Ketik

Monday, February 28, 2011

The Drop...

"Precious momento of life is just likes a drop of water, It can be crystal clear at once and condense while time past through, but the memory itself will remain forever"~Maya2011

- Its a living pivotal sources of energy..giving hope and dreams...the future, the career, the passion and the learning process of life itself"....

*Pic by me on Acacia holosericea cut foliage :)

Wajah-wajah...





Apakah makna entry ni???
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Rindu kampung...uhuks!!

Sunday, February 27, 2011

Entry panjang sangat, bosan?

Haha..pernah ada seorang kawan cina mengomel entry2 di blog aku panjang sangat...tak larat dan tak minat nak baca kata dia..huhu.

Apa nak buat, bang oi...akak kalau dah start menulis tak reti nak berenti...merembas-rembas idea keluar tanpa mempedulikan apa yang menarik apa yang tidak....hehe

Tapi kamu2 harus alert dengan quote kat bawah ni:

Generally speaking, the best people nowadays go into journalism, the second best into business, the rubbish into politics and the shits into law” ~ Auberon Waugh

But..

"After 30 years the journalists feel like shit while watching the businessmen getting rich, the politicians are richer and the lawyers richest".

Self Esteem dan Tragedi Cinta Manusia

Self esteem yang dalam Bahasa Melayunya bermaksud jati diri atau boleh juga didefinisikan sebagai tahap keyakinan diri seseorang individu. Peri pentingnya jati diri hingga berupaya membentuk peribadi dan sifat lahiriah seseorang. Keputusannya mantap, pertimbangannya bijaksana.

Orang yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi merupakan seorang yang bakal meraih kemenangan dalam apa jua matlamat hidupnya. Berbekalkan daya juang yang tinggi dia tidak terlalu bergantung harap pada orang lain. Dia berani mengambil risiko dan dia tahu meletakkan dirinya di suatu aras yang tepat. Dia mengenali potensi diri sendiri, disegani malah boleh jadi dia turut dicemburui orang lain. Orang begini mengenali kelemahan diri dan bersedia menjadi yang lebih baik.

Seorang suami yang memiliki jati diri tinggi, melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang berwibawa. Seorang isteri yang punya jati diri tinggi memelihara dan menjaga kehormatan diri, suami dan keluarga. Anak dengan jati diri yang tinggi tahu tanggungjawab sebagai seorang anak dan menghormati orang tua.

Bila seseorang individu tiada jati diri, dia sering memonopoli situasi dengan meletakkan kesalahan pada orang lain. Contohnya: seorang suami yang lebih rendah tahap pendidikan dan pendapatannya dari isteri mungkin akan menggunakan “kekerasan” bagi menguasai isteri. Kekerasan boleh berbentuk fizikal, bahkan secara penindasan mental.

Mereka mungkin berkata “Kamu, asal kejadianmu dari tulang rusuk yang bengkok..malang bagiku kerana aku telah tersilap membenturmu, maka kamu menjadi “rosak”. Sedangkan lelaki/suami itu sendiri yang sebenarnya kurang mahir berfungsi selayaknya sebagai khalifah rumahtangga. Dia mencuba cari jalan untuk meletakkan wanita/isteri di satu tahap yang rendah di matanya supaya secara psikologinya dia akan merasa benar dan berkuasa.

Dia juga mungkin menuntut supaya dihormati dengan mahu wanita/isteri menuruti segala kata-kata dan perintahnya meski pada yang tidak logik atau cuma masalah sepele. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya dia tidak akan mahu menimbang musyawarah dan kesepakatan. Hakikatnya, hormat bukanlah suatu yang boleh dituntut. Ia adalah suatu “reward” yang diraih hasil dari karisma dan wibawa individu.

Mungkin saja pasangan wenang-wenangnya meminta pasangannya berubah. Sedangkan dia sendiri terlalu banyak pincangnya. Akibat tidak dapat menerima kekurangan diri sendiri lalu ia konon berhajat membetulkan orang lain secara demikian. Terang-terang dia ternyata juga manusia biasa yang tidak maksum. Belajar menerima orang lain seadanya dan menghargai kurniaan Ilahi adalah penawar paling mujarab untuk penyakit “perfectionist” ini. Seharusnya yang kurang sama dilengkapi, yang lebih sama disyukuri.

Wanita yang lembut sifatnya, halus jiwanya jangan sampai terpenjara dan terhukum dengan situasi psikopath seperti ini. Wanita juga harus punya jati diri. Mereka dijadikan untuk disayangi dan dicintai. Wanita harus ditempatkan di sisi selayaknya asal kejadian dari tulang rusuk untuk melindungi hati, tidak di bawah, di atas, di belakang atau di hadapan. Jangan sesudah kamu menawan hatinya, kamu kemudian mendesak ia supaya melupakanmu sedangkan kamu masih di situ-situ juga. Berterusan menjadi bayangannya atas alasan kasih yang tak wujud. Kerana wanita tidak pernah mengenal pertengahan antara sayang dan benci. Dia bahkan tidak tahu apakah wujud suatu entiti di antara sayang dan benci.

Andai sayang kamu tatang ia, andai benci kamu relakan dia berbahagia dengan hidupnya. Persoalan hidup dan kedamaian hati manusia lain tidak mampu ditentukan orang lain. Sesiapa jua tidak berhak memaksakan kehendak kepada seorang insan yang lain. Cintai mereka sebagaimana kamu ingin dicintai.

Moral:

Tulisan ini cuma pendapat semata-mata. Bukan perang gender, juga tiada kena mengena dengan sebarang individu :)

"Setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata".

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi". (http://ummuhusna99.blogspot.com/)

Saturday, February 26, 2011

Nikah @ Kawin

Bismillahirrahmanirrahim....

Tajuk macam keren jerk..err, bukan nak khabarkan walimah sendiri..urrmm

Sebenarnya nak komen sket tentang bab walimah or walimatulurus ni. Akanq memang tak tau banyak tentang ni, cuma nak share pemikiran 20 sen ni jer =p

Apa masalah yang sering timbul bila sebut pasal nak walimah? Pertama kena ada calon suami atau isteri; ke-2 beragama islam; ke-3 waras; ke-4 baligh; ke-5 wali; ke-6 ijab & kabul....(ada lagi tak? lupa dah)..kalau tak cukup syarat ni, tak sah nikah.

Selain syarat sah nikah di atas, ada isu lain yang tak lain tak bukan tentunya duit kan...nak belanja kenduri kendara kena pakai duit, nak sewa pelamin pakai duit, nak buat hantaran pakai duit, mahar pun pakai duit..serba serbi duit lah panjang kata.

Pernah dengar orang berhutang bergadai sebab nak kawin? Biasa....Pernah dengar pengantin perempuan sanggup berkongsi wang hantaran (bukan mas kawin)? Biasa...pernah dengar reception pernikahan ditaja? Artis top saja...pernah dengar hantaran puluhan ribu? Orang kaya saja...dll

Sebenarnya kawin tak perlu nak gah..nak persalinan 5-7 pasang makan sewa puluhan ribu, tak perlu tu pelamin lip lap2x ribu riban, tak perlu jugak lah kaum keluarga pun nak juga persalinan sama kaler hingga sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak tu. Jadi riak atau "menunjuk2" pula nanti, bukan lagi mengambil yang afdalnya. Kalau ada duit lebih tak tau nak buang kemana tak mengapa...layannn. Tapi bila kena berhutang ini akanq kurang setuju

Kalau pihak pengantin perempuan sudi nak bantu menampung beban calon suami..itu elok. Memang benar jumlah hantaran yang tinggi tu berlebihan. Tapi kalau sekadar bawah RM 10 K..itu masih boleh diterima (menurut saya). Kalau cuma senaskah al-Quran lagi bagus. Zaman sekarang pula hidup ada kos..so kalau ada kes yang begini, pihak lelaki takyah sombong menolak, mendakwa negatif niat pihak perempuan..yang nak kawen kita juga, yang nak hidup susah senang bersama kita juga..ringan sama dijinjing berat sama dipikul..itulah namanya cinta sejati :).

Janganlah ada pihak lelaki mendakwa, pihak perempuan sengaja nak letak nilai tertentu kemudian sanggup pula nak kongsi sebab mementingkan nilai tadi..hummm maruah bakal isteri kita kena jaga juga kan? Nak2 pula kalau ada cakap2 belakang yang tak elok pasal jumlah hantaran etc. Orang kan..kepala sama hitam, hati lain2. Bila bakal isteri sudi berkongsi sejak awal2 lagi, tu maknanya dia dah sanggup dan bersedia nak berkongsi segala susah senang mendatang...jangan tersilap perhitungan menyesal di kemudian hari...dek kerana ego kita tadi. Lain lah kalau sengaja letak tinggi2 sampai tak mampu dek lelaki tu..melainkan hanya merosakkan keindahan matlamat pernikahan itu sendiri.

Mustahil juga kalau RM 5-6 K tu nak berkira sesangat kan. Kat dunia ni memacam kerja yang boleh mendatangkan duit boleh kita buat. Antara nak dengan tidak jer. Yang penting halal. Kalau tau nak kawen kenalah tau dan pandai mencari nafkah untuk keluarga. Yer dak?

Eh! zaman sekarang ada banyak juga lelaki yang cari perempuan berkedudukan untuk dijadikan isteri. Jangan tak tau atau buat2 tak tau. Wahai lelaki...jadilah lelaki sejati. Nikahilah dia kerana agamanya bukan hartanya. Sanggupkah kamu kemudian menjadi sura-rumah, menjaga anak dan membuat perkerjaan rumah lainnya, sedangkan isteri keluar membanting minda dan tenaga? Bila keadaan sudah menjadi terbalik begini, rumah tangga jadi porak peranda, anak2 terabai, cinta sayang hilang lesap entah kemana yang tinggal hanya kepala dan telinga yang berasap! (Teringat pula pengalaman menemuduga calon budak despatch beberapa tahun sudah. Datang interview selebet jer, badan lemah tak bertenaga kurus melidi, mata merah, pipi cengkung...cuma ada SPM yang tak seberapa. Kerja sambil2 jer baiki motor orang kat flat upah RM20. Belek2 fail dia, alamak! Bini dia electrical engineer kat MBSA la!...tapi hidup dia bahagia, saya yakin tuh!!)

Tapi...ada tapinya kat sini, mewakili pihak perempuan di luar sana..kita suka, eh.. amat suka kalau suami juga tidak keberatan membantu kerja rumah tangga seperti tukar lampin anak, masak atau membasuh. Dalam agama kita..tanggungjawab isteri adalah untuk melayan suami, melahir, mendidik dan membesarkan anak2. Tugas suami selain mencari dan memberi nafkah lahir batin..beliau juga perlu menyediakan pembantu rumah tangga bila mampu. Eh! jangan ambil minah muda bergetah dari seberang, nanti lain ceritanya..hihi. Orang perempuan zaman sekarang pula kena juga keluar kerja. Kalau tak kerja dok rumah saja boring! Yang penting perlu ada timbal balik dan kewarasan kat sini. Ingat 'waras' adalah salah satu syarat sah. Jadi tak salah perempuan kerja MEMBANTU mencari nafkah. Kalau kerja kat umah jer kan best.

Akhir kata..duit bukanlah segalanya, yang penting DUIT i.e Doa, Usaha, Inisiatif dan Tawakal...

Setiap pekerjaan kita perlu ada milestone. Bila ada milestone kita akan berusaha untuk mencapainya. Bila ada usaha kita akan ada inisiatif untuk memula, menjalani dan mencipta kejayaan di penghujungnya. Namun jika kita gagal bukanlah bermakna segalanya sudah berakhir. Kita haruslah bangkit lagi, merangkak bertatih dan terus berlari tanpa pernah menyerah kalah...akhirnya kita tawakal. Sebab setiap urusan harus kita percaya, yakin dan berserah padaNya. Dunia dan kehidupan ini adalah sebenar2nya universiti buat kita belajar. Kita terdidik dari pengalaman, kegagalan, kepayahan dan segalanya di sini.

Justeru jadilah orang yang bertanggungjawab di atas segala tindakan sendiri, supaya tidak menjadi orang yang rugi di kemudian hari.

Wallahuaklam..

Friday, February 25, 2011

DIA BEKAS PENCINTA

Madah cintanya bertinta setia
Mengalah dia bukan bererti lemah
Sekadar memberi ruang
Membebaskan rawang sang kekasih
Mencari makna sebingkis harapan

Firasat kalbunya sentiasa bernafas
Merindu saban detik....
Bersama mutiara jernih yang berjatuhan
Matanya sentiasa basah
Kuyu dan layu...
Istigfar pada-Nya tak kunjung akhir
Hingga resahnya pudar perlahan-lahan
Surut didakap malam dan siang

Setiap langkahnya bagai mati
Sarat menanggung kenangan dan janji-janji
Setiap nafas dan rentak nadi berirama sendu
Merelakan suatu kehilangan
Yang tak tertahan....

Berdarah kaki teranduk kerikil
Gelora dada tak tertahan sakitnya rasa
Sendi berlaga menangkis derita jiwa

Dingin menguasai sekujur jasad
Bertandang rindu tapi tak upaya
Hanya mampu terluahkan
Di gelombang minda....
Cuma mengintai di bayang hari

Akhirnya redha dia melepaskan
Sang kekasih mencari identiti diri
Dia sendirian mengapai harapan
Diusung payah, disapa getir
Lalu akhirnya hadir senyum dan tawa
Kembalikan pelangi seusai gundah
Dan dia sudah dewasa menilai
Antara racun dan penawar…

dan dia makin yakin...janji Makrifatullah.....

Itulah jawapan pada sebuah persoalan....



Pssstt!!

Wah! tak sangka masih ada mood nak berpuitis jiwang crome lagi..ngeh2x

Hari semalam terjumpa kawan zaman sekolah rendah dulu kat fb, nampak sangat matured..terasa diri ini masih muda remaja pulaks, sebab masih tergediks sana tergediks sini..aagaga =P (mood perasan sudah mari)

Mengenal Kelantan dari Sudut Sejarah

Ini antara topik2 sejarah kesukaan hamba...

Pernah baca kisah Panglima Salleh Selempang Merah, tulisan Zaharah Nawawi? Panglima Salleh adalah pejuang melayu Muar, Johor ketika era penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1942.





Alur ceritanya sangat menarik dan mampu membakar semangat juang bila membacanya. Kita seakan2 dibawa bersama meneroka dan menyertai perjuangan mereka menentang kezaliman penjajah. Dalam kisah ini, kehebatan seni persilatan melayu diangkat..sehingga berjaya mengalahkan penjajah yang bersenjatakan senapang dan pedang..Sangat suka novel ini..

Intro tentang topik "Melayu, Islam dan Kelantan" pula....



Kemudian, mari mengenali beberapa tokoh agama dan sejarah Kelantan.

Kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Serambi Mekah sangat sinonim dengan cerita perjuangan para ulama dahulu kala. Dalam sejarah yang diputar belit oleh Inggeris, mereka digambarkan sebagai penderhaka kerana tidak mau membayar cukai etc..tapi hakikatnya kebangkitan mereka adalah kerana memperjuangkan al-Haq yang waktu itu bertepatan dengan kejatuhan empayar Uthmaniah di Timur Tengah.

Kenapa saya tertarik dengan kisah Tok janggut (Pasir Putih) maupun Tok Kenali? Saya tak tahu, tapi seolah2 ada kisah yang bersangkutan dengan sejarah mereka dalam persekitaran kehidupan zaman kecil saya.

Dulu saya sering berkunjung ke Kampung Tok Kenali, Kubang Kerian kerana mengunjungi keluarga bapa angkat saya di sana. Kampung ini bersebelahan Hospital USM, Kubang Kerian. Menelusuri perkampungan tersebut seolah2 kembali ke zaman perjuangan Tok Kenali. Ingat Sejarah tingkatan lima tentang Majalah Pengasuh? Ha.. nama2 besar inilah yang menyumbang kepada kebangkitan melayu menentang penjajah dulu2.

Sistem pembelajaran melayu lama seperti sekolah pondok, belajar agama hingga ke Pattani, ilmu2 ghaib dan perubatan tradisional melayu lama juga turut mewarnai sebahagian zaman kecil saya. Arwah tok ayah menuntut ilmu hingga ke Pattani (Wau! Tok ayah saya pun study kat overiver :p), perjalanan membelah hutan rimba berbulan2 berbekalkan nasi kepal dibungkus dalam upih pinang. Selain mengajar budak2 ngaji Quran, Tok ayah sangat mengagumi raja2 melayu, pandai mengubati sawan, sakit kepala, luka melecur, bisul, tersampuk, santau etc..tok ayah juga pandai memagar rumah, membaca kehadiran tetamu melalui firasat (dulu manada telefon etc)... itu sahaja yang saya tahu.

Kemudian di Kelantan ada sekolah Za'ba. Satu2nya sekolah yang menawarkan kelas dan peperiksaan ulangan untuk calon SPM dan STPM di tanahair dan hanya ada di Pasir Mas. Ewah! satu lagi kebanggaan Pasir Mas selain digelar "Kilang" jelitawan. Sekolah ini masih wujud hingga sekarang. Siapa tak kenal Za'ba? Walaupun Za'ba bukan tokoh Kelantan, namun sekolah tersebut diberi nama sesuai dengan ketokohan beliau dalam ilmu persuratan melayu lama

Di Kelantan juga masih ada sekolah pondok untuk orang dewasa. Orang2 tua yang berumur 60 tahun ke atas tidak ke rumah2 orang tua tetapi mereka ke pondok pengajian al-Quran. Setiap orang didirikan pondok kecil lengkap dapur dan tandas di satu kawasan perkampungan yang di dalamnya ada surau, ada rumah tok guru dan pondok2 rakan2 lain di samping rumah2 penduduk kampung yang lain. Saya pernah melawat perkampungan pondok di Kedondong, Pasir Mas suatu ketika dahulu. Di samping mengaji dan mendengar ceramah keagamaan dari tok guru pemilik pondok, penghuni juga bersosial dengan rakan2 pondok lain seperti berkebun dan berternak ayam itik. Rumah sorang satu beb..bukan asrama dengan puluh2 katil...

Damai sekali kehidupan begitu bukan?

Thursday, February 24, 2011

CINTAI MEREKA...& HIDUPMU

Hidup hanya sementara, maka:

Hati2 lah dengan FIKIRANmu, kerana akan menjadi KATA2mu
Hati2 dengan KATA2mu, kerana akan menjadi TINDAKAN2mu
Hati2 dengan TINDAKAN2mu, kerana akan menjadi KEBIASAAN2mu
Hati2 dengan KEBIASAAN2mu, kerana akan menjadi KARAKTERmu
Hati2 dengan KAREKTERmu, kerana akan menjadi TAKDIRmu
Andai tidak hati2, TAKDIRmu berakhir menyedihkan...

Jadikan hidupmu lebih BERERTI
Hidup ini yang sangat singkat...
CINTAI orang2 di sekelilingmu
CINTAI orang2 yang menyintaimu

ALLAH tidak pernah menjanjikan langit yang senantiasa biru
Bebungaan tidakkan selalu mekar, dan mentari bahkan tidak selalu bersinar...

Namun, ketahuilah....
DIA selalu memberi pelangi di setiap badai/hujan
SENYUM di setiap air mata
BERKAH di setiap dugaan dan
JAWAPAN di setiap DOA

Jangan pernah menyerah
Teruslah berjuang, kerana hidup ini INDAH
Hidup yang bukan satu tujuan
Melainkan sebuah PERJALANAN

NIKMATIlah hidupmu....

Wednesday, February 23, 2011

Ntah ler apa nak jadi....

Tetiba jadi malas nak berblog..ehe..he..mungkinkah selama ini kedatangan pembaca yang menjadi pemangkin kerajinan menulis kat sini? Eceh! Tetiba jadi cam betul2 menulis di screen sepi pulak, tiada lagi dialog2 segala macam rasa, yang rasa rojak, rasa lontong, rasa sambal petai, tempoyak masam, belacan pekasam (segala yg busuk tapi sodap)...ahahaha..sigh! Sekarang rasa hember pulak..ummm

# Sesambil dengar alunan composer dari CD Beethoven...

Sesudah "cawat k-t-" berhumpas pulas pulun plot graph kot Excell sb sigmaplot expired. Tak larat tunggu ITS mai hapdek licensed software baru tuh, penat nie wei kena manually kira sdev, std error, tukar2 line graph, add tajuk dan segala makniko lagi..guna sigmaplot kan cepat, senang dan tepat. SV plak nak jugak graph buru2, nak jugak saiz area dan diameter vessels dalam ~200 section tu..kerja remeh yang banyak tapi tak mencabar IQ ni sangat meletihkan rohani dan jasmani..fuhh! Tapi bila semua settle sangat lega rasa..yuhu!

Errr...tak best plak Beethoven nih, nyesal beli..:(

Wah!! Perasan tak sekarang mood chenta dah, tak lagi instrumental..hiks, sapa kata orang tua tak sesuai dengan mood chenta??

Psstt!

Dengar lagu2 yang berkumandang kat safari ni terasa seperti kembali ke zaman remaja dulu plak..hehe. Zaman kisah "Budak Setan", hero novel bernama Asmawi etc.., zaman baru baligh jerawat batu penuh kat muka =p

Se lagi...uh terasa nak publickan balik blog ni. Tetapi dengan new setting. So sesapa nak komen kena ada ID dah le ni, takleh pakai2 anon..ibarat lempar batu sembunyi tangan pun dok ada. Pembenci adalah pencinta..eceh!

Gracias juga kpd silent reader yang menjadi pembaca tegar kisah yang tak seberapa kat sini :)..toksah sedih2 lagi..

Akaq hanya menulis untuk isi masa luang, bukan kejar nuffnang, follower etc, yang baik ambil sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan..

Adios!

Tuesday, February 22, 2011

Ni lah lagu dia...

Ehe...he..lagu2 indo ni simple n sedap didengar pulaks..hiks! Mendalam pulak tu maksud dia..ni heroin Ketika Cinta Bertasbih yg lembut gemalai pulak yg nyanyi..huhu




Nota:
Maya tidak lembut, tapi tetap lembut hati..hiks2x

Monday, February 21, 2011

Karena Hati Bicara


Mengarungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara


Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Tuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara


Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara


Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Entry Blur

Sebab apa blur? sebab hari ni hari senin....hihi. Macam terisi plak rasa ujung minggu kemaren. Sebabnya pertama; aku sempat luangkan girls outing gi nonton I am no. four...best la gak citer tu. Micheal Bay si director Smallville etc tu lah..so what do you know about it? Mestilah citer ala power luar biasa gitu..okeylah aku suka tgok citer2 ringan dan imaginary cenggitu..tat's what we called FUN.

Then aku gi lawat kawan kat BNE yang rumahnya tenggelam dek banjir tempohari. Tinggal beberapa inci je lagi nak cecah bumbung. Kesian sungguh, habis barang dalam rumah rosak. Ingat lagi tu ha mesin basuh yang kitorang gi beli sesama kat Harvey Norman taun 2009 dulu. Peti yang beliau dapat dari garage sale dan segala kelengkapan rumah lain. Kereta pun dah tak boleh guna lagi...Beliau terpaksa memulakan hidup baru kembali, seperti mula2 datang dulu. Mana nak pikir study lagi, laki yang tengah sakit lagi, baby lagi..huhu, sangat simpati ngan beliau. Muka yang putih dah jadi gelap gelita dok spent time cari rumah yang susah nak dapat skang. Sebab kebanyakkan rumah rosak teruk ditenggelami banjir lumpur. Aku cuma mampu bagi semangat dan doa, semoga semuanya cepat2 settle dan kembali ke asal...aminnn

Eh! Rasa secure pulak menulis di blog yg dah private nih..:)

Wednesday, February 16, 2011

Having Good Time in Gatton


My office mate, another students that shares every moment wit me..nak tengok movie gi dgn mereka ni lah sesudah kepulangan Dr. Puan

Aya ya...petang2 jejalan keliling campus adalah xtvt kami sekarang...supaya lemak kat buntut tak jadi tepu dan tepu dan tepu. Hiks! Dan lagi spy kepala pun clear tidak kusut masai sangat ngan study
Antara icon UQ Gatton...mural timbul nih mmg menjelaskan segala2nya core xtvt UQ Gatton as a campus for agriculture dan Vet Science

Tuesday, February 15, 2011

V-Day vs Maulid Nabi, Simbol Kasih Sayang & Hari Kekasih

Semua sudah maklum kan? Bahawa Valentine's Day sudah difatwakan haram dan haram untuk disambut oleh umat islam.

Dan....semalam, saya dapat CLICK . Sebelum membukanya saya bertanya "ini apa?"

Katanya "Buka aja"..selepas beberapa minit imej didownload di screen kecil BB.

Lalu saya bertanya "untuk aku ya?"

Dia bertanya kembali "yang menerimanya siapa?"

"Iya..aku ;>" balas saya tersipu...pantas dia memintas "iya bererti untuk mu"

Kemudian saya ucapkan terima kasih, sambil saya bermonolog kepadanya "tapi kan, aku bukan kekasih mu". Saya juga menambah "dan lagi kita umat Islam tidak boleh menyambut V-day, haram.. :)"

Lalu dia membalas "ambil momentum saja, kita harus menebarkan kasih sayang sesama hamba"

Saya pun tersenyum dan membalas "Iyalah, terima kasih kerana menyayangi ku".....hiks!

Iya, barangkali tidak apa2 yer..kita ambil auranya tapi bukan amalannya? Semoga mana yang baik itu, walau bukan dari kalangan kita...kita boleh manfaatkan :)

Wallahuaklam...

Namun jangan dilupakan pula, dalam orang lain menyambut hari kekasih...kita juga perlu mengingati kekasih kita..berselawat untuk baginda, begitu susah payah baginda menebarkan cahaya Ilahi bersama kasih sayang-Nya untuk kita.

Dari itu kita tidak berada dalam zaman kegelapan lagi...

Mari berselawat bersama2...:)

Monday, February 14, 2011

Berjual beli di eBay


Yeazzaa! Sangat teruja akanq semalam dan hari ini :). Sebabnya dah berjaya menjadi seller di eBay Australia. Macam jakun ke bunyi tu? Ehehe..yer ler...barang yang terjual tu my 1st item published kat eBay, apa tak teruja tahap gaban.


Sebelum ni dah jaja backpack camera dslr tu kat facebook tapi tak laku. Beg tu pun dibeli di eBay gak dengan harga Aud 45.95 + 12.95 (posting) = Aud 62.90. Harga jual pulak Aud 65 (free postage).


Macam tak untung banyak kan? memang tak untung pun...cuma dapat balik modal jer..hiks2x. Mula2 nak publish bag tu risau gak, takut tak laku. So ni nak kongsi caranya bagi yang belum tau atau belum pernah berurusan dgn jual beli online ni.


Pertama kita kena research dulu. Compare dengan harga yang ditawarkan oleh orang lain bg brg yang sama. Haa..untuk menambahkan chances barang kita terjual, kita kenalah letak harga yang lebih rendah dari mereka. Harga bag yg sama ditawarkan seller yang lain ialah Aud 63.95 + 12.95 (posting)..untuk mengatasi mereka saya meletakkan harga "Buy Now" Aud 65 (Free Postage).


Perkataan "Free Postage" itu lah yg akan menarik minat pembeli. Untuk memastikan saya tidak mengalami kerugian, saya juga memilih option "no return back". Cubaan pertama saya berjaya apabila bag tersebut terjual hanya selepas 3 jam dipublish! Teruja bukan?


Sbg seorang yg ada pengalaman membeli di eBay, saya juga menggunakan kaedah yang sama yang menarik perhatian saya terhadap satu2 barang untuk menarik perhatian pembeli lain. Apabila membeli saya akan membeli barang yang "Buy Now" sahaja. Krn kalau "Auction" biasanya base on bidding...kadang2 seller menipu, taktik bidding tak mestinya anda akan menang. Itu cuma strategi untuk menaikkan harga barang. Sebabnya selepas setiap bidding dia akan cakap your are out bid, please bid pada harga sekian2 yang sah2 sudah naik dari harga asal yang kita bid tadi.


Jangan tertipu juga dengan positive feedback di rekod seller. Sebab saya pernah terkena sekali. Beli casing blackberry calour hitam dia kasi putih. So, krn tak puas hati...sudahlah posting lebih dari sebulan (janji 4-6 hari). Saya telah meninggalkan negative feedback. Si seller meminta saya revive negative feedback tersebut dan memberi jaminan memulangkan bayaran saya. Ya, saya dapat balik duit saya sekali dengan barang yang dah jadi free..heheh. Bijak kan saya? Bertambah2 lagi kebijakan saya, saya meletakkan syarat tak akan revive sebelum bayaran balik dibuat. So, bila dapat bayaran barulah saya revive dengan rasa bakawali yang sekelat kelatnya krn ternyata seller tersebut tak sincere..apalagi black listed kan dia =P.


Oh, sebelum terlupa...untuk membeli belah online...untuk mengurangkan risiko tipah tertipu atau menjadi mangsa penggelapan kad kredit..kita leh registered kat PayPal. Menurut saya kaedah PayPal ini adalah paling selamat setakat ini. Kerana nombor dan maklumat akaun kita dilindungi. Selain kita leh accept payment, kita juga leh bayar, transfer duit etc. Cubalah.


Walaubagaimanapun...nak berjual beli di eBay ada fee nya jugak dek non. Tapi tak banyak pun..cuma Aud satu dolar lebih jer. Bila barang terjual kita bagi eBay 5.2%. Fee PayPal pun cuma kurang lebih 3 dolar jerk.


Nah, inilah saja entry yang agak "berilmu" untuk kali ini..


Adios

Friday, February 11, 2011

Santai Petang

Don't know what to do when feel tired, depressed, boredom with the same routine...bla2? Can't just lay my pussy2 on the chair for 11 hrs a day..Yuhuu! so I went for a brief walks with Ursula to 1 of d UQ garden near to the nursery and peeping the avifauna. The lake is not that nice as before..so yarky with the mud and maybe the sewage from nearby piggery..Ouch!

After few mins we've decided to go back as before the avifauna landed their drops on us! Saihs!...but it's nice just to rest mind for a second :)

Uh...suda lama tak speaking kan?

Sabarlah diri...

Mulakan dengan bismillah....

Blur giler time ni, next month kena buat Mid-term review dan2 pulak advisory team berubah. Nampaknya hamba akan grad sebagai partly independent student..cos SV pujaan ku sudah berkerja di luar sana untuk 2011-2012. Hopefully new advisory team akan lebih "mempedulikan" hamba yang agak terkontang kanting neh :(..dengarnya new main SV on the "paper" ini lebih bagus arahannya...kata mantan PhD student sini, my best pren ever. 2 kali casual meeting ngan beliau pun macam okey, lembut dan practical orangnya...hummm so hamba mengharapkan yang terbaik belake. Hopefully tader mintak aku buat menda berkait engineering dan mekanisasi fuleks lah..out of my expertise huhu.

Dulu meeting 2 x seminggu kadang2 rasa waste time..skang meminta2 untuk meeting..huwaaa! skang aku paham bagaimana perasaan kengkawan yang sebelum ni jeles dengan keselaluan kami meeting ngan SV. Beliau muncul once a week rasa cam windu dan eager giles nak dialog progress work dan results.

Tak sabornya nak habissss.....nak balik; nak joli; nak makan sate, nasi dagang, McD, ayam goleks, char keu tiow, somtam, mee celup bla2h; dan nak enjois!!!

Thursday, February 10, 2011

Wasilah Jodoh dan Rahsia di Sebalik Jodoh

Wahhh! Sangat suka dengan tulisan Ustaz Paharol yang ini..sangat mendalam maksudnya, sangat relevan dan sangat menyejukkan hati...:)

Beberapa petikan saya copykan kat sini:


“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,”

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”


Selanjutnya? Bacalah sendiri kat sini....

http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/#more-1292

Monday, February 07, 2011

Ketam is ketambola

Ini ketam besi yang bionic dan tahan banting



Si ketam sudah merasa lega, si ketam akan selesai tanggungjawab insyaAllah dalam 15 purnama lagi, paling lewat pun 18 purnama

Si ketam cuma perlu siapkan, mekup2, calit, top-up2 apa yang sudah selesai, sudah dirancang dan yang berada dalam list terkini sahaja

Si ketam tayah main2 genetik2, DNA, or RNA dan serbamakniko se-species dengannya lagi..yuhu ketam sangat teruja. Tak kesahlah janji ketam selesai tanggungjawab cepat, tepat dan padat

Si ketam bagaimanapun rasa agak kurang aman, sebab habitat baru si ketam yang nyaman dan daboom mungkin terpaksa dilepaskan...ketam mungkin perlu cari sarang baru yang lebih kecil, lebih ekonomi tapi tetap nyaman..Ketam mungkin akan diam solo jerk pasni, ketam nak concentrate kerja jerk tanak terganggu ngan anasir2 remeh lain dah..ketam letih!

Si ketam malas nak pikir banyak2 hal2 sememeh yang lain spt hal2 yang menyangkut fulus dan kebendaan, kemasyarakatan (ketam lebih senang dan bahagia dalam lingkungan obsesi si ketam yaktu ibu ketam, kakak2 ketam, abang2 ketam, adik2 ketam dan kawan2 ketam yang lemah gemalai nun di sana..termasuk ikan2 mas, koi dan DBKL ketam...hahhaha!)..apa kabar mu di sana, sayangggg....nyanyi lagu Kak Ram :)

Si ketam kemudian terpikir...ketam mungkin perlu ketam-soul yang super duper cool, tahan bermain emosi, ketam-soul kena selalu berlulucong, takleh terbawa2 emosi lebih dari ketam, takleh berkira sangat ngan ketam, suka rendek cam ketam, takmo lah ngomel2 kat ketam pokpek2 cam berteh jagung, komen sana komen sini...kalo nak pesan2 kat ketam, kena lemah lembut penuh kasih sayang...panggil yang ke honey ke kat ujung2 tu (hok2!..ehem) sebabbbb..ketam kan suka diam..tak pandai ekspresikan rasa dia dan2 tu jugak...bila diam ketam suka hibernate dalam sarang, hitung2, congak2 dan simpul2 pastu ketam abaikan jerk, malas nak beratkan kepala ketam yang mikro nih..jangan tunggu sampai penyepit menjepit pulak..kan haruuu.

Sib baik ketam bukan tortoise kalo tak asek sembunyi kepala dalam kerang...aummm adekeh ketam-soul yang sanggup? Kalo sanggup sekarang juga masuk daaa..achumm! Tak baik no ba chak-ba chak ajer..penat ketam tau

Si ketam pun kadang2 suka gak lawak2 spontan, tengok emosi ketam arr..kalo emosi dan mood bagus, ketam leh buat orang pecah perut..kalo mood tada bagus, orang boleh naik hantu ngan ketam..buahahaha..

Dulu2 ketam suka kenakan ketam2 dan ikan2 lain...kat belakang ketam gelak macam penyamun bahak-bahak....huh rupanya dah lama ketam tak nakal gitu..hummm mungkin ketam depresi jerk kot beberapa purnama ni? Halah..dulu ketam lagi tensi hapa? skang ketam jauh lebih nyaman..walaupun kadang2 ketam diserang vertigo...uuummm

Moral:

Ketam is ketambola...tapi ketam tak jalan menyipi, tetap lurus...sekali sekala ketam berhenti dan paling belakang, ketam cari rentak yang lebih cool dan dewasa

ketam is cancer and ketam was born in the year of snake

Wednesday, February 02, 2011

Ooo--Yeah!!

Se-mug kopi --------> mata bulat makin bulat ----------> 3 journal + 1 thesis = khatam. Hulalah.. go get 'em tiger!!

Tuesday, February 01, 2011

Hijabkan status demi kebaikan diri?

Sejak zaman berganti dari lembar kertas bersampul belang2 tepi ke lembar maya bagai2 eksesori widget....

Sejak musim bertukar dari buku diari kulit tebal ke laman blog di hujung jari, merentas sempadan masa, dunia dan privasi...

Sejak hari2 berubah dari telefon tin kopi ke land line ke alcatel sebesar tapak tangan.....hingga akhirnya ke twitter, BBM, fb dan segala macam lagi...

Fuh! Sebenarnya aku kat sini nak cakap nih...bahawa, sejak segala ni muncul di samping banyak kelebihan yang aku dan kamu2 semua nikmati..ada juga keburukan2 yang aku mungkin kamu2 semua alami..Betul tak?

Dari semua ni lah segala status aku (heeppp! bukan 100% ye), dari segala hijab yang terbuka antara sengaja dan tak sengaja nilah banyak juga kesusahan dan kepelikan yang telah aku hadapi. Antara nak akui ke tidak..banyak individu telah salah faham aktiviti aku (boss kata aku asek berjoli holiday sana-sini), kawan kata aku mengutuk mengata, calon kawan menyiasat background dan termasuklah ex yang masih follow...errmmm.

Kalau dengan membaca ini semua dapat membuatkan kalian mengenal aku lebih dalam, yang sebenar2nya aku, prinsip aku, idea aku, kecenderungan aku terhadap sesuatu isu atau perkara...heemmm aku sukalah kalau maksud itu tercapai.. Tapi hidup aku jadi huru hara, jiwa kacau emosi terganggu bila kesemua itu mengundang prasangka, penilaian negative atau kebencian individu sebab tak sama prinsip, salah faham aktiviti etc.

Hummm...aku pun tatau nak buat apa skang? Aku pun takmo kehilangan segala networking yang terbina..sebab aku senang bila dapat kawan baik, kawan baru, kawan semasa or kawan2 lama masih mengikuti perkembangan aku..huhu, tapi tak aci cos aku seniri tak tau perkembangan korang..haish!

Ahh ya! aku pun nak mencelah ucap tahniah ke mek belenh sebab impian dia nak kerja gomen dah tercapai, fairy tales dia pun mungkin akan tercapai, semoga terus berjaya dan mandiri, taklah gayut2 kat aku lagi muahaha...kamu sudah dewasa dan semakin dewasa..best of luck!! Aku tumpang gumbira :))