Ketik

Sunday, March 24, 2013

Today's mind therapy

Ermm...am so happy today, sebab dapat menghabiskan duit di hujung weekend yang indah hihi..malas nak menaip pepanjang mari I show off apa aktiviti hari ni.



Luch cajun chicken grill with mash potato dan garden salad kat Bubba Gump e-curve..besar giler portion salad dan main course dia. Drinks pulak free flow...anak2 below 12 makan for free. Untuk habiskan setiap meal terpaksa berenti beberapa kali barang 5 minit untuk ambik nafas dan beri laluan kepada sistem penghadaman untuk saling bertukar shif dengan mulut dan nafsu yang serakah. My friend order desert lagi jawabnya tersadai terkangkang lah sebelum boleh beransur meninggalkan Bubba Gump tu...hahahaha. 



Sudah makan kenyang2 haruslah sambung hunting barang asal tujuan kami shopping today..TREADMILL...iya treadmill, sebab sejak kejadian hari tu I dah tak gi jogging lagi. Fobia terus (apa la makcik pakcik dok nyanyi2 kat astro nun? buruk benar..dah tua2 bawak2 la gi sejid ngaji tambah ibadah..haish! *sayup2 dengar TV kat luar)..dalam dok survey treadmill dengan kesengajaan yang di luar jangkaan kami turut menyambar seat urut OGAWA ni sorang satu..hahaha. Tu free stuff alatan senam untuk kempiskan keboyokan perut tu adalah companion kepada treadmill. Sepatutnya penimbang tapi sebab I dah ada yang lagi canggih dapat measure body mass, bone mass, water mass, kalori uptake dll, so I tukar dengan 2 barang berguna tu. Treadmill next week sampai...yeayyyy!! Kini livingku bakal bertukar kepada gym :)


Then oleh kerana Metrojaya ada bagi voucher RM20 untuk setiap belian bernilai RM150, saya terpaksa dalam rela membeli wedges kaler biru comel ni..comel la kan sebab saiz I berangka 5 jah. Hermm...takder makna kalo kaki saiz 5, tapi baju saiz 12 (42)! Tujuan kumpul voucer sampai RM80 sebabnya nak beli bendalah kat bawah tu dengan harga murah hehe....



Ini....I nak try for the 1st time. Kata orang sangat berkesan. Sejauh mana kesannya tatau la kan..kita tengok nanti. So dapatlah set introduction ni dengan price below RM1K. ..yeayyy! lagi. Seronok habiskan duit ni..dah belajar jenuh2 kerja penat2 wajiblah menikmati ya dok? Rugi korang kalo asek dok simpan duit kumpul harta. Mati esok takleh nikmatinya jugek. So sementara masih muda, sihat, mampu, dan solo ni....nak makan apa makan, nak jalan ke mana jalan, nak pakai apa pakai, nak beli apa beli lah...yang penting kita enjoy dan bahagia :)



Okay, ni wajah2 ku pada rawatan sesi pertama. Pitera mask. Nampak tak aging sign kat wajah asli tanpa mekap tu? Herrmm kalo dah namanya rangtua gini lah uhuks! Mana tau kan lepas habis set SK II tu wajah ku transform jadi macam heroin kat bawah ni? Wajiblah peminat berpusu2 kembali seperti di zaman muda rumaja dulu kan hehehe.




Hokay lah, I nak gi ngadap drama melayu pulak...macam best jer lagu tema yang dok berkumandang nun. Key Bai....



No comments: