Ketik

Wednesday, June 01, 2016

Ramadhan 2016

It has been nearly a year am not writing...
It has been nearly 2 years ma return to almighty Allah s.w.t..

Memang cukup lama saya sudah tidak menulis lagi, cuma aktif di facebook dan wassup sahaja. Rutin hidup dan kerja seharian nampaknya menjauhkan saya terus dari aktiviti menulis dan sewaktu dengannya. Tiada perkembangan memberangsangkan pada diri, cuma semakin menua, kekal gemuk dan aktif beraktiviti fisikal seperti biasa.

Seminggu lagi Ramadhan bakal bertandang lagi, alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi untuk tahun ini. Masih berpeluang berpuasa, bertarawih dan in syaa Allah cuba cari channel mengumpul pahala amal ibadah sebanyaknya, ingin menggandakan pelaburan dalam saham akhirat aminn..

Sesungguhnya masa sentiasa mencemburui kita. Tidak kita kejar ia tetap berlalu. Begitu lah pentingnya kita mengisi setiap ruang waktu yang ada membina empayar dan harta saham akhirat sementara masih bersisa usia.

Mengejar dunia kita lelah, mengejar akhirat kita tidak kecewa. Justeru, saya ingin sekali mencoretkan sebuah tinggalan yang amat bermakna. Apabila terputusnya nyawa dari jasad, tiada apa yang kita bawa bersama. Tidak harta benda rumah kereta, wang berkepuk, jawatan tinggi, status diri dalam masyarakat maupun anak pinak dan keluarga. Kita hanya sebatang jasad kaku yang hanya diperlaku kan selayaknya oleh orang hidup sebelum kita dibungkus kafan putih, diwangi kapur barus lalu diusung ke kuburan.

Kecintaan kita terhadap fisikal yang cantik dan sihat habis. Kecintaan kita terhadap harta benda, kuasa dan pangkat, wanita dan lelaki semua tiada maknanya lagi. Kita hanyalah kita yang dibawa bertemu Allah s.w.t. Amal dan dosa kita bakal dihitung. Kita bakal dihukum di sana. Di destinasi perjalanan yang pasti.

Saya selalu berdoa agar dipertemukan kembali dengan insan-insan yang saya sayang yang telah pergi dahulu. Ma, abah, tok ayah, mok, chek dan mek. Ingin dikumpulkan bersama di syurga Nya. Hidup saya sunyi tanpa mereka. Saya sentiasa merindui mereka.