Posts

Showing posts from December, 2010

Esok Tahun 2011

Hari ni dah penghujung 2010 yer kengkawan..uh, kejap jer masa berlalu kan..Neway di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru lah. Aku juga nak mintak maaf kalau2 entry2 aku selama ini macam tak berapa semenggah hehe. Kalau ada yang baik tu alhamdulillah..eh macam sayu pulak nak meninggalkan tahun 2010..eceh :p Aku jugak nak mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yang selama ini sudi mengikuti dan membaca blog yang tak glamer nih :p. Ada komen2, ada teguran2 dan ada pesanan penaja yang berguna aku hambek semua..hihi, Tocey2x Okey sini aku nak share skit pencapai yang tak seberapa yang tak layak digelar pencapaian untuk 2010 dan resolusi a.k.a doa untuk 2011. Pencapaian suka duka 2010 1. Aku dah 2 tahun kat Australia 2. Aku dah tak kena karen lagi di musim summer 3. Aku tak berdarah hidung dan pecah2 jari lagi di musim Winter 4. Aku berjaya mensemakkan bumi UQ dengan species Acacia 5. Tahun ni aku cuma servis kereta sekali jerk..pasal aku nak tunggu cukup millage tapi tak cukup2...

Bola Bola Bola

Image
So, Malaysia menang Piala Suzuki!! TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya. MANTAP.....Upin Ipin sila kembali ke tanahair dan tukar persalinan merah putih biru kuning, dan laser...huhu ntahapa2x. Kekal kan prestasi, mansuhkan kontroversi :)

Blackberry Package with Optus

Image
Assalamualaikum adikakak sekelian..jarang benar nak bagi salam dalam entry2 sebelum ni..;P Ini nak promote sket..especially K. J yg dah lama tak jenguk sini :). Hari ini aku sgat sukacita lagi sekali. Pasalnya baru dapat bil pertama nih...punya la manyak BB downloads yang dicajnya sampai $114.76. Tetapi..ha akan tetapi...di sebabkan plan ni akanq transfer dari prepaid yang berbaki $ 90 (kumpul 3 bulan punya value). Maka nilai $ 90 itu sudah diselamatkan yakni tidak hangus begitu sahaja berbanding prepaid yg kalo tak di top up at least sehari sebelum due. Takper lah walaupun bonus $180 sebulan tu tak ditransfer pun. Ada baik jugak prepaid tu.. selalu guna bonus $ 180, bonus sms $ 48 dan bonus2 lain lagi tu * tak ingat pun tak pernah habis guna (kecuali risiko hangus kalo terlupa top up..ngee) Dengan plan BB purchased atas talian nih kita juga menikmati free delivery fee, dan 2months free excess fee yang mana akan dideduct dalam bil bulan ke-2 dan ke-3 nanti..means, selama 3 bulan ni, ...

Kisah Rumah

Akhirnya hari ini aku merasa tersangat lega...lega kenapa? Hihi...sebab tadi aku gi LJ Hooker realestate hapdek kesah rumah tu. Aku sebenarnya dah tak sabar2 nak pindah. Aku ni agak penakut sebenarnya (kontrol macho jer..eh macho enh bukan ayu? conpius)...Segala pintu dan tingkap aku kunci, sampai batang kunci aku patah. Bila dah patah aku takleh kunci pintu bilik lagi..tidur memalam aku sendal ngan 3 bijik bagasi + rak besi aku tuh..aku dah pack barang segala siap untuk pindah hahaha.... Aku jugak kadang letak pisau tepi katil. Jangan nko anggap remeh yer...nyawa aku, kesucian aku adalah aset terpenting..Yuhu!. Kemaren aku perasan pagar belakang robek dowh, anjing orang belakang masuk dan kencing merata (tanda daerah lah tu konon)..sampai tempat mesin basuh aku pun nko kencing tolol gila :p. Then bila dia menyalak dan tenung aku, aku tenung dia balik sampai "ingyui3x"...pusing belakang dan blah..muahaaha..haish! mmg tak selamat lagi stay kat umah tu. Semalam bila aku masak n...

Warkah Buat Suami

Assalamualaikum suamiku, Pertama sekali terima kasih kerana mengangkat martabatku sebagai isterimu. Memuliakan aku sebagai suri menemani setiap hayat mu. Sekalung terima kasih juga aku pamitkan, atas kesudian mu mengiringi perjalanan hidup ku. Bahagia dan derita yang kita lalui bersama... Kau menyempurnakan aku. Di warkah ini, aku cuma ingin berbicara pada mu suamiku. Aku ingin katakan padamu, belaian sayang mu di ubun-ubun ku itu, menghapus segala resah ku. Renungan kasih di mata mu meniupkan bayu damai di hati sayang ku. Sentuhan jemari mu yang hangat pada telapak tangan ku itu, menggugurkan separuh kebimbanganku. Bisikan suaramu mengulit mimpiku..Aku ingin menghela nafas damai dalam pelukan mu. Tetapi suamiku, andai aku tidak sempurna. Andai kasih ku tidak terlihat. Andai aku terlupa memperhatikan mu di saat-saat kau memerlukan aku duhai suamiku. Maafkan aku, aku khilaf. Bilamana aku tidak mampu menyajikan makanan terlazat buat santapan mu, andai aku tidak selalu bersedia melayani m...

The meaning of beautiful...

Ayark!!! Peminat lama?

Ayark!!!!....aku nak gak decleare sesuatu... Sesuatu yang tak pernah terpikir, sebenarnya berlaku...antara nak percaya? tak mo percaya? Tetiba member sekolah menengah aku dulu hari ni gitau dia pernah suka kat aku dolu2... Waktu tu kitorang sekelas dalam tingkatan 4 dan 5. Dia budak baru pindah dari sekolah lain masuk kelas kami. Ni gara2 fb lah ni..huahuahua. Jumpa semua kawan2 lama. Pernah ternampak aku beberapa kali selepas habis SPM, tapi aku tak perasan dia..Kata dia, dia frust masa tau aku konon dah "bekwoh" dulu2...huhu. Pertama kali waktu masuk ke sekolah kami, dia terpandang aku..pastu rupa2nya sekelas. Dia declare cakap dia "cair" dengan senyuman aku?? Yang menurut dia Ya Rabbi, manis!! (dia kata bukan aku kata..ngeh3x). Toing!..wey, dulu budak ni tak pernah pun tunjuk yang dia suka kat aku. Cakap sikit2 jer. Then setelah 16 tahun, dia declare dia menyesal tak pernah berani nak tegur aku, bengong katanya sebab pemalu sangat. Aku cakap kat dia..tak bengongl...

Kalau bercinta..Terima dia seadanya.....

Nah, aku bawakan lirik lagu Bruno nih untuk tatapan semua..kalo2 sudi nak menatap :p. Hari tu cuma tampal video jerk..kalo2 ada yang "tak paham" maglish lah kannnn Buat sesaper yang DAP (di alam percintaan di luar sana..or yang dah hampir nak basi sb dah lama sgt bersama waimo belum kawin or dah kawin)..mari re-charge chenta kita, dan mari renung2kan bersama..kalau takder dia di sisi, apa kita rasa? Biarpun dialah yang paling meluat, yang paling mengemaskan, yang selalu kita dok gaduh tumbuk2 dada (eceh cam citer nustan fulaks..haks!), yang kita sepak (buat2 sepak la..jgn betul2..kang kena terajang gangsa baru naya)..bila dia tadek, kita mulalah nak windu2, meleleh2 air mata hidung segala..oopppss!. Menyesal pun dah tak guna. So sementara dia dok ada, dan belum mendelete anda dari kotak jiwa minda dan perasaannya, dek kerana terlampau bosan dan berputus harap dgn sikap anda yang keras kepala batu, hati besi waja (padahal sayang tapi tanak ngaku--> sebab ego ke hapa, tatau ...

Auuww..are you feeling sick for the sicko?

Aku plagiat video ni dr blog Mazidul...speechless, rasa pasembor? rasa rojak? Up to you to think about...what is happenning in my world, my community nowadays? It's nearly back to zaman Nabi Luth...eerr..honestly I don't know what to say...

Mari berkebun sayur

Image
Ni kempen mari menghijaukan bumi...eheh..ada ke sesapa nak bagi Greening Award lagi yer :p.. Tapi kan, anehnya pokok2 kacang buncis dan kacang sepat ni tak tumbuh tinggi dan menjalar seperti kebiasaannya?..Ia cuma separas betis jerk dan dah berbuah! Summer suppost to be growth season?

Desperate for Work?

Image
Pakcik ni receive million hits on the net, his story became the head lines in Australian news and he parade along the motorway with sandwich job advert :)))).......travel from Melbourne to GC just to advertise himself in local radio station. Had been rejected from 426 job application a day and he got over 30 years experiences as a Senior Marketing Exec from multinational level co. He is 50 yr old and only got $50 in the wallet. What a joke?? Hey dude...pada umur sekian, dgn pengalaman yang sekian2...awak patut available to create and offer a job. Bukan merayu untuk menjadi kuli..ngeh2x. Simpanan tu bek buat modal menjadi petani jaya di Australia outback, dari dibelanjakan untuk iklan kat radio, then develop bisnis sendiri, sediakan peluang pekerjaan kpd masyarakat setempat, usahakan local produce dan jual. Hishi..sinis pulak akanq :p Ni sama tak dgn situasi pesara yang menyambung service kontrak setaun- 2 taun kat tempat kita? Hooo...tak sensitip lah :p. Alasan, sebab anak masih belaj...

Persoalan putus cinta dan jodoh....

......‘ cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya ...... http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/putus-cinta-persoalan-jodoh.html#more uuummmm...asek copy paste entry orang jer kan? hehehe...bukan apa, kadang2 rasa macam sama apa yg dipikir dan dirasakan..tapi malas nak tulis panjang lebar..tulisan orang yang berilmu macam ni pulak selalunya lebih mantap..terima kasih kepada ustaz zaharuddin (^!^)

Lagi2 OHS

Sekali lagi isu OHS...penat2 aku cari idea camane nak modify apparatus untuk experiment Kh tu. Dah dapat sepasang rak comel separas ketinggian aku :p..dan2 pulak technition tak kasi aku pakai. Sedey la weyyy...aku dah transfer apparatus dari PH lab yang jauh di ujung dunia sana ke CNF lab selangkah saja dgn opis aku neh. dah pasang siap2 nak mula experiment kemaren, ada ke patut dorang punggah balik ke PH lab sana. Frust gila babas makcik :(...reasonnya apparatus tu tak pass sebab top level aku pakai batu bata untuk support para letak reservoir yg hanya 2L...tak selamat katanya. Caish! Lepas sejam barulah diganti dengan rak yang setinggi 2 M..see langsung tak logik. Mau pengsan lagi aku macam last week sebab panjat2 punggah2 menatang alah air tu...huhu. Sebenarnya si technition ada email my SV, mention ketidakselamatan apparatus yang aku nak guna tu. Dia tanya takder ke solution lain yang lebih selamat untuk aku? Aku pun tatau yang SV ada forward ke email LGM. Tempohari dia kata si tec...

Apa aku buat?..tak tau nak tulis apa daaa...

Image
Petang ni lps prepared barang tuk exp esok dan sesudah submitted report 4th Quarter aku asek la dok dengar lagu dari album Siti nih..sedap pulak :P..sampai 8 lagu sekaligus dok berkumandang berderet. Tapi nak download tak leh la pulak... Ujung minggu kemaren pulak? Hohoho...gi tengok citer ni ha. Sambil layan Ursula yang tengah stress tuh. Citer bebudak, msg ringan2 jer..imaginasi jer belaka tapi aku suka sebab takyah pikir..hihi. Cukuplah hadkan minda untuk pikir study dll tuh...nak jugak komen sket. Lucy dah besar, dah sama tinggi dgn Edmund. Caspian pulak makin hensem. Lebih putih berseri2. Hishi Peter ngan kakaknya si Lucy takder dah..maybe sb dah dewasa. Tak sesuai lagi dgn watak Narnia? Aku pun dewasa tapi aku suka citer2 cenggini. Si Eustace Scrubb cousin Edmund tu pulak very the annoying memula tuh. menci tul aku dgr dialog sarcastic dia ..hahhaa * terlebih emosi sudah..lepas jadi naga barulah berubah :) Pastu lps tgok movie, balik umah sempat lagi wey aku bakar segala love ha...

Xmas party 2010

Image
So it Xmas!!!...ho-ho-ho!..ni lah group kami Centre for Native Floriculture (CNF) under the School of Land Crop & Food Science having xmas party satni kat nursery. Last year tak dapat join coz hari sama ngan celebration Raya Haji. Tahun ni dorang buat lewat sket, so dapat lah join. Tak sangka plak dapat award..hehe. Greening Australian Award lagi, pasal menanam pokok Acacia holosericea kat ladang sana..muahaha, berbaloi2. Pastu dapat hadiah secret santa ni..torch light! huhu..Marg awal2 lagi dah kasi aku nombor cabutan hadiah tu, yang lain2 sumer kena cabut dari mangkuk besar..ingat apalah..rupa2nya lampu besar ni, siap dgn 2 bateri. Ni musti suh aku suluh keliling rumah kalau2 ada bunyi2 misteri..heheh. Sangat bagus hadiah ni :p..tak pun leh aku suluh jalan ke kereta kalau kena stay PH lab lewat2 malam sengsorang..ho-ho-ho mmg berbaloi2 secret santa nih.

Aktiviti semalam....

Image
Wah! Polis Gatton asyik call je selalu..bagi suggestion macamana nak increase security kat umah, letak kunci umah tempat beza, tutup tingkap dan pintu, pasang sendal kayu kat selak tingkap supaya orang takleh buka dari luar, cuba cari security alert gadjet etc...fuh! terasa lah kebajikan di negara orang terjaga sket..am not alone...huhu..at least dorang keep showing their concern walaupun kita bukan citizen. Kecurian di rumah Budi tak pulak, maybe sebab umah dorang berlaku di luar rumah (stor) tapi umah aku kejadian berlaku dalam rumah. Skang pun okey lagi coz Dr. Puan yang datang bergraduasi and sis nya menumpang sementara sampai sabtu ni, so malam ada teman tak takut...ngeh2x Semalam jugak jadi supir bawak dorang ronda2 Surfers Paradise and shopping till drop kat Harbour Town. Sampai kedai tutup jam 7 pm lah dorang jalan, aku pulak terpaksa duduk tunggu kat bangku jerk pasal kaki dah sakit dan sengal2. Neway dapatlah aku refresh minda kejap, pasal dah lama tak outing jejauh ni..sambi...

Year end everythings...

So its December again..selamat tahun baru Maalhijrah juga kepada semua. Banyak juga cerita akhir tahun ni, cuma tak tau valid ke idak nak diceriterakan kat sini..hoho Huummm..tahun 2010 bakal berlalu dalam kurang lebih 3 minggu lagi, then muncul tahun 2011 pula. Pejam celik dah 2 tahun 2 bulan aku kat bumi down under ni..bulan March nanti genap lah 2 tahun pengajianku. So tinggal setaun lagi! Banyak lagi kerja ni woit! SV pulak asek dok tukar dan divert kerja dari milestone asal ke entah ..aku pun tak reti nak describe. Semuanya bersepah sana sini tak organize. Katanya PhD ni eksperiment & data2 tak berapa penting, tapi interpretation data dan sari pati ilmu tu yang kena mastered. Ummm well...tesis kat sini pun max words cuma 8000, muka surat ~ 100 jer. Semua results dan finding kena condense. School pun agak sunyi, ramai orang cuti panjang. Summer break pun 3 bulan, joli sakan budak undergrad nih. Tenang sket tak yah berebut parking space :) Itu perihal study..then ni perihal kehi...

Untuk apa berblog?

Saya menulis blog sejak 2006..dan kebelakangan ni kemunculan penulis2 blog baru ribuan dalam masa sehari. Anak kecil pun sudah pandai berblog, apalagi kemunculan blog2 "sampah" yang menakutkan jiwa raga seperti blog2 gay melayu etc. Beberapa tahun lalu, orang menulis blog kerana mahu mengumpul USD dari adsense, sekarang orang menulis (atau sekadar cipta blog tanpa bahan penulisan) untuk mengejar nufnang. Saya terbaca beberapa blog seumpama, yang hanya mempromosikan blog2 lain untuk sekadar menaikkan hits. Huumm maaf, saya secara peribadi tidak berminat dengan aliran sebegitu. Apa maknanya hits tinggi jika sekadar pop up then tinggal msg di chat box tanpa membaca tulisan yang terpampang? Cukup lah dengan beberapa pengunjung setia di kalangan rakan2. Yang kenal di reality maupun cuma di sini...kawan yang sebenarnya :). Umpamanya "Harimau datang dgn mengaum, sahabat hadir tinggalkan ukhuwah" hehe..kata bidalan baru.. Jujur saya memilih hanya untuk follow blog yang ada ...

Tragedi Cinta Isteri...apabila cinta kita benar2 ikhlas dan suci

Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.... Baca selanjutnya di Genta Rasa ... Nota: Semoga suatu hari kau mengerti rasa dan niat ku.....

7 "UP" untuk berjaya....

1. WAKE UP (bangun) Tidak peduli berapa kali kita gagal, tapi jika kita sentiasa berdaya untuk bangun dan memulai lagi, kita akan berjaya 2. DRESS UP (berhias) Tampilkan kecantikan dalaman (inner beauty), ia jauh lebih bermakna daripada sekadar hiasan luaran yang yang fatamorgana dan bersifat semetara. Miliki hiasan mentalitas yang berlimpah ruah, hasil dari suatu harga diri dan rasa aman yang mendalam. Ia akan menghasilkan kesediaan untuk berkongsi penghormatan, keberuntungan dan kebertanggungjawaban 3. SHUT UP (berhenti berbicara/bermegah) Berhenti bicara tentang kejayaan masa lalu, kini saatnya untuk menumpukan matlamat untuk kejayaan masa hadapan 4. STAND UP (berdiri) Berdiri teguh lah pada keyakinan awal bahawa kita pasti berhasil 5. LOOK UP (pandanglah) Saat merangka sesuatu matlamat, lihatlah ia sebagai telah terlaksana sebelum kita memulainya. Lihatlah semua impian dalam imaginasi seolah2 ia telah pun terjadi. Semoga ia menjadi doa dan keberhasilan di belakang hari. 6. REA...

Rumahku dirompak!....Tired of all this craps

Kemaren rumah kitorang dipecah masuk pencuri. Laptop kesayangan aku hp dv1000 dah kena rembat, bersama2 dgn handphone samsung baru yang sudah hang itu. Sib baik samsung flip yang masih function tu aku bawa ke opis bersama2 dgn blackberry baru nih..Kemaren dulu bb tu tinggal jer kat umah cos belum caj. Sib baik jugak nikon dslr berserta segala eksesorinya dalam beg tak dirembat sekali..jam tangan 3 biji atas meja pun tak diusik..kalau tak mau pengsan aku semua barang2 peribadi kesayangan hilang..sobs2x. Aku tak pasti apa lagi yang hilang, cincin emas aku tak tau letak kat mana..sib baik jugak tak rembat kad kredit Maybank dan IC aku dalam laci meja. Sib baik jugak jarang pakai cash. Kotak kecik terbuka, ada thumb drive dalam, tapi aku tak pasti samada ada barang lain hilang. Polis mintak contact balik kalau dapat track benda2 lain yang hilang... Time aku balik kerja kemaren jam 6 lebih, aku terkejut masuk jer rumah berantakan, pintu bilik terbangkang, tingkap juga terselak luas, pintu d...