Posts

Ermmmm

Mood

Mood------> malam jumaat: 1. Lari atas treadmill macam tikus gebu berwarna warni sambil pakai blouse batek sampai banjir peluh masin lalu mandi 2. Dengar bacaan surah Al-Kahfi di http://www.quranexplorer.com/quran/ sebab nak baca tak buleh 3. Biar TV dok tengok diri sendiri kat living...bosan ASTRO asek ulang tayang 4. Abaikan mesej bff....biarkan 5. Last but not least-----> skodeng fb potential bakal pak mertua, cuba merakam kembali ingatan yang telah hilang terhadap wajah dan kelibat yang pernah ku kenal 11 tahun yang lalu, yang katanya masih cukup mengenal aku..hasilnya....wii! terakam kembali siapa gerangan, hiks...engko ada? aku pun tak dek!  Wallahuaklam... "And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for people who give thought" "And whosoever keep his duty to Allah He will appoint a way out. (2) ...

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi... Hari ini, angan2 saya pada sekitar 20 tahun yang lalu sudah jadi kenyataan..mengimbau kembali detik suatu waktu dahulu saat saya kepenatan yang teramat dan hanya mampu menyeret kedua belah kaki yang sudah tidak berupaya melangkah ketika berjalan kaki pulang dari sekolah sejauh ~ 2 km ke bus stop dan sejauh ~ 4 km dari bus stop ke rumah. Dengan perut yang berkerongcong, seragam basah dan hamis dengan peluh, kelelahan itu menitiskan air jernih di birai mata, hati dan fikiran saya bermonolog sendiri sepanjang2 jalan dan saat itulah saya mula memasang cita2 untuk belajar setinggi mungkin, hendak jadi orang terpelajar, berkerjaya bagus dan seterusnya menebus nasib keluarga yang miskin. Hari ini saya telah menerima surat kelulusan dan tahniah dari Dekan The University of Queensland, Australia..memberitakan secara rasminya saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dan memberikan ucapan tahniah yang tak terhingga untuk pencapaian tersebut. Alham...

Today's mind therapy

Image
Ermm...am so happy today, sebab dapat menghabiskan duit di hujung weekend yang indah hihi..malas nak menaip pepanjang mari I show off apa aktiviti hari ni. Luch cajun chicken grill with mash potato dan garden salad kat Bubba Gump e-curve..besar giler portion salad dan main course dia. Drinks pulak free flow...anak2 below 12 makan for free. Untuk habiskan setiap meal terpaksa berenti beberapa kali barang 5 minit untuk ambik nafas dan beri laluan kepada sistem penghadaman untuk saling bertukar shif dengan mulut dan nafsu yang serakah. My friend order desert lagi jawabnya tersadai terkangkang lah sebelum boleh beransur meninggalkan Bubba Gump tu...hahahaha.  Sudah makan kenyang2 haruslah sambung hunting barang asal tujuan kami shopping today..TREADMILL...iya treadmill, sebab sejak kejadian hari tu I dah tak gi jogging lagi. Fobia terus (apa la makcik pakcik dok nyanyi2 kat astro nun? buruk benar..dah tua2 bawak2 la gi sejid ngaji tambah ibadah..haish! *sayup2 deng...

Dreams become reality

On my next birthday I will achieve the most ambitious and sincere dream I had set since I was a kid and I do also hope for the 1 more dream to comes true. I work sincerely hard and pray desperately hard for it.  May Allah give me what I ask for.....insyaAllah!

Indeed

Image

Kekalkan cuma yang indah

Apabila hati berbicara Mulut terkunci seribu bahasa Walau sepi yang menyelubungi Namun hadirnya menyimbah rasa Walau tidak tampil dengan seribu wajah Namun dia datang dengan sejuta rajah Seninya biar bukan sempurna Tarinya biar tidak indah bertempo Namun melodinya bergurindam asyik dan maranya bisa menggegar jiwa Hanya dengan selembar senyum Bersulam sekilas pandang Debarnya hebat meruntun qalbu Lalu ku simpan rapi dalam lipatan kenangan....  * tak tau kenapa selalu berbunga sejak dua menjak ni? lalalala...