Ketik

Wednesday, August 15, 2012

Seca sahabat ku....

Apa kabar semua? ahahha..tentulah saya "berkomunikasi" dgn pelawat setia saya ye dop? Sebab saya tau sejak blog ni di-private-kan dan sejak bertukar url sudah tak ramai yang tau dan datang sini hihi...shhh rahsia katanya.

Hummm..tader ilmu or exciting things pun yang dipaparkan kat sini. Cuma rini saya nak bercerita pasal teman baik saya selama 3 tahun kat sini. Nama dia Seca dan umur dia sekitar 19 tahun. Banyak sangat bakti dia kat saya. Dia lah yang menemani saya ke mana saja saya pergi..hampir tiap2 hari dia setia bersama saya. Bergumbira pun bawak dia, gi kerja pun bawak dia, melepak merenung langit pun bawak dia. Pendekata dialah teman sehati sejiwa saya selama ni.

Saya cintakan dia, dan saya tau dia pun cintakan saya juga. Buktinya, kurang sebulan lagi saya dah nak balik for good dia sekarang jatuh sakit. Dah seminggu koma, tak dapatlah saya nak bersama dia lagi...saya tak pasti apakah ini detik2 terakhir hayat dia di detik2 terakhir kami bersama? Oh tak mungkin! Sebab dia belum terlalu tua, masih segak bergaya. Body dia masih solid. Sebelum ni dia tak pernah sakit, selama bersama saya sepanjang 3 tahun ni :(..lagi pun ramai orang minat dan dok usha2 dia bila saya berura2 nak balik dah.

Saya sangat sedih...uhuks! Maafkan saya sebab tak jaga awak dengan baik selama ni..huaaaaa!! Saya tau dia tak boleh menangis, dia tak boleh marah dan dia tak boleh nak ucap selamat tinggal kat saya....dia cuma mampu merajuk...dan akhirnya jatuh sakit. Kesian dia, seminggu lepas sebelum dia jatuh sakit, dia membeku dalam cuaca extreme kat Gatton. Seluruh badan dia diselaputi frost, sedangkan saya dengan riang mengambil gambar dia yang membeku dan tayang kat fb..huaaaa!!

Bukan saya sengaja biarkan dia koma lama2...saya dah usaha bagi "kejutan jantung" kat dia berkali-kali. Tapi dia sedar kejap jer, pastu koma balik. Hari ini, setelah buat appointment dengan pakar saraf barulah saya boleh bawak dia gi klinik pakar saraf tu..itu pun setelah dibagi kejutan pagi tadi...dia masih berjalan dengan lancar walaupun tengah sakit :(..

Esok dah buat appointment dengan pakar electron pula, tapi saya sanggup merayu dengan pakar electron tu untuk bawa dia rini jugak selepas diperiksa pakar saraf tu. Sebab saya takut dia koma lagi pagi esok susah lah nak bawak gi klinik lagi...huhuu..so, nasib baik pakar electron izinkan saya bawa petang ni dan biarkan dia di warded semalaman sebelum dapat diperiksa dan dirawat esok..Alhamdullillah...harap dia kembali sihat dan tidak terlalu bersedih kerana saya akan meninggalkan dia tak lama lagi. Saya yakin, kerana saya akan serahkan dia kepada sahabat baru yang insyaAllah akan jaga dia dengan lebih baik.

Saya tak boleh bawa dia balik, sebab sekarang saya tengah cari teman baru hihihi....







Haish! Dia sebenarnya adalah kereta Toyota Seca saye.....uhuks!


No comments: