Posts

Showing posts from August, 2012

Murahati yang teruji...

Kerja tunggang terbalik menangis air mata darah Dari terbit mentari sampai tenggelam mentari Berhempas pulas jerih perih tongkah arus badai hidup Tak miliki apa yang orang lain miliki Kerana sedikit senang menghulur budi Simpati pada yang kurang Borang berisi tandatangan dimateri Luluslah maka sukalah hati Kereta tua harga tinggi Dibantah bak angin lalu Tak kesah sendiri menentu Tahun berganti purnama pun berlalu Girang hati jerih bakal berakhir Peluh diseka impian pun mula dipeta Hadiahi diri sendiri membalas peluh dan lenguh2 Girang hati layak memiliki Seminggu berurusan permohonan dipanjangkan Terkedu nama dicalit noda Sejarah digali disangkakan Satria Berbalas maklumat jurujual dan agensi Rupa Kelisa yang punya angkara Tersenarai tarik Kelisa tersadai Tiga purnama tangguh 3 purnama terlebih terkurang Impian kini bertukar mimpi siang Sabar dipupuk hati dipujuk Nantikan seminggu dua kedepan apa kan jadi Mungkin langsaikan sisa cuci ...

Suap ABC

Image
Ada sesapa nak nyanyikan lagu dan suapkan ABC kat I?? Muehehe....lebih romantik dari citer nustan neh

Tokey kopok UQ

Image
Sudah lama tak meniaga..balik baru ni sebab bawak balik beg kosong, makanya sempat borong satu kartun keropok boleh dimakan selalu ni..tak sempat nak borong barang2 lain, padahal ambik luggage 15 kg, bawa cuma 9 kg haish! So setakat ni dah di-booked 5 paket, kalo dapat 4 paket lagi dah balik modal hihi...tapi modal luggage belum cover nih. Harap by ptg ni terjual 10 paket dapat lah balik semua modal :)

Raya 2012 & Walimah McKak

Image
Salam syawal semua...saya sekarang sudah di Gatton, kembali sibuk menghabiskan sisa2 minggu di sini. InsyaAllah ujung minggu depan submit thesis dan tamat PhD.. Sangat penat trip balik kg baru2 ni, balik dari office jam 4.30pm bertolak ke BNE (~1 jam) ke rumah kak Tikah sampai jer dah lepas maghrib. Mandi2 terus tidur, esoknya pepagi buta jam 3am bangun dan bergegas ke Toowoong untuk ambik bas AAexpress airport pick-up ke Coolangatta airport Gold Coast (~ 1 jam). Excess baggage 2kg, sib baik tetiba muncul pemuda offer nak tolong bawakan barang. Kali ni saya bawak balik 40kg sebab balik for good nanti limit MAS cuma 20kg. Cuaca kurang baik flight turbulence & jet lag biarpun seat sebelah dikosongkan tapi tak dapat tidur jugak sebab travel siang. Sampai KL kul 3.10pm dijemput abangde Juki terus balik ke Pulapah N.9. Lepas solat raya esoknya baru balik Kelantan via Pasir Puteh sb singgah rumah mertua abang dulu..sampai kampung sekitar lepas isyak sb banyak menyinggah tepi jal...

Free dan bosan

Image
Hai..kuncu2 ku sekalian...sihat hari ni? mesti semua dah mood raya nih, yer la tinggal 2 hari lagi kan? Betapa sebentarnya rasa masa berlalu, serasa baru semalam Ramadhan bermula rupanya menjelang 3 hari lagi dah pergi meninggalkan kita kembali...semoga diberi kesempatan untuk bertemu lagi di tahun hadapan :) Neway, terlupa pula nak cerita outcome 3MT kan? Hehahha...malas nak dikenang 3MT sebenarnya sebab saya sgt frust pada hari kejadian. Sampaikan video yang direkod kawan pun saya tak tgok sampai la ni. Insiden tu sangat buat saya frust tertonggeng2...Bukan salah saya, tapi salah teknikal. Saya peserta ke-2, timing dan arrangement tdk diuruskan dgn lancar. Selepas peserta pertama selesai bagi talk, tetiba time saya judges mintak short brief ttg siapa advisors dan berapa lama enroll. Sesudah brief serba sedikit, saya tengok chairman dan tengok timing dah gerak di screen laptop..so saya terus sambung dgn talk saya dah hampir separuh jalan. Tetiba chairman kata, belum start! Cish! ...

I am NEARLY there!!! Alhamdulillah

Di sini saya kongsikan petikan yang belum diedit....hehe, now I am at the end of my so called "dreams" (tak termasuk dreams yang lain...yang hanya mampu pergi tidur untuk mencapainya ..mesti korang tgh pandang my profile kat sebelah kanan :p) Acknowledgements I would like to express my greatest appreciation to Prof. Daryl Joyce for his enthusiasm and aspiration as my principal advisor for the first 2 years and as co-advisor in the final year of my PhD enrolment. He is my professional development guru. I am thankful to Dr. Madan Gupta and Dr. Dough George for being in my advisory team and read my draft thesis. I extend my great acknowledgment to Dr. Donald Irving to his passion, inspiring aptitude and patient to proofread and critically reviewed this thesis.  I am deeply appreciated Mr. Allan Lisle and Ms. Hashima (MRB statistician) for helping me discover the greatness of statistical tools in interpreting the scientific data. A huge appreciation to the Malaysi...

Seca sahabat ku....

Image
Apa kabar semua? ahahha..tentulah saya "berkomunikasi" dgn pelawat setia saya ye dop? Sebab saya tau sejak blog ni di-private-kan dan sejak bertukar url sudah tak ramai yang tau dan datang sini hihi...shhh rahsia katanya. Hummm..tader ilmu or exciting things pun yang dipaparkan kat sini. Cuma rini saya nak bercerita pasal teman baik saya selama 3 tahun kat sini. Nama dia Seca dan umur dia sekitar 19 tahun. Banyak sangat bakti dia kat saya. Dia lah yang menemani saya ke mana saja saya pergi..hampir tiap2 hari dia setia bersama saya. Bergumbira pun bawak dia, gi kerja pun bawak dia, melepak merenung langit pun bawak dia. Pendekata dialah teman sehati sejiwa saya selama ni. Saya cintakan dia, dan saya tau dia pun cintakan saya juga. Buktinya, kurang sebulan lagi saya dah nak balik for good dia sekarang jatuh sakit. Dah seminggu koma, tak dapatlah saya nak bersama dia lagi...saya tak pasti apakah ini detik2 terakhir hayat dia di detik2 terakhir kami bersama? Oh tak mungkin! S...

Goody bag

Image
Sejak dua menjak ni banyak sgt event kat Gatton n kat UQ sendiri..kat town saja rasanya sekitar 5-6 kali dlm taun ni. Ada fun fair, ada horse riding, drag racing, fun run for cancer dan memacam lagi. Tapi satu habuk pun tak menjoinkan diri apatah lagi jenguk, cuma pandang sambil lalu pergi balik uni-rumah jer..kuar jam 6am balik jam 6.30pm, sebuk katanya. Memang tak mingle ngan locals langsung. Dunia hanya rumah-kereta-opis-kereta-rumah..huuuuu Dan tu goody bag kat atas tu nasib jer semalam OTW balik dr ofis Daryl dan ulang alik cari Madan dan Leanne terdengar org nyanyi2. Pastu ku cari2 punca nyayian tu, rupanya ada event kat depan hahaha...hari selasa lepas pameran segala yang berkaitan dgn pet...bertapa kat opis sampai tak tau segala peristiwa di luar bangunan. Dah banyak kali juga terlepas event dan terlepas goody2 bags..bermakna nilah goody bags yang pertama (rasanya) yang paling banyak hadiah kat dalam ku dapat.  Commenwealth Bank ada kasi yo-yo, botol air dan pen...

Raya

Image
Dah tengok dah iklan raya taun ni? Mujurlah dimuat turun si Akbar kalo tak pun tak tengok lagi..Best juga iklan tu, produk Petronas yang satu2nya bukan karya arwah Yasmin Ahmad..tambah terkesan sb situasi latar belakang dia ada la sikit kena mengena dgn org yang merantau ni :)..Walaupun raya tahun ni buat pertama kalinya akan disambut bersama kaum keluaga setelah 3 tahun beraya di bumi down under...pasti tahun ni tambah meriah sebab ahli keluarga makin membesar dgn pertambahan anak2 buah..anak sendiri kalau ada rezeki insyaAllah.. Kita layan Raya 2012 advert.. ni, hero pun sangat hensem tue

Life lesson no 2

Right now am thinking just to say something....how I learn a lots from my life experiences. The most important lesson that none of any school or university can teach. People comes to our life in every occasion and every condition. Some come with blessing and many others come to give us a lesson. I am not easily remember peoples name or an event, except those who leave their autographs in my heart. Who share their love and care, offer me hands and their heart without returning expectations. I wonder why so many people are really enjoy to be judgemental, misunderstood or sometime talking bad behind. Not only makciks loves to gossip like what we always see in Malay drama. But also, office or PhD's holder community. Human will remains as a human. No body is perfect. I never ask others to change, and I never get it why many certain people feels like they are truly right and shameless asking others to change. Deep in my heart, I will sometime thinking...am I engaging with something...

Andaiku bercinta lagi

Image
Dlm dok buat kerja sambil layan youtube tetiba terjumpa lagu ni..melodi dia macam lagu2 popular 90an. Ada macam wings, macam Melissa dan semuanya..lagu2 zaman puberty blues :) Layan!!

Terkilan

Ok seriously semalam saya frust tertonggeng2...sebabnya hajat nak beli kereta Mazda 3 neo sedan kat sini dah tak boleh jadi kenyataan. Kereta tu kena berpolisi insurance (REGO a.k.a roadtax) Oz selama minimum 9 bulan baru boleh ship balik Malaysia..padan muka ku, last minit baru nak berhajat :'( Kenapa nak beli sini? Sebab seriously harga dia 1/2 lebih murah dr kat Malaysia..mana2 kereta pun..campur kos shipping pun masih jauh lebih murah. Ada AP student pula..sangat terkilan tak guna. Padahal sejak taun lepas dah usha2 Mazda 3 tu..Skang tgh berura2 kena beli kereta, so semingu lepas dah siap survey Honda City, Honda Jazz, dan Mazda 3..sekali kawan cakap "Maya tak layak..." memula dia kata sebab saya tadak duit..sepetang. Then  baru dpt tau condition kat atas tu. Terus tadak mood sepanjang petang bawak ke malam. Kalau saya nak teruskan juga hajat berkereta Mazda 3 neo kat Malaysia harga dia RM100K+++, kalo buat loan interest 4 selama 5 tahun dgn d/payment seminimun RM...