Ketik

Sunday, October 31, 2010

Romantis kah?

Ehe he..tengok kat tajuk macam keren kan...

Penat ah asyik tulis menda serius dan falsafah2 selalu...er falsafah erk? bukan falsampah :P

Mood hari ni nak tulis pasal R.O.M.A.N.T.I.S

Definisi romatis berbeza mengikut orang, jantina atau latar belakang seseorang (pandangan dr orang yang belum kawen jer nih :)..

Ada orang kata romantis:

Bila kita selalu bertempek2, manja manju, merengek2 kat pasangan ..panggil ayang, laling, darling, musyuk2 aaa haaa...I liokkee it..

Ada pulak yang mendefinisi kan romantis tu dengan berpergi-pergian ke tempat2 yang juga romantis..eerr romantis nak kena ada tempat khusus ya? agaknya lah kan...sekali sekala nak re-charge kasih sayang..boleh lah!

Ada juga yang kata," Biarlah..tak mengapa tak romantis pun...psstt! tapi kat atas katil saya pasti romantis!"...UUppss! Ini sudah ke lain..aaarrrr...apa yang ada dalam minda tu saya tau nih..wahai abang2, kekanda2 dan musyuk2 di luar sana, jangan sempitkan romantis pada perkara yang itu sahaja laahh..tak aci tul..

Haaa..ni saya suka..bila ada para suami yang sudi menolong membuat kerja rumah seperti tolong basuh baju, tolong sidai kain, tolong buat susu anak, tolong masak juga...hi hi..ini definisi romantis yang paling saya suka..aaacaakk! dan jangan lupa pegang tangan waktu jalan ya..

Kalau bagi perempuan atau isteri pulak bagaimana? uuurrrmmmm..eceh panjang umm tu kan? Tak tau lah yer, apa yang lelaki nak spy dapat dicap sebagai pasangan romantis..ppssst! tolong lah kasi tau saya boleh? Musyuk2 suka apa? dipicit2 belakang kah? disuap2 eskreem kah? Oooo..silalah bagi petua persediaan berumah tangga untuk orang2 yang takder pacar dan belum kawen macam saya nih..:P

Cau cin cau...

Saturday, October 30, 2010

The Memoirs of Mc Cheq...full version

Atas komen Kak Gem, entry ini ditranslate...konon cuma untuk koleksi peribadi dan tak ingin orang merasa jengkel, pada awalnya saya menulis dalam loghat Kelantan..pssstt! akak kena baca sampai habis tau...penat saya tulis dan translate nih..hehe

Ini bukan cerpen, Ini adalah sebuah kisah….Edisi yang di perkemas dari karya asal bertajuk “Ibu Mithali” yang ditulis 19 tahun yang lalu.

Tersebutlah sebuah kisah..Arakian di sebuah kampung terdapat lapan adik beradik yatim kematian bapa. Dalam keluarga yang telah kehilangan kepala rumahtangga tersebut, ada seorang anak perempuan digelar Mc Cheq. Anak kecil ini “sterile” orangnya ala2 dalam drama The Monk, asal pegang apa saja objek akan segera membasuh tangannya. Tidak boleh “kotor” barang sedetik. Mewarisi sifat moyangnya yang bernama Mek Kechek. Anak perempuan ini bermata bulat bundar, berkulit agak cerah, susuknya agak kurus (red. Dulu), berambut panjang lurus mengurai dan sentiasa diikat tocang.

Anak ini sifatnya agak matang lebih awal dari usianya. Dia tidak gemar bercampur gaul dengan anak2 lain yang bermain melompat sana sini. Sifatnya pendiam dan jalannya sentiasa menunduk memandang kaki (red.dulu). Kegemaran anak ini mengelek buku ke sana ke mari. Sambil berbuai, sambil menolong ibu berkebun ubi, jagung atau tebu. Pulang dari sekolah setelah makan dan solat, dia menyarung T-shirt dan berkain batek sarung serta bertudung lalu berjalan ke rumah guru mengaji Quran, bernama Wan. Selain itu, anak ini kegemarannya mengayuh basikal dan menyanyi dengan suara yang kuat sambil melepaskan tangan dari “handle”. Kadang2 suka berseluar pendek atau ber-skirt tanpa baju.

Apabila berumur 7 tahun, anak ini pun mula bersekolah. Hari pertama dihantar abahnya. Malam pertama persekolahan diajar abahnya mengenal abjad dan huruf. Perhatian berbaur kasih dari abah yang pertama dan terakhir buatnya. Abah mereka berkerja kontrak pembinaan di luar negara dan pulang setahun cuma beberapa kali. Hidup mereka jauh dari kemesraan dan perhatian sang abah. Minggu2 pertama bersekolah sangat indah. Dapat berjumpa dan mengenali ramai kawan baru. Kawan pertamanya bernama Khalifah. Walaupun tidak pernah belajar di tadika, anak ini cepat dan pintar mengeja. Sesiapa yang berjaya mengeja objek dalam gambar yang ditunjukkan guru,dibenarkan rehat lebih awal. Waktu rehat sudah hampir separuh, bahkan anak ini sampai sudah tidak mengangkat tangan, gara2 malu. Puas kakaknya yang menunggu di luar kelas berbisik C.H.I.L.I. sambil muka berubah berang.

Apabila anak ini di dalam darjah 2 berusia 8 tahun, abahnya meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tinggallah sang ibu muda 40 tahun bersama anak2nya yang seramai 8 orang. Yang sulong berumur 17 tahun dan yang bongsu baru berusia 2 bulan, belum pandai merangkak. Ibu yang sebelum ini suri rumah sepenuh masa, mula keluar berkerja membanting tulang. Menanam padi sebidang, menoreh getah kebun orang. Badannya setiap hari dibaluti “seragam” menoreh yang busuk bertampal getah tebal merata. Masuk hutan keluar hutan mencari seberkas mengkuang. Menjunjungnya di kepala, mukanya merah padam dan peluh membasahi seluruh badan, menggeletar kepenatan. Lencun baju dan seluar kusamnya.

Ibunya memproses sendiri daun2 mengkuang lalu dianyam menjadi berbidang2 tikar. Si ibu akan mengayam hingga jauh pagi. Bersengkang mata demi sesuap nasi untuk anak2. Tikar dijual RM70–RM80 sebidang. Dengan duit sebanyak itu, sangat bermakna buat mereka sekeluarga. Terasa sangat mewah. Hasil dari jualan tikar atau menoreh, ibu mereka akan membeli sekotak biskut tawar kecil cap ping pong yang keras, ikan kering selar kuning setengah kilo, serta beras ½ kati untuk mengalas perut sekeluarga.

Anak perempuan tadi begitu rajin dan tekun belajar. Bersekolah sesi petang memberi kelebihan padanya. Pagi2 dia akan menyusul ibunya ke kebun getah orang sejauh kira2 4 km. Meninggalkan adik2 yang masih nyenyak tidur. Hari masih samar2 seawal 6 pagi, dia seorang diri menyusuri denai hutan rumbia, melintasi sungai melalui jambatan kayu nan sebatang. Pandang belakang, pandang kiri dan kanan...gelap. Cuma bayang2 pokok besar yang kelihatan, seperti lembaga hitam yang besar dan menakutkan. Rerumput yang dipijak masih basah. Dari kejauhan ternampak sebuah bangsal sekeluarga yang mengerjakan tanaman tembakau. Perasaannya lega dan keberanian mula menyusup perlahan-lahan. “Oh, ada orang”..bisik anak berusia 9 tahun itu sendirian.

Setiba di kebun getah yang seluas 4 ha yang dikerjakan ibu bersama ibu saudaranya, dia akan memanggil2 ibunya yang terlindung di celah2 pokok getah sebesar lebih dari dua pemeluknya. Panggilan bersahut dan dia berlari mendapatkan sang ibu. Sambil mengekori ibu menoreh dari pohon ke pohon dia bernyanyi riang lagu kegemarannya “Oh mama, aku mau kawen”. Lagu Raja Ema. Suaranya dijerit sekuat hati membelah pagi yang damai. Kerbau2 Jabatan Haiwan yang hitam, besar lagi garang dengan tanduk keweh di ladang berhampiran masing2 tegak kepalanya, terkejut.

Hari makin cerah dan matahari mula menampakkan sinarnya. Menunggu hingga ke jam kira2 11 pagi, berbekalkan sebuah baldi besi dia membantu ibunya mengutip susu dari pokok ke pokok. Habis mengutip dia berlari pulang bersiap untuk ke sekolah serta memasak nasi dengan dapur kayu untuk adik2. Sebentar lagi jam 1 tengahari ibu akan pulang. Ibu juga tentu kepenatan dan lapar. Tepat jam 12 dia menyusun langkah ke sekolah yang sejauh kira2 5 km. Duit bekalnya setiap hari sebanyak 20 sen, kalau hari hujan ibu tidak menoreh. Ibu akan sediakan sarapan pulut atau ubi kayu rebus bersama kelapa muda parut dan ikan masin. Sarapan bersama minuman kegemaran ibu, kopi hitam pekat yang manis.

Kadang2 pulang sekolah terpaksa mengatur langkah 5 km setiap hari membuatkan anak2 ini termengah2 keletihan. Kaki yang tidak mampu melangkah cuma diseret. Air mata kadang2 tumpah juga. Sambil memetik buah2 dari semak2 yang tumbuh meliar di kiri kanan jalan tanah merah, mereka merehatkan kaki barang sebentar. Hinggalah si ibu mengumpul duit dan membelikan dua buah basikal untuk mereka. Basikal terpakai orang2 kampung. BMX berwarna kuning berharga RM40 sangat “sporty” dan cantik. Mereka berkongsi jadikan kenderaan ke sekolah setiap hari.

Di sekolah anak ini agak aktif. Menyertai pasukan pengakap dan menjadi ketua petrol dan ketua pengawas perpustakaan. Menjadi ahli pengakap, guru mewajibkan setiap pelajar memiliki buku log berkulit tebal. Bersama adik yang menjadi penolong ketua petrol, anak ini akan hanya berdiam diri. Suatu hari, pasukan pengakap mengadakan perkhemahan sehari semalam di padang sekolah. Dua beradik tidak menyertai dan hanya berdiam diri apabila teman2 yang lain riang gembira untuk berkhemah dan mengikuti pesta unggun api pada malamnya. Yuran RM5 tidak mampu mereka sediakan. Buku log berharga RM2 juga tidak mampu mereka miliki. Kadang2 guru menganjurkan lawatan sambil belajar. Apabila guru mengambil nama, anak ini akan sentiasa berdiam diri, sehingga dipaksa untuk menyertai. Yuran RM4 tidak mampu dihulurnya tetapi dia tidak pernah menyatakan hal tersebut pada guru.

Pulang dari sekolah, bercerita pada ibu. Ibunya hanya diam tanpa kata. Anak ini tahu ibunya tidak punya duit untuk hal2 yang bukan keperluan. Keperluan utama mereka sekeluarga adalah makan, yuran sekolah dan simpanan duit untuk membeli buku2. Pendapatan penoreh di waktu itu tidak seberapa. Setiap jualan hasil cuma sekitar RM400 dibahagi dua dengan tuan kebun, kemudian dibahagi dua lagi dengan ibu saudara mereka. Bil elektrik juga perlu dibayar, walaupun tiada peralatan elektrik asas seperti TV, peti dan lain2 nya. Yang ada cuma bekalan elektrik untuk menerangi malam mereka. Kasihan melihat anak yang pintar tetapi tidak pernah menyertai banyak aktiviti di sekolah, lantas ibunya mengizinkan. Dibekalkan si anak beehon goreng dan beberapa biji telur rebus. Si anak mahu ke zoo, melawat kilang “sawmill” dan melihat air terjun Lata Rek. *Tinggalan kilang sawmill yang sudah tidak beroperasi di selekoh jalan ke Kuala Krai itu masih kelihatan hingga sekarang

Belajar malam2 anak ini hanya berbekalkan nyalaan pelita minyak tanah. Suatu malam, dia tertidur tanpa memadamkan api pelita. Tanpa disedari pelita terbalik lalu membakar sebuah bantal dan sebahagian bukunya. Mereka bernasib baik kerana peristiwa disedari sebelum terbakarnya sebuah rumah. Ke sekolah esoknya, anak tersebut ditanyai gurunya. “Kenapa buku kamu ni?”. “Semalam saya membaca dengan pelita cikgu”. Jawab anak tersebut diiringi gelak kecil rakan2 sekelas dan guru berkenaan terus terdiam. Barangkali guru bahasa Inggeris berbangsa cina itu merasa kagum atau apa, tidaklah diketahui.

Anak ini kadang2 merasa malu dengan rakan2 sekolahnya kerana hari sukan tidak dapat memakai seluar “trek” serta baju pasukan berwarna hijau. Setiap bulan guru menjual susu kocak di kelas, anak ini tidak pernah membelinya. Harga susu sekotak 30 sen, bekalannya ke sekolah cuma 20 sen sehari. Dia cuma menundukkan kepala setiap kali nama2 yang membeli dipanggil ke depan kelas mengambil susu pesanan mereka. Ada yang membeli 3 kotak, 6, bahkan sedozen. Apabila rakan2 lain enak menyedut susu, dia cuma akan menyibukkan diri dengan buku2.

Di hadapan rumah mereka ada beberapa pokok mangga. Tiba musim mangga anak ini dan adik2 akan menjual mangga kepada rakan2 di kelas. Harganya mengikut saiz, yang sedan 20 sen sebiji, yang agak besar 30 sen (paling mahal). Musim itek bertelur mereka akan bangun pagi2 berebutkan telur di reban berdekatan air takungan kumbahan. Telur akan dijual kepada jiran2 dengan harga RM1 untuk tiga biji. Dapat duit lebih untuk belanja sekolah, alang kepalang gembiranya. Baju sekolah anak ini dan adik2 kadang2 koyak dan ditampal sendiri dengan jahitan tangan. Kadang2 bila ibu mereka punya masa, ibu akan tampalkan. Kasut sekolah juga koyak sana sini, bocor tumit. Apabila hari hujan, air akan masuk dan membasahi stoking bergetah longgar yang diikat menggunakan gelang getah. Stoking selalu melurut jatuh hingga ke buku lali. Kasut hanya berganti apabila telah rosak teruk. Pakaian seragam sekolah mereka, baju kurung putih sudah tidak putih lagi dan bertukar kekuningan. Di bahagian ketiak mengeras dan berbau hamis. Pakaian seragam juga sama, hanya berganti apabila tidak lagi muat dipakai lalu diperturunkan kepada adik2.

Musim banjir, jalan kampung bertanah merah berbatu kerikil dan berdebu merah akan bertukar becak dan lecah. Lompang2 kecil besar merata dan digenangi air. Kalau bernasib baik anak2 tersebut akan menunggu jentolak sawah Che Draman yang keluar berkerja setiap pagi. Mereka bersama beberapa kawan sekampung akan duduk bertenggek di atas pelapik tayar, menyelit di belakang pemandu, di atas enjin bahagian hadapan bahkan di dalam penyodok saiz gega di bahagian belakang jentolak. Tiba di sekolah pakaian terpalit selut merah sana sini.

Mc Cheq suka menyanyi dan si sekolah dia dilantik menyertai pasukan genderam (pancaragam sekolah). Pertandingan di Majlis Sukan Sekolah2 Kebangsaan akan berlangsung dalam masa seminggu. Setiap ahli perempuan diberi seragam putih dan kain biru corak petak2 bersama tudung hitam bersulam manik dan labuci. Lip lap-lip lap bergermerlapan indah. Para ahli juga diwajibkan memakai kasut kulit hitam. Tidak mampu untuk membeli kasut yang berharga belasan ringgit, si anak selongkar guni2 serta kotak2 buruk yang berlambak di bawah rumah. Dengan harapan akan menemui kasut2 kakak yang tidak dipakai lagi. Tiba2 dia ternampak sepasang kasut yang sangat comel bentuknya, berwarna hitam, padan dengan kakinya. Dibelek2 kasut tersebut dan bibir munggilnya mengukit senyum. Dahinya berkerut tiba2. Kasut itu tertanggal 90% tumitnya dan tidak boleh dipakai lagi. Sejenak dia tersenyum kembali dan berlari ke atas rumah. Dicarinya jarum dan benang hitam. Kasut dijahit rapi dan kemas dengan beberapa lapisan jahitan, supaya tidak tertanggal dan yang paling penting jahitannya mesti sangat halus supaya tiada sesiapa dapat melihatnya dengan sekali imbas. Dia kemudian mencapai penggilat kasut jenama kiwi kepunyaan abang lalu disapu pada kasut yang comel. Digilapnya sampai berkilat dan nampak seperti baru. Dia membelek-belek kasut beberapa kali dan tersenyum puas. Kemudian diletakkan atas pangkin dengan elok. Bimbang berhabut, hilang kilatnya.

Tiba hari yang dinanti, meraka berkumpul di sekolah dan disolek guru perempuan. Ahli lelaki juga turut digincu bibir mereka supaya tidak nampak pucat kata Cikgu Jamilah, guru muzik sekolah. Tiba gilirannya, dia disolek oleh Cikgu Nik Sabariah. “Bibir awak kering dan merekah” tiba2 Cikgu Nik Sabariah bersuara. Simptom tidak cukup vitamin dan zat. Kesan pengambilan gizi yang tidak sempurna. Anak itu hanya mendiamkan diri. Siap disolek dan ditata rapi oleh guru2 perempuan, Cikgu Amir pun muncul. “Kereta dah siap” beritahu Cikgu Amir. Mereka kemudian bertolak ke Sekolah Keb. Tendong di jajahan sama. Bertanding antara zon A dan zon B. Malangnya kerana seragam mereka kurang menonjol mereka cuma mampu meraih tempat ke-2. Pasukan lawan mentertawakan seragam mereka. “Macam baju misi” kata mereka. Kalau dibanding dengan seragam mereka yang berwarna merah pekat dengan vest dan tie memang umpama perbezaan antara dua darjat. Seminggu kemudian guru menjual foto kumpulan. Harganya 60 sen sekeping, tak mampu untuk dimiliki anak itu. Dia hanya mampu melihat kelibatnya dalam foto yang dibeli rakan.

Kecemerlangannya dalam peperiksaan UPSR dengan 5A, melayakkannya bersekolah di sekolah menengah terbaik di bandar Pasir Mas. Dia suka mengarang dan karangan Bahasa Melayunya sering menjadi contoh dan sering dibaca di depan kelas oleh guru dan rakan2. Dari UPSR hinggalah peringkat SPM. Anak ini sangat suka membaca karya2 Awang Sarian, Usman Awang, Ahadiat Akashah dan Othman Kelantan. Panglima Salleh Selempang Merah, Budak Setan dan Bujang antara buku2 kegemarannya.

Bersekolah peringkat menengah di bandar, ibu membekalkannya duit belanja RM2 sehari. RM1 untuk makan dan lebihnya kos kereta penambang. Kalau ada rezeki lebih ibunya akan memberikan duit untuk membeli pas bulanan bas RM30. Keadaan hidup mereka mula bertambah baik. Kak long di universiti sering menghantar duit setiap bulan. Separuhnya membayar hutang kepada tuan kebun getah. Hutang untuk membolehkan kak longnya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Di sekolah menengah dia berada dalam kelas khas perdagangan bersama2 para pelajar saluran terus di kelas terpandai.

Dalam tingkatan 2, si anak dipanggil temuduga biasiswa kecil persekutuan. Kerana sangat bimbang dan gemuruh, telapak tangannya pucat lesi dihiris tidak berdarah. Alhamdulillah, berkat rezeki dikurniakan Allah, dia dianugerahkan biasiswa bernilai RM25 per bulan. Dia merasa sangat bersyukur kerana tidak lagi membebankan ibu untuk belanja sekolah, seragam dan buku2. Tiga bulan sekali duit biasiswanya dikeluarkan sebanyak RM30-RM50 untuk tujuan membeli buku dan soalan2 skor peperiksaan. Tanpa menghiraukan sindiran rakan2 yang tidak pernah menggunakan duit biasiswa mereka, yang disimpan rapi tidak berusik.

Asal beban si ibu dapat dikurangkan, dia sudah merasa sangat bahagia. Setiap bulan sang ibu akan ke bandar. Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil duit bantuan anak2 yatim sebanyak RM100. Ibu memakai kain batek sarung, berbaju kurung dan selendang bunga2 kecil. Pakaian ibu yang paling anggun. Selepas mengambil duit bantuan, ibu akan pulang dengan dua paket mee kuning, sekilo ikan mata besar dan 2 kilo ikan kering. Ibu membeli sepaket 6 bungkus indomee mee goreng. Ibu rebus dan tos, tambah perencah dan mereka makan bersama2 dengan gembira. Sangat bahagia perasaan mereka. Sangat sedap, tak pernah mereka rasa sebelum ini. Ikan sekilo ibu rebus sampai kering airnya supaya tahan lama dan dapat dimakan selama berhari-hari. Sangat sedap ikan itu apabila digoreng. Minyak gorengan ikan sangat disukai anak ini untuk dijadikan kuah bersama nasi. Lebih sedap lagi kalau gorengan ikan ditambah cili api dan bawang putih yang telah ditumbuk halus dengan lesung batu.

Keputusan SPM tingal beberapa minggu. Hampir setiap malam dia mimpikan keputusan. Hari yang dinanti akhirnya tiba jua. Alhamdulillah dia mendapat keputusan cemerlang dan layak melanjutkan pengajian dalam bidang sains di universiti. Kerana sangat minat dengan biologi dan bercita-cita menjadi seorang doktor kelak (red. tak tercapai), Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi pilihannya. Dia akhirnya diterima mengikuti matrikulasi di Kota Bharu. “Apa kelas, universiti kat Kota Bharu”, sindir orang kampung. Selepas setahun di matrikulasi, dia terpaksa berjauhan dengan ibu dan adik2. Kali pertama dia keluar dari kampung halaman. Berhijrah ke bandar besar menimba ilmu mencapai cita2 mengubah nasib keluarga dengan berbekalkan duit jualan kereta kesayangan abangnya. “Dah tak ada jalan lain” kata abang yang cuma berkerja kilang sambil tersenyum. Duit pinjaman pengajian berjumlah sekitar RM3000 setiap semester dikirimkan sebahagiannya ke kampung untuk membantu adik2 yang masih kecil dan bersekolah.

Selepas tiga tahun bertungkus lumus di universiti, sekeping ijazah kini digengaman. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep.) Genetik Molekul. Berbekalkan sekeping ijazah itu dia mencuba nasib berkerja di universiti sama. Rezeki menyebelahinya apabila dia berjaya mendapatkan pekerjaan bergaji RM35 per hari. Si anak akan berkerja di Kuala Lumpur, memaksa sang ibu mengadaikan rantai emas kesayangan. Satu2nya rantai emas kepunyaan ibu. RM600 menjadi bekalan memulakan hidup baru di kota metropolitan. Tiba hari berangkat, si ibu sempat menghulurkan duit RM5. “Ini saja duit yang ibu ada”..katanya dengan mata yang berbinar dan wajah serba tak kena. Tak sampai hati, anak itu menolak. Tetapi si ibu tetap mahukan anaknya menerima RM5 pemberiannya.

Sepanjang perjalanan malam dengan menaiki keretapi Wau Express dia cuma termenung sendiri. Di telinganya tergiang-giang kata2 ibu sewaktu kecilnya. “Kita ini umpama dedaun kering, berterbangan ditiup angin, singgah di mana saja ia jatuh, tersepak lalu melata lagi”... “Kita juga tidak punya saudara mara yang sudi membantu”. Air matanya menitis teringatkan sang ibu, dengan jerih perihnya membanting tulang empat kerat menyara anak yang seramai lapan orang. Tanpa suami, tanpa bantuan sesiapa melainkan bantuan RM100 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Gaji pertama, si anak menebus kembali rantai emas ibu. Setiap bulan akan dikirimnya antara RM300-RM400 untuk ibu dan adik2 di kampung. Dengan gaji itu juga dia terus bangkit dan mara mengejar sebuah erti kesinambungan hidup dan membalas nilai pengorbanan seorang ibu. Sambil berkerja dia mendaftar sebagai pelajar sarjana. Berkat ketabahan dan doa yang tidak putus ke hadrat Ilahi dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang singkat. 16 tahun berlalu… si anak sudah pun mendapat pekerjaan yang bagus di salah sebuah institusi berprestig negara. Berbekalkan Ijazah Sarjana Sains dari university sama dia dilamar jawatan pegawai bergaji lumayan.

Menyenangkan hidup ibu dan membahagiakan hati sang ibu menjadi matlamatnya. Sang Ibu sudah berhenti kerja. Ibu pencen macam orang kerja makan gaji. Di usia 56 sang ibu berhenti kerja sepenuhnya. Anak2 sudah besar dan sudah berkerja. Rumah yang robek dan tak pernah siap setelah kematian abah mereka dulu mula disiapkan sedikit demi sedikit. Mereka sekeluarga kini digelar OKB.

Si anak mula memanjakan ibunya dengan apa saja. Hadiah pertama membawa ibunya menaiki kapal terbang buat pertama kali. Menemani sang ibu melihat anak dan cucu2nya yang jauh di Kota Kinabalu. Yang cuma berjumpa beberapa kali dalam berbelas2 tahun. Setiap bulan dilaburkan sejumlah duit ke akaun Tabung Haji sang ibu. Untuk melihat ibu mencapai cita2nya menjejakkan kaki ke Mekah. Kalau dulu duit Tabung Haji ibu sering menjadi mangsa dikeluarkan ibu untuk membantu anak2 kini anak2 sepanjang masa menambah simpanan ibu. Akhirnya impian sang ibu tercapai. Menjejakkan kaki di tanah haram.

Ibu yang dulunya sering menangis bertemankan air mata kini sentiasa tersenyum manis. Kemahuan ibu sedaya upaya dipenuhi. Ibu mau makan apa saja si anak berusaha menyediakannya. Asal sebut Pizza Hut, McDonald, KFC, Old Town Coffee, The Chicken Rice Shop, Johnny’s, Nando’s, Warong Penyet, Kenny Rogers apa saja. Ibu pandai makan steak, pandai makan chicken chop. Ibu jalan2 window shopping atau shopping ke IKEA, the Curve, OU, KLCC, Sogo. Dulu ibu bimbit beg sampai senget bahu daki tangga keretapi, kini si ibu melenggang daki tangga kapal terbang. Sang ibu pandai banding mana hebat antara Emirate, Mas, Air Asia dan Firefly. Tetapi si ibu tidak pernah berbangga2 dengan tetangga. Ibu cuma berbahagia diam2. Dulu kopi hitam pekat dan manis jadi kegemaran, sekarang Old Town White Coffee hazelnut jadi santapan harian. Dan InsyaAllah ibu mau ke Mekah sekali lagi. Si anak juga sudah mencapai impiannya untuk belajar ke luar Negara…. :)

“Kejerihan mengenalkan kita erti tabah, kekurangan mengenalkan kita maksud khudrat, kemiskinan mengenalkan kita makna anugerah…Harus kuat dan tabah seperti waktu2 dulu…”

Karya ini didedikasi kepada ibu, Hajah Yam Binti Haji Awang. Semoga ia menjadi teladan dan pedoman kepada generasi penyambung wasilah keluarga..

Thursday, October 28, 2010

The Memoirs of Mc Cheq...Part 1

Tersebutlah ..Ambo nok bertiteh cagho sebuoh kesoh lape beradik anok yatim mati pok. Ado seoghe anok tino digelar Mc Cheq. Jame kecik basuh beghok basoh batek sarong selai, mewaghih sipat moye nyo bernama mek check, cermat pembersih tange tok leh cemar semetar. Anok tino ni berdahi luah bermata lolong. Kulit putih ceghoh, tubuhe nipih jah, ghambot panje lughuh ikat toce semace.

Anok tino ni sipat dio mate dulu dari omor. Bek tu dio tok suko capor gaul budok2 melopat huhahuha. Sipatnyo pendie jale tunduk semace. Beghehi kilek book ke sano ke maghi, bele2 berendo bele2 tulung ma ke’bon. Pete2 kelik skoloh paka tisot sauk batek sarong, dakak Quran da’do ngaji nge Wan tok ghuru. Naik sikal suko nyanyi deghah2 bele2 ne’pah. Paka suar pendek tok paka baju.

Naik darjoh satu abah atar aghi pertamo. Belajar ngejo ceghat pado oghe. Padahal tok masok skoloh tadika. Buleh ngejo baghu buleh rehat, puah kak bi’sik kot nelo tulong ejo “CHILI”. Nok ghoyatnyo malu peghat sapa sudoh tok akat tange. Naik darjoh dua abahnya meninggal dunio. Tinggallah ma janda mudo 40 taun beranok lape. Ma mulo khijo membanting tule. Na’ne padi sebide motong getoh oghe. Baju bushuk getoh te’pek. Caghi kue’ junjung kue’ masuk ute tubik ute jitong muko meghoh meghe po ude keno pange. Buat tikar jual tikar buleh 70 ghiya sebide, se’gho mewoh senghoti. Beli sekut tawar kecik, ike kering anok butir nako setengoh kelo, berah 10 kelo buat make anok beranok.

Anak tino satni ghajin ngaji. Skoloh pete pagi2 tulung ngutip getoh dulu. Kebun oghe 6 kelo jale kaki ghedoh ute sagu, litas ghertok atas sungai dan lalu kubang boyo seram. Darjoh 2 pandai nanok nasi goreng ike dapor kayu wi make adik2 dulu. Gi skoloh 5 kelo jale kaki. Bowok pitih 20 sen saghi, pagi2 sarape pulut ike kering anok butir nako nge kopi ite manih pe’kat. Masuk pengakap anok tino jadi ketuo petrol. Cekgu soh beli book log kulit keghah anok tino dok die. Cekgu mitok 5 ghiya yure camping anok tino tokleh bayar. Cekgu wat lawate sambil belajar anok tino tokser gi cekgu pakso. Cekgu mitok 4 ghiya anok tino ke’rah tokser ikut serto. Mitok pitih nge ma, ma die jah. Anok tino nge adik2 tau ma tok leh bui. Duit bercatu jual getoh cukup bule ma ko’si nge mek. Bo motong getoh jame dulu, sekali jual buleh 80 ghiya. Siye tengok ko anok tino keno pakso gi lawate, ma pun bui pitih 4 ghiya. Pagi-pagi ma goreng behoon so taperwer dan bekal 5 butir telor ghebus.

Anok tino malu ko saing2 aghi suke tok leh beli seluar trek baju kalar hijau. Cekgu jual susu anok tino tok ghajin beli. Susu 30 sen sekotok, bekal anok tino 20 sen jah saghi. Puye pauh jual pauh ko saing2 kat skoloh, puye telor itek jual telor itek ko moksu Timoh. Bangun pagi2 berebut kutip telor itek dale gok tepi char. Buleh bowok pitih lebih. Gi skoloh anok tino nge adik2 paka baju caghik tapong jahit tange. Kasut skoloh caghik sano sini tembuh patak masuk air uje basoh stoking longgar getoh melughut sapa ko keting. Baju kurong kalar putih ja’di kuning kelabu asap. Bowoh ketiok kuning keghah busyuk ban’ga. Tiga-pat taun baghu buleh tukar sekali. Mewaghih baju kakok hok tok pade lagi. Puye banjir nok gi skoloh payoh. Kade2 anok tino nge adik2 tupe keto gha’lo che Drame. Pakat duduk berceratuk atas tayar sebesar keto kancil. Nyelik belake drebar tung’ghe atas enjin depe dok pun dale nyodok belake. Sapa skoloh baju putih te’pek selut meghoh.


Bersambung........

Cuba korang translate pakai google translate apa hasilnya? hahaha...kejap aku pun nak cuba gak...

Wednesday, October 27, 2010

Tsunami badai melanda Indonesia, tsunami akhlak melanda Malaysia

Pagi ni masuk opis, baca 3 berita utama di The Star online tentang tsunami berskala ritcher 7.7 di Sumatera Barat. 113 orang dilaporkan kehilangan nyawa setakat ini, mungkin lebih lagi yang belum diupdate. 167 masih hilang dan 80% rumah ranap. Kemudian gunung Merapi volcano teraktif juga turut meletus dan mencederakan 20 orang dengan abu panas.

Sebaliknya di celah2 kehidupan lain di suatu sudut yang amat dekat antara satu sama lain muncul pula berita ini:

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/mengapa-industri-nafsu-ingin-diperluas.html#more

Penulisnya berbangsa China, dihujah seorang blogger ustaz. Dalam kita mengeluh panjang dan terkesima membaca statistik yang ditulis ada juga yang menafikan. Yang baik kita ambil sebagai pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan.

"Bila ada di antara kamu yang mengajak ke arah keburukan, dan jika kamu tidak mampu menegahnya dengan tindakan maka tegahlah dengan hati lalu berpalinglah dari mereka"

Tuesday, October 26, 2010

Nasihat Mama

"Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That that you so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah you’ll find your way..."


pesan mama saya: "Never turns back...Ma is always pray and make du'a for your happiness.. everynight"

Have you ever experienced bed bugs?


Bed bug is a small insect you most commonly see in the houses.
It lives on the beds because they lie on human blood
are active at night.
belongs to the family known as Cimicidae
It bite causes a skin condition known as Cimicosis.
It piercing the skin of the host with its hollow feeding tubes, sucks blood through one tube and injects saliva through the other tube.
it can cause skin infections and also spread diseases from one person to another.
Female can produce enough eggs to develop offsprings.


Wondering how they have invaded your home?


The main reason is through travel.

They are found in furniture’s and beds in theaters, hotels etc

They can be bring through clothes or luggage.


Effective treatment.

1. High temperature!


The most effective treatment is to put the mattress in the hot sun at least once a week and wash all your bed sheets, pillow covers and clothes in warm water.

If your furniture is infected with these bugs, remove all the cushions and put it in hot water. Similarly wash you rugs and comforters in hot water and vacuum your furniture.

2. Spray pesticides.


Use fruit and vegetable insecticide which is made from a mixture of canola oil and pyrethin which is safe and harmless.

Don’t spray pesticides directly on the bed or furniture where it comes to contact with your children.

Certain organic and bio-pesticides are also available in the market, which you can use according to instructions.

Avoid pesticides for cockroaches and ants and use only pesticides meant to kill bed bugs.

Be cautious about using chemicals because you or children can develop allergies or other reactions.

The most important factor is to keep your house clean with regular checking for bed bugs, before they live in your house and multiplies.
note:
We experienced it before at KD

Monday, October 25, 2010

Rasa Pink

"Mereka berlari meredah hujan, dia menghantar dengan senyuman, kerdipan matanya meruntun sayang dan gengaman tangan rapat bertaut"

"Dia rupanya merindui seseorang dan hatinya menjadi sayu pilu milu...matanya pula mula bergenang.. dia pun berbisik dalam melodi damai, semoga kita tetap berbahagia"


hee...ada macam sinopsis citer korea tak (eh lama tak tengok citer korea)....ngee...

moral:

Sukati kawe, kawe nak kata gapo pom....boleh giteww? dan tak smestnya kawe DAP...

Sunday, October 24, 2010

Internet juga banyak bagusnya.....

Semalam nak try tgok ceramah Ustaz Kazim ni,

http://video.google.com/videoplay?docid=-7991307941330613428#docid=-2653048464527386328


sb kawan2 dok promote. Tapi hari ni baru sempat hehe. Sebelum ni selalu terpikir, selepas jer zaman sekolah dan sibuk dengan kehidupan seharian kerja dan sebagainya..kita lama2 jadi jauh dari mendengar atau menghadiri majlis2 agama cenggini. Kalo kat M'sia sedikit sebanyak ada program macamni kat TV9, tapi kalo kat sini? Ha...terima kasih kepada internet dan pakcik Google :)

Ada banyak blog2 ulamak juga yang kita boleh baca dan follow. Contohnya korang cari kat link sebelah kanan tu...tu beberapa saja ustaz Zaharuddin dan Pahrol. Mungkin ada lagi yang bagus2 dan baik2 siapa tahu?

Sudi2lah kiranya share kat sini :)...tapi jangan lah pulak pakai "anon" hiiii... dan kalau tak suka jangan baca keh

Moral:

Teringat Ursula suh aku belajar bahasa Arab (bahasa Al-Quran) :p * sebab dia kagum dgn liuk lentuk tulisan jawi

Saturday, October 23, 2010

Pendapat saya pendapat anda

Tetiba aku rasa nak buat pengumuman....

Maaflah kalau anda tetamu di blog saya ini ada terasa hati dengan penulisan saya yang tak seberapa nih. Mungkin sebilangan penulisan saya nampak macam menuding jari ke orang lain. Tapi kalau anda membaca dengan matahati, di setiap penulisan saya, saya juga menunjukkan ke diri saya sendiri. Saya bermuhasabah diri saya sendiri kerana saya tau saya banyak kekurangan. Saya memerhatikan sekitar saya dan menilai kelemahan diri saya sendiri. Mudah2an saya berjaya membentuk peribadi diri saya sendiri. Saya tidak berniat nak melabelkan peribadi orang baik atau tidak. Masing2 orang ada kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Mudah2an kita boleh saling melengkapi.

Pendapat yang saya post kat blog saya pendapat peribadi saya dan saya tidak pernah sekali kali menobatkan yang saya ni serba sempurna. Itu untuk menjadi panduan dan iktibar kepada diri saya sendiri. Memang kita sebagai manusia biasa, kita tak mampu nak jadi maksum. Kalau anda tidak bersetuju itu hak anda. Saya tidak punya apa2 hak untuk melabel baik buruk orang, kerana saya tau saya pun masih banyak yang perlu diperbaiki.


Wallahuaklam....

Nota:

Terima kasih di atas komen anda

Wanita tercantik Malaysia? dan Islam di OZ

Petang semalam sedang kami bersenang2 di petang Jumaat, melupakan kerja sebentar, kawan aku Sarana (Thai) mintak aku tunjuk siapakah wanita tercantik di Malaysia. Dia ni buat modeling sambilan sebab tu la kot tanya aku soklan cengini.

Aku garu kepala..siapa ya wanita tercantik di Malaysia? Tetiba aku terlintas nama Rozita Che Wan. Korang musti setuju kan kalau dia dinobatkan sbg wanita melayu tercantik abad ini..Ceewah! Time tu aku tak terpikir pulak selebriti2 bertudung macam Norjuma dll. Ni gara2 promosi Beautifulnara agaknya...(peribadi aku kurang suka web gossip ni cos bagi aku ia cuma membuka aib individu (artis), kemudian mengajak orang lain berjemaah untuk mengutuk artis tersebut..fitnah!)

Kalau kita dedahkan yang buruk pasti kita mengundang prasangka buruk, tapi sebaliknya kalau kita dedahkan yang baik kita mengajak ke arah kebaikan..yer tak? Tapi hakikatnya berapa kerat artis kita yang benar2 "baik" untuk dijadikan teladan? Malas nak mengulas banyak sebab bukan bidang kepakaran aku hehe..

Berbalik pada cerita wanita tercantik tadi. Setelah aku tunjukkan gambar Rozita nan jelita dan seksi itu kemudian Sarana memanggil Ursula (Chile) dan Kamani (Sri Langka)_ tujuan aku letak negara mereka tu sb aku nak highlight mereka non-muslim kat sini.

Jerit Sarana "look! She the most beautiful women in Malaysia"

Sambil terkebil2 dan otak blur dengan persoalan yang aku seniri tak tau apa, aku cuma sengih macam kambing jantan gatal.* Korang tau ke camaner rupa kambing jantan gatal? ngeh3x

Kamani pun dengan excited datang jenguk kat monitor aku dan berkata "Is she a Malay"

Aku spontan jawab "Yes! She is Malay"

Kamani "But she didn't cover" (kebetulan gambar yang aku tunjuk itu mmg masuk kategori seksi. * Sapa nak nafi dia seksi meh sini aku nak sekeh..huhuh

Aku pun "Er...ya" Saish!

Kamani "Is she a muslim"

Aku "Er...ya"

Ursula "Does she has to confess to the priest?"

Ursula ni dibabtiskan sebagai Kristian tapi dia tidak mengamalkan agama dia sebab menurut dia, dia tak setuju dgn banyak menda yang tak masuk akal dalam agama dia * kata dia ya bukan kata aku. Dia tak setuju kenapa orang kena confess sin kpd priest sedangkan priest pun manusia biasa yang banyak dosa.

Sarana "not priest.. what do you call he in Islam?"

Aku "Imam or ulamak"

Sarana "So does she has to confess to the imam if she didn't wear hijab?"

Aku "No"

Tak sempat aku nak hujah lebih panjang kemudian Sarana menambah lagi

"Ya, I've a friend who is Islam, she didn't cover too"

Aku "Er..actually it's your choices" (bunyi sangat sekular okey), Well they are an artist (diskriminasi neh :p), they are not like us (semua wanita Melayu Islam di Gatton bertudung)...jawapan yang sangat tak bijak dari aku!

"So can you wear a bikini"? Soal Sarana lagi

Aku "Yes! but in your room...not in public ..hahaha"

Dan kecek2 itu pun habis begitu sahaja sebab waktu pun dah petang dan semua orang nak balik.

Aduyai...kalau nak bahaskan hal aurat dan agama ni mau kena duduk betul2, masa yang tidak terkocoh2 mengejar time balik opis baru lah aku boleh bagi jawapan yang bernas skit.

Seingat aku dulu Jiping (China) pernah tanya aku soklan yang sama bila aku tunjuk gambar Siti kat dia. Macam dejavu aku rasa. Jiping jugak pernah tanya aku, "how do you pray if you can't see the sunsine?" Time tu hari selalu hujan dan selalu tak kelihatan matahari naik waktu subuh!
Itu lah soklan2 yang kita rasa kacang dan selalu tidak menjawab dengan bernas setiap kali diajukan oleh rakan2 non-muslim.

Jiping juga pernah gitau aku, kawan2 muslim dia di China sana pun makan babi. Mereka selalu share bekal ke sekolah. Makanan Jiping yang ada babi turut dimakan mereka. Kawan2 muslimnya juga tidak tutup aurat dan tidak solat. Aku yang terkezut sebab selalu negok dalam dokumentari kat TV tunjuk muslim China sangat alim dan terjaga agama mereka. Kata Jiping itu kalau di kawasan luar bandar.

Huuummm....macamana tu bila muslim sendiri yang tidak mengamalkan islam kemudian dinilai dan dipersoalkan oleh non-muslim. Mereka persoalkan bukan menghina tapi kerana mereka nak tahu, nak paham dan nak mengenali islam.

Dulu ada professor pelawat dari Turkey, dia muslim tapi makan ayam dan daging kat hall yang sah2 tidak disembelih. Dia juga pegang dan belai2 anjing. Ini buat Jiping tanya aku lagi.


Menurut kawan2 arab dan Indo dan juga ada info dari sorang kawan melayu yang mengatakan kita boleh makan ayam atau daging yang tidak disembelih oleh orang islam kalau kat negara tersebut tidak ada sumber daging halal. Tetapi dengan syarat binatang tadi disembelih oleh uhlul kitab. Maksudnya penganut agama2 wahyu dengan kitab injil atau taurat. Tapi alhamdulillah sekarang bekalan daging halal boleh didapati dimana2 saja di Australia ni. Kalau dulu hanya Ismail butcher di Brisbane sekarang telah ada di Meat Barn Toowoomba, IGA Gatton malah di Inala juga (len kali aku cerita tentang Inala).

Pernah suatu waktu dulu, aku selalu mengelak dan berundur apabila anjing manager ladang cuba mendekati aku. Maklum sejak kecil kita dididik anjing itu najis dan haram. So kita tak sentuh atau main2 ngan anjing. Padahal boleh saja bersentuh asal kedua2nya dalam keadaan kering. Tidak perlu samak. Yang perlu samak cuma kalau salah satu basah atau kalau ada terkena liur mereka. Manager ladang Todd sperti tidak senang bila aku menjauhi anjingnya. Ya, di sini mereka akan merasa terhina kalau kita tak sukakan anjing mereka. Dalam benak mereka, anjing aku bersih, sihat, behave...jijik sangat kenapa?

Sib baik ada Brett atau Heidi yang paham sedikit sebanyak kenapa islam tidak membolehkan begitu begini. Dalam aku dok explain kenapa muslim takleh sentuh anjing sib baik ada Brett tolong mengiyakan bahawa liur anjing itu mengandungi bakteria rabies yang berbahaya dan boleh berpindah pada kita. Tapi Todd tetap merasa aku ridiculous dan gitau yang anjingnya sihat takder rabies. Hal itu pun berlalu dan anjingnya tidak lagi cuba mendekati atau menghidu aku..elok jah dok sebelah tak "kacau" aku lagi..sebab dia dah kenal aku..hiii

Belum masuk lagi cerita dinner xmas kat umah Heidi. Anjingnya dah lah besar menakutkan (aku ni kucing dan lembu pun takut...mau lari pecut kalau dikejar). Asek nak bergesel dan panggul dagu kat atas riba..terpaksalah aku samak seluar aku basuh ngan air tanah sebab tak confident.

Beberapa insiden ini memberi aku satu iltizam baru. Aku tanak lagi menganggap kacang soklan2 mereka. Pada kita mungkin kacang sebab kita paham hal itu (biarpun sedikit tak banyak). Aku nak bagi jawaban yang bernas mengikut logik dan mengikut kefahaman islam yang mmg ada asbab logiknya terhadap sesuatu musabab yang dituntut dalam tatacara amalan dan perbuatan setiap umat islam itu.

Nota:

1. Kata ustaz kita pelajar di oversea leh jamak solat kalau tak sempat dek kerana ada kelas atau experiment yang sedang berjalan.

2. Kita juga layak dapat zakat sebab kita termasuk dalam kategori asnaf zakat..Wallahuaklam

Friday, October 22, 2010

Luka bin Luka

Semalam kawan saya orang Chile dan Thai; Ursula dan Sarana bertanya

“What happened to the lawyer brothers?”

Saya jawab.. “They are imprison for 7 years”

Mereka balas…”What??! Only 7 years? For beating, killing, burning and disposing into the sea”

Saya jawab…”Ya, they suppose to be decapitated…Well, what do you expect?”

Disahut Sarana..”Ya..Well, it happened everywhere”

Errmm…demikianlah bila dunia dikuasai luka bin luka.
Injustice criminal mencanak tinggi. Yang tiada diadakan, yang ada ditiadakan.

Pembunuhan ibaratnya nyawa manusia itu tidak bernilai sedetik pun, jenayah2 seksual seperti rogol berkumpulan, insest, buang anak dan rasuah wang ringgit bermaharajalela. Telah ada di Malaysia kita kisah2 bom orang, kehilangan nyawa di tangan2 samseng jalan raya, rempit, ragut, longgokan anak2 haram di tong2 sampah dan pinggir2 kali, penyeludupan manusia, kebanjiran migrant, iklan seks termasuklah segala kopi jantan dan lintah tak bertapa di mana2 saja…di tiang2 lektrik, papan tanda stesen bas, road divider etc. Perniagaan seks di premis2 legal, kelab gay, ceti2 yang tak lagi pakai payung hitam tapi berbekalkan sabit dan parang panjang serta pedang, tembak mati jarak dekat, Wallahi, billahi, tallahi di masjid2, bermegah dengan mahar perkahwinan puluhan malah ratusan ribu dan segala macam kekacauan lain.

Apakah ini sebahagian hasil dari kemajuan sekular yang kita kejar dan agung2kan?
Bila kita tersenarai di ranking tertingi penyeludupan manusia kita menyangkal.

Eh! Anehnya, sangat sedikit bahkan hampir tiada kisah2 sedemikian berlaku di negara kafir yang saya diami sekarang? Apa kerana mereka menghalalkan judi, gay, persekedudukan dan anak haram?...sekadar beralasan.

Andai ada kematian walaupun hanya satu nyawa akibat kemalangan jalan raya, berita akan ke udara dan diupdate setiap 10 minit di radio tempatan. Barangkali kerana mereka kekurangan manusia di sini? .........* Dengar kata syarat2 permohonan PR telah diubah. Kemaren dulu dapat email dari DIAC survey pendapat overseas student, kalau nasib baik dapat AUD 500 :)

Mungkin ini sifat mutlak manusia.."dilarang bersikeras, disogok tidak mahu"

Dengar kata Hollywood nak filemkan kisah miners yang terperangkap dan survive selama 90 hari di Chile.

Cerita Mark Zuckerberg facebook founder pun dah difilemkan.

Bila pula kita nak filemkan kisah pelupusan manusia di tempat kita?

Bercakap tentang luka bin luka...US pun dah mengundurkan bala tenteranya dari kaw2 mid. east sana, ramai tentera mati bukan kerana peluru tapi kerana kesan psikologi yang teruk.

Tuesday, October 19, 2010

Junior masterchef

http://www.masterchef.com.au/video.htm

Top view programme kat TV Australia skang tentunya Junior Masterchef! Selepas Coles gain profit 180% dari 2 season tuk orang dewasa yang lepas, kini mereka tampil dengan slot masak memasak untuk anak2 bawah 12 tahun ni.

Pemenang ke-2 episod 1 Poh from Malaysia, dan 1st winner 2nd episod Adam also from Malaysia..Huhu jadi pengkritik program TV la plak

But this Junior Masterchef is really amazing...marvellous. Aku pun tak pandai nak masak & apply culinary art cenggituh..budak2 ni mmg top lah. Kalo aku ada anak cenggini huu mau tiap2 hari aku cakap "honey mama wanna eat this and this..would you please make some for mama sweetheart?" Hihihi...sah mama yang kejam.

Kalo tak dapat nak tgk video kat atas silalah clik kat link tuh :)

Thursday, October 14, 2010

Ouch! Did he called "Maya!!" ?






Wah! I love when my name is being shout...teringat zaman muda2 bergetah dulu...

Tuesday, October 12, 2010

Sepankderank 101010

Alhamdulillah Gatton hari ni cerah, setelah 24 jam hujan semalam. Dengar kata beberapa kawasan mengalami banjir, ada kereta hanyut di BNE. Vivenhoe Dam pun dgn rasminya melepaskan air sejak zaman berzaman air cukup2 mencecah birai tasik jew. Dengar kabar sungguh ramai rakyat jelata Qld yang berkumpul di sana bagi menyaksikan sesi pelepasan air..sungguh kesian mereka. Dan sungguh bertuah kita hari2 leh tengok air mengalir di dam. walaupun aku seniri tak pernah sampai mana2 dam pun kat Malaysia..huhuh sungguh kasihan diriku.

Di musim ini aku tersangat ingin berlibur dan meliarkan diri. Aku teringin nak gi Great Barrier Reef yang termasuk dlm 7 wonders tu. Nak gi snorkeling dan diving di sana menikmati keindahan laut dan hidupan laut lagi. Diving di Bali bb tahun lepas tdk berapa syok dan aku hampir lemas di laut :(


So next trip will be Great Barrier Reef...Yeezzaaa!


Friday, October 08, 2010

Munajat Cinta Seorang Hamba


Sayang, hikmah perpisahan ini sangat jelas
Kita berpisah bukan kerana retaknya hati
Kita terpisah kerana terlalu cinta
Tidak pernah ada alasan kepada perpisahan kita
Barangkali ujian cinta itu terlalu hebat buat kita
Sedang kita masih mentah dalam mengendalikan biduk cinta
Justeru kita ternyata belum matang dalam pelabuhan sementara

Sayang, antara sedar atau tidak
Kita dipisahkan demi mendidik hati
Melentur jiwa agar berpaling pada rasa ketakwaan
Rasa kehambaan dan merenung hakikat diri
Bahawa kita belum bersedia menempuh badai
Atau kerana mungkin kita belum benar-benar dipertemukan

Kita diundang ke daerah munajat
Menilai erti rasa yang paling bernilai ini
Rasa cinta anugerah-Nya. Selama ini kita masih tidak puashati
Kita terus menyalahkan dan beralasan sesama sendiri
Aku percaya, jauh dalam sanubari kita merasa sakit dan perit
Kita sesungguhnya tidak sanggup membiarkan cinta kita terkubur
Tak rela menyakiti hati dan rasa sesama kita
Itulah hakikatnya sayang. Hakikat bahawa kita perlu dididik
Untuk menterjemahkan satu anugerah kepada rasa kehambaan
Bahawa kita tercipta oleh rasa cinta, kita dewasa dengan rasa cinta
Kita kenali diri atas landasan percintaan

Sayang, percayalah…cinta kita tidak pernah punah
Kita cuma dijemput untuk merungkai sebuah kisah
Cinta kita tidak pernah pudar, kita cuma diuji sedemikian rupa
Agar kita tahu mana buruk, mana baiknya. Merenung kesilapan lalu
Memperbaiki kualiti diri. Supaya cinta kita hanya bersandar pada-Nya
Dan kita telah menerima hakikat itu dengan bijaksana

Jangan kau bersedih sayang, jangan juga walah
Cinta suci itu cinta yang benar, cinta sejati
Apabila kita telah mengerti, maka pertemuan kita kelak akan lebih bermakna
Percintaan kita seterusnya akan dibajai rasa insani,
akan dihiasi bunga-bunga nan harum
Dan buah-buah cinta yang mekar.
Sakit hati itu bersifat sementara.
Kau tahukan sayang, setelah kita mengakui kebenaran takdir Dia,
sakit hati itu telah tiada. Dan kita tetap mengintai kabar.
Rasa cinta tetap subur, bila kita mahu melupakan keperitan dan penderitaan.
Bila kita meredhakan cinta kita teruji.
Bila kita ada kemahuan memperbaiki kelemahan diri.

Jadikan perpisahan ini suatu tambatan, buat menguatkan semangat
dan mengentalkan ketabahan hati kita.
Ia membuat kita lebih matang dan cekal sayang.
Sekaligus memimpin kita ke alam percintaan mulus.
Ketahui lah sayang cinta kita bukan cinta yang fana.
Yang harus hilang dihembus badai.


Bersyukurlah pada Allah. Kerana di antara kepahitan, kedangkalan, kebodohan dan kepolosan itu, kita telah dianugerahkan rasa yang indah ini.
Kerana sebetulnya perpisahan itu tidak kita pinta, pertemuan itu juga tidak kita rancang.
Dia pertemukan kita atas nama takdir.
Dan kita terpisah juga atas nama anugerah.
Kerana kitalah insan terpilih.
Kita orang yang diuji demi menguatkan peribadi dan rasa cinta itu sendiri.
Agar kita tahu, kita bertemu berpisah kerana Allah.

Wednesday, October 06, 2010

Sesungguhnya aku Bijak

It's great to know that somebody appreciate me and what I've done with my work...sesuatu yang tak pernah aku alami di LGM...huaaaa! uhuks..sob3x :p


I've got this email early this morning....

Hi Maya

Great to see you yesterday and hear your excellent talk.I was wondering if I could get from you the protocols for the staining of the hand sections. Exactly what stains are you using? Would it be possible to send me the recipes for these.

Thanks for this

See you

Rick

Rick Webb
Senior Research Officer
Centre for Microscopy and Microanalysis
University of Queensland
St Lucia 4072
QueenslandAustralia

Ni lah sebahagian results yang bagi aku not too impressive tapi disangkal keras oleh Rick. Dr. Rick ni adalah orang kuat dan sgt berpengalaman kat CMM huhu..kemaren dia tanya "do you have any tips how to get this excellent hand sections?"..dengan serba naif dan beauty truth (not ugly truth okey..) aku cakap "I just follow my common sense"...maksudnya aku takder sebarang special tips yah. Pastu dia suggest ke Daryl supaya aku perturunkan segala kemahiran itu kepada semua student lain. Ini buat aku blur serta merta...sbb sememangnyer takder perlukan kemahiran yang special apa pun..aku just racik2, kerat2 batang pokok tu senipis yang aku mampu sehingga aku ikut mengerat2 dan melukakan jari jemari mulus ku sendiri..ngeh2x



I hope this will be a good indicator for my briliant outcomes in my PhD...InsyaAllah! Please pray for me guys...


Amaran!!


Jangan plagiat results aku, sebab aku belum publish dan belum tulis thesis.

Tuesday, October 05, 2010

Sambungan Kisah Audit

Huuuuhh...malas sebenarnya nak pikir cerita ni dah. Tapi pepagi masuk opis, baru nak buka PC SV dah tercegat kat belakang.

Sambil tersenyum ceria di pagi hari, dia pesan kat aku "If you are not clear with something just ignore it"... pastu sambung lagi "Good"...Aku paham dia tanak technical staff bagi masalah kat post-grad student dan dia pun senang hati dengan response aku kemaren. Sebab sebelum ni dia selalu cakap kat kami.."if you are not happy with 'orang tu' just comment to a manager or Head of School".


Pastu isu tu hangat la kejap sepanjang hari ni, sampai aku pun dah malas nak ingat dah..tapi masih gagah menulis ni :p. Masa meeting tadi pun Daryl asek wat lawak..nampak lampu kat ciling nak jatuh dia gelak2 dan cakap "Who wants to tell Victor about this?" sambil point kat aku..pastu cakap lagi "Victor is going to close this school".

Ni email "rajukan manja":

Dear Maya,
Thanks for responding to Daryl. I have this second hand form the school OH&S officer and only assume that the major users of the lab CNF would be one of the ones to not comply. As the email was sent to DEEDI, St Lucia staff of LCAFS, the field manager and to CNF, I don’t see that the group of CNF staff and students is singled out apart from the fact that of the list given to me ½ the mentioned items might easily be attributed to CNF? I do know that there are other users (dry plant material) that need to clean their stuff up and the corner lab is not ours so I am not sure what to do with that one yet. I also do not know the extent of the issues and in fact they may be singular rather than widespread?????

Your plan of cleaning up as much as you can (know of) is a great start. I will look at the lab towards the end of the week and see what the issues really are.
Thank you
Victor


* yer ke tak single out sesapa? Itu ayat power...

"I have not inspected the area yet but suspect that CNF students would be contributing substantially to this area’s non conformance. To my knowledge all have been inducted and know better. Can we address this as soon as possible please? Victor


Ni email "pujukan lunak merdu":

Dear Victor,

I'm sorry if you are not happy with my email. Since I'm the person in-charge for the PH lab and CNF lab in our group, I need to share information especially the students involved, to what extend we have to responsible on the issues raised regarding the labs. We are looking forward to improve the situation and hope to contribute better for the audit.

Thank you



Dan pagi ni jugak aku dihujani bb email berikut:


Dari Victor

Hi

I am not unhappy. I think your response is great and I am very happy to see every one is working together to resolve issues. This is real team spirit. Kind regards victor
Sent from my iPhone

Ni pulak dari Daryl:

Dear Maya, Hi. Thanks for the reply. I appreciate your perspectives and assistance. Ta. Cheers, Daryl.

Dan ini dari Kamani:

Dear Maya,

Thanks for the cc. Well done :) I was actually thinking of writing something like that after today's meeting. But, you've already done that :)

Kind regards.

kamani


Huuummm...macam2. Actually aku tak risau pun consequences hal ni..profesional la beb. Kalo pasni Victor tanak tulung aku macam sebelum ni yang dia selalu prompt responses..pun aku tak mau kesah sangat. For me isu ni just a small matter, janji sumer happy...so jalannn...

Penat wesh! Nak balik dah...nak bobo

Pesan ku Pada Seorang Teman

Teman…
Bila kau tersenyum padaku, itu indah
Bila kau renungi aku, itu indah
Bila kau kagumi aku, bahkan itu juga indah
Bila kau bercerita padaku itu makin indah
Bila kau hadirkan aku dalam sketsa hidupmu, bagi ku itu sangat indah
Bila kau luangkan masa emasmu buatku, iya itu sangat indah
Bila kau ingin beriringan dengan ku, itu tambah indah
Bila kau ada di setiap tawa dan sendu ku, dambaan itu begitu indah
Bila kita alami kebodohan dengan selamba, itu juga terlalu indah

Tapi Teman…
Bila kau ingin pergi, tiada upayaku untuk menghalang
Bila kau ingin menjauh, itu ku relakan
Bila kau ingin mengapai pelangi indah di kaki langit sana, aku tetap pasrahkan
Biar pergi mu sempat ku pamitkan
Temali itu mungkin terlerai..

Namun Teman…
Izinkan aku mengiringimu dengan senyuman
Agar tiada sendu yang kedengaran
Agar penjuru bening tidak bergenangan
Izinkan aku titipkan doa pada Al-Muqit
Tatangkan semangatmu buat diri ku
Dan izinkan semangatku mendampingimu selalu
Biar aku tetap teguh di sini


Moral:
Maya bukan DAP*

*Laham, J. (2010). DAP: Di Alam Percintaan ^*!*^

Monday, October 04, 2010

OH&S dan audit UQ?

Saish! Hilang sudah mood bagus aku 2 hari lepas..selaku person in charge makmal2 CNF hari ini aku mendapat email teguran non-compliance spt berikut:-




Saish...100X!! Sungguh tidak puas hati ngan senior technician yang poyo sorang tuh..blum siasat dah point fingers kat CNF's student. Sungguh keji nih :p

Kebanyakkan perkara yang di"dot" kan tu bukan hasil kerja dan tanggungjawab CNF's student la poyos...cuma unproper labeled chemicals dan needle syringes tu jer yang kami punya. Tu pun takat 2-3 needles sesat..caish! Gotong royong lepas aku dah kemaskan beratus needles bersepah atas meja kerja student2 zaman pak dogol tonggek dulu lagi..sib baik aku baik hati tolong kemas, bungkus dan sealed leklok dalam kotak...kalu aku tak buat tu mau kritikal NC dapat.

Tu balang gas dan wayaring tu tanggungjawab kami ker?...Haru la cenggini. Aku pun auditor gak kat LGM, pernah jadik ketua auditor mengaudit unit Pentadbiran, unit Pelesenan, Sumber Manusia, Kewangan dan makmal2 segala. Paham benar la tabiat orang nak kena audit.

Ni mamat poyos sorang tu, suka sangat pissed off kat CNF..konon besar, harap besar perut jerk lebih. Apa2 kes mula lah point fingers kat CNF...padahal kerja dia tu take care PH lab. Kalau ada isu aku adu selalu deligate kat pekerja ladang...memacam alasan dia, nak gi lunch lar, ada prep kelas la bla-bla blah... Saish!

Sini etika lab dia mmg gila ketat...sebelum buat lab kena orientasi dulu, kena buat risk assesment tiap procedure dan kimia nak pakai, kena ada test compressed gas, labeling kena ikut Chemwatch. MSDS kena hafal dan simpan copy lam fail leklok. Satu fail kat lab, satu kat technician bertanggungjawab. Pastu kena dapat kelulusan SV dan pegawai OH&S dulu baru leh start wat kerja. Memang bagus sistem tu...tapi kalau takat botol chemical atas meja pun tak leh tinggal, sample experiment ongoing pun nak kena kemas...buduh lah jugak sistem tu..sebenar orangnya yang buduh bukan sistem :D

Kena lak mamat poyos tu...tiap2 tahun serang students, sebab takut kena sound ngan manager..bila ada hal bising satu sekolah, point semua orang forward semua orang...saish! Dan sebagai tanda protes aku balas email tu selayaknya seperti berikut..

Hahaha dan dia sedih aku spread email (tak yah lah aku boh email sedih dia yang ditujukan khas buat aku sorang kat sini). Yer tak ya..aku baru ingat tempohari dia email tegur aku pasal menanam pokok cuma email aku sorang walaupun email2 lain yang berekor dispread! Oh my God..terpaksa lah aku "mujuk" email balik dengan nada2 penuh lunak merdu...wahahhaa! Saish. Rasa guilty plak..ngeee. Tapi dia mmg terang2 cakap "CNF are substantial contributors" :(..kami ada hak apa? hihi...


Aku kena banyak sabar nie...hihi...Astagfirullahalazim......

Moral:

Kalau ada audit individu pasti aku dulu yang dapat NC cos selalu potong jari seniri

Friday, October 01, 2010

POSITIVE attitude

Hari yang begitu bersemangat!!

Datang ofis pagi2, key in data....kemaren aku dah seharian buat experiment, 2 expmt sekaligus! Sebabnya aku nak jimat chemical yang mahal tuh...AVG yang rega dia $ 265 untuk 5 mg. So kemaren aku bertungkus lumus dengan 130 samples. Tak duduk lah aku sepanjang 8 jam tuh, asyik ulang alik opis, CNF lab, PH lab, VL lab, nursery dan field..sempat aku bersyukur. Sib baik dah ada kete, kalau tak musti aku tak leh marathon kerja cenggini. Ingat dulu masa belum dibelikan basikal oleh SV dan masa belum ada kete, demam aku beb berjalan kaki ke PH lab sejauh kira2 4 km tu. Biologynya sah aku mmg dah tua!

Boleh tak aku nak rasa kalau SV suka kat aku hari ni? Dia selalu cakap "you have done a lot..good, I'm happy and just have a good rest during weekend"..walhal weekend pun aku kerja..huhu (apa taknya...kalau aku dok umah melanguk sengsorang, mau bersimpul urat kepala aku ketensenan).

Dulu dia cakap aku slow macam siput babi (aku tokok tambah) dan aku "layback" mungkin sb aku dah lama kerja dan lama tinggalkan alam sekolah, tak macam orang lain yang datang fresh sehabis master...padahal aku dok tungkus lumus menyiapkan lit. rev dan aku tak submit every sub-topic every week cam orang lain, aku cuma submit the whole lit. rev selepas 6 bulan.

Kenapa aku nak jugak anggap dia suka aku? Banyak sebab lah..

1. Aku lah yang in-charge PH lab dan CNF lab, kalau ada gotong royong akulah ketua. Ngeh2..dan aku bukan jenis ketua yang cuma pandai bagi arahan..sejak dulu, akulah ketua yang suka mencemar kaki dan tangan ikut buat kerja sekali (kecuali kerja simple kat dalam kebuk TC tuh...booorrringgg :p)

2. Aku in-charge CNF lab, establish tidaknya lab tu termasuk order meng-order dan melengkapkan lab (CNF baru ada lab khusus awal tahun ni yer kengkawan) dan biarpun orang lain turut buat ordering la la la la.... Dan aku bukan student paling senior, ada 2 lagi yang lebih senior dan dah nak habis..walaupun aku mungkin paling senior dari segi umur kecuali Robyn (tapi hakikatnya aku nampak lebih muda dari segi ketrampilan dan air muka...muahahaha!)..mereka percaya aku baru 25-27 tahun! Dan kata aku gila bila aku sebut umur sebenar...saish!

3. Email komen cleaner tak buat kerja dan tak bersihkan lab yang dihantar kepada manager school yang hensem pujaan mataku itu, juga turut di'cc kepada aku ya...walaupun memula aku kecut takut orang ingat aku yang tukang adu domba, dan aku tidak sesekali mengadu domba melainkan berdiam diri dan suka mengabaikan ketaksukaan hati terhadap sesuatu..

4. Next week, kami ada presentation lagi tentang histology dan cabang2nya...dan SV cakap kat aku "you are the masters of hand sectioning" dan suruh aku jadi 1st speaker...dan aku jawab "I'm not the masters, I just work smart" (walaupun sebenarnya tak se-smart mana sebab aku selalu hiris jari sampai berdarah dan lebam2 setiap kali buat expmt!). Aku juga dipertanggungjawabkan untuk buat tempahan bilik mesyuarat (nak riak jugak ker walaupun jadi kuli?)..Kuli bukan sebarang kuli..kuli sebab dipercayai..iya..dipercayai ya kawan2.

Meeting ni asalnya plan buat untuk tolong bagi idea dan kaedah untuk student local yang based di DEEDI. Ni dah kali ke-2..tup2 budak tuh dah suspended dia punya PhD pulak. Tak paham tul lah. Pemalas betul ausies ni bab ngaji2 nih..padahal dorang kalau wat post-grad dibayar, offer besiswa kiri kanan. Sini ngan jari pun tak leh kira ya bilangan post-grad local. Yang under grad pun datang uni sebab nak ada kuda, nak jaga kuda etc..


Dan meeting ni jugak, entah mimpi apa dia nak ada pot luck lunch pulak lepas meeting nanti...musti sebab ada dua tetamu dari luar. Sebelum ni jarang nak ada macam ni. Mati akal aku...nak masak apa agaknya?? Takan meehoon goreng lagi?

Moral:


Ni prinsip aku ya..kalau nak awek muda dan hidup ceria selalu, kita mestilah reti nak berbangga dengan diri sendiri. Tahu menghargai diri sendiri dengan berbuat segala sesuatu yang berfaedah dan berguna untuk diri sendiri dan orang banyak. Buat yang terbaekk dalam semua urusan pekerjaan, jangan mengalah dulu sebelum mula.

Tanpa rasa rendah diri atau kecut akibat mengecilkan diri di mata umum, kita patut merasa diri bagus. Sekurang kurangnya pada diri sendiri dan masyarakat kecil di sekitar kita. Walaupun atas asbab yang sepele mana pun...musababnya pasti positif dan memberangsangkan! Hidup mesti mau semangat!!!


Amaran!!

Pedulikan apa aku nak kata sb kat sini aku tuan tanah, tapi tak kedaun....
Bak kata seseorang "kalau tak kita yang bahagiakan diri sendiri, siapa lagi?"