Posts

Showing posts from 2010

Esok Tahun 2011

Hari ni dah penghujung 2010 yer kengkawan..uh, kejap jer masa berlalu kan..Neway di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat tahun baru lah. Aku juga nak mintak maaf kalau2 entry2 aku selama ini macam tak berapa semenggah hehe. Kalau ada yang baik tu alhamdulillah..eh macam sayu pulak nak meninggalkan tahun 2010..eceh :p Aku jugak nak mengucapkan terima kasih kepada kawan2 yang selama ini sudi mengikuti dan membaca blog yang tak glamer nih :p. Ada komen2, ada teguran2 dan ada pesanan penaja yang berguna aku hambek semua..hihi, Tocey2x Okey sini aku nak share skit pencapai yang tak seberapa yang tak layak digelar pencapaian untuk 2010 dan resolusi a.k.a doa untuk 2011. Pencapaian suka duka 2010 1. Aku dah 2 tahun kat Australia 2. Aku dah tak kena karen lagi di musim summer 3. Aku tak berdarah hidung dan pecah2 jari lagi di musim Winter 4. Aku berjaya mensemakkan bumi UQ dengan species Acacia 5. Tahun ni aku cuma servis kereta sekali jerk..pasal aku nak tunggu cukup millage tapi tak cukup2...

Bola Bola Bola

Image
So, Malaysia menang Piala Suzuki!! TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya. MANTAP.....Upin Ipin sila kembali ke tanahair dan tukar persalinan merah putih biru kuning, dan laser...huhu ntahapa2x. Kekal kan prestasi, mansuhkan kontroversi :)

Blackberry Package with Optus

Image
Assalamualaikum adikakak sekelian..jarang benar nak bagi salam dalam entry2 sebelum ni..;P Ini nak promote sket..especially K. J yg dah lama tak jenguk sini :). Hari ini aku sgat sukacita lagi sekali. Pasalnya baru dapat bil pertama nih...punya la manyak BB downloads yang dicajnya sampai $114.76. Tetapi..ha akan tetapi...di sebabkan plan ni akanq transfer dari prepaid yang berbaki $ 90 (kumpul 3 bulan punya value). Maka nilai $ 90 itu sudah diselamatkan yakni tidak hangus begitu sahaja berbanding prepaid yg kalo tak di top up at least sehari sebelum due. Takper lah walaupun bonus $180 sebulan tu tak ditransfer pun. Ada baik jugak prepaid tu.. selalu guna bonus $ 180, bonus sms $ 48 dan bonus2 lain lagi tu * tak ingat pun tak pernah habis guna (kecuali risiko hangus kalo terlupa top up..ngee) Dengan plan BB purchased atas talian nih kita juga menikmati free delivery fee, dan 2months free excess fee yang mana akan dideduct dalam bil bulan ke-2 dan ke-3 nanti..means, selama 3 bulan ni, ...

Kisah Rumah

Akhirnya hari ini aku merasa tersangat lega...lega kenapa? Hihi...sebab tadi aku gi LJ Hooker realestate hapdek kesah rumah tu. Aku sebenarnya dah tak sabar2 nak pindah. Aku ni agak penakut sebenarnya (kontrol macho jer..eh macho enh bukan ayu? conpius)...Segala pintu dan tingkap aku kunci, sampai batang kunci aku patah. Bila dah patah aku takleh kunci pintu bilik lagi..tidur memalam aku sendal ngan 3 bijik bagasi + rak besi aku tuh..aku dah pack barang segala siap untuk pindah hahaha.... Aku jugak kadang letak pisau tepi katil. Jangan nko anggap remeh yer...nyawa aku, kesucian aku adalah aset terpenting..Yuhu!. Kemaren aku perasan pagar belakang robek dowh, anjing orang belakang masuk dan kencing merata (tanda daerah lah tu konon)..sampai tempat mesin basuh aku pun nko kencing tolol gila :p. Then bila dia menyalak dan tenung aku, aku tenung dia balik sampai "ingyui3x"...pusing belakang dan blah..muahaaha..haish! mmg tak selamat lagi stay kat umah tu. Semalam bila aku masak n...

Warkah Buat Suami

Assalamualaikum suamiku, Pertama sekali terima kasih kerana mengangkat martabatku sebagai isterimu. Memuliakan aku sebagai suri menemani setiap hayat mu. Sekalung terima kasih juga aku pamitkan, atas kesudian mu mengiringi perjalanan hidup ku. Bahagia dan derita yang kita lalui bersama... Kau menyempurnakan aku. Di warkah ini, aku cuma ingin berbicara pada mu suamiku. Aku ingin katakan padamu, belaian sayang mu di ubun-ubun ku itu, menghapus segala resah ku. Renungan kasih di mata mu meniupkan bayu damai di hati sayang ku. Sentuhan jemari mu yang hangat pada telapak tangan ku itu, menggugurkan separuh kebimbanganku. Bisikan suaramu mengulit mimpiku..Aku ingin menghela nafas damai dalam pelukan mu. Tetapi suamiku, andai aku tidak sempurna. Andai kasih ku tidak terlihat. Andai aku terlupa memperhatikan mu di saat-saat kau memerlukan aku duhai suamiku. Maafkan aku, aku khilaf. Bilamana aku tidak mampu menyajikan makanan terlazat buat santapan mu, andai aku tidak selalu bersedia melayani m...

The meaning of beautiful...

Ayark!!! Peminat lama?

Ayark!!!!....aku nak gak decleare sesuatu... Sesuatu yang tak pernah terpikir, sebenarnya berlaku...antara nak percaya? tak mo percaya? Tetiba member sekolah menengah aku dulu hari ni gitau dia pernah suka kat aku dolu2... Waktu tu kitorang sekelas dalam tingkatan 4 dan 5. Dia budak baru pindah dari sekolah lain masuk kelas kami. Ni gara2 fb lah ni..huahuahua. Jumpa semua kawan2 lama. Pernah ternampak aku beberapa kali selepas habis SPM, tapi aku tak perasan dia..Kata dia, dia frust masa tau aku konon dah "bekwoh" dulu2...huhu. Pertama kali waktu masuk ke sekolah kami, dia terpandang aku..pastu rupa2nya sekelas. Dia declare cakap dia "cair" dengan senyuman aku?? Yang menurut dia Ya Rabbi, manis!! (dia kata bukan aku kata..ngeh3x). Toing!..wey, dulu budak ni tak pernah pun tunjuk yang dia suka kat aku. Cakap sikit2 jer. Then setelah 16 tahun, dia declare dia menyesal tak pernah berani nak tegur aku, bengong katanya sebab pemalu sangat. Aku cakap kat dia..tak bengongl...

Kalau bercinta..Terima dia seadanya.....

Nah, aku bawakan lirik lagu Bruno nih untuk tatapan semua..kalo2 sudi nak menatap :p. Hari tu cuma tampal video jerk..kalo2 ada yang "tak paham" maglish lah kannnn Buat sesaper yang DAP (di alam percintaan di luar sana..or yang dah hampir nak basi sb dah lama sgt bersama waimo belum kawin or dah kawin)..mari re-charge chenta kita, dan mari renung2kan bersama..kalau takder dia di sisi, apa kita rasa? Biarpun dialah yang paling meluat, yang paling mengemaskan, yang selalu kita dok gaduh tumbuk2 dada (eceh cam citer nustan fulaks..haks!), yang kita sepak (buat2 sepak la..jgn betul2..kang kena terajang gangsa baru naya)..bila dia tadek, kita mulalah nak windu2, meleleh2 air mata hidung segala..oopppss!. Menyesal pun dah tak guna. So sementara dia dok ada, dan belum mendelete anda dari kotak jiwa minda dan perasaannya, dek kerana terlampau bosan dan berputus harap dgn sikap anda yang keras kepala batu, hati besi waja (padahal sayang tapi tanak ngaku--> sebab ego ke hapa, tatau ...

Auuww..are you feeling sick for the sicko?

Aku plagiat video ni dr blog Mazidul...speechless, rasa pasembor? rasa rojak? Up to you to think about...what is happenning in my world, my community nowadays? It's nearly back to zaman Nabi Luth...eerr..honestly I don't know what to say...

Mari berkebun sayur

Image
Ni kempen mari menghijaukan bumi...eheh..ada ke sesapa nak bagi Greening Award lagi yer :p.. Tapi kan, anehnya pokok2 kacang buncis dan kacang sepat ni tak tumbuh tinggi dan menjalar seperti kebiasaannya?..Ia cuma separas betis jerk dan dah berbuah! Summer suppost to be growth season?

Desperate for Work?

Image
Pakcik ni receive million hits on the net, his story became the head lines in Australian news and he parade along the motorway with sandwich job advert :)))).......travel from Melbourne to GC just to advertise himself in local radio station. Had been rejected from 426 job application a day and he got over 30 years experiences as a Senior Marketing Exec from multinational level co. He is 50 yr old and only got $50 in the wallet. What a joke?? Hey dude...pada umur sekian, dgn pengalaman yang sekian2...awak patut available to create and offer a job. Bukan merayu untuk menjadi kuli..ngeh2x. Simpanan tu bek buat modal menjadi petani jaya di Australia outback, dari dibelanjakan untuk iklan kat radio, then develop bisnis sendiri, sediakan peluang pekerjaan kpd masyarakat setempat, usahakan local produce dan jual. Hishi..sinis pulak akanq :p Ni sama tak dgn situasi pesara yang menyambung service kontrak setaun- 2 taun kat tempat kita? Hooo...tak sensitip lah :p. Alasan, sebab anak masih belaj...

Persoalan putus cinta dan jodoh....

......‘ cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya ...... http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/putus-cinta-persoalan-jodoh.html#more uuummmm...asek copy paste entry orang jer kan? hehehe...bukan apa, kadang2 rasa macam sama apa yg dipikir dan dirasakan..tapi malas nak tulis panjang lebar..tulisan orang yang berilmu macam ni pulak selalunya lebih mantap..terima kasih kepada ustaz zaharuddin (^!^)

Lagi2 OHS

Sekali lagi isu OHS...penat2 aku cari idea camane nak modify apparatus untuk experiment Kh tu. Dah dapat sepasang rak comel separas ketinggian aku :p..dan2 pulak technition tak kasi aku pakai. Sedey la weyyy...aku dah transfer apparatus dari PH lab yang jauh di ujung dunia sana ke CNF lab selangkah saja dgn opis aku neh. dah pasang siap2 nak mula experiment kemaren, ada ke patut dorang punggah balik ke PH lab sana. Frust gila babas makcik :(...reasonnya apparatus tu tak pass sebab top level aku pakai batu bata untuk support para letak reservoir yg hanya 2L...tak selamat katanya. Caish! Lepas sejam barulah diganti dengan rak yang setinggi 2 M..see langsung tak logik. Mau pengsan lagi aku macam last week sebab panjat2 punggah2 menatang alah air tu...huhu. Sebenarnya si technition ada email my SV, mention ketidakselamatan apparatus yang aku nak guna tu. Dia tanya takder ke solution lain yang lebih selamat untuk aku? Aku pun tatau yang SV ada forward ke email LGM. Tempohari dia kata si tec...

Apa aku buat?..tak tau nak tulis apa daaa...

Image
Petang ni lps prepared barang tuk exp esok dan sesudah submitted report 4th Quarter aku asek la dok dengar lagu dari album Siti nih..sedap pulak :P..sampai 8 lagu sekaligus dok berkumandang berderet. Tapi nak download tak leh la pulak... Ujung minggu kemaren pulak? Hohoho...gi tengok citer ni ha. Sambil layan Ursula yang tengah stress tuh. Citer bebudak, msg ringan2 jer..imaginasi jer belaka tapi aku suka sebab takyah pikir..hihi. Cukuplah hadkan minda untuk pikir study dll tuh...nak jugak komen sket. Lucy dah besar, dah sama tinggi dgn Edmund. Caspian pulak makin hensem. Lebih putih berseri2. Hishi Peter ngan kakaknya si Lucy takder dah..maybe sb dah dewasa. Tak sesuai lagi dgn watak Narnia? Aku pun dewasa tapi aku suka citer2 cenggini. Si Eustace Scrubb cousin Edmund tu pulak very the annoying memula tuh. menci tul aku dgr dialog sarcastic dia ..hahhaa * terlebih emosi sudah..lepas jadi naga barulah berubah :) Pastu lps tgok movie, balik umah sempat lagi wey aku bakar segala love ha...

Xmas party 2010

Image
So it Xmas!!!...ho-ho-ho!..ni lah group kami Centre for Native Floriculture (CNF) under the School of Land Crop & Food Science having xmas party satni kat nursery. Last year tak dapat join coz hari sama ngan celebration Raya Haji. Tahun ni dorang buat lewat sket, so dapat lah join. Tak sangka plak dapat award..hehe. Greening Australian Award lagi, pasal menanam pokok Acacia holosericea kat ladang sana..muahaha, berbaloi2. Pastu dapat hadiah secret santa ni..torch light! huhu..Marg awal2 lagi dah kasi aku nombor cabutan hadiah tu, yang lain2 sumer kena cabut dari mangkuk besar..ingat apalah..rupa2nya lampu besar ni, siap dgn 2 bateri. Ni musti suh aku suluh keliling rumah kalau2 ada bunyi2 misteri..heheh. Sangat bagus hadiah ni :p..tak pun leh aku suluh jalan ke kereta kalau kena stay PH lab lewat2 malam sengsorang..ho-ho-ho mmg berbaloi2 secret santa nih.

Aktiviti semalam....

Image
Wah! Polis Gatton asyik call je selalu..bagi suggestion macamana nak increase security kat umah, letak kunci umah tempat beza, tutup tingkap dan pintu, pasang sendal kayu kat selak tingkap supaya orang takleh buka dari luar, cuba cari security alert gadjet etc...fuh! terasa lah kebajikan di negara orang terjaga sket..am not alone...huhu..at least dorang keep showing their concern walaupun kita bukan citizen. Kecurian di rumah Budi tak pulak, maybe sebab umah dorang berlaku di luar rumah (stor) tapi umah aku kejadian berlaku dalam rumah. Skang pun okey lagi coz Dr. Puan yang datang bergraduasi and sis nya menumpang sementara sampai sabtu ni, so malam ada teman tak takut...ngeh2x Semalam jugak jadi supir bawak dorang ronda2 Surfers Paradise and shopping till drop kat Harbour Town. Sampai kedai tutup jam 7 pm lah dorang jalan, aku pulak terpaksa duduk tunggu kat bangku jerk pasal kaki dah sakit dan sengal2. Neway dapatlah aku refresh minda kejap, pasal dah lama tak outing jejauh ni..sambi...

Year end everythings...

So its December again..selamat tahun baru Maalhijrah juga kepada semua. Banyak juga cerita akhir tahun ni, cuma tak tau valid ke idak nak diceriterakan kat sini..hoho Huummm..tahun 2010 bakal berlalu dalam kurang lebih 3 minggu lagi, then muncul tahun 2011 pula. Pejam celik dah 2 tahun 2 bulan aku kat bumi down under ni..bulan March nanti genap lah 2 tahun pengajianku. So tinggal setaun lagi! Banyak lagi kerja ni woit! SV pulak asek dok tukar dan divert kerja dari milestone asal ke entah ..aku pun tak reti nak describe. Semuanya bersepah sana sini tak organize. Katanya PhD ni eksperiment & data2 tak berapa penting, tapi interpretation data dan sari pati ilmu tu yang kena mastered. Ummm well...tesis kat sini pun max words cuma 8000, muka surat ~ 100 jer. Semua results dan finding kena condense. School pun agak sunyi, ramai orang cuti panjang. Summer break pun 3 bulan, joli sakan budak undergrad nih. Tenang sket tak yah berebut parking space :) Itu perihal study..then ni perihal kehi...

Untuk apa berblog?

Saya menulis blog sejak 2006..dan kebelakangan ni kemunculan penulis2 blog baru ribuan dalam masa sehari. Anak kecil pun sudah pandai berblog, apalagi kemunculan blog2 "sampah" yang menakutkan jiwa raga seperti blog2 gay melayu etc. Beberapa tahun lalu, orang menulis blog kerana mahu mengumpul USD dari adsense, sekarang orang menulis (atau sekadar cipta blog tanpa bahan penulisan) untuk mengejar nufnang. Saya terbaca beberapa blog seumpama, yang hanya mempromosikan blog2 lain untuk sekadar menaikkan hits. Huumm maaf, saya secara peribadi tidak berminat dengan aliran sebegitu. Apa maknanya hits tinggi jika sekadar pop up then tinggal msg di chat box tanpa membaca tulisan yang terpampang? Cukup lah dengan beberapa pengunjung setia di kalangan rakan2. Yang kenal di reality maupun cuma di sini...kawan yang sebenarnya :). Umpamanya "Harimau datang dgn mengaum, sahabat hadir tinggalkan ukhuwah" hehe..kata bidalan baru.. Jujur saya memilih hanya untuk follow blog yang ada ...

Tragedi Cinta Isteri...apabila cinta kita benar2 ikhlas dan suci

Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.... Baca selanjutnya di Genta Rasa ... Nota: Semoga suatu hari kau mengerti rasa dan niat ku.....

7 "UP" untuk berjaya....

1. WAKE UP (bangun) Tidak peduli berapa kali kita gagal, tapi jika kita sentiasa berdaya untuk bangun dan memulai lagi, kita akan berjaya 2. DRESS UP (berhias) Tampilkan kecantikan dalaman (inner beauty), ia jauh lebih bermakna daripada sekadar hiasan luaran yang yang fatamorgana dan bersifat semetara. Miliki hiasan mentalitas yang berlimpah ruah, hasil dari suatu harga diri dan rasa aman yang mendalam. Ia akan menghasilkan kesediaan untuk berkongsi penghormatan, keberuntungan dan kebertanggungjawaban 3. SHUT UP (berhenti berbicara/bermegah) Berhenti bicara tentang kejayaan masa lalu, kini saatnya untuk menumpukan matlamat untuk kejayaan masa hadapan 4. STAND UP (berdiri) Berdiri teguh lah pada keyakinan awal bahawa kita pasti berhasil 5. LOOK UP (pandanglah) Saat merangka sesuatu matlamat, lihatlah ia sebagai telah terlaksana sebelum kita memulainya. Lihatlah semua impian dalam imaginasi seolah2 ia telah pun terjadi. Semoga ia menjadi doa dan keberhasilan di belakang hari. 6. REA...

Rumahku dirompak!....Tired of all this craps

Kemaren rumah kitorang dipecah masuk pencuri. Laptop kesayangan aku hp dv1000 dah kena rembat, bersama2 dgn handphone samsung baru yang sudah hang itu. Sib baik samsung flip yang masih function tu aku bawa ke opis bersama2 dgn blackberry baru nih..Kemaren dulu bb tu tinggal jer kat umah cos belum caj. Sib baik jugak nikon dslr berserta segala eksesorinya dalam beg tak dirembat sekali..jam tangan 3 biji atas meja pun tak diusik..kalau tak mau pengsan aku semua barang2 peribadi kesayangan hilang..sobs2x. Aku tak pasti apa lagi yang hilang, cincin emas aku tak tau letak kat mana..sib baik jugak tak rembat kad kredit Maybank dan IC aku dalam laci meja. Sib baik jugak jarang pakai cash. Kotak kecik terbuka, ada thumb drive dalam, tapi aku tak pasti samada ada barang lain hilang. Polis mintak contact balik kalau dapat track benda2 lain yang hilang... Time aku balik kerja kemaren jam 6 lebih, aku terkejut masuk jer rumah berantakan, pintu bilik terbangkang, tingkap juga terselak luas, pintu d...

Just the way you are...

Sayonara Dr. Faizah, Abg Abu & Kakak (Alia Fatini)

Image
Nah kemaren sorang lagi ahli keluarga Gatton berangkat for good...dah selesai dah master Dr. Faizah selama setaun kat sini..Dr. tu sb dia doktor hewan hehe..maka bermakna berkurang lah satu lagi keluarga melayu di Gatton. Takpe patah tumbuh hilang berganti, nanti katanya ada segerombolan student baru next sem. Sedih jer rasa time sembang2 ngan Fatini a.k.a kakak beberapa minit sebelum mereka berangkat. Fatini (pakai gaun pink) masa mula2 datang dulu selalu kena marah dan bebel ngan aku sebab budak ni hyper active dan suka panjat2 dan sepahkan barang (sukati aku je marah anak orang hahaha). Lepas setaun kat sini, perubahan dia sangat ketara. Dia pun dah besar, cerdik dan well behave..budak2 kan. Sebak jer hati time peluk dia semalam..humm aunty pulak yang terlebih melankolik..huhu. Penat menjojol mata (macam takleh click besarkan gambar pulak :p) tengok gambar atas tu? ni ha gambar zoom nya, kredit to "tabib haiwan" yang jadi fotographer. Dan...dah beberapa hari realme sunyi ...

Orang Malaysia Gila Title?

Image
Benarkah? Iya kot...kat negara kita jugalah paling banyak title2, Datuk, Dato', Datin, Dr, Ir...dll. Ada sebilangan orang dapatkan title untuk disanjung tinggi dalam masyarakat, ada orang untuk tiket mendapatkan tender2 multi-trillion, ada orang nak mendapat pangkat atau kedudukan tertinggi dalam organisasi, ahli tidur pun tidak mengapa, ada syarikat bukan kepunyaan bumiputera melantik ahli2 lembaga pengarah di kalangan Datuk, Dr, Hj dari kalangan bumiputera (melayu) bagi memudahkan urusan bisnis dengan projek2 kerajaan dan macam2. Baca keratan akhbar di bawah:- Memang tak nafi, banyak orang dapatkan title Dr (tak berijazah) untuk memajukan perniagaan. Sanggup bayar title ribuan ringgit, title Datuk pun juga :)...Bahkan title Hj juga! Humm..whatever. Lucunya, Dr (berijazah) pula sebaliknya tidak menggunakan title di pangkal nama mereka, mungkin merendah diri, tidak mahu dilayan "extra", tidak mahu berbangga dan bermegah diri....Hj kebanyakan orang zaman sekarang tak pakai...

Anda Suka Fotografi Macam Saya?

Image

Realme Stat

Image
Eh, pageview all time 14 ribu lebih? Terkezut anak aku..purata 3,649.5 setaun..tapi apsal stat kat neowork aku tak jalan? humm ni musti sebab dah expired dok pakai free version aje so dia tak service betul2. Aku ingat lah kan, nak freez blog ni kjap pasal kadang2 aku termelalut kat sini..segan pulak bila orang baca..pastu ada insiden orang siasat background aku kat sini..hadoi mak, aku pun heran camana leh berlaku? Aku bukan pakai nama penuh pun kan kan kan? Humm kadang2 isi tulisan mengundang spekulasi orang pun ada juga..atau patutkah aku cuma menulis isu2 di luar hal personal?, isu semasa ke hapa.. Cam bosan ..

Aku bukan sesiapa ...

Sekarang sedang mencarigali susurgalur kengkawan sekolah rendah dan menengah dulu..hih tak suka sebenarnya..tapi nak jugak carik kengkawan kamceng dolu2..hapa citer demo semua, kerja apa, jadi apa, tinggal kat mana, dah kawen belum, anak dah berapa bla3x... Humm..memacam perasaan berbaur bagi (suka suki aku jerk buat kata ganda sendiri ;P). So terjumpa lah balik bebudak Pasir Mas. Masuk je friend list ketua darjah kami dulu, berderet senarai kawan lama..huhu..tak sangka aku mereka masih ingat mengigati. Aku cuma ingat beberapa kerat jew. Ada yang namanya pun ingat2 lupa :p.... Few years ago, masa aku jadi panel interview kerja besar2an kat MAHA..aku teringat staff sumber manusia gitau aku, ada sorang calon yang tanya dia, kalau aku ni bernama sekian sekian dan dia gitau aku adalah kawan sekolah dia dulu. Tapi haram si empunya diri tak terjah aku, mana lah aku perasan dalam ratus2 orang yang datang tu? Or maybe dia segan sebab aku adalah panel yang berkot segala? Jenuh lah pastu aku bel...

Apabila Dia Curang

Ianya biasa apabila:- Kita merasa sedih, marah, benci, memberontak dan membentak, mendesak minta putus/cerai, bermuram durja, dan berbalungsangkawa (menamorima?)... Kendian kita menangis atau membalas dendam dengan berbuat yang sama...cari "spare part" lain, start melaram pasang body semula, dengan harapan nak buat dia jeles....huhu.. Kita kadang2 out of mind sampai sanggup berbuat yang tak patut..hummm Ianya luarbiasa apabila:- Kita mulanya merasa sedih, marah, jelek, benci, memberontak dan membentak, merajuk, get out of him dari radar kita sejenak, bergumbira dengan "personal space" yang tiba2 datang semula, berbuat apa yang sebelumnya tak dapat dibuat.... Kendian kita merasa lucu dan naughty, kasihan, bahkan sayang! Kenapa??????? Kita sedih dan marah sebab dia betray Kita jelek dan benci sebab dia mengediks ngan orang lain Kita memberontak dan membentak sebab kita "merajuk" tiba2 dah tak diperhatikan lagi Kita enjoy our personal space yang macam bulan j...

Mahar Cinta Kuntum Cempaka

Mahar Cinta Kuntum Cempaka ( Untung nasib seorang suri ) Cempaka mekar di jambangan Menebar wangi serata buana Dipagar rimbunan jua belantara Namun harumnya sampai jua ke hujung desa…. Indah berkembang si bunga cempaka Disapa lalu diusik jangan…. Cempaka beradu menanti suntingan, ke manakah madu akan ditumpahkan Cempaka disunting si kumbang jati Untungnya cempaka mendakap wangi Dia kental menabur bakti Cempaka gerih setia sehidup semati Wanginya bersemi buat kumbang jati Indahnya terpaku di sangul sang puteri Kelopaknya berkembang buat sang putera Hari-hari pun berlalu…. Kelopak cempaka akhirnya layu jua Dan wanginya beransur pudar… Mengisi nuansa deria kumbang dan kudup Apakah asbab dan musabab alam Kumbang pun menyisih berkelana lagi Menebar pesona, mencari indah, Menghirup wangi kudup bunga nan baru Bunga tanjung di hujung daerah itu.. Gemalai melambai menggelodak kalbu… Kumbang menari merayu lunak bermadu, Cempaka sepi tinggal berteka teki Tersiksa jiwanya apakan daya… Biarpun kumb...

Salam Eid Mubarak

Salam Eid Mubarak to all...my siblings, my friends and whoever muslim brothers and sisters..especially those yang selalu berhijrah ke Realme. Maaf zahir dan batin andai ada tersilap tulis bicara kata di sini..tersentuh hati dan sensitiviti antara sengaja atau tak sengaja.. I love all of you who always by my side, in reality or virtually..those you gave me supports, gave me strenght and joy..those who makes me laugh and smile..those who makes me appreciates what I have..I love you! May Allah the merciful bless you, your families and friends......may all the sacrifies we made been accepted..InsyaAllah Wallahuaklam....

Oh! Adik Bongsu Ku Dah Nak Kawen

Image
Tak semena2 plak aku nak tulis citer adik jantanku yang kacak ini (menurut aweks2 lar..)..Sedar tak sedar adik manja ku ini dah umur 27 tahun, dah nak jadi laki orang pun :P Lama nih adik jantan & chumbinya berchenta, ada lah dekat 5 taun agaknya. Adik jantan ni rasional pemikiran dia walaupun poyo kaki vespa lambreta busuk haish! Konon kelak persandingan dalam taman, si gediks ni yang jadik wedding planner..yo iyo ko.

What's the name of that widget?

Image
Anda suka berblogging? Anda suka berfacebook? Anda suka beryoutube? Anda suka bertwitt? 4 widget ni comel2 belaka kan.... Ni lah cara hidup zaman sekarang... Ada orang buat duit dengannya Ada orang mengisi masa dengannya Ada orang membuang masa dengannya Muahahaa!.... Ada orang kata "Saya tak paham kenapa dan macamana orang leh tulis blog" Tapi ada orang ada juga masa baca blog walaupun tak tulis blog.... Ada orang asyik ler hapdek profile fb..setiap 5 min sekali.."sedang tunggu bini kuar kerja kat bangunan X"; "nak kuar amik anak sekolah"; "having dinner di resto kopitiam"; "breakfast at Kluang Station"...bla3x Ada orang suka upload dan download video kat youtube..video fotosintesis dan segala macam saintifik animation akanq suka dan sering guna dalam presentation as "alat bantu mengajar"..sometimes tgok movie n dengar lagu..akanq pun ada akaun U-tiub gak :)..tapi sakit mata bila sometimes terjumpa video porno, porno anak mel...

Miracle Love

Image
This is a miracle love from my sample! Photomicrograph yang aku observe hari ni...petiole Acacia holosericea .,to me it's really amazing :)...see, the love in my work and everywhere..huummmm

Nice Uh?

Image
Hahaha...aku curi gambar ni dari fb adik Kacang Afizi...hope you don't mind it..:)

Happy Mood

Image
2 days ago I was happy coz I finally planted my 128 seedlings in the field..Instead of 140 that planned before..but it still make me feeling gooooddd. And today I am extreamly happy coz my SV have a look and email me his gratitude, he mentioned his impressive feeling! Taddaa! So in future I hope there will be no fighting for samples anymore. I wish there will be no more upsetting, no more hassle etc....:) It should be enough for all of us and it will last until more than 10 years! Hambek ngkau, susah2 sangat nak wat kerja kan...berebut sesama sendiri..kui3x And the most gratitute should goes to Brett cos he help me a lot..help me in preparing the land, planting, fixing the fertigation systems and many more. Because of this I also known about the watering systems in UQ. He did show me all the facilities they have, all the modern systems they implement etc..It might be usefull for my future in case I wanna set up my own plantation and agriculture practice after retirement :) And he also ...

Tetiba nak dengar lagu neh...

Khalifah Hati

Di manakah khalifah hatiku Yang bersujud pada Ilahi Yang teguh dan kental jiwa menongkah kehidupan Lalu berserah padaNya andai telah lelah Dia yang mahu mengorak langkah bersama Mengiringi kembara hayat, di maya fana Lantas memimpinku ke sana Atas azam dan iktikad Yang lemah sama diperbaiki Yang tajam turut disyukuri Di manakah rahsia yang tersembunyi itu Di balik lipatan hari Di celah bingar nya dunia Dia tidak ku temui Tidak jua hadir di penjuru ilusi Maha agung dzat Ilahi Berterusan aku dakap ke jasad nan kaku Berlanjutan aku persembah di sejadah malam Suara-suara nan indah mengalun dzikrullah Aku rindu padanya……

Gerl's outing

Semalam buat pertama kali setelah setaun yang lalu, aku outing ngan member non-Malaysian..dulu masa kat shared house dan kat ICTE selalu gak outing and BBQ ngan member2 bagai2 negara. Ngee sekadar refreshing... So, semalam gerl's outing pun bermula, sekadar gi soping kecil2 kat DFO. Tersambar la dalam 3 barang, jam fossil (lagi?), blouse and beg. Beg tu beg Guess! Hahah..satu2nya beg guess tidak ber-buckle yang aku temui. Coz aku kurang suka buckle2 kat beg Guess, so payah no nak kenan ngan jenama neh..walaupun aku maklum cap ni sangatlah fofular di kalangan gerls2 di luar sana :p.. Fossil pulak, sebenornya aku nak gi tukar bateri jam lama yang aku beli masa kat KL dulu..sayang weii, jam termahal pernah aku miliki walaupun harga takler cecah ribu riban cam Rolex etc tu. Harap maklum, sangat lah leceh nak tukar bateri jam kat sini. Walaupun yang kita gi tu dah outlet terbesar kat BNE. Dia kena hantar jam tu ke HQ di Sydney dan akan ambil tempoh 4 minggu untuk dapat balik, kosnyer pu...

The Seafood Story

Seafood is the most delicious creatures in the world... And now I understand why western people said seafood from Asian is terrible! This afternoon we have an un-formal conversation during lunch time. There were staffs and postgrad students (we are considering as staff as well) and we had had a very impressive chit chat. They said basa (patin) is terrible because in Vietnam, they are caged together in a congested, shallow and muddy area; they being feed and produce offspring in the same place. So, they won’t eat basa and imported seafood from the 3rd world countries! And actually it’s true!..hummm What else? A freshwater prawn…they eat debris from crocodiles feeding and it’s really smell yurky! Tat’s why I don’t like to eat prawn without removed intestine..Can you imagine the whole tom yam or char kue tiow smell “tut” when they add prawn with intestine. The most popular one, cat fish is also proved to be the dirtiest fish, cos they eat almost everything! Tat’s why I feel “erkk” when pe...

Pagi yang Kepoh

Pepagi aku turun dr rumah kul 6.30 am, dengan semangat waja nak hantar seedlings dr nursery ke field section untuk ditanam..schedule tanam last 2 weeks tapi sb asek hujan so asek posponed lah..sampai di nursey aku dgn macho dan gagah perkasa tolak troli yang maha besar dan maha berat tuh tuk hantar seedlings ke kete..tiba2...aish! pokok2 aku hilang derr..dari 5 tray tinggal 1 tray. 1 tray ada 80 seedlings, so skang aku cuma ada kurang lebey 70 pokok! Huwaaaa...!! sangat frustnya aku. Maka melilau-lilaulah aku cari mana pokok2 aku? mana pokok2 aku???? Kat shade sana ada byk seedlings yang dah ditransfer dalam pot..seedlings aku masih dalam tube. Aku tanya kawan ku, dia claimed tu dia punya..aku heran jugek 1st sb pokok dia tak sebanyak tu..mana datang pokok2 yang banyak tu? dan mana pokok2 aku dalam tube??? Sangat frust dan kebengongannya aku, aku tanya sumer org, Christ, Nimal..pastu aku hantar lah baki 1 tray tu. Sib baek ada lagi 1 tray kat glass house yg aku reserved tuk Victor, dia...

Chaiyok!!!!

Atttooiii! Kaplaku semak....mataku berbinar.. Baru submit 1 pre-schedule, ada lagi 3 pre-schedule 1 pre-schedule paling cepat siapkan dlm tempoh 2 minggu paling lambat 3 minggu... Attooii! Kalaulah ada orang buleh tulung aku baca, summarise, olah then tulis... Tulis blog boleh sambil pejam mata Tulis pre-schedule pesal tak buleh? huhu... kadang2 paper yang baca kita...haish! Kebijakkan sangat teruji..tak senang nak senang weeiii... Chaiyok10X!!!!.....................

Romantis kah?

Ehe he..tengok kat tajuk macam keren kan... Penat ah asyik tulis menda serius dan falsafah2 selalu...er falsafah erk? bukan falsampah :P Mood hari ni nak tulis pasal R.O.M.A.N.T.I.S Definisi romatis berbeza mengikut orang, jantina atau latar belakang seseorang (pandangan dr orang yang belum kawen jer nih :).. Ada orang kata romantis: Bila kita selalu bertempek2, manja manju, merengek2 kat pasangan ..panggil ayang, laling, darling, musyuk2 aaa haaa...I liokkee it.. Ada pulak yang mendefinisi kan romantis tu dengan berpergi-pergian ke tempat2 yang juga romantis..eerr romantis nak kena ada tempat khusus ya? agaknya lah kan...sekali sekala nak re-charge kasih sayang..boleh lah! Ada juga yang kata," Biarlah..tak mengapa tak romantis pun...psstt! tapi kat atas katil saya pasti romantis!"...UUppss! Ini sudah ke lain..aaarrrr...apa yang ada dalam minda tu saya tau nih..wahai abang2, kekanda2 dan musyuk2 di luar sana, jangan sempitkan romantis pada perkara yang itu sahaja laahh..tak a...

The Memoirs of Mc Cheq...full version

Atas komen Kak Gem, entry ini ditranslate...konon cuma untuk koleksi peribadi dan tak ingin orang merasa jengkel, pada awalnya saya menulis dalam loghat Kelantan..pssstt! akak kena baca sampai habis tau...penat saya tulis dan translate nih..hehe Ini bukan cerpen, Ini adalah sebuah kisah….Edisi yang di perkemas dari karya asal bertajuk “Ibu Mithali” yang ditulis 19 tahun yang lalu. Tersebutlah sebuah kisah..Arakian di sebuah kampung terdapat lapan adik beradik yatim kematian bapa. Dalam keluarga yang telah kehilangan kepala rumahtangga tersebut, ada seorang anak perempuan digelar Mc Cheq. Anak kecil ini “sterile” orangnya ala2 dalam drama The Monk, asal pegang apa saja objek akan segera membasuh tangannya. Tidak boleh “kotor” barang sedetik. Mewarisi sifat moyangnya yang bernama Mek Kechek. Anak perempuan ini bermata bulat bundar, berkulit agak cerah, susuknya agak kurus (red. Dulu), berambut panjang lurus mengurai dan sentiasa diikat tocang. Anak ini sifatnya agak matang lebih awal dar...