Apa perasaan sekiranya kita menemui seseorang yang kita rasa okay dan percaya bahawa dialah yang mungkin telah ditentukan Allah untuk kita tetapi dia sebenarnya bukan lah seperti yang kita jangkakan itu. Semua ciri2 idaman duniawi seperti rupa, harta, pangkat dan darjat telah kita tolak tepi demi mencari sebuah kehidupan dan bahagia yang hakiki. Walau kita tahu semua punya kita dan apa yang diberi pada kita di atas dunia ini semuanya pinjaman belaka. Pinjaman sebagai ujian atau sebagai platform untuk kita menjadi insan kamil yang redho dan berserah hanya pada Allah, serta kita mahu jadikan kehidupan itu sebagai talian dan hamparan untuk kita mencapai matlamat sebenar kita di akhirat sana. Kita telah berazam sebelumnya bahawa sekiranya siapa yang datang setelah ini, maka dialah jodoh kita. Kita berusaha mencari kebenaran kepada kehadirannya yang di luar jangka, malah di luar bayangan sempurna yang kita fikirkan sebelum ini. Kita akhirnya ingin mengaku bahawa kekuasaan Allah itu adalah...