak bertanya seperti biasa, bila Siti balik?

Siti nak balik kampung, nak tengok wajah arwah buat kali terakhir. Tapi Siti tak ada duit. Gaji Siti sebagai graduate research assistance selalu lambat masuk. Selalu terlambat dua hingga tiga minggu. Siti mundar mandir di makmal. Siti tak tahu nak buat apa. Siti hilang fokus.

Tiba-tiba Dr. Zamri masuk. Kenapa ni? Siti beritahu Dr. Zamri tok ayah Siti meninggal semalam. Awak balik lah..kata Dr. Zamri. Siti segan untuk menceritakan masalahnya. Gaji Siti tak masuk lagi..kata Siti. Nah ambil ni, pergi balik kampung. Dr. Zamri menghulurkan RM 400. Err…Dr, betul ke ni? Takpe lah...Siti menolak dengan sopan. Ambil lah, gaji nanti baru bayar. Tambah Dr. Zamri lagi.

Siti terharu Dr. Zamri baik dengan Siti. Padahal Siti selalu marah student Dr. Zamri. Pasalnya student Dr. Zamri selalu cilok bahan kimia Siti. Yang patut disimpan dalam peti, diletaknya di suhu bilik. Siti garang dengan student undergrad. Mereka takut dengan Siti. Menggigil mereka menafikan kesalahan mereka. Siti selalu buat muka serius. Di belakang mereka Siti gelak kuat-kuat. Bukan Siti jahat, tapi Siti sedikit nakal jer..Siti bosan kalau asyik kena ajar benda sama sampai enam kali. Student tak faham-faham. Nak load gel pun menggeletar dan berpeluh dahi, mana Siti tak bosan?

Dengan RM 400 sudah di tangan, Siti memecut kapcai Honda CDI buruknya ke Perhentian Keretapi Kajang. Siti beli tiket Wau Express perjalanan malam itu juga. Siti pulang ke rumah. Kemas pakaian dan apa yang patut. Selepas maghrib Siti sudah di stesen. Menunggu keretapi sambil termenung. Fikiran Siti melayang jauh. Siti teringatkan tok ayah. Semoga Siti sempat lihat wajah tok ayah esok.

Tepat jam 9 malam dari kejauhan Siti nampak lampu keretapi. Menuju ke stesen. Siti berdiri di platform coach F4. Sebaik keretapi berhenti Siti terus melangkah masuk sambil membimbit beg besar. Siti nampak kakak dan suaminya berdekatan pintu masuk. Siti senyum ke arah mereka sambil terus mencari seatnya sendiri.

Di seat hampir ke belakang coach, Siti nampak seorang pemuda di sebelah seat Siti. Siti tersenyum kepadanya. Pemuda bangun dan memberi laluan kepada Siti duduk di seat tepi tingkap.

Pemuda..ya pemuda yang kemudian hadir dalam hidup Siti. Menyulam impian bersama, ketawa dan menangis bersama. Pemuda itu yang juga telah banyak menumpahkan air mata Siti. Pemuda yang tumpah air matanya demi Siti. Pemuda yang sukar Siti lupakan selama enam tahun kemudian...perjalanan selama 12 jam memutikkan sebuah kisah antara Siti dan dia.

....................................................................................................................

Keretapi menghampiri bandar Pasir Mas jam 11 pagi. Bersama kakak dan abang Siti mengambil teksi. Suasana di rumah sudah lengang. Beberapa lelaki berbaju melayu dan berkopiah sedang mengaji. Rongga nasal Siti menangkap sisa-sisa kemenyan. Siti cari jenazah tok ayah. Tidak ada. Tok ayah sudah dikebumikan kelmarin.

Siti ke dapur, Siti terpandang kot jigga berbelang tok ayah tergantung di dinding. Siti jadi sayu. Tilam dan bantal tok ayah rapi dikemas. Katil tok ayah kosong.

Siti menghampiri emak yang sedang mengaji. Siti baringkan kepalanya di ribaan mak. Emak Siti kehairanan. Mana pernah Siti berkelakuan begitu. Siti anak yang matang. Siti anak yang berdikari. Siti tak pernah bermanja-manja dengan mak. Tiba-tiba esakan Siti pecah. Siti menangis semaunya sambil teresak-esak. Lelaki-lelaki berkopiah turut terkejut dengan deraian air mata Siti yang tiba-tiba.

Emak bertanya kenapa? Siti kata Siti teringatkan tok ayah. Siti terkilan tak dapat menatap wajah tok ayah buat kali terakhir. Tidur malam Siti berbalut kain putih selimut jenazah tok ayah. Bangun pagi Siti terkejut kenapa badan Siti berbalut kain putih? Malam tadi Siti tidur tidak berselimut. Adik beritahu, emak yang selimutkan Siti, supaya Siti tidak terlalu rindukan tok ayah.

Siti dipelihara tok ayah dan nenek sejak umur Siti 2 hingga 6 tahun. Nenek dan tok ayah teman sepermainan Siti waktu kecil. Nenek yang main congkak dan batu selambut dengan Siti bila Siti kebosanan seorang diri tanpa adik beradik yang lain. Tok ayah yang berebut bantal peluk dengan Siti. Bantal peluk jahitan tangan nenek. Tok ayah yang bawa Siti memukat ikan di sungai. Tok ayah yang bawa Siti jalan-jalan ke bandar sekali sekala. Tok ayah yang membawa pulang kucing yang kejar Siti keliling perigi. Bila Siti menangis takutkan kucing, nenek campak kucing keluar rumah. Nenek yang sikatkan rambut Siti yang panjang dan lurus. Tok ayah yang mandikan Siti. Tok ayah yang ajarkan Siti ngaji. Siti hafiz muqaddam pada umur Siti 4 tahun. Siti khatam Quran terlewat pada umur 9 tak macam adik Siti pada umur 7 sebab Siti dah balik bersekolah. Siti tidur tengah-tengah antara nenek dan tok ayah setiap malam.

Emak panggil Siti. Mak beritahu Siti, seminggu sebelum tok ayah pergi, ayah angkat Siti ada datang melawat tok ayah. Rupanya ayah angkat Siti juga dapat merasa tok ayah bakal pergi. Ayah angkat Siti seorang yang alim, budiman dan baik budi pekerti. Bekas guru Biologi Siti semasa matrikulasi. Setiap tahun menjelang Ramadhan dia akan datang bawakan kurma dan kuih baulu buat tok ayah dan keluarga Siti. Dia suka tok ayah sebab tok ayah guru agama. Dia sayang Siti sebab Siti pandai subjek Biologi. Kebetulan nama dia sama dengan nama arwah abah Siti. Dalam kelas dia panggil Siti “anak perempuan saya’’.

...............................................................................................................

Nota kaki cantik:

Dalam post ni ada cerita tentang lima watak yang sangat penting dan bermakna dalam hidup saya.
Banyak surah dah tak ingat sebab dah banyak dosa

Saturday, August 14, 2010

Pergi Tak Kembali...Episod 1


Nak pergi pasar malam ke Siti? Ambil duit ni belikan tok ayah ayam goreng dan nasik kerabu. Tok ayah menghulurkan 2 not RM2. Ada genangan di hujung mata tok ayah. Siti tak pasti apakah kerana tok ayah dah terlalu tua maka mata tuanya yang kelam dan tidak bercahaya lagi terasa perit. Usia tok ayah hampir mencecah angka 100. Atau apakah kerana dia menangis sebenarnya? Matanya terlihat sentiasa basah.

Tok ayah simpanlah duit tu, orang belikan ayam goreng nanti. Tok ayah melipat kembali not RM 2 dan selit celah bantal. Selepas pemergian nenek setahun yang lepas tok ayah sentiasa terlihat menangis. Dia asyik tidur di sebelah tilam tempat nenek selalu baring. Nenek sudah tua, nenek kembali kepada sang pencintaNya di kala usia nenek lebih 100 tahun. Nenek lebih tua dari tok ayah beberapa tahun.

Tok ayah hanya menghabiskan masa dengan mengaji. Tok ayah hafiz Quran, dulu waktu muda tok ayah guru ngaji Quran. Bibir tok ayah sentiasa basah dengan ayat-ayat Quran. Tok ayah mengaji dalam mimpi.

Tok ayah, ni ayamnya..Siti letakkan 2 ketul besar ayam goreng di piring jernih. Tok ayah minta tukar piring. Tok ayah tak suka makan di piring jernih. Tok ayah kata dia rasa macam makan atas lantai. Siti tukar piring. Siti bukakan bungkusan nasi kerabu depan tok ayah. Ada lauk banyak. Ada daging bakar, ada telur asin, ada jeruk bawang, ada solok lada dan ada keropok ikan. Mereka makan sama-sama. Kongsi sebungkus nasi kerabu. Siti suka makan berkongsi dengan tok ayah. Tapi Siti pastikan tok ayah basuh tangan dulu. Sebab tok ayah suka pegang macam-macam. Banyak bakteria kata Siti.Tok ayah kenyang makan ayam goreng kegemarannya. Tok ayah puas makan nasi kerabu lauk banyak.



...............................................................................................



Pulang dari kolej sekali sekala Siti suka berehat di beranda rumah. Rumah kampung papan lapis agak panas. Tiada angin, pokok keliling rumah juga kurang. Siti melirik ke arah tok ayah yang sedang baring. Tok ayah baru habis ngaji. Bila penat tok ayah baring.

Janggut tok ayah dah panjang..tumbuh meliar sana sini. Sampai ke pangkal leher, sampai ke dalam rongga hidung. Serabai la tok ayah ni..Siti bangkit cari angkup besi abang. Cari gunting rambut kecil. Mari Siti kemaskan janggut tok ayah, kata Siti.

Tok ayah baring dekat pintu utama. Tok ayah tak hadang jalan, tok ayah baring sebelah daun pintu yang terbuka luas. Siti duduk sebelah tok ayah. Siti mula mencabut rerambut putih di dagu dan atas bibir tok ayah. Siti kemaskan janggut tok ayah dekat bawah dagu. Siti trim biar pendek misai tok ayah yang dah masuk hidung dan menutup bibir. Kulit tok ayah dah berkedut seribu. Susah nak trim janggut tok ayah. Siti cabut perlahan-lahan rambut putih di leher tok ayah. Siti takut tok ayah sakit, sebab kulit leher lebih lembut. Kulit kendur tok ayah ikut sama tertarik ke atas.

Tok ayah meraba-raba janggutnya yang sudah kemas dan pendek. Tok ayah pejam mata. Ada air bergenang di hujung mata tok ayah. Kalau Siti tak balik, tak ada sesiapa nak trim janggut tok ayah. Tak ada sesiapa nak andam janggut tok ayah yang tumbuh meliar, putih dan panjang.


..................................................................................................





Nota kaki cantik:

Di bulan Ramadhan ini saya rindukan tok ayah saya, tok ayah yang memanggil saya Siti....saya mahu sedekahkan al-Fatihah buat tok ayah saya, semoga tok ayah damai di sana

Friday, August 13, 2010

Exhausted

Bahana bekerja sampai kul 10 malam kemaren. Perut dah pedih, bibir da kering, sendi da sengal. Mmg Krispy Kreme sangat berjasa, aku leh buat buka poso hihi.... telan jamu Sumatera pun takdek kesan meh?

Hari ni ada Gatton run 5 km around campus. Tak koser den nak ikut lari. Katanya lari sampai ke town...... It's damn cold out there, the wind still blowing under the hot shine..yeah it's a nice Gatton

Kok sama ya mas ??



Monday, August 09, 2010

Selamat Berpuasa!!

Assalamualaikum wr.wb

Dengan ini ambo ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia bulan Ramadhan kepada rakan2 taulan and netizen sekalian. Di bulan ini mari ramai2 kita pakat bermaafan, buangkan amarah, lupakan sengketa, tingkatkan amalan, kuatkan kesabaran dan jangan lupa terawih dan cari lailatulqadar...mudah2an doa makbul, murah rezeki, dapat jodoh bagi yang masih solo macam ambo, dapat baby bagi yang masih menunggu baby dll.

Jangan lupa bersedekah supaya rezeki sentiasa mencukupi..kalau hujung bulan duit gaji habis, InsyaAllah akan jumpa not2 merah biru kat celah mana2, dalam poket suar, celah buku, bawah bantal...ngee..(biasa ni)..Orang kita tak risau pasal gaji akan masuk seminggu awal, stipent akanq jua (hooray!!)..Alhamdulillah

Maafkan saya andai ada salah silap, termengutuk, termerajuk, terlupa senyum, terlepas pandang dan terluah kata2 pedas atau termenggoda (pernah ke akanq menggoda? :p).

Semua salah silap org2 kesayangan, org2 yang saya benci tapi rindu, orang2 yang saya kutuk tapi sayang, orang2 yang saya terlupa untuk peduli dll..tak pernah saya simpan dalam hati (kalau ada). Sebab saya ingin hati saya bersih, bila hati saya bersih saya akan gumbira dan bahagia dengan cara saya sendiri. So, jangan lupa satu perkara (saya malu nak cakap, tapi nak cakap jugak)...Sayangilah juga diri ku, diriku yang bersendirian di perantauan..uhuks! kerana ku tahu diri ku begitu berharga ^*O*^


** sangat rindu dengan menu wajib buka puasa dan sahur kami zaman kecik2 comel dulu yaktu:-

1. Telur jeruk (masin)
2. Ikan ketuko (pari daun) bakar daun pisang & cicah air asam
3. Colek kerang
4. Pisang sira
5. Penk idung (puteri berendam)
6. Air "tuak" (nira kelapa la wey bukan tuak Sarawak tuh)
7. Buah/kanta kabung
8. Buah tar (kelapa laut)
9. Kopi manis leting ma yang terpaksa ditelan pagi2 bute

Sunday, August 08, 2010

Mimpi2 dan Kenangan


Di suatu malam yang hening

Terjaga aku dari sebuah lena

Tika hati sudah terleraikan

Saat minda tidak lagi sarat mempersoalkan

Berlegar mimpi tentang sebuah kenangan


Ia hadir dalam sketsa bayangan

Membiduk aku pada kenyataan

Suatu waktu yang tak terlupakan

Sepasang mata yang sentiasa bergenangan

Tiada lagi keindahan, tiada lagi kesakitan


Selagi ada kepercayaan

Ketika harapan masih menyala

Merangkak lalu bertatih aku demi kehidupan

Kehidupan aku yang tidak panjang


Warna-warni seolah pudar dan kelam

Tidak sampai hati andai terus hilang

Pada kesempatan yang tidak pernah terjangkau

Tidak berani ku pautkan


Pada Dia ku panglipur larakan

Ku panjatkan syukur atas pengalaman

Saat kebeningan mula bergenang lagi

Ku seka ia biar menghilang


Biar hati sudah sekeras batu

Biar rasa merkah kekeringan

Kepedihan itu ku jadikan pedoman

Meski haluan tidak lagi seiringan

Ingatlah aku dalam untaian doa-doa mu......

Limo di KLIA

Sudah lama nak ketengahkan isu ni. Sekali sekala terasa nak menulis topik serius. Isu tentang monopoli KLIA limousine di syarikat airport milik penuh kerajaan.

Kejadian ni berlaku dalam tahun 2006, waktu aku pulang dari International Rubber Research Development Board (IRRDB) Conference di Ho Chi Minh City, Vietnam. Kami berlepas dari Ho Chi Minh dengan penerbangan pagi dan sampai KLIA agak malam sekitar jam 10.

Di KLIA tidak ada banyak pilihan perkhidmatan teksi. Monopoli limo KLIA sudah lama dan sekarang masih dimonopoli syarikat sama. Kos tambang sekitar RM 75 untuk ke Kota Damansara (pada tahun 2006), dan sekarang mencecah RM 94.40 (sangat mahal!). Kebetulan aku dan Dr. Ya tinggal berdekatan, beliau di seksyen 6 dan aku seksyen 11, jarak tidak sampai 1 km. Jadi kami memutuskan untuk berkongsi limo. Tak logik dek akal waras ku kalau kena ambil limo seorang satu kan?

Tapi itu lah kononnya "prosedur"nya. Jadi setiba di Kota Damansara, kami memutuskan ke seksyen 6 dahulu kerana berdekatan pintu masuk tol, kemudian baru ke seksyen 11. Nak dijadikan cerita, pemandu limo mula menunjukkan kebengisannya setelah menurunkan Dr. Ya. Sepanjang perjalanan ke seksyen 11 dia mengomel panjang lebar dan memecut semacam di setiap simpang. Sampai naik kecut dan hampir terjatuh aku dari seat.

Rupanya dia marah kerana kami berkongsi limo. Katanya "lain kali ambil 2 limo kalau dua tempat berbeza". Kami pun tidak terfikir untuk turun di lokasi sama dan kemudian salah seorang menghantar seorang yang lain, kerana jarak yang tersangat dekat. Langsung tiada budi bicara.

Selepas kejadian itu, aku tidak pernah hingin untuk naik limo KLIA lagi. Lebih baik guna duit tu untuk urusan lain yang lebih berfaedah. Perjalanan dari rumah ke KLIA cuma lebih kurang 1 jam, kos tol cuma dalam RM 6 lebih dan petrol RM 20 pun takan habis. Sudahlah limo terhad, pelanggan MAS ratusan satu2 masa, tambang mahal, beratur berjam2 bagai.

Jadi kenapa mereka istilahkan "ulat" pada teksi2 lain yang ingin turut mencari sesuap rezeki di lapangan terbang kebanggaan kita itu? Salah siapa kalau pelanggan memilih yang tadinya digelar "ulat2"? Apa pandangan pelancong asing yang terang2 dipersaksikan "kerakusan" tersebut?. Tidak semua pelanggan MAS adalah para consulat atau konglemerat yang mementingkan status. Tidak salah kalau rezeki itu dibahagi sama rata, bahkan ke-gah-an KLIA dapat juga dinikmati bersama rakyat yang banyak.

Merasa tidak puas hati, kejadian tersebut keesokannya telah ku adukan ke radio ERA :p

Saturday, August 07, 2010

N-3 Buhsan

Agak2 apa ke benda ya antara perkara2 yang org bujang tak berapa nak ambik pot? Kalu bagi aku ni 1st sekali tentulah C.U.T.I.

Kalau masa kerja dulu, setiap cuti org laen sebuk beriya2 benar, sangat teruja kalau bercakap pasal cuti..especially cuti sekolah.

Time cuti lah org2 sibuk berkenduri kendara sana sini..sampaikan sorang ofismate aku istilahkan time tu sbg "musim mengawan" haishh!

Time cuti sekolah juga mak bapak akan plan macam2 xtvt untuk anak2. Beberapa kali setahun meraikan pesta kebersamaan ahli keluarga. Kedengaran sangat afdal gitu.

Tapi bagi aku cuti ke tak cuti ke sama jer...tak der makna yang tertulis dan tersirat. Pasalnya, kita bukan ada anak kan, pesal org sibuk cuti sekolah kita pun sibuk nak cuti sekolah gak. Kan dah habis sekolah..hehe.

Apalagi kalau setakat nak menghadirkan diri ke pesta "musim mengawan"...eerr buleh tak kalo duit saprah tu kita post jer kat mana2 muka..muka buku ke muka blog ker? ehek..aci kot, sb kad kawen pun org post kat muka buku, muka blog and muka email jew zaman sekarang ni... kan3x?

Sebenarnya bagi aku, cuti 30 hari setahun pemberian kerajaan tu dah cukup dah. Melebih lagi...tiap2 tahun kumpul separuh ke golden hand shake, separuh lagi bawak ke taun depannya..pun masih bertimbun2 cuti. Apa nak buat kan? Aku kan pegawai yang cemerlang dan terbilang..kui kui. Golden hand shake tu pun apa masih wujud ke skang?? Akanq tatau ler.

Sebenarnya ni nak story mory, bahwasanya Gatton cuti hari senin nih..bersambung ngan minggu dah jadi 3 hari. Tapi sebenarnya cuti tak memberi apa2 kesan pun ke budak sekolah dewasa cam kami nih (eh dah sekolah lagi..pesal masih tak kesah cuti?).

Takyah konpius2 yer..cuti tu sebenarnya sempena EKKA..agak2 serupa la ngan MAHA kat Msia sana. Aku pun tak heran jugak. Buhsan lar..dulu aku asyik jadi executive MAHA kat LGM, sampai naik muak dah. Kena handle semua 3 unit under bahagian, handle kaki dan tangan bertugas, duit makan pagi, tengahari dan malam korang sumer, poster2 segala, design booth, meeting 2-3 kali seminggu..manager kena bertugas 7 hari seminggu, 15 jam sehari pulak tu. Tak ke kejong punggung dan kaki kita bertawaf kat booth tuh..uish!

Sib baik aku mai sini, kalo tak masih jadi manager MAHA hehehe. Macam la aku sorang je pegawai yang bijaksini kan? Moralnya kalo boss kasi assingment kat korang jangan asyek pandai jer manjang. Pandai sekali dua sudah, kalo tak tiap tahun lah kita aje yang nak kena jadi balaci huhu.

So EKKA kat BNE, malas lah nak pegi...sama jerw kesahnya. Baek sudahkan power point & pre-schedulle..Selasa nak kena present lagi..tak senang nak jadi doktor nih..harap2 kepala aku tak gondol sudah ekekek. Orang kata PhD ni penyakit yang namanya "permanent head damage" tak pun "permanent hair loss" betui kah? akanq rasa mungkin betui :p

Thursday, August 05, 2010

I'm cool

Sekarang aku dah tak marah hehe...sebabnya dah makan donut ni


Experiment untuk minggu ni jg sudah selesai. Tinggal olah result je. Sekarang nak cerita tentang donut, Krispy Kreme tu satu2 donut segera yang halal dan ngetop kat BNE. sekotak 4 biji 8 dolar lebih. Sudah ada di BP Warrego Hwy Gatton. Maknenya kalau sibuk tahap gaban kat lab dan tak sempat masak bekal pepagi, leh ngap donut ni aje..dekat jer ngan uni. Selalu aku makan pisang, hari2 pisang sampai muka naik berpisang. Namun begitu aku berharap kelak muka ku tidak akan menjadi donut pule..Toing! tamat episod meraban.. :P

Sunday, August 01, 2010

Chapter 2





Etika berkasih sayang yang masyuk


1. When you look at me, me look at you..the stares goes down to the nose till the lips….wau! that's what we call “the attraction”

2. When we are side by side, you mirror me..I angkat kaki, you angkat kaki..I ke depan you ke depan, I ke belakang you ikut…now the pheromone just release and the chemistry start to blend

3. When you just staring in my eyes, there are no blink2 in your eyes..I’ll give you a sweetest smile that I have

4. When you try hard on every freak reason just to talk to me and get connected 24/7…I’ll feel “Oh come on, what’s going on now”, then you say “nothing”…I know what’s that mean

5. When I feel gloomy, you know how to comfort me by saying something nice or just text me “calm down honey, take it as a lesson”…then I’ll feel “so this is the one who know how to handle my emotional crisis”..believe me, I’ll fall in love intensely

6. When in the early morning you surprising text me “ When I look at the sky this morning, the sun is smiling, then it ask me what I want..I say I want the person who read this smile beautifully, Good morning sweetheart!”..then what can I say?

7. When you just missing in action, I was crazy looking…you say “sorry my dearly darling, I just was busy”…then I’m surely happy and forget everything

8. When you just wanna talk, and I’m so tired..you say I’m angry and you quarrel me..I’ll say “no my dear, am not angry at you..I just need a rest, pity me when I can’t even sleep till the morning, I spend time explaining things and console you..finally you say “ok, go to sleep”…believe me, the next day we’ll get closer more than ever

9. When I feel down, you are the one I can confide in..even you say nothing…I’ll admire you like crazy

10. When every night before bed, you say “Good night honey, muaach20x”…nhaaa…I feel like flying and I’ll smile till “death”

11. When we feel not to talk, we just ignore each other and do our own business without confronting…the week after we’ll missing each other so much, then we’ll feel so deeply in love

12. When you are not in good shape, so do I..you say “you are so beautiful ” and I say “you are so sweet”..then the feeling is real

13. When in every joyful moment, you express that you wanna be with me, spend time with me…I think “maybe its true or maybe you just kidding” but I’ll still feeling needed and appreciated

14. When you ask for my palm to read, but you actually wanna hold them and I can feel the softness…Oh that’s so sweet darling, indeed inside… my heart is beating hard

15. When you stare in my eyes, then you take a deep breath…I know your love is natural and I’ll truly appreciate it

16. When you text me, while you are in the meeting even the only reason is you might be bored with the similar issues which are just keep repeating …I’ ll feel important and adored..then you already gain my respect

17. When you have a fantasy, you share them with me…I’ll do the same, then we are on the right path

18. When you feel shy or scare, and you confess..I’ll offer you my condolence

19. When we have a dinner, I ask to share and you say “hehe no dear, that’s my responsibility” …see? This is how the real man react..

20. When you ring me in the early morning just to wake me up for a subuh…then Ohhh I feel it so romantic