Ketik

Wednesday, May 04, 2011

O-sama & O-bama & O-mega

Tikus tak mati tinggal stain darah jer bersepah. mungkin dah cedera patah riuk kaki or tangan dia kena perangkap aku pasang..huhuh kijam pulak bila pikir. Tengok sari dua lagi musti bau mayat tersebar...haish! Geli aku nak pungut nanti, sapu darah tadi pagi pun dah geliiii..yark yark!..

Malam kemaren terserempak kat toilet waktu bangun 3.30am...euww terlompat makcik wa cakap lu...errkk mice yang kecik montonk tuh, mana datang ntah.

Eh aku nak citer ni sebenarnya..ngahaha


Dua hari lepas kecoh berita Osama dah mati. Kat US sana siap buat perhimpunan meraikan kematian beliau, biarpun vatican church melarang meraikan kematian seseorang individu. Siap angkat papan demo bahawa roh para korban WTC sekarang dah aman dah...tak perlu berkeliaran menuntut keadilan lagi. Agaknya roh2 tersebut dah nampak cahaya putih dan pakat reramai menuju cahaya tak? Cam citer Ghost Whisperer tu?? Hehe..punya jahat imaginasi neh.

Pepagi ni pula dengar radio dorang dah suspicious kemungkinan itu cuma salah satu lagi konspirasi barat untuk melihat reaksi orang ramai. Iyalah kan "terrorist" most wanted fugitive. Berikutan gambar superimpossed yang bertebaran di net maya. Malas aku nak buh kat sini muka orang hancur dan berdarah2 tu..menakutkan bahkan hina dan keji nak tunjuk muka orang mati cenggitu.

Ada yang mula ragu2 kalau Osama sebenarnya dah mati sebagaimana diwar2kan US. Mari kita selami bersama, betapa takutnya mereka kepada individu kurus dan tua bernama Osama bin Laden...sejak peristiwa 11 Nov tu nak masuk negara2 mereka ni punyalah sulit tapisan dia. Takut terrorist. Masa gi Jepun dulu siap terbentang bena sebesar2 alam belakang exit kastam perkataan "terrorist" dilarang masuk..gahaaha. Kenapa terrorist yang islam ni nak perangi Jepun? Dah semua takut apa nak kata?

Cuba belek kamus, apa lagi makna terrorist? Ada lagi..freedom fighter or pejuang kebebasan. Disebabkan perkataan tu dah dimanipulasi barat sekian lama, maka tersemat di hati dan minda para orang ramai hinggalah generasi2 baru bahawa, terrorist itu adalah sekelibat perkumpulan orang jahat, pengebom berani mati, pencabul keamanan dunia dan sebagainya. Perkataan assasin pun sama makna tetapi bila sebut assasin kita terjurus kepada makna hero bukan seperti terrorist yang membayangkan sebaliknya.

Pernah dengar tak bahawa peristiwa WTC sebenarnya perancangan terperinci CIA untuk mencipta satu imej buruk kepada dunia Islam. Serangan itu bukan dibuat al-Kaeda tetapi CIA sendiri. Pernah dengar kah beberapa level teratas sebenarnya kosong semasa kejadian. Semua pegawai kerajaan, perisikan dan sebagainya tidak hadir kerja. Yang terkorban adalah pekerja biasa dan rakyat umum yang berkeliaran di kaki lima dan kawasan sekitar. Watak Osama sendiri adalah watak ciptaan barat untuk memerangi musuh tradisi mereka..ISLAM. Tahukah, bahawa bekas tapak WTC kini didirikan masjid untuk umat Islam? Mendapat tentangan umum tetapi kerana itu tanah persendirian maka pihak majlis perbandaran tidak mampu menghalang.

Kalau benar al-Kaeda dan terrorist itu wujud, mereka memperjuangkan kebebasan kerana penjajahan dan peperangan yang tak berkesudahan di tanahair mereka. Termasuk campur tangan kuasa barat terutamanya US yang miskin sumber lalu merompak, mengganas dan mem-busy body kat negara orang. Namun, kita tidak harus menyokong tindakan terrorist yang mengorbankan nyawa2 individu kebanyakan yang tidak bersalah. Peristiwa Bali dan Mumbai juga disabitkan terrorist. Rangkaian "bawah tanah" ini memang wujud. Tetapi atas dasar apa mereka wujud? Jihad? Tak tahu dah nak menilai.

Macam2 la dunia sekarang nih..hingga ada yang kata Obama adalah sebenarnya Osama yang tukar identiti . Osama sebenarnya dah mati 10 tahun lalu sebab cancer dll. Lucunya semalam tengok sedutan berita pengumuman Obama tentang kematian Osama, pemberita tersalah sebut "Presiden Obama was dead...bla3x.." tak sedar tersasul hahahha.

No comments: