Ketik

Friday, June 25, 2010

Aku ingin berbicara tentang C.I.N.T.A...

Jam sudah hampir ke angka 4 ptg...aku mula terasa penat sepagi membasuh segala botol dan peralatan experiment. Sepetang menghabiskan bacaan journal tentang kontaminasi bacteria terhadap penyumbatan salur vessel. Experiment occlusion aku tak berjaya, bukan jasad tyloses yang ter-induced tapi gerombolan cik staphilococcus et al yang berkerumun menyumbat pori2 laluan air dan nutrient untuk acacia cut foliage tuh. POA aku sejak pagi sebaik buka mata, untuk melaksanakan strategi menamatkan kontaminasi itu. Dua cara yang bergeliwat di kepala aku, samada menggunakan agen anti bakteria atau aku kenakan kejutan suhu, sterilkan segalanya secara autoclave saja. Biar cik staphilococcus et al. mati tidak berkubur.

Aku pandang belakang kiri dan kanan, kawan2 sepejabat dah pulang. Sejam lebih lagi dah nak maghrib. Aku plan nak gi beli filo pastri. Buat menghabiskan filling apple lebihan pai 3 hari lepas. Tapi sebentar tadi aku terbaca tentang C.I.N.T.A, so aku tiba2 rasa teruja untuk mengetik keyboard depan mata. Berehat sejenak sebab badan dah terasa bisa2.

C.I.N.T.A....apa tu? Luas maknanya. Seharian ni juga suara2 kehambaan meniti rasa hati aku. Bulan depan befday aku sekali lagi. Bermakna umur aku bertambah setahun lagi. Dan sekarang aku rasa aku dah cukup matang dan masak dari segi mental dan fizikal. Aku sekarang bukan lagi gadis muda yang goyah nurani dan pertimbangannya. Aku wanita dewasa yang jauh lebih "cool", lebih tenang dan nyaman dalam menghadapi kehidupan. Aku sudah tidak kesah lagi akan hal2 yang remeh temeh, aku tidak gelisah akan musabah/kegagalan/dugaan. Aku cuma memaknakan hari2 ku dengan segala kesyukuran dan keinsafan. Aku nikmati segala yang ku punya saat ini, aku tidak lagi meminta, berharap atau bercita2. Ketenangan dan kedamaian rasa saat ini tidak senilai dengan wang ringgit atau intan permata.

Jadi, apa kata aku tentang C.I.N.T.A? Jujur dalam hidup aku selama ini, cuma dia dan dia manusia yang aku benar2 bercinta. Terdahulunya aku cinta Allah, Ibuku dan adik beradikku. Namun dia dan dia tidak ku miliki. Mereka lepas bebas menjadi diri sendiri dan mengikuti haluan sendiri. Syukurlah, kerana kata bijak pandai..cinta itu membebaskan. Kalau memiliki bererti memenjarakan, mengikat, mengongkong dan memperalatkan. Bila kita terlalu memuja cinta, sebenarnya itu kerana kita menyintai diri sendiri. Bukan orang yang konon kita cintai itu. Kita mahu itu ini, begitu begini. Jika kita menyintai seseorang, kita membebaskan dia. Kita cuma menjadi pendengar kepadanya. Segala luahannya, aduannya, rayuannya, bicaranya. tetapi kita tidak perlu menghulur hujah. Kita bahagia bila dia bahagia. Buah cinta iaitu rindu tetap hadir, tetapi kita tidak sesak. Gelisah bertandang tetapi kita tidak resah. Kita berkelana tetapi tidak merana. Kita berduka tetapi tidak binasa. Kita terluka tetapi tetap tersenyum. Itulah nilai cinta yang sebenar2nya.

Oh! begitu...patutlah perasaan lebih damai dan nyaman. Cinta juga memaafkan dan melupakan. Kita maafkan silap orang pada kita. Kerana apa yang kita kira silap itu, sebenarnya dia juga bersusah payah cuba menghapusnya. Jangan lupa, kita juga bukan maksum. Kita sendiri banyak silapnya. Kalau dulu aku bukan wanita dewasa hari ini. Aku mudah terguris hati, mudah terluka perasaan, mudah menitis air mata, mudah merajuk dan menjeruk rasa. Jadi, aku sekarang tahu, bahawa kesilapan itu sebenarnya pelajaran. Ilmu dari pengalaman hidup, bukan sesuatu yang boleh kita timba dari buku, sekolah atau universiti. Untuk berlajar menjadi seorang yang redha, kita perlu diuji. Rasanya, sudah banyak ujian yang aku hadapi. Kalau datang lagi ujian di masa2 mendatang, insyaAllah akan kebal menghadapi.

Akhirnya, aku di sini cuma ingin mengucapkan "terima kasih saudara2ku", dan C.I.N.T.A2 ku....aku menjadi dewasa bukan hanya pada umur, tetapi juga hati, pemikiran, gaya hidup, pembawaan diri dan perwatakan. Pengalamanku dan perjalananku di bumi ini adalah medan pelajaran yang paling berharga. Bukan pada Ijazah ku, master ku atau PhD ku. Dan aku akan terus belajar hingga ke akhir hayatku....

Wednesday, June 23, 2010

Bedebah

Lemah semangat sejak 2-3 ari nih...demam pulak tu. Nak tidur malam pun asyik jaga, terpaksa tidur dalam cerah bertemankan alunan Yassin huhu. Penangan kes Jumaat lepas. Orangnya dah sihat walafiat kat kampung. Sedangkan kat sini mereka masih bercerita ceriti setiap kali berkumpul. Sampaikan ada yang berteman waktu berkerja hantar surat khabar jam 3-4 pg, padahal sebelum ni tidak hahahah! Ada yang fobia dgn bayang2, ada yang tak mau bercakap pasal tu lagi etc...Nak kluar rumah malam pun teragak2. Sungguh "bedebah" pengalaman iteww hahahah...

Monday, June 21, 2010

Selangkah ke alam mistik: misteri rasukan -rN--

Alhamdulillah, "keributan" di Gaton sudah mereda. Hari Jumaat malam Sabtu lepas dia dah dibawa pulang ke tanahair oleh embassy Malaysia di Sydney. Tak tau apa perkembangan dia sekarang. Tapi katanya semasa di airport dia okey, dah boleh sembang2. Waktu memula sampai pun agak okey. Kalau tak camana dia bleh terbang dari UK ke sini sorang diri. Tetapi kesan2 kejutan masih bersisa di kalangan kami di sini, maklum ada yang tak biasa berhadapan dgn kes mistik sebegini.

Kes kerasukan tu sebenarnya ada kaitan juga dgn rumah di Wyet St tuh. Kawan datang nak menenangkan fikiran tetapi sebaliknya yang terjadi. Tak tau camana nak tulis huhu...Sebab keadaan dia yang dah lemah, masih ada lagi yang lama, so bila datang ke tempat yang salah terjadilah rasuk merasuk tu...haish! Seram. Apa pun kita tak perlu takut dgn mereka kerana darjat mereka jauh lebih rendah dari kita. Kita yg diturunkan sebagai Khalifah di bumi ini bukannya mereka. Cuma bila ada yang bersahabat dengan mereka, maka terbukalah lorong2 untuk mereka menganggu dan melalaikan anak Adam yang akhirnya membawa kepada syirik. Bila kita dalam kondisi yang goyah, maka meraka akan mencari peluang untuk menganggu.

Baru aku teringat, aku sendiri pernah nampak bayangan lembaga hitam dalam struktur manusia tinggi hampir mencecah bumbung dan berdiri di penjuru bilik sebelah wardrobe memerhati ke arah aku sewaktu terjaga tidur tengah2 malam buta. Kejadian itu berlaku sewaktu aku tinggal sendirian selama sebulan di rumah lama K. Tikah di St. Lucia. Waktu mula2 datang dulu, time school break. Waktu tu aku mmg stress gila. Tak ada kelas. Sorang diri, kawan2 bukan selalu jumpa, shopping dan keluar hari2 ke Toowoong & Indroopily pun tak guna..menangislah juga huhu..Bila K. Tikah balik, aku cerita dia pun terkejut. Tapi Alhamdulillah dia tak kacau lebih2.

Selamat dah cos Budy & Ann juga sudah berpindah keluar. Ann yang selama ni tidak selesa dan berperasaan yang bukan2 dgn rumah tersebut akhirnya terjawab. Rupa2nya A. Abu dah tau benda tu setaun yang sudah, setelah berlaku semua tu baru dia buka cerita kerana tidak mahu meributkan mereka untuk mencari rumah bagai. Heheh...cukuplah kisah mistik ni untuk dikongsi bersama..terpulang kepada anda nak percaya atau tidak.

Friday, June 18, 2010

I feel like ZOMBI

Malam tadi aku tidur kul 11, suddenly at 12 am aku dikejutkan oleh ketukan di pintu bilik. My housemate told me Ann call her cos her hubby Budy was sick. Aku pun mengomel sakit apa pulak? hish Budy ni tu la kerja kuat sangat siang dan malam apa tak sakit..and dlm kereta aku masih mengomel kan Budy. Kata housemate ku Ann suruh tidur kat rumah dia malam ni..tolong. So aku tengok Zai dah punggah bantal dan quilt dia segala masuk beg kertas, aku pun ikut pikul bantal and selimut huhu. Sesampai jer, eh Budy sambut kami kat pintu dan aku nampak sorang pempuan terbaring kat katil. Dia kata sorry la, ni kawan kitorang dr UK sakit. Waktu tu A. Sham dan K. Jam dah ada. Dengan tak tau apa, kami macam ayam berak kapur tertanya2 tapi mereka kata panjang ceritanya.

Waktu dia meracau kali pertama aku masih tak tau apa ke benda, then selepas itu barulah tau sedikit demi sedikit. Saudari tu just pop up in Gatton yesterday afternoon or morning aku tak tau..Student PhD di Bath Univ, UK. Katanya cuma communicate through FB. I'm not really understand the situation. How can she easily arrived here without visa??? kalau tak plan at least 2-3 weeks before? Nak apply visa ambik masa juga. Katanya MSD UK tak nak bantu and tiada sesiapa yang boleh dia minta tolong di sana. Impossible, betapa ramainya komuniti Malaysia di UK, sedangkan kami cuma 11 org M'sian student di Gatton..plus family members jadilah 30 org lebih kurang. So what happened over there is out of my rasional mind.

Menurut kronologi cerita, ada 3 lelaki hitam escort dia di London, actually her father was on the way to London, but she had no time to wait, she just too scared so the only thing in her mind was to get out of the country ASAP. Tak ada tiket ke KL katanya time tu, so she just changed her mind and diverted to Australia. She said no need to fetch her at the airport cos she can come here. Gatton, which is not so famous and quite far away from city about 87 km, the best way to reach here is by car. Public transports are so limited. I don't know how she managed to catch a bus, traveled by train to Rosewood and took a bus (which is very limited as well) to Gatton. Even me never did that complicated journey since I was here about 1 1/2 years.

Maka jadi lah kami zombi malam tadi..tak tidur sampai pagi sebab sekejap2 dia meracau. Mata terbelalak pandang bumbung, jari terpacak tunjuk bumbung dan dinding. Bercakap ntah hapa2. Aku nak keluar, panas cos kami baca ayatul qursi dan yassin. Kira2 sejam kemudian A. Sham & K. Jam balik, then kami panggil A. Abu sb dia ada sedikit pengetahuan pasal benda2 sihir nih. Sepanjang malam kami terus berjaga. Bila dia meracau kami pakat "pasung" dia sambil baca ayatul qursi dan yassin..A. Abu sembur air yassin kat muka juga. Makinlah dia meracau. Jangan ganggu aku, aku nak pergi. So berlangsunglah dialog alam misteri malam tadi antara A. Abu dan dia. Kau ni siapa? Geleng...Kau dari mana? Jauh...Kau nak apa? Aku nak budak ni mati...lagi kau nak apa? mati...tadi kau kata boleh bincang, kau nak apa lagi? Mati...Gosh! Sebelum kami sampai sebenarnya dia dah cuba bunuh diri, cuba tusuk pisau ke perut, sib baik Budy cepat, tolak dia jatuh terjelepuk dan rampas pisau tu..heran dah lemah gila boleh secepat kilat berlari ke dapur amik pisau.

Masa dengan kami juga, dia cuba cekik leher sendiri. Kuat giler tenaga dia. Dia kat leher, dia masuk melalui tempat operate hari tu (dia pernah operate sakit kidney) ulang budak pempuan tuh. Sib baik ada 2 lelaki, kalo harap tenaga kami tak tau ler. Dia ni banyak benda bercampur aduk, antaranya kisah reject lelaki 12 taun lepas, kisah saka warisan keluarga, kisah lelaki2 gelap (illusi ke reality tak taulah kami).

Nak keluar...pergilah keluar. Aku nak bawa dia sekali, tak bolehlah...dia nak belajar, aku nak dia mati, mati tu kuasa Allah, biarpun kau atau kami tak ada kuasa mematikan dia. Aku boleh ganggu fikiran dia. Kenapa kau buat ni kat dia? Kenapa kau seksa dia? Dendam. Dendam? pasal apa dendam? Tanya dia, dia tau. Kau lelaki? angguk. Kau muda? geleng. Tua? geleng...Kau islam? geleng. Mana kau datang? Sarawak...Kau nak kena bakar ke? Bakar lah kalau berani...huh so suspent ini cerita. Bila dia dah sedar, dia pun ceritalah kisah Micheal budak Sarawak yang ditolaknya dengan kasar waktu di tempat kerja lepas habis SPM dulu kala. Dia juga cerita perihal saka yang nak dia jadi pewaris tuh. Kasihannya dia, ayahnya professor di Malaysia. Tak percaya benda2 karut dan tak pernah ikhtiar berubat. Selama ni dia ikhtiar sendiri. Dengan bantuan kawan2 sahaja. Pernah dihantar ke hospital psyshiatric, so dia ada record mental instability..pulak dah. Mungkin sebab ni MSD UK tak tolong? I've no idea. Kat sana pun dia stay sendiri bilik hostel, sangat jarang ke bandar London sekali pun, tak der kawan.

So guys, when you go abroad, if you think you wanna excluded yourself from Malaysian community atas alasan konon nak improve your language, your sosial skill...harap pikir banyak kali okey? Be wise and matured. Aku tak rasa pun tak berkelas bila berada dalam community Melayu/Malaysia yang rapat kat Gatton nih. Tidak semestinya kalau rapat kita tak bercampur dengan local...still you can't avoid english native speaker here..you work with them, you have to ask for their technical support, you live in their world, you shop etc...tak bermakna your language and sosial network can't establish. If something happened you might not facing problem for support.

So skarng kami berharap pakcik dia cepat2 datang jemput dia pulang ke tanahair..senang nak ikhtiar berubat. Kat sini kami nak arrange ambulance pun kena ada insurance, kos ambik saja AUD 1K..kami telepon security pun tak boleh buat apa cos dia buakn UQ student..humm so complicated..and today they take turn look after her..but I have an experiment to do, so I may not available..tapi badan terasa sangat letih, mata agak bengkak..sib baik tadi pagi sempat tidur sejam. Harap semuanya okey..

Moral of the story:

1. Kalau tak suka seseorang, janganlah tolak dgn kasar, berkata kata yang celupar, menjatuhkan harga diri org etc..tolak baik2 insyaAllah org boleh terima. Hargai perasaan orang, sebab perasaan suka/cinta tu kan rahmat Allah juga, dia tak datang dengan sendiri atau paksa2..so berhemahlah dalam menolak cinta :)

2. Kalau kat tempat org tu...pandai2lah bermasyarakat, lebih2 lagi kalau datang solo...

3. Work hard & play hard...janganle asyik kerja je bagai nak gila, pastu tak campur ngan org. Kena jugak tuh gi shopping kat Harbour Town, meliarkan diri di Water World, Movie World dan segala2 world tuh..nak2 lagi aktiviti GISA di hujung minggu tuh :p

4. Jangan kutuk semangat asabiyyah org kelantan" Eh ada kena mengena ker? Huhu...

Wednesday, June 16, 2010

Sunday, June 06, 2010

6th June 2010: Realxmaya, 4th years....

Salam semua!!!...Alhamdulillah dah genap 4 tahun blog realme ke udara di alam maya yang serba maya dan luas tak terjangkau ini :)

Sudi2kan diri meraikannya bersama..huhu. Walaupun blog ini tak ramai pengikutnya, cuma rakan taulan yang setia mengetip di alamat tertera..aku pun tak tau kenapa korang masuk blog ini heheh. Blog ni sekadar dihiasi coretan2 sampah yang mungkin tidak membangun minda langsung, seperti mana massage di sebelah kanan tu. Cuma kadang2 ada luahan perasaan, perkongsian pengalaman, cerita suka dan duka seorang perempuan bernama Maya ;p.

Blog ini juga tidaklah mengambarkan 100% kebenaran perkembangan semasa diri ini..sudah banyak kali rasa nak deactivate blog nih, sebab kadang2 terpikir tak elok mendedahkan diri yang mmg tidak terdedah ini ke dunia luar sana tanpa dipinta...merobek privacy diri yang sememangnya tak popular huhu..Serasa seperti berbicara dan bermonolog sendiri tanpa pendengar dan pemerhati pun iya juga..ibarat kera sumbang yang tiada life, asyik berkomunikasi di layar kaca tidak bernyawa..namun alang2 menyeluk pekasam biar sampai boleh makan, sekali sekala berkreatif dengan keyboard, dengan lensa apalah salahnya...yer tak? Kesibukan study juga seakan menghambat masa2 terluang aku untuk terus menulis apa saja di sini.

Sememangnya diri bukan berbicara sendiri apabila ada anda yang setia berkunjung...terima kasih buat rakan taulan, sahabat handai, yang dikenali atau yang tidak dikenali yang excidently termasuk ke laman ini...cuma sedikit sumbangan yang aku tahu, telah menjadi panduan anda...tips2 perlancongan ke tempat tertentu, yang sangat limited kalau di teliti...apatah lagi nak dinobatkan sebagai travelog, jauh langit dari bumi.

Harap maaf juga andai ada antara tulisan2 yang menyinggung atau terlepas budi bicaranya.

Gracias! dan selamat membaca...walaupun tak selalu

Friday, June 04, 2010

Winter lagi

Sebaik menjejakkan kaki di Coolongata Airport tempohari, serasa kedinginan yang amat mencucuk batang tubuh ini..ya ia winter di oz sekarang ni. Suhu siang sekitar 12-18 degrees dan malam sekitar 10 degrees. Kulit mula terasa kekeringan dan perit, bibir mula merekah dan selsema pun tak mahu pergi.

Demikianlah cerita, untuk menjimatkan bil elektrik yang berbayar kerana tinggal di luar kampus, maka solution yang paling afdal ialah menggunakan quilt warmest, cadar dan selimut wool. Bahananya pepagi sangat malas bangun dek kerana keenakan tilam dan selimut yang empuk dan ala ala suam kuku...huhu..macamana ni? Siang pula pendek, jam 11.44am sudah zohor, jam 2.45pm sudah asar dan jam 5.04pm dah maghrib, jam 6.26 dah isyak, subuh 5.15am..so demi segulung ijazah yang sangat bermakna ini, kenalah stay up until 12-1 am, tak buleh tidur lewat2 coz nanti esoknya energi perlu ada juga :)

Semoga aku terus bersemangat waja untuk meneruskan perjuangan ini...aminnnn

4th June 2010:- Nikmat

Aahh...tempohari terbaca di lampiran puisi Utusan yang bertajuk "nikmat mengingati dan nikmat melupakan"

Memang aku setuju dengan puisi tu...

Betapa indah upaya mengingati dan upaya melupakan, sehingga ia diterjemahkan sebagai suatu nikmat. Ia menjadi nikmat mengikut pertimbangan aku kerana dengan mengingati kita merasa terpenuhi bahkan dengan melupakan kita berupaya meneruskan penghidupan...demi kelangsungan hidup manusia...kredit kepada penulis kerana menterjemahkan suatu rasa itu yang kadang sukar untuk terluahkan melalui kata-kata :)