Posts

Daffodil: Cinta Bukan Manipulasi

Anda menjalani kehidupan yang stabil. Namun, seperti ada sesuatu yang hilang walaupun secara amnya anda baik-baik sahaja. Anda mempunyai karier yang stabil, rumah dan kenderaan yang selesa. Anda dikelilingi oleh rakan dan keluarga yang mendokong. Suatu hari anda bertemu DIA. Anda seorang yang pintar, terpelajar dan berjaya. Ia terjadi begitu pantas, dan anda membiarkan perkara itu berlaku mengikut arus. Ia benar-benar terasa benar dan natural. Dia tidak pernah merasa seperti itu terhadap sesiapa begitu juga anda. Setelah sebulan berkenalan, anda merasakan kedekatan dan seakan-akan tahu dia adalah bahagian yang hilang yang membawa kesempurnaan dalam hidup anda. Penantian mungkin berakhir di sini.   Dia muncul sebagai pelengkap, yang tidak pernah anda sangkakan akan hadir memberi makna kepada kehidupan anda. Yang telah ditakdirkan, tidak mungkin hanya kebetulan. Anda adalah teman jiwanya, jodohnya cinta sampai hujung nyawa..dakwanya. Dia mahu mula menyimpan wang kerana sudah ada ...

C.U.R.A.N.G

Dalam kereta ke pejabat pagi ni dengar topik di MIX FM tentang "cheating". Kalo semalam topik tentang "will you marry someone for financial freedom". Ironik bila kita sedang dalam sesuatu situasi yang menuntut kesabaran yang tinggi dan buat kita berfikir berjuta kali baik buruknya, kebetulan atau tidak kita selalu merasa setiap topik semasa macam topik di radio ni dan movie semasa semacam ada satu "connection" atau tali hayat untuk membantu kita menghadapi situasi yang berat tersebut. Contoh, time kita dinafikan promotion, org bg syarat papers, paten, inovasi semua sampai kita nangis2 terasa diri sangat tak dihargai dan tak bernilai apabila kita ada semua tu tapi kita tetap dinafikan, bahkan orang lain yang tak ada semua tu dapat pula dengan alasan rezeki tu Allah yang bagi....tetiba tengah tengok cerita Transformers pun terasa macam mengejek2 je situasi kita saat tu. Saya tanak hurai tentang topik semalam tu, kerana sekarang saya lebih berminat dengan t...

Cameo comeback

Sudah sekian lama tidak menukilkan barang sepatah perkataan online hingga skill menulis juga sudah makin tumpul. Sejak pulang dari merantau mencari secangkir ilmu di bumi kanggaru, kehidupan layaknya semakin matang dan secara perlahan-lahan mengasingkan diri dari dunia tanpa sempadan. Menjelang usia 40 tahun, privasi lebih dihargai, mencari damai dan tenang jiwa lebih diutama dan bersahabat dengan alam menjadi rutinasi dari tahun ke tahun. Tidak banyak yang ingin dikongsi kerana merasakan ilmu didada cukup untuk amalan sendiri sahaja. Namun, jauh disudut hati yang terdalam perasaan ingin berbicara itu masih bersisa. Berbicara dengan abjad dan merakam detik waktu nadi demi nadi. Tetapi tiada yang istimewa untuk diketengahkan. Dek kesibukan mengejar KPI kerja (sambil mengejar promotion!), membina potensi professionalism, mengukuhkan tapak kaki berpijak dan melengkapkan apa yang rompong. Kini ku hampir temui segalanya. Ada yang dijangka dan ada yang tidak terjangkakan, tapi itulah...

Freelancer

In searching around for a prospect freelance job for my friend, I suddenly found this interesting online jobs that suit us, whom 99% works with writing, reading, translating, researching and related fields. Not so happy with the money restriction we faced currently leads me to this interesting jobs..wonder why so many students so lazy to think and write until have to hire others to write a proposals, assignments, assays etc. So many companies and commercials bodies require a freelance writer and translator to advertise and introduce their business and products. If to do full-time I might surrender my current jobs that not paid higher enough. Imagine only to write 40000 words ebooks they paid USD2000 (currency rate 4.8)! I write a journal paper for 10,000 words for "nothing" :( The website called "Upwork"

Ramadhan 2016

It has been nearly a year am not writing... It has been nearly 2 years ma return to almighty Allah s.w.t.. Memang cukup lama saya sudah tidak menulis lagi, cuma aktif di facebook dan wassup sahaja. Rutin hidup dan kerja seharian nampaknya menjauhkan saya terus dari aktiviti menulis dan sewaktu dengannya. Tiada perkembangan memberangsangkan pada diri, cuma semakin menua, kekal gemuk dan aktif beraktiviti fisikal seperti biasa. Seminggu lagi Ramadhan bakal bertandang lagi, alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan lagi untuk tahun ini. Masih berpeluang berpuasa, bertarawih dan in syaa Allah cuba cari channel mengumpul pahala amal ibadah sebanyaknya, ingin menggandakan pelaburan dalam saham akhirat aminn.. Sesungguhnya masa sentiasa mencemburui kita. Tidak kita kejar ia tetap berlalu. Begitu lah pentingnya kita mengisi setiap ruang waktu yang ada membina empayar dan harta saham akhirat sementara masih bersisa usia. Mengejar dunia kita lelah, mengejar akhirat kita tid...

Ramadhan dan Rahmat

Bercakap tentang rahmat juga nikmat, keindahan perasaan akan hanya dirasai oleh orang-orang yang sabar dan redho. Sekecil-kecil nikmat akan dirai, waima dapat berak dengan sempurna pun akan terasa betapa besarnya nikmat itu, bersyukurlah lebih2 lagi bagi orang-orang yang mempunyai perut bermasalah penghadaman. Pantang salah makan terus ceri veri macam penulis. Itu CONTOH saja... Nampaknya tetamu kita Ramadhan bakal pulang, saudaranya pula Syawal bakal bertandang. Era 1MDB ni banyak nak kena jimat cermat dalam kehidupan. Baju raya pun belum beli, duit raya anak buah pun cadang nak allocate antara RM2 - RM5 jer..Kedekut makciknya nih. Eh! bukan kedekut..tapi makciknya sedang ada perancangan sangat besar tahun ini. Jadi langkah berjimat cermat itu adalah wajib. Balik raya ke Temerloh saja, mungkin balik kampung ziarah pusara ma, abah, tok ayah, mok, chek dan mek pada raya pertama nanti. In syaa Allah karpul teksi adik. Teksi jer lah..sebab nek teksi jimat banyak! Dia pakai FGV eh NG...

Bahagia itu dari ketenangan hati dan keberkatan rezeki

Benar nikmat yang jitu letaknya pada ketenangan hati dan fikiran. Serta keberkatan dalam rezeki, usia dan kesihatan. Saya merasakan saat ini sedang berada dalam ketenangan yang teramat dan mendapat nikmat rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah tanpa ada hadnya. Walau kadang-kadang, saya sering sakit-sakit ringan, saya anggap ia sebagai suatu medan ma'rifatullah iaitu bagi mendidik diri mengenal Allah melalui tanda-tanda kebesaranNya bagi memberi keyakinan yang mendalam terhadap keesaanNya. Apa saja yang kita kekurangan berbanding rakan-rakan seangkatan mudah kita rasai jurangnya. Namun, sifat bersyukur in shaa Allah akan memberi tanda-tanda kebahagian yang bukan kita sahaja yang dapat merasainya, malah turut di sedari orang-orang keliling juga. Bagaimana? Ya..melalui rasa ketenangan, terlihat senang dan nur yang terlukis di wajah serta perwatakan yang ceria. Bagaimana saya boleh berdialog sedemikian? Kerana apabila kita ke mana-mana sering disapa tampak awek muda sehingga di...