Ketik

Monday, July 09, 2012

Kembali ke desktop

Alhamdulillah sudah kembali lagi ke desktop hari ini. Tapi belum dapat gear lagi. Sampai malam sabtu dijemput Ursula dan suaminya di BNE airport kendian bermalam kat umah mereka 2 malam sebelum ambik intercampus bus seawal jam 6.20am tadi. Kemaren sempat temankan Ursula shopping dan sempat sambar barang selai dua hihi. Malam pulak masak dinner tuk dorang. Malaysian dishes dari bahan2 yang kami beli di Inala lepas balik shopping di DFO. Masak beef black paper + kerabu mangga + kari beef dan whitting steam. Konon nak kasi pedas sket masukkan chili dlm semua masakan. Hasilnya saya yang terberak2 tapi dorang okay jer..

Iskh! Terkilan juga ni tak dapat jumpa bonda tercinta, tapi tak mengapalah tak lama lagi akan balik selamanya.

Conference tempohari telah present oral paper dengan jayanya alhamdulillah. Seramai ~500 peserta, separuh drnya dr oversea dr ~ 70 negara. Ada 100++ oral paper dan ~200 poster. Bila tengok balik video yang dirakam kawan rasa tak puashati sesungguh. Dan ada professor dari UPM makcik yang pernah saya soal masa MSPP 2007 kat Sabah dulu komen suara saya pitching tak cukup, perlahan dan susah nak tangkap tapi your speech bagus kata dia. You have a good future dan suggest saya join universiti. Err..universiti?? Tak boleh rasanya sebab tak reti langsung nak mengajar student. Yang penting malam tu masa gi dinner kat Istana Bamboo, Daryl tanya puas hati tak, saya cakap tak puashati tapi dia cakap dia okay jer dan dia paham apa yang saya sampaikan.

Ermm..makcik tu tanya banyak soalan jugak pasal dia buat topik serupa dalam orked, dia ada suggest buat regression analysis dll..saya gitau saya dah ada semua tu, tapi tak present semua sb nak publish kat peer review paper. Huhu..macam membalas balik jawapan dia pada persoalan yang saya utarakan masa MSPP dulu. Dia present pasal taugeh tapi rahsia2 tergantung dia punya presentation. Bila saya bangun tanya, dia jawab "Rahsia". Seminggu sblum conference ada gitau Daryl kalo ada orang tanya lebih2 saya akan cakap "rahsia" dan bagi contoh makcik tu. Daryl cakap org tu mesti dari uni yang cikai, as UQ representative you tak boleh buat gitu..tak profesional kata dia. Tak sangka kami jumpa di conference tu hehe..So saya gitau Daryl "I pay her back" hahaha..gurau2 jer. tapi tak jumpa pun Prof Dr. Zainon dan Prof Madya Dr Ismanizan yang awalnya dlm teknikal komiti. Cari2 nama dan dorang tapi takder, semua yang hadir tak dikenali kecuali makcik tu.Hari makan durian baru jumpa Engku dan Ummi. Kawan lama masa kat UKM.

Neway, seronok jugak balik dapat makan durian, dapat makan kat Seoul Garden, nasi ayam, nasi kerabu, rojak buah dll..sampai naik lah kilo, entah berapa berat badan lani :p. Sempena nak Ramadhan kurang lebih 2 minggu lagi, bawaklah buah kurma madu sedekah kat kengkawan sekotak sorang.

No comments: