Posts

Showing posts from June, 2013

Cerita Umrah

Image
Sudah hampir seminggu balik dari umrah dan saya masih demam serta batuk. Memang sangat meletihkan. Takder daya nak bercerita details kat sini saya sharekan kembara 2 minggu ke tanah suci Mekah dan Madinah. Katanya gambar mampu menceritakan segalanya...key mari kita jelajah random pic ni.. 1. Kami lepak menunggu ahli kumpulan yang belum selesai umrah wajib 2.  Kami berihram di miqat (3) 4. Jalan balik ke hotel dari masjidil Haram 5. Jus segar yang sedap 6. Suasana masa di airport Jeddah waktu nak berangkat balik * Tak pasal2 kastam Arab Saudi ajak saya kawen masa check out, bila kata tak nak panjang berjela dia memujuk...gediks! Makcik2 bujang lain pula tolong "I do" kan bahahaha 1. Di perkarangan masjidil Nabawi 2. Di halaman masjid Quba' (masjid pertama dalam sejarah Islam) 3. Di hadapan pintu King Abdul Aziz (pintu 1) Masjidil Haram Mekah 4. Di kawasan Kaabah sekepas tawaf sunat Di ladang onta, saya tak berani nak minum susu onta ...

Entah apa dan bagaimana?

Minda dan jiwaku berperang hebat. Andai aku punya pilihan ingin sahaja aku memilih. Antara antah dan beras, antara permata dan kaca aku tak mampu meramal. Namun hakikatnya aku tidak punya pilihan. Masa lalu dan sejarah lalu yang ku kutip setiap hikmah dan pelajaran tidak mampu aku adun dan hadamkan menjadi mukjizat. Buat panduan untuk aku terus mena’akul asbab. Apakah ini sekali lagi ujian buat aku? Supaya aku benar-benar berserah dengan kuasa Nya sang pencipta. Antara materi dan spiritual, sejujurnya mana pilihanku? Andai materi yang ku cari, aku sudah punya sekadarnya.  Bekalan cuma semasa hidup, tidak boleh aku bawa mati. Hidupku juga tidak boleh terus pincang, mengharap Rasullullah s.a.w ataukah khalifah hati menungguku di pintu syurga. Menanti hadiah amal zuriatku setelah aku tiada ataukah bekalan sendiri yang tidak seberapa. Melipat ganda pahala ibadah menyempurnakan iman ataukah pelosok khudrat yang aku harap? Meniti warna warni hari depan dengan senyuman ataukah kusam ...