Posts

Showing posts from November, 2011

Art vs Science

Image
Assalamualaikum sobat, Hehe...dah lama tak melukis, tetiba kemaren sebab rajin sangat so akak sketch potret2 ni..sebenarnya dah malas, baca thesis orang and paper, so akak melakar-lakarlah kat muka surat belakang paper2 tuh. Then, tarra! inilah hasil dia..memula ufcos lah my potret hii...pastu kesian tengok my mum jeles je dia akak asek display muka sendiri kat screen Mac..tuk cari2 gambar paling cun untuk dipotretkan. So, coret2 la potret dia pulek...hehe..amacam? Memang ni la hobby akak sekali sekala kalau takder mood. Kalau dulu, time exam kertas genetik masa 2nd year 1st degree, suka buang masa dengan tidur dan lukis2 kat kertas kosong untuk tulis jawapan! Haha...sebab subjek tu sangat boring dan memeningkan kepala dengan kromosom segala..maka, tersengih2 la lab assistant yang jaga exam tu tgok "jawapan" exam akak :) Ni budak angau ni pun menyibuk nak juga potret dia...tapi malangnye sebab badan dah sangat lelah dan sengal2 maka hasilnya tak berapa menjadi..hehe.. Edisi t...

Teringat kisah2 lama

Image
patu tgok citer nih...sedeynyer kan?

Mari mulakan dengan sekecil-kecil perkara....

Image

Takan Melayu Hilang di dunia

Image
Mesyuarat menteri2 kebudayaan ASEAN semalam menetapkan bahawa bahasa Indonesia-Melayu akan menjadi bahasa perantara ASEAN. Tahniah! Berjaya melangkah setapak lagi....peribadi, saya sangat suka dan bangga. Faktanya, Asia Tenggara ini majoriti adalah rumpun melayu.. Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, sebahagian Siam adalah dari rumpun melayu. Bahasa melayu bahasa dialog penduduk-penduduk di kepulauan ini. Alhamdulillah..semoga dengan permulaan ini kita dapat memperkasakan lagi ekonomi, budaya dan pertahanan kita. Dasar kapitalis yang berpaksikan barat dan benua eropah menjadi semakin tidak relevan. Sedarlah kita, dalam sejarah Melaka lah pusat dagangan dunia antara negara-negara Timur Tengah dan benua eropah. Kedudukan kita di garis khatulistiwa, keterhadan benua lain oleh 4 musim menjadi kelebihan kepada kita untuk menjana ekonomi berasaskan sumber kekayaan alam sepanjang tahun. Dahulu matlamat mereka rempah dan timah. Kini kita tetap kaya minyak, emas, dan berbagai dana alam yang ...

TAKDIR BUKAN PAKSAAN

Image
Pilihan hidup yang telah, sedang dan bakal kita jalani telah tercatat di Luh-Mahfuz. Catatan yang tidak pernah meleset. Bukan ramalan para numerologist, bukan kajian Fadhilah Kamsah, bukan kesan pesanan berantai, bahkan bukan tergaris di telapak tangan maupun terbentur dari raut wajah, anggota badan atau letaknya tahi lalat. TAKDIR adalah keinginan Allah S.W.T. Keinginan yang tidak terjadi adalah keinginan penguasa bumi dan langit. Meskipun terjadi belum tentu Allah redho. TAKDIR hanya disedari manusia setelah sesuatu itu terlaksana. Sesuatu yang dinamai dzat dan haq yang Maha Arif. Lalu, di ketika dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita rehatkan hati..Zikrullah bukan sekadar pada tutur namun berpaksi pada falsafah dan maknawi...Terhayati oleh resapan langsung ke hati. Dasarnya harus ilmu dan amal..Pupuk rasa kehambaan yakni miskin, jahil, lemah, bersalah dan hina...kerana tidaklah kamu diuji selain tertanggung oleh upayamu sendiri...Justeru, mengembalikan rasa bertuhan di be...

Subhanallah its amazing life

Salam... You know what? This morning I just realised something very true about myself. Hmmm...actually Ahad semalam akak kerja dari jam 9 pg sampai 3 ptg. Akak bawak mak ke opis, dia layan citer P Ramlee akak pulun buat modelling. Payah tak payah lah modelling nih. Basic dia, ada data, tau guna excell tau guna Minitab dah cukup. SAS pun harus tau sebab terlebih dahulu kena analyse data untuk dapatkan overall figure mana variable yang significant mana tak. Then, kena tau juga guna Sigmaplot untuk generate graf dan lain2 statistical analysis. Sebelum buat PhD ni, akak cuma reti basic excell dan SAS guna pun statistician yang pandu arah. Belajar stat, masuk kelas stat tak paham2 juga. Finally, kini akak reti guna dan paham output semua software stat tersebut...Alhamdulillah. So, what's the point? Yeaa...I've just realised how "stupid" I was masa zaman2 SPM dan 1st degree dulu. Ini R.A.H.S.I.A hahaha rahsia pekebendanya kan kalau dah blog sini. Dulu zaman sekolah, subject...

2012 on the list

Image
Salam, Ewahh...setengah tahun lagi nak balik dah memacam plan dalam kepala nih. Panjang to do listnya, yang pasti bukan pasal kerja ya, tapi live life to the fullest! Muahaha.. Yeah.. Mari berkongsi impian denganku. Maklumlah kan merantau pastu peluang balik pun sekali setaun jerk. Terima kasih Air Asia, kerna khidmat tambang murahmu daku mampu terbang ke sana sini :). Time balik pu mana dan nak entertain jiwa dan perut dengan segala kan? Haaa...ni lah dia antara benda yang sangat mengujakan taste buds kata omputehnya, nafsu melantak kata bahasa pasarayanya. You all jangan perli myall, memang myall sangat carving for makanan2 sesedap dan halal..sini kan payah nak cari halal, pilihan tak banyak, nak masak sendiri sedap2 selalu takdak masa plus malas..ehehe Selain mamam2, Groupon ada gak offer2 lain...nak tau lebih lanjut subscribe la seniri. Malas nak tulis banyak2...sebuk hehehe Pastu my all rasa nak melancong pasni. Nak gi Korea, nak gi semualah destinasi pelancongan yang terindah di...

Hooyeeaahhh!!!

Assalamualaikum sobat... BTW, today just nak menceceh perihal my study live..hahhaa, katanya nak resign from personal issues..kononnya :p Anyway, just finished Kh works today. 5 sets of experiments and getting ready for the final one leaves Kh. Well, dalam masa sama sibuk buat modelling, sibuk manage candidature...mana nak isi form UQI scholarship, mana nak tulis manuskrip..manuskrip yang sudah2 belum dapat balik sampai lani..cish!, mana nak screen cari conferences..haa...sekarang pakcik dah izinkan akak gi conference hoyeaahh... Ada beberapa yang menarik di lokasi2 menarik cam Venice, Zurich, Chiang Mai, Pattaya, Barcelona, Amsterdam, Rome, Copenhagen, Stockholm, Istanbul, Tokyo, dan Dubai EU ya DUBAI!! dan Paris ya PARIS!!! dan banyak lagi!!! serta tak lupa KL and Penang. Sparkling3x dah biji mata akak.... Oooyyeaeehh!!....Very the excited omak, tapi hmmmm...entahlah pakcik kasi ke tak kan? Melainkan KL dan Penang sah lah dia kasi :(..Tapi huh! omak tak pedulik, omak nak apply jugak...

Reti Bahasa Juga

Image
Salam sobat...ermmm..tetiba hari ni rasa macam pejuang bahasa yang terpinggir. Gara2 pekeliling kempen cinta bahasa gagasan 1Malaysia. Oh, bukannya mau berpolitik di sini, waimo akak kekadang dicop sebagai rebeler oleh kengkawan. Kenkadang diaorang nak kutuk Anwar pun pandang2 jeling2 akak..hahaha. FYI, I no more pengemar Anwar macam zaman sekolah menengah dulu. Yang lain2 memang tak pernah gemar langsung. Tapi TGNA akak hormat. Rasa best pun ada bila akhirnya kita sendiri sudi nak martabatkan bahasa kita. Tapi, kesianlah juga para penjuang sebenar yang bermati2 mempertahankan bahasa ni sejak dulu2 macam Usman Awang, A. Samad Said, A. samad Ismail dll..mereka tak gemari. Tetiba, bila kerabat keluar dengan agenda, kerabat menobat hero sendiri. Oppss! Am not a rebeler..again. Apapun, peribadinya akak suka perkembangan terbaru ni. Matematik dan Sains kembali diajar dalam BM pun akak sangat bersukacita sekali. Wah! Tak sedar selama ni akak tergolong kalangan pejuang bahasa rupanya :p Sela...

Why, What and How?

Image
Assalamualaikum sobat, Well, today cik kak terasa nak menulis santai tapi topik berat sesangat. Sarat minda untuk menerima antara kenyataan dan mimpi yang terpampang di depan mata. Ya, kita di ambang kiamat dan mudah2an kita tergolong dari kalangan yang dipayungi arasyi Allah..amin... Macam biasa, masuk ofis pepagi baca isu2 semasa di internet dulu. Kebetulan hari ni jam 6-30an dah turun ke field harvest sample. Sebab semalam dah prepare semua solutions dan keperluan untuk eksperiment hari ni, so jam 8am dah siap pulsed. Ini 2nd set of ethephon effects on stem hydraulic. Jam 11am nanti will be ready untuk collecting hydraulic figure untuk STS effects in 1st set eksperiment. Jawabnya these 2 weeks will be a very hectic weeks, since akak harus bertapa in the lab every day . Beraya haji nanti dalam lab juga..:) Alhamdulillah, di sini saja berpeluang beraya di lab dan di ofis. Berbalik kepada tajuk kita tadi..tentu kita semua sudah sedia sedar dan maklum bahawa banyak sungguh hal2 songsang...

OHS

Image
Assalamualaikum sobat2 tercinta :) Hari ini nak perkenalkan suatu yang sangat penting dalam kehidupan seharian pekerjaan para scientist dan pelajar post-grad. Program ni dinamai Chemwatch atau nama barunya CHEMGOLD II. Nama baru ni didatangkan dengan rupa baru dan berbagai features baru yang ternyata lebih mesra pengguna dan lebih advance. Dengan menggunakan program ini, kita dapat cari MSDS atau data sheet kepada apa saja bahan kimia yang kita gunakan. Selain itu, ia disertai dengan nama-nama vendor, grade kimia, label, kepekatan dsb. Nah...Sangat berguna kan? Bercakap tentang label. berbagai saiz label ada untuk disesuaikan dengan saiz botol stok atau diluted solution kita. Siap dengan kepekatan sediaan, melainkan ada beberapa kimia yang tidak disertai kepekatan kena lah tulis manual..termasuk nama kita dan tarikh. Itu perkara wajib ya. Ayuh, mari kita jelajah CHEMGOLD II ni dengan gambar2 yang dah akak print screen kat bawah.... Label bersaiz cocok botol 100-500 mL Label bersaiz sup...