Bahagia itu dari ketenangan hati dan keberkatan rezeki
Benar nikmat yang jitu letaknya pada ketenangan hati dan fikiran. Serta keberkatan dalam rezeki, usia dan kesihatan. Saya merasakan saat ini sedang berada dalam ketenangan yang teramat dan mendapat nikmat rezeki dan kesihatan yang melimpah ruah tanpa ada hadnya. Walau kadang-kadang, saya sering sakit-sakit ringan, saya anggap ia sebagai suatu medan ma'rifatullah iaitu bagi mendidik diri mengenal Allah melalui tanda-tanda kebesaranNya bagi memberi keyakinan yang mendalam terhadap keesaanNya. Apa saja yang kita kekurangan berbanding rakan-rakan seangkatan mudah kita rasai jurangnya. Namun, sifat bersyukur in shaa Allah akan memberi tanda-tanda kebahagian yang bukan kita sahaja yang dapat merasainya, malah turut di sedari orang-orang keliling juga. Bagaimana? Ya..melalui rasa ketenangan, terlihat senang dan nur yang terlukis di wajah serta perwatakan yang ceria. Bagaimana saya boleh berdialog sedemikian? Kerana apabila kita ke mana-mana sering disapa tampak awek muda sehingga di...