Ketik

Friday, July 20, 2012

Sesak jiwaku

Heran juga kan kenapa dalam kita dok membazir duit untuk hal2 yang "kurang berfaedah" (*karang ada yang marah) seperti contoh memberi hadiah puluhan ribu or hampir 1/2 juta bg pemenang pertandingan nyayian/raja lawak/dll sewaktu dengannya, masih ramai golongan yang benar2 memerlukan terpinggir. Golongan yang perlu bukan hanya fakir miskin ya, kerana >70 % taraf hidup rakyat kita berada di peringkat pertengahan dan tak terbilang yang kaya raya harta menumpuk numpuk.Yang meminta sedekah di kota2 itu pendatang asing belaka (lambang rakyat kita mampu).

Kalau perasan, selalu ada di fb/twitter or email yang memohon dana bantuan anak atau ahli keluarga sakit dan memerlukan rawatan atau pembedahan segera. Kos perubatan pula semakin mahal. Maukah kita menjadi pengemis untuk mendapat rawatan perubatan seperti di Indonesia (selalu ditonjolkan dlm drama mereka). Rela membiarkan manusia mati dari mendapat rawatan. Benarkah mahal sangat kos perubatan? Kalau sekadar RM35K, masakan tidak ada baitulmal atau yang selainnya menyediakan kemudahan pinjaman/zakat?

Apakah nilai RM35K terlalu besar sehingga ibu bapa tidak mampu? Apakah tiada perkerjaan? Apakah gaji cukup2 makan tanggung? Apakah??? Errmm benar kot! RM35K saya pun hanya mampu kumpul selama ~ 4 tahun itu pun setelah ditolak belanja sekitar RM10K setahun. Itu golongan yang berkerjaya tetap dengan institusi awam seperti saya pada gred semasa saya. Orang bisnes goreng pisang nasi lemak lagi kaya.

Kos sebanyak tu untuk bayar doktor kah atau instruments dan ubat2an untuk rawatan? Kalau hitung kos ubat2an dan maintenance instrument RM35K ++ memang reasonable. Terasa kecik jer jiwa bila hitung2 bab ni, tapi terasa "WAU"! bila johan raja lawak menang RM 1/2 juta..apalagi beli nombor plat sekeping dan taja astronaut ke angkasa (karang ada yang cebik jugak ni)..bersyukurlah diam di negara maju semua subsidi dan ditaja belaka katanya..you never takwil2, tak mengenang budi tambahnya lagi. Harap maklum your view is nothing to do with my aspirations and am not talking about politics and not bias to any parties. You mau sokong sapa non of my business and never feel like you have responsibility to brainwash me..sekian terima kasih.

Hanya mampu mengeluh dan bermonolog sendiri...jangan pernah kita berkira untuk berkongsi rezeki kita dengan yang lain. Dahulukan kaum keluarga dekat, jauh dan akhirnya orang lain. Kerana mungkin hari ini kita lebih kerana itu bukan sepenuhnya hak kita, tetapi mungkin menjadi hak org2 lain yang diberi Dia melalui kita. Bersedekah bukan cuma di bulan baik yang mendatang tetapi sepanjang masa. Moga2 berkat bulan baik lebih lagi tetapi terlebih dahulu haruslah mampu rohani dan jasmani...hati mesti ikhlas.

Apa rasanya andai situasi macam ni terjadi pada kita dan keluarga suatu masa yang tidak terjangka2? Maka elok benar rasanya kita sediakan payung sebelum hujan. Beli insurance ke apa yang patut. Memang duit bukan segalanya, tapi dengan duit kita boleh beli makanan dll. Nak harap tanam or ternak makanan sendiri rumah pun berlantai dan berbumbungkan rumah orang :P...ermmm!

No comments: