Ketik

Tuesday, May 03, 2011

Tak tau cakap apa....

Baru rasa meriah sket hari ni kat sekolah. Parking pun penuh. Semua lecturer dan staff pun dok ada. Happy sket rasa masuk office ada kawan2 hihi..kalo tak aku solo2 jer kat sini.

Semalam Labour Day. Kat sini semuanya tutup termasuk kedai2 hinggalah hyper market. Kecuali cinema lah tentunya. Dek kerana writting buat masa ni dah setel, so rasa bored yang amat. Nak re-fresh minda dan melupakan kepenatan sejenak dua.

So semalam tengok Fast 5 daa...hihi. Sorry Syirah tak ajak kamu, pasalnya ad-hoc je semalam. Pi tengok kat Red Bank kira2 45-50 km dari UQ. Jauh ma...bersinta nak drive semata2 nak mengisi masa terluang. Barulah rasa nak hargai betapa nikmatnya duduk Subang Bestari sepelaung je Cineleisure, TGA, or apa ke ntah satu lagi kat OU tu? Hahhaa...baru 2 tahun lebih dah lupa segala. Rindu weh kat "kampung" I tu..uhuks!

Tapi tak best lah juga sebab tempoh menunggu tayangan terpaksa dihabiskan melepak sambil hirup manggo smooty kat Subway je. Takleh window shopping kedai tutup. Kalo kat negara kita hari buruh ka, hari raya ka..kedai super duper hyper market segala beroperasi.

Bagus untuk pekerja, nampak majikan sangat mengutamakan para pekerja kan? Mungkin juga sebab sini aktiviti cuti dorang ni mancing, picnic, melancong etc...outdoor. "That's not life, this is life" kata iklan BCF (boating, camping n fishing)..

Tak aci kan kalau hari perayaan besar Idul Fitri or Idul Adha terpaksa kerja. Adik aku and lakinya tu..haha konon manager la kan kat farmasi dan kedai 24 h outlet..selalu cuti raya dorang kerja, overtime lagi tu. Peliknya CNY kedai tutup! Apa nak buat, konon bela melayu tapi hakikatnya nasib melayu tergadai di tanahair sendiri...ummm. Itulah akibatnya kalau gila ketuanan tapi takder perlaksanaan.

Cukup2 lah melucah, membunuh, menyuap, mengungkit jasa, memainkan agama, sumpah sana sumpah sini etc..pergi perah idea dan keringat caner nak majukan ekonomi, tingkatkan productivity pertanian, kejuruteraan dan sebagainya. Spital dan pendidikan jangan diniagakan. Asek kejar untung duniawi dan menggendutkan poket dan tummy sendiri dan anak bini, takde output maknawi untuk watan ...ehehe tetiba jer kan? =P

Nak harap melayu cendikiawan profesional balik? Cendikiawan sedia ada pun tak terbela. Mereka tu kebanyakan pi belajar oversea dengan self sponsored. .apa hak nak paksa mereka balik bila pendapatan dan kebajikan mereka lebih kaw2 di luar..Lainlah aku yang disubsidi, kenalah balik. Yer dak? Hahaha...

Oky doky...cakap banyak tak guna, sambung kerja balik :>)

No comments: