Ketik

Sunday, August 26, 2012

Raya 2012 & Walimah McKak

Salam syawal semua...saya sekarang sudah di Gatton, kembali sibuk menghabiskan sisa2 minggu di sini. InsyaAllah ujung minggu depan submit thesis dan tamat PhD..

Sangat penat trip balik kg baru2 ni, balik dari office jam 4.30pm bertolak ke BNE (~1 jam) ke rumah kak Tikah sampai jer dah lepas maghrib. Mandi2 terus tidur, esoknya pepagi buta jam 3am bangun dan bergegas ke Toowoong untuk ambik bas AAexpress airport pick-up ke Coolangatta airport Gold Coast (~ 1 jam). Excess baggage 2kg, sib baik tetiba muncul pemuda offer nak tolong bawakan barang. Kali ni saya bawak balik 40kg sebab balik for good nanti limit MAS cuma 20kg. Cuaca kurang baik flight turbulence & jet lag biarpun seat sebelah dikosongkan tapi tak dapat tidur jugak sebab travel siang.

Sampai KL kul 3.10pm dijemput abangde Juki terus balik ke Pulapah N.9. Lepas solat raya esoknya baru balik Kelantan via Pasir Puteh sb singgah rumah mertua abang dulu..sampai kampung sekitar lepas isyak sb banyak menyinggah tepi jalan, beli lemang lah, cempedak lah, rock melon la...memacam yang dibeli.

Tak sempat balik rumah Subang pun....Semalam ambik flight dr KB-KL-Cool, sangat penat juga..dari Toowoong dijemput Kak Tikah, ambik kereta terus balik Gatton lagi. Tergelong2 macam org mabuk bawak kereta toksah cakap sebab ngantuk dan penat sesangat..

Wokey, daripada baca saya menceceh silakan nikmati suasana yang diceritakan gambar2 kat bawah pulak..


Beraya di Pulapah Ayer Hitam



Makan bersama pegawai2 jurulatih polis


Bergambar bersama bakal2 polis..dah tua2 camni pun masih kena ngorat hihi..terkenang zaman muda2 dulu, setiap kali ke Kem Terendak di Melaka tak pernah terlepas dari kena ngorat..berjam kat post masuk baru lepas, ada yang mintak no. phone, ada yang buat date, ada yg tanya memacam personal Q..




Ni anak2 buah saya yang mekap & posing ala2 model kununnya...


Ni Eisya dah  besar jugek


Saya paling suka gambar ni....dengan Yana sebagai subjek




Ni adik bongsu saya (no.8) yang kawen taun lepas yang saya tak balik bersama baby Ilham (A'am)


Ni adik bongsu perempuan (no.7) yang kawen sempena syawal yang lepas


Ni laki dia tengah akad nikah..semua pun dah jadi cougar sebab laki memasing lebih muda 5-7 tahun.



The pengantin baru....


Abande Juki dan abangde Kamal (tak nampak kepala)


Tukang masak jiran2 sekampung


Bacaan doa oleh saudara


The mempelai dan anak2 buah..kenduri sekarang dah ramai kakitangan sebab anak2 buah dah besar2


The pengantin yang dua2 pun sengih nampak semua gusi :p


Statement untuk tdk menimbulkan fitnah:

Saya balik kali ni, return tiket ditaja pengantin..mungkin beliau membayar hutang2nya hehehe..saya bukan menggunakan "duit kerajaan or rakyat" (pesanan penaja bagi mereka yang sangat suka menilai dan menghukum) untuk asyik balik or melancong..dan saya tdk membazir waktu kerana next week saya InsyaAllah dah submit thesis.

And BTW, I never get scholarship for all my degrees except during my primary school day, dapat RM25 per month Biasiswa Kecil Persekutuan. During my 1st degree saya loan JPA dan dah settle bayar semua sejak lama dulu, my master degree was self paid coz saya buat master sambil berkerja as a Graduate Research Assistant. My PhD is sponsor by LGM (the badan berkanun) and am bound to them for 7 years contract.




No comments: