Ketik

Monday, July 16, 2012

Oh No!..Artis itu

Okay, banyak benda berlaku sepanjang seminggu dua ni. Tapi malas nak cerita sebab sedang berusaha untuk menjaga privacy diri dari masa ke semasa..dush!

Hari ni nak cerita pasal topik boring ni. Sebelum tu nak tanya korang ni tergolong dalam kategori artis chaser ke tak? Nampak Justin Beleber terjerit2 histeria ke tak? Saya tak... Nampak artis saya tengok sekali pandang jer "oh si polan" then saya khusyuk dengan urusan sendiri. Mungkin sebab saya rasa saya lebih "glamour" dari dorang kowt? hahaha..tidak lah begitu. Cuma saya rasa status saya jauh lebih tinggi? Mungkin juga..Oh no..Hiks...saya pun pernah masuk TV, berita TV9 interview McD KD..masa tu jawab interview macam ala2 kerek jer..tak suka makan warung konon lauk2 dah dibalik org basi la hapa lah..haha serius FAKE! Malu jerk bila org kampung tengok. Well saya juga pernah masuk Majalah jelita..glamour la kan? Hehe...kembang kempis la lubang idung bila jiran tayang majalah tu kan..

Kalau terjumpa para artis especially sekitar Kota Damansara, maklumlah saya tinggal area situ..Oh no! Saya pandang sekali jerk, tapi dorang yang pandang saya sekali pastu terkebil2 tak paling ke lain lagi. Mungkin kah saya cantik? Oh no!...atau mungkin sebab mereka (terutamanya golongan yang agak alim-termasuk bkn artis) tak mau pandang kali ke-2 kerana pandangan pertama itu rezeki, pandangan ke-2 itu panahan syaiton..Oh no! Haha..perasan ke? Daik aihh :p..or mereka/dia si artis heran kenapa saya tak excited? Kerana diriku well known as selamba dan sukar dimegerti dan mengerti. Jarang org tau diriku juga senang menangis :(

Okay mari kita senarai dulu siapa yang saya pernah terserempak..Kuza, Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, Yassin anak Dr. Sulaiman, Waheeda, Imad, Amy search sekeluarga, Jalil Hameed sekeluarga, Hairi Othman, Hamidah Wahab..pelakon drama kanak2 ..ermm sapa lagi yerk? Well, saya terjumpa mereka pun kat area2 awam macam kat kenduri adik, stesen minyak Petronas, McD, Vennice St The Curve, bank or even pasar malam, kedai runcit dan gerai goreng pisang tepi jalan :)..dengan muka pucat tak ber'Mc-Up.


So moralnya, no point nak kejar dan terpekik histeria bila jumpa artis..mereka pun manusia biasa cam kita. Mulia tak mulia status kita, kita sama2 mencari dana dan membina kehidupan dengan cara dan lorong masing2..halal haram tergantung niat dan cara, urusan dengan Dia yang di atas...itu saja beza kita.


Budak2 yang histeria dgn Beiber mesti bila dah dewasa esok2 kalau2 ter-rewind acara histeria mereka akan berkata...OH NO! sambil gigit 8 jari


Hehehe...itu saja update  kali ni. Sibuk nak kejar due PhD..doakan saya maju jaya selalu...tak glamour takpa asal cukup makan minum pakai diam :)




No comments: