Ketik

Friday, July 10, 2015

Ramadhan dan Rahmat

Bercakap tentang rahmat juga nikmat, keindahan perasaan akan hanya dirasai oleh orang-orang yang sabar dan redho.

Sekecil-kecil nikmat akan dirai, waima dapat berak dengan sempurna pun akan terasa betapa besarnya nikmat itu, bersyukurlah lebih2 lagi bagi orang-orang yang mempunyai perut bermasalah penghadaman. Pantang salah makan terus ceri veri macam penulis. Itu CONTOH saja...

Nampaknya tetamu kita Ramadhan bakal pulang, saudaranya pula Syawal bakal bertandang. Era 1MDB ni banyak nak kena jimat cermat dalam kehidupan. Baju raya pun belum beli, duit raya anak buah pun cadang nak allocate antara RM2 - RM5 jer..Kedekut makciknya nih. Eh! bukan kedekut..tapi makciknya sedang ada perancangan sangat besar tahun ini. Jadi langkah berjimat cermat itu adalah wajib.

Balik raya ke Temerloh saja, mungkin balik kampung ziarah pusara ma, abah, tok ayah, mok, chek dan mek pada raya pertama nanti. In syaa Allah karpul teksi adik. Teksi jer lah..sebab nek teksi jimat banyak! Dia pakai FGV eh NGV.RM 10 jah sekali isi penuh tank. Kalau nek M3 RM 95 sekali isi, pergi balik 4 kali isi campur rendek sana sini, totalnya mau RM500 minyak saja. Dah lah harga minyak naik 11 kali turun sekali jah. Naik diam2 pula tu. Teruk betul mereka dan gerombolan mereka.

Tahun lepas beriftar di Masjid al-Ikhlas saban malam sebab seronok dengan suasana kekeluargaan di situ, maklumlah orang takde keluarga macam penulis memang sangat2 mensyukuri nikmat merasa dikelilingi suasana begitu. Berbuka bersama lebih membahagiakan dari berbuka sendiri, solat berjemaah lebih banyak gandaan pahalanya berbanding solat solo. Namun, bagi perempuan andai keluar bersolat di luar itu lebih banyak fitnahnya maka lebih elok lah solat sendiri di rumah. Selain dapat menghindar momen-momen indah imam baca surah lazim pada gear 1, kalau di rumah dapatlah kusyuk lebih apabila "berbicara" dalam keadaan khalwat dengan Allah. Nak minta dan doa sambil nangis pun tak malu kat sesapa. Dapat tidur awal sebab kadar pecutan solat sendiri itu lebih mirip FF7, eh?! So dapatlah bangun kul 4.30 atau 4.45 am untuk solat malam dan qiamullail, sebelum start sahur kul 5.15am dan kemudian solat subuh terus. Tak yah tidur lagi dah, terus mandi dan bersiap ke opis.

Tahun ni frekuensi beriftar di masjid jatuh menjunam jadi angka 2 jah. Buka di luar dengan kawan dua kali, buka buffet di SACC ulang aktiviti tahun lepas sekali dan buka rasmi pejabat sekali. Selebihnya masak sendiri, makan sendiri, sesekali jemput adik beradik dan anak2 buah datang buka sama. Kadang-kadang sendiri itu juga membahagiakan. Tenang dan damai nikmati hirupan milo panas bersama nestum atau susu suam bersama tamar.

Baju raya belum beli lagi ni (announce sekali lagi). Raya puasa tahun lepas masih dapat beli baju raya dan beraya bersama ma, raya haji dah raya berdua dengan anak buah di Subes saja. Sebab masa tu ma dah takder. Orang Temerloh pula naik haji. Merasa juga lah bersolat Idilfitri di perantauan di Masjid Negeri, masjid biru..meski makmum 70% orang asing termasuk Indo, Bangla, Arab dll. Masa tu terasa juga sedihnya, membayangkan kalau dapat beraya bersama keluarga sendiri, tapi kita tiada keluarga buatlah cara tiada keluarga. Sedih memang sedih tapi kena redho.

Jadinya, Ramadhan sudah mau berlalu..ralat dan sayu juga terasa. Entahkan bertemu lagi di tahun depan? Moga2 bertemu lailaturqodar (macam malam tadi je? Khamis malam Jumaat 23 Ramadhan). Nak mintak dimurahkan lagi rezeki yang dah sedia murah. Dinaikkan pangkat lagi supaya dapat duit lebih nak bayar apa yang bakal dibayar dengan lebih selesa, nak infak lebih banyak lagi dan nak lebih bermotivasi dalam kerjaya dan kehidupan. Lebih-lebih lagi nak mohon dari Ya Wadhuk untuk dipertemukan jodoh yang baik2, menyenangkan mata, hati dan perasaan, punya peneman sisa2 kehidupan yang tak panjang dah, menyempurnakan ibadah dan berkasih sayang kerana Allah Taala. Melahirkan zuriat penyambung warisan, semoga ada yang mendoakan pabila sudah masuk kubur kelak.

Semoga kisah2 pencarian zauj yang haru biru dan merimaskan, menyedihkan dan tak menjadi pada tahun ini dan tahun2 sebelumnya tidak berulang lagi. Mudahan diperkenankan Allah ketemu orang yang benar. Amin...

Wallahuaklam.

Catatan pada siang 23 Ramadhan 1436H

No comments: