Ketik

Wednesday, August 01, 2012

Terkilan

Ok seriously semalam saya frust tertonggeng2...sebabnya hajat nak beli kereta Mazda 3 neo sedan kat sini dah tak boleh jadi kenyataan. Kereta tu kena berpolisi insurance (REGO a.k.a roadtax) Oz selama minimum 9 bulan baru boleh ship balik Malaysia..padan muka ku, last minit baru nak berhajat :'(

Kenapa nak beli sini? Sebab seriously harga dia 1/2 lebih murah dr kat Malaysia..mana2 kereta pun..campur kos shipping pun masih jauh lebih murah. Ada AP student pula..sangat terkilan tak guna. Padahal sejak taun lepas dah usha2 Mazda 3 tu..Skang tgh berura2 kena beli kereta, so semingu lepas dah siap survey Honda City, Honda Jazz, dan Mazda 3..sekali kawan cakap "Maya tak layak..." memula dia kata sebab saya tadak duit..sepetang. Then  baru dpt tau condition kat atas tu. Terus tadak mood sepanjang petang bawak ke malam.

Kalau saya nak teruskan juga hajat berkereta Mazda 3 neo kat Malaysia harga dia RM100K+++, kalo buat loan interest 4 selama 5 tahun dgn d/payment seminimun RM10K, sebulan RM1800++. Total semua saya dah rugi sekitar RM40K. Korang tau RM40K tu memacam boleh buat. Saya boleh buat banglo kat Pasir Mas....:'(. Sampai pencen pun saya masih tak mampu nak pakai Honda..kecuali Honda cup CDI tayar dua yang byk berjasa seluruh adik beradik tu. Yang memacu permulaan hidup 4 dari kami..kejap lagi kena kasi anugerah jasa sepanjang zaman.

Nampaknya dah takder rezeki, sekarang hanya mampu berangan supaya PR menang GE..katanya nak hapus cukai kereta..kalo camtu 1 undi bertambah untuk kalian...akhirnya saya terjatuh dari Istana Pagar Ruyung.. hah!..tanahair tetap tanahair..kerajaan bukan tanahair. Sesapa pun govern, ada aku kesah? Ya kesah kalo benda yang mengadilkan dan agih samarata kemakmuran saya sokong belaka..tetapi segala alasan untuk kepentingan sendiri tak boleh diterima. Saya bersama org2 yang ingin maju ke depan..hiks! Tapi kalo dorang tak tunai manifesto penggal depan tukar plak..wahhaaa!.

Saya kena datang oversea lagi nanti nih..tak kira la untuk berkerja ke berkawen ke :p..Tapi ke lain negara pula...semata2 nak beli kereta dan sebagai membalas dendam saya kena beli Mercedes or kereta2 mewah berCC besar yang lain!

Update:


Okay...setelah baca blog ni, sebenarnya AP pun bukan free cukai 100%! Ikut kadar harga dan tahun manufacture kereta. Mamat ni kena cukai RM 36, 126. Ermm campur tolak darab bagi semua walhasil final price jadi hampir serupa..penat lelah urusan shipping documents dan administrative segala..aduyai..So, sekarang hati saya kembali tenang..REGO sini pun setahun dah AU700+ kalo kena beli 9 bulan awal, so beli di Malaysia sajalah kalo setakat Mazda, sambil memajukan ekonomi negara sendiri..sib baik road tax kita murah jer...I love my country! :D

2 comments:

~dalamdiri~ said...

lee..ruginya...

Maya said...

Hmm..skang tak taulah rugi ke idok hehe..kalo Mercedes dan rakan2 maybe rugi lah kalo tak beli