Pelaburan emosi (Emotional Investment)
Pelaburan emosi biasanya terjadi dalam perhubungan, samada perhubungan cinta, kekeluargaan, serta persahabatan. Antara pelajaran paling berguna yang sepatutnya kita dapat dari pengalaman2 yang lepas ialah jangan terlalu banyak membuat pelaburan emosi dalam sesebuah perhubungan. Kerana antara sedar atau tidak apabila kita tidak terlalu melabur emosi dengan mendalam, andai kita teraniaya atau terasing kelak kita tidak akan terlalu kecewa dan menderita. Ada batasnya setiap hubungan yang kita jalin itu, melainkan hubungan kecintaan terhadap Allah S.W.T pencipta cinta itu sendiri kerana cinta Dia tanpa syarat. Dalam cinta kita terhadap makhluk dengan 99 kebaikan kita, andai ada 1 keburukan seluruhnya reputasi kita dicemari. Sebaliknya demi cinta kita terhadap Allah S.W.T, biar 99 kali keburukan namun dengan satu taubat seluruhnya kita disucikan dan diampuniNya. Sungguh, amat banyak pelajaran lain yang berkadaran dengan kekecewaan yang disebut. Sisi positif nya kita akan s...