Cameo comeback
Sudah sekian lama tidak menukilkan barang sepatah perkataan online hingga skill menulis juga sudah makin tumpul. Sejak pulang dari merantau mencari secangkir ilmu di bumi kanggaru, kehidupan layaknya semakin matang dan secara perlahan-lahan mengasingkan diri dari dunia tanpa sempadan. Menjelang usia 40 tahun, privasi lebih dihargai, mencari damai dan tenang jiwa lebih diutama dan bersahabat dengan alam menjadi rutinasi dari tahun ke tahun. Tidak banyak yang ingin dikongsi kerana merasakan ilmu didada cukup untuk amalan sendiri sahaja. Namun, jauh disudut hati yang terdalam perasaan ingin berbicara itu masih bersisa. Berbicara dengan abjad dan merakam detik waktu nadi demi nadi. Tetapi tiada yang istimewa untuk diketengahkan. Dek kesibukan mengejar KPI kerja (sambil mengejar promotion!), membina potensi professionalism, mengukuhkan tapak kaki berpijak dan melengkapkan apa yang rompong. Kini ku hampir temui segalanya. Ada yang dijangka dan ada yang tidak terjangkakan, tapi itulah...