Mari Memasak
Hai...hari ini akak nak ajar puan2 masak hidangan yang menyelerakan ini..tengok dulu gambar2 di bawah tu..tergoda selera tak? Haa..akak ni sejak jauh di perantauan semakin aktif mencipta resepi2 masakan baru, jangan tak tau...Ceh! macam Chef Wan pulak lagak :))) Ni namanya Mullet panggang...ikan Mullet ni murah jer, AUD 3 untuk 3 keping. Mula2 puan2 bolehlah perapkan kepingan ikan ni dengan garam, lada hitam, serba serbi rempah yang ada dalam lemari, mana2 sos sesedap rasa..pastu gorenglah dengan minyak yang sedikit..setelah sebelahnya berwarna kuning cantik macam kat dalam gambar tu, bolak balikkan pula di sebelah lagi. Pastu bolehlah hias dengan sayur dan apa2 yang patut... Ok puan2..ini pulak kepala Salmon masak lemak cili api daun kesum..Sedap gak ikan ni, banyak rawan dan omega 3. Pun murah juga nih..AUD 4.50 untuk 2 kepala saiz besar. Selain dimasak lemak, kepala ikan ni juga sedap dimasak kari atau kurma. Ikan ni bukan sahaja special kerana isinya yang berwarna oren, tetapi si...